Template Polisi Syarikat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

TERMA DAN

LOGO SYARIKAT SYARAT


ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

PENDAHULUAN

Pemakaian dan Skop

Dokumen ini mengandungi Terma dan Syarat Perkhidmatan bagi kakitangan yang memilih untuk
berkhidmat dengan Syarikat NamaSyarikat Sdn Bhd serta syarikat-syarikat yang bersekutu
melalui perjanjian kerjasama di bawah bidang kuasa yang berkaitan.

Terma dan Syarat Perkhidmatan ini ditawarkan kepada kakitangan NamaSyarikat Sdn Bhd yang
bertaraf tetap sama ada yang telah disahkan dalam perkhidmatan atau belum, kakitangan
lantikan sementara dan kakitangan yang dipinjamkan dari mana-mana entiti lain.

Terma dan Syarat Perkhidmatan ini juga terpakai kepada pelantikan baru yang diterima untuk
berkhidmat dengan Syarikat. Ia meliputi kakitangan yang bertaraf tetap dan pinjaman dari
mana-mana entiti melainkan terma dan syarat yang berlainan ditawarkan seperti yang
dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan atau surat pelantikan

Terma dan Syarat Perkhidmatan adalah tertakhluk kepada AKta Kerja 1955 dan lain-lain akta
yang berkaitan, serta pindaan-pindaannya.

DEFINISI

Dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan ini melainkan jika kandungannya mengandungi makna yang lain,
perkataan seperti berikut hendaklah bermaksud:

CUTI Ertinya sebarang tempoh pekerja di benarkan secara betulis atau tidak
bertulis meninggalkan tugasnya tanpa memutus atau menamatkan
perkhidmatannya dengan Syarikat.

DOKTOR Ertinya doktor perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971.

CUTI KELEPASAN AM Ertinya cuti yang diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaaan
Negeri.

ELAUN Ertinya bayaran tambahan yang diberikan oleh syarikat mengikut tetapan
syarikat selain dari gaji pokok yang diberikan kepada kakitangan yang layak.

GAJI KASAR Ertinya gaji pokok, elaun elaun yang ditetapkan serta sebarang bayaran
lain sebelum ditolak dengan apa-apa tolakan yang
dibenarkan oleh undang-undang.

Muka Surat 1 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

GAJI POKOK Ertinya gaji hakiki bulanan, tidak termasuk-elaun elaun atau sebarang
bayaran lain.

JAWATAN HAKIKI Bermaksud jawatan kakitangan sewaktu pelantikan sebagaimana yang


disebut di dalam kontrak perkhidmatan

KAKITANGAN Ertinya individu yang berkhidmat untuk Syarikat sebagaimana


kategori yang ditetapkan di dalam Jadual Pertama, Akta Kerja
1955.

KAKITANGAN Ertinya kakitangan yang bekerja sepenuh masa dengan


TETAP lantikan sebagai 'kakitangan tetap.

KAKITANGAN Kakitangan yang bekerja untuk Syarikat bagi satu tempoh


KONTRAK masa yang dipersetujui bersama di antaranya dan Syarikat,

KAKITANGAN Kakitangan yang melakukan tugasan khusus bersifat


SEMENTARA sementara, sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa
untuk Syarikat, melalui lantikan secara kontrak bagi suatu
tempoh jangka masa yang pendek.

KERJA SYIF Ertinya kerja yang dikehendaki dijalankan secara berterusan


atau bersambungan oleh dua giliran atau lebih mengikut mana-mana yang
berkenaan.

PENGARAH Ertinya pemilik syarikat dan mengetuai pengurusan Syarikat


URUSAN

LUAR KAWASAN Ertinya tempat kerja bagi kakitangan yang ditugaskan dalam
lingkungan jarak pentadhirannya melebihi 28 km boleh
dihubungi oleh jalan raya, 16 km boleh dihubungi oleh jalan
tanah dan 8km boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai.

TEMPAT BEKERJA Ertinya satu lingkungan kawasan di mana seseorang kakitangan


ditempatkan untuk bertugas.

TEMPOH Ertinya satu tempoh perkhidmatan yang berterusan semasa bertugas


PERKHIDMATAN Syarikat.

BAB 1: PELANTIKAN PERKHIDMATAN

Muka Surat 2 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

1.1 Pelantikan Kakitangan Baru

1.1.1 Semua calon warganegara Malaysia yang layak boleh dilantik secara tetap, kontrak, sementara
atau sambilan.

1.1.2 Calon-calon bukan warganegara Malaysia yang layak boleh dilantik secara kontrak, bagi tempoh
tertentu dengan syarat-syarat khas yang dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan.

1.1.3 Syarikat akan melantik mana-mana calon yang mempunyai kelayakan


seperti mana yang ditetapkan dari semasa ke semasa dan memenuhi syarat-
syarat berikut:

a) Lulus ujian kelayakan (jika ada) dan temuduga yang dijalankan oleh Syarikat.
b) Menerima dan bersetuju secara bertulis untuk mematuhi Terma dan
Syarat Perkhidmatan Syarikat.

1.1.4 Calon yang dilantik buat pertama kalinya hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

1.1.5 Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan tanpa notis mana-mana kakitangan yang telah
dilantik sekiranya di dapati memalsukan atau memberi apa-apa maklumat palsu semasa
memohon pekerjaan.

1.1.6 Bahagian Sumber Manusia berhak mendapatkan maklum balas berkaitan calon daripada bekas
majikan dalam Syarikat sebelum membuat tawaran rasmi.

1.1.7 Syarikat boleh mengambil bekas kakitangan yang menunjukkan sikap dan prestasi kerja yang
baik. Kelulusan bagi pengambilan bekas kakitangan adalah tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.

1.1.8 Pelantikan untuk calon-calon sementara, sambilan atau kontrak boleh dilakukan dari
semasa ke semasa di dalam keadaan seperti berikut:

a) Penambahan beban kerja yang ‘luar biasa';


b) Kekurangan kakitangan kerana terdapat kakitangan yang mengambil cuti sakit, cuti
bersalin, cuti tanpa gap atau cuti belajar; dan
c) Tertakhluk kepada kedudukan Kewangan Syarikat

1.1.9 Tarikh Pelantikan

Tarikh pelantikan bagi kakitangan lantikan baru adalah pada hari pertama

Muka Surat 3 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

kakitangan melapor diri untuk bertugas di Syarikat.

1.1.10 Tempoh Percubaan

1.1.10.1 Semua kakitangan yang dilantik buat pertama kali oleh Syarikat adalah
dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama enam (6) bulan mulai dari tarikh
kakitangan tersebut melaporkan diri untuk bertugas.

1.1.10.2 Syarikat boleh, atas budi bicaranya melanjutkan tempoh percubaan tersebut
selama tidak melebihi enam (6) bulan lagi, tetapi tempoh percubaan keseluruhan
tidak melebihi dua belas (12) bulan.

1.1.10.3 Pelanjutan tempoh percubaan hanya akan diberikan apabila terdapat sebab-sebab
munasabah dan justifikasi yang mencukupi dan mendapat sokongan daripada
penyelianya dan perakuan daripada Pengarah Urusan atau mana-mana
Pengurusan Tertinggi Syarikat.

1.1.10.4 Penyelia kakitangan berkenaan adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan


kepada Syarikat justifikasi tentang pelanjutan tempoh percubaan seseorang
kakitangan di bawah jagaannya iaitu satu (1) bulan sebelum tamat tempoh
percubaannya. Justifikasi dan sokongan itu hendaklah mengandungi sebab-sebab
kakitangan tidak dapat disahkan serta perakuan daripada Pengarah Urusan atau
mana-mana Pengurusan Tertinggi Syarikat tentang mengapa pelanjutan tempoh
percubaan perlu diberikan.

