Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

SULIT

NAMA
TINGKATAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2022 3767/1


TINGKATAN 4
EKONOMI
1 Jam 15 minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif.


2. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam kertas OMR.

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

Arahan: Jawab semua soalan.

1. Ilmu ekonomi ialah bidang yang mengkaji cara manusia

A merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin

B menggunakan tabungan untuk meningkatkan pendapatan pada masa depan

C menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor pengeluaran secara optimum

D menyeimbangkan pelbagai kehendak manusia dengan sumber ekonomi yang terhad

2. Jadual 1 menunjukkan teknik pengeluaran yang dilakukan oleh Syarikat Kasut


Singa.

Teknik pengeluaran Kasut sukan (pasang) Kasut sekolah (pasang)

A 100 10
B 75 30
C 50 50
D 25 70
Berapakah kos lepas apabila Syarikat Kasut Singa meningkatkan pengeluaran kasut
sukan daripada 75 pasang kepada 100 pasang?

A 100 pasang kasut sukan

B 75 pasang kasut sukan

C 30 pasang kasut sekolah

D 20 pasang kasut sekolah

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

3. Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah negara.

Rajah 1

Berdasarkan rajah di atas, apakah maksud titik B?

A Masalah pilihan

B Ketidakupayaan ekonomi

C Wujudnya masalah pengangguran

D Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap

4. Antara yang berikut, yang manakah dianggap oleh ilmu ekonomi sebagai input
tanah?

A Racun serangga

B Bilik operasi banjir

C Mesin pengisar padi

D Operator pengeluaran

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

5. Maklumat berikut berkaitan dengan Kilang Roti Jaya.

Kilang Roti Jaya menghadapi kekurangan sehingga


menjejaskan operasi pengeluaran hariannya
Apakah masalah kekurangan bagi Kilang Roti Jaya?

A Kos pengeluaran yang tinggi

B kehendak pekerja yang tidak terhad

C Bilangan buruh yang tidak mencukupi

D Projek pembangunan yang memerlukan kos yang tinggi

6. Encik Azilan seorang pekebun kecil telahmembuat keputusan menanam 200 pokok
pisang di ladangnya. Dalam situasi tersebut, beliau dapat menyelesaikan masalah

I apakah yang hendak dikeluarkan?

Il berapakah yang hendak dikeluarkan?

III bagaimanakah yang hendak dikeluarkan?

IV untuk siapakah yang hendak dikeluarkan?

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

7. Maklumat berikut mengenai pengguna.

Pengguna ialah Raja

Apakah maksud pernyataan tersebut dalam sistem ekonomi pasaran bebas?

A Harga sesuatu barang ditetapkan oleh pengguna

B Pengguna mampu memuaskan semua kehendak mereka

C Pengguna berhak mendapatkan barang pada harga yang murah

D Keputusan pengguna akan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan

8. Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri suatu sistem ekonomi.

Sistem ekonomi yang kerajaan atau badan perancangan pusat


berkuasa penuh dalam segala aktiviti ekonomi dan membuat
keputusan ekonomi.

Apakah jenis sistem ekonomi tersebut?

A Sistem ekonomi Islam

B Sistem ekonomi campuran

C Sistem ekonomi pasaran bebas

D Sistem ekonomi perancangan pusat

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

9. Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri suatu sistem ekonomi negara X.

 Wujud persaingan antara firma.


 Kerajaan mengawal melalui sistem cukai dan subsidi

A Sistem ekonomi Islam

B Sistem ekonomi campuran

C Sistem ekonomi pasaran bebas

D Sistem ekonomi perancangan pusat

10. Pernyataan manakah yang betul tentang sistem ekonomi perancangan pusat?

A Sumber ekonomi dikawal oleh kerajaan

B Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran

C Kuasa permintaan dan penawaran menentukan harga sesuatu barang

D Firma bebas membuat pilihan tetapi dikawal oleh peraturan dan undang-undang

11. Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan bagi lima orang individu terhadap barang
Q.

Rajah 2

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu M pada tingkat harga RM5 jika jumlah
permintaan pasaran ialah 44 unit?

A 3 unit

B 11 unit

C 16 unit

D 21 unit

12. Berdasarkan jadual berikut yang manakah menerangkan hukum permintaan?

Harga asal Kuantiti diminta Harga baru (RM) Kuantiti diminta


(RM) asal (unit) baru (unit)

A 5 12 7 10
B 5 10 7 12
C 7 12 5 10
D 7 10 5 10

13. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan permintaan terhadap


barang?

