Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

1. Salah satu etika kerja ialah menguruskan masa dengan berkesan.

ia boldh dilakukan
dengan

(A) Memastikan jam berfungsi dengan baik


(B) Merancang dan melaksanakan semua tugasan dengan baik
(C) Mengagihkan semua tugasan untuk dilaksanakan oleh orang lain
(D) Membuat jadual kerja dan senarai semak setiap tugasan

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Pensyarikatan Malaysia ?

(A) Mana2 perkhdimatan yang boleh dijalankan oleh sector swasta akan
diserahkan kepada mereka
(B) Kerajaan dan sector swasta akan menubuhkan syarikat kerjasama
(C) Kerajaan akan menyerahkan syarikat2 milik kerajaan yang tidak diuruskan
dengan cekap kepada sector swasta
(D) Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat dimana sector awam dan swasta
bekerjasama

3. Dasar penswastaan yang diamalkan oleh Negara kita bermaksud

(A) Pemupukan k/sama yang erat antara sector swasta dan awam
(B) Memilik Negara sector swasta yang terdapat di Negara ini
(C) Menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat pembangunan
negara
(D) Pemindahan kepada sector swasta aktiviti dan fungis yang pada tradisinya
merupakan tanggung jawab sector awam

4. Nilai2 kepimpinan berikut terkandung dalam nilai dan etika dalam perkhidmatan
awam

(A) Adil, berani dan syura


(B) Bersyukur, beriman dan bertakwa
(C) Bedididkasi, bersabar dan bersopan santun
(D) Keratif, neutral dan jujur

5. Kulit fail yang mengandungi dokumen terperingkat adalah diberi warna tertentu. Kulit
fail yang mengandungi dokumen diperingkat sulit adalah berwarna

(A) kuning
(B) putih
(C) hijau
(D) merah
6. manakah di antar berikut konsep komunikasi yang terbaik ?

(A) komunikasi Asertif


(B) komunikasi Pasif
(C) komunikasi agresif
(D) komunikasi defensif

7. seorang pegawai yang diarahkan bertugas di luar ibu pejabat melebehi 8 jam tetapi
kurang daripada 24 jam boleh menuntut

(A) elaun harian


(B) elaun makan
(C) elaun tugas luar
(D) elaun lebih masa

8. salah satu nilai penting yang perlu dihayati oleh pegawai awam ialah “akauntabiliti”.
Dalam konteks perkhidmatan awam , ia merujuk kepada

(A) tanggung jawab dalam melaksanakan tugas


(B) kebolehan dan kopetensi pegawai
(C) perubahan yang diperkenalkan
(D) sikap berkecuali atau tidak memihak

9. teras perkhidmatan awam merangkumi perkara2 berikut kecuali

(A) berdedikasi dan beriltizam


(B) berpegang teguh kepada ajaran agama
(C) berusaha mengikis sikap mementingkan diri
(D) bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat

10. strategi2 yang telah digubal untuk mencapai matlamat DPN seperti berikut kecuali

(A) menjadikan Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama


(B) mengujudkan system peperiksaan yang sama bagi semua
(C) mengadakan kurikulum yang berbeza bagi semua sekolah
(D) mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan displin
11. nilai yang berteraskan keagamaan seperti yang dijelaskan dalam nilai dan etika
dalam perkhidmatan awam ialah

(A) cekap
(B) teliti
(C) tepat
(D) bersyukur

12. berikut adalah Teras Perkhidmatan yang telah digariskan dalam Etika perkhidmatan
awam

I. berazam meningkatkan mutu perkhdmatan


II. bekerja dengan penuh tanggung jawab
III. berusaha mengikis sikap mementingkan diri
IV. mengatasi kelemahan semasa bertugas

(A) I dan II sahaja


(B) III dan IV sahaja
(C) I,II dan III sahaja
(D) I , II, III dan IV sahaja

13. Prof DiRaja Ungku Aziz, seorang ilmuan yang terkenal merupakan orang yang
bertangungjawab dalam merealisasikan penubuhan LUTH dan juga konsep koperasi
di Malaysia. Nilai2 yang ada pada diri beliau dalam merealisasikan perkara ini ialah

(A) Kualiti dan berilmu


(B) Intelektual dan tekun
(C) Kraetiviti dan inovasi
(D) Berilmu dan berdedikasi

14. Diantara berikut , yang manakah bukan merupakan aspek berkaitan dengan
penyeliaan, perancangan dan pengawalan?

(A) Kemahiran menetapkan matlamat jangka panjang


(B) Kemahiran menyelesaikan masalah
(C) Kemahiran menyediakan bajet
(D) Kemahiran kaunseling

15. Objektif utama dasar pertanian Negara ialah memaksimumkan pendapatan melalui
penggunaan sumber secara optimum melalui strategi2 berikut kecuali

(A) Pemesatan pembangunan industeri berasaskan pertanian


(B) Pembentukan semula pemasaran
(C) Pembangunan industry makanan yang dinamik
(D) Penggunaan sumber secara maksimum

16. En A mengarahkan pegawai bawahannya supaya SDP sebuah fail untuk tempoh
selama sebulan. Apakah yang dimaksudkan dengan SDP ?