1.1.10.5 Kakitangan yang telah tamat tempoh percubaan dengan memuaskan akan
diberitahu pengesahan dalam jawatan secara bertulis. Tempoh percubaan
hendaklah disokong oleh Penyelia dan perakukan oleh Pengarah Urusan atau
mana-mana Pengurusan Tertinggi Syarikat untuk di proses oleh Bahagian Sumber
Manusia.

1.1.10.6 Mana-mana kakitangan lantikan di atas yang gagal di dalam


tempoh percubaan dan tidak dapat disahkan dalam jawatan akan ditamatkan
perkhidmatan tanpa sebarang notis tempoh penamatan.

1.2 Penetapan Gaji Permulaan

Syarikat atas budi bicaranya berhak menentukan tahap gaji yang bersesuaian selaras dengan kelayakan,
pengalaman, tugas dan tanggungjawab kakitangan yang dilantik.

Muka Surat 4 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

1.3 Rekod Kakitangan

Sebaik sahaja menyertai Syarikat, kakitangan dikehendaki mengemukakan butir- butir peribadi
mengikut ketetapan Syarikat. Sekiranya berlaku perubahan dalam keterangan tersebut, adalah menjadi
tanggungjawab kakitangan untuk memaklumkan kepada Syarikat dengan segera.

1.4 Pengesahan Dalam Jawatan

Kakitangan yang dilantik adalah layak untuk dipertimbangkan bagi pengesahan


jawatan apabila:

a) Tamat tempoh percubaan; dan/ atau


b) Disokong oleh Penyelia kakitangan dan diperakui oleh Pengarah Urusan atau mana-mana
Pengurusan Tertinggi Syarikat

1.5 Penempatan dan Pertukaran

1.5.1 Semua penempatan dan pertukaran kakitangan adalah tertakluk kepada budi bicara Syarikat
yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif

1.5.2 Kakitangan juga boleh memohon untuk bertukar tempat kerja tertakluk kepada kelulusan
Syarikat dan boleh disyaratkan untuk menjalani tempoh. Percubaan sekiranya pertukaran
melibatkan pertukaran jawatan dan tugasan

1.5.3 Perbelanjaan pengangkutan dan lain-lain elaun tertakluk kepada kelayakan kakitangan akan
ditanggung oleh Syarikat jika pertukaran kakitangan adalah di atas arahan Syarikat.

1.5.4 Kakitangan adalah tertaluk kepada penempatan dan pertukaran mengikut budi bicara dan
keperluan operasi Syarikat dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain ataupun dipinjamkan
kepada mana-mana syarikat lain atau agensi di mana-mana tempat di Malaysia ataupun di luar
negara.

1.6 Kenaikan Pangkat

1.6.1 Pelaksanaan terperinci urusan kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada dasar garis
panduan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

1.6.2 Kenaikan pangkat seseorang kakitangan adalah berdasarkan kepada prestasi yang sangat
memuaskan dalam aspek-aspek penghasilan kerja, kecekapan kerja, sifat-sifat peribadi yang
utuh, daya kepimpinan dan berpotensi tinggi untuk memikul tanggungjawab yang lebih
berat. Syarikat boleh mempertimbangkan kenaikan pangkat bagi kakitangan yang sedang

Muka Surat 5 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

berkhidmat ke gred jawatan yang lebih tinggi berdasarkan kelulusan dari Pengarah Urusan
atau mana-mana Pengurusan Tertinggi Syarikat. Kakitangan yang berkelayakan boleh
memohon untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dan bergantung kepada kelayakan
yang ditentukan berdasarkan kepada bidang tugas jawatan yang lebih tinggi.

1.6.3 Syarikat atas budi bicaranya boleh melantik kakitangan secara kontrak bagi mengisi
kekosongan jawatan untuk tempoh tertentu sekiranya tidak terdapat kakitangan tetap yang
berkelayakan pada tempoh berkenaan.

1.6.4 Kakitangan yang tidak mendapat pengesahan jawatan pada akhir tempoh percubaan atau
lanjutan masa tempoh percubaan selepas kenaikan pangkat akan kembali kepada jawatan
asal ataupun ditukarkan kepada jawatan yang bersamaan dengan jawatannya terdahulu di
mana tangga gaji adalah sama dengan tangga gaji sebelum kenaikan pangkat tersebut.

BAB 2: ETIKA BEKERJA, KELAKUAN DAN TATATERTIB

2.1 Solat

2.1.1 Kakitangan diwajibkan untuk bersolat lima waktu sepanjang bekerja dengan syarikat.
Kewajipan ini adalah bagi semua pekerja yang menganut agam Islam dan waktu Zohor
merupakan waktu solat yang berada di dalam waktu bekerja dan perlu dilaksanakan
melainkan dihalang oleh Uzur Syarie. Kegagalan berbuat demikian boleh menyababkan
kakitangan ditamatkan perkhidmatan kecuali jika kakitangan berzam untuk berubah dan
bertaubat nasuha

2.2 Puasa

2.2.1 Kakitangan yang beragama islam juga diwajibkan untuk berpuasa penuh sepanjang bulan
Ramadhan melainkan terhalang dengan uzur Syarie. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyababkan kakitangan ditamatkan perkhidmatan kecuali jika kakitangan berzam untuk
berubah dan bertaubat nasuha.

2.3 Etika

Kakitangan dikehendaki mengamalkan tingkah laku beretika dan mempamerkan kewibawaan serta
integriti yang tinggi pada setiap masa terutama semasa menjalankan tugas dan tanggungjawabnya
atau semasa mewakili Syarikat dalam apa jua urusan.

2.3.1 Dalam apa keadaan sekalipun, kakitangan adalah diwajibkan untuk mematuhi
mana-mana peraturan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan serta
peraturan-peraturan lain yang dikuat kuasakan dari semasa ke semasa.

2.5 Berikut adalah tata kelakuan bagi setiap kakitangan Syarikat:

Muka Surat 6 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

a) Sentiasa mengutamakan kepentingan Syarikat daripada kepentingan peribadi;


b) Sentiasa bersikap jujur, amanah dan bertanggungjawab terhadap Syarikat;
c) Sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja bagi meningkatkan
lagi prestasi dan imej Syarikat;
d) Sentiasa mematuhi segala arahan dan peraturan Syarikat;
e) Sentiasa mengelakkan keadaan-keadaan yang mungkin menimbulkan keraguan
orang awam terhadap Syarikat;
f) Mematuhi dan melakukan ke semua arahan pihak atasan yang
bertindak bagi pihak pengurusan Syarikat;
g) Tidak akan melakukan sebarang perniagaan atau aktiviti yang akan
menyebabkan konflik diantaranya dan Syarikat; dan
h) Sentiasa merahsiakan maklumat sulit perniagaan, transaksi dan sebarang aktiviti
Syarikat kepada pihak ketiga.

2.6 Seseorang kakitangan Syarikat TIDAK BOLEH:

a) Membelakangkan kewajipannya terhadap Syarikat untuk kepentingan


persendirian;
b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan bercanggah dengan tatatatib Syarikat;
c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menimbulkan syak
yang munasabah di mana:
i) Telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah
dengan kewajipan-kewajipan terhadap Syarikat hingga menjejaskan
kedudukannya sebagai kakitangan Syarikat; dan/atau;
ii) Telah menggunakan kedudukan jawatannya untuk faedah
persendirian atau kaum keluarganya atau rakan taulannya
d) Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga menjatuhkan reputasi
Syarikat atau menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap
perkhidmatan Syarikat;
e) Tidak membuat sebarang kenyataan akhbar dan media massa kecuali
dengan kebenaran Syarikat.