I Harga barang pengganti naik

II Harga barang pengganti turun

III Harga barang penggenap naik

IV Harga barang pengenap turun

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

14. Jika pekali keanjalan harga permintaan ialah 0.4, apakah langkah yang perlu
dilakukan oleh firma untuk meningkatkan hasil jualan?

A Harga barang keluaran dinaikkan

B Harga barang keluaran diturunkan

C Harga barang pengenap dinaikkan

D Harga barang pengenap diturunkan

15. Rajah 3 menunjukkan keluk permintaan barang M.

Rajah 3

Apabila harga barang M menurun daripada P1 kepada P0 dan kuantiti diminta


meningkat daripada Q1 kepada Q0, taksirkan pekali keanjalan di atas

A Anjal C Anjal satu

B Tak anjal D Anjal sempurna

16. Apabila harga mentega naik, permintaan terhadap marjerin akan naik. Apakah
hubungan antara dua jenis barang tersebut?

A Barang mesti

B Barang mewah

C Barang pengganti

D Barang penggenap

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

17. Rajah 4 menunjukkan keluk penawaran S0S0 dan S1S1.

Rajah 4

Apakah yang menyebabkan keluk penawaran beralih dari S0S0 ke S1S1.

A Kenaikan upah buruh

B Kejatuhan harga barang itu

C Kerajaan mengenakan cukai

D Penggunaan teknologi moden

18. Rajah 5 menunjukkan keluk penawaran barang W.

Rajah 5

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

Berapakah pekali keanjalan harga penawaran barang tersebut, jika harga berubah
daripada RM5 kepada RM6?

A 0.4

B 1.5

C 2.1

D 2.5

19. Maklumat berikut menunjukkan pekali keanjalan berlaku lebihan penawaran


dalam pasaran?

Barang Pekali keanjalan harga penawaran


BarangRR 0.8
Barang S
A S
Anjal 2.5 satu
Anjal

B Tidak anjal Anjal


C Anjal Tidak anjal
D Anjal satu Anjal satu
Apakah jenis pekali keanjalan bagi barang R dan Barang S

20. Dalam ekonomi, permintaan pasaran ditakrifkan sebagai

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

A kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna dalam pasaran pada
pelbagaitingkat harga dalam tempoh tertentu
B kuantiti barang diminta oleh individu pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh
masa tertentu
C kuantiti barang yang diminta oleh pengeluar dalam tempoh tertentu pada tingkat
harga tertentu
D kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna yang ada di dalam pasaran

21. Apakah kesan kepada pasaran telefon bimbit tempatan jika penawaran bertambah
tetapi permintaan tetap.

1 Lebihan penawaran

II Lebihan permintaan

III Harga akan jatuh

IV Harga akan naik

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

22. Apakah implikasi yang akan timbul apabila berlaku lebihan penawaran dalam
pasaran?

1 Tingkat harga barang akan menurun

II Tingkat harga barang akan meningkat

II Kuantiti diminta barang akan menurun

IV Kuantiti diminta barang akan meningkat

A I dan III C II dan III

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

B I dan IV D II dan IV

23. Rajah 6 menunjukkan keluk perubahan keseimbangan pasaran jam tangan.

Rajah 6

Antara yang berikut yang manakah kesan peningkatan pendapatan isi rumah kepada
keseimbangan pasaran jam tangan?

A Beralih daripada D0D0 kepada D1D1

B Kuantiti keseimbangan pasaran yang baharu ialah Q

C Harga keseimbangan pasaran akan meningkat daripada P0 kepada P1

D Tiada perubahan yang berlaku kepada keluk keseimbangan pasaran

24. Barang yang manakah anjal harga?

A Ikan

B Beras

C Garam

D Kamera

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

25. Cik Lye Ying membeli sebuah kere berharga RM80000 secara ansuran bulanan
sebanyak RM750 sebulan. Fungsi wang dalam pernyataan di atas ialah

I alat ukuran nilai

II alat simpanan nilai

III alat bayaran tertunda

IV alat perantaraan pertukaran

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

26. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Gembira Berhad.

