Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

FAKTOR PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI JERMAN

1) PENYATUAN JERMAN
Jerman muncul sebagai negara industri yang unggul selepas negaranya bersatu.Kesan penyatuan tersebut
mewujudkan kesegaraman dari segi mata wang, sistem percukaian, sistem timbangan dan sistem perundangan.
Kerajaan pusat juga berkuasa terhadap perkhidmatan pengankutan dan komunikasi.Kesemua ini telah merangsang
semangat untuk pertumbuhan dan perkembangan industri di Jerman.

2) PENUBUHAN KESATUAN KREDIT


Penubuhan kesatuan kredit berperanan memberi bantuan kewangan kepada pengusaha industri untuk merangsang
pertumbuhan sektor industri di Jerman.
Terdapat 25000 kesatuan kredit di seluruh jerman pada tahun 1911.Persatuan kredit Schulze Delitzsch merupakan
salah satu kesatuan kredit kepada pengusaha industri kredit.

3) PENGHAPUSAN SISTEM GUILD


Sistem guild merupakan satu sistem yang memerlukan seseorang memperoleh kemahiran guild sebelum
menjalankan perdangan.Sistem ini telah menyekat kebebasan pedangan untuk menjalankan aktiviti perdangangan.
Pada tahun 1871, sistem guild telah dimansuhkan kerana dianggap sebagai penghalang
pertumbuhan industri di Jerman

4) KEMAJUAN DALAM ARANG BATU DAN BESI


Bekalan arang batu dan besi banyak merangsang pertumbuhan perindustrian di Jerman.Arang batu dan besi juga
merupakan kekayaan hasil bumi Jerman.

5) CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM INDUSTRI


Kerajaan Jerman campur tangan dalam membantu meningkatkan hasil pengeluaran dengan mengamalkan dasar
memberikan perlindungan kepada sektor perindustrian.
Kerajaan juga menyediakan kadar pengangkutan kereta api yang murah untuk merangsang pertumbuhan industri.

6) PERTAMBAHAN PENDUDUK
Salah satu faktor yang mendorong pertumbuhan industri di Jerman ialah pertambahan penduduk.
Kesan perpindahan penduduk luar bandar ke bandar ialah selepas penyatuan Jerman yang menyebabkan
pertambahan penduduk di bandar dan menggalakkan pertumbuhan industri di Jerman.

7) PERKEMBANGAN INDUSTRI PERKAPALAN


Pembangunan industri perkapalan telah membawa pembinaan kapal-kapal berkuasa wap.Peningkatan kepada
jumlah pembinaan kapal-kapal berlaku kerana barangan dapat dihantar dengan cepat.
Industri pembinaan kapal-kapal tersebut terdapat di Hamburg, Danziq dan Bremen.
KAPAL WAP

8) PENUBUHAN KARTEL
Peranan kartel dalam sektor perindustrian ialah dapat mengawal barangan, harga barangan dan menjamin
keuntungan dalam industri.
Kartel juga berperanan mengawal kewangan dan pasaran barangan.Penentuan harga barangan ditentukan secara
bersepakat oleh anggotanya.

9) KEMUNCULAN BANK
Peningkatan industri di Jerman juga disebabkan kemunculan industri perbankan.
Bank-bank tersebut telah memberikan modal kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat dengan perindustrian.
Antara bank yang muncul pada pertengahan abad-19 ialah Joint Stock.

You might also like