(A) Simpan dalam pemerhatian


(B) Simpan dalam pemeriksaan
(C) Simpan dalam penelitian
(D) Simpan dalam perhatian

17. Selain elaun loging/bayaran sewa hotel, elaun makan dan elaun harian, seseorang
anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar ibu pejabat boleh membuat
tuntutan

(A) Elaun tanggungan keluarga


(B) Elaun perjalanan kenderaan
(C) Elaun perumahan
(D) Elaun keraian

18. Jabatan kerajaan yang dirujuk untuk mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan fail,
penyimpanan dan penjagaan rekod2 kerajaan

(A) Jabatan arkib negara


(B) Jabatan audit negara
(C) Perpustakaan Negara malaysia
(D) Jabatan perkhidmatan awam

19. Berikut adalah jenis2 cuti atas sebab perubatan kecuali

(A) Cuti separuh gaji


(B) Cuti kecederaan
(C) Cuti sakit lanjutan
(D) Cuti kerantina

20. Berikut adalah ciri2 dedikasi kecuali

(A) Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankan tugas yang
dipertangungjawabkan kepada nya
(B) Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan
kejayaan
(C) Sentiasa mencari jln untuk tidak melaksanakan tugas dan mengharapkan
simpati orang lain
(D) Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa
demi meningkatkan maruah agama, bangsa dan Negara.

21. En F seorang PT pekeranian dan operasi Gred N17 yang bertugas di bahagian
Pendaftaran Fail telah mendapati fail yang berkaitan dengan sepucuk surat yang
perlu diambil tindakan segera tidak dapat dikesan. Sebagai langkah sementara
beliau perlulah

(A) Menyimpan surat itu dalam perhatian


(B) Membuka fail baru dan masukkan surat berkenaan
(C) Menyerahkan surat it uterus kepada pegawai
(D) Membuka sampul kecil dan masukkan surat berkenaan

22. Pengurusan dan pemajuan diri juga adalah merupakan salah satu cirri etika dalam
perkhidmatan awam yang merangkumi

(A) Pembentukan personality yang bersesuaian dengan keadaan semasa


(B) Displin diri yang kuat melawan
(C) Semangat mementingkan diri sendiri
(D) Penjagaan kesihatan dan kecergasan mental dan fizikal

23. Keberkesanan pemimpin selalu dikaitkan dengan keberkesanannya untuk


mengembeleng sumber berdasarkan nilai dan etika iaitu

(A) Menggunakan segala kepakaran yang ada semaksimumnya


(B) Berjimat dalam perbelanjaan wang kerajaan
(C) Menguruskan tenaga kerja dengan cemerlang
(D) Berwawasan jelas tentang matlamat yang ingin dicapai
24. Pembuat keputusan yang berkesan perlulah mengandungi unsur2

(A) Kehadiran angota2 yang mashir dan berpengetahuan


(B) Penyataan masalah, pengumpulan maklumat dan ramalan kemungkinan
serta perkara di luar jangkaan
(C) Penentuan risiko, ganjaran, hukuman serta pulangan yang bakal diterima
oleh pembuat keputusan
(D) Garispanduan, prosedur dan manual kerja pembuatan keputusan

25. Sikap tidak bersyukur dapat dilihat melalui tindakan seperti berikut

(A) Bekerja dengan penuh tekun tanpa mengeluarkan sebarang rungutan


(B) Sanggup mengorbankan masa dan tenaga dalam melaksanakan tugas demi
kepentingan bangsa, agama dan negara
(C) Tidak sekali pun menunjukkan sikap dedikasi yang sewajarnya dalam
menjalankan tugasnya.
(D) Patuh dan sabar menerima semua arahan yang diberikan

26. Pilih tindakan yang perlu diambil oleh seorang pemungut apabila menerima cek
sebagai bayaran wang awam

(A) Menolak cek persendirian yang diberi


(B) Cek yang tidak dipalang hendaklah dipalang “tidak boleh niaga” apabila
diterima
(C) Resit dikeluarkan apabila cek telah sempurna ditunaikan
(D) Cek dalam mata wang asing tidak sah diperlakukan dan tidak boleh diterima
sebagai bayaran

27. Pilih kenyataan yang betul mengenai prosedur penyediaan minit bagi sesuatu
mesyuarat

(A) Drat minit hendaklah dikemukakan kepada pengerusi tidak lewat daripada 5
hari selepas tarikh mesyuarat
(B) Draf minit tidak perlu dirujuk kepada pengerusi
(C) Minit mesyuarat hendaklah diedarkan tidak lewat seminggu selepas tarikh
mesyuarat
(D) Minit mesyuarat seboleh2nya dihadkan kepada 15 ms sahaja

28. Manakah antara berikut bukan keanggotaan jk tetap pengaduan awam

(A) KSU Awam


(B) KP perkhidmatan awam
(C) KP BPR
(D) KJ
29. Standard kualiti keluaran dan perkhidmatan jabatan seperti yang dinyatakan dalam
piagam pelanggan adalah diasaskan kepada

