Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

KAJIAN KES SEJARAH

• NAMA :
• KELAS :
• GURU PEMBIMBING : CIKGU ABU BAKAR
• NAMA SEKOLAH : SMK BUKIT JELUTONG
Pernyataan masalah
Benarkah kegemilangan pelabuhan kerajaan Melayu Melaka pada
abad ke-15M menjadikan Melaka terkenal di seluruh dunia?

Persoalan kecil
A) Nyatakan faktor kegemilangan Melaka pada abad ke-15M?
B) Senaraikan kemudahan-kemudahan yang disediakan di
pelabuhan Kerajaan Melaka?
A) Huraikan peranan pemerintah dalam menarik pedagang luar
untuk berdagang di Melaka?
Objektif kajian
Dengan menghasilkan Kajian Kes Sejarah ini, saya dapat
mengambil iktibar daripada pembentukan dan
perkembangan yang berlaku dalam masyarakat Melayu
Melaka. Tujuan kajian ini adalah untuk menambah ilmu
pengetahuan tentang sumber-sumber sejarah.Saya juga
ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang
Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15M
menjadikan Melaka terkenal di seluruh dunia. Akhir sekali,
saya telah mendapat mendapati beberapa fakta dan
nilai daripada kajian ini iaitu mengenali dan menghargai
asal-usul kerajaan Melaka dan kebanggaan ketuanan.
Kaedah Kajian
Pertama sekali,,saya telah membuat carian di internet
tentang kegemilangan Melayu Melaka di
https://gemilangmelaka.blogspot.com
Selain itu, saya juga membuat pencarian di akhbar dalam
talian
iaitu https://sinarharian.com.myt tentang Melayu Melaka.
Akhir sekali, bimbangan daripada cikgu matapelajran
Sejarah saya, Cikgu Abu bakar, tanpa bantuan dan
bimbingan Cikgu Abu Bakar
Sudah tentu saya tidak dapat berjaya melaksanakan tugasan
kajian yang telah diberikan.
Dapatan carian

Selepas saya melayari sesawang


https://gemilangmelaka.blogspot.com saya dapat tahu yang
Kemudahan Pelabuhan yang ada di pelabuhan Melaka urut
menyumbang faktor kegemilangan pelabuhan Melayu Melaka .
Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pemerintah di
pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke
pelabuhan Melaka. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah
kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan
gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan juga
disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara,
gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk
Membawa barangan ke gudang. Pedagang juga mudah
mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan
pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun.
Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertarik
dengan pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat juga
beberapa golongan penting menguruskan perdagangan di
Melayu Melaka seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi.
Syahbandar menjadi orangtengah antara saudagar asing
dengan kerajaan mengenai hokum dan sistempercukaian.
Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal
perdagangan,perkapalan dan pelayaran.
Kaedah literatur:

a) Hikayat Hang Tuah (Jawi: ‫ ) حكاية هڠ تواه‬ialah sebuah epik kepahlawanan


yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang
Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu
yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur
Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar
1700 tetapi manuskrip lengkap bertarikh 1849.
b) Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya Sejarah
mengenal kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman
Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang
pengarang Melayu. Terdapar prndapat yang mendakwa apabila
(Portugis) menakluk Melaka, Salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke
Goa.
Kesimpulan dan cadangan
Dengan memahami kelahiran perkembangan kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka ini, kita dapat melahirkan kesedaran tentang
wujudnya satu ketamadunan Melayu Melaka yamg tinggi pada
zaman dahulu yang setanding dengan tamadun-tamadun dunia
yang lain. Dengan kemunculan dan kelahiran Kerajaan Melaka ini,
dapat dibuktikan bahwa Melaka mempunyai kedaulatan yang
tersendiri.
Sumber rujukan
a) https://gemilangmelaka.blogspot.com
b) https://sinarharian.com.my

buku
Mohd Samsudin, Zulkanain Abdul Rahman & Aziz Ujang,2017
Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka, UKM (266
muka surat)
Dr. Suffian bin Mansor & Dr. Mardiana binti Nordin Ahmad
Salehee bin Abdul Ishak bin Saidoo, 2017, Sejarah Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like