Professional Documents
Culture Documents
Folio Sejarah
Folio Sejarah
SEJARAH 21/2
KERJA KURSUS
SKOR:-
Elemen Markah
Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah
Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian
…………………………..
(Tandatangan Guru)
ELEMEN 1
Senarai Semak
ELEMEN 2
Senarai Semak
ELEMEN 2
MEREKOD
FAKTA
SEJARAH
GASING
SENARAI
KANDUNGAN
ASPEK MUKA SURAT
TAJUK KAJIAN
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 1
OBJEKTIF KAJIAN 2
KAEDAH KAJIAN 3
RUMUSAN 31
LAMPIRAN 32-34
RUJUKAN 35
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Sejarah
saya, Pn. Haliza bt. Mohamed Hussin kerana telah sudi memberikan bimbingan dan
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada ibu bapa yang telah
banyak berkorban untuk saya serta dorongan dan bantuan untuk menghasilkan kerja
kursus ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kakak saya kerana telah membimbing saya
dalam mencari maklumat untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus ini. Dia telah
bertungkus lumus dan begitu komited untuk menolong saya mencari maklumat di
internet.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan saya, Nor Shazliana yang telah
berkongsi maklumat bersama saya. Semoga kami kita berdua akan berjaya dalam PMR
OBJEKTIF KAJIAN
• Mengenali dan mendalami sejarah permainan tradisional di Malaysia
Dengan menghasilkan kerja kursus ini pelajar boleh mengenali dengan lebih
Hasil kajian ini adalah sebagai pelengkap untuk Sukatan Pelajaran Sejarah untuk
KAEDAH KAJIAN
• MENGUMPUL FAKTA DARI INTERNET
Saya telah mendapat mengumpul maklumat melalui internet yang membantu saya
kita seperti cara-cara bermain gasing, asal usul permainan gasing dan sebagainya.
permainan gasing .
• BERKONGSI MAKLUMAT
kursus ini.
• MENGANALISIS DOKUMEN
sebagai hasil kajian untuk mendapatkan fakta yang padat dan tepat.
HASIL KAJIAN
NAMA PERMAINAN
Gasing adalah satu permainan tradisi masyarakat Melayu yang dimainkan oleh
masyarakat Melayu sejak berkurun lagi. ‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan
‘kayu’ iaitu ‘ka’ kerana gasing diperbuat daripada kayu manakala ‘sing’ daripada perkataan
‘pusing’ kerana gasing berpusing. Apabila dicantumkan, maka wujudlah perkataan ‘kasing’
Peredaran masa telah menyebabkan perkataan ‘kasing’ membentuk perkataan ‘gasing’. Bagi
penduduk di Pulau Labuan, asal usul perkataan ‘gasing’ dikatakan berasal daripada perkataan
‘ligat berpusing’. Gasing tidak mempunyai nama lain, tetapi gasing mempunyai pelbagai jenis
bentuk. Terdapat beberapa jenis gasing yang popular di beberapa buah negeri di Malaysia
antaranya ialah gasing leper Kelantan, gasing uri, gasing kuno dan gasing Baba.
LATAR BELAKANG
ASAL-USUL
mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara
kegiatan yang dilakukan adalah bermain gasing. Gasing adalah antara permainan yang
Permainan gasing diterima dan diubah suai dari semasa ke semasa dan kekal
sehingga hari ini. Kebiasaanya orang lelaki yang memainkan permainan ini. Permainan
gasing bukan sahaja dimainkan oleh golongan dewasa, malah juga dimainkan oleh kanak-
berbeza tentang asal usul permainan ini mengikut daerah dan kampung. Hal ini
menjadikan faktor menyebabkan permainan gasing di dalam negeri berbeza antara satu
Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 Masihi.
Permainan ini dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab yang berlabuh di
Melaka. Permainan gasing di Malaysia bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka.