2.7 Kerahsiaan

2.7.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap kakitangan untuk mengambil perhatian dan usaha wajar
serta tidak mendedahkan apa-apa maklumat sulit Syarikat dalam apa bentuk maklumat
sekalipun tidak terhad kepada segala bentuk transaksi perniagaan, dokumen, kadar harga atau
tarif akuan, kewangan, penyelidikan dan pembangunan, hak harta intelek atau mana-mana

Muka Surat 7 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

kegiatan mengenai Syarikat maklumat sulit pelanggan atau mana-mana orang atau Syarikat,
firma atau organisasi yang ada hubungan dengan Syarikat.

2.7.2 Tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas mana-mana kakitangan yang didapati telah
mendedahkan atau membocorkan apa-apa maklumat sulit Syarikat kepada sesiapa jua sama ada
entiti, organisasi atau individu yang tidak berhak menerimanya.

2.7.3 Tanggungjawab ini adalah terus terikat ke atas mana-mana kakitangan walaupun selepas tamat
perkhidmatan dengan Syarikat atas apa-apa sebab sekalipun.

2.8 Tatatertib

2.8.1 Kakitangan tertakluk kepada peraturan tatatertib yang ditetapkan oleh Syarikat seperti mana
yang dicatatkan di dalam Tatatertib Syarikat selagi ianya tidak bercanggah dengan peraturan
yang terkandung dalam Akta Kerja 1955, peraturan atau undang-undang lain yang berkaitan dan
berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

2.8.2 Syarikat boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana


kakitangan sekiranya berlaku salah laku, ketidakcekapan atau tidak
berdisiphn mengikut polisi dan prosedur, pekeliling-pekeliling atau apa-apa
arahan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

2.8.3 Bergantung kepada salah laku yang dilakukan, Syarikat boleh, setelah siasatan
dibuat, mengenakan hukuman-hukuman berikut:

a) Menamatkan perkhidmatan kakitangan tersebut; atau


b) Menurunkan gred kakitangan kepada gred yang lebih rendah; atau
c) Mengenakan hukuman yang lebih ringan dan difikirkan sesuai oleh
Syarikat.

2.9 Larangan Merokok

Kakitangan adalah dilarang merokok di kawasan premis Syarikat kecuali di tempat yang dibenarkan.

BAB 3: ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BEKERJA

3.1 Etika Berpakaian Semasa Bekerja

3.1.1 Kakitangan hendaklah berpakaian kemas, sopan dan sesuai untuk tugasan
rasmi selaras dengan imej profesional kakitangan tersebut. Suka untuk diingatkan imej

Muka Surat 8 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

kakitangan mencerminkan imej Syarikat.

3.1.2 Garis panduan berpakaian bagi kakitangan lelaki adalah seperti berikut:

a) Kakitangan dinasihatkan supaya sentiasa mengenakan pakaian yang


bersesuaian dengan penampilan diri yang kemas, rapi dan bertepatan
dengan kehendak etika pemakaian ke tempat kerja;
b) Kakitangan dibenarkan memakai kemeja, sama ada berlengan panjang
atau pendek yang bersesuaian tanpa perlu memakai tali leher. Baju
kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar dan lengan
panjang hendaklah jangan dilipat lengannya;
c) Kakitangan juga dibenarkan untuk memakai kemeja T berkolar dan dimasukkan ke
dalam seluar semasa bekerja. Kasut kasual boleh di pakai semasa bekerja.
d) Kakitangan perlu memakai kasut yang bersesuaian dan tidak dibenarkan untuk
memakai selipar semasa waktu bekerja.
e) Untuk kakitangan teknikal dan operasi, pakaian yang dikenakan
di dalam perlu mengambil kira keselamatan dan juga
kesihatan kakitangan semasa menjalankan tugasan yang diberikan.

3.1.3 Bagi kakitangan wanita pula, garis panduan berpakaian adalah seperti berikut:

a) Kakitangan dinasihatkan supaya mengenakan pakaian yang


bersesuaian dan tidak menjolok mata bertepatan dengan etika
pemakaian ke pejabat;
b) Kasut yang bersesuaian dan tidak dibenarkan untuk memakai selipar
atau kasut sukan semasa waktu bekerja; dan
c) Untuk kakitangan teknikal dan penyelidikan, pakaian yang dikenakan
di dalam mahmal perlu mengambil kira keselamatan dan juga
kesihatan kakitangan semasa menjalankan penyelidikan dan
pengendalian peralatan.

3.1.4 Kakitangan yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah memakainya secara lengkap
semasa waktu bekerja.

BAB 4: PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN PELETAKAN JAWATAN

4.1 Tempoh Notis Peletakan Jawatan

4.1.1 Kakitangan yang belum atau telah disahkan di dalam jawatan dan ingin meletakkan jawatan
atau berhenti daripada perkhidmatan dengan Syarikat dikehendaki memberi (1) bulan notis
bertulis. Sebagai ganti notis, kakitangan dikhendaki membayar satu (1) bulan gaji atau

Muka Surat 9 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

kombinasi pecahan antara tempoh notis dan bayaran ganti notis kepada Syarikat.

4.1.2 Syarikat juga akan memberi satu (1) bulan notis untuk kakitangan yang belum dan telah disahkan
di dalam jawatan termasuk hari rehat dan hari kelepasan am yang diwartakan ATAU membayar
satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis kepada kakitangan sekiranya perkhidmatan kakitangan
ditamatkan kecuali atas sebab tindakan tatatertib atau jenayah.

4.1.3 Kakitangan yang meletakkan jawatan hendaklah menjelaskan semua baki hutang dengan
Syarikat sebelum meninggalkan jawatan. Mana-mana kakitangan yang gaga! menjelaskan
hutang mereka, Syarikat berhak mengambil segala langkah yang perlu untuk mendapatkan
kembali wang tersebut termasuk mengambil tindakan undang-undang.

4.1.4 Kakitangan yang meletak jawatan hendaklah mengembalikan semua harta-


benda Syarikat seperti berikut:

a) Buku Terma dan Syarat Perkhidmatan;


b) Kad Pekerja;
c) Kad Rawatan Perubatan (jika ada);
d) Kereta, kad petrol dan kad Touch N Go (jika ada);
e) Pelekat Kereta (jika ada);
f) Komputer, dan/atau komputer riba (jika ada);
g) Telefon mudah alih (jika ada); dan
h) lain-lain perkara termasuk maklumat berhubung dengan Syarikat

4.1.5 Kakitangan yang mempunyai kontrak dengan Syarikat akan terus terikat di bawah syarat-
syarat kontrak tersebut.

4.2 Pembuangan Kerja atau Penamatan Perkhidmatan

Syarikat boleh membuang atau menamatkan perkhidmatan seseorang kakitangan tanpa sebarang
notis atau dengan bayaran ganti notis, di atas sebab cara kerja yang tidak memuaskan, sikap yang
ditunjukkan kakitangan yang tidak dipersetujui oleh Pengerusi Urusan atau mana-mana
Pengurusan Tertinggi Syarikat atau tindakan tatatertib mengikut Prosedur Tatatertib dan Rayuan
Syarikat.

4.3 Pemberhentian Pekerjaan (Retrenchment)

4.3.1 Sekiranya ada keperluan melaksanakan pemberhentian pekerjaan atas sebab-sebab yang
dibenarkan oleh undang-undang, Syarikat akan memberi notis pemberhentian secara
bertulis kepada kakitangan yang terlibat, tidak lewat dari satu (1) bulan sebelum tarikh
perkhidmatan
di tamatkan. Dalam hal yang sedemikian, Syarikat akan menggunakan prinsip "masuk
kemudian keluar dahulu" yang berasaskan kepada jenis kerja, sekiranya keadaan-keadaan

Muka Surat 10 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

lain adalah sama.

4.3.2 Walau bagaimanapun prinsip di atas boleh dikecualikan sekiranya setelah dipertimbangkan
dan di dapati bahawa kakitangan yang sepatutnya diberhentikan dahulu itu adalah
berkelayakan dalam memenuhi keperluan perkhidmatan Syarikat.

