Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 103

Dari

Kepompong Hutang
Kepada
Bebas Kewangan

“Kawal atau Dikawal”

Nurussalam Aziz
14/5/2014

Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara-cara lain sebelum mendapat
izin daripada Nurussalam Aziz.
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Dari
Kepompong Hutang
Kepada
Bebas Kewangan

"Kawal atau Dikawal"

Nurussalam Aziz

Jangan letakkan penghalang untuk mencapai kejayaan anda! Anda boleh menjadi apa
sahaja dengan mudah sekira anda tahu caranya.

1|Mukasurat
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Catatan
_____________________________________________________________________

Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara-cara lain sebelum mendapat izin
daripada Nurussalam Aziz.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi setiap individu dan tiada
jaminan dikeluarkan dalam menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, tips, idea dan cadangan
untuk dijadikan panduan asas sahaja kerana ia di tulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis
buku ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesional
yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan
khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam buku
ini. Penulis secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atau risiko,
peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada
penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada buku ini.

2|Mukasurat
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Penghargaan
_____________________________________________________________________

Sebagai pembuka kata, dengan lafaz bismillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah
kerana memberi saya kekuatan dan dorongan dalam menjayakan penulisan buku saya ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada umi tersayang saya yang telah
melahirkan saya di dunia ini. Sesungguhnya tiada sebarang hitungan yang dapat menyamai
pengorbanan seorang ibu. Tidak dilupakan ayahanda saya iaitu Allahyarham Wan Abdul Aziz
B. Ahmad yang mengajar saya erti berdikari di dalam hidup ini. Tidak ketinggalan juga isteri
yang banyak bersabar dalam menempuh dugaan demi dugaan di dalam kehidupan bersama.
Tanpa isteri tersayang, rasanya saya takkan setabah ini untuk melakukan sesuatu yang
mustahil di dalam kehidupan. Seperti yang di kata, perempuanlah yang akan menaikkan dan
menjatuhkan seorang lelaki. Maka isteri saya tergolong di kalangan isteri yang ingin melihat
kejayaan yang positif dari saya. Begitu juga, anak-anak iaitu Anas, Asyraf, Alif dan Aneesa
yang menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk menjadikan saya lebih giat bekerja
serta lebih kreatif dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Ucapan ini juga ditujukan
kepada ibu dan ayah mertua yang banyak menolong serta menjadi pendorong dalam
kehidupan saya untuk menjadi lebih maju.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada mentor-mentor saya yang banyak membantu
dalam merealisasikan cita-cita saya sebagai seorang penulis, memantau kewangan dan banyak
memberi kata-kata semangat yang ekstrem untuk menjadikan hala tuju kewangan saya lebih
baik dan menarik. Terima kasih juga kepada mentor-mentor pasif yang mengajar secara
seminar dan banyak memberi semangat untuk terus maju serta berdaya saing.

Tidak dilupakan juga kepada pihak bank yang banyak memberi dugaan supaya saya belajar
apa itu kewangan dan menjadikan diri ini lebih celik kewangan berbanding dahulu. Jika tidak
kerana tekanan dari pinjaman-pinjaman yang saya lalui dengan bank, rasanya saya tidak akan
menjadi sebaik seperti sekarang.

Terima kasih juga diucapkan kepada Sharizal Ithman yang banyak berkongsi pengalaman dan
tips kewangan supaya saya menjadi lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang
pernah dilakukan. Tidak ketinggalan juga Ahmad Farizal yang menjadi pembuka jalan untuk
saya menjadi lebih berjaya. Sifat ingin berkongsi menjadi pencetus untuk saya lebih maju ke
hadapan.

Kepada kawan-kawan dan para pembaca blog saya yang banyak memberi sokongan secara
langsung atau tidak, ribuan ucapan terima kasih dari saya.

Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada anda semua iaitu pembaca buku saya.
Terima kasih.

3|Mukasurat
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Testimonial
_____________________________________________________________________

"Jarang saya menjumpai buku kewangan yang disokong oleh hadis dan terjemahan al-
Quran sebagai panduan dalam perancangan kewangan peribadi."
Iskandar Basir, Pengurus Cawangan Bank Islam.

“Buku ini telah membuka minda pemikiran saya, ia berdasarkan pengalaman getir
yang dilalui oleh penulis dalam perjalanan kewangan beliau. Ia memberi satu
penerangan yang mudah difahami melalui fakta dan informasi yang amat relevan, apa
yang harus ‘dibuat’ dan ‘dielakkan’ lalu menjadikan saya amat berharap menemui
buku ini lebih awal untuk menjadi panduan kepada kehidupan kewangan saya
terdahulu. Walaupun begitu, buku ini masih memberi panduan dan pengetahuan yang
berguna untuk menjadikan masa hadapan yang lebih baik kepada saya dan
menghalang saya dari melakukan kesilapan kewangan seperti waktu dahulu.”
Faisal, Pengaturcara Universiti Antarabangsa.

"Ternyata buku ini di tulis dari hati kerana ia perkongsian dari jatuh bangun saudara
Nurussalam Aziz dalam kewangan peribadi. Tidak disangka buku ini wujud dan di tulis
oleh anak tempatan sendiri."
Nurzamir Zakaria , Penganalisis Kanan Richworks International.

"Cara buku ini di tulis merangkumi kepada pelbagai lapisan umur dan latarbelakang
kewangan. Buku ini amat sesuai untuk dipraktikkan dan mudah difahami oleh orang
yang tidak mempunyai pendidikan dalam bidang kewangan."
Bashasunnahar B. Puasa, Penyelia Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor.

“Buku ini tentang pengalaman sebenar bagaimana penulis memperbetulkan


kesilapannya daripada terus membazirkan gaji bulanan ke tempat-tempat yang salah.
Dan uniknya, ianya berlandaskan hadis dan al-Quran sebagai asas dalam pengurusan
kewangan peribadi.”
Farizal Hassan, Pemaju Kanan Multimedia.

4|Mukasurat
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Isi Kandungan
_____________________________________________________________________

Pengenalan

BAHAGIAN PERTAMA: Bagaimana Saya Terperangkap dalam Kepompong Hutang


 Tiada Ilmu Dalam Kewangan
 Hutang Peribadi
 Kad Kredit
 Kereta dan Motosikal
 Lain - lain Perangkap Yang Mungkin Menjerat Anda

BAHAGIAN KEDUA: Bagaimana Saya Keluar dari Kepompong Hutang


 Menambah Ilmu Pengetahuan Tentang Kewangan Peribadi
 Bagaimana Saya Berfikir
 Penstrukturan Hutang
 Membayar Hutang Apabila Tiba Waktunya
 Fokuskan Membunuh Hutang Anda
 Pindahan Jumlah Hutang Kad Kredit
 Pindahkan Hutang Lain Ke Dalam Kad Kredit
 Menggunakan Wang Bonus Sebagai Penghapus Hutang
 Menggunakan Kenaikkan Gaji Bulanan Untuk Membayar Hutang Lapuk
 Memindahkan Banyak Hutang Kepada Satu Hutang
 Membuat Pinjaman Tanpa Faedah Dengan Keluarga

BAHAGIAN KETIGA: Bagaimana Saya Membina Tembok Pertahanan


 Menguruskan Hutang, Tunai dan Simpanan
 Menguruskan Dana Kecemasan
 Menjadikan Aktiviti Menyimpan Sebagai Tabiat
 Mencari Sumber Inspirasi
 Mencari Mentor
 Membuat Cetakan Biru atau Blueprint Pengurusan Kewangan
 Resepi Daripada Para Bilionair

BAHAGIAN KEEMPAT: Bagaimana Saya Menyerang


 Membina Minda Pelabur
 Mula Mencipta Rangkaian
 Berjinak-jinak Dengan Pelaburan Berisiko Rendah
 Mula Berjinak-jinak Dengan Hartanah
 Membina Kuasa Faedah Berkompaun
 Pelaburan Pasaran Saham
 Pelaburan Emas dan Perak

BAHAGIAN KELIMA: Amalan Rohaniah yang Saya Buat Berkaitan Rezeki


 Percaya dan Bertawakal Kepada Allah
 Berbuat Baik Kepada Ibu dan Bapa
 Mendoakan Rezeki Kepada Penghutang
 Solat Sunat Dhuha
 Solat Sunat Tahajud
 Kehebatan Sedekah
 Kehebatan Mengeluarkan Zakat
 Terjemahan al-Quran Mengenai Rezeki
 Petikan Hadis Mengenai Rezeki

Kata - Kata Akhir

5|Mukasurat
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

 Mengenai Penulis
 Lampiran Untuk Dikongsi

6|Mukasurat
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Pengenalan

Suatu ketika dahulu, saya merupakan seorang yang tidak mengambil endah dengan kewangan
peribadi. Namun, setelah dicengkam oleh kepompong hutang peribadi maka saya mula
membuat satu keputusan untuk keluar daripada hutang yang ada sekarang. Malahan apabila
mengetahui pelbagai ilmu tentang kewangan, saya mula menjadi seorang yang ingin lebih
maju iaitu menjadi seorang multijutawan. Sekira asasnya saya tidak tahu, bagaimana saya
ingin mengubahnya.

Saya tidak mahu memperdagangkan masa depan saya tanpa mengetahui cara mengawal
hutang saya. Pada pendapat saya, sekiranya saya tidak tahu mengawal hutang saya maka
hutang tersebut akan mengawal saya. Tanpa mengetahui cara mengurus hutang saya,
bagaimana saya ingin pergi lebih jauh untuk mengurus kewangan syarikat saya. Dengan
pengurusan peribadi yang sistematik, maka saya akan boleh pergi kepada sesuatu yang lebih
besar. Sekiranya saya gagal menguruskan kewangan peribadi, maka bagaimana saya ingin
pergi ke langkah seterusnya. Prinsip yang mudah!

Inilah yang mendorong saya untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai
kewangan peribadi. Saya tidak mahu menghabiskan seumur hidup saya bekerja keras untuk
melangsaikan hutang dan bekerja dengan orang lain. Biarlah hutang saya selesai dengan lebih
cepat dan saya dapat hidup dengan pendapatan pasif. Dengan itu, menjadikan saya seorang
yang bebas kewangan. Bagi saya, tiada yang mustahil selagi saya hidup kerana setiap masalah
ada jalan penyelesaiannya. Terpulang kepada diri sendiri untuk mencarinya.

Setelah saya mengambil keputusan untuk lebih maju dalam pengurusan kewangan, saya
banyak menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk menjadikan diri saya setakat ini. Buku,
kewangan peribadi, seminar, blog, forum dan kelas-kelas kewangan merupakan langkah awal
untuk menjadikan saya lebih berjaya. Alhamdulillah, semuanya menjadi makin positif untuk
masa hadapan.

Dengan pengalaman yang saya ada, tidak salah sekiranya saya ingin berkongsi kepada anda
bagaimana saya keluar dari kepompong hutang dan bebas seperti seekor rama-rama.
Semuanya dari pengalaman saya dahulu dan pencapaian saya dimasa hadapan. Selamat
mencuba dan selamat membaca.

Walaupun saya tidak memiliki sebarang sijil dalam bidang kewangan, ia tidak menghalang
saya daripada membina kekayaan dari sudut yang saya ketahui. Setiap matlamat mestilah ada
jalannya. Saya berpendapat adalah lebih baik kewangan dinilai dari hasilnya atau dengan kata
lain dari aset yang dikumpul dari pengalaman sendiri. Ia boleh diibaratkan mencipta kapal
dari kesilapan dan belajar untuk mengatasi kesilapan tersebut. Walaupun teori adalah bagus,
teori tetap teori. Pengalaman akan membezakan antara seseorang itu belajar daripada teori
atau belajar daripada kesilapan.

Oleh itu, setiap kekayaan saya bermula dari pengalaman saya sendiri. Mungkin ada
sesetengah pengalaman saya itu, tidak memberi kesan yang sama kepada anda. Ini kerana
pemikiran, fokus, ilmu, kekuatan dalaman dan orang sekeliling anda berbeza dengan saya.
Saya belajar daripada orang yang telah berjaya dan setentunya saya belajar daripada mereka.
Saya mempunyai cetakan biru (blueprint) daripada orang yang telah berjaya malahan mereka
dari golongan jutawan atau multijutawan.

Semakin saya membina kekayaan, maka makin berbeza pemikiran saya terhadap kewangan.
Satu perbezaan yang ketara ialah pemikiran yang berbeza di antara golongan kaya, menengah
dan miskin. Perbezaan pemikiran inilah yang mencipta dan menjadi laluan yang saya pilih.
Orang kaya selalu 'mengawal' manakala orang menengah dan miskin selalunya 'dikawal'.
Terpulang kepada anda untuk berada di pihak yang mana. Saya sudah memilih dan

7|Mukasurat
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

melangkah selangkah demi selangkah untuk mencapai matlamat yang ingin saya capai. Setiap
kejayaan mestilah dibina dari kesilapan dan jatuh bangunnya.

8|Mukasurat
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Cara Buku Ini Disusun

Secara mudahnya buku ini disusun secara pecahan di mana anda boleh membaca mengikut
kesesuaian anda. Ini kerana buku ini menceritakan secara khusus pada setiap pecahan
bahagian secara jelas. Anda boleh mulakan dari bahagian pertengahan, pengakhiran atau
bermula dari bahagian pertama.

Namun begitu, saya amat sarankan sekiranya anda membaca dari bahagian permulaan supaya
mendapat pendedahan bagaimana saya keluar dari kepompong hutang kepada terbang bebas
tanpa hutang yang negatif. Ini supaya anda dapat mendalami bagaimana peritnya saya dahulu
dalam menangani hutang dan kemudiannya saya berubah kepada yang lebih positif.

Anda boleh menconteng atau membuat garisan pada bahagian-bahagian yang penting untuk
diingati. Gunakan sebarang alatan yang mampu menarik mata anda apabila ingin mengambil
bahagian-bahagian yang penting dalam buku ini. Pen merah atau pen penyerlah menjadi
saranan saya kepada anda.

Secara ringkasnya buku ini mempunyai enam bahagian. Ia dimulakan dengan bahagian
pertama iaitu Bagaimana Saya Terperangkap dalam Kepompong Hutang, bahagian kedua
iaitu Bagaimana Saya Keluar dari Kepompong Hutang, bahagian ketiga iaitu Bagaimana
Saya Bertahan, bahagian keempat iaitu Bagaimana Saya Menyerang, bahagian kelima iaitu
Amalan Rohaniah yang Saya Buat Berkaitan Rezeki dan bahagian yang terakhir iaitu Kata-
Kata Akhir.

Bahagian pertama banyak menceritakan bagaimana saya melakukan kesilapan dalam nilai
kewangan peribadi saya. Saya menceritakan secara jelas dan jujur tanpa berselindung dengan
kesilapan saya terdahulu. Saya amat mengharapkan anda tidak mengulangi kesilapan
kewangan seperti saya dahulu.

Bahagian kedua pula berkisar bagaimana saya bangun dan keluar dari kepompong hutang. Ia
bukanlah satu penyelesaian secara petik jari, tapi untuk menerangkan setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya. Mungkin pendekatan penyelesaian saya tidak sesuai untuk anda tapi
mungkin ia membuka perspektif anda dengan jalan penyelesaian yang telah berjaya saya
lakukan.

Bahagian ketiga saya akan menceritakan teknik-teknik yang saya pakai untuk bertahan dari
cengkaman hutang. Ia lebih menceritakan bagaimana saya membuat batu asas kepada
simpanan. Saya mengambil perspektif bertahan dahulu sebelum saya menfokuskan kepada
teknik menyerang.

Bahagian keempat pula saya akan menceritakan teknik-teknik menyerang yang dilakukan
oleh saya. Apabila sudah mempunyai tapak asas yang agak kuat, setentunya saya dapat
menfokuskan kepada teknik menyerang dengan jayanya. Mungkin teknik-teknik ini tidak
menjadi pilihan anda tetapi ia menceritakan bagaiman saya menyerang dengan teknik ini.

Bahagian kelima lebih merujuk kepada apa yang saya lakukan dari sudut Islam dan saya juga
mengambil kesempatan untuk mengambil ayat-ayat daripada terjemahan al-Quran dan hadis.
Semoga ia menjadi panduan kepada umat Islam seluruhnya.

Bahagian keenam merupakan penutup kepada buku ini. Ia lebih kepada kata-kata akhir
daripada saya dan saya juga memberi satu bonus berupa lampiran yang mungkin boleh
dipraktikkan dalam mengawal kewangan peribadi anda.

9|Mukasurat
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

BAHAGIAN PERTAMA
Bagaimana Saya Terperangkap dalam Kepompong Hutang

"Orang berjaya menyelesaikan masalah dan mengawal kehidupannya,


orang yang lemah akan lari dari masalah dan dikawal kehidupannya."
Nurussalam Aziz

10 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Tiada Ilmu Mengenai Kewangan

Boleh dikatakan ketika saya masih muda, istilah kewangan agak janggal dan jarang sekali
didengar. Memang betul, semasa muda saya lebih menghabiskan masa yang terluang dengan
aktiviti-aktiviti yang biasa budak-budak sebaya saya lakukan. Bermain bolasepak, bermain
permainan arked 20 sen, berjalan-jalan di hujung minggu, menangkap ikan di parit-parit dan
pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh budak-budak kebanyakkan. Sebab itu,
saya hanya menjadi budak biasa-biasa sahaja pada waktu itu.

Selepas meningkat dewasa atau lebih tepat lagi remaja. Saya masih melakukan aktiviti-
aktiviti yang sama seperti orang yang biasa-biasa sahaja. Boleh dikatakan tiada hala tuju dan
hanya bersuka ria menikmati alam remaja. Untuk mencari ilmu tentang kewangan di masa
hadapan, mungkin satu mimpi yang paling ngeri pada ketika itu. Maklumlah apabila di sebut
tentang kewangan, saya hanya memandang itu hanyalah untuk orang bank ataupun akauntan
yang lebih tahu dan pandai. Namun, ternyata andaian saya silap. Bukan sahaja silap, tetapi
amat silap.

Ternyata tanpa ilmu kewangan, saya amat lemah dalam bidang ini. Boleh dikatakan hanya
tahu menghabiskan duit tetapi bukannya menjana duit yang lebih baik. Boleh dikatakan juga
saya tidak membesar dalam persekitaran yang mengambil kisah tentang ilmu kewangan maka
menjadikan saya tidak tahu ke mana hala tuju saya pada waktu itu. Apa sahaja masalah yang
timbul mengenai wang, akan saya jadikan pinjaman berhutang sebagai pilihan nombor satu.
Tanpa ilmu, anda dan saya hanyalah tong kosong sahaja. Hanya kuat berdendang tapi isinya
tiada.

Inilah kesilapan saya yang paling besar di dalam hidup iaitu tidak belajar tentang ilmu
kewangan. Dan sekiranya anda juga tidak belajar tentang ilmu ini, maka anda juga akan sesat
seperti saya dahulu. Tetapi kerana anda sudah membaca malahan lebih baik sekiranya terus
membeli buku ini, ia akan menjadikan peningkatkan ilmu tentang kewangan anda ke tahap
yang lebih baik dari sebelum ini. Lagi baik, anda akan dapat membandingkan diri anda dan
saya untuk dijadikan sebagai kayu ukur dalam kewangan diri sendiri.

Sebolehnya-bolehnya, saya akan mencuba untuk mengelakkan anda dari melakukan


kesilapan-kesilapan yang saya telah lakukan dan lalui sebelum ini. Ini kerana pengalaman
kewangan saya adalah perit dan menjadikan kewangan saya seperti telur di hujung tanduk
yang berada di puncak bangunan pencakar langit. Tinggi betul risiko saya bukan? Kalau anda
tidak ingin menjadi seperti saya, anda harus membaca dan membaca tentang ilmu kewangan
supaya anda lebih baik dari sekarang.

Jadikan ilmu kewangan anda hari ini adalah lebih baik dari semalam dan jadikan ilmu
kewangan anda hari esok lebih baik dari hari ini. Eh, hari esok adalah lebih baik dari hari ini?
Mustahil bukan? Segalanya tidak mustahil sekiranya anda terus membaca buku saya ini. Akan
saya ceritakan masalah dan penyelesaiannya secara berperingkat -peringkat. Ini supaya anda
dapat melihat kesilapan kewangan yang saya hadapi dahulu dan bagaimana saya
menanganinya. Sekarang anda sudah boleh menyandarkan diri sambil menghirup secawan
kopi yang sungguh sedap aromanya.

Di dalam buku Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert T.Kiyosaki, banyak menceritakan
perbezaan kewangan seseorang. Malahan, beliau menyatakan sekiranya anda seorang yang
kaya tetapi tidak pandai menguruskan kewangan, maka kewangan itu tidak bertahan lama.
Semestinya anda biasa dengar jutawan-jutawan segera di Malaysia yang kisahnya terpampang
di surat khabar mahupun berita di televisyen. Sepatutnya mereka akan senang dengan
sejumlah duit yang dimiliki secara durian runtuh. Tetapi sejuta kali sayang, kebanyakkan
daripada mereka akan jatuh ke tahap asal malahan ada yang menjadi lebih teruk kurang dari
setahun. Duit yang dapat, akan dibelanjakan sesuka hati tanpa ada hala tuju yang sebenar.

11 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Boleh dikatakan ketika itu, pelbagai kehendak yang berupa tsunami akan muncul. Semua
nampak ingin di beli dan semuanya nampak menarik. Anda tidak percaya? Percayalah kerana
keadaan ini memang banyak terjadi. Ini jelas menyatakan bahawa ramai orang belum bersedia
untuk berada dalam golongan orang kaya kerana mereka tidak mempunyai ilmu untuk
mengawal jumlah wang yang banyak. Dengan mempunyai ilmu dan cetakan biru tersendiri, ia
memungkinkan anda tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan.

Anda mungkin biasa melihat orang miskin yang miskin kewangannya. Anda beranggapan
bahawa mereka ini miskin kerana tidak memiliki kemewahan yang dapat ditonjolkan. Anda
beranggapan bahawa mereka yang bekerja di kerusi-kerusi empuk adalah kaya raya, malahan
jika melihat slip gaji mereka ada yang mencecah belasan malahan puluhan ribu ringgit.
Adakah anda percaya kalau saya katakan kebanyakkan daripada mereka adalah lebih miskin
daripada orang yang anda lihat miskin luarannya. Cuba anda lihat jumlah perangkaan mereka
yang muflis ataupun bankrap, mereka adalah dari golongan yang anda lihat miskin atau yang
anda lihat sebagai golongan profesional. Anda tidak tahu? Biar saya ceritakan kepada anda,
puluhan ribu yang bankrap adalah dari golongan profesional. Ini menunjukkan tanpa ilmu
kewangan, anda tidak mampu mengawal wang yang ada. Sekiranya wang yang ada perolehi
sekarang tidak dapat anda kawal, bagaimanakah keadaannya apabila anda memiliki wang
yang lebih banyak. Anda terkejut? Nampaknya saya sudah menjana sel-sel di dalam otak anda
untuk berfikir.

Jika anda ingin berjaya dalam kewangan, maka anda haruslah belajar tentang ilmu kewangan.
Mudah bukan? Jadi mulalah mengurus kewangan anda! Sekiranya kewangan diri sendiri anda
tidak dapat di urus, bagaimana anda ingin mengurus sesuatu yang lebih besar. Baca dan
carilah mentor yang sebaiknya. Cuba belajar dari orang yang berjaya. Untuk menjadi seorang
yang berjaya maka belajarlah dari orang yang sudah berjaya.

Golongan bawahan dan menengah adalah golongan yang selalunya kurang mempelajari ilmu
kewangan, mungkin mereka sibuk dengan mencari duit untuk menampung kehidupan
seharian ataupun ilmu kewangan tidak penting bagi mereka. Bagaimana anda ingin mengawal
kewangan sekiranya anda tidak tahu menguruskannya. Ini seperti memberi orang lain
menguruskan keluarga anda. Nampak seperti tidak logik, tapi itulah kenyataan apabila
melibatkan pengurusan kewangan. Lihat disekeliling anda mahupun diri anda sendiri.

Apabila anda dapat kenaikkan gaji mahupun bonus, adakah kewangan anda makin berubah?
Adakah hutang anda makin berkurangan atau semakin bertambah? Selalunya menjadi sama
mahupun makin teruk. Ini kerana apabila kenaikkan gaji setiap tahun, maka anda sudah
bercita-cita untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih selesa atau lebih berjaya
supaya dapat ditunjukkan kepada orang lain mahupun kepuasan sendiri. Seperti pepatah
melayu dahulu, makin besar periuk maka makin besarlah keraknya. Selalunya kerak tidak
dimakan sendiri, selalunya di buang di dalam tong sampah mahupun menjadi rezeki kepada
ayam.

Dahulu, saya lalui kehidupan tanpa sebarang ilmu kewangan malahan lebih teruk apabila saya
mendengar ilmu kewangan dari pihak yang tidak sepatutnya. Saya mendengar nasihat
kewangan dari penjual insurans, penjual pinjaman malahan dari orang yang tidak berjaya
dalam kewangan. Ini adalah satu konsep yang silap untuk anda mengambil nasihat kewangan
dari mereka. Sebagai contoh, anda meminta nasihat dari penjual insurans untuk menceritakan
tentang kewangan. Setentunya penjual insurans tersebut akan menceritakan dari sudut
kewangan yang bertemakan insurans. Saya tak salahkan mereka kerana memang kerja mereka
adalah menjual insurans. Kalau mereka menceritakan dari sudut lain, setentunya anda tidak
akan membeli insurans dari mereka.

Begitu juga sekiranya anda meminta nasihat dari pihak bank. Seboleh-bolehnya mereka akan
menawarkan anda mengambil pinjaman-pinjaman dari bank yang mereka bekerja. Saya juga

12 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

tidak salahkan mereka kerana mereka mendapat komisen hasil dari pengambilan pinjaman
oleh anda. Itu adalah kebiasaan untuk orang yang bekerja dengan pihak bank. Saya juga ada
mengambil nasihat daripada orang yang memang tidak selayaknya bercerita perihal
kewangan. Pelbagai teori-teori hebat yang diberikan dan setentunya teori-teori tersebut
berdasarkan kejayaan yang di bina oleh orang lain. Setentunya anda pernah berjumpa dengan
orang-orang sebegini. Saya juga tidak salahkan orang-orang sebegini kerana mereka
penyedap cerita sahaja tetapi isinya tiada.

Kalau saya bercerita orang-orang yang anda tidak sepatutnya menerima nasihat tentang ilmu
kewangan, setentunya akan berjela-jela dan menyebabkan anda terlena membaca buku ini.
Boleh saya katakan bahawa saya menyalahkan diri sendiri kerana tidak belajar tentang ilmu
kewangan. Sekiranya saya belajar tentang ilmu kewangan, maka saya akan lebih mahir
tentang kewangan. Seharusnya saya belajar dari seseorang yang mempunyai rekod kewangan
yang bagus. Ini mudah sahaja, lihat orang sekeliling anda dan siapakah yang mempunyai
kewangan yang baik dari tahun ke tahun. Belajar dari mereka bagaimana kewangan mereka di
bina dan lebih maju dari tahun ke tahun. Namun begitu, saya nasihatkan anda supaya tidak
melihat kejayaan seseorang itu dari kereta yang di pandu mahupun rumah yang mereka diami.
Tapi anda haruslah melihat apakah simpanan dan aset yang mereka ada. Nah, saya sudah
memberi sedikit tips untuk anda berjaya dalam kewangan. Mudah bukan?

Biar saya ceritakan lebih lanjut kenapa anda harus mencari orang yang tahu atau pakar
tentang ilmu kewangan. Sekiranya anda sakit, siapakah anda cari? Setentunya doktor.
Sekiranya kereta anda rosak, siapakah anda cari? Setentunya mekanik kereta. Sekarang anda
boleh faham konsepnya, anda harus mencari orang yang selayaknya dalam bidang mereka.
Sekiranya mereka penjual produk atau pemberi pinjaman, anda janganlah bertanya kepada
mereka kerana selepas itu anda akan membeli atau mengambil pinjaman dari mereka. Selepas
itu, kewangan anda akan makin hangus seperti saya dahulu. Rakyat malaysia amat kurang
mengambil berat tentang ilmu kewangan, namun ramai yang ingin kaya. Pelik bukan? Ingin
kaya tetapi tidak ingin belajar tentang ilmu kewangan. Sesuatu yang amat luar biasa bagi saya
sekarang, tetapi dahulu saya tergolong dalam orang yang seperti ini.

Ada juga orang menganggap dengan belajar ilmu kewangan, ia seperti mengejar dunia
semata-mata. Inilah yang biasa saya dengar dan pelajari dahulu. Tanggapan ini mula berubah
apabila saya belajar tentang ilmu kewangan. Pada pandangan saya, adalah lebih baik anda
berjaya dalam ilmu kewangan kerana selepas itu anda akan menjadikan kewangan anda lebih
positif. Saya pernah mendengar satu kata-kata dari seseorang "Apabila anda berfikiran positif
mengenai kewangan, anda akan dilingkari dengan suasana kewangan yang positif. Apabila
anda berfikiran negatif mengenai kewangan, anda akan berada dalam radius negatif di dalam
kewangan".

Oleh itu, anda boleh memilih untuk berada di pihak mana, positif atau negatif. Anda dapat
memberi nilai kewangan yang positif kepada keluarga terdekat, keluarga jauh, kawan-kawan
malahan orang lain yang tidak anda kenal. Saya lebih suka menjadi orang yang memberi
daripada orang yang meminta. Nah, mungkin pandangan anda mula berubah sedikit demi
sedikit. Jadilah orang yang tangannya di atas, bukannya orang yang tangannya di bawah.
Sekurang-kurangnya belajarlah ilmu kewangan supaya ilmu itu dapat anda perturunkan
kepada anak-anak dan cucu-cucu anda nanti. Setentunya anda akan gembira apabila melihat
mereka tidak gundah gulana dengan kewangan. Saya juga biasa mendengar orang yang
menyatakan sekiranya anda kaya, anda akan menjadi sombong atau jahat.

Dan setentunya anda akan menggunakan cara yang tidak elok untuk berada dalam kelompok
orang yang kaya raya. Pada pandangan mereka, menjadi kaya adalah salah dan sesuatu yang
negatif. Anda haruslah mengubah persepsi ini, wang dan kaya tidak salah. Itu adalah sikap
dan hati manusia, berapa ramai golongan bawahan dan menengah yang mempunyai sikap
yang tidak baik disekeliling anda dan adakah mereka kaya raya? Sebagai contoh, anda anggap

13 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

wang itu sebagai pisau. Maka pisau itu boleh menolong mempercepatkan kerja seharian anda
atau anda melakukan sesuatu yang negatif dengannya. Jadi anda yang membuat pilihan
dengan pisau tersebut, bukannya orang lain. Itulah contoh yang mungkin membuatkan anda
bersikap lebih positif tentang kewangan. Anda sudah makin positif bukan?

Itulah kenapa saya amat menekankan tentang ilmu kewangan dan ia berada tahap paling atas
selepas ilmu agama saya. Tanpa ilmu pada kewangan, anda mudah di tipu dan anda tidak tahu
apakah langkah-langkah yang betul untuk menjadikan nilai kewangan menjadi lebih positif.
Belajarlah untuk berubah dan tiada istilah sudah terlambat untuk diri sendiri. Biar lambat dari
tiada membuat perubahan langsung. Jangan salahkan takdir kerana itu adalah sikap orang
yang berputus asa. Tanamkan dalam diri yang ada orang lain lagi susah dari anda dan ada
dikalangan mereka yang amat berjaya. Saya teringat satu potongan ayat al-Quran dan
mungkin juga anda biasa dengar petikan ayat al-Quran ini.

..."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada


sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri"... Surah ar-Ra'ad, ayat 11

Itulah apa yang agama saya iaitu Islam memberi panduan dalam kehidupan di dunia dan
akhirat. Jadi apa yang harus saya dan anda lakukan ialah mengubah diri sendiri menjadi
positif. Selepas anda menjadi seorang yang positif, anda akan memberi pandangan positif
kepada orang yang terdekat dengan anda. Dengan itu orang terdekat anda akan menjadi
positif. Kesan positif ini akan berkembang dengan sesuatu yang kecil iaitu bermula dengan
anda dan saya. Maka positifkan diri anda dari sekarang dan setentunya dari sudut kewangan
yang ingin saya sarankan. Ingat, mulakan sifat positif itu dari anda dan bukannya bermula
dari orang lain. Kuatkan sikap positif kewangan supaya dapat mengelak sifat negatif
kewangan. Ini kerana sikap negatif kewangan akan hilang apabila sikap positif sudah
tertanam dalam diri sendiri dan dengan itu anda akan memberi impak positif kewangan
kepada orang lain. Bermula dari anda dan akhirnya akan membesar kepada orang sekeliling.

Beberapa ilmu pengurusan kewangan yang sepatutnya saya belajar dari dahulu melibatkan
beberapa bahagian. Sekiranya anda berpegang kepada beberapa tips ini, ia memudahkan anda
menguruskan masalah kewangan anda.

1. Melihat kadar faedah atau kadar keuntungan yang dikenakan kepada anda

Dahulu saya tidak mengenali apa itu caj-caj yang dikenakan kepada setiap pinjaman yang
saya ambil. Boleh dikatakan saya hanya mementingkan bank mana yang boleh memberi
pinjaman kepada saya. Jadi, anda haruslah mula bertanya dan membandingkan kadar faedah
atau kadar keuntungan oleh beberapa bank kepada nilai pinjaman anda. Ini supaya anda
tahu bahawa itulah murah atau mahalnya nilai yang bank akan ambil dari pinjaman anda.
Kadar faedah ini boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu kadar rata (flat rate),
kadar tahunan (yearly rests), kadar bulanan (monthly rests) dan kadar harian (daily rests).

Saya akan menunjukkan secara ringkas sahaja bagaimana caj dikenakan berdasarkan kadar
faedah anda. Ini kerana setiap bank mempunyai kadar kiraan yang berlainan antara satu
sama lain kerana bersandarkan pakej pinjaman yang mereka berikan. Secara kasar ia di kira
berdasarkan apa yang saya tulis di bawah.

 Kadar rata merupakan kadar faedah yang sudah di kira daripada bayaran prinsipal
dan kadar. Kadar pembayaran bulanan adalah sama dari permulaan pinjaman
sehinggalah nilai pinjaman anda selesai.

 Kadar tahunan merupakan kadar faedah yang dikira pada jumlah baki pada setiap
tahun.

14 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

 Kadar bulanan pula merupakan kadar faedah yang dikira pada jumlah baki pada
setiap bulan.

 Kadar harian lebih kepada pengiraan kadar faedah di kira pada jumlah baki pada
setiap hari. Selalunya bayaran bulanan boleh dimanipulasi oleh anda.

Saya sarankan kepada anda cubalah memilih kadar harian dahulu dan kemudian bulanan
dan seterusnya tahunan. Ini kerana kadar harian di kira berdasarkan setiap hari dan anda
boleh menambah atau mengurangkan nilai bayaran pinjaman anda setiap bulan. Ia lebih
memberi anda kuasa memanipulasi kadar bayaran pinjaman anda. Namun begitu, jangan
tertipu dengan kadar harian tetapi dikira secara bulanan yang dikenali sebagai compounded
monthly. Sebenarnya ia lebih kepada kadar faedah yang dikira secara bulanan.

Namun begitu, amat sukar untuk memiliki kesemua pinjaman secara kadar faedah harian
kerana tidak semua pinjaman menggunakan kadar ini. Pengiraan ini amat melecehkan dan
kurang memberi keuntungan kepada pihak bank. Tetapi sekiranya anda bijak menggunakan
overdraf, ia boleh menjadi satu alat yang anda boleh membeli segala barangan dengan
kaedah kadar faedah harian. Nah, sekarang saya sudah memberi tips lagi kepada anda.
Kalau anda tidak dapat mengelak dari berhutang untuk membeli keperluan maka carilah
cara untuk mengurangkan kadar faedah yang paling rendah yang dikenakan kepada anda.

"Hutang kita akan lebih cepat selesai dibayar sekiranya jumlah


hutang itu tidak banyak dan pembayarannya di bawah
kawalan kita".
Aziz CFP

Ini tips kepada anda tentang perbezaan kadar rata dan kadar harian supaya anda lebih
memahami bagaimana kedua-dua kadar faedah ini berfungsi dan boleh dijadikan sebagai
perbandingan. Kadar rata merupakan satu pengiraan yang tetap manakala kadar faedah harian
merupakan satu pengiraan yang fleksibel. Sebagai contoh anda ingin membuat pinjaman
perumahan yang berjumlah RM200,000 dan dua bank berbeza memberi dua jenis kadar
faedah yang berbeza (kadar rata dan kadar harian). Ia dikira dengan kadar faedah sebanyak
10% dan tempoh pinjaman adalah 30 tahun (360 bulan). Sila lihat rajah dibawah untuk
penerangan ringkas.

