Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

SYARAT DAN PERATURAN LIGA E-FOOTBALL MALAYSIA S4

• PERATURAN LIGA
o LIGA MALAYSIA mempunyai 13 perlawanan (14 pasukan negeri) manakala LIGA SUPER mempunyai
14 perlawanan (15 pasukan feeder negeri). Jadual perlawanan sepanjang musim dikeluarkan
sebelum liga bermula.
o Liga dijalankan setiap hari mengikut kalendar yang telah ditetapkan dan cuti khas yang akan
diumumkan oleh pihak penganjur
o Format perlawanan adalah 20 VS 20.
o Mata/Point setiap pasukan akan diberikan seperti berikut:
■ Menang 3 pts
■ Seri 1 pts
■ Kalah 0 pts
o Semua keputusan perlawanan perlu DIUPDATE ke dalam group divisyen sebelum dateline yang
telah ditetapkan iaitu sebelum JAM 11:15 PM hari dateline .
o Sekiranya sehingga JAM 11:15 PM masih tiada result, Penganjur/Marshall Bertugas akan
menggunakan result semasa sahaja. Jadi setiap Pengurus perlu alert untuk menghantar keputusan
akhir perlawanan ke dalam group liga yang diberikan.

• Group Whatsapp Perlawanan


o Pengurus Pasukan HOME perlu membuat 1 group Whatsapp dan memasukkan atau memberikan
link group Whatsapp tersebut kepada Pengurus Pasukan lawan dan Match Official. Setiap
perlawanan akan dikawal oleh seorang Match Official.
o Walau Bagaimanapun, jika pengurus pasukan HOME terlupa atau masih belum membuat 1 group
Whatsapp perlawanan, Match Official perlu mengingatkan Pengurus Pasukan HOME untuk membuat
1 group Whatsapp perlawanan ,tiada masalah jika Pengurus Pasukan AWAY menggunakan Group
Whatsapp Pasukan AWAY.
o Setiap pengurus pasukan wajib alert tentang jadual perlawanan. Sekiranya pengurus pasukan
lawan telah pm dan beri link group perlawanan, pengurus pasukan lawan perlu memberi respon dan
masuk ke dalam group perlawanan yg telah di sediakan. Sekiranya sibuk, wajib inform dan minta
Pengurus 2 untuk berurusan dan masuk ke group perlawanan. Sekiranya gagal untuk membuat
perkara tersebut selepas 12 jam, pengurus pasukan lawan layak menuntut kemenangan PERCUMA.
o Kedua-dua Pengurus Pasukan akan berkongsi SENARAI DAFTAR PEMAIN pasukan masingmasing
terlebih dahulu
o SENARAI DAFTAR PEMAIN YANG LENGKAP dikongsi WAJIB mengandungi:
■ Nama Pemain/Nama Pasukan
■ No Whatsapp Pemain/Link/Tag Pemain
■ No ID Pemain
■ SEMUA YANG TERTERA DI ATAS WAJIB SAMA SEPERTI YANG DIDAFTARKAN
SENARAI LINE UP 20 PEMAIN CUKUP HANYA IGN DAN NO WHATSAPP/TAG PEMAIN.
NAMA IGN WAJIB SAMA DENGAN YANG TELAH DIDAFTARKAN.
1 GOL AKAN DITOLAK JIKA IGN BERBEZA SEPERTI YANG TELAH DIDAFTARKAN.
o Mana-mana pasukan yang gagal mengemukakan SENARAI LINEUPS 20 PEMAIN yang akan bermain
sebelum JAM 3:00 PM pada hari pertama, maka pasukan lawan boleh menuntut kemenangan
percuma dengan syarat pasukan tersebut berkongsi lebih awal SENARAI LINEUPS LIMA (5) PEMAIN
pasukannya sebelum JAM 3:00 PM pada hari yang pertama.
o Setiap pemain akan melangsungkan permainanan mengikut kedudukan yang ditetapkan oleh
Pengurus Pasukan masing-masing .
■ Pemain 1 vs Pemain 1
■ Pemain 2 vs Pemain 2
■ Pemain 3 vs Pemain 3