4.3.3 Jabatan Tenaga Kerja akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan pemberhentian pekerjaan
supaya selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

4.3.4 Faedah Penamatan Perkhidmatan kerana pemberhentian pekerjaan adalah tertakluk kepada
kelulusan lLembaga Pemegang Amanah dan selaras dengan peruntukan undang-undang

4.4 Pelantikan Semula

4.4.1 Kakitangan yang telah berhenti dari perkhidmatan Syarikat boleh dipertimbangkan untuk
diambil berkhidmat semula dengan Syarikat dalam keadaan khas dan luar biasa serta
memenuhi syarat-syarat di para 1.1.3 (a) dan (b) Terma dan Syarat Perkhidmatan Syarikat
serta dianggap sebagai pekerja baru.

4.4.2 Kakitangan yang ditamatkan perkhidmatannya atas sebab-sebab tatatertib walau apa jua
salah laku, tidak boleh dilantik semula ke perkhidmatan Syarikat untuk apa jua jawatan
melainkan dalam keadaan khas dan luar biasa yang boleh dipertimbangkan oleh Pengarah
Urusan atau mana-mana Pengurusan Tertinggi Syarikat.

4.4.3 Kakitangan yang ditamatkan perkhidmatannya atas sebab-sebab dasar pengurangan


kakitafagan pada satu-satu masa boleh diambil semula ke dalam perkhidmatan Syarikat
apabila memenuhi syarat-syarat di para 1.1.3 (a) dan (b) kakitangan ini tidak berhak untuk
faedah yang sama sebagaimana sebelum itu serta dianggap sebagai pekerja baru

BAB 5: PERSARAAN DAN FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN

5.1 Umur Persaraan

5.1.1 Umur persaraan wajib bagi kakitangan Syarikat adalah 60 tahun dan berakhir
pada tarikh lahir kakitangan tersebut

5.1.2 Tarikh lahir yang digunakan adalah seperti yang dicatat pada sijil kelahiran. Sekiranya sijil
kelahiran tidak didapati, tarikh berkenaan akan mengikut tarikh yang tercatat di dalam rekod
perkhidmatan kakitangan berkenaan. Jika hanya tahun kelahiran sahaja diketahui, maka 31
Disember tahun berkenaan dianggap sebagai tarikh lahir.

5.1.3 Syarikat mempunyai hak mutlak untuk menawarkan kepada mana-mana


kakitangan untuk berkhidmat dengan Syarikat melebihi had umur persaraan wajib secara

Muka Surat 11 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

kontrak mengikut keperluan.

5.1.4 Bergantung kepada keperluan Syarikat, kakitangan yang telah bersara boleh diambil semula
berkerja untuk satu tempoh masa yang tetap dan tertakduk kepada pencapaian prestasi
sewaktu berkhidmat serta laporan perubatan oleh doktor.

5.2 Menjelaskan Baki Hutang

Kakitangan yang bersara hendaklah menjelaskan semua baki hutang dengan Syarikat sebelum
meninggalkan jawatan. Mana-mana kakitangan yang gagal menjelaskan hutang mereka, Syarikat
berhak mengambil segala langkah yang perlu untuk mendapatkan kembali wang tersebut termasuk
mengambil tindakan undang-undang.

5.3 Permulangan Harta Syarikat

Kakitangan yang bersara hendaklah mengembalikan semua harta-benda Syarikat seperti berikut:

a) Buku Terma dan Syarat Perkhidmatan


b) Kad Pekerja;
c) Kad Rawatan Perubatan (jika ada);
d) Kereta, kad petrol dank ad Touch N Go (jika ada);
e) Pelekat Kereta (jika ada);
f) Komputer, dan/atau computer riba (jika ada);
g) Telefon mudah alaih (jika ada); dan
h) Lain-lain perkara termasuk maklumat berhubung dengan Syarikat
seperti buku log dan sebagainya.

BAB 6: HARI DAN WAKTU BEKERJA

6.1 Waktu Bekerja

Waktu kerja biasa bagi kakitangan adalah seperti di bawah:

Hari Bekerja Waktu Bekerja Waktu Rehat Tengahari

Sabtu, Isnin Hingga Khamis 8.30 pagi hingga 5.30 petang 1.00 petang hingga 2.00 petang
Jumaat 9.00 pagi hingga 6.00 petang 12.30 tengahari hingga 2.30
petang
6.1.1 Sekiranya kakitangan dikehendaki bekerja di luar waktu bekerja yang ditetapkan, kakitangan
layak dibayar bayaran kerja lebih masa mengikut kelayakan.

6.1.2 Kakitangan yang perlu bekerja pada masa cuti umum perlu memohon kelulusan terlebih

Muka Surat 12 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

dahulu dari Ketuanya untuk cari cuti gantian atau bayaran kerja lebih masa.

6.2 Semakan dan Pindaan kepada Waktu Bekerja

Waktu bekerja adalah tertakhlu kepada semakan dan pindaan yang perlu mengikut kesesuaian
operasi Syariakt tetapi tidak boleh bercanggah dengan Akta Kerja 1955

6.3 Am

Walau bagaimanapun peruntukan di atas, Syarikat berhak mengubah hari dan waktu bekerja
bergantung kepada keperluan dan kepentingan Syarikat

BAB 7: GAJI DAN ELAUN

7.1 Gaji

7.1.1 Penetapan gaji untuk semua penjawatan bagi kakitangan merupakan hak mutlak Syarikat.
Gaji permulaan bagi kakitangan baru samada kakitangan yang diambil secara kontrak atau
tetap akan dinyatakan di dalam surat tawaran dan kontrak kerja. Kakitangan perlu secara
bertulis bersetuju dengan kadar gaji yang diberikan.

7.1.2 Syarikat akan membuat potongan ke atas gaji bulanan kakitangan mengikut keperluan
undang-undang yang berkaitan seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Pertubuhan Keselamatan Sosial, bayaran Cukai pendapatan dan/ atau di atas arahan pihak
mahkamah.

7.1.3 Kakitangan perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Bahagian Sumber Manusia
sekiranya ingin membuat potongan-potongan lain yang dibenarkan oleh Syarikat seperti
pemotongan bayaran zakat, bayaran pinjaman dan sebagainya. Kelulusan tetakhluk kepada
budi bicara Syarikat.

7.1.4 Kategori, jawatan dan grad kakitangan dalam Syarikat adalah mengikut kesetaraan dan
ketentuan Syarikat. Syarikat berhak mengubah struktur gred dan skala gaji syarikat mengikut
keperluan dari semasa ke semasa.

7.1.5 Untuk tujuan keselamatan dan kemudahan kakitangan, pembayaran gaji bulanan akan dibuat
melalui bank yang ditetapkan oleh Syarikat.

7.2 Pergerakan Gaji Tahunan

Kadar pergerakan gaji tahunan adalah mengikut keputusan yang dibuat oleh Syarikat pada
tahun tersebut berdasarkan kedudukan kewangan Syarikat dan pencapaian prestasi tahunan

Muka Surat 13 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

individu.

Pergerakan gaji TIDAK akan dibayar ke atas mana-mana kakitangan yang


berikut:

a) Kakitangan yang dibuang kerja atau yang ditamatkan perkhidmatan;


b) Kakitangan yang dikenakan tindakan tatatertib;
c) Kakitangan yang mempunyai prestasi yang tidak memuaskan;
d) Kakitangan yang telah meninggalkan Syarikat bagi mana-mana
tahun yang berkaitan dengan pengiraan pergerakan gaji tahunan.

