Laporan Esaimen Perguruan

You might also like

Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LATAR BELAKANG GURU

Nama Mohd Ismail Abdul Siti Hariza Abdul Rosidah Binti Basri
Kadir Ghani
Tempat mengajar KPTM, Bangi Sekolah Menengah SMK Seri Kampar
Kebangsaan Sultan
Ibrahim 1, Pasir
Mas, Kelantan
Pengalaman 28 Tahun 21 Tahun 2 Tahun
mengajar

KAEDAH PENGAJARAN GURU

Kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah ialah dengan menggunakan


kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini yang moden dan relevan seperti online
class, quiz online dan blanded learning. Hal ini untuk memudahkan pensyarah mengajar
dengan mudah dan berkesan dari semasa ke semasa. Kaedah pengajaran yang digunakan
oleh guru sekolah menengah pula ialah kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdpC)
dan mengikut teknologi yang seiring dengan perkembangan terkini. Hal ini untuk
memudahkan subjek yang diajar dapat diakses dan dicapai oleh pelajar dengan muda.
Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru novis pula ialah kaedah pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdpR) dan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdpC).
memandangkan guru ini guru novis, guru ini harus mengambil contoh-contoh lain yang
dilakukan oleh guru lain sebagai pemudah cara untuk melaksanakan aktiviti
pembelajaran.
SIKAP GURU
Sikap penyayang merupakan sikap yang ditunjukkan pensyarah kepada para
pelajarnya. Hal ini kerana, sekiranya seseorang pendidik itu tidak mempunyai sikap ini
maka ramai pelajar akan membenci guru kerana guru tersebut sentiasa kelihatan marah
kepada pelajar. Sikap penyayang ini sangat memberikan kesan kepada sesuatu
pembelajaran kerana seseorang pendidik yang ramah dan baik hati akan sentiasa
dihormati oleh pelajarnya sepertimana mereka menghormati kedua ibu bapa mereka.
Selain itu, sentiasa membimbing pelajar dan mengambil berat akan mereka. Ini kerana,
guru ibarat ibu bapa kepada murid apabila mereka di sekolah, oleh itu guru haruslah
sentiasa mengambil berat akan mereka dan membimbing mereka dengan sebaiknya.
Selain itu sikap bertanggungjawab juga ada dalam diri pensyarah. Beliau selalu
memastikan anak muridnya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan baik.

Sikap yang ditunjukkan oleh guru sekolah menengah juga sama dengan sikap
pensyarah iaitu penyayang. Guru sekolah menengah juga sangat memberikan tumpuan
kepada seluruh pelajarnya untuk memastikan semuanya dapat belajar dengan baik. Selain
itu beliau juga merupakan guru yang mengambil berat terhadap pelajar dan akan
memastikan setiap pelajar menguasai subjek yang diajar olehnya. Malahan juga, beliau
bijak untuk mengaplikasikan subjek Pedagogy untuk memastikan murid-muridnya tidak
berasa bosan dalam aktiviti pembelajaran.

Sikap guru novis turut menunjukkan sikap yang sama iaitu penyayang. Guru ini
rajin mengambil berat tentang hal ehwal dan kebajikan pelajar supaya dapat memastikan
tiada pelajar yang akan ketinggalan dari segi pelajaran. Beliau juga merupakan seorang
guru yang rajin walaupun baru berkhidmat. Ciri ini perlulah dikekalkan oleh semua guru
supaya dapat memberi contoh teladan yang baik kepada murid-murid untuk
mengikutinya.
KEMAHIRAN GURU

Pensyarah ini mahir dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan
merupakan seorang yang cepat belajar. Beliau dahulunya amat lemah dalam Bahasa
inggeris tetapi sekarang merupakan seorang pensyarah TESL. Beliau juga pandai menarik
minat pelajar dengan sikapnya yang mudah didekati dan suka mendengar luahan pelajar.
Pensyarah ini juga pandai dalam memerhati tingkah laku pelajar, dan mencari jalan untuk
membuatkan pelajar suka untuk belajar.

Guru sekolah menengah ini tidak pernah lekang dengan senyuman dibibirnya dan
memperlakukan para pelajar seperti anak-anaknya. Oleh itu, subjek yang diajar
kebiasaannya dapat di skor oleh pelajarnya. Para pelajar mudah faham kerana beliau
menggunakan bahasa yang mudah dan selalu memberi teknik supaya mudah ingat. Beliau
juga selalu belanja pelajarnya makan supaya pelajar menjadi lebih selesa dengannya dan
lebih suka untuk belajar.

Guru novis ini mahir dalam teknologi yang terkini dan pandai
mengaplikasikannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga pandai dalam
menggunakan bahan bantu mengajar dan sangat kreatif dalam menarik minat pelajar
untuk belajar. Beliau juga mengatakan bahawa, para pelajar jarang mengantuk di dalam
kelasnya kerana dia selalu berborak dengan pelajar dan pandai bergurau senda.
PENGETAHUAN GURU

Pensyarah ini telah memegang jawatan Dekan Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan selama 5 tahun. Beliau juga merupakan pensyarah yang mahir dalam
pengkhususan bahasa inggeris. Beliau berpengetahuan dalam mengajar pelajar sekolah
menengah selama 10 tahun dan pelajar institusi pengajian tinggi selama 18 tahun.
Pensyarah ini juga tidak tertinggal dengan kemajuan teknologi terkini. Beliau pandai
menggunakan aplikasi seperti google meets dan google classroom untuk kongsi nota dan
tugasan.