• PERATURAN PERMAINAN
o Pemain home atau yang invite pemain lawan perlu membuat tetapan:
■ 8 minit
■ OFF Extra Time dan Penalty
■ Condition - Excellent
■ Limit pertukaran wajib 6 Pemain
■ On Injured
■ Kedua-dua pemain wajib membuat Screen Record bermula dari CHAT bersama opponent sehingga
halaman utama skrin E-FOOTBALL bagi pengesahan ID. Tindakan ini bagi memastikan tiada isu
penipuan ID & Khidmat Joki Account. Tindakan ini WAJIB dari kedua-dua pemain. Perlawanan tidak
boleh dimulakan tanpa Screen Record.
■ Jika tidak set tetapan permainan seperti di atas , wajib bermain semula walaupun perlawanan
telah tamat .
■ Rematch perlawanan ini tidak menggunakan keputusan semasa.
o Setiap kemenangan pemain tersebut diberikan 1 mata manakala bagi perlawanan seri tiada mata
diberikan.
o Jumlah keseluruhan mata bagi perlawanan tersebut adalah maksimum 20 mata.
o Keputusan akhir perlawanan antara dua pasukan berdasarkan jumlah mata yang dimenangi oleh
pemain masing-masing
o Setelah selesai kesemua perlawanan, Pengurus Pasukan dari pasukan yang menang perlu
memaklumkan/memasukkan keputusan perlawanan tersebut ke SCORELIST di dalam group liga yang
telah disediakan.
o Walaubagaimanapun , sekiranya Pengurus Pasukan yang menang terlupa atau mempunyai apa-apa
masalah , Match Official akan membantu untuk memaklumkan perkara tersebut.
• Masa Perlawanan
o Kedua-dua pemain perlu sama-sama bersetuju untuk menetapkan masa perlawanan.
o Disebabkan hari khamis maintenance dijalankan , Oleh itu kedua dua pemain perlu memilih masa
yang sesuai untuk memulakan perlawanan , tiada alasan maintenance diterima oleh pihak Penganjur
, pemain itu sendiri perlu alert dan bertanggungjawab.
o Pengurus Pasukan perlu memilih pemain yang boleh bermain mengikut masa yang telah
ditetapkan sahaja , iaitu 2 hari.
o Amalan SIDAI amatlah dilarang oleh kedua dua pemain , Oleh itu, Penganjur telah menetapkan
masa perlawanan yang agak panjang.
o Pemain Yang Tidak Dibalas Mesej nya Selama 12 JAM Harus Send ScreenShot Ke dalam Group
Match Untuk Pengurus menukar Pemain Lain dan Diberikan Selama 3 JAM Untuk Menukar Pemain
Jika Pengurus Tiada Respon @ pun Tiada Follow Up Selama 3 Jam. Match Tersebut Di Anggap
Freewin dan pemain tersebut dikenakan kad kuning.
o Andaikata mesej dihantar pada JAM 10:00 PM DAN KEATAS hari yang kedua iaitu hari dateline
maka waktu untuk menuntut kemenangan percuma ialah pada JAM11.05 PM.
o Sekiranya tiada kata putus waktu perlawanan, Pengurus Pasukan kedua-dua pasukan perlu
menukar pemain kepada pemain yang boleh bermain pada waktu yang dipersetujui Pengurus
Pasukan dikehendaki sentiasa memantau pemain dibawah jagaan masing-masing, jika pemain tidak
dapat bermain , sewajarnya terus menukar pemain tersebut.

