Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

NOTIS MAKLUMAN

SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0


MULAI 25 MEI 2021 SEHINGGA 7 JUN 2021.

PENGOPERASIAN KAUNTER SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)


JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Adalah dimaklumkan bahawa Kaunter Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan beroperasi melalui janji temu
sahaja. Masa operasi kaunter SPS adalah mulai pukul 8.30 pagi sehingga 4.00
petang (Isnin sehingga Jumaat).

Penetapan janji temu boleh dilakukan dengan QRcode atau link google form. Pelanggan
perlu membuat janji temu dua (2) hari sebelum tarikh untuk hadir ke kaunter SPS.
Pengesahan janji temu akan dihantar melalui emel kepada pelanggan.

Link google form: https://forms.gle/Fif9ikRwMgu4wdcX8

Pelanggan yang berurusan di Kaunter Sektor Pengurusan Sekolah adalah tertakluk


kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) iaitu memakai pelitup muka dan mematuhi amalan penjarakan sosial
seperti yang ditetapkan.

Kepatuhan dan disiplin sosial adalah penting untuk kita memutuskan rantaian jangkitan
COVID-19 di dalam komuniti.

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Sekolah


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

You might also like