Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Makro + Mikro =

Ekonomi STPM
Hanyalah Nota Si Nukilan

Isnin, 5 April 2010

Perbandingan Antara Pasaran


Monopoli dan PPS

PPS dan Monopoli mencapai keseimbangan apabila


MC=MR, namun terdapat beberapa perbezaan.

Perbandingan antara keluk PPS dengan keluk


Monopoli

(a) Tingkat Harga Keseimbangan


- harga PPS < harga Monopoli iaitu P's < P'm.

(b) Tingkat Keluaran Keseimbangan


- output PPS > output Monopoli iaitu Q's > Q'm.

(c) Tingkat Keuntungan


- PPS mengalami untung normal apabila
MR's=MC=AR's=AC.
- Monopoli mengalami untung lebih normal apabila
AR'm > AC.

(d) Kecekapan Pengeluaran


- PPS cekap pengeluaran kerana output
dikeluarkan pada AC Min.
- Monopoli tidak cekap pengeluaran kerana output
dikeluarkan pada AC yang sedang menurun.

(e) Kecekapan Peruntukan


- PPS cekap peruntukan kerana output dikeluarkan
pada P(AR's)=MC.
- Monopoli tidak cekap peruntukan kerana output
dikeluarkan pada P(AR'm) > MC.

(f) Pembaziran Kapasiti


- PPS tidak berlaku pembaziran kapasiti kerana
output dikeluarkan pada AC Min.
- Monopoli berlaku pembaziran kapasiti kerana
output dikeluarkan pada AC yang sedang menurun.

p/s : semua nih konsep.. lukis keluk kemudian


anda akan nampak perbezaannya..

Abdul Rahman at 9:11 PTG

Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

‹ Laman utama ›
Papar versi web

Dikuasakan oleh Blogger.

You might also like