• Peraturan Pemain
o Setiap pasukan wajib mendaftar 30 pemain sepanjang musim.
o Pertukaran, Pengurangan atau Penambahan pemain atau no ID hanya boleh dibuat pada Transfer
Window sahaja.
o Setiap Transfer Window boleh digunakan untuk menukar pemain .
o Transfer Window yang ditetapkan adalah SELEPAS PERLAWANAN KE 6.
o Seorang pemain boleh bermain dengan 1 pasukan sahaja. Sekiranya didapati seorang pemain
bermain lebih dari 1 pasukan, perlawanan pemain tersebut pada hari “KANTOI” dikira kalah 3-0.
Pemain tersebut juga DIGANTUNG dari Pertandingan.
o Sekiranya Pengurus Pasukan / Pembantu Pengurus Pasukan / Wakil Pasukan atau Pasukan yang
diwakili pemain tersebut didapatibersekongkol / menyokong / membenarkan pemain tersebut
bermain dengan lebih dari 1 pasukan, maka pasukan tersebut akan dikenakan potongan MATA
sebanyak 6 mata dan pemotongan dibuat pada akhir musim .
o Pemain yang TIDAK DIDAFTARKAN tidak boleh bermain untuk mana-mana perlawanan. Sekiranya
pemain tersebut main, maka perlawanan tersebut DIBATALKAN dan dikira kalah.
o Pemain didaftarkan berdasarkan No ID EFOOTBALL .
o Sekiranya terdapat perubahan No ID disebabkan akaun pemain tiba2 kena hack atau banned maka
anggaplah pemain tersebut cedera . Tiada penukaran no ID kecuali sebelum bermula musim dan
semasa Transfer Window sahaja
• Speedtest
O Penganjur telah menetapkan penggunaan aplikasi Ookla sebagai penguji kelajuan internet pemain.
O Setiap pemain WAJIB mengemukakan RAKAMAN VIDEO bermula daripada chat antara kedua dua
pemain sehingga ke app speedtest bagi membuktikan speedtest kedua dua pemain dalam keadaan
baik.
O SCREENSHOT tidak diguna pakai disebabkan terdapat sebahagian pemain yang didapati masih
menipu tentang speedtest.
O Pemain perlu memastikan kelajuan internet sendiri berdasarkan rules Speedtest di bawah.
O Penganjur dengan kata sepakat telah menetapkan 2 speedtest untuk Semenanjung dan Borneo ,
Walau Bagaimanapun untuk pemain yang menetap di BORNEO WAJIB menghantar live location
untuk dijadikan sebagai bukti.
O Syarat Speedtest Untuk SEMENANJUNG
■ Download : Atas 8 Mbps
■ Upload : Atas 8 Mbps
■ Ping : Bawah 36 Mbps
■ Jitter: Bawah 12 Mbps
O Syarat Speedtest Untuk BORNEO
■ Download : Atas 8 Mbps
■ Upload : Atas 8 Mbps
■ Ping : Bawah 48 Mbps
■ Jitter: Bawah 15 Mbps
O Sekiranya pemain tidak menepati syarat minimum di atas, pengurus pasukan perlu menukar
kepada pemain simpanan yang lain sekiranya speedtest masih tidak melepasi syarat minimum.
Sekiranya Tiada Bantahan dari pihak lawan, perlawanan Boleh diteruskan.
O Sekiranya masih mendapati mana-mana pemain yang menipu/memanipulasi video speedtest,
maka perlawanan pemain tersebut dikira kalah 0-3 dan pemain tersebut digantung 3 perlawanan.
O Sekiranya pihak lawan bersetuju untuk meneruskan perlawanan walaupun speedtest tidak
menepati syarat minimum, maka dibenarkan dengan syarat:
■ Tidak boleh claim opponent lag selepas 20 minit (in game time) perlawanan. Sekiranya hendak
claim, Pemain perlu keluar dari match sebelum sampai minit ke-20 masa perlawanan .
■ Tidak boleh membuat kenyataan kalah disebabkan opponent lag.
■ Tidak boleh keluar daripada match untuk claim opponent lag selepas minit ke – 20 (in game time )
• Lagging
o Walaupun pemain melepasi syarat minimum speedtest, adakalanya match menjadi lag (sengaja
atau tidak sengaja).
o Pihak yang hendak claim opponent lag, wajib menyediakan bukti video (tak kurang 30 saat) yang
menunjukkan opponent tersebut sememangnya lag.