7.3 Elaun-Elaun

Syarikat menyediakan elaun-elaun bagi kakitangannya seperti tertera dengan lebih


lanjut di dalam bab ini. Dari semasa ke semasa, Syarikat berhak mewujudkan, meminda, mengubah
atau membatalkan kemudahan mengikut kedudukan kewangan Syarikat.

7.4 Elaun Kedatangan

Elaun ini merupakan elaun yang hanya diberikan kepada kakitangan yang terlibat dengan operasi
syarikat yang layak (seperti yang tertera di dalam surat tawaran). Kakitangan yang terlibat dengan
operasi yang layak akan menerima elaun kedatangan dengan kadar tertentu yang akan diputuskan
oleh Pengarah Urusan atau mana-mana Pengurusan Tertinggi Syarikat.

7.5 Elaun Tanggung Kerja

7.5.1 Kakitangan layak dibayar elaun tanggung kerja apabila diarahkan untuk menjalankan tugas-
tugas satu jawatan lain di samping menjalankan tugas-tugas hakiki.
7.5.2 Kakitangan yang telah diluluskan untuk menanggung kerja akan dibayar Elaun Tanggung
Kerja dengan syarat-syarat berikut:

a) Kakitangan yang telah diberi kelulusan untuk menjalankan tugas-tugas dan


tanggungjawab suatu jawatan dalam gred yang sama atau lebih tinggi di samping
menjalankan tugas-tugas jawatannya sendiri;
b) Kakitangan tidak dibenarkan menanggung kerja lebih daripada satu jawatan pada
satu masa; dan
c) Tanggung kerja hendaklah tidak kurang daripada dua puluh lapan (28) hari berturut-
turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti tahunan atas sebab-
sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi dua (2) hari
bekerja.

7.5.3 Elaun Tanggung Kerja yang dibayar ialah 25% daripada gaji minimum gred yang ditanggung

Muka Surat 14 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

itu dikira atas kadar harian seperti berikut:

7.6 Elaun Memangku

7.6.1 Kakitangan yang telah diarahkan oleh Syarikat untuk memangku sesuatu
jawatan dalam gred yang lebih tinggi secara sementara dalam masa ketiadaan
penyandang hakiki akan dibayar elaun memangku dengan syarat berikut :

a) Kakitangan tersehut menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab


kerja dalam jawatan yang dipangku dengan sepenuhnya;
b) Hanya seorang kakitangan sahaja yang layak dilantik dan menuntut
elaun memangku bagi mana-mana jawatan kosong dan
c) Pemangkuan kerja hendaklah tidak kurang daripada dua puluh
lapan (28) hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan
am dan juga cuti tahunan atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit
secara terkumpul yang tidak melebihi dua (2) hari bekerja.

7.6.2 Kakitangan yang memangku layak menerima segala jenis kelayakan termasuk
elaun, faedah dan kemudahan mengikut gred yang dipangkunya.

7.6.3 Kadar Elaun Memangku adalah dikira berdasarkan formula berikut:

Jika gaji kakitangan dalam jawatan hakiki adalah kurang daripada gaji
minimum gred yang dipangku, elaun memangku hendaklah mengikut kadar
satu kenaikan gaji dalam tangga gaji gred yang dipangku

7.7 Elaun Keraian

7.7.1 Pengerusi Eksekutif atau mana mana Pengurusan Tertinggi Syarikat adalah layak menuntut Elaun
Keraian yang berkaitan dengan urusan rasmi Syarikat bagi meraikan pelanggan, pembekal dan
agensi kerajaan. Tuntutan hendaklah dikemukakan melalui borang tuntutan yang lengkap beserta
dengan resit pembayaran.

Muka Surat 15 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

7.8 Kelayakan Tuntutan

7.8.1 Semua tuntutan elaun adalah mengikut kategori jawatan yang disandang. Walau
bagaimanapun, sekiranya jawatan hakiki adalah lebih tinggi dari kategori jawatan yang
disandang, maka tuntutan adalah mengikut jawatan hakiki kakitangan berkenaan.

BAB 8: KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJAAN DAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

8.1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP)

8.1.1 Kakitangan dan Syarikat akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan
pekerja sekurang-kurangnya menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 1991 atau arahan-arahan Kerajaan dari
semasa ke semasa.
8.1.2 Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi caruman majikan
yang diluluskan oleh lembaga Pemegang Amanah adalah sebanyak tiga belas
peratus (13%) ke atas saraan bulanan kakitangan. Peratusan ini akan disemak
dari semasa ke semasa mengikut keperluan

8.2 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

8.2.1 Kakitangan dan Syarikat akan mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan


Sosial sekurang-kurangnya menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta
Pertubuhan Keselamatan Sosial 1969 atau arahan-arahan Kerajaan dari semasa
ke semasa.
BAB 9: CUTI

9.1 Cuti Kelepasan Am


9.1.1 Kakitangan akan diberi cuti bergaji penuh pada semua hari cuti kelepasan am
yang diwartakan atau diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri di mana kakitangan berkenaan ditempatkan.
9.1.2 Kakitangan adalah dikehendaki bertugas pada hari kelepasan am atau hari
rehat sekiranya diperlukan oleh Syarikat. Kakitangan yang bekerja pada hari
kelepasan am atau hari rehat akan mendapat cuti gantian seperti berikut:

a) Cuti gantian mengikut jumlah hari kelepasan am atau hari rehat kakitangan bekerja;
b) Cuti gantian bagi menggantikan jumlah hari kelepasan am atau hari
rehat kakitangan berkenaan bekerja, boleh diambil pada hari bekerja
berikutnya. Ketua Bahagian atas budi bicaranya boleh membenarkan
kakitangan berkenaan mengambil cuti gantian tersebut pada hari lain

Muka Surat 16 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

dalam tempoh dua bulan daripada hari kakitangan berkenaan


diarahkan bertugas

9.1.3 Kelulusan bagi cuti kelepasan am yang tidak diwartakan adalah atas budi
bicara Syarikat. Kakitangan akan dimaklumkan tentang cuti tersebut.

9.1.4 Sekiranya sesuatu hari cuti kelepasan am itu jatuh pada hari seseorang
kakitangan itu sedang dalam cuti tahunan kakitangan berkenaan akan
menerima satu hari cuti tambahan bagi setiap hari cuti kelepasan am dan akan
dikira sebagai tambahan kepada cuti tahunannya.

9.1.5 Jika sesuatu hari kelepasan am jatuh pada hari Sabtu tiada gantian diberikan
bagi hari cuti kelepasan am tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya sesuatu
hari cuti kelepasan am itu jatuh pada hari Ahad, hari kerja berikutnya adalah
hari cuti kelepasan am bergaji sebagai menggantikannya.

Senarai Cuti Pelepasan Am


9.1.6

a) Awal Ramadhan
b) Hari Pekerja
c) Hari Raya Aidil Fitri - Hari Pertama
d) Hari Raya Aidil Fitri – Hari Kedua
e) Hari Keputeraan YDP Agong
f) Hari Raya Korban
g) Awal Muharam
h) Hari Kemerdekaan
i) Hari Malaysia
i) Maulidur Rasul
j) Hari Keputeraan Sultan Selangor

9.2 Cuti Tahunan


9.2.1 Kelayakan cuti tahunan bagi setiap kakitangan adalah seperti kadar berikut:

Tempoh Perkhidmatan Kelayakan


Kurang dari dua (2) tahun 8 hari
Melebihi dari dua (2) tahun tetapi 12 hari
kurang dari lima (5) tahun
Melebihi dari lima (5) tahun 16 hari

Muka Surat 17 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

9.2.2 Bagi tujuan menentukan tempoh perkhidmatan, ianya dikira bermula dari tarikh
perkhidmatan dalam mana-mana syarikat yang berkaitan.