‘Syarikat Gembira Berhad mempunyai hampir 10 000 tenaga kerja

yang menjalankan tugas mengikut kepakaran masing masing. Pada

setiap bulan, semua pekerja akan menerima upah yang dimasukkan

terus ke akaun mereka. Ini memudahkan mereka menerima upah pada

masa yang telah ditetapkan.’

Kemudahan yang manakah telah digunakan oleh majikan Syarikat Gembira Berhad?

A Draf bank

B Debit langsung

C Pindahan kredit

D Perintah sedia ada

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

27. Maklumat di bawah menunjukkan butir-butir pendapatan dan bayaran yang telah
dibuat oleh Encik Rozaini dalam setahun.

Butiran RM
Pendapatan tahunan 32 000
Cukai pendapatan 1 300
Ansuran kereta 7 200
Bayaran zakat 400
Caruman KWSP 3520
Caruman PERKESO 160

Berapakah pendapatan boleh guna Rozaini?

A RM19 440

B RM23 100

C RM26 620

D RM37 040

28. Pilih pernyataan yang benar mengenai pelbagai jenis pelaburan.

Jenis pelaburan Tahap risiko Tahap pulangan

A Simpanan tetap Tinggi Faedah

B Saham Rendah Dividen

C FOREX Tinggi Sewa

D Hartanah Rendah Rendah

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

29. Rajah 7 berkaitan dengan pendapatan yang diterima oleh Encik Hamdan.

En.Hamdan mempunyai sebidang tanah

Beliau menternak ayam daging di ladangnya


Setengah ekar daripada tanahnya disewakan kepada Encik
Zakaria untuk menanam kopi

Rajah 7

Apakah bentuk pendapatan tersebut?

A Untung dan faedah

B Upah dan untung

C Faedah dan upah

D Untung dan sewa

30. Manakah yang faedah sampingan dalam faktor pemilihan pekerjaan?

A Jaminan kerja

B Elaun perumahan

C Lokasi tempat kerja

D Suasana tempat kerja

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

31. Maklumat berikut mengenai faktor pemilihan pekerjaan.

Encik Jamil menolak upah yang ditawarkan oleh Syarikat Y sebanyak RM3 000
tetapi sanggup menerima upah bulanan yang ditawarkan sebanyak RM2000
oleh Syarikat W.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor utama yang mendorong Encik
Jamil memilih untuk bekerja di Syarikat W?

I Jarak

II Minat

III Kelayakan akademik

IV Keadaan ekonomi semasa

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

32. Apakah maksud kehendak?

A Barang yang tiada pilihan

B Barang yang diperlukan untuk terus hidup

C Barang yang perlu dipenuhi terlebih dahulu

D Barang yang memberi kehidupan yang lebih selesa

33. Pernyataan manakah yang betul mengenai kehendak?

A Dipengaruhi oleh saiz pendapatan

B Untuk meneruskan kehidupan

C Bilangan terhad

D Barang kawalan

34. Apakah akibat daripada perbelanjaan yang tidak dirancang?

I Tabungan di bank bertambah

II Menggalakkan individu berhutang

III Perbelanjaan melebihi pendapatan

IV Memaksimumkan kepuasan individu

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

Soalan 35 hinnga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernytaan II


A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah

35. I. Tanah merupakan merupakan sumber.


II. Usahawan menggabungkan sumber ekonomi.

36. I. Firma mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan


kebajikan masyarakat.
II. Firma menggabungkan sumber ekonomi untuk memaksimumkan kebajikan
masyarakat

37. I. Firma mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan


keuntungan.
II. Firma menggabungkan sumber ekonomi untuk memaksimumkan kebajikan
masyarakat.

38. I. Pendapatan boleh guna merupakan pendapatan yang boleh digunakan setelah
ditolak dengan potongan wajib .
II. Semakin potongan wajib, semakin rendah pendapatn boleh guna.

39. I. Hukum permintaan menunjukkan apabila harga naik, kuantiti yang diminta
turun
Il. Perubahan dalam kuantiti ditawarkan disebabkan oleh perubahan dalam harga
barang itu sendiri.

40. I. Permintaan anjal merujuk kepada peratus perubahan harga lebih kecil daripada
peratus perubahan kuantiti.

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT

Il. Permintaan anjal merujuk kepada peratus perubahan harga lebih kecil daripada
peratus perubahan kuantiti.
Kertas Soalan Tamat

3767/1 @2022 SMKTSMR EKONOMI [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like