Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEORI PERKEMBANGAN MORAL DAN ISU SEMASA / DEM2023

NAMA PELAJAR: NURUL NAJWA BINTI ABD RAHIM


NO PELAJAR: DPA202207(23)008

LATIHAN 2
Bagaimana cara anda untuk mendidik anak atau pelajar anda yang pernah anda lakukan
sepanjang karier anda sebagai seorang ibu bapa atau guru?

Sebagai seorang guru, saya akan mendidik pelajar-pelajar saya dengan mengenali gaya
pembelajaran mereka. Saya mestilah mengenal gaya pembelajaran pelajar saya dengan
merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelajar saya. Hal ini
dikatakan demikian kerana gaya pembelajaran merujuk kepada cara seorang pelajar
memproses dan mengamati sesuatu maklumat yang diperoleh dalam pelbagai cara mengikut
kemampuan seseorang. Terdapat pelbagai cara yang boleh saya gunakan untuk mengenali gaya
pembelajaran pelajar saya. Sebagai contohnhya, saya boleh melakukan satu kajian kes
berdasarkan soalan dan para pelajar saya boleh memberikan jawapan mereka mengikut minat
masing-masing. Kesannya, apabila saya telah dapat memahami gaya pembelajaran mereka,
saya boleh menjalankan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan minat mereka.

Selain itu, saya juga boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya ketika
berada di dalam kelas. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah dirancang
dalam pelbagai pendekatan. Sebagai seorang guru saya boleh mempelbagaikan pendekatan
yang tidak terhad kepada penerangan sahaja, saya juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di
dalam kelas untuk menarik minat pelajar saya. Sebagai contohnya, saya boleh membentuk
kumpulan, melakukan sesi lakonan, menyanyi dan lain-lain. Impaknya, pelajar saya akan
menjadi lebih fokus dan minat untuk belajar subjek yang saya ajari.

Seterusnya, persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pembelajaran pelajar adalah salah
satu cara yang penting untuk mendidik pelajar saya. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat
memastikan pelajar memberi fokus kepada pembelajaran dan berminat untuk mendalami
sesuatu topik pembelajaran. Saya juga perlu menyusun atur bilik darjah dengan menjadi lebih
selesa dan selamat. Oleh itu, pelajar saya dapat bergerak aktif dengan mudah untuk
berinteraksi dan melakukan aktiviti pembelajaran. Susunan bilik darjah yang terhad akan
mengekang pergerakan pelajar dan mereka akan berasa cepat bosan dan tidak boleh
memberikan fokus sepanjang di dalam kelas.

Tambahan pula, untuk mendidik pelajar saya, saya perlulah memberi bimbingan yang positif
kepada mereka. Komitmen seorang guru yang memberi fokus kepada sikap positif pelajar dapat
membantu mereka untuk menjadi rajin belajar dan fokus di dalam kelas. Hal ini dikatakan
demikian kerana, pelajar akan berasa selesa dengan guru dan berani berkongsi masalah yang
mereka hadapi di dalam kelas. Jadi sebagai seorang guru, saya mestilah memberikan bimbingan
yang positif serta jalan penyelesaian kepada pelajar saya untuk membantu mereka menghadapi
masalah tersebut. Dalam konteks ini, pelajar saya akan berasa dibantu dan bersemangat untuk
menghadiri sesi persekolahan mereka.

Cara yang terakhir yang boleh saya lakukan dalam mendidik pelajar saya adalah dengan
memberikan penghargaan atau kata-kata pujian kepada mereka. Hal ini dikatakan demikian
kerana penghargaan dan pujian merupakan elemen yang penting dalam memostivasikan
pelajar untuk belajar, memperbaiki kelemahan dan memberikan semangat kepada mereka
untuk mencuba sesuatu yang baharu. Saya sebagai guru mestilah sentiasa memberi pujian
berbentuk kata-kata semangat kepada mereka apabila mereka telah mencapai sesuatu
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Sebagai contohnya, salah satu pelajar saya
sudah mahir menulis sebuah perenggan karangan tanpa melibatkan kesalahan tatabahasa dan
saya memberikan pelajar saya pujian seperti “Bagus dan teruskan usaha!”. Implikasinya, pelajar
tersebut dapat membantu meningkatkan keyakinannya terhadap pembelajaran.

You might also like