Dari Melaka, gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan yang
popular . Bagi masyarakat yang menetap di Pulau Labuan, Sabah, permainan gasing
dikatakan dibawa oleh kaum Kedayan yang berhijrah ke Pulau Labuan. Penghijrahan
kaum Kedayan ini dipercayai terjadi selepas pemberontakan Limbang 1884. Mereka
membawa permainan tradisi mereka iaitu gasing bersama mereka. Dalam kehidupan
mereka, permainan gasing bukan sahaja untuk mengisi masa senggang malah dimainkan
berembang. Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat,
licin dan agak leper. Buah berembang mudah dipusingkan dengan tangan. Buah yang
ligat dan pusingannya lebih lama dikira menang. Lama-kelamaan, timbullah ilham untuk
meniru bentuk buah ini dan membuatnya daripada kayu. Pemain akan cuba
berpusing, ‘buah’ tersebut disebut ‘gah’ yang bermaksud tegak dan kuat. Daripada istilah
Selain itu, seorang tua dari Kulim, Kedah mengatakan bahawa permainan
gasing berasal daripada permainan ‘adu telur’ yang dimainkan oleh kanak-kanak.
Menurutnya lagi, kanak-kanak begitu asyik memusingkan dan melagakan telur jadi,
timbul ilham untuk mengukir kayu menjadi bentuk telur dan dipasangkan paksi. Sebatang
paku digunakan sebagai paksinya. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya supaya
Pahang pula berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat
memburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan, alat ini akan
berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian
menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka
masyarakat. Alat tersebut kemudian telah direka bentuk semula sehinggalah seperti
yang lain ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan
gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain.
Melaka dan ramai penduduk Riau berasal dari Melaka Pengaruh ini
lain.
di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada tahun 1973 untuk
lain di Asia seperti di Jepun, Taiwan, China, dan Vietnam. Benua-benua di Afrika dan
Eropah juga tidak ketinggalan untuk menyertai permainan tradisional ini. Di negara-
negara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium terdapat juga permainan
yang menyerupai permainan gasing. Perkara yang membezakannya ialah permainan ini
dimainkan di pesta-pesta tertentu dan oleh pemain yang tertentu sahaja manakala di
negara kita, permainan gasing terbuka kepada semua peminat untuk bermain gasing.
Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ini adalah negeri
pertunjukan wau, gasing dan lain-lain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma
kepada para pengunjung dan hanya di buka pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Gelanggang
Seni ini telah menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan. Gelanggang Seni telah
ditubuhkan sejak tahun 1978. Gasing timah dan gasing leper Kelantan hanya terdapat di
talar, gasing piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. Manakala gasing
bakal, gasing lang laut, gasing penyek dan gasing tempayam terdapat di negeri Selangor.
Di Kedah pula, permainan gasing paku amat popular dalam kalangan masyarakat. Bagi
negeri Sabah dan Sarawak, terdapat bentuk-bentuk yang berbeza dan dinamakan dengan
gasing lundu, gasing pontianak, gasing Borneo, gasing Kundasan, gasing limbang
Kadazan, gasing Bajau dan gasing Brunei. Gasing begelan berbentuk agak leper dan
diperbuat daripada kayu jenis ringan.Gasing begelan popular dimainkan di Sabah, Johor
dan Brunei. Gasing toyol pula dimainkan di Melaka, Selangor, dan Negeri Sembilan.
Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pelbagai jenis gasing pangkah yang terdapat di negeri
Melaka antaranya ‘gasing bulat’ atau ‘gasing tunjang’, ‘gasing botol’ atau ‘gasing
jantung’ manakala ‘gasing leper’ pula dikenali sebagai ‘gasing pereng’ atau ‘gasing
merempang’.
kalangan orang Melayu. Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang
dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Orang dewasa
telah memajukan seni permainan ini. Bagi kanak-kanak, mereka lebih gemar dengan
gasing Melayu dan Cina kerana saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan.
mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda untuk
TUJUAN DIMAINKAN …
popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki
mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Selain dijadikan
sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat
pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan
lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina
di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang.
Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan
Tali harus berukuran antara 300 hingga 450 centimeter mengikut ukur lilit gasing. Bagi
gasing kanak-kanak iaitu gasing Cina, panjang talinya hanya sekitar 150 centimeter
sahaja. Tali tersebut kebanyakan diperbuat daripada benang atau jut. Salah satu hujung
tali akan diikat pada sekeping logam sebagai penahan tangan ketika menghayun gasing
manakala hujung yang satu lagi akan dilekatkan dengan gam supaya tali tidak akan
terurai.
permukaan gasing menjadi rata. Hujung tali gasing akan diikat pada tali kayu.
satu pertunjukan atau pertandingan. Lazimnya gelanggang ini bebas dibina dimana-mana
halaman rumah. Gelangang gasing dibina daripada tanah yang licin dan keras. Tanah ini
perlu bebas daripada batu, pasir atau habuk untuk memastikan gasing dapat berpusing
CARA DIMAINKAN …
Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk
1)Melilit Tali
2)Melilit Gasing
3)Memusing Gasing
4)Memangkah Gasing
5)Mengangkat Gasing
1) Melilit Tali
Terdapat dua cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di
lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua cara ini penting sebelum memulakan
permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan
gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke
dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi
apabila ditarik ikatan tersebut tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula
bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan
lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali
tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri
Kelantan, mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah
jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri
bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh
Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara
ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada
gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua
mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat,
tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas
2) Melilit Gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu
melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah
seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan
mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan
pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan
pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya
haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca.
Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji
dibahagian bahu gasing.Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan
tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu
pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali
hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan
seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu
gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan
yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan
3) Memusing Gasing
mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap.
Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara
yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Secara umum,
terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan
pusingan sentap.
mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah
sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini.
Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di
rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan
tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45
yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu
kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30
darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing
tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi,
sedikit sentapan dikenakan dan pastikan gasing berada dalam keadaan tegak. Jika tidak
4) Memangkah Gasing
gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya
gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan
yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok,
•Pangkah hentak
tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak.
Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri
atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat
mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana hentakan ini boleh memecahkan gasing
lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing
yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper.
Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kedudukan gasing
yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.
•Pangkah totok.
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.
Kemudian gasing mestilah separas dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada
bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan
gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat,
pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan
•Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas
kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran
dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang
ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah
•Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan pangkahan ini
juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat,
kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing
lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk
tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya
5) Mengangkat Gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, gasing perlu diangkat ke tapak uri yang
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah
pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah
yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan
berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan
tegak kerana jika kedudukannya mengiring gasing akan menjejaskan keligatan gasing.
Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat
patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan
pusingan gasing.
JENIS-JENIS GASING
berembang berbentuk seperti buah berembang. Terdapat dua jenis gasing yang diminati
oleh kanak-kanak iaitu gasing Melayu dan gasing Cina. Kedua-dua gasing tersebut
berbentuk telur yang bersaiz kecil. Bahagian bawah gasing ini adalah berbentuk tirus.
Selain itu, terdapat sejenis gasing yang sering dimainkan oleh kanak-kanak.
Gasing tersebut diperbuat daripada buah pinang atau buku benang. Buah pinang atau
buku benang dibentuk menjadi gasing. Sebatang kayu bulat yang panjang dicucuk di
bahagian atas gasing. Di bahagian bawah gasing pula mempunyai kayu yang lebih
berputar.