Jenis Pinjaman Pinjaman Kadar Rata Pinjaman Kadar Harian


Jumlah RM200,000 RM200,000
Kadar Faedah 10% 10%**
Tempoh Pinjaman 30 tahun (360 bulan) 30 tahun (360 bulan)**

Berdasarkan rajah di atas, anda nampak saya meletakkan tanda ** pada kadar harian. Tanda
** selalu digunakan oleh bank untuk menyatakan bahawa 'mengikut terma dan syarat'. Ia juga
menyatakan bahawa pada bahagian ini boleh berubah dan tidak tetap. Seperti yang anda
ketahui, pinjaman kadar rata adalah tetap cara pembayarannya. Sekiranya penyata
pembayaran mengatakan sebulan anda harus membayar RM900 maka itulah pembayaran
yang harus anda bayar sehingga pinjaman itu selesai. Berbeza pula dengan pinjaman kadar
harian yang membolehkan pembayaran anda berubah kadar faedah (ia diselaraskan dengan
kadar konvensional BLR - Base Lending Rate mahupun kadar islamik BFR - Base Fixed Rate
dengan cara penambahan atau pengurangan kadar faedah tersebut).

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda membayar jumlah RM900 tetapi dengan cara
pembayaran dua kali sebulan (RM450 pertengahan bulan dan RM450 hujung bulan), anda
boleh menjimatkan tempoh pinjaman satu atau dua tahun. Kalau didasarkan pada rajah di atas

15 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

maka tempoh pinjaman anda akan selesai 28 tahun ataupun 29 tahun. Jumlah yang sama
tetapi dengan sedikit manipulasi, anda sudah dapat membuat penjimatan pada tempoh
pinjaman. Menarik bukan! Pada Bahagian Empat (Bagaimana Saya Menyerang), saya ada
menyatakan kelebihan yang mungkin menyesakkan nafas anda. Sekiranya anda seorang yang
lemah semangat ataupun ada penyakit darah tinggi, rasanya anda harus membuat persiapan
untuk mengalami kejutan apabila membaca pada bahagian tersebut.

Namun begitu, setiap sesuatu ada risikonya. Oleh itu saya akan nyatakan secara mudah untuk
anda lebih memahami. Sila lihat berdasarkan rajah di bawah.

Pinjaman Kadar Rata Pinjaman Kadar Harian


Kelebihan Kelebihan
Pembayaran sama pada setiap bulan (anda Pembayaran boleh menjadi lebih murah
yang tidak gemarkan perubahan dalam setiap bulan dari kadar rata (anda yang
pembayaran bulanan) gemarkan pembayaran bulanan fleksibel)
Tidak risau tentang kenaikkan atau Selalunya kadar faedah yang dikenakan
penurunan kadar BLR atau BFR adalah lebih rendah daripada kadar rata
Banyak bank yang menawarkan konsep Kadar pembayaran bulanan boleh menjadi
pinjaman ini lebih rendah daripada kadar rata
Tempoh pembayaran boleh menjadi lebih
singkat daripada kadar rata
Dapat mengurangkan pembayaran caj
keuntungan sekiranya anda bijak
memanipulasinya dan mengawalnya
Kekurangan Kekurangan
Tidak dapat mengurangkan kadar Kadar pembayaran akan naik sekiranya kadar
pembayaran bulanan BLR atau BFR naik
Tempoh pembayaran tidak dapat Risau tentang kenaikkan kadar BLR atau
dipendekkan malahan ada pihak bank yang BFR
akan mengenakan penalti sekiranya anda
ingin membuat pembayaran awal
Pembayaran caj keuntungan yang tidak dapat
dikawal atau dimanipulasi

2. Tahu apa itu Aset dan Liabiliti

Dahulu, boleh dikatakan aset dan liabiliti adalah asing kepada saya. Pada pemahaman saya,
apa yang saya beli dan boleh dijual adalah aset. Namun apabila saya belajar tentang ilmu
kewangan, pandangan saya mula berubah. Secara ringkasnya boleh saya simpulkan bahawa
aset yang memberi anda wang manakala liabiliti yang akan menghabiskan wang. Mudah
bukan? Tetapi kenapa ramai orang selalu kehilangan wang? Ini disebabkan mereka tidak
tahu menilai apakah itu aset dan liabiliti. Banyak orang beranggapan bahawa apabila
membeli rumah untuk diduduki adalah aset tapi sebenarnya ia bukanlah sebenar-benar aset
kerana anda harus membayar dengan duit anda sendiri. Sekiranya anda tidak mampu
membayar rumah tersebut, maka dengan mudah tindakan undang-undang akan dikenakan
kepada anda dan seterusnya rumah tersebut akan dilelong.

Tetapi sekiranya anda membeli rumah dan sewakan kepada orang lain, itu adalah aset anda
tetapi sekiranya tiada penyewa maka anda harus mencari penyewa baru atau membayarnya
sebelum ada penyewa baru yang menjadi pilihan. Tapi memilih untuk menyewa kepada
orang lain adalah lebih bagus kerana orang lain yang membayar bakal aset anda. Ini
berdasarkan kaedah Guna Wang Orang Lain atau lebih dikenali dengan Others People
Money (OPM). Rumah tersebut akan menjadi aset anda sepenuhnya apabila anda sudah
selesai membayarnya atau dengan kata lain anda tidak terikat dengan pihak lain. Ia akan

16 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

menjadi pendapatan yang berpanjangan selagi ada penyewa yang membayarnya. Menarik
bukan?

Begitu juga sekiranya anda mempunyai kenderaan. Ia adalah liabiliti tetapi sekiranya ia
memberi wang kepada anda maka ia adalah aset anda. Sebagai contoh anda menyewakan
kenderaan kepada syarikat atau orang lain. Ia menjana wang kepada anda maka ia adalah
aset anda. Namun begitu, barangan yang susut nilai juga adalah liabiliti kerana anda tidak
akan dapat mengandakan atau mendapat kembali jumlah yang anda labur. Sebagai contoh,
andai kata anda menyewakan kenderaan dan rumah kepada orang lain.

Pada pandangan anda, manakah yang memberi nilai aset yang positif. Setentunya rumah
kerana nilai rumah selalunya naik 4 atau 5 peratus setahun malahan ada yang lebih
manakala nilai kereta selalunya akan turun 10 peratus setahun malahan ada yang lebih. Jadi
sekiranya anda ada sejumlah wang, carilah rumah dahulu sebelum membeli kenderaan. Tapi
anda perlu tahu berapa jumlah yang anda boleh ambil sebagai komitmen hutang. Ini akan
saya ceritakan pada bab yang lain.

Anda boleh menggunakan Aliran Penyata Nilai Kewangan (Contoh 1) pada bahagian
Lampiran sebagai contoh untuk menilai aset dan liabiliti anda.

"Orang kaya mengumpul aset. Orang miskin dan kelas menengah


mengumpul liabiliti yang mereka sangka adalah aset".
Robert T.Kiyosaki

Anda juga boleh senaraikan aset dan liabiliti anda berdasarkan rajah di bawah.

Aset Liabiliti
↗ Pemikiran anda yang
menjana wang
Pemikiran anda yang
menghabiskan wang ↘
(wang masuk) Hartanah yang dibayar oleh Hartanah yang dibayar (wang keluar)
orang lain sendiri
Yang Pengangkutan yang dibayar Pengangkutan yang Yang
memenuhkan oleh orang lain dibayar sendiri membocorkan
poket anda Pinjaman yang menjana Pinjaman yang poket anda
wang menghabiskan wang
Orang-orang yang menjana Orang-orang yang
wang kepada anda menghabiskan wang anda
Syarikat yang menjana Syarikat yang
wang kepada anda menghabiskan wang anda

3. Faham itu Kehendak dan Keperluan

Setiap daripada saya dan anda mempunyai kehendak dan keperluan yang berlainan. Boleh
saya katakan keperluan adalah yang anda amat perlukan dan merupakan keperluan asas
seperti rumah, kenderaan, pakaian dan sebagainya. Kehendak pula lebih kepada apa yang
anda inginkan seperti rumah besar, kenderaan mewah, pakaian berjenama dan sebagainya.
Pada waktu remaja lagi saya mempunyai kehendak, ada sesetengahnya yang baik dan ada
sesetengahnya menjerat kewangan saya. Ada yang saya capai dan ada saya lepaskan apabila
saya belajar dan mendalami tentang ilmu kewangan.

Sebagai contoh, dahulu memang saya memerlukan sebuah kenderaan untuk berulang alik ke
tempat kerja (keperluan). Namun saya menggunakan dorongan membeli kenderaan dengan
memiliki kenderaan kehendak saya. Ini memang memberi kepuasan tetapi kepuasan itu
adalah sementara apabila sesuatu yang dibeli itu diluar kemampuan saya. Tidak salah untuk

17 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

memiliki kehendak tetapi biarlah kehendak itu berada di dalam kemampuan anda. Lagi
bagus sekiranya anda tahu yang barangan kehendak anda dapat di beli tanpa menggunakan
wang saku atau wang gaji anda. Terasa ganjil bukan, tetapi anda boleh lakukan sekiranya
anda mahu dan tahu. Nampaknya fikiran anda memberontak untuk mengetahui apakah
caranya bukan? Teruskan membaca wahai para pembaca sekalian.

Jadi anda boleh mulakan melihat apakah keperluan anda dan kawallah kehendak anda.
Sekiranya anda tidak mampu mengawal kehendak anda, maka kewangan anda tidak dapat
diurus dengan jayanya. Ingat, orang kaya tidak membeli kehendak dengan wang gaji
mereka tetapi mereka mendapat wang untuk membeli kehendak yang mereka idamkan
selama ini.

"Saya sentiasa kagum melihat begitu banyak barang yang tidak


saya perlukan".
Socrates

4. Tahu apa itu Pendapatan Pasif dan Pendapatan Aktif

Anda mesti biasa mendengar yang ibu bapa akan menyatakan belajar rajin-rajin nanti akan
mendapat gaji besar. Ya, ini istilah yang selalu di tanam dalam diri seorang anak-anak.
Anda juga biasa di ajar menabung untuk menanam sifat menyimpan dari kecil. Itulah yang
biasa anda dan saya dengar dengan menganggap nasihat itu sesuatu yang membosankan
untuk dilakukan. Namun sekiranya anda tahu apa itu pendapatan pasif dan pendapatan aktif,
mungkin tanggapan anda mula berubah sedikit demi sedikit.

Boleh saya simpulkan bahawa pendapatan pasif adalah pendapatan yang anda tidak perlu
bekerja untuk mendapat wang darinya. Sebagai contoh, wang royalti, dividen dari
simpanan, duit sewa, wang pencen dan pelbagai lagi. Ada pendapatan pasif yang menjana
wang anda setiap tahun, bulanan malahan ada yang harian. Anda hanya perlu kreatif dan
sedikit usaha untuk menjana pendapatan pasif anda. Dengan kata lain, anda buat sekali dan
anda akan dibayar selagi anda hidup. Malahan ada yang dapat dipindahkan kepada keluarga
anda. Menarik bukan? Pendapatan aktif pula sesuatu yang anda harus bekerja untuk
mendapatkan wang darinya. Sebagai contoh mudah, apa yang anda lakukan sekarang iaitu
bekerja. Tidak kira anda bekerja sendiri mahupun anda bekerja dengan orang lain.

Boleh dikatakan dahulu saya hanya mengejar pendapatan aktif tetapi bukannya pendapatan
pasif. Sekiranya dahulu saya membina pendapatan pasif lebih awal maka saya tidak akan
terlalu bergantung kepada pendapatan aktif. Sifir kewangan adalah mudah, sekiranya
pendapatan pasif anda banyak maka anda tidak hiraukan berapa wang gaji yang anda dapat
sebagai pendapatan aktif. Ini akan menjadikan anda bekerja kerana minat tetapi bukanlah
kerana wang yang anda akan mengejarnya setiap tahun demi tahun. Itulah lumrah bagi
kebanyakkan kelas bawahan dan menengah, amat takut sekiranya kehilangan kerja kerana
mereka tidak mempunyai pendapatan pasif yang kuat ataupun tiada langsung.

Orang kaya menjadikan pendapatan pasif untuk membayar segala kehendak dan keperluan
hidup mereka. Jadi, lagi cepat anda membina pendapatan pasif maka makin cepatlah anda
tergolong di kalangan orang kaya. Ayuh, mulakan sekarang dan mungkin anda akan
melangkau ke bab menyerang. Tapi biarlah asasnya anda tahu dahulu, jangan jadikan
bangunan anda tidak kuat tapaknya tapi ingin membina bangunan pencakar langit.

"Untuk membolehkan kita menikmati kebanyakkan benda dalam


hidup ini, kewangan kita perlulah terurus".
Azizi Ali

18 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Ingin saya kongsikan kepada anda tentang kelebihan dan kekurangan pendapatan aktif dengan
pendapatan pasif berdasarkan rajah dibawah:

Pendapatan Aktif Pendapatan Pasif


Kelebihan Kelebihan
Anda boleh menjana wang apabila ilmu Wang bekerja untuk anda
pengetahuan dalam bidang semakin
meningkat ataupun anda bertukar tempat
kerja
Bekerja sekali, pendapatan berulang-ulang
kali

Kekurangan Kekurangan
Apabila anda sudah tidak mampu menjana Bergantung kepada tempat pelaburan atau
wang kerja yang anda lakukan untuk memberi
pendapatan
Anda bekerja untuk wang

Satu persoalan yang ingin saya anda tanya kepada diri sendiri. Sekiranya anda sudah tidak
mampu menjana pendapatan aktif, bagaimanakah situasi anda untuk menjana wang dalam
kehidupan seharian?

5. Kenali Hutang Positif vs Hutang Negatif

Boleh dikatakan saya (dahulu) dan anda hanya mengenali hutang. Tapi tahukah anda
bahawa hutang secara asasnya boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu hutang positif
dan hutang negatif. Boleh dikatakan pada waktu dahulu, saya hanya mengumpul hutang
yang negatif dan kerana itulah hidup saya sengsara setelah hutang itu menjerut saya. Ia
umpama kepompong yang membalut saya pada satu ketika dahulu. Namun saya masih
bersyukur kerana masih belum disenarai hitam dari sudut kewangan. Saya mempunyai
prinsip yang paling mudah iaitu hutang harus dibayar, jadi saya akan berusaha supaya
hutang itu tidak tertangguh walaupun hanya sebulan.

Ini kerana apabila anda sudah menangguh selama sebulan, maka pada bulan hadapan anda
harus membayar dua kali ganda hutang tersebut. Setentunya ia menjadi bebanan hutang
yang semakin berat. Jadi, sekiranya anda tidak mampu membayar penuh hutang pada bulan
tersebut, sekurang-kurangnya bayarlah hutang tersebut sebanyak 80 peratus dari nilai
hutang tersebut. Namun begitu, saya amat sarankan sekiranya anda dapat membayar hutang
tersebut tepat pada waktunya.

Kembali kepada dua pecahan hutang yang saya nyatakan sebelum ini. Secara ringkasnya,
hutang positif merupakan hutang yang memberi nilai yang positif kepada hidup anda.
Sebagai contoh, hutang membeli hartanah. Ini kerana anda mengetahui bahawa nilai
hartanah akan naik secara konsisten sekiranya tepat lokasinya. Malahan, kadang-kadang ada
yang naik secara mendadak kerana lokasi tersebut berada di dalam kategori 'lokasi panas'
iaitu lokasi yang mempunyai banyak permintaan tetapi jumlah hartanah adalah sedikit. Jadi
hutang seperti ini mempunyai sudut yang amat positif untuk nilai kewangan anda. Membuat
hutang untuk melabur adalah sesuatu yang positif, tetapi saya kurang sarankan kerana ia
amat bergantung kepada kadar keuntungan pelaburan.
Sekiranya anda ingin bermain dengan hutang pelaburan, pastikan hutang tersebut
mempunyai tempoh yang kurang dari 5 tahun dan kadar faedah yang dikenakan adalah
kurang dari kadar keuntungan dari pelaburan. Sebagai contoh, sekiranya kadar keuntungan
setahun pinjaman anda adalah 3% maka carilah kadar keuntungan pelaburan yang memberi
pulangan sebanyak 8% setahun. Maka anda melihat bahawa hutang yang sebegini memberi

19 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

sudut yang positif dalam kewangan anda. Kadang-kadang hutang positif ini boleh menjadi
mimpi ngeri kepada anda apabila anda tidak mampu membayarnya. Dengan automatik,
hutang tersebut akan berbalik kepada hutang yang negatif.

Sebagai contoh, anda memiliki sebiji rumah yang disewa dan tiba-tiba penyewa ingin
keluar dari rumah tersebut. Maka anda harus membayar hutang rumah sewa tersebut
sehingga ada penyewa baru yang ingin menyewanya. Memandangkan lokasi rumah sewa
anda bukanlah lokasi yang 'panas' malahan 'sejuk', ia mengambil masa 6 bulan untuk
penyewa baru menyewanya. Maka 6 bulan itulah waktu hutang positif anda menjadi hutang
negatif anda.

Seperti saya dahulu, saya amat gemar mengutip hutang-hutang negatif di dalam hidup saya.
Hutang peribadi yang agak tinggi kadar faedahnya, telah selamat saya ambil untuk
dijadikan bebanan hutang. Bukan satu malahan tiga! Wang tersebut hanya dihabiskan
begitu sahaja tanpa membuat sebarang pelaburan yang akan meningkatkan nilai positif
kepada hutang tersebut. Sebelum anda membuat sebarang pinjaman, fikir sejenak adakah
hutang tersebut positif atau negatif. Sekiranya anda sudah berhutang, berusahalah untuk
melangsaikan hutang negatif tersebut secepat yang mungkin. Lagi cepat anda bayar maka
makin positiflah penyata aliran kewangan anda.

Boleh dikatakan hanya berbekalkan 3 hutang peribadi yang bersifat negatif, ia telah
melambatkan kehidupan positif kewangan saya selama 10 tahun. Ini kerana saya gagal
mengawal bebanan hutang tersebut sebelum ini. Setelah saya membuat kata putus untuk
mengubah kawalan hutang negatif ini, saya dapat melangsaikannya kurang dari 5 tahun.
Sekiranya anda bertanya kepada saya adakah saya sudah bebas dari berhutang. Tanpa perlu
berfikir panjang, saya akan memberi jawapan ini kepada anda. Saya hanya bebas dari
hutang negatif, namun saya masih menyimpan hutang positif di dalam hidup saya.

"Hutang akan menentukan lukisan masa depan anda".


Nurussalam Aziz

6. Tetapkan Matlamat Kewangan Bermula dengan RM1

Setiap dari saya atau anda mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Janganlah anda
tergolong dalam kelompok yang tidak mempunyai matlamat kewangan. Ini amat merugikan
untuk masa hadapan anda malahan keluarga anda. Selalunya apabila saya bertanya kepada
seseorang yang saya kenali, apakah matlamat hidup beliau. Kebanyakkan daripada mereka
akan menjawab nak berjaya dalam hidup dan ada juga yang berkata ingin berjaya di dunia
dan akhirat. Namun begitu, apabila saya bertanya apakah usaha beliau ke arah matlamat
tersebut. Hah, disini anda akan lihat riak muka mereka akan berubah. Ada jawapan yang
tersekat di halkum malahan ada juga yang hanya menjawab acuh tak acuh. Ini menunjukkan
bahawa mereka bukanlah memasang matlamat tapi hanya angan-angan kosong sahaja.
Anda bersetuju dengan pendapat saya?

Sekiranya anda tidak menulis sebarang matlamat dalam kewangan anda, nampaknya anda
sudah pun gagal sebelum anda bermula. Ini kerana dengan mempunyai matlamat kewangan
yang di tulis, ia memberi satu peringatan tentang matlamat-matlamat yang harus dicapai
terlebih dahulu. Ia boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu:
 Matlamat jangka pendek: kurang dari 2 tahun
 Matlamat jangka sederhana: 2 hingga 5 tahun
 Matlamat jangka panjang: lebih daripada 5 tahun

Saya boleh memberikan satu tips kepada anda iaitu tumpukan sepenuh tenaga dan mental
kepada matlamat jangka pendek. kemudian matlamat jangka sederhana dan panjang akan
menyusuri kepada anda. Satu kajian di Amerika Syarikat terhadap para graduan yang

20 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

menyatakan bahawa para graduan yang mencatat matlamat mereka lebih berjaya dalam
kewangan berbanding yang tidak menulis matlamat kewangan. Malahan matlamat
kewangan mereka di tulis ketika dibangku sekolah lagi dan ternyata para graduan yang
menulis matlamat kewangan adalah amat sedikit.

Dahulu memang saya seorang yang tiada langsung matlamat kewangan, hanya memasang
angan-angan ingin menjadi orang yang berjaya dan dapat hidup dengan selesa. Namun kini,
matlamat kewangan saya hanya satu iaitu menjadi seorang 'multijutawan' yang dapat
menolong orang lain. Ya, seorang ' multijutawan'! Sebelum matlamat saya tercapai, saya
haruslah merangka bagaimana untuk mencapainya. Mudah sahaja, buat peringkat demi
peringkat. Apakah nilai kewangan yang harus capai sebelum bergelar multijutawan, sudah
tentu jutawan. Bagaimana mahu jadi jutawan, mulakan dari kalangan yang mempunyai nilai
kewangan beratus-ratus ribu. Begitulah selepas itu iaitu puluhan ribu, ribuan, ratusan dan
puluhan. Malah anda boleh bermula dengan RM1.

Pada jadual di bawah, saya menolong anda bagaimana untuk menjadi seorang jutawan.
Anda boleh aplikasikan jadual ini untuk sebarang matlamat yang anda ingin capai seperti
wang simpanan, wang pelaburan, nilai hartanah, lain-lain pelaburan mahupun pelaburan
unit amanah. Anda hanya perlu memotong jumlah tersebut apabila sudah tercapai. Tapi
pastikan anda tidak menggunakan wang tersebut selagi matlamat anda tidak tercapai. Ayuh,
mulakan matlamat anda dengan RM1!

JUTAWAN Ratusan Ribu Puluhan Ribu Ribuan Ratusan Puluhan


1,000,000 100,000 10,000 1,000 100 10
900,000 90,000 9,000 900 90 9
800,000 80,000 8,000 800 80 8
700,000 70,000 7,000 700 70 7
600,000 60,000 6,000 600 60 6
500,000 50,000 5,000 500 50 5
400,000 40,000 4,000 400 40 4
300,000 30,000 3,000 300 30 3
200,000 20,000 2,000 200 20 2
BERMULA DENGAN RM1

"Semalam adalah pengalaman, hari ini adalah kehidupan dan esok


adalah perancangan".
Eckhart Tolle

Untuk anda lebih memahami tentang jadual di atas, ingin saya memberi sedikit contoh untuk
anda jadikan sebagai panduan. Katakan, anda sudah menyimpan RM1 selama 10 hari. Maka
anda ada simpanan sebanyak RM10. Jadi anda boleh memotong RM1 hingga RM10.

Ratusan Puluhan
100 10
90 9
80 8
70 7
60 6
50 5
40 4
30 3

21 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

20 2
Bermula dengan RM1

Jadi, semakin banyak simpanan anda maka makin banyak nombor didalam jadual di atas akan
dipotong. Simpanan ini menentukan berapa jumlah untuk anda mengumpul pendapatan pasif
anda atau lebih dikenali nanti dengan panggilan Tabung Bebas Kewangan anda. Selamat
mencuba!

7. Anda mengawal wang atau anda di kawal oleh wang?

Pernah satu ketika saya mengambil cuti pada waktu orang lain bekerja dengan satu tujuan
iaitu ingin melihat gelagat manusia. Di dalam pemikiran, saya hanya ingin melihat gelagat
manusia bekerja di Kuala Lumpur. Dengan permulaan memandu kereta yang menuju ke
stesen komuter, saya melihat gelagat-gelagat manusia yang bekerja. Boleh dikatakan
hampir kesemuanya tidak ceria, berlumba-lumba mengejar masa dan tahap tekanan
memandu yang semakin meninggi. Dan setentunya ia boleh menjadikan seseorang itu
mudah mendapat tekanan tinggi untuk lima ke enam tahun kemudian. Di dalam hati terdetik
sesuatu, adakah kehidupan harian yang sebegini yang ingin saya tempuhi setiap hari?

Dengan senyuman yang sedikit sumbing, setentunya saya tidak mahu. Dengan menghayati
lagu-lagu yang berkumandang, saya tersenyum sendirian. Setelah sampai ke stesen
komuter, saya menikmati sarapan pagi bersama isteri tersayang. Sekali lagi sambil
menikmati hidangan pagi, saya melihat pula gelagat-gelagat manusia yang berkejaran
supaya tidak terlepas dengan komuter yang datang bersilih ganti. Ada yang membawa anak-
anak kecil, ada yang berpakaian sehabis cantik dan hensem, ada yang berpakaian separa
kemas dan pelbagai lagi gelagat manusia yang saya lihat. Adakah ini cara yang ingin saya
pilih? Setentunya tidak kata suara hati yang memberontak.

Setelah selesai bersarapan, kucupan isteri di tangan sebagai tanda hormat dan kasih sayang
hinggap sebagai perpisahan untuk isteri pergi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja
yang berwibawa. Saya meneruskan perjalanan dengan menaiki komuter untuk sampai ke
stesen yang lebih sibuk iaitu KL Central. Di dalam komuter, saya masih melihat gelagat-
gelagat manusia yang menunggu dengan sabar untuk sampai ke destinasi yang dituju. Ada
yang berdiri dan ada juga yang duduk. Setelah beberapa minit melihat, saya mengeluarkan
senaskah buku kewangan sebagai mengisi masa lapang di dalam komuter tersebut. Setelah
hampir setengah jam, destinasi yang dituju telah sampai. Dengan berjalan penuh santai,
saya melihat kembali gelagat manusia yang berpusu-pusu dengan tujuan yang sama iaitu
ingin sampai ke pejabat dengan masa yang ditetapkan. Alangkah bosannya hidup sebegini.
Setelah merayau untuk beberapa jam, saya mengambil keputusan untuk pergi ke tempat
yang lebih padat kadar manusianya iaitu stesen Masjid Jamek. Dengan berbekalkan kad
Touch n Go, saya menetap destinasi yang kedua untuk saya tuju.

Disini saya boleh melihat gelagat manusia yang berada dalam lingkungan umur sekitar awal
20an sehingga 60an. Rata-ratanya berpakaian kemas untuk ke pejabat. Di dalam diri
bertanya lagi, adakah saya ingin bekerja untuk orang lain sehingga umur yang sebegitu
lanjut? Kenapa saya harus bekerja hingga di usia yang sepatutnya tidak perlu berkejar-
kejaran sebegitu. Alangkah bagusnya saya mempunyai wang yang mencukupi untuk usia
yang sebegitu. Adakah pakcik yang saya lihat itu, bekerja kerana wang atau kerana minat?
Pada pengamatan saya setentunya wang kerana tanpa wang, bagaimana pakcik tersebut
ingin meneruskan kehidupan di dalam taraf hidup yang semakin meninggi. Dalam hati
terdetik, saya tidak mahu hidup sebegini diusia tua saya. Biar saya tidak dikawal oleh
telunjuk wang tetapi biarlah wang mengikuti arahan saya. Hari itu saya pulang dengan satu
cabaran, ingin mengubah sesuatu yang ada penyelesaiannya. Setiap sesuatu perkara, ada

22 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

caranya. Setelah memerah otak untuk beberapa ketika, saya mendapat satu kesimpulan.
Menanam benih sebanyak yang mungkin dari sekarang dan tuailah bila sampai waktunya.

Oleh itu, saya mula membuat beberapa perkara supaya saya tidak lagi dikawal oleh wang
tetapi saya yang mengawal wang. Saya mulakan dengan beberapa cara yang mungkin anda
boleh praktikkan juga di dalam mengawal kewangan anda.
 Aliran Kewangan Bulanan (Contoh 1 dan 2) pada bahagian Lampiran sebagai
contoh untuk menguruskan hutang.
 Menambah pendapatan sampingan supaya saya dapat mempercepatkan
penyelesaian hutang-hutang negatif di dalam kehidupan.
 Mula membaca risiko-risiko pelaburan yang ada dan melabur di dalam risiko
yang saya boleh hadapinya dengan pulangan yang kompetitif.
 Menghadiri beberapa seminar kewangan supaya menjadikan diri sendiri lebih
celik kewangan dan mengetahui selok-belok kewangan yang senantiasa berubah-
ubah.
 Mencari beberapa mentor yang dapat mengajar saya secara lebih peribadi.

Hutang Peribadi

Hutang peribadi adalah satu hutang yang di buat untuk kepentingan peribadi atau untuk orang
lain tetapi anda haruslah menanggung hutang tersebut. Dengan kata lain, liabiliti itu adalah
tanggungjawab anda dan bukannya orang lain. Setentunya ia akan memberi nilai komitmen
hutang dalam akaun kewangan anda. Nampaknya anda sudah mula belajar apa itu hutang
peribadi. Saya mula terperangkap dengan hutang ini apabila mula terasa tekanan kewangan.
Ya, sebelum itu saya sudah bekerja selama 2 tahun di satu negeri yang tidak tinggi kos
hidupnya. Boleh dikatakan mewah. Eh bukan mewah, tetapi amat mewah. Saya boleh makan
sebanyak 7 kali untuk satu hari. Banyak bukan? Itulah saya ceritakan betapa mewahnya saya
makan walaupun hanya bergaji biasa-biasa sahaja. Namun disebabkan saya ni spesis susah
naik berat badan tetapi mudah turun berat badan, maka saya masih kekal hensem pada waktu
itu. Anda tidak percaya? Percayalah!

Boleh dikatakan pada ketika itu, saya menjadi amat mewah walaupun dengan potensi selera
makan saya yang besar, saya masih menjadi bank bergerak kepada kawan-kawan saya.
Malahan sekiranya terjadi kes-kes yang memaksa saya mengeluarkan wang sebanyak RM500,
saya masih mampu tersenyum malahan tidak kisah dengan nilai tersebut. Harus di ingat, pada
waktu itu saya baru berumur 21 tahun. Amat muda dan mentah. Jadi, anda boleh bayangkan
betapa mewahnya hidup saya pada waku itu.

Namun, segalanya berubah apabila projek saya telah tamat di utara tanahair. Maka saya harus
pulang ke ibu pejabat iaitu di Kuala Lumpur. Saya terkenang bait-bait lagu ini " Kuala
Lumpur, Kuala Lumpur..menyinari hidupku. Kota yang penuh dengan cabaran". Tenyata ada
betulnya lirik lagu ini. Jadi apabila balik ke Kuala Lumpur, ternyata kos hidup adalah amat
tinggi. Semua benda harus di potong, di ikat, di perah sebanyak mana yang mungkin supaya
cukup untuk menerima gaji baru di bulan hadapan. Dan begitulah setiap bulan yang dilalui
selama beberapa tahun. Boleh dikatakan saya dapat menurunkan berat badan 6 kg dalam masa
2 minggu tanpa mengamalkan jamu atau ubat kurus.

Untuk menceritakan kepada anda betapa peritnya kewangan saya ketika itu, saya hanya
mampu melihat orang lain makan di restoran. Malahan sekiranya saya melepasi restoran
makanan segera, saya hanya mampu mencium bau asap makanan yang keluar dari corong
asap di dapurnya. Ada sesekali saya amat teringin makan di restoran makanan segera tersebut,
maka dengan segeralah duit saya tidak mencukupi untuk bulan tersebut.

Malah, keadaan kewangan saya lagi ditekan apabila majikan saya membuat pembayaran
secara acuh tak acuh. Gaji lambat malahan gaji di bayar separuh adalah keadaan yang akan

23 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

saya hadapi pada setiap bulan. Bukannya saya tidak boleh minta kerja di tempat lain, tetapi
pada waktu itu kepompong untuk keluar dari syarikat tersebut amat menebal atau boleh
dikatakan saya takut akan perubahan. Maka saya mula berfikir untuk mendapatkan duit
dengan cara berhutang. Cepat dan Mudah!

Tetapi saya bukanlah mengambil hutang peribadi tersebut untuk bersuka ria atau
menghabiskan ke tempat lain, tapi saya jadikan duit kecemasan dalam menguruskan
kehidupan peribadi. Malahan apabila pembayaran hutang peribadi sudah saya miliki, saya
mula ingin membuat perniagaan yang bergantung kepada orang lain. Dengan kata lain, saya
hanya ingin makan untung sahaja. Inilah kesilapan besar saya iaitu menyerahkan wang saya
kepada orang lain untuk orang itu melakukan perniagaan untuk saya. Dengan ilmu yang
cetek, tenyata saya menjadi satu hidangan yang besar kepada buaya yang rakus untuk
menyambar duit yang berada disekeliling saya. Saya hanya menyerah diri tanpa tahu bahawa
saya di tipu sebulat-bulatnya.

Ya, saya yang menanggung hutang tetapi orang lain yang menikmati habuannya. Sehingga
buku ini di tulis, saya belum mendapat petanda bahawa duit itu akan dibayar walaupun telah
bermulut manis setelah sekian lama. Tapi saya masih bernasib baik kerana tidak semua
hutang peribadi itu habis dibaham, hanya setengah darinya sahaja. Selebihnya, saya simpan
buat modal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dibenak saya pada ketika itu, lebih baik saya melanjutkan pelajaran secara separuh masa
kerana pengalaman kerja saya meningkat dan taraf pendidikan saya juga meningkat. Maka
bermula mencari universiti-universiti yang menerima pelajar secara separuh masa atau
dengan lebih tepat lain, pada hujung minggu sahaja. Setelah meneliti beberapa universiti,
maka saya memilih satu IPTS yang sealiran dengan taraf pendidikan diploma saya. Namun
begitu, yuran keseluruhan iaitu 4 tahun tidak cukup dengan sisa-sisa dari pinjaman peribadi
saya itu. Saya mula mencari jalan, ternyata jalan yang saya pilih masih silap kerana tidak
menambah ilmu kewangan saya ketika itu. Saya mula menambah lagi satu hutang peribadi
iaitu PTPTN. Pada umur awal 20-an, saya sudah memiliki dua hutang peribadi yang melebihi
RM30 ribu ringgit sahaja. Rasanya masih sikit kot pada pengamatan saya ketika itu.

Bila melihat orang lain bergaya dengan kenderaan masing-masing, saya mula menginginkan
sesuatu yang memang saya idamkan dari waktu sekolah menengah dahulu. Sebuah motosikal
yang amat tinggi nilai susutnya malahan sekiranya nilai jualan untuk sebuah motosikal itu
adalah baru, ia sudah mengjangkau puluhan ribu atau lebih tepat lagi kurang dari RM 30
puluh ribu. Tetapi hanya mempunyai sesaran enjin seperti motor jalanan biasa iaitu 125cc
sahaja. Mungkin anda terfikir-fikir apakah motosikal tersebut.

Dengan rela hati saya tidak ingin membebankan sel-sel otak anda, Aprilia 125 RS Extrema
adalah nama motosikal tersebut. Motosikal buatan Itali yang ternyata bagus kualitinya tapi
agak tinggi untuk menjaga makan minumnya. Begitu juga dengan Yamaha TZM, nilai jualan
yang hanya belasan ribu ringgit tetapi bersesaran lebih tinggi iaitu 150cc dan ia adalah buatan
Jepun. Bagaimana saya membeli motosikal tersebut? Mudah sahaja, menambah lagi pinjaman
peribadi. Seperti yang saya kata sebelum ini, mudah dan cepat!

Boleh dikatakan pada waktu itu, tekanan hidup agak berkurangan kerana saya ada membuat
dana kecemasan yang sebenarnya bukan kecemasan tetapi lebih kepada dana yang akan saya
ambil secara sedikit demi sedikit setiap bulan. Dengan ilmu kewangan yang boleh dikatakan
tiada, maka lama kelamaan duit ini habis. Itulah kenapa saya memberi tekanan kepada ilmu
kewangan dari awal bab lagi supaya menunjukkan betapa pentingnya ilmu kewangan dikaca
mata saya dan di harap pada kaca mata anda juga.

