Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KURSUS

GGGB1033 PERKEMBANGAN DAN CIRI KANAK-KANAK KHAS


SEMESTER 1 2020/2021
SET 1

TAJUK
LIFE STORY

PENSYARAH
Prof. Madya. Dr. Manisah binti Mohd Ali

NAMA
Muhammad Izzul bin Razlan A184319
1. PENGENALAN

Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur.
Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai
kematangan. Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal.

Jadi, perkembangan terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu fizikal, kognitif, bahasa, sosio
emosi, dan kendiri. Fokus saya ialah perkembangan diri dan pengalaman saya dari kecil
sehingga sekarang dari pelbagai aspek perkembangan mengikut pelbagai teori. Antara teori
tersebut ialah Teori Perkembangan Kognitif Piaget, Teori Perkembangan Personaliti Sigmund
Freud, Teori Perkembangan Emosi Fizikal (Psikososial) Erik Erikson, dan Teori
Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg.

2. KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan
sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula
daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan-
perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah
kematiannya. Perubahan-perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara
progresif dalam diri manusia.

Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan
daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya
ialah perubahan tingkah laku mental.

Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara
global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang
biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Menurut Crow dan Crow pula dalam laman sesawang, perkembangan merupakan perubahan
secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral
dan sosial.

1
Manakala dalam laman ini juga turut mengemukakan pandangan Karl E. Garrison dengan
menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran semua perkembangan, sama ada berbentuk
struktrur, kemahiran satu siri tingkahlaku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut
beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh
disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan
kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

Selain itu, D.S. Wright dan Ann Taylor turut mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan
yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam
keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan
daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara
berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna,
perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang. Tetapi
perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui.

Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif dari awal
hingga akhir hayat sesuatu organisma dan berlaku secara berterusan meliputi aspek biologi,
kognitif dan sosioemosi.

3. PERKEMBANGAN KOGNITIF

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan
kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-
perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti
ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta,
berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi
seseorang individu.

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir
sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk
memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang berkait yang boleh mempengaruhi proses

2
pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran,
pengalaman sosial dan keseimbangan.

Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu,
peringkat sosial dan peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat atau pengetahuan
individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran
seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat dan jiran. Peringakat
individu pula ialah kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi
daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh
menukar skemata individu.

Terdapat empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat Sensorimotor,


peringkat Pra Operasi, peringkat Operasi Konkrit, dan peringkat Operasi Formal, menurut
Piaget.

i. Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun)


Pada peringkat ini, ibu saya mengatakan bahawa saya suka memasukkan objek
kedalam mulut saya, contohnya mainan dan semua benda yang ada di
persekitaran. Saya juga suka untuk mengambil apa saja yang terdapat di
persekitaran saya dan suka menghisap jari termasuk jari kaki. Jadi, ibu saya lebih
berhati-hati untuk meletakkan sesuatu di atas meja dan selalu menyapu dan
mengemop untuk mengelakkan saya memakan sesuatu yang kotor. Saya juga
lebih tertarik kepada sesuatu yang mempunyai bunyi dan boleh bergerak sendiri
seperti mainan. Selain itu, saya suka menyepahkan sesuatu yang terdapat di dalam
botol ataupun bekas, contohnya biskut. Kebiasaannya, ibu saya akan meletakkan
bekas-bekas makanan di tempat yang lebih tinggi supaya saya tidak boleh bermain
dengannya. Saya juga suka meniru perbuatan yang digayakan oleh orang lain
seperti melambai tangan, buat bunyi dengan mulut, dan menepuk tangan.
Kemudian, saya sudah meniru percakapan orang lain dan sudah boleh menyebut
ayah, umi, dan perkataan yang biasa didengar.

ii. Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun)


Pada peringkat ini, saya sudah mampu untuk menggambar dan merancang skema
iaitu saya suka membayangkan bahawa saya menjadi ultraman dan siri kartun