1) Gasing Tanjung
Tinggi : 10cm
Lilitan : 30cm
Huraian: Dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Gasing ini adalah
2) Gasing Uri
Berat : 6 kilogram
Tinggi : 8cm
Lilitan : 60cm
Huraian: Terkenal di Kelantan. Badan asasnya berbentuk kecil dan dililit dengan
Berat : 8 kilogram
Tinggi : 6cm
Lilitan : 48cm
Huraian: Hanya terdapat di Kelantan. Gasing ini mampu berpusing ligat dan
lama berikutan gasing ini berat. Simpaian gasing ini merangkumi 60%
daripada berat asal gasing ini. Sehingga kini, gasing ini masih
mahal.
4) Gasing Jantung
Bentuk : Jantung
Tinggi : 12cm
Lilitan : 20cm
5) Gasing Baba
Tinggi : 20cm
Lilitan : 8cm
Huraian: Beridentitikan wang seringgit. Juga sering digunakan oleh pemain baba.
6) Gasing Kuno
Tinggi : 8cm
Lilitan : 30cm
Pada asalnya, gasing ini adalah daripada reka bentuk berembang yang
RUMUSAN
Dengan menghasilkan kerja kursus in, saya dapat mempelajari dengan lebih lanjut
tentang permainan gasing. Saya amat berbangga kerana negara Malaysia mempunyai
salah satu permainan tradisional yang benar-benar menguji kepakaran seseorang dalam
permainan tersebut.
Selain itu, rakyat Malaysia perlulah menghargai permainan tradisional ini kerana
Malaysia merupakan salah satu negara yang memperkenalkan permainan gasing di mata
dunia. Permainan tradisional patut diamalkan oleh semua rakyat Malaysia agar kesenian
LAMPIRAN
Gambar
Pemain-pemain Gasing
Peta
negeri-negeri lain.
Lukisan
RUJUKAN
Buku Ilmiah: Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ahmad Shahar Hj. Nasarah, 2005. Siri
Surat Khabar: Harian Metro, Rabu 17 Julai 1996, Metrodua, Halaman 1-2
Internet:
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing
http://id.wikipedia.org/wiki/Gasing
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing
Ensiklopedia: Ensiklopedia Bestari Edisi Siapa, Mohd. Syahrul Hanafi, Penerbir Pinang
ELEMEN 3
Senarai Semak
Markah
ESEI
BAGAIMANAKAH MODAL INSAN YANG PATRIOTIK DAPAT
DIBENTUK MELALUI AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN?
Marcapada ini, Malaysia melahirkan ramai pemain yang berbakat dalam bidang sukan
dan permainan. Hal ini boleh membentuk modal insan yang patriotik. Antara wakil
negara dalam bidang sebegini yang terkenal ialah Nicol Ann David, Wong Choong Han
Salah satu unsur patriotisme yang dapat dilihat ialah mereka berbangga sebagai rakyat
Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila pemain-pemain negara menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara yang kini terkenal di mata dunia seperti
dalam sukan skuasy dan badminton. Selain itu, bagi masyarakat yang memainkan
permainan tradisional seperti gasing dan congkak, mereka menghargai dan mengamalkan
tradisi budaya dan mereka juga berbangga dengan sejarah negara Malaysia yang
Di samping itu, pemain-pemain negara bersemangat setia negara. Hal ini dapat dilihat
apabila pemain-pemain negara cinta akan bangsa dan negara. Mereka juga sanggup
mengorbankan masa dan tenaga kerana mereka sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
Hal ini kerana mereka merasakan bahawa mereka bertanggungjawab kepada bangsa dan
negara.
Tambahan pula, aktiviti sukan dan permainan akan memupuk semangat kekitaan. Hal
ini kerana setiap, pemain tidak kira kaum dan agama mesti bersatu padu dan berharmoni.
Selain itu, untuk mencapai kejayaan, setiap ahli kumpulan mesti bekerjasama dan
Akhir sekali, kita perlu berdisiplin. Kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang
yang terdapat dalam setiap sukan atau permainan yang dimainkan. Selain itu, kita sebagai
Hal ini menunjukkan bahawa aktivit sukan dan permainan dapat membentuk modal insan
yang patriotik.