Anda pasti teringat kan bahawa saya sudah memiliki dua pinjaman peribadi dan pinjaman
belajar (PTPTN). Berapakah nilai hutang saya untuk 3 pinjaman tersebut? Masih belum

24 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

mencapai ratusan ribu lagi nilai hutang peribadi saya ketika itu pada umur 20-an. Rasanya
anda sudah faham bahawa kesilapan saya ini amat mudah iaitu bermula dengan pinjaman
peribadi. Di harap anda tidak mengikut jejak saya ini, kalau anda sudah mengambil pinjaman
peribadi seperti saya maka teruskan membaca pada bab selepas ini kerana saya ada
menceritakan bagaimana saya menyelesaikan hutang peribadi saya dengan lebih cepat dari
yang sepatutnya.

Nampaknya dengan pemberian nilai kredit yang mudah oleh pihak bank, maka mudahlah nilai
hutang saya bertambah. Walaupun ketika itu, saya mengejar untuk menaikkan nilai gaji saya
maka dengan itu juga saya mengejar untuk menaikkan nilai hutang saya. Malahan menjadikan
hutang tersebut makin meninggi, yang paling menyedihkan pula apabila hutang itu saya tidak
jadikan sebagai hutang yang positif. Tetapi lebih kepada hutang yang negatif dan akan
mencekik nilai kehidupan saya di masa hadapan.

Mengikut statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dari tahun 2007 sehingga 2013,
seramai 18,053 kes (15.50 peratus) yang melibatkan jumlah kes kebankrapan di Malaysia. Itu
adalah satu statistik yang terlibat dengan nilai kebankrapan dan bukannya orang yang terlibat
dengan pinjaman peribadi. Nampaknya saya tidak menyumbang kepada statistik dari MdI.
Sekiranya anda ada, cubalah membayar hutang tersebut supaya nama anda tidak berada dalam
senarai hitam.

Abdullah bin Ja’far, Rasulullah SAW bersabda:


“Allah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang
berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia melunasi
hutang tersebut selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang
dilarang oleh Allah." Riwayat Ibnu Majah.

Tips saya kepada anda ialah jangan gunakan pinjaman peribadi untuk kegunaan yang tidak
membawa sebarang makna dalam meningkatkan kewangan anda. Sekiranya anda meminjam
untuk mempercepatkan peningkatan modal simpanan, anda haruslah mencari pinjaman yang
menawarkan kadar faedah yang amat sedikit. Amat malang untuk pekerja swasta kerana
pihak bank selalunya menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi daripada pekerja kerajaan.
Sekiranya anda ingin mengambil pinjaman untuk sesuatu yang susut nilai, maka amat tidak
digalakkan.

Kad Kredit

Mengikut statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dari tahun 2007 sehingga 2013,
seramai 4,875 kes (4.18 peratus) yang melibatkan jumlah kes kebankrapan di Malaysia.
Namun begitu, kajian daripada Legal Affair Division di Pejabat Perdana Menteri pada 2003
pernah mengeluarkan kenyataan bahawa 26,500 orang (25 peratus) dari jumlah 106,000
orang yang diisytihar bankrap adalah berpunca dari kad kredit sejak 20 tahun sebelum itu. Ini
pernah menunjukkan kad kredit pernah menjadikan statistik bankrap rakyat Malaysia antara
yang tertinggi satu ketika dulu.

Saya masih bersyukur walaupun saya boleh dikatakan agak mudah mengambil pinjaman
peribadi, tetapi saya tidak senang berbelanja dengan kad kredit. Satu ketika dahulu, kad kredit
emas dan platinum pernah menghiasi dompet saya yang tidak seberapa tebal ini. Saya hanya
berbelanja apabila saya mampu untuk membeli secara tunai dan menggunakan kad sebagai
penyelamat dari saya membawa tunai yang banyak untuk membeli barang tersebut. Boleh
dikatakan kad kredit dijadikan sebagai kad debit kerana saya selalu membayar lebih dari
jumlah yang saya gunakan. Itupun saya bayar sebelum sampai tarikh akhir pembayaran. Ini
mungkin disebabkan saya pernah mendengar cerita dari kawan-kawan yang sudah
menggunakan kad kredit di mana had kredit yang sudah penuh. Bukan satu kad, malahan ada
daripada kawan-kawan saya memiliki 3 kad yang sudah penuh had kreditnya.

25 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Melihat kehidupan kawan-kawan yang sengsara dengan kad kredit ini menjadikan saya amat
berhati-hati untuk menggunakan kad kredit sebagai perbelanjaan. Saya tidak mahu menjadi
sengsara seperti mereka, setiap bulan akan menerima surat penyata kad kredit yang tidak tahu
bila penghujungnya dan melarikan diri apabila mendapat panggilan daripada pihak bank.
Saya sungguh bersimpati kepada mereka pada waktu itu.

Langit tidak selalunya cerah dan sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
juga. Itulah perumpamaan yang boleh digunakan kepada penggunaan kad kredit yang
akhirnya menjerat saya dalam hutang yang berjumlah ribuan ringgit. Pada waktu itu, bakal
isteri saya menyatakan ada seseorang ingin menumpang kami untuk balik ke pejabat mereka.
Saya masih teringat situasi itu walaupun kejadian itu berlaku 7 tahun dahulu (2007). Kejadian
tersebut berlaku di pasaraya Tesco Puchong. Dua orang perempuan membuat reaksi sedih
untuk pulang ke pejabat mereka yang tidak jauh dari pasaraya Tesco tersebut. Dengan
perasaan kasihan, saya menolong menghantar mereka ke pejabat mereka. Mereka amat
pandai berkata-kata dan bermain dengan perasaan saya yang mudah untuk menolong orang
lain dalam kesusahan. Ternyata mereka umpama buaya yang sudah lama menunggu untuk
mendapatkan hasil habuan mereka. Mereka langsung tidak kasihan dan bersyukur di atas
pertolongan kami.

Mereka menyatakan ada barang yang ingin di ambil di atas pejabat dan memerlukan
pertolongan kami untuk mengambilnya. Mereka menyatakan yang rumah mereka amat
berdekatan dan memohon jasa baik kami menghantar mereka ke rumah mereka yang tidak
jauh dari situ. Saya dan bakal isteri terus naik tanpa berfikiran negatif kepada mereka. Agak
terkejut juga kerana di atas pejabat tersebut masih ada orang yang bekerja. Mereka
menyambut kami dengan baik sekali dan untuk memendekkan cerita, kami terjerumus di
dalam skim gores dan menang. Mungkin ketika waktu itu saya dan bakal isteri masih mentah
tentang skim-skim penipuan ini dan ternyata ilmu penipuan ini saya bayar dengan harga
ribuan ringgit. Saya mendapat beberapa peralatan elektrik, vakum dan bermacam-macam
lagi. Tapi saya masih bersyukur kerana ada sesetengah barangan tersebut masih dapat saya
gunakan sehingga sekarang. Alhamdulillah, walaupun saya di tipu tapi saya masih dapat
menggunakan barang yang tidak setimpal dengan harganya.

Pada waktu itu saya masih belum sedar yang saya dan bakal isteri sudah ditipu secara terang-
terangan. Saya tersedar yang diri ini ditipu apabila melihat operandi yang sama disiarkan di
televisyen. Itupun jangka waktu kes saya sudah mengjangkau 4 bulan dari tarikh berita itu
disiarkan. Ternyata anda boleh membuat tuntutan ini di Tribunal sekiranya anda ditipu oleh
skim-skim gores dan menang ini. Nasihat saya, elakkan dari membawa kad kredit dan kad
debit apabila berjalan-jalan atau sembunyikan kad tersebut dari pengamatan mata buaya-
buaya yang berkeliaran untuk mencari mangsa. Hanya masa sahaja yang akan menentukan
siapa mangsa mereka selepas ini. Walaupun kejadian tersebut menjadikan satu pengalaman
hitam di dalam hidup saya, mempunyai kad kredit tidak salah sekiranya anda tahu
menggunakan dan mengawalnya. Jangan jadikan tabiat membayar minima dan berbelanja
dengan kad kredit dengan sewenang-wenangnya.

Ada yang menyatakan bahawa kad kredit merupakan syaitan kepada kewangan, ada yang
fobia apabila melihat kad kredit, ada yang menganggap ia merupakan satu alat yang
memudahkan dan ada yang masih dirantai dengan hutang kad kredit di dalam kehidupan
mereka. Sekiranya anda amat fobia dan akan terkena SAWan apabila mendengar perkataan
kad kredit, maka saya sarankan kepada anda supaya menjauhinya. Namun sekiranya anda
bijak mengurus dan mengawal kad kredit tersebut, maka anda boleh menjadikan kad itu
sebagai koleksi di dalam dompet anda. Semuanya terpulang kepada anda dan sebagai umat
islam saya mengharapkan anda menggunakan kad kredit yang bersifat islamik supaya
mengelak dari terjadinya riba. Saya teringat akan petikan daripada al-Quran berkenaan riba
ini.

26 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

"Orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti


berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit
gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka
berkata, sesungguhnya jual-beli itu sama dengan riba, padahal Allah
telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. Orang yang
telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti
maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu dan urusannya
kepada Allah, Orang yang mengulangi, maka orang itu adalah
penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
Surah al-Baqarah, ayat 275

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah


tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu
berbuat dosa." Surah al-Baqarah, ayat 276

"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan


tinggalkanlah riba jika kamu orang yang beriman."
Surah al-Baqarah, ayat 278

"Maka jika kamu tidak melaksanakannya, maka ketahuilah bahawa


Allah dan rasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat,
maka bagimu pokok asal hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak
pula dianiaya" Surah al-Baqarah, ayat 279

Anda akan ditimpa masalah yang besar sekiranya anda tidak menghubungi bank anda untuk
membuat sebarang pengubahsuaian di atas ketidakmampuan anda untuk membuat bayaran
minima. Langkah membiarkan dengan tidak membuat pembayaran tetap malahan bayaran
minima akan menyebabkan kadar faedah berganda dikenakan terhadap anda. Anda juga
harus memeriksa perbelanjaan harian, mingguan malahan bulanan anda untuk mengetahui
aliran perbelanjaan anda. Ia untuk memudahkan anda membajet perancangan bulanan anda.
Ingat, jangan abaikan pembayaran bulanan bil kad kredit anda!

Untuk mengelak anda terjerat dengan kesilapan dalam penggunaan kad kredit, ada beberapa
perkara yang harus tahu iaitu:
 Jangan biarkan bil anda tertunggak (kadar faedah berganda akan dikenakan
terhadap anda iaitu faedah atas faedah)
 Harus tahu bagaimana kadar faedah dikira ke atas tunggakan anda (kadar faedah
digandakan setiap hari iaitu penggunaan kadar faedah secara harian)
 Kadar maksimum yang boleh dikenakan kepada anda sekiranya anda ada bayaran
tertungak (15 peratus - 18 peratus)
 Jangan mudah tertarik dengan istilah-istilah yang hebat (baca cetakan halus yang
selalunya ada istilah-mengikut terma dan syarat)
 Tahu bila tarikh penyata dan tarikh akhir pembayaran (pihak bank dapat
mengenakan pelbagai caj kepada anda sekiranya anda terlewat membayar jumlah
tertunggak walaupun hanya 1 hari)
 Penawaran yang mungkin sesuai dengan anda (ada kad kredit yang menawarkan
mata ganjaran, diskaun atau pengembalian tunai)

Kereta dan Motosikal

Pada masa kini, kenderaan bermotor menjadi salah satu keperluan asas dalam kehidupan.
Dahulu, memiliki kereta adalah sesuatu yang sukar untuk dimiliki kerana mahal nilainya dan
kadar pinjaman yang tidak mudah seperti sekarang. Kalau dilihat disekeliling anda, bilangan
kereta teramatlah banyak yang menyebabkan kadar kesesakan lalulintas. Kalau anda pernah

27 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

melihat cerita-cerita arahan seniman P.Ramlee, anda boleh membandingkan Kuala Lumpur
dahulu dengan sekarang. Amat jauh perbezaannya dan seringkali saya akan bertanya kepada
allahyarham ayah saya dan ayah mertua tentang lokasi yang dipaparkan dalam cerita-cerita
tersebut. Dengan kadar kesesakkan yang melampau di ibukota, maka ada yang mengambil
alternatif dengan membeli motosikal. Boleh dikatakan motosikal menjadi satu alternatif yang
digemari kerana boleh mengelak dari kesesakkan jalanraya dan dapat menjimatkan kos
pengangkutan.

Namun begitu, risiko kemalangan dari motosikal adalah amat tinggi. Ini kerana sedikit
kesilapan, penunggang mahupun pembonceng mempunyai risiko cedera yang amat tinggi dan
kadang-kadang boleh membawa maut. Kadang-kadang kemalangan itu berpunca daripada
kecuaian sendiri tetapi kecuaian orang lain juga menjadi penyumpang kepada kelompok
penunggang motosikal. Saya pernah mendengar bahawa penunggang motosikal ini
diumpamakan seperti mentimun dan kenderaan lain adalah durian. Kalau mentimun
melanggar atau dilanggar oleh durian, maka mentimunlah yang menanggung kecederaannya.

Saya pernah menceritakan bahawa saya pernah memiliki dua buah motosikal iaitu Yamaha
TZM dan Aprilia RS 125 Extrema. Kedua-dua motosikal ini adalah kenderaan kehendak saya
yang sudah lama saya inginkan iaitu dari sekolah menengah lagi. Namun begitu, saya pernah
juga memiliki sebuah motosikal yang menjadi keperluan asas iaitu Kriss 120. Tapi
sayangnya, motosikal tersebut dicuri oleh pencuri yang amat mahir dalam bidangnya.
Motosikal ini banyak berbakti kepada saya kerana saya menggunakan semaksimum
kudratnya. Walaupun terasa amat ralat tentang kehilangan motosikal tersebut, namun saya
redha dengan ketentuan Allah. Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.

Yamaha TZM adalah kenderaan pertama saya dan saya banyak berhabis wang dalam
menjadikan ia sebuah replika Aprilia RS 125. Memandangkan motosikal (TZM) ini
mempunyai kadar kecurian yang amat tinggi pada waktu itu, ia menjadikan saya tidak tenang
dengan berita tersebut. Ia menjadikan saya tidak tenang pada setiap hari kerana pada waktu
itu saya hanya menyewa di sebuah flat. Saya tidak mengambil waktu yang agak lama, kurang
dari setahun motosikal itu telah selamat dijual. Oleh itu, saya mula memikirkan apa yang saya
harus buat dengan hasil jualan motosikal tersebut.

Setelah berfikir untuk beberapa hari, saya mengambil keputusan untuk membeli kereta. Saya
beranggapan dengan membeli kereta dari awal maka apabila berkahwin, saya tidak perlu
bersusah payah untuk membeli kereta lagi. Itulah kesalahan saya apabila ingin menjadi
peramal masa depan. Ini menjadikan kewangan saya amat goyah pada ketika itu kerana
keputusan itu adalah salah sama sekali. Ini kerana kewangan saya sebenarnya tidak
membenarkan saya memiliki sebuah kereta. Itulah kesilapan saya apabila tidak tahu
menguruskan kewangan peribadi dan ditambah pula tiada ilmu dalam kewangan.

Kos penyelenggaran antara motosikal dan kereta adalah amat jauh sekali. Ditambah pula
apabila membeli kereta, ia akan datang dengan pakej kos parking, tol dan minyak yang agak
tinggi. Selain itu juga apabila ada kos-kos yang datang secara bulanan mahupun tahunan. Ini
memang memeritkan tapi alang-alang membeli kereta, biarlah bergaya ala sport. Seperti kata
orang, biar papa asal bergaya. Dengan jiwa muda yang ada, setentunya pelbagai modifikasi
yang dilakukan. Daripada rim sukan, ekzos malahan enjin akan dipasang dengan pelbagai
aksesori. Itulah jiwa muda, ada saja yang ingin ditonjolkan kepada orang lain walaupun
sebenarnya sesuatu yang ingin ditonjolkan itu tiada makna kepada orang lain. Hanya
membakar wang di dalam saku saya sahaja tetapi tiada erti kepada orang lain.

Saya lupa untuk membeli kereta sebagai keperluan asas. Saya juga lupa sekiranya saya
memodifikasi sebuah kenderaan untuk menjadi jelmaan kenderaan lain, ia tetap dipanggil
sebagai nama kenderaan asalnya. Trend anak muda ketika itu ialah menjelma wira kepada
mitsubishi evolution, kancil dengan kembarnya iaitu daihatsu mira dan tidak lupa juga

28 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

menaiktaraf enjin kepada enjin yang lebih berkuasa. Ada yang bertukar kepada turbo,
supercharge, v-tec dan pelbagai lagi perkara yang membakar wang anda. Ini menjadikan anda
amat jauh untuk bebas kewangan mahupun menjadi seorang jutawan. Mana tidaknya, wang
yang dilaburkan bukannya sedikit. Dari 4 angka hinggalah kepada 5 angka dan kemudian
kenderaan tersebut akan dijual kerana sudah puas menderanya, kemudian membeli kereta
baru untuk dimodifikasikan lagi. Maka pusingan modifikasi ini tidak akan habis sehinggalah
anda sudah tiada duit untuk dibakar.

Tidak lupa juga yang membeli kenderaan dengan kadar bayaran bulanan yang semaksimum
yang mungkin iaitu akan bertanya kepada pihak bank berapakah had kredit yang dapat
diambil. Lagi tinggi lagi bagus! Itu kebiasaan pemikiran yang dimiliki oleh orang bawahan
dan kelas menengah. Malahan mempunyai hanya satu punca rezeki sahaja iaitu gaji. Ini
merupakan satu amalan yang amat berbahaya dalam sistem kewangan. Anda boleh
menggunakan Aliran Kewangan Bulanan (Contoh 1 dan 2) pada bahagian Lampiran sebagai
contoh untuk menguruskan hutang anda.

Lain-lain Perangkap Yang Mungkin Menjerat Anda

1. Multilevel Marketing (MLM)

Saya akui ramai orang yang terlibat dengan MLM, ada yang berjaya malahan ramai yang
terasa seperti ditipu. Mungkin anda biasa berjumpa dengan mereka, mungkin mereka
adalah kawan-kawan anda, saudara anda malahan mungkin dari kalangan adik beradik
anda. Saya akui anda mungkin akan memandang satu sudut yang negatif apabila disapa
oleh seseorang yang mengakui agen MLM. Adakah anda tahu ada juga MLM yang sah dan
berjaya di dalam perniagaan? Ya ada tapi tidak banyak. Oleh itu saya akan memberi
beberapa tips untuk anda jadikan sandaran apabila didatangi oleh agen MLM. Tipsnya
ialah:
 Apakah produk yang ditawarkan?
 Apakah keuntungan berlipatkali ganda?
 Adakah bersandarkan kepada men'rekrut' orang dibawah anda?
 Adakah memberi pelbagai pakej yang akan bersandarkan kepada keuntungan
semata-mata?
 Adakah produk itu mendapat pengiktirafan, sekiranya ada maka tunjukkan hitam
putihnya (bukti yang sahih).
 Adakah mereka seperti memberi tekanan untuk anda mengambil/menjadi orang
bawahan mereka?

Sekiranya banyak daripada mereka memberi seperti tips yang saya senaraikan, maka lebih
baik anda hindarkan. MLM yang berjaya tidak perlu memaksa anda kerana mereka sudah
mempunyai sistem yang berjaya. Ambillah masa untuk berfikir dan bagilah jawapan yang
terbaik untuk menolak pelawaan mereka. Awas sekiranya mereka mengajak anda untuk
menaiki kenderaan mereka, ini memberi kuasa mutlak kepada mereka untuk mengawal
anda.

2. Skim Cepat Kaya atau Skim Gores dan Menang

Boleh dikatakan sudah ramai orang yang tertipu dengan skim cepat kaya mahupun skim
gores dan menang. Bukan hanya orang biasa-biasa malahan ada golongan yang terpelajar
terperangkap dengan skim-skim sebegini. Biasanya skim-skim begini menawarkan jumlah
pelaburan yang terlalu berlipatkaliganda. Sebagai contoh, sekiranya anda melabur
RM1,000, anda akan mendapat keuntungan RM10,000. Dan pelbagai cara akan
ditunjukkan kepada supaya anda percaya. Ilmu ini mudah sahaja, sekiranya apa yang
ditawarkan kepada anda itu terlalu bagus maka syarikat-syarikat pelaburan lain akan gulung
tikar kerana skim yang ditawarkan oleh mereka terlalu bagus. Selain itu juga, anda jangan

29 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

terlalu tamak apabila ditawarkan skim-skim sebegini kepada anda. Ia lebih kepada indah
khabar dari rupa.

Jadi, anda beringatlah sebelum terkena. Mereka selalunya bertukar-tukar taktik untuk
memerangkap anda tapi hanya satu yang masih belum berubah. Memancing anda dengan
jumlah keuntungan yang terlalu tinggi hingga ke syurga malahan menjadikan kocek anda
penuh dengan sepantas kilat. Hati-hati kerana akhirnya poket mereka yang penuh dan
bukannya poket anda.

Dari sumber yang diberikan oleh bank negara pada tahun 2014, terdapat 143 syarikat yang
disenaraikan namun hanya 70 syarikat (senarai yang boleh dimuat turun) yang telah dikenal
pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan
berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ia dipecahkan kepada
beberapa jenis aktiviti iaitu:
 36 syarikat melibatkan aktiviti tidak berlesen
 21 syarikat melibatkan pelaburan emas
 13 syarikat melibatkan perniagaan matawang asing

Anda boleh melihat laman seSAWang BNM untuk mengetahui lebih lanjut mengenai nama
syarikat/individu, laman seSAWang dan tarikh dimasukkan dalam senarai berjaga-jaga.
Sila lihat pautan ini: http://bit.ly/1dPsfcV

3. Bitcoin dan Phishing Scams

Dengan peredaran sistem maklumat yang semakin pesat, terdapat juga individu, syarikat
malahan program yang berada di dalam kategori berhati-hati. Pelbagai program baru akan
dipaparkan bersandarkan kepada isu semasa seperti emas, kejatuhan matawang dan saham.
Mungkin anda terdengar tentang isu baru iaitu matawang digital iaitu Bitcoin. Pada 2
Januari 2014, Bank Negara Malaysia ada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.
Sehingga kini, BNM masih belum mengiktiraf matawang Bitcoin untuk digunakan di
Malaysia. BNM juga menyatakan bahawa urusniaga Bitcoin tidak akan dikawal selia dan
diurusniagakan di Malaysia. Oleh itu, saya mengharapkan anda tidak mencuba untuk
menggunakan matawang digital ini kerana terdapat banyak lagi pilihan yang ada di dalam
Malaysia sendiri. Anda boleh melihat pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
kenyataan BNM tentang Bitcoin.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_announcement&pg=bm_announcement_all&ac
=276&lang=bm.

Terdapat satu kegiatan yang dinamakan sebagai mencuri maklumat kewangan atau lebih
dikenali dengan nama Phishing Scams. Ia merupakan kegiatan mencuri maklumat
kewangan yang menggunakan medium e-mel, telefon, laman sosial dan pelbagai lagi. Oleh
itu, elakkan memberi, mendedahkan atau menulis secara terperinci tanpa melihat orang
yang memintanya.

Kegiatan ini akan menghantar e-mel bahawa akaun bank anda mempunyai masalah dan
memerlukan anda memberi maklumat terperinci sehingga kata kunci rahsia anda. Ada yang
menghantar surat melalui emel yang menyatakan bahawa mereka mempunyai banyak wang
dan ingin menggunakan akaun bank anda sebagai perantara. Ada juga yang menyatakan
anda telah memenangi sejumlah wang dari peraduan-peraduan yang ditawarkan malahan
ada sesetengahnya anda tidak pernah mengambil bahagian dalam peraduan tersebut. Pelik
bukan?

Kegiatan ini juga ada membuat panggilan dengan bertanya secara terperinci mengenai kad
kredit anda. Secara jujurnya, lebih baik anda tidak mendedahkan kepada orang yang
membuat panggilan tersebut. Adakah anda tahu bahawa nombor didepan kad kredit adalah

30 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

nombor standard untuk kad kredit sesuatu bank. Dengan memperolehi nombor sekuriti
dibelakang kad kredit anda, maka mereka mempunyai kuasa untuk menggunakan kad
kredit anda sesuka hati.

Mungkin anda boleh menonton video yang diberikan oleh BNM sebagai pengajaran dan
dikongsikan kepada orang lain. Sila lihat pautan ini. http://bit.ly/17xcXbt

Adakah anda tahu bahawa pautan https://... adalah lebih baik tahap sekuritinya daripada
http://... Ini adalah amat bersesuaian sekiranya anda melakukan sebarang transaksi
pindahan wang.

4. Memberi Hutang Kepada Orang Lain

Anda biasa memberi hutang kepada orang lain? Sekiranya ada, maka berapa mudahkan
anda mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan? Boleh dikatakan amat mudah untuk
meminjam tetapi amat berat untuk membayar apa yang dipinjam. Ini merupakan kebiasaan
manusia yang suka meminjam. Antara anda sedar atau tidak.

Saya tidak terkecuali dari menghadapi situasi sebegini. Kadangkala ada yang membayar
tanpa perlu diminta, ada yang perlu diminta baru dibayar, ada yang perlu dipujuk untuk
dibayar malahan ada yang dimarah apabila ingin mengambil kembali wang yang pernah
dipinjamkan. Itulah lumrah yang saya selalu hadapi sebelum-sebelum ini. Bagaimana
peminjam ini berjaya mendapatkan wang daripada saya? Mudah sahaja, mereka akan
menceritakan masalah yang mereka hadapi dan dengan penuh bersungguh-sungguh akan
cuba melangsaikan hutang itu secepat yang mungkin. Selalunya akan menceritakan akan
mendapat gaji atau mendapat pendapatan yang lain dalam masa terdekat. Nasihat saya,
kebarangkalian anda tidak akan dapat wang yang dipinjam dalam masa yang diberitahu.
Malahan ada sesetengahnya akan mencipta berjuta alasan apabila sampai waktunya.

Mereka tidak akan memahami masalah yang anda hadapi. Pada pemikiran mereka, hanya
mereka yang bermasalah. Saya akui pada satu-satu ketika itulah duit yang saya perlukan
tetapi saya berikan kepada orang lain kerana saya beranggapan mereka lebih memerlukan.
Tetapi apabila diselidik kembali, mereka sebenarnya menjadikan anda sebagai bank yang
bergerak. Jadi, disini saya menyarankan kepada anda beberapa tips untuk mengelakkan
anda dari terjebak dari perangkap peminta hutang tegar. Antaranya ialah:
 lihat rekod sejarah penghutang (ini boleh bertanya kepada kawan-kawan pejabat
atau sanak saudara). Sekiranya rekod sejarah pembayaran adalah bagus maka
risiko untuk pinjaman tidak dibayar adalah rendah.
 memberi sejumlah wang yang anda ikhlas tanpa mengharapkan bayaran itu
dikembalikan. Walaupun jumlah yang dipohon adalah jauh berbeza dari yang
jumlah anda berikan kepada mereka.
 tidak memberi langsung kepada peminjam wang sekiranya anda khuatirkan risiko
bayaran tidak dikembalikan.
 membuat perjanjian hitam putih dan besertakan saksi. Dalam Islam ada
menyarankan perjanjian hutang atau pembelian tangguh yang sebegini. Sila lihat
pada bahagian Lampiran berkenaan contoh Perjanjian Hutang yang saya
praktikkan. Saya bersandarkan kepada terjemahan al-Quran di dalam surah Al-
Baqarah iaitu:

“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah
waktu sehingga dia mampu. Dan bersedekah (sebahagian atau semua
hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Surah al-Baqarah, ayat 280

31 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

“Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bermu’amalah tidak


secara tunai untuk masa yang ditentukan, hendaklah kamu
menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu
menulisnya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya
sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia
menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (apa
yang di tulis itu), dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah
Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sedikit pun dari
hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau
lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu merencanakan,
maka hendaklah walinya merencanakan dengan jujur, dan disaksikan
dengan dua orang saksi dari orang lelaki (di antaramu). Jika tidak
ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang
perempuan dari saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa,
maka seorang lagi mengingatinya. Jangan saksi-saksi itu enggan
(memberi keterangan) apabila mereka dipanggil dan janganlah kamu
jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar, sampai tempoh
masa pembayarannya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan
lebih dapat menguatkan penyaksian dan lebih dekat kepada tidak
(menimbulkan) keraguanmu. (tulislah mu’amalah itu) kecuali jika
mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara
kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu (jika) kamu tidak
menuliskannya. Dan saksikanlah apabila kamu berjual beli dan
janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan. Jika kamu lakukan
(yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah dari kefasikan
pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu dan
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” Surah al-Baqarah, ayat 282

“Jika kamu dalam perjalanan(dan bermuamalah tidak secara tunai)


sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah
ada barang tanggungan yang dipegang (oleh orang yang memberi
hutang). Akan tetapi, jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian
yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan
amanahnya (hutangnya) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah
Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan
penyaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka
sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Surah al-Baqarah, ayat 283

Sekarang saya ingin memberi tips tambahan kepada anda. Sekiranya ada peminjam ingin
meminjam dalam jumlah wang yang banyak, saya sarankan anda membuat satu perjanjian
dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak didepan peguam. Ini menjadikan penjanjian itu
lebih profesional malahan boleh digunakan ke muka pengadilan sekiranya perlu. Harus
diingat, ini memberi satu kuasa mutlak kepada anda di samping memberi satu komitmen
yang bukan boleh dibuat main-main kepada para peminjam anda. Ingin saya nyatakan juga
bahawa pinjaman terhadap seseorang yang sudah melebihi 5 tahun, adalah tidak boleh
dituntut secara mahkamah. Disebabkan itulah saya menyarankan anda membuat perjanjian
hitam putih dan disokong oleh bukti-bukti yang berkait.

5. Tidak Sedar Bahawa Diri Sendiri Bergelut Dengan Kewangan

Boleh dikatakan dahulu saya tidak dapat menerima hakikat bahawa saya bergelut dengan
masalah kewangan. Saya cuba sedaya upaya untuk menyangkal fakta itu. Pada pemahaman
saya, ia boleh diselesaikan dengan mencari kerja yang memberi pulangan gaji yang lebih

32 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

tinggi. Saya tidak cuba mencari punca dan tanda yang saya boleh selesaikan untuk
menghapuskan kemelut kewangan saya.

Ia membuatkan saya berada di dalam kategori kais sebulan makan sebulan. Tetapi apabila
ada satu amaun yang baru menjengah jendela gaji saya pada bulan tersebut, maka saya akan
kekurangan duit pada bulan tersebut. Ia menyebabkan saya mudah marah, tertekan dan
kadangkala terasa seperti kekurangan oksigen kerana mencari penyelesaian kepada masalah
kewangan yang saya hadapi.

Saya mula menunding kepada orang lain kerana memburukkan lagi keadaan seperti
kenaikkan kos barangan, tidak dinaikkan gaji, kos sara hidup yang semakin meninggi,
syarikat tidak memberi gaji yang setimpal dan bermacam-macam lagi. Walhal, masalah ini
berpunca dari diri saya sendiri iaitu tidak mengukur di poket sendiri. Ketahui punca
masalah dan cuba selesaikannya adalah satu jawapan yang terbaik kepada permasalahan ini.
Melarikan diri dari masalah kewangan adalah penyelesaian yang sementara dan setentunya
ia akan menjadi lebih buruk lagi jika saya tidak menghadapinya.

Beberapa panduan yang mungkin dijadikan contoh untuk menandakan anda bergelut
dengan kewangan yang haru biru. Beberapa contohnya ialah:
 Setiap wang gaji anda banyak dihabiskan untuk pinjaman merupakan salah satu
tanda bahawa anda sedang bergelut dengan masalah kewangan. Anda cukup
tertekan pada setiap bulan malahan sekiranya terdapat sesuatu pertambahan yang
menuntut wang dari anda, ia mula menganggu jiwa dan fikiran anda. Anda sering
dihantui dengan pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, premium insurans
yang tinggi dan pinjaman tetap dimana jumlahnya adalah amat tinggi dan anda
sudah ditekan oleh hutang tersebut.
 Mula membayar kad kredit seminima yang mungkin juga menandakan anda ada
masalah di dalam kewangan. Malahan lagi teruk sekiranya anda sudah tidak
mampu membayar kadar minima tersebut. Ia diibaratkan anda mengisi air
(membuat hutang) di dalam gelas tetapi sedikit sahaja yang anda minum
(membayar hutang). Kemudian anda tambah lagi air tetapi anda masih minum
sikit sahaja air tersebut. Akhirnya air tersebut akan penuh dan melimpah. Itu akan
menandakan kad kredit anda akan penuh dan tidak boleh digunakan lagi.
 Membeli barangan asas secara kredit merupakan petanda bahawa kewangan anda
adalah negatif. Bukannya kerana anda menggunakan kad kredit untuk
mendapatkan ganjaran tetapi anda sudah kekurangan duit untuk membeli
barangan asas tersebut secara tunai. Barangan asas dikategorikan sebagai
barangan yang wajib anda beli untuk kegunaan seharian seperti ikan, ayam,
daging, sayur, beras dan lain-lain lagi.

Sebahagian besar di kalangan kita tidak mahu atau tidak tahu mencari penyelesaian
masalah kewangan peribadi sehingga ia benar-benar menjerut diri.

6. Gaya Hidup Yang Tidak Terkawal

'Biar papa asal bergaya' merupakan satu pepatah yang biasa anda dengar. Secara ringkasnya
ia menceritakan bahawa satu cara hidup yang ingin ditonjolkan kepada orang lain walaupun
dengan secara benarnya seseorang itu masih belum mampu. Ada satu lagi pepatah yang
berlawanan dengan pepatah yang pertama tadi iaitu 'ukur baju di badan sendiri'. Ia lebih
menceritakan bahawa anda harus berbelanja mengikut poket anda sendiri tanpa disandarkan
kepada orang lain. Dua pepatah melayu ini merupakan satu peringatan supaya anda berhati-
hati dengan gaya hidup anda.

Merujuk kajian kes daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan
Program Pengurusan Kredit (PPK), seramai 68,550 daripada 100,871 orang (74.1%)

33 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

golongan berkahwin yang dirujuk gagal dalam pengurusan kewangan dan hutang. Diikuti
golongan bujang seramai 14,069 orang (15.2%), bercerai seramai 4,144 orang (4.5%) dan
kematian pasangan seramai 1,727 orang (1.9%). Manakala seramai 12,391 orang (4.3%)
berada dalam golongan lain-lain.

Anda mungkin biasa mendengar kehidupan bermula di usia 40 tahun dan selalunya ia
bersandarkan kepada kaum lelaki. Namun begitu, kajian daripada AKPK adalah
bertentangan dengan istlah ini. Sepanjang tahun 2013, lelaki berusia melebihi 40 tahun
adalah golongan yang paling tinggi iaitu seramai 39,220 orang (42.4%), golongan 30
hingga 40 tahun seramai 36,916 orang (39.9%) dan golongan umur 20 hingga 30 tahun
16,336 orang (17.7%).

Sejumlah 92,472 orang dari Program Pengurusan Kredit jika dikadarkan kepada kaum
lelaki dan perempuan boleh dibahagikan kepada 60,359 (65.3%) golongan lelaki dan
29,725 (32.1%) golongan wanita.

Dari segi purata gaji, individu berpendapatan kurang RM24,000 setahun (kurang RM2,000
sebulan) merekodkan jumlah yang tertinggi iaitu seramai 48,647 orang (52.6%),
berpendapatan kurang RM36,000 setahun (kurang 3,000 sebulan) iaitu seramai 17,389
orang dan berpendapatan melebihi RM40,000 setahun (melebihi RM3333.33 sebulan) iaitu
seramai 14,428 orang.

Kemungkinan anda sudah pening apabila melihat statistik yang pelbagai dari PPK dan juga
AKPK. Untuk memudahkan anda, 22.8% faktor utama masalah kewangan yang dihadapi
adalah berpunca dari kelemahan merancang kewangan dan setentunya ia melibatkan gaya
hidup. Ini kerana ia merangkumi corak perbelanjaan, ketiadaan dana kecemasan dan
pengurusan pinjaman. Ini adalah berdasarkan kajian daripada AKPK dan PPK, ia belum
menunjukkan kadar sebenar yang menghadapinya secara realiti. Ini sebilangan orang yang
menggunakan khidmat kaunseling percuma ini dan sekiranya anda lihat, golongan atasan
atau tangga gaji yang besar tidak menggunakan khidmat percuma ini. Mengapa ya?