Guru sekolah menengah ini pernah menjadi guru bola baling, guru unit
beruniform bulan sabit merah, dan guru kelas. Beliau mahir dalam pengkhususan bahasa
melayu untuk pelajar SPM dan sering menggunakan peribahasa semasa bercakap. Beliau
juga pandai menyampaikan ilmu kepada pelajar iaitu pelajar mudah faham dan suaranya
juga lantang dan kuat. Guru ini juga berpengetahuan tentang agama dan selalu menegur
pelajarnya dari segi pakaian dan pergaulan sesame rakan kelas.

Guru novis ini berpengetahuan dalam teknologi semasa dan selalu mengikuti
setiap perkembangan semasa. Beliau amat faham dengan pelajar pada zaman sekarang
dan tahu kerenah pelajar dan minat pelajar. Beliau juga pandai dalam mengaplikasikan
pembelajaran abad ke-21 yang banyak menggunakan gajet elektronik dan kemahiran
berfikir aras tinggi. Guru ini juga kreatif dalam penyediaan alat bantu mengajar dan
bahan bantu mengajar.
HUBUNGAN GURU DENGAN PELAJAR, HUBUNGAN GURU DENGAN IBU
BAPA

Pensyarah ini berpendapat bahawa hubungan kedua-duanya sangat penting untuk


kepentingan pendidikan para pelajar. Hubungan antara guru dengan pelajar penting dalam
membentuk sahsiah diri yang baik dalam kalangan pelajar. Para pelajar akan lebih
menghormati guru dan rela mematuhi segala arahan guru. Hubungan antara guru dengan
ibubapa pula penting kerana pembelajaran anak-anak berkait rapat dengan penglibatan
ibubapa untuk pencapaian akademik. Ibubapa dapat mengetahui situasi anak mereka di
sekolah dan dapat memberikan nasihat kepada mereka di rumah.

Guru sekolah menengah juga mengatakan hubungan keduanya sangat penting


untuk memudahkan lagi tugas guru dalam menyampaikan ilmu. Hubungan antara guru
dengan pelajar membolehkan guru mengenali pelajarnya dengan lebih rapat dan dapat
membantu mereka untuk berjaya. Hubungan antara guru dengan ibubapa pula
membolehkan mereka berbual mengenai tingkah laku pelajar semasa di sekolah. Seorang
ibubapa yang baik semestinya akan menerima segala yang diluahkan oleh guru dan akan
menegur sikap anak mereka.

Guru novis juga mengatakan perkara yang sama untuk kepentingan antara kedua-
duanya. Hubungan antara guru dengan pelajar yang baik akan membina iklim bilik darjah
yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar akan menjadi
seorang yang lebih mendengar kata dan tidak suka menimbulkan masalah disiplin.
Hubungan antara guru dengan ibubapa pula membolehkan mereka berbincang mengenai
prestasi akademik pelajar semasa di sekolah. Kebanyakkan ibubapa langsung tidak
bertanya soal akademik anak-anak semasa di rumah. Apabila hubungan ini diterapkan,
ibubapa lebih mengambil tahu tentang anak-anak mereka dan boleh merancang untuk
masa depan mereka.
APAKAH ONLINE CLASS ATAU PEMBELAJARAN SECARA FIZIKAL LEBIH
RELEVAN DAN SEBABNYA

Pensyarah telah memberikan pendapat bahawa beliau merasakan beliau lebih


gemar kaedah pembelajaran ini berada dalam 2 bentuk iaitu digabungkan kelas secara
dalam talian dan pembelajaran secara fizikal. Beliau berpendapat lagi bahawa
pembelajaran haruslah dilakukan dalam talian manakala untuk tutorial perlu dilakukan
dalam keadaan secara bersemuka. Tambahan lagi, pensyarah ini berkata bersemuka
amatlah penting kerana manusia perlu mempunyai “human touch”

Guru sekolah menengah pula berpendapat bahawa kaedah pembelajaran antara


online class atau pembelajaran secara fizikal ialah beliau memilih supaya aktiviti
pembelajaran dilakukan secara fizikal. Beliau berpendapat bahawa perkara ini perlu
dilakukan untuk memudahkan aktiviti berkomunikasi secara efektif dan berkesan.

Guru novis berpendapat bahawa kedua-duanya digabungkan sekali. Alasan yang


diberikan oleh guru ini ialah beliau dapat mempelajari bagaimana hendak
mengaplikasikan pembelajaran pada abad ke-21 serta dapat menarik lebih banyak
perhatian daripada pelajar.

.
PENGAJARAN GURU SEMASA COVID-19: KAEDAH MENGAJAR,
MASALAH, CABARAN DAN CARA MENGATASI
PEMBELAJARAN PELAJAR SEMASA COVID-19: KAEDAH
PEMBELAJARAN YANG SESUAI, MASALAH DIHADAPI, CABARAN DAN
CARA MENGATASI

You might also like