Kertas Kerja Deepavali 2022

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

SK METHODIST TELOK DATOK

JALAN SEKOLAH, 42700 BANTING


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI;
FESTIVAL WARNA BOLLYWOOD PRASEKOLAH

TARIKH PELAKSANAAN :
09– 10 NOVEMBER 2022

MASA :
MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN

TEMPAT :
PRASEKOLAH
SK METHODIST TELOK DATOK
KERTAS KERJA SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI;
FESTIVAL WARNA BOLLYWOOD PRASEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN
Prasekolah SK Methodist Telok Datok mengambil inisiatif untuk mengadakan
sambutan Perayaan Deepavali;Festival Warna Bollywood peringkat prasekolah dalam
suasana perayaan untuk diraikan oleh semua warga prasekolah. Amalan guru
penyayang juga diterapkan dengan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah
melalui aktiviti yang dijalankan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan
meraikan sambutan perayaan murid.
Aktiviti kebudayaan juga diadakan iaitu persembahan Bollywood. Oleh itu, semangat
hidup bersama-sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat
menghormati perlu dipupuk walau di peringkat prasekolah lagi agar murid dapat
menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat. Pelbagai hadiah juga akan
disampaikan seperti pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian paling
menyerlah.

2.0 MATLAMAT
2.1 Menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti sekolah termasuk
murid, ibu bapa, guru dan pentadbir.
2.2 Meraikan Perayaan Deepavali yang disambut oleh murid beragama Hindu di
Prasekolah SK Methodist Telok Datok.
2.3 Memberi peluang kepada murid yang bukan beragama hindu untuk sama
sama meraikan Deepavali.
2.4 Mengeratkan silaturrahim dan sifat kerjasama dalam kalangan guru-guru,
PPM, ibu bapa dengan murid.

3.0 OBJEKTIF

3.1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan Sambutan Perayaan

kaum lain seperti Sambutan Deepavali.

3.2. Memberi pendedahan awal mengenai kepelbagaian kaum-kaum di Malaysia.

3.3. Meningkatkan nilai kerjasama dan muhibbah.


1.0 ANJURAN
Unit Prasekolah SK Methodist Telok Datok

5.0 SASARAN
Murid Prasekolah.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 09 –10 November 2022
Masa : Mengikut jadual yang disediakan
Tempat : Prasekolah, SK Methodist Telok Datok

7.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

PENASIHAT
En. Zulfikri bin Abu Samian
Guru Besar SK Methodist
PENGERUSI
Pn Siti Aishah bt Mod Talif
Penolong Kanan Pentadbiran
NAIB PENGERUSI 1
En Kamarulzaman bin Johari
Penolong Kanan HEM
NAIB PENGERUSI 2
Pn Noor Azizah bt Shamsuddin
Penolong Kanan Kokurikulum
PENYELARAS
Pn Katy binti Katan

PENGACARA MAJLIS BUKU PROGRAM


Pn Junainah bt Sairi Pn Katy bt Katan

HADIAH DOKUMENTASI
Pn Katy bt Katan Pn Katy bt Katan
Pn Noor Herlina bt Abu Bakar

PERSIAPAN TEMPAT KAWALAN MURID


Pn Nurulain bt Abd Manan Pn Junainah bt Sairi
Pn Noor Herlina bt Abu Bakar Pn Katy bt Katan
Pn Junainah bt Sairi Pn Nurulain bt Abd Manan
Pn Katy bt Katan Pn Noor Herlina bt Abu Bakar

JAMUAN BACAAN DOA


Pn Noor Herlina bt Abu Bakar Mohd Fairus bin Mohd Rashid
Pn Nurulain bt Abd Manan
8.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh Masa Program (Aktiviti) Tempat

9 NOVEMBER 10.00 Pagi Pertandingan Mewarna Prasekolah


2022
(Rabu)
Pertandingan pakaian
10 NOVEMBER 9.00 Pagi Paling Menyerlah Prasekolah
2022 Jamuan Makan
(Khamis)

Atur cara Jamuan (10 NOVEMBER 2022)

7.30 Pagi : Ketibaan Murid / Kedatangan diambil


8.00 Pagi : Persiapan Majlis
9.00 Pagi : Semua murid prasekolah berkumpul di tempat makan
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Pentadbir
Pertandingan Pakaian Paling Menyerlah
Penyampaian hadiah
Jamuan Makan
11.30 Pagi : Bersurai
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Anggaran Sumber


Kos
9.1 Makanan Murid
41 orang murid x RM 2.00 RM 82.00 Kumupulan Wang Kerajaan
Menu: Bantuan Makan Prasekolah
Roti Canai (BMP)
Air

9.2 Hadiah
Kumpulan Wang Kerajaan
Pertandingan Mewarna Bantuan KoKurikulum
Tempat 1 2 x RM 20= RM 40 Prasekolah (BKKP)
Tempat 2 2 x RM 15=RM 30
Tempat 3 2 x RM 10=RM 20

Pertandingan Pakaian Paling Menyerlah


(Kategori Lelaki)
Tempat 1 1 x RM 35= RM 35
Tempat 2 1 x RM 25=RM 25
Tempat 3 1 x RM 15=RM 15

Pertandingan Pakaian Paling Menyerlah


(Kategori Perempuan)
Tempat 1 1 x RM 35= RM 35
Tempat 2 1 x RM 25=RM 25
Tempat 3 1 x RM 15=RM 15
RM 240.00

JUMLAH RM 322.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

Kumpulan Wang Kerajaan (Bantuan Makan Prasekolah) RM 82.00


Kumpulan Wang Kerajaan (Bantuan KoKurikulum Prasekolah) RM 240.00
Jumlah RM 322.00
11.0 PENUTUP

Diharapkan Program yang diadakan ini akan memberi kesan positif dan mendatangkan
faedah dalam mencungkil bakat dan kebolehan, memupuk rasa tanggungjawab, mengeratkan
perpaduan dan silaturrahim dan membentuk peribadi individu yang seimbang di kalangan
murid.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

.................................. ...................................................
KATY BINTI KATAN SITI AISHAH BINTI MOHD TALIF
Penyelaras Program PK Pentadbiran
Sambutan Program Deepavali Prasekolah SK Methodist Telok Datok
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Sambutan Deepavali Prasekolah Tahun


2022

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Sambutan Deepavali Prasekolah


Tahun 2022

Ulasan :

(ZULFIKRI BIN ABU SAMIAN)


Guru Besar
SK Methodist Telok Datok

You might also like