Saya boleh menyatakan bahawa kos sara hidup biasanya didatangkan dengan kadar
perbelanjaan besar yang ditanggung oleh rakyat Malaysia seperti pinjaman perumahan,
kenderaan dan kad kredit. Golongan bawahan dan menengah akan dihimpit dengan
ketidakmampuan untuk membayar hutang apabila kadar inflasi dan kos sara hidup
meningkat. Untuk masyarakat Malaysia, dengan penarikkan subsidi kepada bahan-bahan
asas seperti minyak, gula, gas, tarif elektrik dan ditambah pula dengan komitmen hutang
yang tidak sistematik, boleh menjuruskan golongan ini mendapat anugerah bankrap dan
bukannya jutawan, hartawan atau sesuatu yang positif.

Pada masa kini, jumlah hutang dengan KDNK adalah 85%. Ia merupakan satu hutang yang
amat tinggi jika dibandingkan dari kalangan negara-negara Asean. Ia menandakan bahawa
rakyat Malaysia berbelanja melebihi pendapatan dan setentunya ia adalah konsep berhutang
selagi boleh. Bagaimana pula anda ingin membayar hutang tersebut apabila hutang
melebihi pendapatan? Untuk golongan yang makan gaji, berapa peratuskah kenaikkan gaji
anda setiap tahun? Persoalan ini dapat di jawab sekiranya anda ada pengetahuan mengenai
pengurusan kewangan peribadi.

Adakah ada tahu apabila mengamalkan gaya hidup yang tidak terkawal boleh menyebabkan
keruntuhan institusi kekeluargaan iaitu penceraian. Ia berkait rapat antara satu sama lain
apabila tiada pengurusan kewangan, bebanan hutang dan pemberian nafkah. Sebanyak 60%
dari kes penceraian pasangan Islam yang diterima oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) adalah berpunca daripada masalah kewangan.

34 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Rasanya daripada perangkaan dan statistik yang diberi, saya berharap anda tidak
menyumbang di dalam statistik tersebut. Saya tidak salahkan anda sekiranya anda sudah
menjadi penyumbang di dalam statistik tesebut. Ini kerana pengurusan kewangan peribadi
tidak pernah diperkenalkan pada masa lalu di sekolah mahupun di universiti. Ini
menjadikan anda dan saya tidak celik kewangan dalam menguruskannya.

Dengan kesedaran yang ada kini, saya dapat melihat ada penambahbaikkan untuk mengajar
pengurusan kewangan pada peringkat seawal murid Tahun Empat iaitu bermula pada tahun
2014 dan pada peringkat universiti pada tahun 2012. Keberkesanannya mungkin
mengambil masa tetapi saya berharap pelbagai seminar dan kelas diadakan pada peringkat
bawahan supaya menjadikan rakyat Malaysia lebih celik dalam pengurusan kewangan
peribadi. Walaupun mereka mungkin tidak menjadikan mereka sebagai seorang jutawan,
sekurang-kurangnya menghindarkan mereka dari dibelenggu oleh hutang pada masa
hadapan kerana kekurangan ilmu pengurusan kewangan peribadi.

7. Menjadi Penjamin

Anda tahu bukan sebelum ini saya banyak membuat pinjaman negatif dengan
menggunakan pinjaman peribadi dan pinjaman PTPTN. Setentunya saya memerlukan
seorang atau dua orang sebagai penjamin. Terima kasih kepada penjamin-penjamin saya
kerana menolong saya ketika itu dan semestinya mereka amat berterima kasih kepada saya
yang tidak menjadikan kehidupan mereka terganggu dengan hutang-hutang negatif yang
saya kumpul.

Adakah anda tahu sekiranya anda menjamin seorang penjamin kepada orang lain,
sebenarnya risiko anda ialah akan menanggung hutang tersebut sekiranya peminjam
tersebut gagal membayarnya. Oleh itu, saya menyatakan jangan, jangan dan jangan
menjamin penjamin walaupun siapa yang ingin mendekati anda. Saya akan nasihatkan anda
terus berlari secepat yang mungkin sekiranya ada peminjam yang ingin mendekati anda.
Malah sekiranya anda berada dikalangan orang yang popular kepada peminjam untuk
menjadi penjamin, adalah amat bagus anda terus berpindah ke planet Marikh atau ke mana
sahaja yang akan menjadikan anda tidak popular kepada peminjam.

Anda harus ingat iaitu semakin tinggi jumlah yang dipinjam oleh peminjam, maka makin
tinggi risiko anda sebagai penjamin. Ini kerana sekiranya peminjam gagal membayar dan
menghilangkan diri, pihak bank akan membuat panggilan berkali-kali kepada anda untuk
bertanya tentang peminjam tersebut. Nama anda juga akan disenarai hitam dari mengambil
sebarang pinjaman untuk diri sendiri. Dengan kata lain, menjamin penjamin akan
mengheret nama anda ke seluruh bank dan Bank Negara Malaysia sekiranya peminjam itu
gagal membayarnya.

Adakah anda ingin selalu mengemaskini pembayaran yang dibuat oleh peminjam untuk
mengelakkan nama anda berada di dalam keadaan senarai hitam selama bertahun-tahun
malahan ada yang mencecah sehingga 20 tahun? Adakah anda ingin mengadai masa depan
anda dengan menjadi penjamin kepada orang lain? Adakah ada orang lain yang akan
menolong anda sekiranya nama anda berada dalam keadaan senarai hitam? Sekiranya
jawapan anda adalah tidak, maka anda tidak harus menjadi seorang penjamin walaupun
siapa status peminjam anda. Di antara pinjaman yang memerlukan penjamin ialah pinjaman
kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan malahan ada juga pinjaman dari pihak
ketiga.

Di bawah ini merupakan keratan akhbar Sinar Harian mengenai penjamin kepada
pembelian kereta.

35 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Keratan akhbar Sinar Harian pada 6 April 2014

36 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

BAHAGIAN KEDUA
Bagaimana Saya Keluar dari Kepompong Hutang

"Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara, muda sebelum tua,
sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan
hidup sebelum mati." Hadis Riwayat al-Hakim.

37 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Alhamdulillah sekiranya anda masih mampu membaca buku ini sehingga ke helaian
ini. Saya mengucapkan tahniah kepada anda dan sekiranya anda terus bermula pada
helaian ini, nampaknya anda tidak sabar-sabar untuk mengetahui teknik-teknik
penghapusan hutang yang saya telah lakukan. Secara jujurnya, saya akan
menceritakan teknik-teknik penghapusan hutang. Ini kerana terdapat hutang-hutang
saya yang menggunakan teknik penghapusan yang sama. Jadi untuk memudahkan
anda tidak membaca secara berulang teknik tersebut, lebih baik saya terus kepada
praktikalnya.

Menambah Ilmu Pengetahuan Tentang Kewangan Peribadi

Ini merupakan langkah positif pertama yang saya lakukan untuk menjadi seorang yang positif
dalam kewangan peribadi. Ia bermula apabila saya bertemu dengan seorang kenalan yang
sebelum ini mempunyai kad kredit yang meruncing had kreditnya dan ternyata kenalan saya
itu dapat menyelesaikan hutang tersebut dengan jayanya. Saya tanpa segan silu mula untuk
bertanya apakah yang beliau lakukan walaupun saya tidak mempunyai hutang kad kredit.
Pada pemahaman saya, biar kita mengambil pengalaman orang lain untuk menjadi satu
benteng yang akan mengelak saya dari melakukan kesilapan dan menjadi senjata untuk
menyerang dikemudian hari.

Janganlah malu untuk mencari ilmu! Dari sesi perjumpaan tersebut, maka beliau
menyarankan saya membaca 2 naskah buku yang menjadi satu peralihan kewangan yang
positif kepada beliau. Pada waktu itu, saya masih kedekut untuk membelanjakan wang untuk
mencari ilmu tentang kewangan. Sesuatu yang tidak sepatutnya saya lakukan. Walaupun saya
masih berkira-kira untuk membeli buku tersebut maka tanpa segan silu saya meminta
kebenaran untuk memimjam dua naskah buku tersebut.

Namun kenalan saya hanya memberi satu buku yang agak nipis sebagai permulaan untuk
dijadikan snek bacaan saya. Kata beliau, buku tersebut adalah kunci dalam kewangan beliau
dan beliau memberi peringatan supaya jangan hilangkan buku tersebut. Sekarang anda boleh
melihat buku yang mempunyai nilai kepada pembaca adalah buku yang memberi perubahan
dalam hidupnya. Adakah anda ingin tahu buku tersebut? Biar saya kongsikan kepada anda
tanpa anda pinta. Buku tersebut bertajuk Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert T.Kiyosaki.
Kurang dari seminggu buku tersebut saya selesaikan dan ternyata buku tersebut memberi
impak yang amat positif di dalam hidup saya. Ternyata suis untuk mencari ilmu dalam diri
saya sudah terpetik.

Saya mula dahagakan ilmu kewangan dan setentunya saya meminta senaskah lagi buku
tentang kewangan dari beliau. Kenapa saya pinjam dari kenalan saya itu? Biar saya
menyatakan bahawa saya hanya membeli buku apabila saya rasa buku itu berkualiti kepada
diri saya. Setentunya saya mula mencari buku tulisan Robert T.Kiyosaki itu namun hampa
kerana stok sudah kehabisan. Boleh dikatakan setiap kali melintasi kedai-kedai buku maka
setiap kali jugalah saya akan mengunjungi dan mencari buku tersebut. Akhirnya setelah
sekian lama, saya dapat menjumpai buku tersebut dan secepat kilat saya membeli dan
membaca untuk kali kedua. Maka bermulalah kehidupan saya mengejar buku-buku kewangan
sebagai koleksi buku di perpustakaan di rumah. Ia juga merupakan salah satu buku yang amat
saya sayang dan akan baca secara berulang-ulang kali tanpa jemu.

Berkenaan buku kedua yang menjadi saranan kenalan saya itu, ia lagi membuka mata dan
fikiran tentang kewangan. Tambahan pula ia merupakan tulisan anak tempatan dan pelbagai
tips boleh digunapakai untuk situasi di Malaysia. Buku ini menjadikan saya berfikir dan
berfikir lagi tentang masa hadapan. Ia menjadikan saya ingin mengubah kewangan saya
kepada yang lebih baik. Rasanya anda mungkin kenal penulis buku Jutawan Dari Planet
Jupiter iaitu Azizi Ali. Saya mula merasakan bahawa sebenarnya saya sudah terlalu lama
membuat kesilapan dalam kewangan dan setentunya saya ingin mengubah keadaan tersebut.

38 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Dengan berbekalkan 2 naskah buku tersebut, maka saya mula dahagakan ilmu kewangan dan
setentunya saya membeli pelbagai buku tentang kewangan dan mula berjinak-jinak dengan
forum yang berkisar tentang kewangan peribadi. Blog-blog persendirian juga mula saya
dekati untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Saya dedikasi ucapan terima kasih kepada
kenalan saya itu iaitu Ahmad Farizal kerana memberi lampu suluh ketika saya berada di
dalam kegelapan hutang.

Dengan berbekalkan ilmu yang saya ambil dari buku-buku, blog dan forum, saya mula
mempraktikan teori yang diceritakan. Namun begitu, saya tidak membuat secara membuta
tuli tetapi saya membuat perbandingan setiap infomasi yang diperolehi daripada buku, blog
dan forum. Dengan hanya membaca tanpa ada usaha adalah sesuatu yang sia-sia. Maka
beberapa langkah-langkah penghapusan hutang saya terdiri dari pelbagai cara. Tanpa
membebankan anda, saya berikan dengan rela hati untuk membawa perubahan di dalam
kewangan anda. Insya'allah.

"Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib bagi setiap orang Islam."


Hadis Riwayat Ibnu Abdul Barr.

Dengan ilmu pengetahuan tentang kewangan, ia menyebabkan saya mengetahui beberapa


perkara dalam pelbagai sudut iaitu:
 mengetahui untuk mengurangkan kadar perbelanjaan bulanan dan menguruskan
kewangan peribadi. Ia merupakan prinsip yang mudah iaitu semakin kurang
hutang anda maka makin banyak duit yang dapat simpan.
 mengetahui betapa bahayanya hanya bergantung kepada satu punca pendapatan
sahaja dan hanya mengejar pendapatan aktif. Dengan mewujudkan kepelbagai
punca pendapatan yang dapat menolong saya, setentunya ia memberi saya lebih
fokus. Disebalik itu juga, saya mula menambah punca pendapatan pasif yang
hanya memerlukan saya bekerja sekali tetapi dapat pendapatan berulang-ulang
kali.
 mengetahui bagaimana untuk mengawal perbelanjaan bulanan dan memberi saya
kuasa untuk membuat sebarang analisis supaya kewangan saya sentiasa dalam
kawalan, meningkatkan taraf kewangan dan menguruskannya.
 mengetahui kaedah-kaedah yang melibatkan teknologi yang dapat menolong
dalam memudahkan dan meningkatkan dalam isu kewangan. Aplikasi-aplikasi
yang wujud, laman sosial, forum dan laman seSAWang merupakan peralatan
yang memudahkan kehidupan kewangan saya.
 mengetahui kaedah yang lebih baik dan sistematik (smart way) dan bukannya
dengan cara menggunakan kudrat yang maksimum dan membuta tuli (hard way).
Ini akan memberi saya menguruskan masa yang lebih baik tanpa memerlukan
komitmen yang berlebihan untuk menjana wang. Ia lebih kepada wang bekerja
kepada saya dan bukannya saya bekerja untuk wang.
 mengetahui pelbagai peralatan kewangan yang wujud di mana sebelum ini saya
menganggap sebagai musuh utama di dalam kewangan saya. Dengan ilmu
tentang peralatan-peralatan kewangan ini, ia menjadi senjata yang boleh menjana
wang kepada saya dengan kadar yang boleh dikawal.
 mengetahui bagaimana merangka matlamat kewangan secara pendek, sederhana
dan panjang. Ia menjadi satu tolakkan spritual seumpama turbo apabila matlamat
dan cara mencapainya jelas didepan mata.
 mengetahui perihal hutang yang mana hutang negatif dan hutang positif.
Mengetahui tentang hutang dan tahu memanipulasinya merupakan kejayaan yang
terbesar di dalam pencapaian kewangan peribadi.

Sebenarnya, menambah ilmu pengetahuan tentang kewangan adalah aset yang terbesar
nilainya. Anda mungkin terkejut dengan kenyataan saya ini, tapi itulah hakikat sebenar yang
anda harus tahu. Kenapa saya berkata sedemikian? Ini kerana untuk anda melabur dalam

39 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

saham, apa yang anda harus tahu? Setentunya ilmu tentang saham. Untuk hartanah, IPO,
pelaburan berisiko rendah dan sederhana, semuanya memerlukan ilmu untuk mengelakkan
anda ditipu mahupun mendapat pulangan yang lebih baik. Saya memang selalu
menambahkan ilmu kepada aset yang utama saya ini, bermula dengan forum, blog, buku,
seminar, kelas dan pengajian secara terus. Ini mempercepatkan ilmu kewangan saya dalam
pengurusan kewangan peribadi. Jadi, anda sudah boleh mula berkira-kira untuk memantapkan
aset utama anda iaitu ilmu pengetahuan tentang bidang yang anda ingin ceburi.

Dengan membeli buku merupakan satu langkah yang amat bijak untuk memantapkan ilmu
dan kini terdapat juga buku elektronik yang lebih dikenali sebagai e-book. Ini menandakan
bahawa anda mempunyai banyak sumber untuk memantapkan aset utama anda. Dengan
permulaan membaca buku, pengetahuan yang kosong akan meningkat dari setingkat ke
setingkat. Lebih banyak buku yang di baca maka makin meningkatlah ilmu pengetahuan
anda. Buku juga merupakan satu pelaburan yang amat murah jika dibandingkan anda pergi ke
seminar atau kelas. Tambahan pula, buku anda dapat menjadi sumber rujukan yang berulang-
ulang kali. Ia juga merupakan kredit kepada anda kerana isi kandungan buku sudah
dikawalselia oleh pihak berwajib.

Bagaimana Saya Berfikir

Donald J. Trumph ada menyarankan supaya 'berfikiran besar' (Think Big) untuk mencipta
matlamat. Ini merupakan salah satu tips untuk membina kekuatan minda tanpa meletakkan
satu sekatan dalam menuju ke arah matlamat yang ingin dicapai. Rehatkan badan anda dan
lapangkan fikiran, fikirkan sejenak beberapa orang tokoh yang mencipta kejayaan dari bidang
yang amat berlainan.

Paling terdekat Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang asalnya
merupakan seorang doktor yang bertukar menjadi salah seorang Perdana Menteri yang
mengubah Malaysia secara 360 darjah. Hasilnya Malaysia menjadi sebuah kuasa industri
dalam tempoh yang agak singkat iaitu selama 20 tahun. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang
bermula sebagai guru kemas lalu menukarkan sosio politik Kelantan dengan menjadi menteri
besar yang amat disegani dan mencatat rekod sebagai diantara tokoh yang unggul di dalam
dunia Islam keseluruhannya.

Kalau ingin diceritakan dari sudut perniagaan, rasanya terlalu ramai para bilionair yang
bermula dari sudut yang amat sukar malahan mungkin dikatakan mustahil untuk mereka pergi
ke tahap yang begitu ekstrem. Jawapan hanya terletak dalam bagaimana mereka berfikir dan
tindakan yang ambil untuk mencapai matlamat yang telah diingini.

"Saya pernah mengimpikan untuk menjadi seorang anggota


Kabinet, bahkan menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, saya
tidak yakin mimpi saya akan menjadi kenyataan sehingga saat
saya berdiri di depan Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat
sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4".
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Di dalam buku Secrets of the Millionaire Minds tulisan T. Harv Eker ada menyatakan bahawa
untuk membina dunia secara fizikal, ia harus disokong oleh 3 elemen iaitu kekuatan dunia
mental, kekuatan dunia emosi dan kekuatan dunia spiritual. Secara ringkasnya anda boleh
melihat pada rajah dibawah.

Mental (Input) Emotion (Input)


Spiritual (Input) Physical (Output)

40 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Apa rahsia yang saya dapat daripada kejayaan mereka ialah pemikiran tanpa kekangan dan
tahu apa matlamat yang ingin dicapai. Namun begitu, kebanyakkan golongan menengah dan
bawah mempunyai satu pemikiran yang menarik mereka untuk keluar dari zon selesa, takut
untuk berhadapan dengan kritikan, pengalaman-pengalaman orang lain dari sudut yang
negatif dan tidak mempunyai pendirian yang teguh untuk mencapai sesuatu.

Semenjak itu, saya mencuba dan mencuba untuk mengubah pemikiran yang berada di dalam
zon selesa kepada zon perubahan (positif) walaupun keselesaan itu sebenarnya tiada. Apabila
saya mencipta satu tabiat yang positif, lama ke lamaan ia akan menjadi zon selesa yang
positif kepada saya. Untuk mencapai sesuatu yang ekstrem, seharusnya saya mempunyai
pemikiran dan usaha yang ekstrem. Saya selalu menolak diri ke arah yang lebih positif dan
mencuba untuk meletakkan matlamat tanpa sebarang penghalang. Sebagai contoh, saya ingin
memiliki aset hartanah yang mempunyai nilai melebihi RM1 juta. Akhirnya saya mampu
mencapainya walaupun mempunyai gaji yang mustahil untuk pihak bank meluluskannya.
Bagi saya, tiada apa yang mustahil selagi saya berusaha dan berusaha. Fokuskan matlamat,
tetapkan pendirian dan binalah ilmu serta usaha untuk mencapainya.

Penstrukturan Hutang

Berapa ramai daripada anda yang menulis hutang yang anda ada berserta jumlahnya.
Mungkin ramai yang tahu hutang yang dimiliki, tetapi berapa ramaikah daripada anda tahu
berapa baki hutang yang tinggal pada setiap bulan. Anda boleh tanyakan kepada diri sendiri,
berapakah nilai baki hutang anda. Rasanya tidak ramai yang ambil kisah dengan jumlah baki
pinjaman kerana tidak ramai yang fokus kepada penghapusan hutang.

Tanpa membuat senarai hutang beserta baki hutang yang tinggal, bagaimana anda ingin
membuat penilaian yang harus anda hapuskan dulu? Itulah bergunanya apabila anda membuat
senarai dan dengan itu anda dapat membuat penstrukturan hutang yang lebih tersusun. Lagi
baik sekiranya anda tahu berapa jumlah kadar faedah yang dikenakan kepada anda dan kadar
faedah tersebut berada di dalam kategori yang mana iaitu kadar tahunan, bulanan, harian
ataupun tetap.

Ia umpama anda mengetahui segala informasi tentang musuh anda dan anda ingin
menghapuskannya. Sudah tentu musuh anda pada ketika ini adalah hutang anda. Dengan
mengetahui segala informasi tentang hutang anda maka anda akan tahu mengenai musuh
hutang anda yang mana satu harus dihapuskan dahulu. Di samping menjadi anda lebih celik
kewangan dalam pinjaman, anda juga menjadi lebih pakar dalam pengurusan hutang anda.
Sekiranya anda ingin mengelak dari berlaku kesilapan dalam penstrukturan hutang maka
lebih baik anda mencari seseorang yang tahu menguruskan kewangan.

Seperti saya nyatakan sebelum ini, untuk berada dalam kedudukan hutang yang selamat.
Kadar hutang anda haruslah berada di dalam lingkungan 40 peratus dari jumlah keseluruhan
wang yang diperolehi pada setiap bulan. Sekiranya lebih, maka anda harus melakukan
sesuatu untuk menjadikan jumlah peratusan tersebut makin sedikit dari bulan ke bulan,
ataupun tahun ke tahun. Dengan cara ini, anda lebih fokus dan mempunyai matlamat dalam
penghapusan hutang anda. Ia juga memberi gambaran kepada anda tentang hutang anda.

Membayar Hutang Apabila Tiba Waktunya

Ini merupakan sesuatu yang biasa dilakukan untuk penghutang yang mengambil pinjaman
daripada bank. Namun begitu, ada juga sesetengah penghutang mengambil mudah apabila
melibatkan pinjaman yang tidak berkait rapat dengan bank sebagai contoh pinjaman kredit,
pembelian barangan secara hutang kedai, PTPTN dan lain-lain lagi. Adakah anda tahu
bahawa ada sesetengah daripada pinjaman ini akan memberi bala yang memungkinkan
pinjaman anda tertolak apabila anda tidak membayarnya secara rekod yang tidak baik.

41 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Ada sesetengah pinjaman yang tidak berkaitan dengan bank ini akan memungkin nama anda
akan dipaparkan pada CTOS atau CCRIS. Mungkin anda tidak tahu bukan? Silap-silap anda
hanya tahu apabila anda mengetahui pinjaman bank ditolak disebabkan anda tersangkut
disebabkan hutang-hutang sebegini. Ini pernah diceritakan oleh kawan saya yang bekerja
disebuah bank tempatan. Dia menyatakan ada seorang pelanggan ditolak pinjaman
perumahan hanya kerana terdapat hutang yang tertangguh dengan sebuah syarikat pembelian
secara kredit. Jumlahnya tidak banyak, kurang dari 2 ribu sahaja. Nah, sekarang anda sudah
lihat jumlah hutang tertangguh yang sedikit boleh menyebabkan pinjaman anda tertolak
secara tanpa budi bicara.

Dari dahulu lagi, saya mengambil jalan yang tradisional dan membosankan ini sebagai satu
teknik penghapusan hutang saya. Walaupun teknik ini amat membosankan tetapi ia memberi
saya beberapa kelebihan iaitu dari segi:
 Rekod pembayaran yang konsisten kepada mana-mana pemberi pinjaman
ataupun bank. Ini kerana rekod pembayaran yang tersusun akan memberi anda
satu rekod yang baik dimata mereka. Ia mencerahkan peluang anda sekiranya
anda perlu membuat pinjaman untuk menghapuskan hutang lapuk atau hutang
yang negatif.
 Memberi satu komitmen dan disiplin kepada diri sendiri tentang hutang yang
dipikul. Ini menjadikan anda seorang yang tidak pentingkan diri sendiri malahan
bersyukur kepada pemberi pinjaman yang menolong anda ketika waktu susah.
 Mengelak dari anda terbeban dengan pembayaran pada bulan hadapan. Sekiranya
anda sudah menangguhkan pembayaran selama sebulan dan ingin membayar dua
kali ganda pada bulan hadapan, ia bukanlah satu perkara yang mudah apabila
melibatkan amaun yang tinggi.

Saya melakukan teknik ini bermula dari saya mula berhutang lagi dan teknik ini jugalah yang
memberi saya satu kredit yang positif dalam rekod kepada pihak bank. Oh ya, saya ingin
memberi satu tips lagi sekiranya anda ingin membuat pinjaman. Perelokkan rekod
pembayaran anda paling kurang 6 bulan hingga ke 1 tahun sekiranya anda berhajat ingin
membuat sebarang pinjaman. Ini menjadi satu tanda ukur kepada penilaian rekod pembayaran
hutang anda di mata pihak bank malahan boleh dijadikan dokumen sokongan kepada pihak
bank. Diharap pihak bank tidak akan mengorek rekod lama anda apabila rahsia ini mereka
ketahui dari pembacaan buku saya. Setentunya saya tidak suka apabila ia berlaku kepada
anda. Mudah-mudahan tidak.

Fokuskan Membunuh Hutang Anda

Nampaknya kali ini anda harus menjadi agak kejam kepada hutang anda. Anda tidak perlu
takut sekiranya anda membunuh hutang anda, Anda tidak akan ditangkap mahupun akan
meringkuk di dalam penjara. Ini pembunuhan yang positif untuk kewangan anda dan
kewangan negara. Teknik ini saya gunakan untuk mempercepatkan pembayaran hutang saya.
Ia adalah sesuatu yang mudah iaitu hutang lain anda akan membayar secara minima dan
konsisten tetapi berbeza dengan hutang yang ingin anda bunuh dengan cepat. Anda harus
membayar lebih dari kadar yang telah ditetapkan. Adalah lebih baik penambahan pembayaran
itu melebihi 50 peratus dari kadar yang ditetapkan.

Namun begitu, saya akan memberi sedikit tips supaya anda faham dengan teknik ini.
Sekiranya anda mempunyai beberapa hutang, jadi anda boleh mulakan pada hutang yang
mempunyai jumlah nilai hutang yang paling sedikit tetapi jumlah kadar faedah yang tinggi
seperti kad kredit. Dan setelah hutang itu telah selesai, maka anda fokuskan pula kepada
hutang yang lain dengan menggunakan teknik yang sama. Di samping anda akan mendapat
rebat, ia juga memendekkan jumlah tahunan yang harus dibayar dan mengurangkan jumlah
yang harus anda pikul setiap bulan.

42 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Sekiranya anda mempunyai situasi hutang yang berbeza, anda mungkin boleh menggunakan
teknik yang kedua ini. Sebagai contoh, anda mempunyai 2 hutang iaitu hutang pertama
mempunyai jumlah nilai hutang yang tinggi dan jumlah kadar faedah juga adalah tinggi tetapi
hutang kedua pula mempunyai jumlah nilai hutang yang rendah dan jumlah kadar faedah
yang rendah. Jadi, mana satu yang harus anda bunuh terlebih dahulu?

Saya amat menyarankan anda membayar hutang kedua. Ini kerana walaupun ia mempunyai
nilai kadar faedah yang rendah tetapi ia mempunyai amaun yang sedikit. Dengan kata lain,
hutang mana yang cepat anda langsaikan. Teknik 'snowball' atau bebola salji ini banyak diajar
oleh pakar-pakar penghapusan hutang. Bebarapa orang yang banyak mengajar mengenai
teknik ini ialah Dave Ramsey (luar negara) dan KC Lau (tempatan).

Sebagai contoh, anda ada hutang A yang dibayar RM600 sebulan dan hutang B yang dibayar
RM200 sebulan. Jadi anda harus membayar hutang B lebih dari jumlah yang sepatutnya
seperti RM400 malahan mungkin RM600. Apabila hutang B sudah selesai, amaun yang
sepatutnya anda bayar tadi dipindahkan kepada hutang A. Jumlah bayaran hutang A +
bayaran hutang B (walaupun sudah selesai) = bebola salji yang optimum.

Konsep Bebola Salji:

Jenis Hutang Jumlah Sebenar (bulanan) Jumlah Yang Dibayar


Hutang A (RM 6,000) RM 600 RM 600 (bayaran minima)
Hutang B (RM 2,000) RM 200 RM 400 atau lebih
Langkah 1: Hutang A bayar seminima dan Hutang B bayar semaksima

Jenis Hutang Jumlah Sebenar (bulanan) Jumlah Yang Dibayar


Hutang A (RM 6,000) RM 600 RM 600 + (RM 400 atau lebih)
Hutang B (RM 2,000) - -
Langkah 2: Hutang A dibayar dari bulanan A + jumlah Hutang bulanan B (dah selesai)

Jenis Hutang Jumlah Sebenar (bulanan) Jumlah Yang Dibayar


Hutang A (RM 6,000) - -
Hutang B (RM 2,000) - -
Langkah 3: Hutang A + B selesai maka ada wang untuk melabur

Sekiranya anda mempunyai kadar bayaran bulanan yang sama antara hutang pertama dan
kedua, maka anda boleh fokuskan kepada hutang yang memberi anda nilai rebat. Ini
menunjukkan betapa pentingnya anda tahu kadar faedah dan jumlah hutang anda. Ini akan
mempecepatkan masa anda dari dikawal oleh hutang dan memberi anda masa untuk
mengawal hutang yang ditanggung selama ini.

Pindahan Jumlah Hutang Kad Kredit

Mungkin anda biasa dengar dengan istilah 'balance transfer' kad kredit. Adakah anda tahu
betapa pentingnya kaedah pindahan hutang ini? Adakah anda tahu bahawa setelah anda
pindahkan hutang kepada kad kredit dari bank yang lain, anda tidak akan dikenakan kadar
faedah buat beberapa bulan malahan ada yang sehingga 12 bulan. Ini merupakan bonus
kepada anda! Teknik ini mengunakan kaedah flip flop iaitu anda mencuri masa yang tidak
dikenakan kadar faedah untuk membayar hutang prinsipal anda pada kadar 100% tanpa
melibatkan sebarang kadar faedah. Bagus bukan? Maka anda boleh lakukan kaedah ini secara
kerap kali dan memungkinkan anda akan dikenakan kadar faedah yang amat rendah. Ini
merupakan contoh iklan pindahan baki dari beberapa bank di Malaysia (2014).

43 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Jenis Kad Kadar Faedah Jumlah Jangkamasa


Terbaik Minima Maksimum
Maybank Program Pindahan Baki 0% RM1,000 36 bulan
Bank Islam Plan Pindahan Baki 0% RM1,000 24 bulan
Maybank Kad Islamik Ikhwan 0% RM1,000 36 bulan
AEON Plan Pindahan Baki 0% RM1,000 6 bulan
HSBC Plan Pindahan Baki 0% RM1,000 6 bulan
RHB Islamik 'Smart Move' 0% RM1,000 9 bulan
Public Bank Pindahan Baki 0% RM 3,000 24 bulan
AffinBank Plan Pindahan Baki 0% RM 5,000 24 bulan
BSN Program Pindahan Baki 0.3% RM 500 36 bulan
Standard Chartered Visa Translucent 0.88% RM1,000 12 bulan
OCBC Pindahan Baki 2% RM1,000 12 bulan
Standard Chartered Plan Pindahan Baki 2.99% RM1,000 36 bulan
UOB Bayaran Tetap Pindahan Baki 3.3% RM1,000 12 bulan
RHB 'Smart Move' 4% RM1,000 24 bulan
Maybank Amex Program Pindahan Baki 4.5% RM1,000 36 bulan
Ambank 'AmTransfer' 4.99% RM1,000 36 bulan
CIMB Plan Pindahan Baki 5.99% RM1,000 12 bulan
Alliance Bank Plan Pindahan Baki 6% RM1,000 24 bulan
Citibank Plan Pindahan Baki 6.99% RM1,000 12 bulan
Hong Leong Pindahan Baki 6.99% RM1,000 12 bulan
UOB Pindahan Baki 7.77% RM1,000 18 bulan
Public Bank Pindahan Baki 8% RM1,000 36 bulan
Citibank Ready Credit Pindahan Baki 9.9% RM1,000 36 bulan
Sumber daripada laman sesawang savemoney.com.my

Mungkin ada daripada sesetengah daripada anda sudah melompat apabila melihat jadual di
atas. Sabar dulu wahai para pembaca, ada beberapa kriteria yang harus tahu walaupun
tawaran 0% adalah amat menarik sekali. Antara kriteria-kriteria yang harus anda teliti adalah:
 Jenis pelan pindahan baki
 Jenis kadar faedah
 Tempoh waktu kadar terendah
 Jenis caj yang dikenakan terhadap anda

Anda boleh melihat secara terperinci contoh pengiraan daripada pihak bank ataupun daripada
kertas iklan yang diberi. Sebagai contoh di bawah merupakan pelan pindahan baki daripada
Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 2014.

44 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Contoh edaran kertas daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)

Ia boleh dilakukan untuk menghapuskan hutang pada satu kad kredit sahaja ataupun untuk
beberapa kad kredit yang anda miliki. Untuk hutang kad kredit yang pelbagai, teknik ini akan
mengabungkan hutang kad kredit anda menjadi satu dan anda akan flip flop hutang tersebut
sehingga selesai. Mudah bukan?

Pada masa buku ini di tulis, Bank Negara Malaysia sudah memperketatkan undang-undang
yang menyatakan bahawa setiap individu hanya dapat memiliki 2 kad kredit sahaja. Ini
memberikan anda sedikit kekangan untuk melakukan teknik recycle. Tetapi hanya 2 kad
kredit pun, anda masih boleh lakukan teknik flip flop. Tiada masalah! Begitu juga dengan
tanda aras gaji, ia mula dinaikkan kepada tangga gaji permulaan iaitu RM2,000. Ini
disebabkan jumlah hutang isi rumah di Malaysia sudah meningkat dan untuk mengelak
terjadinya kadar inflasi yang tinggi, maka Bank Negara Malaysia mengambil pendekatan
untuk memperketatkan pelbagai sudut dari kad kredit hinggalah nilai pinjaman.

Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana teknik flip flop berfungsi iaitu hutang kad
kredit 1 dipindah kepada kad kredit 2. Kemudian baki kad kredit 2 akan dipindahkan kepada
kad kredit 1. Apa yang anda perlukan ialah mengisi borang melakukan pindahan baki. Tetapi
dengan kekangan sekarang yang hanya membenarkan anda memiliki 2 kad kredit, maka anda
haruslah mencari bank yang memberi pulangan yang terbaik kerana selalunya pindahan baki
tanpa faedah adalah bersifat promosi.

Baki Kad Kredit 1 ↔ Baki Kad Kredit 2

Atau anda juga boleh melakukan teknik flip flop dengan merujuk kepada tarikh pembayaran
(due date) kad kredit dan tarikh penyata (statement date). Dengan tempoh 20 hari, anda
berada di dalam jangkamasa kadar faedah adalah 0% iaitu anda tidak dikenakan sebarang
kadar faedah. Namun begitu, ada sedikit had iaitu anda harus membayar keseluruhan hutang
pada tarikh pembayaran iaitu hari terakhir pembayaran. Gambar di bawah menunjukkan
bagaimana teknik ini berfungsi.

45 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Kad Kredit 1 (20 hari) ↘


Kad Kredit 2 (20 hari) ↘
Kad Kredit 1 (20 hari)

Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana kaedah recycle berfungsi. Ia memberi anda


tempoh masa untuk mendapat kadar faedah yang terendah dari kadar faedah biasa kad kredit
(1.5% sebulan = 18% setahun) atau tiada kadar faedah langsung (terpulag kepada bank).
Apakah kelebihan recycle jika dibandingkan dengan teknik flip flop? Anda bayangkan
sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM10,000, dengan teknik recycle,
setiap pindahan baki anda di beri tempoh 6 bulan tanpa dikenakan kadar faedah. Sekiranya
ada 4 kredit, anda diberi tempoh masa 2 tahun malahan sebenarnya tiada tempoh masa kerana
teknik ini merupakan teknik recycle. Ia akan dipindahkan secara pusingan membulat.

↗ Baki Kad Kredit 1 ↘


Baki Kad Kredit 4 Baki Kad Kredit 2
↖ Baki Kad Kredit 3 ↙

Anda usah risau, pada satu hari nanti Bank Negara Malaysia akan melonggarkan kekangan
ini apabila negara Malaysia mengalami kerancakkan ekonomi seperti pada era 90-an. Pada
waktu sekarang, anda hanya boleh menggunakan apa yang ada untuk melakukan perubahan.
Daripada tiada langsung pergerakan positif, biar bergerak sedikit walaupun temponya agak
perlahan dan terbatas.

