Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SOALAN TUTORIAL BAB 3 AP015 SESI 2021/2022

1) Terdapat tiga kepentingan pengurus sumber manusia. Antaranya ialah, Menarik


calon yang berkelayakan untuk memohon pekerjaan di firma berkenaan. Calon
akan menghantar permohonan apabila merasakan bahawa iklan jawatan kosong
tersebut menepati spesifikasi yang diperlukan pada calon.

Selain itu, Membangunkan kebolehan dan kepakaran pekerja bagi


mendapatkan tingkat prestasi yang tinggi. Menghantar pekerja untuk
mendapatkan latihan yang diperlukan bagi menjadikan mereka pekerja yang mahir
dalam bidang mereka.

Mengekalkan sumber manusia atau kakitangan yang berkualiti dan berpotensi.


Pekerja yang baik dan berprestasi akan ditawarkan ganjaran yang mana menarik
mereka untuk terus bekerja dengan organisasi.

2) Proses:
a) Analisis kerja
b) Pengrekrutan
c) Pemilihan
d) Orientasi
e) Latihan dan pembangunan
f) Penilaian prestasi
g) Ganjaran dan faedah

3)
a) Antara dua aktiviti yang terlibat dalam perancangan sumber manusia ialah
ramalan sumber manusia iaitu ramalan sumber manusia bertujuan untuk
menganggar bilangan dan jenis tenaga buruh yang diperlukan oleh organisasi
pada masa akan datang. Sebagai Pengurus Sumber Manusia, Encik Ezuan
Lufti perlu menganggar bilangan dan jenis tenaga pekerja yang diperluan oleh
organisasi pada masa akan datang.

Selain itu, ialah analisis kerja yang bertujuan untuk mengumpul dan
menganalisis maklumat. Encik Ezuan Lufti perlu mengumpul dan menganalisis
maklumat berkenaan kerja, tugas dan tanggungjawab serta kemahiran,
pengetahuan dan keupayaan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu
kerja, tugas dan tanggungjawab.

b) Antara dua sumber pengrekrutan ialah sumber dalaman iaitu sumber yang
menawarkan tawaran pekerjaan disasarkan kepada pekerja sedia ada di dalam
organisasi itu sendiri. Sebagai Pengurus Sumber Manusia, Encik Ezuan Lufti
perlu menawarkan tawaran pekerjaan kepada pekerja yang sedia ada dalam
organisasinya.
SOALAN TUTORIAL BAB 3 AP015 SESI 2021/2022

Selain itu ialah sumber luaran iaitu sumber yang menawarkan tawaran
pekerjaan yang disasarkan kepada pihak luar organisasi. Encik Ezuan Lufti
perlu menawarkan tawaran pekerjaan kepada pihak luar dengan menggunakan
kaedah yang sesuai seperti pengiklanan.

c) Antara kaedah yang lazim digunakan oleh organisasi dalam proses pemilihan
kerja ialah:

i) Borang Permohonan
Calon yang berminat akan mengisi borang permohonan kerja. Misalnya,
Encik Ezuan Lufti hendaklah memberikan borang permohonan kepada
calon yang berminat supaya calon dapat mengisi maklumat peribadi seperti
nama, alamat, tahap pendidikan, pengalaman kerja dan disertakan dengan
salinan sijil-sijil yang disahkan.

ii) Saringan
Saringan merupakan tapisan awal ke atas borang permohonan bagi
memilih calon yang memenuhi syarat untuk di pilih ke proses seterusnya.
Encik Ezuan Lufti perlulah membuat saringan supaya calon yang
berkelayakan sahaja terpilih ke proses seterusnya

iii) Ujian
Ujian dilakukan untuk untuk menilai kelayakan yang ada pada seseorang
pemohon. Encik Ezuan Lufti perlulah membuat ujian untuk memilih calon
yang benar-benar mempunyai pengetahuan, kebolehan dan keupayaan
untuk memegang jawatan yang ditawarkan.

iv) Temuduga
Temuduga merupakan komunikasi dua hala antara penemuduga dan
pemohon untuk bertukar-tukar maklumat. Contohnya, Encik Ezuan Lufti
hendak menemuduga calon yang memohon untuk mengetahui maklumat
lebih lanjut tentang pemohon iaitu maklumat yang tidak dapat diketahui
melalui borang permohonan.

v) Semak Rujukan
Semakan rujukan bertujuan mengesahkan kebenaran segala maklumat
yang diberi serta mendapatkan maklumat tambahan mengenai calon. Encik
Ezuan Lufti perlu mengesahkan kebenaran segala maklumat yang diberi
oleh calon serta mendapatkan maklumat tambahan mengenai calon.

vi) Ujian Kesihatan


Ujian kesihatan merujuk kepada ujian yang dijalankan ke atas tubuh badan
calon untuk memastikan calon tersebut sihat. Encik Ezuan Lufti perlu
mengadakan ujian kesihan kepada para calon supaya calon tersebut sihat
dan bebas dari penyakit yang berbahaya
SOALAN TUTORIAL BAB 3 AP015 SESI 2021/2022

4)
a) Antara tiga latihan semasa kerja ialah:

i) Program Perantisan
ii) Program Mentor
iii) Pusingan Kerja

Antara tiga Latihan diluar waktu kerja:

i) Simulasi
ii) Seminar
iii) business game (permainan perniagaan)

b) Antara dua kaedah yang boleh dilakukan dalam penilaian prestasi para pekerja
ialah:

i) Skala perkadaran
Skala digunakan untuk menilai dan mengambarkan prestasi pekerja. Nilai
skala yang rendah menggambarkan prestasi yang lemah manakala nilai
tinggi menggamabarkan prestasi yang baik. Sebagai Pengurus Sumber
Manusia, Encik Daniel boleh menilai pekerjanya dengan menggunakan
skala 1 hingga 5 iaitu dari sangat tidak memuaskan hingga sangat
memuaskan

ii) Perbandingan pekerja


Perbandingan pekerja Melibatkan perbandingan prestasi antara seorang
pekerja dengan pekerja yang lain. Misalnya, Encik Daniel boleh menilai
pekerjanya dengan membuat pemeringkatan untuk menunjukkan prestasi
paling baik kepada pekerja yang menunjukkan prestasi paling lemah.

c) tiga tujuan penilaian prestasi dilakukan kepada para pekerja ialah:

i) Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung prestasi mereka.


ii) Menyediakan langkah-langkah tertentu untuk meningkatkan prestasi
mereka.
iii) Memberi asas kepada pihak pengurusan dalam menentukan ganjaran
kepada pekerja.

You might also like