Contoh Surat2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Ganda Temengor Tel : 05-7913892


33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan Faks : 05-7913892
ABA7030 Email : aba7030@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj.Kami: SKGT 600-3/4/1 (1)


Tarikh : 28 2022

Guru Besar,
SK Ganda Temengor,
33300 Gerik, Perak.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak


SK Ganda Temengor, 33300 Gerik ,Perak.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja memohon kebenaran daripada
pihak tuan untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap Kanak-kanak di sekolah ini berasaskan
Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196,
bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan,


senarai ahli jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada
permohonan ini.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.......................................
( Abdul Hakim Bin Abd Halim )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap,
SK Ganda Temengor.
.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


SK Ganda Temengor
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Ganda Temengor Tel : 05-7913892
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan Faks : 05-7913892
ABA7030 Email : aba7030@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj.Kami: SKGT
Tarikh : 20 APRIL 2022

Jawatankuasa Penaja Pasukan Pengakap


SK Ganda Temengor,
33300 Gerik, Perak.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap Kanak-kanak


SK Ganda Temengor

Dengan hormatnya surat tuan SKGT600 – 3/4/1 (1) bertarikh 18 April 2022 adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan
sukacitanya meluluskan penubuhan Pergerakan Pengakap SK Sri Tebrau.

3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Pelembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan,
Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh
Mesyuarat Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
( NIK ROSMAWATI BINTI NIK YAACOB)
Guru Besar,
SK Ganda Temengor ,
33300 Gerik, Perak
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Ganda Temengor Tel : 05-7913892
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan Faks : 05-7913892
ABA7030 Email : aba7030@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj.Kami: SKGT 600-3/4/1 (2)


Tarikh : 21 APRIL 2022

Guru Besar,
SK Ganda Temengor,
33300 Gerik.

Tuan,

Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran


Pergerakan Pengakap Kanak-kanak SK Ganda Temengor.

Dengan hormatnya surat tuan JEA1054 (1) bertarikh 18 Januari 2012 adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Pergerakan Pengakap SK Ganda Temengor
memohon daripada pihak tuan agar dapat mengesahkan penubuhan Pergerakan Pengakap sekolah ini dan
mendaftarkannya sebagai sebuah Pasukan Pakaian Seragam dalam bidang kokurikulum di sekolah ini
berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21
Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli


Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus dalam
mesyuarat penubuhan untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

................................
( ABDUL HAKIM BIN ABD HALIM )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap,
SK Ganda Temengor
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Ganda Temengor Tel : 05-7913892
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan Faks : 05-7913892
ABA7030 Email : aba7030@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh :
ABDUL HAKIM BIN ABD HALIM,
Setiausaha Pergerakan Pengakap,
SK Ganda Temengor,
33300 Gerik,
Perak.

Tuan,

Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran


Pergerakan Pengakap SK Ganda Temengor

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan JEA 1054 bertarikh 20 Januari 2012.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan
sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Pergerakan Pengakap SK Ganda Temengor adalah
berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan.

4. Dengan pengesahan ini Pergerakan Pengakap SK Ganda Temengor, Gerik, Perak sudah boleh
bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan
diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan
Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………..
( NIK ROSMAWATI BINTI NIK YAACOB )
Guru Besar,
SK Ganda Temengor
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Ganda Temengor Tel : 05-7913892
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan Faks : 05-7913892
ABA7030 Email : aba7030@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JEA1054
Tarikh : 28 Januari 2012

Guru Besar,
SK Ganda Temengor,
33300 Gerik,
Perak

Tuan,

Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma Keahlian


Bagi Pergerakan Pengakap SK Ganda Temengor

Saya dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pengakap SK Ganda
Temengor memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk membuat kutipan derma daripada setiap ahli
persatuan yang berdaftar pada kadar RM................ seorang sebulan.

3. Permohonan ini dikemukakan demi mematuhi Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan


Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No. 11, Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN”

Saya yang mejalankan amanah,

……………………..
( ABDUL HAKIM BIN ABD HALIM)
Setiausaha Pergerakan Pengakap,
SK Ganda Temengor.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Pengakap
4. Guru Pemimpin/Penasihat
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Ganda Temengor Tel : 05-7913892
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan Faks : 05-7913892
ABA7030 Email : aba7030@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Tuan: JEA 1054


Ruj. Kami : JEA 1054
Tarikh : 1 Febuari 2012

ABDUL HAKIM BIN ABD HALIM,


Setiausaha Pergerakan Pengakap,
SK Ganda Temengor,
33300 Gerik, Perak.

Tuan,

Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma


Keahlian Bagi Pergerakan Pengakap SK Ganda Temengor

Dengan hormatnya surat tuan JEA 1054) bertarikh 28 Januari 2012 yang berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Subperaturan 9(3)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb
Mei 1998, maka saya dengan ini membenar dan meluluskan permohonan tuan untuk mengutip derma
keahlian daripada setiap ahli yang berdaftar dengan Pergerakan Pengakap sekolah ini dengan kadar
RM ............ seorang sebulan. dengan syarat tiada unsur paksaan dikenakan ke atas ahli dan peruntukan-
peruntukan dalam Artikel Tujuh, Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Pergerakan
Pengakap sekolah ini dipatuhi sepenuhnya.

3. Saya berharap dengan kebenaran dan kelulusan ini Pergerakan Pengakap SK Ganda Temengor akan
dapat bergerak dengan cergas.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………….
( NIK ROSMAWATI BIN NIK YAACOB )
Guru Besar,
SK Ganda Temengor.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

You might also like