o Selepas merekod video lag, pemain tersebut perlu keluar daripada match dan memaklumkan
kepada pemain lawan bahawa lag dengan memberikan video lag yang telah direkod.
o Permainan di sambung dengan membawa score semasa dan masa baki perlawanan(90 minit –
(masa keluar dari game) = masa baki perlawanan).
o Jika TIADA sebarang bukti video direkod sebelum keluar dari perlawanan, maka pihak lawan boleh
mendapat kemenangan percuma (3-0).
o Kedua – dua pemain WAJIB menggunakan squad asal sebelum permainan terhenti. Jika berlaku
pemain yang menukarkan formasi, manager atau pemain, maka pihak lawan boleh menuntut
kemenangan percuma (3-0) dengan menunjukkan bukti ss squad lawan.
• Rematch
o Sekiranya game terkeluar dengan sendiri kerana aplikasi crash. Pemain WAJIBmenunjukkan bukti
screenshot (ss) error. Jika pemain lawan berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan. Permainan di
sambung dengan membawa score semasa dan masa baki perlawanan.
o Sekiranya perlawanan terkeluar disebabkan panggilan masuk atau line tidak stabil.Pemain perlu
menunjukkan ss bukti panggilan masuk (terdapat MASA panggilan diterima) atau line bar (beserta
MASA telefon). Jika pemain lawan berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan. Permainan di
sambung dengan membawa score semasa dan masa baki perlawanan.
o Jika TIADA sebarang bukti ss diberikan, maka pihak lawan boleh mendapatkemenangan percuma
(3-0).
o Kedua – dua pemain WAJIB menggunakan squad asal sebelum permainan terhenti. Jika berlaku
pemain yang menukarkan formasi, manager atau pemain, maka pihak lawan boleh menuntut
kemenangan percuma (3-0) dengan menunjukkan bukti ss squad lawan.
o Sekiranya perlawanan disconnect (YOU WIN, YOU LOSE, NULL)
■ Sambung baki perlawanan (90 minit - masa sebelum terhenti)
■ Membawa score semasa.
■ Cara kiraan baki perlawanan: 90 minit tolak masa semasa sebelum terhenti.
Contoh: terhenti pada minit 55, maka rematch 90-55= 35 minit sahaja.
o Perlawanan rematch perlu main terus. Tidak dibenarkan sidai/delay melebihi 10 minit kecuali
persetujuan kedua-dua pemain.
o Jika perkara ini berlaku , pihak lawan boleh menuntut kemenangan percuma 3-0
•Pemain Simpanan
o Semua pasukan boleh mendaftar pemain ke-21 hingga pemain ke-30.
o Rotation pemain bergantung kepada kebijaksanaan Pengurus Pasukan masing-masing.
o Kedudukan pemain dalam line up juga bebas selagi mana menggunakan pemain dari 30 pemain
yang didaftarkan.
o Pemain simpanan boleh dimasukkan sekiranya pemain dalam line up tidak dapat bermain dan
perlu dimaklumkan kepada Pengurus Pasukan lawan.
o Pemain simpanan hanya dimasukkan oleh Pengurus Pasukan masing masing sebelum JAM 9:30
PM pada hari deadline sahaja.
• Unsportsmanship
o Adalah menjadi tanggungjawab Pengurus Pasukan untuk memastikan semua pemain di bawah
kendaliannya, menghormati semua pihak, menghormati peraturan sedia ada, menjaga adab dan
tatasusila sepanjang pertandingan. Sikap buruk pemain melambangkan kegagalan Pengurus
mengurus pasukannya.
o Kemenangan percuma dan kad kuning akan diberikan kepada perlawanan di mana pemain
lawannya:
■ Tidak memberi maklum balas walaupun dichat berkali-kali sebelum JAM 11.00
PM hari kedua iaitu hari dateline.
■ Tidak memberi respon 15 JAM selepas pihak lawan memberi mesej.
■ Sengaja melengah-lengahkan waktu perlawanan.
■ Tidak muncul 30 minit selepas waktu yang dipersetujui.
■ BLUETICK 8 jam.
■ Tidak didaftarkan dalam line up yang dipersetujui pada awal perlawanan. (Bagi
kes penukaran yang tidak dimaklumkan kepada pengurus pasukan lawan).

o Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan sekiranya


Pengurus Pasukan lawannya:
■ Tidak memberi respon sehingga jam 3:00 PM hari pertama.
■ Tidak memberi line up sebelum 3:00 PM hari pertama , pihak yang hendak claim, perlu
memberikan lineupnya terlebih dahulu sebelum 3:00 PM pada hari pertama.
■ Mohon Pengurus Pasukan sila respon Whatsapp dari lawan.
o Semua pemain diminta untuk menjaga adab dan tatasusila sepanjang pertandingan. Elakkan
melakukan sebarang kontroversi termasuk bersikap kurang ajar, perkauman, cubaan merusuh,
membuat provokasi tidak matang dan seumpamanya.
o Bagi kes kurang ajar, keterlaluan dalam memaki pihak lawan, mencetus kontroversi tidak matang,
dan seumpamanya, hukuman adalah:
■ Kali pertama: kad kuning
■ Kali kedua: kad merah dan match kalah 0-3.
■ Kali ketiga: di gantung sepanjang musim dan match kalah 0-3.
o Bagi kes berat seperti perkauman, merusuh, memecah belah dan seumpamanya,
hukuman adalah:
■ Kali pertama:Kad merah. Match pemain kalah 0-3, pemain gantung 3 perlawanan
(Sekiranya yang membuat kesalahan bukan pemain, maka match
pasukan tersebut kalah)
■ Kali kedua: Pemain digantung 5 perlawanan, pasukan kalah 5-0, pasukan
dipotong 6 mata.
(Sekiranya yang membuat kesalahan bukan pemain, maka match tersebut
kalah untuk 2 perlawanan)
■ Kali ketiga: Pasukan dibuang dari pertandingan dan digantung 1 musim.

Goal Celebration
o Goal celebration TIDAK DIBENARKAN.
o Sekiranya berlaku, pemain yang membuat goal celebration ditolak gol yang dicelebrate.
o Wajib menyediakan bukti goal celebration tersebut.
o Akan tetapi, terdapat kes di mana pemain terlewat sedikit menekan butang skip. Oleh itu, tempoh
goal celebration maksimum sebelum nak claim adalah 3 saat.
o Bagi pemain yang hendak claim free win, sila Screenshot atau rekod video bukti,
o Bermain back pass dibenarkan kecuali back pass melampau.
o Backpass melampau ditakrifkan sebagai hantaran bola yang berlegar antara pemain pertahanan,
defensive midfield dan penjaga gol melebihi 10 saat tanpa ada niat untuk menyerang.
o Pemain yang didapati bermain backpass melampau, akan dikenakan tindakan kalah match
tersebut 0-3.
o Pemain yang ingin claim rules backpass, wajib menyediakan bukti video yang merakam perbuatan
backpass tersebut tidak kurang 30 saat. Selepas selesai merekod, pemain tersebut wajib keluar
daripada match tersebut dan memaklumkan kepada Admin seterusnya Admin akan mestilah
memaklumkan kepada match official untuk membuat sebarang keputusan yang sewajarnya.

• Lain-Lain
o Sebarang perubahan, pemakluman atau apa-apa info terbaru akan dimaklumkan dalam Group
Whatsapp. Pengurus Pasukan perlu alert apa yang berlaku dalam group tersebut. Tiada alasan tidak
bukak Whatsapp.
o Penganjur mempunyai kuasa penentu sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dinyatakan
dalam Syarat dan Peraturan.
o Penganjur/Marshall merupakan jawatankuasa disiplin yang akan mengadili sebarang kes antara
dua pasukan.

Kad Kuning – amaran


2 kad kuning dlm 1 match – gantung 2 perlawanan
Mengumpul 2 kad kuning dalam perlawanan lain – gantung 1 match
Kad merah – gantung 3 match

You might also like