Professional Documents
Culture Documents
5-Pelan Mengajar Teori
5-Pelan Mengajar Teori
NO DAN PERNYATAAN
1. HANDLE CAREER DEVELOPMENT TRAINING
AKTIVITI KERJA /
PROGRAM FOR SERVICE PROGRAM
WORK ACTIVITIES NO 2. TRAINING AND IMPARTS OF KNOWLEDGE AND
AND STATEMENT SKILL
ALAT BANTUAN
NO. KOD /
MENGAJAR / TAJUK / TITLE
CODE NO.
INSTRUCTIONAL AIDS
BAHAN
Kertas Penerangan ME-020-3:2012-C07/P(2/2)
PEMBELAJARAN / KK
LEARNING MATERIALS Kertas Tugasan ME-020-3:2012-C07/T(2/2)
PERSEDIAAN/PREPARATION :
Selesakan pelajar:
1. Beri salam dan salam sejahtera.
2. Tulis kursus, tahap dan tarikh.
3. Tanya khabar kesihatan pelajar.
4. Semak senarai kehadiran pelajar.
Tekan aspek:
1. Disiplin
2. Tatatertib
3. Kerjasama
2. KEMAHIRAN
MOTIVASI Pengenalan
Motivasi berpunca dari dalam
ataupun dari luar diri seseorang. Dalam
pembelajaran, guru perlu tahu sama ada
pelajarnya cenderung ke arah motivasi
yang timbul dari dalam ataupun dari luar
diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat
bertindak dengan sewajarnya bagi
memberikan rangsangan kepada
pelajarnya supaya berusaha. Motivasi
yang berpunca dari dalam diri iaitu yang
didorong oleh faktor kepuasan dan ingin
tahu disebut ‘motivasi intrinsik’. Motivasi
yang berpunca dari luar iaitu apabila kita
buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran
adalah ‘motivasi ekstrinsik’
WB
a) Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik diwujudkan
daripada rangsangan luaran dengan 15 MINIT
tujuan menggerakkan individu supaya
melakukan sesuatu aktiviti yang membawa
faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini PP
dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk
seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan
membentuk suasana dan iklim
persekitaran yang kondusif bagi
mendorongkan pelajar belajar. Contohnya,
pujian yang diberikan oleh guru kepada
seseorang pelajar kerana kerjanya yang
baik akan menyebabkan daya usaha
pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah
suatu motivasi ekstrinsik yang boleh
memberi kesan kepada tingkah laku
seseorang pelajar.
NO. KOD / CODE NUM ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka : 6 Drp : 12
3. KEMAHIRAN
MENGENDALIKAN b)Motivasi intrinsik
Motivasi intrinsik diwujudkan
KARENAH
secara semula jadi daripada rangsangan
PELANGGAN dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan
minat individu bagi melakukan sesuatu
aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta
ganjaran. Sebagaimana yang sudah
dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan
motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin
tahu dan dorongan mencapai kecekapan
bagi murid yang baru masuk sekolah.
Bagaimanapun, bukan semua motivasi
intrinsik diwujudkan secara semula jadi.
Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk
daripada pembelajaran dan pengalaman
yang membawa kepuasan. Contohnya,
tabiat membaca buku cerita dan bermain
alat muzik adalah gerakan motivasi
intrinsik yang dibentuk daripada
pembelajaran dan pengalamannya. Harter
(1981) mengenal pasti lima dimensi
kecenderungan motivasi intrinsik dalam
bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini
adalah cabaran, insentif bekerja bagi
memuaskan minat dan sifat ingin tahu,
percubaan penguasaan yang bebas,
penilaian yang bebas berkenaan apa yang
hendak dilakukan di dalam kelas dan
kriteria dalaman untuk kejayaan.Pelajar
yang lebih cenderung ke arah motivasi
intrinsik sukakan pekerjaan yang
mencabarkan. Mereka mempunyai insentif
yang lebih untuk bekerja bagi
memanfaatkan kepuasan diri sendiri
daripada mengambil hati guru bagi
mendapat gred yang baik. Mereka lebih
suka mencuba mengatasi masalah dengan
sendiri daripada bergantung pada bantuan
ataupun bimbingan guru. Mereka juga
menerapkan suatu sistem penguasaan
matlamat dan taraf penilaian yang
membolehkan mereka membuat penilaian
bebas berkenaan kejayaan ataupun
kegagalan mereka di dalam kelas tanpa
bergantung pada guru bagi mendapat
maklumat ataupun penilaian
NO. KOD / CODE NUM ME-020-3:2012-C07/P(2/2)PM Muka : 8 Drp : 12
FUNGSI MOTIVASI
Motivasi mendorong timbulnya kelakuan
dan mempengaruhi serta merubah
kelakuan. Fungsi motivasi tersebut
adalah :
1) Mendorong timbulnya kelakuan
atau suatu perbuatan.
2) Tanpa motivasi tidak akan
timbul sesuatu tindakan atau
perbuatan.
3) Motivasi berfungsi sebagai
pengaruh ertinya mengarahkan
perbuatan untuk mencapai
tujuan yang di inginkan.
4) Motivasi berfungsi sebagai
penggerak . Besar kecilnya
motivasi akan menentukan cepat
atau lambatnya suatu pekerjaan.
INST.
TOPIK PENGAJARAN MASA
( Instructional Topic ) AIDS
PENGGUNAAN/APPLICATION :
PENGESAHAN/CONFIRMATION :