3
yang lain. Saya selalu bermain dengan adik saya dan berfikir bahawa saya
menjadi ultraman dan saya akan menyuruh adik saya menjadi sesuatu yang lain.
Saya menjadi seperti seorang pengarah dan mampu berimaginasi dengan baik.
Saya pernah menyusun kerusi secara berbaris dan meletakkan selimut supaya
ianya Nampak seperti keretapi. Pada masa tersebut, perkara itu terasa seperti
betul-betul terjadi. Saya sangat aktif pada masa itu, kerana suka melompat dan
berlari. Saya pernah memanjat pagar rumah saya dan berdiri di atasnya seakan-
akan meniti di atas titi. Kemudian saya akan melompat turun tetapi langsung tidak
mempunyai rasa takut, dan tidak berasa sakit di kaki. Apabila saya menginjak
dewasa, saya takut untuk melakukan hal tersebut walaupun dari ketinggian yang
sama. Saya juga mampu mengingati perkara yang sudah terjadi dan boleh
menceritakan kembali jika ada yang bertanya. Seterusnya, saya suka melukis dan
menulis sesuatu di dinding rumah saya. Walaupun, ayah saya selalu memarahi
kerana perbuatan tersebut, tetapi saya tetap melakukannya seakan-akan saya lupa
dengan teguran tersebut. Saya masih ingat bahawa saya suka membuat kajian
dengan mainan saya. Contohnya saya akan membuka mainan saya dengan skru
driver dan melihat bagaimana ia mampu bergerak dan saya akan cuba menukarkan
bahagian tersebut dengan mainan yang lain.

iii. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)


Saya sudah mampu untuk berfikir dengan logik contohnya jika kawan saya
memberitahu sesuatu, saya akan berfikir adakah benda itu betul ataupun tidak. Ini
disebabkan kerana kawan saya suka menipu saya kerana terlalu mudah
percayakan mereka. Saya juga boleh menyusun secara bersiri kerana mampu
berfikir dengan logik. Contohnya nombor 2 lebih kecil dari 3 tetapi lebih besar
daripada nombor 1. Saya juga boleh merancang sesuatu dengan baik seperti
mampu menghias basikal sempena hari kemerdekaan. Selain itu, saya meletakkan
nama di almari pakaian saya supaya mudah di cari seperti seluar dan baju. Di
samping itu, saya sudah boleh menerima pandangan daripada rakan-rakan saya
dan kami boleh merancang untuk melakukan sesuatu. Contohnya, ketika bermain
bola, rakan-rakan akan memberikan posisi saya supaya kami boleh bermain
dengan baik. Saya akan menerimanya jika sesuai dan saya akan menolaknya jika
saya merasakan tidak berpuas hati. Pada saat ini, saya sudah boleh memberikan
pendapat saya dan memberikan sebab ke atas perlakuan saya.

4
iv. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)
Pada tahap ini, saya sudah mampu untuk berfikir secara sistematik. Saya mampu
memberikan pendapat saya mengenai isu yang dibincangkan. Saya mampu
membuat hipotesi walaupun ianya bukan realiti. Contohnya, saya boleh
memberikan pandangan untuk menyelesaikan masalah pencemaran air walaupun
ianya tidak pernah berlaku di persekitaran saya. Saya juga lebih tertumpu kepada
pemikiran sendiri dan susah untuk menerima pandangan orang lain. Saya suka
memberikan protes ke atas ibu bapa kerana merasakan diri saya yang betul.
Kebanyakan nasihat yang diberi tidak diambil dengan baik dan suka melakukan
hal sendiri dan suka mencuba aktiviti yang baru seperti merempit dan merokok.
Seterusnya, saya merasakan seperti selalu diperhatikan oleh orang lain.
Contohnya, saya malu untuk membawa bekal ke sekolah kerana takut dikritik dan
merasakan ada orang yang memperhatikan tindak tanduk saya.

