KUIZ 2 - SKPX2033 - Pengujian Psiko

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KUIZ 2

SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2021-2022

IJAZAH SARJANAMUDA SAINS SOSIAL (PSIKOLOGI)

JULAI 2022 MASA: 1 JAM

KOD KURSUS : SKPX2033

TAJUK KURSUS : PENGUJIAN PSIKOLOGI

ARAHAN :
1. Jawab SEMUA soalan dalam kertas soalan ini.

2. Jumlah markah keseluruhan kertas ini 30 markah.

3. Kertas soalan ini tidak dibenarkan dibawa keluar


daripada Ruang Peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 2 muka surat bercetak termasuk muka surat ini.
SKPX2033

BAHAGIAN A (30 Markah)

Jawab SEMUA soalan.

1. Hujahkan perbezaan di antara kebolehpercayaan dan kesahan


(10 markah)
Kebolehpercayaan (Reliability) Kesahan (Validity)
Definisi Setakat mana sesebuah alat ujian Setakat mana sesebuah alat ujian
menghasilkan dapatan yang konsisten mengukur apa yang sepatutnya dan
apabila pengujian berulang dikehendaki mengukur.
dijalankan.
Jenis 1. Ketekalan dalaman (Internal 1. Kesahan lahiriah (Face validity)
consistency)  Setakat mana sesebuah alat
 Setakat mana item-item dalam ujian kelihatan untuk
sesebuah alat ujian mengukur mengukur apa yang
benda yang sama sepatutnya diukur
 Teknik pengukuran:
o Pekali alfa Cronbach 2. Kesahan kandungan (Content
(Cronbach’s Alpha) validity)
o Formula Kuder-  Setakat mana sesebuah alat
Richardson (KR-20) ujian mewakili semua
o Metod bahagi dua (Split- aspek konstruk yang ingin
half reliability index) diukur

2. Kebolehpercayaan ujian selari 3. Kesahan berhubungan


(Parallel forms reliability) (Criterion validity)
 Setakat mana sesebuah alat  Setakat mana sesebuah alat
ujian berkorelasi dengan alat ujian bersetuju dengan gold
ujian lain yang setara standard (alat ujian lain
3. Kebolehpercayaan ujian kembali yang sah mengukur apa
(Test-retest reliability) yang alat ujian kita ingin
mengukur)
 Setakat mana dapatan
sesebuah alat ujian konsisten
4. Kesahan gagasan (Construct
apabila pengujian diulangkan
validity)
menggunakan sampel yang
 Setakat mana sesebuah alat
sama pada titik masa yang
ujian tepat mengukur apa
berlainan.
yang sepatutnya mengukur
4. Kebolehpercayaan antara koder
(Intercoder/Interrater reliability)
 Setakat mana persetujuan
antara dua ataupun lebih
pemeriksa mengenai sesebuah
alat ujian

1
SKPX2033

Nilai Kurang bernilai; sesuatu alat ujian Lebih bernilai; sesuatu alat ujian
yang mempunyai kebolehpercayaan yang mempunyai kesahan tinggi
tinggi tidak semestinya mempunyai juga mempunyai kebolehpercayaan
kesahan tinggi. tinggi.
Tahap Mudah untuk dinilai dan dicapai Sukar untuk dinilai dan dicapai;
kesukaran lebih banyak analisis untuk
dijalankan

2. Urusan etika di dalam penggunaan alat ujian adalah sangat penting. Pada
pendapat anda, apakah antara elemen penting yang perlu dinyatakan di dalam
“informed consent form” untuk diberi kepada sampel atau responden?
(10 markah)
Informed consent merupakan salah satu prinsip yang amat penting dalam etika
penyelidikan dan penggunaan alat ujian. Informed consent bermaksud bahawa
responden memahami (dalam bahasa yang boleh difahami oleh pengambil ujian)
sebab-sebab pengujian, jenis-jenis pengujian yang akan digunakan, dan kegunaan
pengujian ini. Responden juga berhak mengetahui sama ada terdapat rekod (bertulis,
video, audio, dan lain-lain) mengenai sesi pengujian, serta diberitahu maklumat
pengujian yang akan dikongsikan serta pihak yang maklumat tersebut akan
dikongsikan.

Tiga elemen yang amat penting dalam informed consent ialah pendedahan
(disclosure), kecekapan (competency), dan kesukarelaan (voluntariness).
Pendedahan (disclosure) bermaksud bahawa responden telah menerima maklumat
yang mencukupi (seperti risiko, faedah, dan perkongsian laporan) untuk membuat
keputusan yang ditimbangkan mengenai penyertaan dalam pengujian tersebut.
Kecekapan (competency) merupakan keupayaan mental responden untuk memberi
persetujuan dalam pengujian tersebut. Dalam situasi-situasi di mana responden
merupakan seorang kanak-kanak, sangat tua, ataupun mempunyai kekurangan upaya
mental, seorang penjaga perlu memberi persetujuan. Elemen yang ketiga iaitu
kesukarelaan (voluntariness) merujuk kepada pilihan responden untuk menyertai
dalam sesuatu pengujian adalah diberi secara bebas dan bukannya paksaan.

2
SKPX2033

Kandungan dalam sesebuah informed consent form selalunya terdiri daripada:

 Maklumat awam (general information): Maklumat ringkas tentang pengujian


yang akan dijalankan; seperti tujuan pengujian, durasi pengujian, dan aktiviti
yang terlibat dalam pengujian.