9.2.3 Kakitangan yang berkhidmat kurang dari satu (1) tahun akan diberi cuti
tahunan secara pro-rata dan dikira seperti berikut:

Jumlah Cuti di Peroleh = Bil. Mari Bekerja/365 x Kelayakan Cuti Tahunan

Sekiranya terdapat pecahan cuti yang lebih daripada setengah hari


hendaklah dikira sebagai satu (1) hari.

9.2.4 Cuti tahunan hendaklah diambil dalam tahun yang diberi dan kelulusan cuti
berkenaan adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

9.2.5 Jumlah cuti tahunan yang boleh dibawa ke tahun berikutnya adalah tidak
melebihi separuh dari kelayakan cuti tahunan. Cuti tahunan yang dibawa ke
hadapan hendaklah dihabiskan dalam tahun di mana cuti tersebut dibawa
cuti tersebut apabila tidak dihabiskan dalam tahun yang dibawa ke hadapan itu akan luput
dengan sendirinya

9.2.6 Syarikat berhak memanggil balik kakitangan yang bercuti atau membatalkan
cuti yang telah diluluskan pada bila-bila masa jika khidmat kakitangan berkenaan diperlukan.

9.2.7 Kakitangan dikehendaki memohon cuti tahunannya dan mendapat kelulusan


terlebih dahulu seperti berikut:

a) Permohonan cuti tahunan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) hari


sebelum mengambil cuti tahunan; dan
b) Disokong oleh oleh Penyelia; dan
c) Di luluskan oleh mana-mana Pengurusan Tertinggi Syarikat

9.2.8 Cuti kecemasan

a) Atas budi bicara Syarikat, seseorang kakitangan boleh diluluskan Cuti


Kecemasan atas sebab-sebab yang tidak dijangkakan atau mana-mana
permohonan cuti yang kurang dari tempoh tersebut akan dianggap
sebagai Cuti Kecemasan dan akan dianggap sebagai Cuti Tahunan.
b) Dalam keadaan alasan yang diberi bagi permohonan Cuti Kecemasan
itu tidak munasabah, permohonan cuti tersebut boleh ditolak oleh
kakitangan atasannya dan tindakan tatatertib boleh diuruskan ke atas

Muka Surat 18 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

kakitangan tersebut termasuk tidak layak dibayar gaji untuk hari


tersebut.
c) Kakitangan hendaklah mengemukakan permohonan cuti kecemasan
kepada penyelianya sebaik sahaja kembali bertugas.

9.2.9 Bagi cuti tahunan yang diambil melebihi kelayakan, cuti tersebut adalah dianggap sebagai
cuti tanpa gaji. Syarikat berhak membuat potongan gaji
kakitangan tersebut bagi jumlah cuti tanpa gaji tersebut.

9.2.10 Kakitangan yang tidak hadir bertugas pada hari bekerja tanpa kebenaran terlebih dahulu
atau tanpa alasan munasabah, tidak layak menerima gaji untuk hari tersebut.

9.3 Cuti Sakit

9.3.1 Cuti sakit bergaji penuh hanya boleh diberi dengan perakuan Doktor. Tempoh cuti sakit
bergaji yang layak diambil oleh kakitangan dalam setahun adalah seperti berikut:

Jika tidak dimasukkan ke dalam hospital:

Bekerja dengan Syarikat tidak 14 hari


lebih dari 2 tahun
Bekerja dengan Syarikat lebih dari 18 hari
2 tahun tetapi kurang daripada 5
tahun
Bekerja lebih dari 5 tahun 22 hari

Jika dimasukkan di dalam hospital

Jumlah selama 60 hari Tetapi jika ada cuti sakit yang


diambil perlu ditolak daripada
jumlah 60 hari

9.3.2 Kakitangan dibolehkan untuk bercuti sakit tidak melebihi 60 hari dalam setahun samada
sakit tersebut memerlukan kemasukan ke dalam hospital atau tidak. Cuti sakit yang
diberikan oleh Doktor Pergigian yang bertauliah juga di ambil kira sebagai cuti sakit.

9.3.3 Jika kakitangan tidak hadir bekerja dengan alasan cuti sakit TETAPI:

a) Tiada bukti pengesahan dari mana-mana Doktor; atau

Muka Surat 19 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

b) Diberi kelulusan oleh Doktor tetapi gagal memaklumkan atau cubaan memaklumkan
kepada pihak Syarikat dalam jangkamasa 48 jam tidak hadir bekerja,

Kakitangan tersebut akan dikira sebagai tidak hadir bekerja tanpa kebenaran dan tertakhluk
kepada tindakan tatatertib oleh Syarikat.

9.4 Cuti Kuarantin

9.4.1 Apabila seseorang kakitangan dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara ditahan di
mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan
terbang kerana disebabkan oleh perjalanannya melalui sebuah pelabuhan atau lapangan
terbang atau di dalam sebuah kapal atau kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit
merebak, penahanan ini adalah cuti kuarantin bergaji penuh. Perkara ini hanyalah untuk
perjalanan berkaitan kerja yang diarahkan oleh syarikat sahaja.

9.4.5 Berkenaan dengan kuarantin akibat daripada pendemik COVID-19 atau variannya, atau
penyakit berjangkit yang lain, jika kakitangan dijangkiti semasa urusan kerja yang diarahkan
oleh syarikat, cuti kuarantin tersebut akan dibayar gaji penuh. Selain daripada tugas rasmi
atau arahan daripada pihak syarikat, cuti kuarantin tersebut tidak akan dibayar gaji.

9.5 Cuti Bersalin

9.5.1 Kakitangan wanita akan diberi Cuti Bersalin bergaji penuh selama enam puluh (60) hari
termasuk hart rehat dan hari kelepasan am yang diwartakan. Sebarang tempoh
ketidakhadiran yang melebihi tempoh yang diluluskan akan dianggap sebagai cuti tanpa gaji.

9.5.2 Kakitangan wanita boleh memilih tarikh Cuti Bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh 14
hari dart tarikh dijangka bersalin. Kakitangan tersebut hendaklah mengemukakan perakuan
bersalin dan permohonan cuti kepada Ketua Bahagian bagi tujuan kelulusan terlebih dahulu.

9.5.3 Cuti Bersalin hanya boleh diberi selepas kehamilan minggu ke dua puluh dua (22).
Ketidakhadiran bertugas kerana keguguran sebelum minggu ke dua puluh dua (22) tidak
akan dtanggap sebagai cuti bersalin, tetapi dikira sebagai cuti sakit biasa.

9.5.4 Cuti Bersalin hanya diberi sebanyak lima (4) kali sahaja dalam tempoh perkhidmatan dengan
Syarikat.

9.5.5 Kakitangan yang bersalin bagi kali ke enam (5) dan seterusnya, hanya boleh diberi cuti
tahunan dan sekiranya tiada cuti tahunan, ia boleh diberi cuti tanpa gaji bagi masa

Muka Surat 20 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

pemulihannya.

9.6 Cuti Isteri Bersalin

9.6.1 Kakitangan lelaki boleh diberi cuti isteri bersalin selama tiga (3) hari
termasuk hari rehat mingguan dan kelepasan am sebagai cuti gantian untuk
membantu urusan semasa isterinya bersalin. Sekiranya tsteri bersalin selepas
waktu pejabat, cuti akan bermula pada keesokan harinya

9.6.2 Kemudahan ini dihadkan kepada lima (4) kali dalam tempoh perkhidmatan dengan Syarikat.

9.7 Cuti Ehsan

9.7.1 Syarikat atas budi bicaranya boleh memberikan seseorang kakitangan Cuti Ehsan bergaji
penuh di dalam keadaan seperti berikut

a) Tiga (2) hari bekerja bagi kematian ahli keluarga iaitu suami atau isteri,
anak-anak termasuk anak angkat yang sah di sisi undang-undang dan
anak tiri, ibu bapa, mertua dan adik-beradik. Sekiranya ahli keluarga
meninggal dunia selepas waktu pejabat, cuti akan bermula pada hari
bekerja berikutnya. Cuti ini hendaklah diambil secara berturut-turut;
dan
b) Tiga (3) hari bekerja bagi malapetaka semula jadi seperti banjir, ribut,
kebakaran dan gempa bumi termasuk hari malapetaka tersebut, hari minggu dan
hari kelepasan am. Permohonan cuti ini mestilah dengan
melampirkan surat pengesahan Kakitangan Daerah atau Penghulu,
Pejabat Polis, Jabatan Penerangan dan Jabatan Kebajikan, Cuti ini
hendaklah diambil secara berturut-turut.