Walaupun konsep pindahan baki boleh menjadi salah satu cara untuk pengurangan hutang
anda, tanpa ilmu dan disiplin pembayaran yang baik memungkinkan anda akan terjerat
dengan kadar bayarannya. Pastikan anda tahu caj yang dikenakan dan pembayaran secara
tetap. Tips pindahan baki mempunyai nilai yang positif kerana mempunyai kadar faedah yang
lebih rendah daripada caj kadar faedah yang biasa dikenakan oleh kad kredit, ia memberi
anda tempoh masa tanpa faedah untuk anda menghapuskan hutang secepat mungkin,
memudahkan anda mengumpul banyak hutang kad kredit ke dalam satu bil kad kredit sahaja
dan menguruskan hutang kad kredit secara sistematik.

Pindahkan Hutang Lain Ke Dalam Kad Kredit

Anda biasa mendengar istilah 'cash advance' yang ada pada kad kredit? Ini merupakan satu
teknik yang menarik apabila anda ingin menghapuskan hutang lain secara memindahkan
hutang tersebut kepada kad kredit. Anda tahu bukan ada sesetengah pinjaman memberi anda
rebat apabila penyelesaian awal dapat dilakukan. Maka inilah gunanya 'cash advance'. Harus
diingat, lagi besar nilai kredit yang diberi maka makin besarlah peluang anda untuk
mempercepatkan penyelesaian hutang anda. Selalunya jumlah yang dapat dikeluarkan secara
'cash advance' ini adalah 75% dari jumlah had kredit anda.

Sebagai contoh, anda mempunyai hutang pinjaman peribadi sebanyak RM4,000 dan nilai had
kredit dari kad kredit anda adalah RM6,000. Jadi anda keluarkan wang dari kad kredit di
kaunter bank (caj yang dikenakan hanya pada satu pengeluaran) dan selesaikan hutang
peribadi tersebut. Sekarang hutang peribadi anda sudah dimasukkan ke dalam kad kredit,
maka anda pindahan nilai hutang tersebut secara 'balance transfer' kepada kad kredit yang
lain. Maka, gunakan teknik flip flop supaya anda tidak akan dikenakan kadar faedah pada
hutang tersebut. Setelah hutang pada kad kredit anda menjadi kosong, maka anda cari pula
hutang pinjaman yang lain pula. Menarik bukan?

46 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Biasanya setiap pengeluaran dari kad kredit ini dilakukan, anda akan dikenakan antara RM30
sehingga RM50 untuk setiap transaksi. Sekiranya melakukan pengeluaran di mesin ATM, had
setiap pengeluaran adalah RM1,500 setiap transaksi. Jadi anda boleh bayangkan betapa
banyak caj yang akan dikenakan sekiranya pengeluaran itu melebihi dari RM1,500. Sebagai
contoh, anda ingin membuat pengeluaran dari mesin ATM sebanyak RM15,000 maka anda
harus melakukan sebanyak 10 kali.

Maka sekiranya setiap transaksi pengeluaran adalah RM30, ia bersamaan RM30 x 10 =


RM300. Malahan setiap transaksi hanya dihadkan RM1,500 untuk satu hari, maka anda harus
berulangalik ke mesin ATM sebanyak 15 kali. Memang melecehkan dan kadar caj yang
dikenakan adalah amat tinggi bukan? Usah risau, ada jalan penyelesaian yang lebih mudah
iaitu anda harus pergi ke kaunter dan mengisi slip pengeluaran. Sekarang anda dikenakan
RM30 untuk 1 transaksi yang berjumlah RM15,000. Murah dan menjimatkan bukan?

Inilah kelebihan anda apabila anda mengetahui kelemahan yang ada pada setiap musuh anda
dan anda menjana aset terpenting anda iaitu pengetahuan dalam kewangan. Nampaknya anda
sudah tersenyum kerana melihat satu permainan yang menarik mengenai kad kredit ini.

Menggunakan Wang Bonus Sebagai Penghapus Hutang

Anda mungkin pernah mendapat bonus tahunan dari syarikat yang anda bekerja. Selalunya ke
manakah wang tersebut? Adakah habis dibelanjakan atau anda cuba mempercepatkan
pembayaran hutang? Selalunya wang tersebut akan habis dibelanjakan kepada sesuatu yang
diingini. Teknik ini walaupun agak pedih tapi sebenarnya ia memberi anda kepuasan apabila
melihat jumlah hutang anda semakin berkurangan.

Secara tidak langsung ia menjadikan anda seorang yang berdisiplin dan ingin menyelesaian
pembayaran hutang secepat mungkin, maka anda boleh menggunakan duit bonus tersebut
secara 100% untuk penyelesaian hutang. Paling sedikit, biarlah 50% dari duit bonus tersebut
adalah untuk membayar hutang lapuk anda. Ini memberi anda satu pemotongan masa untuk
penghapusan hutang anda. Itulah pentingnya dengan mendapat bonus dari syarikat, orang lain
mungkin bonus kerana dapat menukar kepada hutang yang baru tetapi anda pula menjadi
bonus kepada seorang yang lebih bebas hutang kewangan.

Saya teringat kepada satu pepatah melayu iaitu "Berakit-rakit dahulu, berenang-renang
ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". Ini mungkin satu pepatah yang
hanya perkataan sahaja tetapi tidak bagi saya. Sekiranya matlamat anda hanya untuk 2 hingga
ke 3 tahun pertama adalah penyelesaian hutang lapuk, maka anda gunakan segala sumber
kewangan yang dapat hanya dengan satu tujuan iaitu menyelesaikan hutang secepat yang
mungkin. Teknik ini tidak dapat saya gunakan setiap tahun kerana syarikat tempat saya
bekerja tidak memberi bonus secara konsisten.

Namun begitu, sekiranya ada bonus yang diterima, ia juga adalah bonus kepada saya untuk
mempercepatkan hutang saya dihapuskan secara total. Kuatkan semangat, pejamkan mata dan
bayarkan hutang lapuk anda. Anda akan lebih gembira apabila hutang itu tidak akan merantai
anda lagi dan dapat buang hutang tersebut ke dasar lautan yang paling dalam. Mungkin anda
akan tersenyum sekiranya anda dapat bayangkan situasi tersebut berlaku kepada diri anda
sendiri. Saya pernah mengalami saat-saat sebegitu dan saya amat menghargai waktu-waktu
sebegitu. Anda bila lagi?

Menggunakan Kenaikkan Gaji Bulanan Untuk Membayar Hutang Lapuk

Saya atau anda mungkin ada kenaikkan setiap tahun, tapi adakah anda terasa perubahan
dalam pengurangan nilai hutang atau ia semakin bertambah. Boleh dikatakan ramai daripada
golongan menengah dan rendah mengabaikan aspek membayar hutang lapuk dengan

47 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

kenaikkan gaji. Ada daripada anda akan mendapat kenaikkan gaji dalam lingkungan puluhan
ringgit, ada yang ratusan ringgit, ribuan ringgit malahan puluhan ribu ringgit. Namun,
sekiranya anda berada dalam golongan kenaikkan gaji puluhan ribu ringgit, anda setentunya
tidak akan membaca buku saya ini. Jadi dimanakah kategori kenaikkan gaji anda? Puluhan,
ratusan atau ribuan? Atau anda tiada kenaikkan gaji setiap tahun?

Berbalik kepada tips ini, saya ada menggunakan kenaikkan gaji bulanan unuk membayar
hutang lapuk atau digunakan untuk menyimpan. Sebagai contoh, sebelum ini anda menerima
gaji dalam lingkungan RM1,000 sebulan. Apabila 1 tahun bekerja, anda mendapat kenaikkan
sebanyak RM200 sebulan. Jadi,gunakan RM200 itu sebagai membayar hutang lapuk atau
menyimpan (buat dana kecemasan). Mungkin juga anda ingin merasa sedikit kenaikkan itu,
anda boleh ambil 50% dari jumlah kenaikkan. Dalam kes tadi, maka anda hanya membayar
hutang lapuk atau menyimpan sebanyak RM100, baki lagi RM100 anda menaik nilai dalam
gaji lama anda. Jadi, anda ada RM1,100 untuk dibelanjakan secara berhemah. Di bawah ini
saya membuat satu jadual perbezaan RM100 dengan RM200.

Tambahan RM100 sebulan Tambahan RM200 sebulan


Bulan 1 100 200
Bulan 2 200 400
Bulan 3 300 600
Bulan 4 400 800
Bulan 5 500 1,000
Bulan 6 600 1,200
Bulan 7 700 1,400
Bulan 8 800 1,600
Bulan 9 900 1,800
Bulan 10 1,000 2,000
Bulan 11 1,100 2,200
Bulan 12 1,200 2,400

Sekiranya anda melihat jadual tersebut, anda sendiri dapat melihat perbezaan dengan
menyimpan dengan jumlah yang banyak maka hutang anda akan lebih cepat diselesaikan.
Dan sekiranya anda gunakan nilai kenaikkan itu untuk menyimpan maka lebih banyak wang
yang anda dapat kumpul. Ini adalah asas untuk melihat berapa cepat hutang anda berkurangan
atau berapa jumlah simpanan anda cepat terkumpul. Mudah bukan?

Memindahkan Banyak Hutang Kepada Satu Hutang

Mungkin anda biasa mendengar teknik yang saya ingin kongsikan kepada anda. Sekiranya
ada, baguslah kerana ia menandakan anda belajar juga ilmu kewangan. Biar saya terangkan
kepada anda yang tidak tahu mengenai teknik ini. Selalunya teknik ini digunakan apabila
anda sudah tidak mampu untuk menampung bayaran bulanan hutang dan dalam masa yang
sama menstruktur hutang anda supaya anda mempunyai masa dalam penyelesaian hutang.

Sebagai contoh, anda mempunyai pelbagai hutang yang mempunyai faedah agak tinggi. Jadi,
anda akan membuat satu hutang untuk menyelesaikannya dengan kadar faedah yang rendah.
Sebagai contoh, hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi mempunyai nilai faedah yang
tinggi iaitu sekitar 6 peratus hingga 13 peratus. Jadi anda gunakan rumah yang dibiayai
semula atau lebih dikenali dengan refinance. Selalunya pada waktu saya menulis buku ini,
kadar faedah dalam lingkungan 4 peratus - 5 peratus dan kadar BFR/BLR adalah 6.6 peratus.
Namun harus diingat, anda hanya membiayai semula pinjaman rumah sekadar untuk
membayar hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi, tidak lebih daripada itu.

48 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Lagi elok sekiranya jumlah bulanan untuk hutang tersebut tidak melebihi 40 peratus dari gaji
anda. Kenapa saya tidak sarankan anda mengambil lebih jumlah pembiayaan semula itu?
Menjadi lumrah manusia apabila ada duit lebihan, anda akan lari dari landasan asal untuk
menyelesaikan hutang. Selalunya anda akan membeli barangan 'kehendak' anda. Tapi jangan
lupa bahawa duit lebihan itu juga adalah duit hutang, bukannya duit simpanan anda. Jadi ia
akan memberi nilai komitemen anda setiap bulan dan setentunya tempoh pinjaman tersebut
amatlah panjang. Ada sesetengah orang berkata, hutang sampai anda mati.

Membuat Pinjaman Tanpa Faedah Dengan Keluarga

Anda ingat kembali, setiap pemberi pinjaman akan melihat rekod pembayaran hutang anda
sebelum ini. Jadi, begitulah sekiranya anda ingin membuat pinjaman dengan keluarga sendiri.
Dengan rekod pembayaran yang bagus, maka anda mempunyai kredit yang bagus kepada
keluarga anda sendiri. Anda sendiri tahu bahawa dengan membuat pinjaman dengan keluarga,
anda tidak akan dikenakan sebarang kadar faedah. Namun begitu, jangan pula akan
menyalahgunakan kebaikkan keluarga anda untuk menangguh pembayaran hutang tanpa
kadar faedah itu. Sekiranya anda hendak lakukan juga, maka itulah kali terakhir anda dapat
membuat pinjaman tanpa faedah dengan keluarga anda.

Pinjaman ini dapat dilakukan berdasarkan berapa jumlah yang keluarga anda ingin
pinjamkan. Satu ribu, 2 ribu, belasan ribu atau puluhan ribu? Semuanya terpulang kepada
keluarga anda. Adakah anda tahu, sekiranya anda membuat pinjaman kenderaan selama 7
tahun. 2 tahun pertama merupakan satu nilai yang amat tinggi untuk membayar kadar faedah
pinjaman tersebut. Jadi, sekiranya anda membuat pinjaman dengan keluarga untuk membeli
kereta atau motosikal, maka anda dapat mempercepatkan bayaran bulanan anda malahan
kadar bayaran juga bertambah rendah kerana tanpa kadar faedah. Menakjubkan bukan?

49 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

BAHAGIAN KETIGA
Bagaimana Saya Membina Tembok Pertahanan

"Kekalkan pemikiran anda yang positif kerana pemikiran anda menjadi


percakapan, Kekalkan percakapan anda yang positif kerana percakapan
anda menjadi kelakuan, Kekalkan kelakuan anda yang positif kerana
kelakuan anda akan menjadi tabiat, Kekalkan tabiat anda yang positif
kerana tabiat anda akan menjadi nilai diri, Kekalkan nilai diri anda yang
positif kerana nilai diri anda akan menjadi matlamat anda."
Mahatma Gandhi

50 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Mungkin anda menganggap bahawa terus menyerang adalah satu teknik yang paling bagus
dalam isu kewangan. Namun begitu, bagaimana pula apabila masalah kewangan itu
menyerang anda. Adakah anda boleh bertahan? Atau mampukah anda untuk bertahan? Saya
mengambil pendekatan bahawa sebelum menyerang, harus membina tapak untuk bertahan
dengan kuat. Paling kurang pun, mampu menangkis kembali serangan dari permasalahan
ketidakcukupan wang. Saya memulakan pertahanan secara berperingkat-peringkat iaitu
dengan langkah yang pertama.

Untuk membuat langkah pertama iaitu pelaburan, anda harus menitikberatkan beberapa profil
pelaburan iaitu:
 Berapakah umur anda?
 Apakah status diri anda?
 Berapakah penerimaan risiko anda tentang kehilangan wang?
 Bagaimanakah anda ingin minda dan emosi ditekan?
 Berapa cepatkah dan jumlah pulangan yang ingin dicapai?
 Berapa kuatkah kewangan anda?
 Apakah latarbelakang kewangan anda?
 Berapa banyakkah masa anda untuk diluang?
 Berapa tinggikah tahap pengetahuan anda dalam pelaburan?

Dengan mengetahui jenis profil pelaburan anda maka anda akan mengetahui bagaimana anda
ingin melabur. Tidak semua tahap pelaburan bersesuaian dengan anda kerana kemungkinan
anda tidak mempunyai jenis profil pelaburan seperti Warren Buffet ataupun Peter Lynch.

"Lain orang perlukan penyelesaian atau jawapan yang berbeza... dan


orang yang terbaik untuk memberikan jawapan adalah diri
mereka sendiri."
Milan Doshi

Menguruskan Hutang, Tunai dan Simpanan

Sebelum menyerang, anda haruslah bermula dengan memasang kekuda iaitu mula
menguruskan hutang yang anda ada. Ia dimulakan dengan menyenaraikan hutang yang anda
miliki, jumlah baki yang ada, kadar faedah dan jumlah bulanan untuk hutang tersebut
diselesaikan. Anda juga mula mengambil kira hutang yang manakah memberi kadar rebat
sekiranya anda melakukan penyelesaian awal. Untuk mengelak anda dikawal oleh hutang,
setentunya anda harus mengawal hutang. Alangkah indahnya apabila anda mengawal hutang.

Umpama seorang jeneral (anda) yang mengarahkan bala tentera (pengurusan) melakukan
pelbagai strategi supaya pihak musuh (hutang) tidak dapat mara untuk menyerang. Apabila
kelemahan musuh sudah diketahui, ketika itulah bala tentera akan menyerang habis-habisan.
Ia boleh dikatakan strategi yang sistematik dan bukannya strategi membuta tuli mahupun
'hentam keromo'. Aliran Kewangan Bulanan 1 dan 2 (lampiran) boleh digunakan sebagai satu
platform untuk menguruskan hutang yang membelenggu kewangan anda selama ini.

Kemudian, anda mula menguruskan aliran tunai supaya anda dapat mengesan dan
menambahbaikkan aliran tunai supaya lebih positif. Dengan pengurusan tunai, gaji yang
masuk setiap bulan dapat anda semak dan pantau untuk mengelakkan ruang-ruang
pembaziran kewangan. Ia memudahkan anda merekodkan apa yang tetap, boleh dikurangkan
atau dihapuskan (pembaziran) dari aliran tunai anda. Dengan pengawalan tunai yang mantap,
ia menjadikan anda lebih positif untuk penyelesaian hutang-hutang terdahulu. Saya
melakukan dengan membuat penolakkan terhadap simpanan (sekurang-kurangnya 10%),
perbelanjaan harian, bil-bil semasa dan diikuti hutang-hutang yang tetap. Perbelanjaan dikira
untuk sebulan dan dibahagikan kepada setiap hari. Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan
harian anda adalah RM300 untuk sebulan. Pada bulan April, ia hanya mempunyai 30 hari.

51 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Jadi apabila RM300 dibahagikan kepada 30 hari bersamaan dengan RM10 untuk satu hari.
Jadi, sehari anda haruslah membelanjakan wang kurang atau cukup-cukup RM10. Sekiranya
terdapat lebihan baki pada hari tersebut, maka anda boleh letakkan di dalam tabung
simpanan. Aliran Kewangan Harian (lampiran) boleh digunakan untuk memantau aliran tunai
yang masuk dan keluar secara harian ataupun setiap hari.

Dengan wujudnya telefon pintar atau smartphone, maka ia didatangkan juga dengan pelbagai
aplikasi. Terdapat aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam telefon anda yang berkaitan
pengurusan aliran tunai. Antaranya adalah Daily Expenses Manager, Expenses Manager dan
Mobills Financial Manager. Sebenarnya terdapat pelbagai aplikasi lagi mengenai pengurusan
aliran kewangan anda, pilih dan gunakan adalah jalan yang terbaik. Daripada ketiga aplikasi
yang saya nyatakan, saya hanya menggunakan aplikasi Daily Expenses Manager kerana amat
mudah dan antaramuka yang lebih mesra pengguna. Di dalam aplikasi tersebut, anda boleh
mengawal duit masuk dan duit keluar, pecahan setiap kategori yang ingin dimasukkan,
sejarah aliran kewangan secara bulanan dan peringatan tentang pembayaran.

Sekiranya anda tidak memiliki telefon pintar, ada jalan penyelesaian untuk mengatasinya.
Biar saya memberi anda tips yang mudah iaitu gunakan buku 555 ataupun buku bersaiz
poket. Anda boleh lakukan sendiri dengan memotong helaian kertas yang mempunyai banyak
garisan pada saiz poket dan kepilkan untuk dijadikan sebagai sebuah buku. Mudah,
menjimatkan dan praktikal. Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Apabila anda sudah menguruskan hutang dan tunai, anda akan mempunyai kuasa untuk
menentukan jumlah simpanan yang anda mahukan. Ia merupakan teknik bertahan iaitu
menyimpan untuk melawan kadar inflasi yang selalunya akan naik setiap tahun. Sekiranya
anda masih menyimpan wang di bawah bantal, almari dan tabung secara tahunan, maka anda
harus mengubah teknik yang anda gunakan kerana teknik itu salah sama sekali. Dengan
meletakkan ditempat yang tidak bercambah, nilai wang tersebut akan hilang apabila kadar
inflasi datang menyerang. Mungkin anda tertanya-tanya apakah inflasi dan mengapakah ia
boleh menganggu simpanan anda yang berada di bawah bantal.

Dalam istilah ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikkan tanda harga barangan dan
perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi negara dari tahun ke tahun. Ia menyebabkan
matawang hanya dapat membeli barangan atau membayar perkhidmatan dalam jumlah yang
lebih mahal dari sebelumnya. Sebagai contoh, pada tahun 60-an, sebungkus nasi lemak boleh
dikatakan sebanyak 1 sen. Kini, sebungkus nasi lemak sudah mencecah sehingga RM2.
Kemungkinan pada 2060, sebungkus nasi lemak boleh mencecah sehingga RM10 sebungkus.

Secara negatifnya, kesan inflasi dapat dilihat pada pengurangan pada nilai sebenar matawang
dan pengurangan nilai pelaburan atau simpanan. Apabila terjadinya hiperinflasi (kadar inflasi
yang terlalu tinggi), akan terjadinya ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan
jumlah penawaran dari sudut barangan dan perkhidmatan. Ia menyebabkan satu masalah yang
amat berbahaya kerana memberi kesan terhadap ekonomi negara, masyarakat dan individu.
Sebagai contoh untuk menunjukkan kesan yang melampau apabila terjadinya hiperinflasi,
kadar matawang Zimbabwe yang berjumlah 1 trilion hanya mampu membeli 3 biji telur
ayam. Nah, mungkin anda tidak percaya dengan kenyataan ini.

Jawapannya cukup mudah, anda hanya perlu membandingkan kadar tukaran matawang
Malaysia dengan matawang Zimbabwe. Dengan RM2 (matawang Malaysia) bersamaan
dengan ZWR 6,101,295,206,211,071.00 (matawang Zimbabwe versi ketiga). Matawang versi
ketiga sudah tidak sah diperlakukan di seluruh dunia. Kini negara Zimbabwe mengeluarkan
matawang versi yang keempat iaitu ZWD. Nilai matawang ini naik secara mendadak dan kini
boleh digunakan di seluruh dunia. ZWD 1 bersamaan RM0.00906. Sudah tidak panjang
nombornya seperti matawang Zimbabwe versi ketiga bukan?

52 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Ini menunjukkan betapa pentingnya anda menyimpan wang anda dalam konteks pelaburan
yang dapat melebihi kadar inflasi di Malaysia. Aliran Penyata Nilai Kewangan (lampiran)
boleh digunakan sebagai tanda aras untuk menilai simpanan anda melebihi dari kadar inflasi
negara.

Setiap daripada kita, ingin menjadi kaya dan lebihan wang dengan lebih cepat. Lagi cepat,
lagi bagus. Sekiranya ramai yang tidak memiliki sikap sebegini, skim cepat kaya akan lupus
dari muka bumi ini. Malangnya, itu adalah mustahil untuk berlaku. Prinsip dunia pelaburan
adalah anda perlu menyimpan lebih untuk melabur lebih. Prinsip ini merangkumi dengan
beberapa petua asas iaitu:
 Berapa cepatkah anda perolehi wang tersebut? (lagi cepat lagi bagus)
 Berapa banyak anda boleh simpan? (10% adalah had minima)
 Berapa pulangan keuntungan anda dari pinjaman yang diambil? (lagi tinggi nilai
keuntungan adalah lebih bagus)
 Berapa baguskah pelaburan anda? (pulangan dari pelaburan)

Adakah anda tahu setiap orang mempunyai masalah kewangan sekiranya mereka tidak tahu
menguruskannya walaupun mereka merupakan golongan yang mempunyai wang terlampau
sedikit mahupun wang yang terlampau banyak. Cuma perbezaanya ialah golongan wang
terlampau sedikit perlu menguruskan kewangan dan membinanya. Hal ini berbeza dengan
golongan wang terlampau banyak yang hanya perlu menguruskan kewangannya. Golongan
manakah yang lebih baik pada pandangan anda?
Beberapa kelebihan apabila anda menguruskan kewangan ialah:
 Dapat menyelidiki sekiranya anda ada membuat perbelanjaan lebih dari amaun
yang sepatutnya.
 Mengetahui perbelanjaan anda adalah keperluan atau kehendak.
 Dapat membuat perancangan untuk masa hadapan.
 Dapat menilai kebocoran perbelanjaan anda.
 Dapat membuat pecahan untuk setiap bahagian kewangan yang anda rasa perlu
(simpanan, dana kecemasan, perbelanjaan dan lain-lain lagi).

Menguruskan Dana Kecemasan

Di dalam konsep pertahanan, menguruskan dana kecemasan adalah sesuatu yang amat
penting malahan boleh dikatakan paling utama. Ia boleh dianggap sebagai tembok untuk
menghalang serangan musuh. Boleh dikatakan apabila anda membaca buku kewangan, dana
kecemasan akan selalu dititikberatkan. Terdapat pelbagai versi untuk jumlah simpanan dana
kecemasan, ada yang menyatakan 3 bulan, ada yang menyatakan 6 bulan malahan tidak
keterlaluan sekiranya ada yang menyatakan selama 1 tahun atau 12 bulan. Saya hanya boleh
menyimpulkan bahawa dana simpanan ini hanyalah terpulang kepada anda untuk mempunyai
dana simpanan kecemasan.

Ia terpulang kepada anda untuk berada dalam situasi selamat apabila kejadian seperti
diberhentikan dari kerja, pembelian sesuatu secara kecemasan, mengekalkan pelaburan-
pelaburan yang sudah dimiliki dan memberi anda berada dalam posisi 'bersedia' apabila
masalah kewangan melanda. Jadi semakin banyak anda membuat dana kecemasan, maka
makin tebal tembok pertahanan anda. Saya boleh menyarankan bahawa dana kecemasan
paling minima adalah 6 bulan.

Ada yang beranggapan bahawa dana kecemasan dikira dari gaji yang diperolehi. Sekiranya
gaji bulanan adalah RM3,000 maka untuk membuat dana kecemasan selama 6 bulan adalah
RM18,000. Ini adalah amat tidak bertepatan kerana dana kecemasan di ukur dari jumlah
perbelanjaan anda setiap bulan. Sebagai contoh, gaji anda adalah RM3,000 tetapi jumlah
perbelanjaan anda adalah RM1,500 sebulan. Maka anda harus membuat dana simpanan
kecemasan sebanyak RM9,000 (RM1,500 x 6 bulan).

53 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Selepas mengetahui apakah itu dana kecemasan dan berapakah jumlah yang harus di simpan,
anda mungkin tertanya-tanya dimanakah ia harus di simpan. Sebaiknya, ia haruslah di simpan
di dalam akaun yang mempunyai kecairan tinggi iaitu boleh dikeluarkan dalam jangkamasa
yang singkat. Untuk masyarakat bumiputera, anda bertuah kerana boleh menyimpan dalam
pelbagai pelaburan yang bersifat risiko rendah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB),
syer di Lembaga Tabung Haji mahupun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Ini kerana
pelaburan-pelaburan ini mempunyai tahap kecairan yang tinggi di samping memberi
pulangan dividen yang amat baik jika dibandingkan simpanan di akaun biasa.

Mungkin anda biasa mendengar kisah Nabi Yusuf yang mentafsir mimpi seorang Raja pada
zaman dahulu yang diceritakan di dalam al-Quran.

Yusuf berkata: "Supaya kamu bercucuk tanam selama 7 tahun


sebagaimana biasa, maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu
biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan."

"Kemudian setelah itu akan datang 7 tahun yang sangat sulit, yang
menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya, kecuali
sedikit daripada apa yang kamu simpan."

"Kemudian setelah itu akan datang tahun di mana manusia diberi


hujan dan pada masa itu mereka memerah anggur."
Surah Yusuf, ayat 47-49.

Kisah mimpi ini boleh dikaitkan dengan persediaan anda dalam sudut kewangan di mana
perlunya membuat simpanan sebelum datangnya waktu kesulitan yang memaksa anda
menggunakannya. Sekiranya anda tiada dana simpanan kecemasan, bagaimana anda ingin
menyelesaikan keadaan yang memerlukan anda membayar sejumlah wang dengan kadar yang
segera. Sekarang anda nampak betapa pentingnya dana kecemasan dalam kehidupan
kewangan anda.

Sebelum membuat sebarang pelaburan, seharusnya anda membina dana kecemasan terlebih
dahulu. Ia boleh dilakukan dengan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji yang
diterima untuk dana kecemasan. Lagi banyak peratusan untuk membuat dana kecemasan
maka makin cepat anda dapat melakukan sebarang pelaburan. Sekiranya anda hanya
memfokuskan kepada teknik menyerang iaitu hanya membuat pelaburan tanpa membina dana
kecemasan, ia memungkinkan anda akan mengeluarkan pelaburan anda ketika keadaan
ekonomi peribadi dalam situasi tidak menentu. Jadi, setentunya anda tidak ingin itu berlaku
kepada diri anda. Ia boleh diumpamakan seperti memasang tali pinggang sebelum memandu
kenderaan untuk menuju ke destinasi yang diingini.

Menjadikan Aktiviti Menyimpan Sebagai Tabiat

Seperti yang anda tahu, membuat tabungan sebagai simpanan amat membosankan. Ini kerana
anda harus memperuntukkan sebahagian peratusan dari keseluruhan gaji (paling minima
10%) yang diterima ke tabung simpanan. Aktiviti menabung ini pula menjadi rutin anda
setiap bulan. Apabila dana kecemasan anda sudah bina, maka anda ingin mengetahui apakah
langkah seterusnya. Nasihat saya mudah sahaja, simpan dan menyimpan lagi. Jadikan aktiviti
menyimpan sebagai satu tabiat atau rutin bulanan anda. Kali ini fokuskan simpanan itu
sebagai satu matlamat untuk mencapai sesuatu. Satu tips yang boleh diberikan ialah
membayar sebahagian amaun untuk diri sendiri dahulu (pay yourself first) sebelum
melakukan pembayaran-pembayaran yang lain.

54 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Sekiranya anda mempunyai beberapa hutang yang tinggi kadar faedahnya maka adalah lebih
sesuai anda menghapuskan hutang tersebut dahulu. Namun harus diingat, untuk menjadi kaya
dengan cepat bergantung kepada berapa cepat anda membina pendapatan pasif anda. Oleh itu,
berapa cepat anda menanam simpanan anda maka makin cepatlah anda boleh melabur. Ini
kerana konsep mempunyai hutang yang tinggi dan membuat simpanan yang tinggi adalah
sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Akan ada satu bahagian yang harus dihapuskan untuk
membina satu bahagian.

Boleh dikatakan saya ada satu tips untuk anda menyimpan dan menjadikan ia sebagai sesuatu
yang rutin. Saya mengaplikasikan satu amaun yang akan saya belanjakan untuk setiap bulan.
Untuk memudahkan anda, saya memberi satu amaun iaitu belanja bulanan adalah RM300
manakala pada bulan tersebut mempunyai 30 hari. Jadi, setiap hari anda boleh
membelanjakan RM10 sahaja.

Anda mempunyai 3 pilihan iaitu belanja lebih dari itu (anda dikira berhutang), habiskan
jumlah itu setiap hari (anda tiada simpanan) dan gunakan kurang dari jumlah yang diberi
(anda akan dapat menyimpan). Setiap lebihan wang pada hari itu, anda masukkan ke dalam
beberapa tabung khas. Itulah rutin anda setiap hari, cuba berjimat dari jumlah bajet yang
ditetapkan. Ini menjadi sebagai kayu ukur untuk melihat kekuatan anda dalam mengubah
tabiat anda. Daripada berusaha kepada menjadi tabiat, selepas itu anda akan mencapai
matlamat anda.

Sekiranya saya boleh melakukannya, kenapa tidak anda? Ia boleh dikatakan hidup dalam
kadar hidup yang sebenar dan mengamalkan berjimat cermat. Ini untuk mengawal nafsu
'kehendak' yang wujud di dalam diri anda. Sebelum mendapat gaji yang baru dihujung bulan,
sila buka tabung anda dan masukkan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung
Haji, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) atau lain-lain simpanan yang mempunyai
kecairan tinggi. Anda akan dapat melihat bagaimana anda mengawal aliran wang setiap bulan
dan dipenghujung tahun, anda akan melihat konsep sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Anda bertambah seronok apabila melihat wang yang di simpan 10% sebulan dan ditambah
dengan simpanan 'tabung' yang anda lakukan. Ini akan mempercepatkan proses menyimpan
dan memberi impak yang positif kepada kewangan anda. Ia bertepatan dengan istilah setiap
ringgit yang di simpan bersamaan dengan setiap ringgit yang diperolehi. Ini bertepatan
dengan lebih mudah anda mengawal tabiat menyimpan daripada anda mencari bagaimana
ingin memperolehi lebihan wang.

Mencari Sumber Inspirasi

Mungkin anda mempunyai sumber inspirasi dalam kewangan anda. Bagi saya, sumber
inspirasi merupakan satu kekuatan untuk saya berusaha lebih maju dan membina kekuatan
untuk lebih berjaya. Secara jujurnya, sumber inspirasi yang utama saya ialah membaca buku
dari kisah-kisah biografi orang yang telah berjaya. Ini kerana kebanyakkan dari orang-orang
yang berjaya datangnya dari golongan perantau, orang yang susah malahan ada yang melarat.
Ini menjadi kayu ukur di dalam diri saya sendiri untuk terus maju. Sekiranya mereka boleh
berjaya, kenapa saya tidak boleh? Mereka yang berjaya ini lebih susah daripada saya pada
satu ketika dahulu, tetapi kini mereka sudah menjadi orang yang ternama dan kaya.

Apa rahsia mereka? Dari pembacaan bukulah menjadi penguat semangat saya untuk kekal
kuat dan ingin berjaya. Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar, Boon Siew (Honda), Tony
Fernandes, Robert Kuok adalah sebahagian daripada tokoh-tokoh tempatan yang memberi
sumber inspirasi kepada saya. Kalau ingin ditambah dengan senarai tokoh-tokoh dari luar
negara, rasanya anda akan kepenatan membaca nama-nama mereka.

55 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Adakah anda tahu bahawa beberapa celebriti Hollywood merupakan seorang geladangan
(tidak mempunyai tempat tinggal) sebelum mereka terkenal. Di antaranya ialah Daniel Craig
(pelakon James Bond), Steve Jobs (pengasas Apple), Jim Carrey, Halle Berry, Tyler Perry,
Dr. Phill, Kelly Clarkson, Steve Harvey, Lil Kim dan Jennifer Lopez.

Selain daripada buku biografi tokoh-tokoh terkenal, saya juga mengambil filem-filem sebagai
sumber inspirasi saya. Selalunya, filem ini berdasarkan daripada cerita sebenar. Mungkin
diadun pada beberapa bahagian untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik. Beberapa filem
yang menarik untuk dilihat adalah:
 The Billionaire (Top Secret) merupakan satu filem dari Thailand. Beliau bercita-cita
untuk menjadi bilionair supaya dapat menyelesaikan hutang keluarga yang berhijrah
ke Amerika Syarikat kerana kekangan hutang. Beliau merupakan anak muda (26
tahun pada 2011) yang dapat memasarkan "Tao Kae Not" iaitu rumpai laut goreng di
stokis-stokis 7-eleven. Beliau mempunyai satu falsafah yang bagus iaitu:
"Jangan hilangkan keberanian anda, tanpa mengira apa yang
terjadi. Ini kerana apabila anda sudah berputus asa, permainan
ini akan tamat." Top.
 The Aviator merupakan cerita wayang dari Hollywood. Ia mengisahkan seorang
pemuda (Howard Hughes) yang mempunyai keberanian luarbiasa untuk menongkah
arus dan mengambil risiko yang tinggi untuk melakukan sesuatu. Beliau apabila
melakukan sesuatu tanpa banyak soal seperti menjadi penerbitan filem, bidang
penerbangan dan seorang usahawan. Dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio.
 The Pursuit of Happiness merupakan cerita wayang Hollywood yang menyentuh hati
dan mengisahkan seorang pemuda (Chris Gardner) betapa teruknya kesilapan yang
dibuat dalam kehidupan hingga melibatkan penceraian keluarga. Namun beliau
bangun kembali dan menjadi seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai firma
broker yang bernilai multijutaan dolar. Dilakonkan oleh Will Smith.
 Cast Away merupakan cerita wayang dari Hollywood yang mengisahkan seorang
pemuda (Chuck Nolan) yang bekerja dengan FedEx. Dalam penerbangan untuk
menghantar barangan menggunakan kapal terbang, ia telah ditimpa dengan ribut yang
buruk dan terhempas di sebuah pulau seorang diri. Selama 4 tahun, beliau berdikari
untuk hidup dan berusaha untuk keluar dari pulau tersebut. Dilakonkan oleh Tom
Hanks.

Mencari Mentor

Seperti yang pernah saya kisahkan kepada anda, saya bermula dengan menimba ilmu
kewangan dari buku iaitu Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert T.Kiyosaki dan Jutawan Dari
Planet Jupiter dari Azizi Ali. Bermula dari detik itu, saya mula membeli senaskah demi
senaskah untuk menimba ilmu dan boleh saya katakan bahawa pada ketika itu saya
dahagakan ilmu kewangan. Dari senaskah buku ke senaskah buku, bersilih ganti untuk
mencari sebanyak mana pengurusan kewangan dan apa sahaja yang menarik untuk di baca.