 Prosedur spesifik (specific procedures): Alat ujian yang terlibat dalam


pengujian serta deskripsi ringkas mengenai alat-alat ujian tersebut.

 Laporan ujian (test report): Maklumat tentang apa yang akan dilakukan dengan
keputusan ujian serta laporan yang dihasilkan.

 Kerahsiaan (confidentiality): Maklumat tentang sama ada dapatan dan laporan


akan dikongsikan dengan mana-mana pihak.

 Kos (cost): Maklumat dan pengiraan pembayaran yang dikenakan kepada


responden dalam pengujian tersebut.

 Kesan sampingan (side effects): Kesan-kesan sampingan yang mungkin


dirasakan oleh responden setelah menyertai dalam pengujian tersebut.

 Penolakan pengujian (refusal of assessment): Makluman kepada responden


bahawa responden boleh memilih untuk menarik diri ataupun menghentikan
pengujian pada bila-bila masa sahaja.

3
SKPX2033

3. Pilih 3 alat ujian dan jelaskan kepenggunaannya. Sila nyatakan bersama nama
pengkaji yang memperkenalkan alat kajian tersebut.
(10 markah)
Alat ujian pertama: WHOQOL-BREF
 Nama pengkaji:
The World Health Organization Quality of Life (WHOQOL) Group

 Kepenggunaan:
Versi singkat alat ujian WHOQOL-100 yang mengukur persepsi seorang
individu terhadap kualiti kehidupan sendiri. Dalam konteks seorang pesakit, alat
ujian ini bertujuan menilai kesan penyakit dan intervensi kesihatan terhadap
kualiti kehidupan yang dirasakan oleh individu tersebut.

 Dimensi dan item:


Terdapat 4 dimensi dalam WHOQOL-BREF iaitu kesihatan fizikal (physical
health), psikologikal (psychological), hubungan sosial (social relationships),
dan persekitaran (environment). Jumlah bilangan item ialah 26 item.

 Skoring:
Skoring WHOQOL-BREF melibatkan pengiraan skor individu bagi setiap
domain. Selain daripada itu, terdapat 2 item yang dinilai secara berasingan:
Item 1 yang bertanyakan persepsi seorang individu terhadap kualiti kehidupan
dan Item 2 yang bertanyakan persepsi seorang individu terhadap kesihatan diri.
Skor setiap domain adalah berskala positif, di mana skor yang lebih tinggi
menunjukkan kualiti kehidupan yang lebih tinggi.
 Kebolehpercayaan dan kesahan:
WHOQOL-BREF mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

Alat ujian kedua: Pittsburgh Sleep Quality Index (PSQI)


 Nama pengkaji:
Daniel J. Buysse, Charles F. Reynolds III, Timothy H. Monk, Susan R. Berman,
David J. Kupfer

4
SKPX2033

 Kepenggunaan:
PSQI merupakan alat ujian laporan kendiri yang mengukur kualiti dan
gangguan tidur dalam populasi klinikal sepanjang tempoh masa 1 bulan.

 Dimensi dan item:


Terdapat 7 komponen dalam PSQI iaitu kualiti tidur subjektif (subjective sleep
quality), kependaman tidur (sleep latency), durasi tidur (sleep duration),
kecekapan tabiat tidur (habitual sleep efficiency), gangguan tidur (sleep
disturbances), penggunaan perubatan tidur (use of sleeping medication), dan
disfungsi siang hari (daytime sleep dysfunction). Jumlah bilangan item ialah 19
item.

 Skoring:
Skoring PSQI melibatkan pengiraan skor individu bagi setiap komponen. Skor
PSQI global (jumlah skor keseluruhan) dikira dengan menjumlahkan semua
skor komponen. Skor PSQI global yang lebih tinggi memberi maksud kualiti
tidur yang lebih rendah.

 Kebolehpercayaan dan kesahan:


PSQI mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dalam populasi
penyakit insomnia.

Alat ujian ketiga: Heartland Forgiveness Scale (HFS)


 Nama pengkaji:
Laura Y Thompson, C. R. Snyder, Lesa Hoffman

 Kepenggunaan:
HFS merupakan sebuah alat ujian laporan kendiri yang mengukur tahap
kemaafan seseorang individu terhadap diri sendiri, individu lain, dan situasi
yang berada di luar kawalan (seperti bencana alam dan penyakit).

 Dimensi dan item:

5
SKPX2033

Terdapat 3 subskala dan juga skala keseluruhan HFS, iaitu kemaafan terhadap
diri sendiri (forgiveness of self), kemaafan terhadap orang lain (forgiveness of
others), kemaafan terhadap situasi (forgiveness of situations), dan HFS
keseluruhan (total HFS). Setiap subskala mengandungi 6 item, dan jumlah
bilangan item skala HFS keseluruhan ialah 18 item.

 Skoring:
Skoring HFS melibatkan pengiraan skor bagi setiap subskala dan penjumlahan
ketiga-tiga skor subskala untuk mendapatkan skor HFS keseluruhan. Skor
subskala yang lebih tinggi bermaksud tahap kemaafan terhadap diri sendiri,
orang lain, dan situasi yang lebih tinggi; dan skor HFS keseluruhan bermaksud
tahap kemaafan keseluruhan yang lebih tinggi.

 Kebolehpercayaan dan kesahan:


HFS mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik.

‘SELAMAT MAJU JAYA’

You might also like