BM Tema 9 Tingkatan Satu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEMA 9 : EKONOMI DAN PENGURUSAN WANG

DEFINISI EKONOMI:
EKONOMI ialah kawasan pengeluaran, agihan dan perdagangan,
serta penggunaan barang  dan perkhidmatan oleh ejen yang
berbeza. Ejen ekonomi boleh jadi individu, perniagaan, pertubuhan,
atau kerajaan. Urus niaga ekonomi berlaku apabila dua kumpulan atau
pihak bersetuju dengan nilai atau harga barang atau perkhidmatan
yang diurus, biasanya dinyatakan dalam suatu mata wang tertentu.

DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN :


PENGURUSAN KEWANGAN adalah proses yang melibatkan jentera
pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai
perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan
diperakaunkan.Termasuklah proses-proses yang melibatkan
perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai
pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan
lain-lain yang berkaitan dengannya.

3 CARA MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BIJAK.

1. Menetapkan Matlamat Kewangan.

2. Bijak Dalam Bezakan Keperluan Dan Kehendak.

3. Belanja Ikut Keperluan.


MAKSUD-MAKSUDNYA:

1. Pengurusan kewangan yang baik membabitkan


matlamat kewangan jangka pendek , sederhana dan
panjang. Kita hendaklah memulakan dengan
matlamat yang paling jauh. Apabila kita mempunyai
satu pandangan jauh, kita telah menetapkan
langkah yang betul untuk berjaya. 
2. Kita hendaklah belajar untuk mengimbangi
keperluan dan kehendak kita. Jika keperluan
tersebut sesuatu yang kita tidak dapat dielakkan
atau dikurangkan,kita hendaklah cuba untuk
kurangkan kehendak kita.
3.  Kita hendaklah mengelakkan diri kita daripada
berhutang dengan membeli barangan yang tidak
perlu seperti gajet, pakaian berjenama dan
sebagainya kecuali membeli barangan atau
keperluan yang tidak boleh dibeli secara tunai
seperti kereta atau rumah.

You might also like