4. PERKEMBANGAN PERSONALITI
Secara umumnya ia bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Personaliti dari
aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang individu
itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain. Perkataan
personaliti diterjemahkan daripada perkataan Bahasa Inggeris yang berasal daripada
perkataan Latin, iaitu persona. Perkataan Persona bermaksud topeng muka, iaitu merujuk
kepada penampilan luaran seseorang individu. Freud menyatakan bahawa personaliti
manusia terdiri daripada 3 komponen, iaitu id, ego dan superego.

i. Id
Perkara yang berlaku dalam diri saya ialah apabila saya berasa lapar, saya akan
mencari sesuatu untuk dimakan. Kebiasaannya, saya sudah tidak memilih
makanan asalkan perut saya kenyang. Saya juga suka melakukan perkara yang
diluar kotak pemikiran supaya apa yang saya inginkan tercapai.

ii. Ego
Dalam aspek ini, walaupun saya lapar macam mana sekalipun, saya tidak makan
di dalam kelas semasa guru mengajar kerana ianya tidak sopan dan saya masih
lagi boleh menahan lapar. Saya akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu
perkara kerana pastinya orang akan memandang pelik terhadap saya.

5
iii. Superego
Dalam aspek ini, jika terdetik niat buruk didalam hati saya seperti mencuri
ataupun ingin meninggalkan solat, saya akan menolaknya kerana saya tahu
perbuatan tersebut tidak elok. Saya akan berfikir dengan lebih jika ianya
melibatkan nilai moral kerana jika ianya tidak dibendung akan mendatangkan
impak negatif kepada diri saya.

5. PERKEMBANGAN EMOSI FIZIKAL (PSIKOSOSIAL)


Teori ini dikenali sebagai Teori Perkembangan Emosi-Fizikal Erikson. Peringkat ini
bermula daripada peringkat bayi hingga ke tua. Teori perkembangan erikson berdasarkan
pemahaman berlakunya konflik pada setiap peringkat perkembangan yang tertentu.
Konflik ini berlaku kerana terdapat unsur positif dan negatif dalam setiap perkembangan.
Konflik yang berlaku mendorong penyesuaian psikologikal secara berterusan. Setiap
konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat tertentu mempunyai ciri-ciri yang khusus.

i. Peringkat bayi (0-1 tahun)


Pada peringkat ini, saya sudah mempunyai rasa percaya terhadap orang yang
selalu ada disekitar. Sebagai contoh, saya percaya kepada nenek saya kerana dia
yang menjaga saya sewaktu ibu bapa saya pergi bekerja. Tetapi, saya akan
menangis jika orang yang tidak dikenali ingin mendukung saya kerana sifat
ketidakpercayaan yang ada dalam diri.

ii. Peringkat awal kanak-kanak (1-3 tahun)


Saya sudah tidak suka didukung oleh orang lain kerana saya ingin berjalan untuk
melakukan segala aktiviti. Saya akan menangis jika keinginan saya itu tidak
tercapai dan meronta ingin dilepaskan.

iii. Peringkat awal kanak-kanak tadika (3-6 tahun)


Saya akan membuat muka dan sedih apabila jawapan atau fakta yang saya berikan
diketawakan oleh orang lain. Sebagai contoh, saya memberitahu seseorang
bahawa cerita hantu yang telah saya tonton langsung tidak seram, tetapi mereka
tidak percaya malah ketawakan saya.

6
iv. Peringkat kanak-kanak (6-12 tahun)
Pada tahap ini saya suka dipuji oleh orang lain menyebabkan semangat saya
menjadi semakin meningkat. Sebagai contoh, apabila saya mencuba membasuh
pinggan, ibu saya mengatakan bahawa saya seorang yang bagus. Secara automatik
saya menjadi seseorang yang lebih rajin dan berusaha mencapai sesuatu yang lain.

v. Peringkat remaja (12-20 tahun)


Saya pernah mempunyai jerawat yang agak banyak di bahagian muka.
Disebabkan itu, saya menjadi seorang yang pemalu dan tidak suka menonjolkan
diri saya. Perasaan malu ini memberikan konsep kendiri yang negatif terhadap diri
saya.