Dari pembacaan, saya mula menstrukturkan kewangan saya dan mula bermain-main dengan
peralatan kewangan. Lama-kelamaan, saya merasakan buku sahaja tidak memadai untuk
menjadikan kewangan saya semakin positif. Maka forum dan blog menjadi pilihan saya untuk
mendapat ilmu dengan lebih banyak dan menjadikan graf pembelajaran sentiasa naik.

Apabila sampai pada satu tahap, saya mula ketandusan ilmu kewangan dan semestinya saya
ingin menambah ilmu itu lagi. Pada satu ketika, ia boleh dikatakan bahawa ilmu tentang
kewangan mulai tepu, tambahan pula saya merasakan lebih baik saya mencari mentor atau
seseorang yang boleh menjadi sumber rujukan apabila terlibat dalam masalah kewangan.
Untuk memudahkan anda, akan saya ceritakan bagaimana saya memilih mentor peribadi
saya.

56 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

1. Melihat Dari Buku Yang Di Tulis

Saya memilih mentor berdasarkan buku yang di tulis. Semakin banyak buku yang di tulis,
adalah lebih baik pada pengamatan saya. Ini berdasarkan kredibiliti seorang penulis buku
dan pengajar tentang kewangan. Dari penulisan mereka, anda boleh menganggap mereka
adalah lebih baik daripada anda. Dari penulisan buku juga, anda akan mengetahui adakah
ilmu yang ingin disampaikan oleh penulis menepati cara mentor anda berada ditahap
permulaan, pertengahan atau terbaik.

2. Kejayaan Yang Pernah Di Capai

Ini merupakan salah satu kriteria untuk melihat seorang mentor dari sudut kejayaan mereka
yang bijak menguruskan kewangan. Sebagai contoh, sekiranya mentor yang anda cari
adalah seorang pelabur saham. Maka setentunya anda akan bertanya apakah kejayaan yang
dikumpul dalam pelaburan saham. Ini supaya anda mengetahui bahawa mentor anda tidak
bercakap kosong sahaja tetapi mempunyai sesuatu yang memberi nilai kepada anda. Saya
sudah melalui beberapa fasa dengan memilih beberapa orang mentor yang sudah mencapai
tahap jutawan.

3. Ilmu Yang Ditawarkan

Setentunya saya selalu meminta tips daripada mentor saya untuk memberi pandangan dari
semasa ke semasa. Ia juga bertujuan untuk mengemaskini info-info yang terbaru mengenai
kewangan dan isu semasa dunia yang memberi nilai negatif kepada saya. Ini untuk
mengelakkan nilai positif yang wujud dalam kewangan peribadi saya, menjadi negatif
apabila terdapat isu-isu kewangan dunia berlaku secara sedar atau tidak.

Sebagai contoh, saya akan bertanya apakah cara yang saya lakukan sebelum ini betul atau
tidak. Ini memberi mentor-mentor saya membandingkan kaedah yang terbaik untuk
dilakukan. Ia juga untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan yang berlaku secara sedar atau
tidak. Ini kerana saya tidak mahu membuang wang di atas sesuatu pengalaman yang boleh
diajar oleh seseorang yang mengalaminya terlebih dahulu. Di samping itu juga, ia boleh
menjadi sebagai batu loncatan dan jalan pintas untuk mempercepatkan kejayaan saya dalam
kewangan. Dengan mengurangkan kesilapan kewangan, saya akan tahu apa yang perlu
dilakukan, apa yang perlu dielak, apa yang perlu disusun dan pelbagai lagi yang memberi
nilai kewangan yang positif ke atas saya.

4. Lihat Latarbelakang Kewangan dan Aset

Boleh dikatakan sebelum saya mengambil mentor yang berbayar, saya lebih menjurus
kepada mencari guru kewangan yang percuma dari alam internet. Saya berpendapat bahawa
mentor yang berbayar ini hanya membuang duit sahaja. Itu adalah pendapat saya dahulu
dan ternyata pendapat saya dahulu adalah salah sama sekali. Ini kerana saya menjadi tepu
ilmu kewangan apabila infomasi yang diterima dari guru-guru internet adalah sama sahaja,
ia mempunyai satu tahap di mana saya merasakan ilmu itu berlegar pada tahap itu sahaja.

Ada juga yang menyedihkan apabila seseorang yang mengaku ingin menolong saya berada
dalam golongan yang ingin mengambil komisyen yang banyak dari saya. Dengan kata lain,
saya hanya akan mengkayakan mereka dan bukannya mengkayakan poket saya nanti. Saya
tidak memandang mentor saya berdasarkan kelulusan akedemik tetapi jumlah wang dan
aset yang dimiliki oleh mereka. Sijil akedemik merupakan satu bonus pada pendapat saya.
Begitu juga guru-guru kewangan yang ingin menawarkan nasihat kewangan kepada saya,
setentunya saya akan melihat latarbelakang kewangan mereka.

57 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Malah yang lebih teruk apabila ada penasihat kewangan dari wakil jualan dan mereka pun
tidak membeli apa yang ditawarkan kepada anda. Sekiranya mereka sendiri tidak membeli
untuk pelaburan, kenapa mereka menawarkan kepada anda? Sudah tentu kerana pelaburan
yang ditawarkan akan mengkayakan poket mereka dengan komisyen.

Namun begitu, selalunya nasihat kewangan yang baik adalah berbayar dan kewangan yang
terbaik memerlukan anda membayar dengan harga yang mahal. Pada pendapat saya,
sekiranya anda membayar RM3,000 untuk mendapatkan pulangan simpanan atau
pengurangan hutang berjumlah RM30,000 adalah sesuatu yang baik. Tapi setentunya lebih
baik sekiranya anda membayar dengan harga RM3,000 untuk mendapatkan simpanan atau
pengurangan hutang yang berjumlah RM1 juta.

Saya membuat pengiraan yang mudah iaitu sekiranya saya membayar seorang mentor
RM3,000, saya memerlukan mentor tersebut memberi pulangan sekurang-kurangnya
RM30,000 (1000% dari jumlah yang dibayar atau 10% dari jumlah yang diperolehi).
Sekiranya mendapat pulangan yang lebih tinggi dengan bayaran yang sedikit, itu
merupakan bonus kepada saya. Pulangan itu tidak semestinya dari penambahan wang tapi
pengurangan hutang juga adalah sesuatu yang positif.

5. Mengajar Bukannya Menyuruh

Saya lebih gemar belajar dari hanya menerima suruhan apabila melibatkan kewangan.
Sekiranya anda hanya menerima sahaja apa yang diberitahu oleh mentor anda, itu adalah
sesuatu yang tidak baik kerana ia bukan mengajar anda. Itu hanya membuatkan anda hanya
seorang yang tidak belajar apa-apa dan pengakhirannya anda tidak tahu kenapa anda harus
berbuat seperti yang disuruh. Memang kita ketahui, ada mentor yang berbesar hati untuk
mengajar anda secara terperinci dan ada juga mentor yang hanya memberi sebahagian
sahaja tetapi selebihnya anda harus kaji dari apa yang diberi. Oleh itu, terpulang kepada
anda untuk memilih mentor anda.

Saya memilih kedua-duanya, ini kerana setiap mentor mempunyai kelebihan yang
tersendiri dengan pengalaman yang mereka ada. Saya teringat akan satu falsafah China
yang menyatakan bahawa:

"Sekiranya anda memberi seekor ikan pada seseorang maka anda


harus memberinya makanan setiap hari. Sekiranya anda memberi
pancing dan mengajarnya maka anda menolong seseorang itu
seumur hidupnya"
Lao Tze.

Dengan mengajar beberapa pegangan dalam kewangan secara asas, ini memberi satu batu
asas di dalam kewangan saya. Ia seumpama mengajar anda membawa kenderaan dan
selebihnya terpulang kepada anda untuk memandu laju atau secara berkhemah.

Seorang mentor yang bagus akan senantiasa memastikan anda berada dilandasan yang
betul. Namun begitu, setiap mentor mengalami pengalaman yang berbeza antara satu sama
lain dan mempunyai resepi yang tersendiri untuk berada ditahap sekarang. Mungkin ada
daripada sesetengah mentor yang memaksa anda keluar daripada zon selesa yang anda
berada selama ini.

Membuat Cetakan Biru atau Blueprint Pengurusan Kewangan

Saya membuat penambahbaikkan cetakan biru saya berasaskan kaedah '6 tabungan'. Ia
diasaskan oleh mentor antarabangsa saya iaitu T. Harv Eker. Secara asasnya, ia dipecahkan
kepada:

58 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

 Tabung Bebas Kewangan (FFA - Financial Freedom Account)


 Tabung Keperluan (NEC - Necessity)
 Tabung Simpanan Jangka Panjang untuk Simpanan dan Perbelanjaan (LTSS - Long
Term Saving and Spending)
 Tabung Pembelajaran (EDU - Education)
 Tabung Sedekah (GIVE - Charity)
 Tabung Berbelanja (PLAY)

Sekiranya ingin dipecahkan kepada peratusan, ia adalah fleksibel. Tetapi beliau menyarankan ia
dibuat pecahan seperti berikut:
 Tabung Bebas Kewangan - 10 peratus
 Tabung Keperluan - 55 atau 50 peratus
 Tabung Simpanan Jangka Panjang untuk Simpanan dan Perbelanjaan - 10 peratus (5
peratus simpanan dan 5 peratus perbelanjaan)
 Tabung Pembelajaran - 10 peratus
 Tabung Sedekah - 5 atau 10 peratus
 Tabung Berbelanja - 10 peratus

Saya juga mempunyai mentor tempatan iaitu Azizi Ali yang menyarankan saya membuat
pecahan seperti berikut:
 Simpanan - 10 peratus (sama atau lebih daripada 10 peratus)
 Insurans - 5 peratus (sama atau kurang daripada 5 peratus)
 Pinjaman - 40 peratus (sama atau kurang dari 40 peratus)

Saya mengambil pendekatan yang lebih mudah iaitu mengabungkan kedua-dua teknik ini
sebagai merekabentuk cetakan biru saya sendiri tanpa mengabaikan konsep asal iaitu:
 Tabung Bebas Kewangan - 10 peratus merupakan simpanan, lagi tinggi peratusan
adalah lebih baik.
 Tabung Keperluan - 55 atau 50 peratus tetapi jumlah pinjaman bank berada diparas
40 peratus atau kurang.
 Tabung Simpanan Jangka Panjang untuk Simpanan dan Perbelanjaan - 10 peratus (5
peratus simpanan dan 5 peratus perbelanjaan) dan insuran berada pada bahagian
perbelanjaan.
 Tabung Pembelajaran - 10 peratus
 Tabung Sedekah - 5 atau 10 peratus
 Tabung Berbelanja - 10 peratus

Kunci kepada cetakan biru ini ialah menjadikan simpanan bulanan sebagai tabiat dan berapa
cepatkah anda ingin hidup dengan pendapatan pasif. Saya mengambil pendekatan yang agak
ekstrem apabila menurunkan peratusan di tabung keperluan ke paras 30 peratus dan
menaikkan peratusan di tabung bebas kewangan ke paras 30 peratus. Ini bertepatan dengan
kata-kata daripada mentor antarabangsa saya iaitu:

"Lagi banyak jumlah wang yang dimasukkan ke dalam tabung


bebas kewangan, lagi cepat anda menjadi bebas kewangan"
T. Harv Eker.

Oleh kerana kesedaran saya betapa pentingnya cetakan biru ini, saya mula mengajar
bagaimana konsep tabung ini berfungsi kepada orang ramai sebagai tapak di dalam
pengurusan kewangan. Dengan kewujudan One Little Deeds yang dikawal selia oleh
NurussalamAziz Solutions, diharap memudahkan sedikit benih ilmu (deeds) yang
berkembang dan dapat menjadi pokok yang dapat membuahkan hasil yang baik untuk dituai.

Ia merupakan pelengkap untuk anda membuat sistem pertahanan di samping membuat tapak
untuk menyerang dengan pecahan peratusan yang lebih bersistematik. Malahan yang lebih

59 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

baik, cetakan biru ini datangnya daripada mentor yang bergelar jutawan dan saya sendiri
menjadi bahan ujikajinya. Adakah berjaya? Ya, memang berjaya untuk diri saya.

Sekiranya anda merasakan cetakan biru ini belum mencukupi, mungkin saya harus
memperkenalkan seorang lagi mentor tempatan saya yang menggunapakai sistem perbankan
secara ekstrem. Kalau cetakan biru berasaskan tabung ini anda tidak boleh bertahan dan
berdisiplin, rasanya amat susah untuk anda pergi ke tahap yang ekstrem. Adakah anda
bersedia membuat perubahan dan keluar dari zon selesa anda? Hanya anda mampu
menjawabnya.

"Sekiranya anda tidak membesar (berkembang), anda akan mati"


T. Harv Eker.

Resepi Daripada Para Bilionair

1. Li Ka-Shing
Adakah anda kenal seorang bilionair Hong Kong iaitu Li Ka-Shing? Beliau mempunyai
satu cetakan biru yang menjadi resepi kejayaan beliau iaitu:

"Tidak kira berapa banyak wang yang anda dapat, senantiasa ingat
untuk bahagikan kepada 5 bahagian sewajarnya. Sentiasa
menjadikan diri anda berguna"
Li Ka-Shing.

Antara pecahannya ialah 30 peratus untuk keperluan hidup, 20 peratus (networking) untuk
belanja seseorang yang lebih pandai, kaya dan menolong perjalanan karier anda, 15 peratus
untuk pembelajaran yang berupa pembelian buku, menghadirkan diri ke kursus latihan dan
seminar, 10 peratus untuk hadiah kepada diri sendiri seperti bercuti untuk membuka minda
dan 25 peratus untuk membuat dana dan kembangkan dana tersebut.

Antara nasihat beliau adalah hidup boleh diubah. Karier boleh disusun atur dan kejayaan
boleh disediakan. Perubahan harus bermula dari sekarang. Apa sahaja yang terjadi dahulu
harus ditinggalkan. Semua orang melakukan kesilapan. Apa yang penting, belajar daripada
kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut. Peluang baru sentiasa ada di luar sana.

2. Zong Qinghou
Beliau merupakan seorang bilionair dari negara tanah besar China yang hidup diparas 20
yuan sehari. Beliau hidup dengan cara hidup yang berbeza daripada multibilionair yang lain
dengan pemakaian yang biasa, makan tofu dan makan sayur-sayuran bersama pekerja di
kantin pekerja dan rakan kongsi.

"Apabila anda miskin, anda harus berfikir untuk menjadi


lebih baik"
Zong Qinghou.

Beliau mengamalkan cara hidup yang mudah dan seperti kebanyakkan pekerja beliau dalam
etika pemakanan dan pemakaian. Beliau beranggapan bahawa:

"Orang lain tidak tahu sekiranya saya memakai pakaian yang


berharga 1000 yuan (160 dolar amerika) atau 100 yuan (16 dolar
amerika), jadi kenapa saya harus berbelanja ke atas pakaian."
Zong Qinghou.

60 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

BAHAGIAN KEEMPAT
Bagaimana Saya Menyerang

“Katakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang-orang yang


mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui.” Surah az-
Zumar, ayat 9.

61 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Membina Minda Pelabur

Untuk menyerang, anda seharusnya mempunyai pemikiran untuk menyerang. Apabila sistem
pertahanan anda sudah kuat, anda mampu menyerang habis-habisan kerana anda sudah tahu
bahawa pertahanan anda berada dalam sistem yang kuat malahan mencapai tahap kebal dari
serangan hutang yang tidak baik.

Saintis-saintis barat sebenarnya berlumba-lumba untuk mengkaji otak manusia untuk


mengetahui bagaimana kecerdikan pada diri boleh berlaku. Ini menyebabkan pelbagai teori
atau kajian yang terhasil. Saya cuba membuat penerangan secara ringkas mengenai kajian
atau teori yang telah dilakukan iaitu:

1. Kajian Split Brain (Robert Sperry)


 Roger Sperry (1965) berjaya membuat pembedahan Split-brain
 Beliau berjaya mengasingkan 2 bahagian otak iaitu Hemisfera Otak Kiri (HOKI) dan
Hemisfera Otak Kanan (HOKA).
 Fungsi HOKI merujuk kepada menulis, nombor, berhujah, pertuturan, kemahiran
saintifik dan kawan tangan kanan (kritis).
 Fungsi HOKA merujuk kepada melihat dengan akal, bentuk 3D (visualise),
kemahiran melukis, imaginasi, kemahiran muzik dan kawalan tangan kiri
(kreatif).

2. Kajian Pelbagai Kecerdikan (Dr Gardner)


 Dr Gardner menyatakan bahawa otak manusia dikawal oleh tiga bahagian iaitu:
 Otak kiri yang mengawal kepintaran linguistik, logik matematik dan
interpersonal.
 Otak kanan yang mengawal muzikal, spatial, kreativiti dan imaginasi.
 Otak separa sedar (old brain) yang mengawal kepintaran intrapersonal iaitu
bertindakbalas, melawan, melarikan diri ataupun tidak bergerak dalam membuat
keputusan.

3. Kajian Gelombang (Robert Ernstein)


 Robert Ernstein (1978) menjalan kajian membandingkan pergerakan gelombang otak
kiri dan otak kanan dan ia boleh dipecahkan kepada beberapa jenis gelombang iaitu:
 Gelombang Beta (peringkat minda sedar yang merupakan gelombang otak yang
sangat aktif untuk menyelesaikan masalah, berfikir, mengemukakan pendapat dan
menganalisis. Ia dikira dengan julat 17-39 hertz. Membuat keputusan terburu-
buru dan kurang tepat.)
 Gelombang Alfa (peringkat beristirehat dan merupakan gelombang otak yang
tenang. Ia dikira dengan julat 8-17 hertz. Keputusan paling tepat dalam
menyelesaikan banyak masalah.
 Gelombang Theta (peringkat paling beristirehat dan merupakan gelombang otak
yang paling khusyuk dan meditasi. Ia dikira dengan julat 4-7 hertz. Apabila
berada di dalam keadaan tidur-tidur ayam atau separa sedar.)
 Gelombang Delta (peringkat lelap. Ia dikira dengan julat 1-3 hertz. Apabila
berada dalam keadaan tidur atau tidak sedar.)
4. Kajian konsep otak disusun (Paul MacLean)
 Paul MacLean (1950) yang menyatakan bahawa otak mempunyai susunan dan fungsi
yang berbeza-beza. Ia disusun dengan cara:
 Otak Neokorteks yang berfungsi untuk mengawal dan melaksanakan aktiviti
intelek. Kebolehan melihat sebab dan akibat, proses deduksi dan rumusan.
Kebolehan melihat hubungan antara maklumat dan kebolehan visual.
 Sistem Limbix yang berfungsi untuk perlakuan emosi, motivasi, mood, dorongan
seks, penafasan dan tekanan darah.

62 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

 Reptilian Kompleks (Medula ablogata) yang berfungsi untuk mengawal


perlakuan secara rutin, irama dan automatik.

Manakala, melalui tokoh-tokoh Islam ada pula yang menyatakan tentang ilmu pengetahuan.
Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah:

1. Kajian Ibnu Khaldun


 Abdul Rahman b. Muhammad (Ibnu Khaldun) (732 Hijrah atau 1332) yang
menjelaskan bahawa manusia dikurniakan akal fikiran yang membolehkan mereka
berfikir untuk mengatur dan mengolah sumber alam bagi memenuhi keperluan
manusia.
 Ia berasaskan kepada dua sumber iaitu:
 Ilmu Akal - ciptaan manusia
 Ilmu Wahyu - jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu ilmu
akal. Merupakan pengetahuan dari Allah SWT.
 Beliau juga menyatakan keupayaan akal yang membezakan darjat di antara manusia
dalam berfikir dan membuat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan.

2. Kajian Epistemologi (Imam Al-Ghazali)


 Abu Hamid B. Muhammad (Imam Al-Ghazali) (450 Hijrah atau 1058) telah
membahagikan sains dan ilmu pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara.
Ilmu kekal datangnya dari Allah semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu
binaan manusia.

Mungkin anda melihat begitu banyak hasil-hasil kajian mengenai otak dan pendapat tentang
ilmu. Ini bertujuan untuk menyedarkan anda bahawa anda harus mengawal minda untuk
membuat keputusan dan di samping itu juga dengan ilmu pengetahuan, anda akan menjadi
semakin cerdik. Itulah aset yang paling penting untuk membina diri anda kerana ia akan
membuat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan.

Banyak kajian yang menyatakan bahawa sekiranya anda mampu mengawal otak kiri (kritis)
dan kanan (kreatif), maka ia akan membentuk otak separa sedar yang mantap dalam membuat
keputusan. Orang yang berjaya, bijak untuk membina otak kiri dan kanan serta membuat
keputusan dengan memberi keputusan dari otak separa sedar. Selepas itu, ia akan
mengerakkan anggota badan yang lain untuk menuju ke arah kawalan pemikiran tadi.

Saya bermula dengan seorang yang lebih menjurus kepada otak kanan dan sebab itulah saya
menyambung pelajaran dalam bidang kreatif. Namun, disebabkan saya mengalami kekusutan
kewangan pada masa lampau. Ia menyebabkan saya mula membina aset di sebelah kiri pula.
Ternyata otak sebelah kiri terpaksa membina sel dengan cepat kerana saya membuat
penambahan ilmu secara ekstrem dalam bidang kewangan. Ternyata teori ini benar kerana
dengan keseimbangan antara otak kiri dan kanan, ia memberi logik kepada otak separa sedar
untuk maju ke hadapan walaupun kekadang ia membantah. Kemudian, apabila disambungkan
pula ilmu akal dan ilmu wahyu yang menyebabkan saya percaya apa yang dijanjikan oleh
Allah SWT. Setiap ilmu yang saya dapat (ilmu akal) akan saya ikatkan dengan ilmu wahyu
(al-Quran dan hadis).

Dengan kata mudah, saya boleh katakan ilmu didunia ini, saya gunakan untuk membina
istana di Syurga. Insya’allah.

“Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang-orang yang


beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu dan Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Surah al-Mujadalah, Ayat 11.

Membina Minda Kewangan

63 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Di dalam buku Increase Your Financial IQ tulisan Robert T. Kiyosaki ada menyatakan
bahawa untuk membina minda kewangan haruslah berasaskan kepada 5 elemen yang penting
iaitu:
 Minda kewangan 1: Mendapatkan lebih banyak wang
 Minda kewangan 2: Melindungi wang
 Minda kewangan 3: Membajet wang
 Minda kewangan 4: Mempergunakan (leverage) wang
 Minda kewangan 5: Memperbaiki pengetahuan berkenaan kewangan

Secara asasnya beliau beranggapan bahawa ramai orang boleh membina banyak wang tetapi
kurang pengetahuan untuk melindungi wang tersebut. Malahan lebih teruk apabila ramai
yang tidak tahu untuk membajet wang dan tidak tahu Mempergunakan (leverage) wang. Di
dalam era yang serba moden ini, memperbaiki pengetahuan berkenaan kewangan adalah
kemestian kerana peraturan wang sudah berubah sama sekali.

Oleh itu, untuk memulakan pelaburan yang anda ingini setentunya anda harus tahu peraturan
permainan pelaburan tersebut. Tanpa mengetahui selok belok permainan pelaburan yang
selalunya dipecahkan kepada tiga iaitu risiko rendah, sederhana dan tinggi, peluang untuk
anda mendapatkan lebih banyak wang adalah tipis dan peluang untuk kehilangan wang
adalah tinggi. Membina minda kewangan bukanlah dibina dengan sekelip mata. Ia merupakan
proses yang melibatkan kerugian dan kesilapan yang membentuk seseorang untuk lebih
berjaya. Orang yang berjaya belajar dari kesilapan dan memperbaiki kesilapan yang lalu, ia
merupakan satu proses yang normal di dalam kehidupan.

Saya boleh simpulkan seperti bayi yang mengalami proses membalikkan badan, memajukan
badan, bertatih, berjalan dan berlari. Seharusnya akan ada ketika bayi tersebut akan jatuh dan
mengambil pengajaran dari kesilapan yang menyebabkan dia jatuh. Selalunya bayi itu akan
memperbaiki lagi dan lagi supaya dia dapat mencapai matlamat iaitu berlari. Tetapi haruslah
langkah itu bermula secara berperingkat-peringkat dengan cara yang sepatutnya. Adalah
mustahil sekiranya bayi yang dilahirkan terus boleh mencapai tahap berlari. Begitu juga
dalam ilmu pelaburan, anda harus mengalami proses meniarap, bertatih, berjalan dan berlari.

Untuk mengaitkan bagaimana anda ingin mencuba-cuba untuk bermain dengan pelaburan
yang berisiko sederhana dan tinggi, anda boleh menggunakan Tabung Simpanan Jangka
Panjang untuk Simpanan. Sekiranya anda jatuh daripada permainan pelaburan ini, bukanlah
keseluruhan kewangan anda jatuh tapi hanya 5 peratus daripada jumlah yang sebenar. Jadi
usaha untuk bangun kembali adalah tidak terlalu susah kerana melibatkan jumlah wang yang
minima. Orang kaya tidak mengenal erti putus asa, setiap masalah ada jalannya.

Mungkin anda biasa merungut tentang kenaikkan harga rumah yang melonjak terlalu tinggi,
pasaran saham yang jatuh menjunam, pelaburan yang tidak mendatangkan hasil malahan
terjerat dalam hutang yang digunakan untuk pelaburan. Jadi, itulah guna mempunyai minda
kewangan yang baik kerana anda akan tahu untuk mengunakan sistem dengan keadaan yang
terjadi. Ia lebih mudah membina sistem untuk diri sendiri daripada cuba untuk melawan
sistem yang telah wujud untuk berubah mengikut kehendak anda. Setiap sistem yang dibina
oleh manusia akan mempunyai kelemahan yang tersendiri dan dari situlah anda membentuk
sistem untuk mengambil kelemahan tersebut untuk dijadikan kelebihan kepada anda.

Untuk menjadi seorang yang berjaya, anda haruslah mempunyai fikiran seperti orang yang
berjaya. Ini kerana anda hanya menunggu menggunakan akal untuk mencari wang sahaja.
Orang yang kaya boleh hilang sekelip mata wangnya dari kocek sekiranya tidak mempunyai
fikiran yang mampu melindungi wangnya.

64 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

"Janganlah berfikiran bahawa anda perlu menjadi seorang


kaya sebelum boleh menjadi seorang pelabur. Anda PERLU
BELAJAR untuk menjadi seorang pelabur jika anda ingin
menjadi seorang yang kaya."
Warren Buffet.

Sebelum anda menjurus kepada pelaburan, ada beberapa perkara yang harus anda
titikberatkan iaitu ada tiga jenis kategori pelabur iaitu melabur untuk keuntungan modal,
melabur hanya untuk aliran tunai atau melabur untuk keuntungan modal dan aliran tunai.
Jadi, apakah kategori anda?

Mula Mencipta Rangkaian

Adalah amat penting untuk membina rangkaian yang meliputi pengurus bank, jurunilai,
perunding hartanah, peguam, ejen insuran, perunding percukaian dan sahabat yang mampu
melebarkan kekayaan anda. Namun harus diingat, rangkaian anda merupakan orang yang
senang untuk dihubungi, anda percayai dan memberi nasihat yang benar-benar menolong
anda. Sebagai contoh, pilihlah peguam yang benar-benar melindungi aset anda dan bukannya
yang ingin melenyapkan aset anda.

Ramai orang berkata bahawa untuk melihat anda dimasa hadapan maka lihatlah siapa yang
selalu berada bersama anda dan bagaimanakah keadaan sekeliling anda. Sebagai contoh,
walaupun pada masa ini anda belum ada sebuah hartanah dan amat inginkan sebuah hartanah
maka anda harus berkawan dengan orang yang membina portfolio hartanah. Ini akan
memberi gambaran dan semangat bagaimana untuk mencapai matlamat dalam membeli
sebuah hartanah yang mungkin bermula dengan flat kos rendah. Begitu juga apabila anda
dikelilingi oleh kawan-kawan yang negatif, peratusan yang memungkinan anda akan
mengikut jejak mereka adalah tinggi. Mungkin tidak seteruk mereka tetapi akan ada terkesan
walaupun sedikit. Oleh itu, mulalah membina rangkaian yang positif untuk anda berada pada
kedudukkan yang positif.

Rasullah SAW bersabda “Aidaikata engkau berjalan,


kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan,
maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersolat seratus
rakaat”. Hadis Riwayat Ibnu Abdul Barr.

Ini bertujuan untuk berkongsi kelebihan seseorang untuk manfaat kepada anda. Anda juga
tahu bahawa kita tidak akan tahu semua perkara dan akan mengambil masa yang panjang
untuk belajar, untuk memendekkannya belajarlah dari orang lain yang mempunyai kepakaran
dalam bidangnya yang tersendiri. Walaupun anda tidak akan menjadi seperti rangkaian anda,
sekurang-kurangnya anda akan tahu ilmu tersebut walaupun hanya peringkat luarannya
sahaja. Sekiranya anda mula berminat, maka anda boleh mendalaminya untuk mengetahui
lebih lanjut tentang ilmu tersebut. Hebat bukan?

Berjinak-jinak Dengan Pelaburan Berisiko Rendah

Untuk membuat pelaburan, anda seharusnya mempunyai ilmu tentang pelaburan. Ilmu ini
bukannya anda dengar bersandarkan dari penceritaan orang lain tetapi anda sendiri faham
tentang porfolio pelaburan tersebut. Tetapi untuk pelaburan yang berisiko rendah, anda tidak
perlu bersusah payah untuk memahami porfolio pelaburan tersebut. Cukup sekadar
memahami konsep pelaburan dan sejarah keuntungan yang diberi.

Saya berpendapat bahawa pelaburan berisiko rendah adalah satu pelaburan yang tidak
memerlukan anda mengambil tahu tentang syarikat tersebut dan memantaunya setiap minggu
atau bulan. Cukup untuk beberapa tempoh, terdapat pulangan yang diterima. Seperti yang kita

65 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

ketahui bahawa setiap pelaburan yang berisiko rendah akan memberi pulangan yang rendah.
Kita masih bersyukur kerana di Malaysia masih mempunyai beberapa pelaburan yang
memberi pulangan yang baik dengan risiko yang rendah. Antara pelaburan berisiko rendah
yang wujud di Malaysia adalah:

1. Koperasi dan Bank Koperasi

Di Malaysia mempunyai jumlah koperasi yang cukup banyak, ini menunjukkan bahawa
anda mempunyai banyak peluang untuk melabur. Anda haruslah menjadi ahli kepada
koperasi tersebut dan ada sesetengah koperasi yang anda tidak dapat menganggotainya
walaupun anda mempunyai wang seperti Koperasi Tentera (anda haruslah tentera atau
bekas tentera), Koperasi Felda (anda haruslah peneroka dan anak peneroka), Koperasi Guru
(anda haruslah guru atau bekas guru) dan bermacam-macam lagi yang menjadikan mustahil
untuk anda menganggotainya. Tetapi anda janganlah bersedih hati kerana ada juga koperasi
yang bersifat bank koperasi iaitu Bank Rakyat, Bank Persatuan dan Bank Angkasa (dalam
proses pengaktifan) yang membenarkan anda membeli syer-syer yang ditawarkan dengan
syarat-syarat yang sedikit longgar.

Nama koperasi Kedudukan tahun sebelumnya


2013 2012 2011 2010 2009 2008
Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad 1 1 1 2 2 2
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank 2 2 2 1 1 1
Rakyat)
Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad 3 4 4 - - 3
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad 4 5 5 3 3 4
Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad 5 17 8 10 9 5
Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad 6 3 3 4 4 8
Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) 7 6 7 7 6 6
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad 8 13 10 6 8 9
(ANGKASA)
Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad 9 8 9 9 11 13
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad 10 7 12 5 5 7
Indeks 10 koperasi terbaik Malaysia

Secara asasnya, sesebuah koperasi diukur berdasarkan 3 kriteria iaitu penentuan koperasi
berjaya (penentuan nisbah koperasi, penentuan faktor kewangan dan penentuan faktor
bukan kewangan), penentuan perolehan koperasi dan penentuan faktor-faktor lain.

Sebagai contoh, Bank Rakyat merupakan bank koperasi yang memberi satu pelaburan yang
mempunyai risiko rendah tetapi mempunyai pulangan yang amat baik. Ini dapat dilihat
dengan rekod pemberian dividen yang kompetatif. Anda boleh melihat sejarah pemberian
dividen oleh Bank Rakyat.

Dengan hanya pembelian syer serendah RM500, anda sudah mampu mendapat pulangan
yang baik. Walaubagaimanapun, ada beberapa sekatan ke atas penambahan syer di dalam
bank koperasi ini seperti penerimaan pulangan dividen akan didebitkan ke akaun simpanan
dan bukannya ke dalam penambahan nilai syer, jumlah syer yang sudah penuh dan
mempunyai senarai yang cukup panjang untuk penambahan modal. Maka tidak hairanlah
Bank Rakyat menjadi satu bank koperasi yang terbaik di Malaysia.

Tahun Kadar dividen keseluruhan %


2013 15
2012 18
2011 20

66 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

2010 15
2009 15
2008 15
2007 20
2006 15
2005 15.5
2004 15
2003 15
2002 15
2001 15
2000 15
1999 15
1998 8
1997 20
Sejarah Pemberian Dividen oleh Bank Rakyat

Bank Persatuan juga memberi pulangan yang agak baik namun masih belum dapat
menandingi pulangan dividen dari Bank Rakyat. Buat masa sekarang, rekod pemberian
dividen Bank Persatuan berada dikelompok 6% hingga 10%. Berita baiknya Bank
Persatuan ini masih mempunyai kekosongan syer yang masih banyak. Ini mungkin
disebabkan pemberian dividen yang masih belum melepasi kadar 10% ke atas. Tetapi tidak
salah untuk menyimpan amaun yang sedikit sambil memantau perkembangan semasa bank
koperasi ini.

Tahun Dividen %
2012 6
2011 6
2010 6.5
2009 10
Sejarah Pemberian Dividen oleh Bank Persatuan

Beberapa kelemahan ketara dalam koperasi dan bank koperasi ialah kecairan pengeluaran
yang rendah. Ini menjadikan ramai pelabur berkira-kira untuk melabur sekiranya pulangan
yang diberi berada di tahap yang biasa-biasa sahaja. Namun harus diingat, terdapat juga
koperasi yang mempunyai rekod yang tidak baik dan seterusnya akan ditutup.

2. Tabung Haji (TH)

Secara ringkasnya Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah Institusi Kewangan Islam di
Malaysia yang mempunyai dana melebihi RM 41 bilion. Ia bermula pada tahun 1963 dalam
menyediakan depo perkhidmatan dan operasi haji serta pelaburan. Beberapa sektor bidang
pelaburan yang diceburi ialah perladangan, pembangunan hartanah dan pembinaan,
kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas, perkhidmatan perlancongan dan
makanan halal.

Beberapa anak syarikat yang bernaung di bawah Tabung Haji ialah TH Properties Sdn.
Bhd., TH Travel and Services Sdn. Bhd., TH Hotel and Residence Sdn. Bhd., Theta Edge
Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, BIMB Holding Sdn. Bhd. dan Syarikat Takaful
Malaysia Berhad.

Tahun Dividen % Bonus % Dividen + Bonus


1995 9.5 9.5
1996 9.5 9.5

67 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

1997 9.5 9.5


1998 8.0 8.0
1999 8.0 8.0
2000 5.5 5.5
2001 3.25 3.25
2002 3.5 3.5
2003 4.0 4.0
2004 4.3 4.3
2005 4.5 4.5
2006 4.75 4.75
2007 5.0 2.0 7.0
2008 9.5 9.5
2009 9.5 9.5
2010 9.5 9.5
2011 8.0 8.0
2012 6.5 1.5 8.0
2013 6.0 2.0 8.0
Sejarah Pemberian Dividen oleh TH

Berdasarkan jadual di atas, anda dapat melihat TH sudah mempunyai rekod yang panjang
dan dana yang banyak untuk menarik ramai pelabur. Tambahan pula, dana tersebut banyak
disumbangkan oleh bakal-bakal haji. Simpanan ini sudah dibuat potongan zakat simpanan
secara automatik oleh pihak Tabung Haji.

3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KWSP diwujudkan untuk melindungi pekerja-pekerja swasta dengan mengambil


sebahagian potongan daripada gaji pekerja dan tambahan daripada pihak majikan.
Tujuannya untuk menyediakan satu dana persaraan kepada pekerja-pekerja swasta di mana
amat berbeza dengan kakitangan kerajaan yang mempunyai pencen. Ia dipecahkan kepada
2 akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.

Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan untuk 2 keadaan iaitu pelaburan unit amanah
(keuntungan dan prinsipal akan dimasukkan kembali) dan anda sudah mencapai tahap
umur yang dibenarkan. Akaun 2 pula lebih fleksibel iaitu untuk melanjutkan pengajian,
menyelesaikan pinjaman rumah, mengurangkan pinjaman rumah dan pernah satu ketika ia
boleh digunakan untuk membeli sebuah komputer.

Wang simpanan yang di simpan dalam dana KWSP ini haruslah dibuat potongan zakat
pada setiap tahun ataupun dari jumlah yang dikeluarkan. Ini kerana terdapat perbezaan
pendapat mengenai cara pembayaran zakat KWSP.

Di bawah ini merupakan satu senarai yang amat panjang untuk meihat kadar dividen yang
diberikan oleh pihak KWSP.

Tahun Kadar Dividen (%)


1952 sehingga 1959 2.50
1960 sehingga 1962 4.00
1963 5.00

68 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

1964 5.25
1965 sehingga 1967 5.50
1968 sehingga 1970 5.75
1971 5.80
1972 sehingga 1973 5.85
1974 sehingga 1975 6.60
1976 sehingga 1978 7.00
1979 7.25
1980 sehingga 1982 8.00
1983 sehingga 1987 8.50
1988 sehingga 1994 8.00
1995 7.50
1996 7.70
1997 sehingga 1998 6.70
1999 6.84
2000 6.00
2001 5.00
2002 4.25
2003 4.50
2004 4.75
2005 5.00
2006 5.15
2007 5.80
2008 4.50
2009 5.65
2010 5.80
2011 6.00
2012 6.15
2013 6.35
Sejarah Pemberian Dividen oleh KWSP

4. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pada 2 Januari 1990, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah melancarkan satu dana
untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur bumiputera. Ia merupakan satu unit amanah saham
untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-
pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang rendah.
ASB merupakan satu platform unit amanah yang amat berisiko rendah dan di samping itu
juga terdapat beberapa kelebihan yang tidak ada pada unit amanah lain. Disini saya
senaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan ASB ini.

Kelebihan
• di jamin oleh kerajaan (risiko yang amat rendah)
• kadar dividen yang baik (10% – 7%)
• kadar bonus yang baik (6% – 1%)
• kadar kecairan yang tinggi
• tidak melibatkan kos pembelian dan penjualan
• boleh dijadikan sebagai sijil (untuk overdraf mahupun cagaran kepada bank)

Kekurangan
• tidak mengikut shariah (2013 - lebih 30% tidak patuh shariah)
• simpanan tidak di bayar zakat
• terdapat perbezaan fatwa iaitu HARUS dan HARAM

69 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Tahun Dividen Bonus Jumlah Dividen + Setelah dikenakan zakat


Bonus simpanan (2.5)
2014 7.70 1.00 8.70 6.20
2013 7.75 1.15 8.90 6.40
2012 7.70 1.25 8.95 6.45
2011 7.65 1.25 8.90 6.40
2010 7.50 1.25 8.75 6.25
2009 7.30 1.25 8.50 6.00
2008 7.00 1.75 8.75 6.40
2007 8.00 1.00 9.00 6.50
2006 7.30 1.25 8.55 6.05
2005 7.25 1.75 9.00 6.50
2004 7.25 2.00 9.25 6.75
2003 7.25 2.00 9.25 6.75
2002 7.00 2.00 9.00 6.50
2001 7.00 3.00 10.00 7.50
2000 9.75 2.00 11.75 9.25
1999 8.50 1.50 10.00 (+2 b. istimewa) 9.50
1998 8.00 2.50 10.50 8.00
1997 10.25 1.25 11.50 9.00
1996 10.25 3.00 13.25 10.75
1995 10.00 3.00 13.00 10.50
1994 9.50 4.50 14.00 11.50
1993 9.00 4.50 13.50 11.00
1992 7.50 5.00 12.50 10.00
1991 8.50 4.00 12.50 10.00
1990 8.00 6.00 14.00 11.50
Sejarah Pemberian Dividen oleh ASB selepas ditolak zakat

5. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Pada 29 November 2010, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) telah melancarkan satu dana
untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur bumiputera. Ia merupakan satu unit amanah saham
yang berlandaskan shariah dan membuat pelaburan yang lebih tertumpu kepada hartanah-
hartanah komersil yang terletak dipelbagai lokasi utama di Malaysia.

Kadar dividen akan diberi dua kali setahun yang menyasarkan tanda aras 6 peratus
setahun. Kadar bayaran untuk membuka akaun baru ialah sebanyak RM 500 bersamaan
500 unit saham. Wang dividen akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan (Maybank)
secara terus dan anda haruslah menambah dana syer secara manual dengan mengunjungi
cawangan Maybank yang berdekatan.

Di antara hartanah-hartanah komersial yang disewakan ialah CP Tower di Petaling Jaya,


26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya, Tesco Setia Alam dan
Kompleks Industri Shah Alam.

Bulan & Tahun Dividen setiap ½ tahun Dividen Tahunan


Mac 2011 2.17 5.42
September 2011 3.25
April 2012 3.25 6.5
October 2012 3.25
Mac 2013 3.25 7.5

70 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

October 2013 3.25 + 1.00 (bonus)


April 2014 3.3
Sejarah Pemberian Dividen oleh AHB

Berdasarkan jadual di atas, anda dapat melihat AHB ini belum mempunyai rekod yang
belum kuat untuk menarik ramai pelabur. Tambahan pula, hartanah tersebut bukanlah
milik anda secara mutlak. Simpanan ini sudah dibuat potongan zakat simpanan secara
automatik oleh pihak PHB.

6. Amanah Saham Bumiputera 2

Pada 02 April 2014, dana terbaru dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dikenali
sebagai Amanah Saham Bumiputera 2 telah dilancarkan. Kepada sesiapa yang membeli
dana ini bermula semalam sehingga 31 Disember 2014, pihak PNB akan memberi 10 unit
secara percuma iaitu bersamaan dengan RM10. Ia menyasarkan untuk golongan yang
berada dipertengahan umur iaitu 19 sehingga 34 tahun. Nampaknya unit amanah ini dilihat
agak agresif jika dilihat pada tahap sasaran umur.

Jika dilihat kepada Tahun Kewangan Berakhir, iaitu pada 31 Mac maka dividen akan
dikeluarkan pada bulan April atau bulan 5 (dalam jangkaan). Ini memungkinkan para
pelabur mempunyai dua pendapatan pasif dalam setahun (itupun kalau ASB sudah banyak
dan ASB2 untuk tambahan). Bulan 1 dividen ASB dan bulan 5 dividen ASB2, nampak
menarik bukan? Namun begitu, tidak dinyatakan kedua-dua dana ini adalah patuh shariah.

Namun, harus di ingat.. unit amanah ini masih baru. Di harap pihak PNB akan mengambil
berat tentang isu ini iaitu patuh shariah. PNB harus mengambil pendekatan untuk
menawarkan unit amanah yang patuh shariah dengan pulangan dividen yang positif.

7. Deposit Tetap (Fixed Deposit)

Secara amnya, untuk rakyat Malaysia yang bukan bumiputera mempunyai pilihan untuk
meletakkan pelaburan berisiko rendah ke dalam deposit tetap. Ini kerana pulangannya
adalah jauh lebih baik daripada menyimpan tunai dalam akaun simpanan biasa. Namun
begitu, deposit tetap juga mempunyai dua jenis iaitu konvensional dan Islamik.

Deposit tetap merupakan satu perjanjian dengan pihak bank yang memerlukan anda
melihat pada pecahan keuntungan anda dengan bank (boleh ditawarkan jumlah peratusan),
terikat dengan tempoh masa, mempunyai kadar waktu untuk matang dan jumlah
keuntungan bergantung kepada tempoh perjanjian yang diikat. Oleh itu, anda boleh
beranggapan bahawa deposit tetap ini amat kurang fleksibel jika dibandingkan dengan
pelaburan-pelaburan berisiko yang lain.

Namun begitu, deposit tetap adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
(PIDM) sebanyak RM 250,000 pada sesebuah bank. Perlindungan ini adalah automatik
tanpa melibatkan sebarang caj terhadap deposit tetap anda. Beberapa contoh untuk
menunjukkan berapa kadar keuntungan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Jenis Bank Kadar keuntungan Kadar keuntungan


(1 bulan) (12 bulan)
Bank Rakyat - Makeen 0.268% 3.26%
Affin Islamik GIA 0.251% 3.06%
Public Bank Golden 50 Plus 0.255% 3.10%
Jenis Bank Kadar keuntungan Kadar keuntungan
(6 bulan) (12 bulan)

71 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Bank Rakyat - 6 bulan 1.858% 3.75%


Affin/Affin Islamik 1.617% 3.26%
Jenis Bank Kadar keuntungan Kadar keuntungan
(9 bulan) (12 bulan)
Bank Rakyat - 9 bulan 2.874% 3.85%
Jenis Bank Kadar keuntungan
(12 bulan)
Bank Rakyat - 12 bulan 4.01%
Affin/Affin Islamik GIA - 12 bulan 3.60%
Kadar keuntungan untuk deposit tetap

Saya pernah mendapat tawaran dari sebuah bank luar negara yang menawarkan kadar
keuntungan sebanyak 7% setahun. Namun begitu, anda harus mempunyai wang sebanyak
RM 200,000 untuk masuk dalam tawaran yang ingin diberi. Malahan, pihak bank tersebut
membuat pecahan iaitu RM100,000 untuk unit amanah dan RM100,000 untuk simpanan
dalam deposit tetap.

"Untuk mendengar nasihat mengenai pelaburan -


SENTIASA dengar daripada orang yang berpakaian
sederhana tetapi KAYA dan bukannya Penasihat Kewangan
yang berpakaian MEWAH tetapi sebenarnya MISKIN."
Sifu' See

Mula Berjinak-jinak Dengan Hartanah

Anda mungkin boleh melihat senario sekarang bahawa nilai hartanah agak mengila sejak
kebelakangan ini. Namun begitu, adakah anda ada membeli sebiji rumah untuk dibuat sebagai
pelaburan sebelum ini (stabil dan dijangka) walaupun ia hanyalah sebuah flat kos rendah?
Mungkin ramai daripada anda akan mengatakan tidak bukan? Semasa saya menulis buku ini,
saya sudah memiliki dua buah hartanah yang mempunyai nilai melebihi 1 juta. Hartanah
pertama saya merupakan sebuah teres dua tingkat yang saya duduki sehingga kini
(kemungkinan akan disewa untuk mengubah daerah tempat tinggal) dan sebuah banglo dua
setengah tingkat yang merupakan milikan bersama (isteri dan saya) yang memberikan nilai
positif kepada aliran kewangan saya. Ya, saya sering mendengar daripada nasihat pakar-pakar
hartanah yang menyatakan bahawa untuk membeli hartanah haruslah berpegang kepada 2
prinsip ini iaitu lokasi dan ilmu . Oleh itu, saya mula bermain-main dengan bidang hartanah
di atas beberapa faktor iaitu:
 Nilai hartanah adalah kalis Inflasi
 Nilai hartanah sentiasa meningkat dan dapat dijangka
 Kaedah Guna Wang Orang Lain (Others People Money - OPM)
 Pulangan pelaburan adalah menakjubkan (Return of Investment – ROI)
 Urusan hanya sekali, dapat pulangan banyak kali
 Mencipta pendapatan pasif yang berterusan (jangka pendek dan panjang)
 Dapat memenuhkan kolum pada bahagian aset
 Sesuatu pelaburan yang dapat dikawal, dilihat dan disentuh

Ini memberi semangat yang positif untuk memenuhkan slot-slot pelaburan dan punca
pendapatan pasif saya. Saya mengambil pendekatan yang mudah iaitu mempunyai nilai RM1
juta pada setiap pelaburan yang akan menjadi pendapatan pasif saya dikemudian hari.
Bukanlah saya mengejar dunia semata-mata tetapi saya memilih untuk menjadi seorang
manusia yang tangannya pada kedudukan memberi dan bukannya kedudukan menerima. Saya
tidak mahu menjadi seorang yang 'dikawal' hidupnya tetapi saya yang 'mengawal' hidup
sendiri berlandaskan cara hidup Islam. Untuk hartanah, saya memilih untuk memilih

72 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

berdasarkan nilai hartanah dan bukannya kuantiti hartanah. Sebagai contoh, saya lebih suka
memiliki satu hartanah yang bernilai RM200,000 yang memberi pulangan RM1,000 sebulan
daripada memiliki 5 hartanah yang berharga RM20,000 setiap satunya memberi pulangan
sebanyak RM200. Ini memberi kuasa untuk 'mengawal' hartanah tersebut tanpa meletakkan
terlampau banyak masa untuk menguruskannya.

Hartanah menjadi satu daya tarikan kepada para pelabur di atas dua sebab iaitu:
 Boleh dijadikan sebagai pendapatan pasif yang berpanjangan dengan menerima sewa
setiap bulan.
 Menikmati peningkatan harga modal untuk dijual pada waktu yang diingini.

Beberapa keratan akhbar The Star mengenai hartanah. Keratan ini di ambil pada awal tahun
2014.

Keratan akhbar The Star (2014)

73 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Keratan akhbar The Star (2014)

Mungkin apabila anda membaca buku ini, anda begitu teruja untuk membuat pelaburan
hartanah. Untuk anda yang mempunyai wang, rasanya tidak perlu bersusah payah untuk
menambah slot pada bahagian aset. Untuk sesiapa yang masih berfikir-fikir tentang
keupayaan diri untuk membeli hartanah. Beberapa tips yang ingin saya berikan untuk
menarik pihak bank adalah:
 Corak perolehan pendapatan anda setiap bulan (kontrak, tidak menentu atau tetap).
 Objektif anda (duduk sendiri atau disewa).
 Nilai komitmen hutang tidak melepasi 40% dari pendapatan.
 Kemampuan anda untuk membayar ansuran, penyelenggaraan, cukai tanah. cukai
pintu dan lain-lain kos lagi.
 Ilmu anda mengenai hartanah.
 Adakah anda tergolong pelanggan yang menguntungkan di mata pihak bank.
 Lokasi rumah anda.

74 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Keratan akhbar The Star (2014)

Untuk memudahkan anda, disini saya senaraikan Pinjaman Secara Fleksibel (Flexi Loan)
untuk memudahkan anda membuat perbandingan berdasarkan senarai yang diambil pada
tahun 2014. Anda akan melihat pengurangan atau kenaikkan pada bahagian jumlah bayaran
dan bayaran bulanan walaupun kadar faedah adalah kurang atau bertambah kurang dari 1
peratus. Semua pinjaman perumahan ini dikira berdasarkan jumlah pinjaman yang dipohon
sebanyak RM450,000 dan tempoh pinjaman adalah 20 tahun.

Bank Kadar Jumlah Bayaran Bayaran


Faedah Bulanan
Alliance Bank 'SaveLink Home Loan' 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57
Alliance Bank 'SaveLink Option' 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57
Alliance Bank 'i-Wish Flexi' 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57
Ambank BBA Homelink 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57
Ambank Flexi 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57
Ambank Home Link 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57
Hong Leong Mortgage Plus 4.2% RM665,896.39 RM2,774.57
Citibank FlexiHome 4.25% RM668,773.23 RM2,786.56
HSBC HomeSmart 4.25% RM668,773.23 RM2,786.56
Hong Leong KLIBOR 4.29% RM671,079.69 RM2,796.17
Affin Bank Solution Plus 4.3% RM671,657.00 RM2,798.57
CIMB Commodity 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69
CIMB Home Flexi 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69

75 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Public Bank ABBA 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69


Public Bank HomeSave 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69
Public Bank Home-Term Equity 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69
RHB My1 Home Loan 4.4% RM677,445.35 RM2,822.69
Sumber daripada laman seSAWang savemoney.my

Adakah anda masih ingat bahawa saya ada menyarankan kepada anda untuk mengambil
pinjaman yang dikira secara kadar harian dan anda akan mempunyai banyak kelebihannya.
Disini saya menyediakan satu contoh apakah yang terjadi sekiranya pinjaman perumahan
dibayar secara tambahan dengan menggunakan kaedah pinjaman yang dikira secara kadar
harian. Ia dikira berdasarkan jumlah pinjaman RM200,000 dan kadar faedah adalah 4.5
peratus setahun.

Bayaran Bayaran Jumlah Di Penjimatan Tempoh


Bulanan Secara Lebih Bayar Kadar Faedah (Tahunan)
RM1,013.37 - RM364,813.20 - 30
RM1,013.37 RM500 RM276,698.35 RM88,114.85 16
RM1,013.37 RM1,000 RM250,679.14 RM114,134.06 11
RM1,013.37 RM1,500 RM237,976.79 RM126,838.41 8
RM1,013.37 RM2,000 RM230,416.12 RM134,397.08 7
Sumber daripada laman seSAWang savemoney.my

Namun begitu, sebelum anda ingin membuat sebarang pinjaman daripada bank. Anda
seharusnya menyelidik beberapa perkara sebelum pergi berjumpa dengan pihak bank yang
diingini. Antaranya ialah:
 Berapakah komitmen anda? (anda harus tahu berapakah nilai pinjaman yang boleh
anda ambil dengan bertanya kepada pihak bank)
 Berapakah umur anda? (Semakin tua umur anda, semakin pendek tempoh pinjaman
yang boleh diambil)
 Adakah cukai peribadi anda berbayar?
 Adakah anda seorang yang bertanggungjawab kepada hutang anda?
 Memilih beberapa bank untuk memberi plan-plan pinjaman yang wujud. (Lagi
banyak, lagi bagus)
 Sentiasa bersiap sedia dari segala segi apabila berjumpa dengan pihak bank.
 Membuat penilaian kewangan anda dengan menyatakan aset dan liailiti. (dalam
bentuk hitam putih beserta dokumen sokongan)
 Mencuba untuk mendapatkan pengurangan kadar faedah. (tawar menawar dengan
pihak bank)
 Lokasi hartanah anda. (terdapat bank yang memilih kawasan hartanah)

Dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada sektor hartanah, mungkin anda mempunyai idea
untuk memiliki hartanah pertama anda. Saya amat berharap anda memiliki hartanah yang
merupakan aset dan bukanlah hartanah yang menjadi liabiliti anda. Mencari penyelesaian
adalah lebih baik daripada mencipta alasan. Semoga berjaya!

Membina Kuasa Keuntungan Berkompaun

Jika anda ingin hidup dengan pendapatan pasif, maka membina kuasa keuntungan
berkompaun adalah satu kemestian untuk wang bekerja untuk anda. Ia merupakan satu
penambahan keuntungan daripada wang pokok. Namun begitu, keuntungan tersebut dibiarkan
atau dimasukkan kembali untuk penambahan kepada wang pokok. Ia boleh diibaratkan
mengunci peti besi wang pokok malahan wang keuntungan dimasukkan kembali untuk
mempercepatkan penambahan wang pokok sehingga jumlah matlamat yang diingini sudah
tercapai.

76 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Saya ada menceritakan kepada anda bahawa saya ingin setiap bakul pelaburan saya
berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta. Jadi itu matlamat saya yang ingin saya capai dan
pada umur 50 tahun saya ingin mempunyai simpanan sebanyak itu. Adakah mustahil? Ya jika
saya tidak tahu berapa jumlah harus di simpan dan tidak sekiranya saya tahu berapa jumlah
yang ingin saya capai. Andaikan ketika ini saya berumur 30 tahun maka saya mempunyai
baki 20 tahun untuk mencapai jutawan. Secara asas kiraan adalah:

RM1,000,000.00 / 240 bulan (20 tahun) = RM4,166.67 (sebulan)

Jumlah yang agak besar pada pemikiran saya dan setentunya saya tidak memiliki jumlah
pendapatan sebanyak itu pada waktu buku ini di tulis. Jadi, bagaimana saya ingin
mempercepatkan matlamat saya. Seperti yang saya beritahu, saya menggunakan kuasa
keuntungan berkompaun untuk mempercepatkan jumlah RM1 juta dapat dicapai. Dua tips
dalam permainan ini ialah simpanan yang tetap dan kadar keuntungan tahunan yang
diperolehi. Sila lihat jadual dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Jumlah simpanan bulanan RM 4,166.67 (RM 50,000 setahun)


Tahun Kadar 5% 10% 15%
Keuntungan →
1 RM50,000 RM52,500.00 RM55,000.00 RM57,500.00
2 RM50,000 RM107,625.00 RM120,000.00 RM123,625.00
3 RM50,000 RM165,506.25 RM187,000.00 RM199,668.75
4 RM50,000 RM226,281.56 RM260,700.00 RM287,119.06
5 RM50,000 RM290,095.64 RM341,770.00 RM387,686.92
6 RM50,000 RM357,100.42 RM430,947.00 RM503,339.96
7 RM50,000 RM427,455.44 RM529,041.70 RM636,340.95
8 RM50,000 RM501,328.21 RM636,945.87 RM789,292.09
9 RM50,000 RM578,894.62 RM755,640.46 RM965,185.90
10 RM50,000 RM660,339.35 RM886,204.51 ≥ RM1 juta
11 RM50,000 RM745,856.38 ≥ RM1 juta
12 RM50,000 RM835,649.20
13 RM50,000 RM929,931.66
14 RM50,000 ≥ RM1 juta

Simpanan setahun adalah RM50,000 dan akan dicampur dengan jumlah berdasarkan kadar
keuntungan yang diperolehi pada setiap tahun. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kadar
keuntungan yang diperoleh maka makin cepat matlamat RM1 juta dapat dicapai dengan
jayanya. Jadi, sekiranya anda ingin mencapai matlamat jutawan dengan lebih cepat maka
anda harus mencari pelaburan yang memberi anda kadar keuntungan yang lebih tinggi dari
kadar inflasi. Dari jadual di atas menceritakan bahawa dengan membina wang dari kadar
keuntungan, maka anda dapat mempercepatkan capaian RM1 juta sehingga 6 tahun walaupun
hanya 5 peratus kadar keuntungan yang diberi. Ini menunjukkan bagaimana wang bekerja
untuk anda!

Cara kedua pula merupakan satu kaedah yang menunjukkan berapa tahun anda capai RM1
juta berdasarkan jumlah simpanan yang di simpan. Kadar 10 peratus dijadikan sebagai
penanda aras. Sila lihat jadual di bawah.

Tahun Simpanan bulanan Kadar Keuntungan Jumlah Pulangan


%
30 RM500 (RM6,000 setahun) 10 ≥ RM1 juta
23 RM1,000 (RM12,000 setahun) 10 ≥ RM1 juta
21 RM1,500 (RM18,000 setahun) 10 ≥ RM1 juta

77 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

17 RM2,000 (RM24,000 setahun) 10 ≥ RM1 juta

Ia menunjukkan dengan jelas bahawa sekiranya jumlah simpanan yang tetap akan
mempercepatkan anda menjadi seorang jutawan dan dapat hidup dengan pendapatan pasif.
Tentu anda amat gembira sekiranya anda sudah boleh bersara dari bekerja dengan orang lain.
Anda mungkin mengatakan bahawa tidak mungkin anda dapat menyimpan sejumlah wang
dengan begitu banyak pada masa sekarang. Ini ada tips untuk anda iaitu anda boleh membuat
simpanan secara peratusan (jumlah peratusan bergantung kepada berapa cepat anda ingin bina
matlamat pendapatan pasif) dan setentunya pendapatan anda akan naik secara berperingkat-
peringkat. Mungkin pada tahun pertama, pendapatan anda hanya bermula RM900.

Kemungkinan lagi 5 tahun, pendapatan anda sudah mencecah RM1,500. Jadi sudah tentu
anda boleh menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak. Sekiranya pada tahun pertama
anda sudah membuat simpanan sebanyak 30 peratus (RM270) maka pada tahun kelima anda
harus mengekalkan jumlah simpanan iaitu sebanyak 30 peratus (RM450). Semakin tinggi
jumlah pendapatan yang diperolehi maka makin banyak simpanan yang boleh dilakukan.
Menarik bukan?

Pelaburan Pasaran Saham

Walaupun saya belum menjejaki ke alam permainan pelaburan saham, saya masih berminat
ke atas pelaburan ini kerana ada bukti para jutawan yang lahir dari pelaburan saham seperti
Warren Buffet. Seperti yang anda ketahui bahawa saya membina slot-slot pelaburan dari
semasa ke semasa. Anda pun sudah tahu bahawa slot hartanah sudah saya capai dengan
memiliki hartanah yang bernilai melebihi daripada RM1 juta.

Saya selalu menjeling-jeling ke atas pelaburan saham kerana ia mempunyai tarikan yang
tersendiri dan membenarkan saya bermain-main untuk menambahkan ilmu pelaburan. Saya
akui terdapat ahli keluarga saya dan kenalan yang kerugian apabila bermain saham. Mungkin
kecetekkan ilmu atau perasaan agak-agak yang menyebabkan mereka kerugian untuk
menjana wang dari pelaburan ini. Anda pun dapat mengagak tabung manakah yang akan saya
guna untuk bermain-main dengan pelaburan ini. Ya, setentunya tabung Tabung Simpanan
Jangka Panjang untuk simpanan atau lebih dikenali dengan LTSS.

Saham memerlukan anda belajar ilmu mengenai jenis saham yang harus dibeli dan waktu
untuk membeli dan menjual (masa yang terbaik). Selain itu juga, kos-kos yang terlibat
dengan saham seperti khidmat broker, duti setem, yuran pengendalian dan cukai keuntungan
modal. Saya ada satu tips untuk anda iaitu anda boleh membuat dua portfolio pelaburan iaitu
saham dan emas atau perak kerana ia saling bersangkutan antara satu sama lain.

Apabila saham jatuh, harga emas dan perak akan naik. Begitulah sebaliknya terjadi apabila
saham mulai kukuh kembali yang akan menyebabkan harga emas dan perak akan turun. Di
samping itu juga, faktor utama yang memberi kesan kepada pasaran saham ialah ekonomi,
politik, keganasan dan virus. Pasaran saham akan hidup apabila berlakunya krisis dan
setentunya ia memerlukan anda bersedia dari segi mental, emosi dan kewangan.

Beberapa nasihat Milan Doshi untuk anda berikan jawapan sekiranya anda ingin
memperolehi duit daripada pasaran saham ialah:
 Berapa jumlah wang (pulangan jangkaan anda)?
 Berapa cepat anda ingin mencapainya?
 Berapa banyak modal yang anda ada untuk bertahan dari jangka waktu yang ingin
anda capai?
 Berapa tinggi risiko yang ingin ada hadapi? (Risiko tinggi, Pulangan tinggi)
 Berapa banyak pengetahuan anda tentang pasaran saham?

78 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

 Berapa kerap masa yang ingin anda luangkan?


 Apakah sektor atau saham yang memberi kelebihan kepada anda?
 Apakah strategi pelaburan anda terhadap pasaran saham?

Mungkin satu hari nanti, anda akan membaca buku yang akan saya bercerita mengenai
pelaburan saham pula. Kita tunggu dan lihat!

Pelaburan Emas dan Perak

Emas dan perak merupakan sejenis logam yang tidak terlalu fleksibel dan mempunyai jangka
hayat yang amat panjang kerana logam ini kalis air, udara, karat dan ia juga boleh dibentuk
mengikut kesesuaian pembuatnya. Ia selalu dikira berdasarkan ketulenan iaitu 999 adalah
paling tinggi dan 24 karat (emas).

Emas dan perak selalunya didagangkan secara:


 Fizikal (jongkong, bar, syiling, dinar, dirham, barang kemas)
 Digital (saham, ETFs, akaun simpanan, pasaran masa hadapan, sijil emas)

Mengapa emas dan perak menjadi salah satu aset pelaburan kerana ia merupakan logam yang
tidak terjejas dengan inflasi, mempunyai harga komoditi yang tersendiri dan mempunyai nilai
diseluruh dunia. Walaupun anda melihat kelebihan logam ini, ia tidak terkecuali mempunyai
kekurangan iaitu terdapat kos simpanan (fizikal), risiko yang tinggi untuk dicuri, tidak tahu
untuk memanipulasi logam ini dan terdapat banyak skim-skim yang menipu tentang logam
ini terutamanya emas.

Walaupun emas dan perak merupakan sesuatu yang boleh dijangka, diharap anda mengetahui
tentang pelaburan ini sebelum melabur secara agresif.

“Kesemua kenaikkan emas adalah berdasarkan tanggapan orang


ramai, ia bukan berdasarkan kiraan matematik. Apabila orang ramai
mula merasakan keselamatan dalam peningkatan ekonomi, ramai akan
beralih arah dari emas dan kembali ke matawang. Itulah keadaan yang
akan terjadi apabila kebanyakkan daripada anda akan kehilangan
wang pelaburan.” Dave Ramsey

79 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

BAHAGIAN KELIMA
Amalan Rohaniah yang Saya Buat Berkaitan Rezeki

“Sesungguhnya seburuk-buruk makluk melata di sisi Allah ialah mereka


yang tuli dan bisu, yang tidak menggunakan akalnya.” Surah al-Anfal,
ayat 22.

80 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Percaya dan Bertawakal Kepada Allah

Sebagai seorang Islam, saya wajib menunaikan suruhan dari Allah SWT. Namun dari sudut
rezeki, saya amat mempercayai bahawa setiap rezeki seseorang itu sudah ditentukan dari
dalam rahim lagi. Saya juga berpesan dan percaya kepada diri sendiri yang rezeki itu
datangnya dari Pencipta iaitu Allah SWT. Saya teringat akan satu potongan ayat al-Quran
mengenai hal ini.

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi


rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang
bertaqwa." Surah Thaha, ayat 132.

Berapa kuatkah anda bertawakal tentang rezeki yang datangnya dari Allah SWT? Pada diri
saya, saya beranggapan melebihi 100% malahan sepenuhnya. Allah SWT sudah menyatakan
bahawa rezeki kita sudah dicatatkan ketika dalam rahim ibu lagi. Menjadi tugas kita untuk
berusaha dan mencarinya sahaja. Disebabkan itulah saya dengan sedaya upaya mencari rezeki
dengan cara yang halal walaupun ada ketika Allah memberi sedikit ujian dari pelbagai sudut
untuk melihat ketaqwaan saya terhadapNya.

Pada mulanya saya agak sangsi dengan rezeki dan apakah panduan saya tentang rezeki. Saya
selalu membuat pelbagai kerja malahan mencari wang hingga satu tahap, saya berada di tahap
mengejar wang. Lama kelamaan saya berbalik kepada jalan yang asal iaitu al-Quran dan
hadis. Dari situ, saya mula memetik terjemahan demi terjemahan al-Quran untuk dijadikan
rujukan. Menjadi satu kesalahan kepada saya sekiranya ilmu itu saya gunakan untuk diri
sendiri tanpa memikirkan orang lain. Dengan itu, anda boleh lihat terdapat banyak terjemahan
ayat dari al-Quran di dalam buku ini. Saya juga sedaya upaya mencari petikan hadis yang
sahih untuk melengkapkan lagi rujukan kepada saya malahan kepada anda. Saya amat gusar
sekiranya petikan hadis saya adalah hadis daif (tidak kuat) dan menjadi amalan kepada anda.
Seboleh-bolehnya saya mencari hadis yang sahih supaya tidak ada pertelingkahan di
kemudian hari.

Memang tidak salah, al-Quran dan hadis adalah pelengkap kepada kehidupan. Di dalamnya
terdapat pelbagai panduan hidup, untuk buku ini saya hanya mengambil petikan berkaitan
rezeki di dunia mahupun akhirat. Dengan mempunyai panduan yang sahih, menjadikan saya
lebih bertawakal dan percaya untuk memberi kesedaran kepada anda tentang kewangan.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah kekuatan saya dalam menjadikan saya seorang yang
kuat dan tabah dalam mengurus kewangan peribadi saya. Sudah tentu saya berpegang kepada
al-Quran dan hadis. Sebelum ini, boleh dikatakan saya mencari–cari apakah pegangan saya
dalam isu kewangan. Saya sering membaca buku tentang kewangan dan ada sesetengah
daripada buku tersebut menjadi satu konflik kepada pegangan saya iaitu sebagai seorang
Islam. Jadi, saya mengambil beberapa tafsiran dari al-Quran dan hadis yang menjadi
pegangan saya dalam memberi nilai positif kepada kewangan saya dan mencampurkan
dengan ilmu dari pakar-pakar kewangan di seluruh dunia. Ini menjadi satu kayu ukur untuk
saya membuat satu keputusan yang padu mengenai jalan kewangan yang di pilih iaitu
kewangan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Berbuat Baik Kepada Ibu dan Bapa

Siapakah daripada anda yang pernah meminta doa daripada ibu bapa untuk berdoa tentang
kehidupan kewangan anda? Siapakah daripada anda pernah kedekut dengan keluarga anda?
Alhamdulillah, saya mengamalkan petua kekayaan dengan meminta supaya ibu bapa doakan
kepada saya. Selain daripada itu, saya amat berterima kasih kerana tidak pernah putus-putus
memberi wang saguhati kepada mereka.

81 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Walaupun tidak seberapa, tapi itulah salah satu kesungguhan saya untuk mengucapkan
ucapan terima kasih untuk pengorbanan ibu bapa saya pada satu ketika. Dengan sedikit usaha
dan pengorbanan yang saya lakukan, saya boleh katakan bahawa salah satu kejayaan hidup
saya berkat dari doa ibu bapa. Namun kini, pintu doa saya sudah menjadi satu kerana ayah
saya sudah meninggal dunia pada beberapa tahun yang lepas.

Saya selalu menyatakan apa yang ingin ibu saya doakan kepada saya dan dengan itu, Allah
mempermudahkan apa matlamat yang ingin saya capai. Tangga-tangga menuju matlamat
saya boleh dikatakan begitu senang untuk didaki. Seolah-olah ia datang tanpa perlu saya
tercari-cari. Ia seperti selepas selesai satu langkah, langkah seterusnya akan datang dengan
mudah. Saya cuma perlu dengan sedikit usaha untuk melangkahi anak-anak tangga matlamat
saya. Itulah kenapa saya ingin kongsikan tips ini kepada anda.

Namun begitu, sekiranya anda seorang perempuan yang sudah berkahwin. Anda boleh
beritahu apa hajat anda dan memohon supaya suami anda mendoakannya. Ini kerana sesudah
berkahwin (perempuan), maka suami anda harus diletakkan sebagai nombor satu dan ibu
bapa anda adalah nombor dua. Ini bersesuaian kerana apabila seorang lelaki berkahwin, maka
setiap tanggungan akan dipindahkan daripada seorang ayah (perempuan) kepada suami anda.

Namun, sebaliknya terjadi kepada anak lelaki yang berkahwin. Lelaki tersebut haruslah
meletakkan ibunya berada di nombor satu. Malahan ada satu petikan hadis yang menyatakan
dengan jelas bahawa seorang lelaki haruslah mentaati ibunya dengan kiraan 3 kali dan selepas
itu barulah ayahnya. Ini adalah tips untuk anda menyalurkan doa melalui orang lain untuk
kejayaan kewangan anda malahan hidup anda.

Mendoakan Rezeki Kepada Penghutang

Mungkin bahagian ini anda merasa agak janggal kerana saya menyarankan anda berdoa
kepada penghutang anda. Seperti pada bahagian terdahulu, saya ada menyatakan bahawa
rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Jadi siapakah yang memberi rezeki dan membuka
hati penghutang untuk membayar hutang anda? Setentunya Allah SWT! Jadi, mulakah doa
anda kepada mereka dan mohonlah semoga penghutang anda diluaskan pintu rezeki dan
dipermudahkan untuk membayar hutang anda. Insya'allah, dengan cara sebegini menjadikan
anda lebih percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT dan menghilangkan
kegusaran anda untuk mengutip hutang.

Mungkin anda atau saya, pernah memberi tekanan kepada penghutang untuk mengutip
kembali wang anda. Pernah bukan? Dahulu, saya sampai menekan hingga ke tahap yang tidak
sepatutnya. Ini menjadikan saya amat tertekan kerana tidak dapat kembali wang yang
dipinjamkan. Tidak salah meminta kembali wang anda kerana hutang wajib dibayar. Namun
wang itu bukanlah hak anda, ia adalah hak Allah SWT. Anda mungkin biasa mendapat wang
dari penghutang anda tetapi akhirnya wang itu hanya menyinggah sebentar kepada anda,
kemudian ia menjadi wang orang lain.

