Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NAMA: NURUL NAJWA BINTI ABD RAHIM

KURSUS: DIPLOMA PERGURUAN ASAS


TAJUK: MPU 2452 (KERJA LAPANGAN BERKUMPULAN)

REFLEKSI 1

Pada Semester 1, pelajar kohort 23 dan kohort 42 telah diminta untuk melakukan suatu projek
berkumpulan untuk kerja lapangan (MPU 2452) oleh pensyarah kami, Puan Madznah Hassan.
Kami telah bersepakat untuk melakukan aktiviti “Menceriakan Bilik Kuliah” sebagai projek
berkumpulan kami. Untuk melaksanakan projek ini, suatu perjumpaan telah diadakan untuk
mengagihkan tugas dan sebagainya.

Seramai 16 orang pelajar semester 1 telah menghadiri perjumpaan tersebut bersama


pensyarah kami. Kami telah menetapkan tempoh untuk melaksanakan aktiviti ini selama 2 hari.
Kami telah berbincang untuk menceriakan bilik kuliah kami dengan mengecat dan memasang
“wallpaper” sebagai skop kerja kami. Sebelum mengagihkan tugasan kepada semua pelajar,
kami telah melakukan undian untuk memilih ahli jawatankuasa dalam projek ini.

Selepas selesai mengundi, tugasan telah diagihkan dengan adil kepada setiap pelajar yang
terlibat dalam projek ini. Sebagai contohnya, setiausaha diberikan amanah untuk menyiapkan
minit mesyuarat bagi perjumpaan ini.

Di samping itu, kami berbincang untuk mengecat bilik kuliah kami dengan menggunakan warna
kelabu. Kami juga telah berbincang untuk membeli peralatan yang diperlukan untuk
melaksanakan projek ini. AJK peralatan memainkan peranan dengan membeli peralatan
mengecat setelah selesai perjumpaan. Misalnya, berus cat, cat dan lain-lain. Tepat jam 12:30
tengah hari, kami selesai membuat perjumpaan dan menunggu hari kejadian untuk
melaksanakan projek ini.

REFLEKSI 2

Setibanya hari kejadian, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan projek
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat dua bilik untuk mengecat iaitu, bilik kuliah dan
bilik pemasaran. Kami memulakan aktiviti kami dengan membersihkan dahulu dinding-dinding
bilik dengan pengikis. Kami juga meletakkan surat khabar di setiap bawah dinding sebagai
langkah untuk mengelakkan berlakunya ketumpahan cat pada lantai.

Kemudian, kami memulakan sesi mengecat kami dengan mengecat dinding dengan
menggunakan cat bewarna putih untuk menutup warna cat dinding yang sebelumnya. Setiap
ahli projek ini masing-masing bekerjasama antara satu sama lain semasa projek ini
dilaksanakan. Kami mengulangi sebanyak dua kali untuk mengecat warna putih sehingga
dinding kelihatan bersih dan kemas. Selepas itu, kami berhenti seketika untuk sesi rehat kami
dengan menjamu selera bersama-sama.
Selepas selasai menjamu selera, kami menyambung aktiviti kami dengan mengecat dinding
dengan warna kelabu. Kami menunggu cat pada dinding itu kering sebelum mengulangi langkah
seterusnya. Namun, masa pada hari pertama kami telahpun tamat dan bersepakat untuk
menyambung projek kami pada hari yang kedua.

Pada hari kedua, projek kami diteruskan dengan mengecat warna kelabu untuk kali kedua. Kami
menekad untuk mengakhiri projek kami sebelum pukul 3 petang. Kami berjaya menghabiskan
sesi mengecat kami. Selepas itu kami, telah membersihkan lantai lantai bilik kuliah tersebut.

Sebagai contohnya, kami menyapu lantai dan membersihkan lantai dengan “paint thinner”
untuk membersihkan lantai yang terkena cat. Tepat jam 3:30 petang, kami telah menyelesaikan
projek mengikut skop kerja yang telah dirancang. Sebelum bersurai, pengerusi telah melakukan
perjumpaan bersama semua ahli untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
yang terlibat. Akhir sekali, kami mengambil gambar bersama-sama untuk dijadikan kenangan
bersama-sama.

REFLEKSI 3

Sepanjang melaksanakan projek kerja lapangan berkumpulan ini, saya telah menerima banyak kebaikan
yang berguna dan baik kepada diri saya. Contohnya, projek ini telah mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim antara kami. Sikap toleransi dan bekerjasama antara pensyarah dan semua rakan saya
dapat ditingkatkan melalui proses melaksanakan tugasan projek ini. Saya mula lebih mengenali rakan
saya sekaligus mengukuhkan lagi hubungan kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan semua rakan saya juga membolehkan
saya untuk memperbaiki dan meningkatkan cara berkomunikasi saya. Oleh itu, ia dapat melatih saya
untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti
pada masa akan datang.

Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh rakan-rakan saya dalam proses melaksanakan projek ini
membolehkan saya untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri saya.

Secara keseluruhannya, projek “Menceriakan Bilik Kuliah ini telah memberikan banyak faedah kepada
saya. Projek ini telah membuatkan saya lebih mencintai profesion guru ini serta menambahkan
semangat saya untuk mencapai cita-cita saya. Saya berharap agar diri saya mampu untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang sanggup berkorban demi agama, bangsa
dan negara.

You might also like