6. PERKEMBANGAN MORAL

I. Pra-Konvensional
a) Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
Pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang
mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana
takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. Saya akan
dirotan jika melanggar peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa saya seperti
jangan berebut dengan adik-adik. Selain itu, saya pulang kerumah sebelum pukul
6.30 petang kerana takut didenda dan dirotan.
b) Orientasi Ganjaran Peribadi
Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan.
Tingkah laku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri. Ayah saya menyuruh
saya menghafal bacaan ketika solat, tetapi saya banyak bermain sehingga lambat
untuk mengingatinya. Jadi, ayah saya meletakkan ganjaran jika berjaya
menghafal. Disebabkan itu, saya lebih mudah untuk menghafalnya kerana
memikirkan ganjaran yang akan diberi.

7
II. Konvensional
a) Orientasi Perlakuan Baik
Kanak-kanak atau remaja mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan
oleh ibu bapa, guru atau komuniti. Saya cenderung untuk menjadi lebih rajin jika
ada orang disekeliling kerana hendakkan pujian daripada mereka. Sebagai contoh,
semasa gotong royong di sekolah, saya banyak membantu rakan-rakan hanya
kerana ingin terlihat rajin.
b) Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan
Perlakuan atau penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang-undang dan
ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Individu percaya terhadap
keutuhan undang-undang. Sebagai contoh, saya tidak membuang sampah merata-
rata di tempat awam kerana adanya undang-undang.

III. Pos-Konvensional
a) Etika kontrak sosial dan hak individu
Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. Pemikiran moral dalam
tahap ini adalah berkaitan dengan usaha mempertahankan hak-hak asasi, nilai-
nilai yang telah dipersetujui dalam masyarakat. Saya tidak akan sekali-kali
bersetuju jika adanya undang-undang yang boleh menyebabkan perpecahan kaum.
Contohnya, orang yang berkulit hitam tidak boleh melawan dengan orang yang
berkulit putih kerana kulit hitam dianggap sebagai kelas rendah.
b) Etika prinsip sejagat
Pada peringkat ini, individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang
tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat. Sebelum saya melakukan
sesuatu keputusan, saya akan mengikut prinsip etika ini.

7. RUMUSAN DAN CADANGAN

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif namun
jelas berubah melalui peredaran masa. Tingkah laku seseorang juga akan berubah secara
berterusan mengikut peringkat-peringkat kematangan dan mengikut keadaan di
persekitarannya. Baka dan persekitaran merupakan antara faktor yang mempengaruhi
perkembangan seseorang. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan
membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Corak perkembangan

8
berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada
umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,
bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Oleh itu, pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya
harus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak pada peringkat ini mudah menerima dan
menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Piaget telah menyatakan bahawa tahap-
tahap kognitif kanak-kanak termasuklah sensori motor, tahap praoperasi, tahap operasi
konkrit dan formal. Justeru, ibu bapa dan guru merupakan orang yang paling dekat dengan
kanak-kanak dan seharusnya membimbing mereka untuk membantu mereka meningkatkan
lagi perkembangan kognitif dan pemikiran mereka. Proses kognitif juga adalah termasuk
persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses
pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca.

Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik
kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.
Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau
kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan. Teori Jean Piaget dapat membantu guru
mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu
dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan. Kecemerlangan
kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja,
malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak
berkaitan dengan kreativiti.

Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan perkembangan


kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting untuk melahirkan insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Maka, guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat
perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk
sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan
pembelajaran.

9
8. RUJUKAN

Haliza Hamzah. 2008. Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan


Rendah Pengajian Empat Tahun. Penerbit Kumpulan Budiman.

Soon Sang Mok. 2009. Psikologi Pendidikan & Pedagogi Murid Dan Alam Belajar. Penerbit
Puchong Penerbitan Multimedia.

Soon Sang Mok. 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Penerbit Puchong Penerbitan


Multimedia.

Mohamad Daud Hamzah. 1994. Perkembangan Kanak-kanak Dan Pembelajaran. Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like