Mungkin menjadi milik saudara anda, pemilik kedai mahupun restoran, pihak klinik ataupun
sesiapa sahaja yang mungkin anda tidak kenali. Ada sesetengah kes, anda diragut ataupun
dirompak. Diharap kejadian seperti ini tidak terjadi kepada anda wahai pembaca buku saya
yang budiman.

Anda boleh mulakan doa pada bila-bila masa, ketika bangun tidur, selepas solat malahan
ketika anda mahu tidur. Terpulang kepada anda bilakah waktu yang sesuai untuk anda.
Mungkin anda boleh menambah dengan melakukan solat sunat tahajud pada malam hari
ataupun awal pagi kerana pada waktu itu adalah waktu yang paling sesuai untuk diqabulkan
doa oleh Allah SWT.

82 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Solat Sunat Dhuha

Boleh dikatakakan, saya sering melakukan solat dhuha di dalam kehidupan seharian saya dan
saya juga menjadikan solat dhuha ini menjadi amalan harian. Solat sunat dhuha merupakan
satu amalan yang sering saya lakukan sebagai satu cara saya berserah dan bertawakal kepada
Allah SWT. Ia menjadi satu kunci rahsia dan usaha dalam cabang rezeki saya. Mungkin ada
daripada anda masih samar-samar dengan cara solat sunat dhuha ini dilakukan. Secara
asasnya solat ini dilakukan secara 2 rakaat. Namun begitu, solat ini boleh dilakukan secara
gandaan iaitu 2 rakaat, 4 rakaat, 6 rakaat dan 8 rakaat. Setiap 2 rakaat akan diakhiri dengan
salam. Malahan ada juga yang berpendapat solat dhuha 12 rakaat boleh dilakukan tetapi
pendapat itu disandarkan kepada hadis yang daif atau tidak kuat.

Jadi, lebih baik saya bersandarkan kepada hadis yang kuat dan sahih dalilnya. Kalau saya
mempunyai masa yang amat suntuk, maka solat 4 rakaat sudah memadai dan jika tidak sibuk
untuk mengejar urusan-urusan seharian, maka saya lebih suka membuat 8 rakaat. Ini kerana
pada waktu solat, itulah waktu antara saya bertemujanji dengan Allah. Setentunya saya
melakukan seikhlas dan sebaik yang mungkin. Yang paling penting, niat dan jadikan sesuatu
yang baik sebagai amalan hingga ke akhir hayat. Niat solatnya adalah mudah iaitu:

"Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat, kerana Allah Ta'ala"

Sekarang anda tahu untuk melakukan solat sunat dhuha, tetapi adakah anda tahu waktu yang
disyaratkan untuk melakukannya. Tanpa menyusahkan anda tercari-cari di merata-rata
tempat, biar saya memudahkan anda. Secara ringkasnya solat dhuha adalah satu solat sunat
yang dilakukan pada waktu matahari mula naik sehingga matahari mulai condong (beberapa
waktu selepas waktu solat subuh dan beberapa waktu sebelum waktu solat zuhur). Jadikan
lingkungan waktu 8 pagi hingga 1 petang adalah waktu yang sesuai untuk melakukan solat
sunat dhuha iaitu kira-kira 30 minit selepas waktu subuh dan 30 minit sebelum waktu zohor.

Namun begitu, saya sering melakukan pada waktu antara pukul 10 pagi hingga sebelum
pukul 12 tengahari. Ini untuk mengelak dari perbezaan pendapat mengenai waktu yang paling
tepat dan afdal untuk melakukan solat sunat ini.

Saya sering melakukan solat dhuha ini dalam kiraan 4 rakaat iaitu 2 rakaat pertama dan 2
rakaat kedua. Ini kerana saya ada membaca petikan hadis ini iaitu:

"Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat


rakaat pada awal siang, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada
akhir harimu itu." Hadis Riwayat Abu Dawud.

Namun begitu, tidak salahnya sekiranya anda ingin melakukan 2 rakaat, 6 rakaat mahupun 8
rakaat. Semuanya terpulang kepada anda untuk melakukannya. Kalau boleh jadikan solat
sunat dhuha ini sebagai salah satu amalan harian anda. Insya'allah anda akan dapat merasa
perbezaan rezeki anda antara sedar ataupun tidak. Tapi, anda janganlah terlupa untuk berdoa
yang biasa dibaca selepas solat kerana sungguh indah kata-katanya. Doanya berbunyi begini:

"Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu,


keagungan itu keagungan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu,
kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan
keberkatan itu keberkatan-Mu.

Ya Allah, jika rezekiku ada dilangit maka Engkau turunkanlah.


Jika ada di dalam bumi maka Engkau keluarkanlah. Jika rezekiku
sukar maka Engkau mudahkanlah. Jika rezekiku jauh maka
Engkau dekatkanlah. Sekiranya haram maka Engkau sucikanlah.

83 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan, kekuasaan


dan keberkatannya. Engkau limpahkanlah kepada ku segala yang
telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh."

Selepas doa itu, saya akan menyambung doa yang khusus ingin saya capai seperti menjadi
seorang multijutawan yang dapat menolong orang lain, perniagaan yang halal dan
berkembang dan bermacam-macam lagi. Semuanya terpulang kepada hajat anda kerana apa
yang saya hendak, mungkin tidak sama dengan apa yang anda kehendaki. Mungkin anda
telah berusaha dan bersusah payah dalam kehidupan kewangan anda, tiada salahnya untuk
berikhtiar dengan cara lain pula. Dari sudut agama dan rezeki, saya hanya berpegang pada
satu iaitu Allah yang memberi rezeki dan Allah juga yang menarik kembali rezeki. Manusia
dan keadaan adalah medium pertengahan dari Allah SWT sahaja.

Alhamdulillah. Semenjak saya kerap melakukan solat dhuha, pintu–pintu rezeki saya makin
terbuka luas dan saya tidak merasa tertekan apabila kekurangan duit. Apabila kekurangan
duit, ada sahaja rezeki yang datang dari punca yang saya tidak sangka. Sesungguhnya, kata–
kata Allah itu pasti. Ternyata amalan ini bukanlah mendapat ganjaran di dunia sahaja malahan
Allah telah memberi satu ganjaran yang besar di Akhirat nanti.

"Sesungguhnya di dalam syurga, ada pintu yang dinamakan


pintu Dhuha, maka ketika datang hari kiamat memanggillah
(yang memanggil Allah), dimanakah orang yang selalu
mengerjakan sembahyang atas Ku dengan sembahyang Dhuha ?
Inilah pintu kamu, maka masuklah kamu ke dalam syurga
dengan rahmat Allah". Hadis Riwayat Thabrani dari Abu
Hurairah.

Kalau anda ingin tahu testimoni dari saya, saya boleh menyatakan beberapa perubahan yang
berlaku apabila saya melakukan solat dhuha ini iaitu:

 saya akan diberi petunjuk kenapa saya tidak mendapat pekerjaan di syarikat tersebut
seperti syarikat tersebut akan mengalami masalah, kehidupan sosial syarikat yang
saya tidak senangi, ada lagi syarikat yang lebih baik akan saya terima dan ia lebih
baik dari syarikat yang saya mohon sebelum ini dan bermacam-macam lagi perkara
yang positif akan berlaku.
 Saya merasa tidak tertekan dengan rezeki kerana bagi saya Allah sahaja yang
memberi atau menambah rezeki dan Allah juga yang menarik atau mengurangkan
rezeki. Saya hanya perlu berusaha dan bertawakal sahaja kepada Allah.
 saya mendapat pelbagai idea–idea yang lebih positif untuk memperluaskan pintu-
pintu rezeki yang ada di sekeliling saya yang secara sedar mahupun tidak sedar.
 Apa sahaja yang saya lakukan untuk menambah rezeki akan dipermudahkan tidak
kira dari jalan–jalan mana yang saya pilih.

Para Ulama berpendapat, solat dhuha ni ialah salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan
oleh baginda Rasulullah SAW. Buktinya dalam sebuah hadis baginda SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:


“Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan
kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan
sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan
(hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan
solat Witir sebelum tidur.” Hadis Riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981

84 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Jadi, sekiranya anda ingin menambah dan memperluaskan rezeki dari pintu–pintu yang halal,
anda boleh menjadikan ini sebagai salah satu dari amalan harian anda.

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah


masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap
ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan
setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah,
mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti
daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat
Dhuha.” Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud

Solat Sunat Tahajud

Secara ringkasnya solat tahajud dilakukan pada waktu malam dan ada pendapat yang
menyatakan bahawa lebih afdal sekiranya solat itu dilakukan satu pertiga malam sebelum
masuknya waktu subuh. Berbeza dengan solat sunat dhuha, solat sunat ini dapat dilakukan
seberapa banyak yang mampu dan dilakukan dengan 2 rakaat pada satu salam. Selepas solat
tahajud, ia akan diakhiri dengan solat penutup iaitu solat witir.

Saya boleh menyatakan bahawa saya masih lagi berusaha untuk menjadikan solat sunat ini
sebagai sesuatu yang rutin seperti solat sunat dhuha. Ia merupakan satu matlamat di dalam
diri saya sebagai seorang muslim. Ternyata solat sunat ini merupakan satu jalan yang
memberi peringatan kepada saya untuk mencapai apa yang dihajati. Ini bertepatan dengan
petikan hadis seperti di bawah:

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawasannya Nabi


bersabda: "Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3
malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepada-
Ku nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku
nescaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku tentu
Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar "
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Di dalam petikan hadis tersebut, ia ada menyatakan dengan jelas bahawa anda boleh berdoa
dan meminta seterusnya akan dikabulkan oleh Allah SWT. Ini merupakan janji oleh Maha
Pencipta kita iaitu Allah SWT. Ia disokong pula dengan petikan hadis ini iaitu Rasullah SAW
bersabda:

"Di waktu malam terdapat satu saat dimana Allah SWT akan
mengkabulkan doa setiap malam.” Hadis Riwayat Muslim

Kehebatan Sedekah

Sedekah merupakan satu ujian kepada setiap manusia dari salah satu sudut rezeki iaitu wang.
Saya bertanya kepada anda, bila kali terakhir anda bersedekah? Berapakah jumlah yang anda
sedekahkan? Di tabung-tabung masjid saya selalu melihat hanya not biru yang dimasukkan
dan kadang-kadang dicelah not biru itu terselit beberapa keping not merah dan hijau. Itu
keadaan yang biasa saya lihat dimana-mana masjid yang saya singgah untuk bersolat. Anda
juga mungkin biasa membeli tiket wayang, tiket pertandingan bolasepak dan bermacam-
macam tiket lagi. Selalunya tiket ini akan melebihi dari RM10 ringgit bukan?

Sekarang saya ingin anda berfikir sejenak, apakah perasaan anda apabila sedekahkan RM10
kepada masjid atau membayar tiket yang berharga RM10? Tiket manakah yang anda rasa

85 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

berat untuk keluarkan wang RM10 itu, tiket sedekah atau tiket lain-lain anda. Namun
sekiranya saya lihat perbandingan orang beratur untuk membeli tiket dengan not-not wang
yang bermaustatin di tabung masjid, saya boleh simpulkan ramai orang berat tangannya untuk
habiskan duit untuk sedekah. Mungkin anda tidak sebegitu, ini pandangan positif saya
terhadap anda.

Kenapa daripada kalangan kita terasa berat untuk bersedekah dengan jumlah yang melebihi
RM1? Ramai daripada anda yang masih belum yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah.
Anda mungkin terasa apabila bersedekah, maka wang anda akan berkurangan. Pada hari ini,
saya ingin mengubah perspektif anda tentang sedekah. Tidakkah Allah pernah janjikan
dengan bersedekah, ia akan menyuburkan pintu rezeki anda. Nah, itu satu janji yang
ditetapkan oleh Pencipta semua manusia dan makluk-makluk yang lain. Jadi mengapa kita
terasa berat untuk bersedekah, sedangkan Allah akan membalasnya dengan berlipatkaliganda.

Saya selalu melihat apakah rahsia orang-orang yang berjaya, selalunya mereka ada
bersedekah. Dan selalunya jumlah wang yang amat besar! Tidak terkecuali juga orang bukan
Islam, mereka selalu membuat derma untuk sesiapa yang mereka inginkan. Kenalan saya
pernah menyatakan bahawa orang bukan Islam banyak memberi derma kepada orang-orang
yang memerlukan. Nampak pelik bukan?

Alhamdulillah, saya dahulu dikategorikan sebagai seorang yang selalu bersedekah RM1 pada
hari Jumaat. Kadang-kadang bila tiada duit RM1, maka tiadalah sedekah pada hari tersebut.
Tindakbalas daripada kejadian ini, selalunya menjadikan saya terasa kekurangan duit dan ada
sahaja duit akan keluar daripada poket ini. Semakin saya kedekut untuk bersedekah, makin
nipis poket ini. Kemudian, saya mula membuat satu jihad dalam hidup iaitu ingin bersedekah
tanpa mengira jumlah wang yang saya ada.

Dengan bersedekah secara ikhlas dan kadang-kadang saya meletakkan sedekah melebihi dari
diri sendiri menjadikan beberapa kejadian yang positif di dalam hidup saya. Bukan sedikit
positif malahan amat positif. Kadang-kadang tidak tahu wang itu datang dari mana, selalu
sahaja terlebih setiap bulan. Rezeki juga datang tanpa di duga dari sumber yang tidak tahu
mana arahnya. Sejak dari itu, saya mula mempercayai kuasa bersedekah. Dengan isu
bersedekah, saya teringat akan potongan ayat al-Quran ini.

"Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada


Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-
gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang
besar!" Surah al-Hadid, ayat 11.

Alangkah hebatnya kuasa bersedekah, selain rezeki di dunia bertambah berlipatkaliganda,


saham akhirat juga bertambah dengan banyaknya. Menarik bukan? Jadi, bukalah dompet
anda dan mulalah bersedekah seikhlas yang mungkin. Semoga selepas ini rezeki anda
dilipatgandakan dan janji Allah adalah pasti.

"Bersedekahlah, sekalipun dengan sebiji kurma" Hadis Riwayat


Ahmad, Ibnu Mubarak dan lain-lain

Kehebatan Mengeluarkan Zakat

Zakat merupakan salah satu cabang ibadah. Ia merupakan satu cara untuk umat Islam
mensucikan harta dan sedekah kepada orang lain yang lebih memerlukan. Ia juga memberi
maksud membersihkan harta dan mensucikan diri dari sifat kedekut atau bakhil. Setiap wang
zakat yang dikeluarkan akan menjadi hak asnaf (8 golongan) dengan kadar yang ditentukan
apabila cukup tempohnya. Ia bertepatan dengan firman Allah SWT iaitu:

86 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

"Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang


yang rukuk." Surah al-Baqarah, ayat 43.

"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu
membersihkan dan mensucikan mereka. Sesungguhnya doa kamu itu
(menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui." Surah at-Taubah, ayat 103.

Dan ia disambung dengan sabda Rasullah SAW yang bermaksud:

"Islam di bina di atas lima asas: menyaksikan tiada tuhan melainkan


Allah dan bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan
solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan
menunaikan haji bagi sesiapa yang berkuasa melaksanakannya."
Hadis Riwayat Bukhari

Secara ringkasnya, terdapat banyak jenis zakat diantaranya ialah zakat fitrah dan zakat harta.
Zakat fitrah hanya dibayar dalam bulan Ramadhan dan sebelum solat Aidilfitri. Ia lebih
menjurus kepada tanggungan individu semata-mata. Berlainan pula dengan zakat harta yang
meliputi zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat saham atau pelaburan, zakat emas
dan perak, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat hasil pertanian dan zakat rikaz
atau ma'din. Ia harus dikeluarkan sebahagiannya apabila cukup haul atau tempoh iaitu 1
tahun. Wang zakat itu akan disalurkan kepada 8 bahagian yang layak iaitu fakir, miskin, amil,
mualaf (orang yang baru memeluk Islam), riqab (hamba yang menebuskan dirinya secara
ansuran), Al-Gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu membayarnya),
Fisabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan Ibnus sabil (musafir yang terputus
bekalan semasa perantauan).

Allah SWT berfirman tentang kelebihan berzakat iaitu:

"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut


berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain
daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang
berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam)
dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang
berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang
yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan
kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu)
Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang
tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur)
dengan pahala yang amat besar." Surah an-Nisaa', ayat 95.

"(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang


beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka
dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan
mereka itulah juga yang berjaya." Surah at-Taubah, ayat 88.

Dengan berzakat, semoga anda akan beroleh rahmat dari Allah SWT, menyelesaikan hak
anda dengan memberi hak kepada orang lain, membersihkan hati dan harta daripada perkara
yang membinasakan dan mendapat ganjaran berupa tempat tinggal di Syurga Firdausi.

Terjemahan al-Quran Mengenai Rezeki

87 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Beberapa terjemahan dari al-Quran yang boleh dijadikan panduan. Saya cuba sedaya upaya
memilih petikan ayat-ayat yang boleh memberi kesedaran kepada anda bahawa di dalam al-
Quran sudah menyatakan tentang rezeki. Beberapa terjemaha yang ada di dalam al-Quran
adalah seperti berikut:

"Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh melaksanakan (hukum)


Taurat, Injil dan al-Quran yang diturunkan kepada mereka dari
Tuhan mereka, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas
mereka dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada golongan
yang pertengahan. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh
kebanyakan mereka." Surah al-Ma'idah, ayat 66.

"..., berilah kami rezeki dan Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki."


Surah al-Ma'idah, ayat 114.

"...Marilah aku bacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhan
kamu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan Dia dengan sesuatu,
berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu
membunuh anak-anak kami kerana takut kemiskinan. Kami akan
memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka;..." Surah al-
An'am, ayat 151)

"Barangsiapa melakukan amal yang baik, maka baginya sepuluh kali


ganda pahala amalnya. Dan barangsiapa yang melakukan perbuatan
yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang
dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya
(dirugikan)." Surah al-An'am, ayat 160)

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa
yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-
langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
nyata bagimu.” Surah al-Baqarah, ayat 128.

“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang kafir


dan mereka memandang hina orang yang beriman. Padahal orang
yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka pada hari kiamat.
Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang dikehendakiNya
tanpa batas.” Surah al-Baqarah, ayat 212.

"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah


sebagai pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya ke jalan
Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran
kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah
menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah
kamu dikembalikan.” Surah al-Baqarah, ayat 245.

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (ke jalan Allah)


sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum
datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada
lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang
kafir itu yang zalim.” Surah al-Baqarah, ayat 254.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang


menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir
benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai seratus

88 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia


kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya), lagi Maha
Mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 261.

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan izin Allah


mengikut ketetapan yang telah ditentukan waktunya.
Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan
kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki
pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat.
Dan Kami akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.”
Surah ali-Imran, ayat 145.

“Dan juga mereka yang membelanjakan hartanya, tiadalah


melampaui batas dan tidak bakhil dan kedekut, dan perbelanjaan
mereka adalah betul-betul sederhana di antara kedua-dua cara.”
Surah al-Fuqran, ayat 67.

“Dan, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada


dipengaruhi oleh tabiat bakhil, maka merekalah orang-orang
yang berjaya.” Surah al-Hasyr, ayat 9.

“Allah memberikan kepada kamu dengan banyaknya harta


kekayaan serta anak-pinak, dan kebun tanaman, serta bagi kamu
sungai-sungai.” Surah Nuh, ayat 12.

Petikan Hadis Mengenai Rezeki

Beberapa petikan dari hadis yang boleh dijadikan sandaran. Saya hanya memilih petikan
hadis yang sahih sahaja supaya ia tidak menjadi satu khilaf atau pertikaian pendapat dari
mana–mana pihak. Beberapa petikan yang ada di dalam hadis adalah seperti berikut:

Hadis Abu Hurairah r.a, dia berkata , "Seburuk-buruk makanan


ialah makanan walimah dimana yang diundang hanyalah orang-
orang kaya saja sementara orang-orang yang miskin tidak di
undang. Dan barangsiapa yang tidak memenuhi undangan, maka
bererti ia telah berbuat derhaka kepada Allah dan rasul-Nya."
Hadis Riwayat Muslim

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,


"Allah Taala telah berfirman: Hai anak cucu Adam,
berinfaklah kalian, maka Aku akan gantikan kepadamu."
Rasullah SAW bersabda, "Anugerah Allah itu penuh dan
deras." Ibnu Numair berkata, mal'aan adalah pemberian yang
banyak dan mendatangkan keberkahan, tidak mungkin
terkurangi oleh apapun di waktu malam dan siang. Hadis
Riwayat Muslim

Rasullah SAW bersabda, "Anak Adam berkata, 'Hartaku...


hartaku...! Tidak ada harta yang engkau miliki selain apa yang
engkau makan dan itu tidak tersisa, selain yang engkau pakai
dan itu sirna, atau selain yang engkau sedekahkan dan itu
berlalu. Selain dari tiga hal tadi, semuanya pergi dan
ditinggalkan untuk manusia yang lain." Hadis Riwayat
Muslim, Ahmad Tarmizi dan Nasa'i

89 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata Rasullah SAW


bersabda,"Allah Taala berfirman (kepada malaikat pencatat
amal): Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan tidak
baik, maka janganlah kalian catat sebagai amalnya. Jika dia
telah mengerjakannya maka catatlah sebagai satu keburukan.
Dan bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan baik lalu
tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu
kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan
itu sepuluh kali lipat." Hadis Riwayat Muslim, 183

"Sesungguhnya Tuhan kalian 'Azza wa Jalla adalah Dzat


Yang Maha Penyayang, Barangsiapa yang berniat hendak
melakukan sebuah kebaikan dan dia tidak jadi
mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu
kebaikan. Dan jika ia jadi mengerjakannya, maka di tulis
baginya dengan sepuluh sehingga tujuh ratus kali lipat
bahkan berlipat-lipat. Dan barangsiapa berniat hendak
melakukan sebuah kejahatan dan dia tidak jadi
mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu
kebaikan, Dan jika ia jadi mengerjakannya, maka dicatat
baginya dengan satu kejahatan atau Allah akan
menghapuskannya. Dan tidak ada yang binasa di hadapan
Allah kecuali orang yang binasa (barangsiapa yang
kejahatannya berlimpah hingga mengalahkan kebaikannya,
maka dia adalah orang yang binasa)." Hadis Riwayat Al-
Bukhari Muslim, Tafsir Ibnu Katsir, 2/196

"Andai kata seseorang itu sudah memiliki dua lembah


daipada emas, pastilah ia akan mencari yang ketiga (sebagai
tambahan dari lembah yang sudah ada itu)." Hadis Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim

"Tidak akan melarat siapa sahaja yang hidup dengan


sederhana (dalam berbelanja)." Hadis Riwayat Ahmad dan
Thabrani

"Ada tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada


Allah secara rahsia atau terang-terangan, bersederhana ketika
waktu kaya dan miskin serta adil baik ketika tenang atau
marah." Hadis Riwayat Bazar, Thabrani, Abu Naim dan
Baihaki

"Sebaik-baik harta yang baik itu, untuk manusia yang baik."


Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani

"Rosaklah orang-orang yang memperbanyakkan harta,


kecuali yang mengkhususkannya untuk kepentingan hamba-
hamba Allah (bahagian yang ditentukan), tetapi sedikit
sekali yang melakukan sedemikian." Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim

90 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

KATA-KATA AKHIR

“Pengalaman mengajar saya banyak benda. Satu, dengarlah kata hati


tidak kira betapa bagusnya sesuatu itu di atas kertas. Dua, anda biasanya
lebih baik dengan apa yang anda tahu. Ketiga, kadang-kadang pelaburan
yang terbaik adalah sesuatu yang anda belum lakukan.”
Donald J. Trump

91 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Mengenai Penulis

Nurussalam Aziz digunakan sebagai nama pena dalam penulisan buku dan juga trademark
kepada diri sendiri. Beliau belajar ilmu kewangan dari kegagalan dan berusaha untuk berubah
kepada yang lebih baik. Beliau memegang prinsip 'kawal atau dikawal' di dalam ilmu
kewangan. Ia menyatakan dengan jelas bahawa untuk mengelak dari diri sendiri dikawal oleh
wang maka diri sendiri haruslah mengawal wang tersebut. Untuk mengawal wang, ia
haruslah datang dari ilmu kewangan. Beliau mempunyai matlamat yang jelas dalam
pengumpulan aset iaitu menetapkan setiap bakul aset mempunyai nilai positif sekurang-
kurangnya 1 juta. Pada waktu buku ini di tulis, beliau mempunyai aset hartanah yang bernilai
melebihi 1 juta dengan hanya makan gaji.

Walaupun beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Multimedia Komunikasi,
ini tidak menghalang beliau untuk memberi khidmat nasihat dalam bidang kewangan. Beliau
mempunyai impian supaya dapat mengajar orang lain tentang pengurusan kewangan peribadi
supaya tidak mengikut jejak beliau pada satu masa dahulu. Beliau banyak menghadiri
seminar kewangan dan ditunjuk ajar secara peribadi oleh golongan profesional kewangan
mahupun jutawan. Beliau beranggapan dengan ilmu yang dikongsi akan memberi satu sinar
baru kepada orang lain untuk berubah dan mengikut jejak langkah beliau sebagai salah
seorang multijutawan yang dapat menolong orang lain.

“Sekiranya wang adalah harapan untuk anda bebas, anda tidak akan
kecapinya. Satu-satunya keselamatan seseorang di dunia ini ialah
mempunyai gedung pengetahuan, pengalaman dan keupayaan.”
Henry Ford.

92 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Lampiran Untuk Dikongsi

Aliran Kewangan Bulanan (Contoh 1)

____________ (Bulan/Tahun)

Aliran Kewangan Masuk (Positif)


Pendapatan Jumlah (RM) Peratusan (100%)
Gaji bersih
Pendapatan lain

Jumlah Keseluruhan 100%

Aliran Kewangan Keluar Simpanan dan Pelaburan (Positif)


Simpanan Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul Peratusan
(RM) (≥ 10%)
Dana Kecemasan (6 bln/1 thn)
Dana Persaraan
Dana Pengajian Anak-anak

Pelaburan
Amanah Saham Bumiputera
Tabung Haji

Jumlah Keseluruhan

Aliran Kewangan Keluar Insurans


Jenis Insuran Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul Peratusan
(RM) (max 5%)
Rumah
Kereta
Motosikal
Diri Sendiri

Jumlah Keseluruhan

Aliran Kewangan Keluar Pinjaman


Jenis Pinjaman Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul Peratusan
(RM) (max 40%)
Rumah 1
Kereta
Motosikal
PTPTN

Jumlah Keseluruhan

93 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Aliran Kewangan Keluar Perbelanjaan


Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM) Peratusan (%)
Bil Elektrik
Bil Air
Bil Indah Water
Cukai Taksiran
Cukai Pintu
Penyelenggaraan Rumah
Penyelenggaraan Kereta
Penyelenggaraan Motor
Bil Telefon
Diri Sendiri
Nafkah Isteri
Nafkah Ibu Bapa
Makan minum
Anak - anak
Petrol Kereta
Petrol Motosikal
Pengawal

Jumlah Keseluruhan

Aliran Kewangan Keluar Lain - lain


Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM) Peratusan (%)
Sedekah

Jumlah Keseluruhan

Jumlah Aliran Masuk (RM) - Jumlah Aliran Keluar (RM) = Baki Positif / Negatif
______________________ - ______________________ = _________________

94 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Aliran Kewangan Bulanan (Contoh 2)

____________ (Bulan/Tahun)

Aliran Kewangan Masuk (Positif)


Pendapatan Jumlah (RM) Peratusan (100%)
Gaji bersih
Pendapatan lain

Jumlah Keseluruhan 100%

Aliran Kewangan Keluar Simpanan dan Pelaburan untuk Kebebasan Berhutang


Simpanan Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul Peratusan
(RM) (≥ 10%)
Dana Kecemasan (6 bln/1 thn)
Dana Persaraan

Pelaburan
ASB
Tabung Haji
AHB
Jumlah Keseluruhan

Aliran Kewangan Simpanan Jangka Panjang


Modal Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul Peratusan
(RM) (10%)
Modal Perniagaan
Modal Saham
Dana Kecemasan (6 bln/1 thn)
Modal Unit Amanah
Modal IPO

Jumlah Keseluruhan

Aliran Kewangan Perbelanjaan Jangka Panjang


Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul Peratusan
(RM) (10%)
Bercuti
Pakaian
Membeli Barangan
Jumlah Keseluruhan

95 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Aliran Kewangan Keluar Pembelajaran (Education)


Jenis Pembelajaran Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul Peratusan
(RM) (10%)
Seminar
Kelas - kelas

Jumlah Keseluruhan

Aliran Kewangan Keluar Sedekah (Charity)


Jenis Pembelajaran Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul Peratusan
(RM) (≥ 5%)
Pembinaan masjid
Hari Jumaat
Rumah Anak Yatim
Jumlah Keseluruhan

Aliran Kewangan Keluar Perbelanjaan


Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM) Peratusan (≤ 55%)
Bil Elektrik
Bil Air
Bil Indah Water
Cukai Taksiran
Cukai Pintu
Penyelenggaraan Rumah
Penyelenggaraan Kereta
Penyelenggaraan Motor
Bil Telefon
Diri Sendiri
Nafkah Isteri
Nafkah Ibu Bapa
Makan minum
Anak - anak
Petrol Kereta
Petrol Motosikal
Pengawal
Pinjaman Rumah 1
Pinjaman Kereta
Pinjaman Motosikal
Pinjaman PTPTN
Insuran Rumah 1
Insuran Kereta
Insuran Motosikal
Insuran Diri Sendiri
Dana Pengajian Anak-anak
Jumlah Keseluruhan

96 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Aliran Kewangan Harian (Contoh 1)

____________ (Bulan/Tahun)

Tarikh Jenis Wang Masuk Jenis Wang Keluar Jumlah (RM)

97 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Jumlah Keseluruhan

Jumlah Wang Masuk (RM) - Jumlah Wang Keluar (RM) = Baki Positif / Negatif
______________________ - ______________________ = _________________

98 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Aliran Penyata Nilai Kewangan (Contoh 1)

____________ (Bulan/Tahun)

Aset (Milik Anda) Kadar Kenaikkan (%) Jumlah (RM)


Tunai
Akaun Simpanan 1
Akaun Simpanan 2
Akaun Semasa 1

Syer
Bank Rakyat
Amanah Saham Bumiputera
Amanah Hartanah Bumiputera
Tabung Haji
Unit Amanah
EPF (KWSP)

Aset Nilai Menaik


Rumah 1 + (4 - 5% setahun)

Aset Nilai Menurun


Kereta - (10% setahun)
Motosikal

Jumlah Keseluruhan

Liabiliti (Tanggungan Anda) Kadar Kenaikkan (%) Jumlah (RM)


Pinjaman Berfaedah
Peribadi 1
Rumah 1
Kereta 1
Motosikal
Komputer Riba

Pinjaman Tanpa Faedah


Keluarga
Kawan - kawan

Jumlah Keseluruhan

Jumlah Keseluruhan Aset - Jumlah Keseluruhan Liabiliti = Penyata Nilai Kewangan


_____________________ - _______________________ = _____________________

99 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Perjanjian Hutang (Contoh 1)

SURAT PERJANJIAN PINJAMAN


(Perjanjian ini mempunyai 5 mukasurat)

Kami yang bertandatangan di bawah ini:

Nama : ....................................................................................................

Alamat : ....................................................................................................

NRIC No : ....................................................................................................

Selaku Pemberi Pinjaman, selepas ini disebut PIHAK PERTAMA.

Nama : ....................................................................................................

Alamat : ....................................................................................................

NRIC No : ....................................................................................................

Selaku Yang Meminjam, selepas ini disebut PIHAK KEDUA.

1. Bahawa Pihak Kedua bermaksud hendak meminjam sejumlah wang dari Pihak
Pertama untuk ................................................................................................................
................................................................... dan Pihak Pertama telah memasukkan wang yang
dapat diteliti di bahagian Fasa 1.

2. Selanjutnya kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan Perjanjian Pinjaman
mengenai wang di maksud di Fasa 1 nanti, yang diatur serta dengan mengguna
ketentuan-ketentuan berikut:

Fasa 1 : Jumlah Hutang Piutang


(1) Nilai perjanjian hutang piutang yang disepakati oleh kedua pihak adalah wang sejumlah
RM..................... ringgit sahaja (....................................................... Ringgit).

(2) RM.................... (................................................................................... Ringgit) sudah


dimasukkan ke akaun Pihak Kedua (Bank ........................ bernombor akaun
........................................) pada .................. jam .............. (Sila lihat Lampiran 1 - Bukti
Pembayaran dilakukan kepada Pihak Kedua).

Fasa 2 : Tarikh dan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman


(1) Pinjaman ini berlaku bermula pada tarikh pengakhiran pembayaran yang dimasukkan oleh
Pihak Pertama iaitu pada (.......................................letakkan tarikh).

(2) Pihak Pertama dan Pihak Kedua telah bersetuju untuk mula membuat pembayaran dari
tarikh ....................... dengan jumlah RM.................... sebulan dalam jangkamasa
.........................bulan .......................tahun. Ini kerana Pihak Pertama tidak ingin
membebankan (jumlah bayaran dan masa) Pihak Kedua dalam penyelesaian hutang pinjaman.

“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka


berilah waktu sehingga dia mampu. Dan bersedekah

100 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

(sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika


kamu mengetahui.” Surah al-Baqarah, Ayat 280.

(3) Sekiranya Pihak Kedua sudah meninggal dunia, maka hutang ini harus dilangsaikan oleh
isteri dan anak – anak Pihak Kedua. Begitu juga apabila Pihak Pertama meninggal dunia,
Pihak Kedua harus menyambung pembayaran pinjaman tersebut kepada isteri Pihak Pertama.
Dan sekiranya isteri Pihak Pertama meninggal dunia, pinjaman tersebut harus dibayar kepada
anak – anak Pihak Pertama. Sekiranya pinjaman itu masih belum dilangsaikan apabila anak –
anak Pihak Pertama meninggal dunia, maka Pihak Pertama mensyaratkan hutang tersebut
didermakan kepada mana – mana rumah anak yatim yang dipersetujui oleh Pihak Kedua
sekeluarga.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah SAW


bersabda: “ Roh “orang mati “ yang beriman tergantung
(diawang-awangan) dengan sebab hutangnya sehinggalah
hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”.

Fasa 3 : Cara Pembayaran Balik Hutang


(1) Pihak Pertama mensyaratkan tempoh dan jumlah kepada Pihak Kedua dalam pembayaran
hutang seperti yang termaktub dalam Fasa 2.

(2) Pihak Pertama dan Pihak Kedua juga telah sepakat bahawa untuk memudahkan kedua
belah pihak maka pembayaran dilakukan melalui Mesin ATM / Cash Deposit bank kepada :

Bank: (........................................Nama Bank) No. Akaun : .......................................

Atas Nama Pihak Pertama : .......................................................................................

(3) Terkait dengan kegiatan ayat (2) Fasa 3, untuk setiap kali Pihak Kedua
membuat pembayaran di Mesin ATM maka harus menyimpan bukti berupa slip/resit sebagai
bukti pembayaran yang sah. Salinan slip/resit hendaklah diphotostat atau di imbas. Lalu
diserahkan atau di emel kepada Pihak Pertama. Salinan yang asli di simpan oleh Pihak Kedua.

Surat perjanjian ini dibuat di atas kertas secukupnya yang ditandatangani dan masing-masing
dipegang oleh Pihak Pertama dan Pihak Kedua.

Semoga Allah memberkati urusan ini dan memberi jalan mudah menyelesaikannya. Insya
Allah.

Abdullah bin Ja’far, Rasulullah SAW bersabda: “Allah


akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang
berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia
melunasi hutang tersebut selama hutang tersebut
bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah.” Riwayat
Ibnu Majah no. 240

Tarikh tandatangan: ………………………..

Tandatangan Pihak Pertama Tandatangan Pihak Kedua

………………………………….................. ……………………………………............
( Nama Pihak Pertama ) ( Nama Pihak Kedua )

101 | M u k a s u r a t
Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan
Hak cipta © 2014 oleh Nurussalam Aziz

Tandatangan Saksi I Tandatangan Saksi II

…………………………………................ ……………………………………...........
( Nama Saksi Pertama ) ( Nama Saksi Kedua )

Tandatangan Saksi III (sekiranya Saksi I/II adalah perempuan)

…………………………………............
( Nama Saksi Ketiga )

Lampiran 1

** Sila masukkan sebarang slip bank atau resit deposit tunai **

102 | M u k a s u r a t

You might also like