9.7.2 Cuti Ehsan tidak boleh di kumpul dan dibawa ke tahun hadapan

9.8 Cuti Tanpa Gaji

9.8.1 Seseorang kakitangan boleh memohon cuti tanpa gaji atas sebab persendirian yang
mustahak dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Syarikat. Kakitangan hanya
dibenarkan cuti tanpa gaji setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Syarikat.
Kelayakan 5 hari setiap genap setahun perkhidmatan terhad kepada maksimum sepuluh (10)
hari sepanjang tempoh perkhidmatan di Syarikat

9.8.2 Cuti tanpa gaji tidak akan diambilkira sebagai jangkamasa perkhidmatan bagi tujuan

Muka Surat 21 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

pengiraan kenaikan gaji tahunan , faedah perkhidmatan dan pembayaran bonus

9.8.3 Cuti tanpa gaji hanya boleh diambil setelah cuti tahunan yang berkelayakan telah dhabiskan.
Kakitangan akan hilang kekananan bagi tempoh cuti tanpa gaji yang diambil.

9.9 Mengumpul Cuti Tahunan Yang Tidak Habis Digunakan

9.9.1 Cuti yang dikumpulkan mestilah dihabiskan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh
kelulusan. Jika tidak dihabiskan dalam tempoh satu tahun tersebut ia akan dianggap luput
dengan sendirinya.
9.9.2 Pengumpulan cuti tahunan atas sebab-sebab khas hanya boleh digunakan untuk tujuan yang
diluluskan sahaja.
9.9.3 Cuti tahunan yang boleh di bawa ke hadapan hanyalah separuh daripada baki cuki tahunan
bagi tahun semasa. Separuh yang lain perlu dihabiskan pada tahun semasa.

BAB 10: FAEDAH PERUBATAN

10.1 Rawatan Pesakit Luar

10.1.1 Syarikat akan menanggung kos perubatan pada kadar RM 50.00 untuk sekali rawatan seperti
berikut:

a) Konsultasi perubatan dan bayaran ubat


b) Caj pesakit luar bagi rawatan di hospital kerajaan

Sekiranya kos rawataan melebihi kadar seperti yang dinyatakan, lebihan kos akan
ditanggung sendiri oleh kakitangan

10.2 Rawatan perubatan yang tidak ditanggung

10.1.2 Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan ke atas rawatan yang berkaitan dengan:

a) Kecederaan, kesakitan atau penyakit yang dialami disebabkan akibat


penyertaan kakitangan dalam aktiviti haram, atau salah di sisi undang-
undang dan penggunaan dadah berbahaya;

Muka Surat 22 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

b) Sakit yang timbul akibat daripada kurang waspada kerana penggunaan


ubat-ubatan yang tidak disyorkan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar;
c) Perbelanjaan yang bersabit dengan kehamilan
d) Rawatan pencegaha atau suntikan untuk mencegah sesuatu penyakit
kecuali untuk tugas rasmi Syarikat;
e) Perbelanjaan pembelian alat-slat perubatan anggota tiruan, cermin mata, kanta lekap, alat-
alat optik lain, alat bantu pendengaran (hearing aid) dan gigi palsu;
f) Pembelanjaan pembedahan plastic
g) Percubaan untuk mencedera dan membunuh diri

10.3 Pemeriksaan Kesihatan

10.3.1 Syarikat boleh mengarahkan kakitangan menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh bila
perlu. Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan mengakibatkan kakitangan tidak layak
mendapat cuti sakit dan kemudahan yang terdapat di dalam bab ini.

BAB 11: KELAYAKAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN TUNTUTAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS RASMI

11.1 Elaun Kemudahan

11.1.1 Syarikat menyediakan elaun dan kemudahan bagi kakitangannya seperti yang tetera dengan
lebih lanjut di dalam bab ini. Dari masa ke semasa , Syarikat berhak mewujudkan, meminda,
mengubah atau membatalkan kemudahan mengikut kedudukan kewangan Syarikat

11.2 Elaun Kemudahan dan Bayaran Semasa Menjalankan Tugas Rasmi

11.2.1 Seseorang kakitangan yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar kawasan kerja
Syarikat di dalam negara adalah layak menuntut elaun dan kemudahan dan bayaran
mengikut kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan. Pengiraan bagi tuntutan tempoh
dikira mulai dari waktu bertolak hingga kembali semua ke rumah/lojing atau pejabat

11.2.2 Elaun Makan:

a) Kakitangan yang menjalankan tugas rasmi di luar kawasan kerja Syarikat dengan
arahan dari pegawai atasan, dalam tempoh dua puluh empat (24) jam atau lebih
yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun makan mengikut
kadar seperti berikut:

Muka Surat 23 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

Sarapan pagi RM 8
Makan Tengahari RM 10
Makan Malam RM 15

b) Elaun makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi dua (2) minggu
terus-menerus
c) Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan
oleh Syarikat, hotel atau penganjur. Sekiranya sebahagian daripada
kemudahan makan disediakan, kakitangan hanya layak menuntut
bahagian makan yang tidak disediakan

11.2.3 Elaun Harian:

Seorang kakitangan yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabat bagi tempoh melebihi
lapan (8) jam tetapi kurang daripada dua puluh empat (24) jam adalah layak untuk
menuntut Elaun Harian mengikut kadar separuh daripada kelayakan Elaun makannya.

11.2.4 Bayaran Sewa Hotel

Seseorang kakitangan yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya yang mana
penginapan tidak disediakan dan perlu menginap adalah layak menuntut Bayaran Sewa
Hotel yang disokong dengan resit tertakhluk kepada kadar seperti berikut

Bayaran Sewa Hotel (RM) Elaun Lojing (RM)


120.00 60.00

Bayaran Sewa Hotel adalah tertakhluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:

a) Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas melebihi dua (2)
minggu terus menerus
b) Seseorang kakitangan layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai
perkhidmatan yang diwajibkan ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada
maksimum kelayakannya
c) Dalam keadaan-keadaan tertentu, Syarikat boleh meluluskan apa-apa Bayaran Sewa
Hotel yang telah dibayar oleh seseorang kakitangan yang dikehendaki menjalankan
tugas bersama dengan kakitangan dalam kategori jawatan yang lebih tinggi. Bayaran
hendaklah dsokong dengan resit; dan
d) Seseorang kakitangan tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing

Muka Surat 24 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

jika tempat penginapan disediakan oleh Syarikat, Pengajur atau Pengangkut.