(A) Standard ISO 9000- 2000


(B) Kehendak pelanggan
(C) Kehendak jabatan
(D) Kehendak stake Holders

30. Berikut merupakan kebaikan MPK dan FM kecuali

(A) Merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan
rasmi
(B) Mengujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja
(C) Menentukan jenis latihan yang bersesuaian bagi pekerja baru
(D) Mengurangkan kesilapan operasi semasa menjalankan tugas

31. Kenyataan yang tepat mengenai perkhidmatan kaunter yang berkualiti ialah
(A) Menyediakan tempat bertugas yang selesa
(B) Memuaskan hati pihak pengurusan
(C) Mudah diperolehi, cepat, tiada kesilapan serta tidak membebankan
pelanggan
(D) Membolehkan pelanggan menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan

32. Pengaduan awam yang dikemukakan kepada BPA adalah meliputi semua aspek
dalam pentadbiran kerajaan kecuali

(A) Penyelewengan yang berlaku diagensi kerajaan


(B) Perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan
(C) Salah guna kuasa oleh penjawat awam di dalam mengendalikan urusan
(D) Tidak mematuhi undang2 peraturan mengenai pentadbiran awam

33. Tahun 1990 menandakan berkhirnya RRJP1 dan DEB. Pada 17 Jun 1991, satu
dasar telah dilancarkan menandakan bermulanya RRJP2. Apakah nama dasar itu
dan tempohnya ?

(A) Dasar perindusterian Negara (1991-2000)


(B) Dasar sains dan teknologi (1991-2000)
(C) Dasar pertanian Negara (1991-2000)
(D) Dasar pembangunan Negara (1991-2000)

34. Pilih satu kenyataan yang benar mengenai fungsi dasar kualiti dalam pengurusan
kualiti menyeluruh

(A) Ia disebarkan secara lisan kepada semua pekerja


(B) Ia dirangka sebegitu rupa dengan bahasa yang berbunga2 dan indah
(C) Ia merupakan satu penyataan yang dibuat oleh semua pekerja
(D) Ia merupakan rujukan dan panduan untuk merangka dan melaksanakan
usaha2 kualiti

35. Di bawah system cadangan Q anggota perkhidmatan awam di sesebuah agensi


kerajaan

(A) Bebas mengemukakan cadangan untuk mengatasi punca masalah kualiti


yang timbul di jabatannya
(B) Boleh berusaha dan membuat keputusan sendiri bagi meningkatkan kualiti
kerja di jabatannya
(C) Yang tidak berupaya meningkatkan kualiti kerjanya perlu ditukarkan
kejabatan lain
(D) Bebas menegur dan menasihati rakan2 sejawat agar terus berusaha
meningkatkan kualiti kerjanya.

36. Bagi mencapai matlamat kepastian kualiti di bawah pengurusan TQM, jabatan2 perlu
mengambil tindakan2 berikut kecuali

(A) Melaksanakan pemeriksaan kualiti


(B) Menetapkan tempoh masa pencapaian
(C) Mengamalkan perancangan output
(D) Mengadakan latihan kakitangan

37. Prinsip2 berikut perlu dipatuhi oleh sesebuah agensi kerajaan sekiranya agensi
berkenaan ingin merangka dan melaksanakan jenis2 pemulihan perkhidmatan,
kecuali

(A) Tidak mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan dan perbelanjaan tambahan


(B) Tidak telus kepada saranan pelanggan untuk member cadangan kea rah
pembaikan agensi
(C) Sangat bersesuaian dengan kemampuan agensi
(D) Tidak mendedahkan kerajaan kepada risiko tindakan undang2
38. Keupayaan sesebuah jabatan kerajaan mempertingkatkan produktivitinya adalah
bergantung kepada

(A) Input tenaga manusia, peralatan dan pengurusan


(B) Sejauhmana keluaran dan perkhidmatan mempunyai kualiti
(C) Sejauhmana jabatan dapat menyempurnakan proses transformasi input2
dengan cekap
(D) Persekitaran, struktur organisasi, kelengkapan modal dan tenaga manusia

39. Percambahan fikiran merupakan satu proses dimana ahli2 KMK

(A) Mempersembahkan data


(B) Digalakkan mengeluarkan pendapat dalam perbincangan secara bebas
(C) Menganalisis sebab akibat sesuatu masalah
(D) Merancang pelaksanaan program tindakan

40. Salah satu kebaikan yang boleh diperolehi hasil daripada penggunaan fail meja
adalah

(A) Mengurangkan kesilapan2 operasi semasa menjalankan tugas


(B) Mengurangkan beban tugas yang perlu ditanggung oleh seseorang pegawai
dan kakitangan
(C) Menimbulkan rasa kepuasan dalam bekerja di kalangan pegawai dan
kakitangan
(D) Memudahkan orang ramai mengetahui proses kerja yang terlibat dalam
mengambil sesuatu tindakan

You might also like