Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TUGASAN SAU 222

SAU 222 – KETAKSAMAAN SOSIAL

TUGASAN ESEI INDIVIDU

SOALAN ESEI 2

SEMESTER 1(2022/2023)

TAJUK: KONSEP KELAS DAN IMPLIKASI KEWUJUDAN KELAS DALAM

MASYARAKAT DI NEGARA INI

NAMA PELAJAR: NABILAH HUSNA BINTI NOR AZMI

NO. MATRIK: 150508

NAMA PENSYARAH: DR. MOHD KHAIRUDDIN MOHAD SALLEHUDDIN


Pada era globalisasi kini, kita dapat lihat terdapat banyak masyarakat di setiap

negara seperti Malaysia mempunyai kelas dan status yang melambangkan kehidupan

mereka sendiri ataupun boleh dikatakan bahawa kelas sosial ini merupakan

sekelompok orang dalam suatu masyarakat yang memiliki status sosial ekonomi yang

sama. Kita boleh lihat dari cara bagaimana seseorang individu ataupun masyarakat itu

berada dalam sesuatu kumpulan yang sama status dan kelas dengan kriterianya.

Contohnya, golongan kaya akan berada di dalam kelas yang sama iaitu berada dalam

golongan kaya begitu sebaliknya (Salsabilla Az Zahra, 2021).

Kelas sosial boleh dikatakan tergolong di dalam ciri-ciri individu yang mempunyai

sesuatu kedudukan yang sama dari segi kekayaan, kuasa, pendapatan, politik dan

sebagainya. Ahli-ahli sosiologi pada hari ini termasuk Max Weber bersetuju terdapat

lima kelas sosial yang boleh dibeza-bezakan iaitu golongan atasan, pertengahan

atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah akan tetapi di Malaysia sekarang ini

kita terdapat 3 kelas sosial yang biasanya membahagikan masyarakat kepada lapisan

mengikut pendapatan isi rumah seperti B40 (golongan berpendapatan terbawah 40%),

M40 (golongan berpendapatan menengah 40%) dan T20 (golongan berpendapatan

teratas 20%). Selain itu, golongan yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar ini

mempunyai tahap kelas sosial yang paling tinggi berbanding kelas sosial yang paling

bawah yang tidak mempunyai sebarang kuasa dan juga pengaruh untuk membantu

mereka naik ke kelas atas (Hazrol Zainal, 2021).

Implikasi kewujudan kelas sosial dalam masyarakat di Malaysia boleh dilihat

daripada pelbagai aspek dan bidang. Antaranya, perpecahan dan pergaduhan di antara

bangsa memandangkan di Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat


yang berbilang bangsa. Hal ini kerana apabila terdapat kelas pekerja atau bawahan

bergaduh sesama mereka, maka ia akan menyebabkan kekukuhan hubungan dalam

kelas menjadi musnah serta ia akan hampir gagal untuk diselesaikan (Rahman Imuda,

2021). Oleh sebab itu, masyarakat dari kelas bawah dan pertengahan haruslah

berganding bahu antara satu sama lain bagi memastikan golongan atasan tidak

menjadi punca kesusahan atau masalah mereka. Selain itu, boleh dilihat juga bahawa

golongan atasan kurang cenderung untuk bergabung dengan orang lain seperti

golongan yang lebih rendah kerana bagi mereka golongan lebih rendah tidak sepandan

dengan kelas dan status yang ada pada mereka. Sebagai contohnya, terdapat segelintir

ahli korporat atau atasan melakukan penindasan dengan melakukan amalan rasuah

sehingga menyebabkan golongan bawahan mendapat kesusahan. Perbezaan pelajar

kelas atasan dan bawahan juga boleh menyebabkan peluang belajar bagi golongan

bawahan tidak tinggi berbanding pelajar atasan yang dapat belajar sehingga pendidikan

tinggi (Kraus et.al, 2010).

Kesimpulanya, kelas sosial ini memiliki kesan yang negatif berbanding positif

terhadap masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana, di Malaysia mahupun negara luar

rata-rata mereka amat memandang akan kelas sosial bagi membezakan status dan

kelas sosial itu sendiri. Oleh sebab itu, golongan bawahan perlu melakukan pelbagai

usaha bagi membaiki status kelas sosial supaya menjadi lebih baik daripada

sebelumnya.
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

i. aishahwan, aishahwan. (2013, April 24). Kelas Sosial. kelas-sosial. Retrieved November

1, 2022, from https://www.slideshare.net/aishahwan/kelas-sosial

ii. Kiri, B. (2019, April 20). Adakah Perjuangan kelas Masih Relevan Hari Ini? Sosialis.

Retrieved November 1, 2022, from https://sosialis.net/2019/04/20/adakah-perjuangan-

kelas-masih-relevan-hari-ini/

iii. Populis. (2021, November 2). Apa Itu Kelas Sosial? Populis. Retrieved November 1,

2022, from https://populis.id/read4063/apa-itu-kelas-sosial?page=1

iv. priyo.danu (Priyo Danu Narpati), Amalialaisa (Amalia Laisa), hardhito13 (Hardhito

Mangunkerso), Ksatria (Ksatria Pradana), Danif (Dani), Baihaqy (Ahmad Baihaqy), &

YosiArdian (YosiAdi). (2018, January 15). Apa Yang Dimaksud Dengan Kelas Sosial?

Dictio Community. Retrieved November 1, 2022, from https://www.dictio.id/t/apa-yang-

dimaksud-dengan-kelas-sosial/14005/2

v. Team, C. H. (2022, March 24). T20, M40 and B40 income classifications in

Malaysia. CompareHero. Retrieved November 1, 2022, from

https://www.comparehero.my/budgets-tax/articles/t20-m40-b40-malaysia

vi. Imuda, R. (2021, February 13). Ulasan: ISU Sebenar Adalah Jurang Kelas

Sosial. Malaysiakini. Retrieved November 3, 2022, from

https://www.malaysiakini.com/news/562795

You might also like