11.2.5 Tuntutan perjalanan:

a) Seseorang yang dikehendaki oleh Syarikat menggunakan kenderaan sendiri untuk


menjalankan tugas rasmi atau berkursus di luar kawasan kerja Syarikat layak
menuntut Tuntutan Perbatuan mengikut kadar seperti berikut:

Kereta 60 sen setiap kimometer


Motosikal 30 sen setiap kilometer

b) Seseorang kakitangan yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Syarikat


atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Tuntutan
Perbatuan
c) Syarikat akan membayar balik apa-apa bayaran meletak kenderaan, bayaran tol dan
feri yang telah dibayar oleh kakitangan dalam masa urusan yang terlibat dan
disokong dengan resit atau tuntutan yang disahkan
d) Seseorang kakitangan yang diarahkan menjalankan tugas rasmi dan mempunyai
pilihan untuk menaiki pengangkutan udara tetapi memilih untuk membawa
kenderaannya sendiri, hanya layak membuat Tuntutan Perbatuan tetapi tidak
melebihi dengan harga tiket kapal terbang (kelas ekonomi)
e) Kakitangan yang menggunakan kenderaan awam untuk melakukan tugas rasmi di
luar kawasan kerja Syarikat dibernarkan untuk membuat tuntutan
f) Jarak bagi Tuntutan Perbatuan akan diambil kira jarak terdekat melalui Aplikasi Peta
Google.

11.3 Sumbangan Perkahwinan & Khairat Kematian

11.3.1 Seseorang kakitangan yang berkahwin buat pertama kalinya selepas berkhidmat sekurang-
kurangnya satu (1) tahun dengan syarikat akan diberi sumbangan dari Syarikat berjumlah
RM150.
11.3.2 Syarikat juga akan memberi sumbangan khairat kematian kepada kakitangan yang
kehilangan anggota keluarga terdekat (IbuBapa/IbuBapa Mertua, Pasangan/Anak) berjumlah
RM100.

BAB 12: KELAYAKAN KEMUDAHAN LAIN

12.1 Am

Muka Surat 25 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

12.1.1 Syarikat menyediakan kemudahan bagi kakitangannya seperti tertera dengan lebih
lanjut di dalam bab ini. Dari semasa ke semasa Syarikat berhak mewujudkan
meminda, mengubah atau membatalkan kemudahan mengikut kedudukan kewangan
Syarikat.

12.2 Bayaran Balik Passport

12.2.2 Kakitangan yang membuat atau memperbaharui passport untuk menjalankan tugas-tugas
rasmi syarikat adalah layak untuk menuntut bayaran tersebut mengikut kadar sebenar

12.3 Bayaran Balik Lesen Memandu

12.3.1 Kakitangan yang bertugas sebagai pemandu sepenuh masa yang memperbaharui lesen
memandu samada kenderaan ringan atau kenderaan berat layak menuntut bayaran balik
lessen tersebut mengikut kadar sebenar

12.5 Kemudahan pakaian Seragam (Uniform)

12.5.1 Syarikat akan menyediakan pakaian seragam atau pakaian pelindungan dan peralatan
kepada kakitangan tertentu sesuai dengan aturan dan bidang tugasnya. Bilangan, rupa
bentuk, dan jenis pakaian tersebut akan ditentukan oleh Syarikat. Kakitangan yang telah
tamat perkhidmatan tidak dibenarkan memakai pakaian seragam dalam apa jua keadaan.
12.6 Kematian Kakitangan dan Kemudahan Pengurusan Jenazah

12.6.1 Bagi kakitangan yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, kemudahan akan
diberikan sebagai tanda penghormatan terahir bagi menghargai bakti kakitangan berkenaan.
Kemudahan yang akan diberi kepada keluarga kakitangan berkenaan seperti:

a) Jumlah sebanyak RM1,000.00 diberi untuk tujuan pengurusan jenazah; dan


b) Tambang pengangkutan jenazah yang sesuai dan berpatutan

12.7 Bantuan Guaman

12.7.1 Kakitangan yang menerima notis perbicaraaan mahkamah atau tuntutan undang-undang
terhadapnya berhubung dengan perkara-perkara yang berbangkit dari tugas rasmi dan
bukan masalah persendirian akan diperuntukkan dengan Perkhidmatan Bantuan Guaman
oleh Syarikat.

Muka Surat 26 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

BAB 13: KELAYAKAN BAYARAN KERJA LEBIH MASA

13.1 Kerja lebih masa adalah kerja yang dilakukan melebihi masa bekerja biasa dalam sehari.
Hanya pekerja yang layak sahaja yang boleh menuntut Bayaran Kerja Labih Masa

13.2 Tuntutan kerja lebih masa boleh dibuat bagi kerja lebih masa yang sama atau melebihi satu
(1) jam dan tidak melebihi satu ratus (100) jam dalam sebulan. Ini tidak termasuk kerja lebih
masa yang dibuat pada hari rehat atau mana- mana cuti kelepasan am yang diwartakan.

13.3 Kerja lebih masa hanya boleh dilaksanakan mengikut arahan Syarikat berasaskan keperluan
perkhidmatan.

13.4 Kakitangan akan dibayar bayaran Kerja Lebih Masa mmgikut


kadar seperti berikut:

a) kadar 1.5 kali kadar gaji biasa sejam pada hari kerja biasa;
b) kadar 2 kali kadar gaji biasa sejam pada hari rehat;
c) kadar 3 kali kadar gaji biasa sejam pada hari cuti kelepasan am;
d) bagi kerja lebih masa yang dilakukan pada hari Sabtu, kadar bayaran adalah
mengikut kadar pada hari kerja biasa; dan
e) bayaran kerja lebih masa adalah mengikut formula berikut:
kadar gaji sejam x Bilangan jam bekerja x kadar lebih masa
f) Formula kadar gaji sejam adalah seperti berikut:
Gaji /26/8 = Kadar gaji sejam (26 = hari bekerja dalam sebulan & 8 = Jumlah jam
sehari)

13.5 Tuntutan bayaran kerja lebih masa hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) bulan daripada
bulan kerja lebih masa dilakukan.

13.6 Pengecualian tempoh tuntutan diberikan sekiranya kakitangan sedang

a) Cuti bersalin;
b) Mengikuti program latihan diluar kawasan yang melebihi tempoh satu (1) tahun
c) Mendapat rawatan rapi di hospital atau cuti sakit bagi tempoh berpanjangan
melebhi satu (1) bulan.

BAB 14: BONUS

14.1 Syarikat atas budi bicanya boleh menimbangkan pambayaran bonus tahunan kepada setiap
kakitangan setelah mengambil kira pencapaian dan kedudukan kewangan Syarikat dalam

Muka Surat 27 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd
TERMA DAN
LOGO SYARIKAT SYARAT
ANDA
PERKHIDMATAN
NAMASYARIKAT SDN BHD NS/POLISI/HRD/001
VERSI 00

tempoh dua belas (12) bulan.

14.2 Kadar pemberian bonus adalah mengikut kadar yang dipersetujui oleh Pengarah Urusan.

14.3 Kakitangan yang ditahan kerja, digantung kerja, atau diberi surat tunjuk sebab oleh Syarikat
akan ditangguhkan pemberian bayaran bonus tahun tersebut.

14.4 Syarat-syarat am kelayakan bonus adalah seperti berikut:

a) Telah disahkan di dalam jawatan pada atau sebelum 31 Disember tahun sebelum
pengiraan bonus dibuat
b) Mempunyai tahap prestasi yang memuaskan

BAB 15: PEMBATALAN DAN PERUBAHAN

15.1 Semakan ke atas Terma dan Syarat Perkhidmatan

Terma dan Syarat Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari
semasa ke semasa apabila perlu oleh pihak Syarikat. Walau bagaimanapun, sebarang
perubahan dan pindaan yang dibuat hendaklah tidak kurang balk daripada apa
yang diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955.

15.2 Pembatalan dan Perubahan

Syarikat mempunyai hak pada bila-bila masa untuk membatalkan, menarik balik atau
mengubah faedah-faedah ini sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, sekiranya difikirkan
perlu dan bermanfaat kepada Syarikat. Walau bagaimanapun pembatalan, penarikan atau
perubahan tersebut tidak akan menjejaskan hak seseorang kakitangan yang telah menerima
faedah ini sebelum perubahan tersebut

Muka Surat 28 dari 28


Dokumen Sulit Nama Syarikat Sdn Bhd

You might also like