Soalan KISSM Subjektif PERINTAH AM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PERINTAH AM

1. Cik Ariana seorang Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri ingin
meminjam wang berjumlah RM50,000.00 daripada Bank Islam Malaysia Berhad.
Beliau juga telah menjadi penjamin kepada rakannya yang membeli rumah:

a) Jelaskan tiga (3) keadaan yang menyebabkan seseorang pegawai awam tidak
dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin
b) Nyatakan dua (2) syarat yang membolehkan seseorang pegawai awam
dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin.

Jawapan:

a) Seseorang pegawai awam tidak dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin


atau dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi
kewangan kepada mana-mana orang:
i. yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya
ii. yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan rasmi
iii. yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam
kawasan tempatan yang dia mempunyai kuasa rasmi.
iv. Yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang
v. Jika agregat hutang dan liability tidak melebihi 10 kali emolumennya
vi. Penghutang penghakiman
vii. Muflis / bangkrap

b) Seseorang pegawai boleh meminjam wang daripada atau menjadi penjamin


kepada mana-mana orang yang meminjam wang daripada bank, syarikat
insuran, koperasi atau syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank
dan institusi-institusi Kewangan 1989 atau menaggung hutang dengan cara
memperolehi barang-barang melalui perjanjian sewa beli dengan syarat
bahawa:

i. bank,syarikat insuran,koperasi atau syarikat kewangan berlesen yang pegawai


itu meminjam tidaklah secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya.
ii. Peminjaman itu tidak akan membawa kepada skandal awam atau tidak akan
ditafsirkan bahawa pegawai itu telah menyalahgunakan kedudukan awamnya
untuk faedah persendiriannya.
iii. Agregat hutangnya tidak menyebabbkan atau tidak mungkin menyebabkan
pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan yang serius sebagaimana
yang ditafsirkan di bawah peraturan 13

2. Puan Zarina ialah seorang pegawai kerajaan. Selaku seorang pegawai awam,
beliau serta ahli keluarga layak menerima rawatan dan ubat-ubatan secara
percuma daripada hospital atau klinik kerajaan. Walau bagaimanapun, jika mereka
dimasukkan ke wad kerana menerima rawatan, mereka akan dikehendaki
membayar bayaran wad kecuali dalam kes-kes tertentu.

a) Nyatakan kes-kes di mana seorang Pegawai Awam akan dikecualikan daripada


membayar bayaran wad
b) Nyatakan mereka yang tergolong di dalam definisi ‘ keluarga seseorang
pegawai awam seperti dalam Perintah Am Bab ‘F’

Jawapan:

a) Kes-kes di mana seseorang Pegawai Awam akan dikecualikan daripada


membayar wad :

43
i. penyakit tibi,kusta dan barah adalah percuma
ii. mengidap penyakit merebak
iii. seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di
luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar
ibu pejabat.
iv. Seseorang pegawai menerima kecederaan semasa menjalankan tugas
rasminya di luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam
hospital di luar ibu pejabat.

b) Mereka yang tergolong di dalam definisi ‘Keluarga seorang Pegawai Awam


seperti dalam Perintah Am Bab ‘F’

i. bagi pegawai lelaki isteri dan anak-anaknya atau


ii. bagi pegawai perempuan suami dan anak-anaknya
iii. anak-anak yang berkelayakkan ialah anak-anak yang ditanggung
sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya
masih bersekolah di bawah umur 21 tahun
iv. anak-anak daif(kelemahan otak atau jasmani) tidak ada had umur
v. anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang
vi. balu seorang pegawai selagi ia tidak berkahwin semula
vii. ibu bapa kandung / mengikut undang-undang pegawai berkenaan.

3. Cik Maria Seorang Pegawai Perubatan


Bercadang Bergiat Aktif Di Dalam Politik

A) Nyatakan Samada Boleh Atau Tidak Beliau Mengambil Bahagian Aktif Dalam Aktiviti
Politik Dengan Alasannya Sekali.
B) Terangkan Lima Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Cik Maria Dan Pegawai
Lain Dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional

JAWAPAN :

A) Tidak boleh kerana cik maria seorang pegawai dalam kumpulan p&p. Kum. P&p
dilarang mengambil bahagian aktif dalam politik atau memakai mana-mana
lambang sesuatu parti.
B) Aktiviti-aktiviti politik yang dimaksudkan ialah:

• Membuat apa-apa pernyataan awam secara lisan atau bertulis yang


memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas isu parti-parti politik
• Menerbit atau mengedarkan buku,makalah atu risalah yang mengemukakan
pandanganya tentang perkara kepartian
• Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu
pilihanraya umum
• Bertindak sebagai seorang agen pilihanraya atau agen tempat mengundi
• Masuk bertanding apa-apa jawatan dalam mana-mana parti
• Memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik

44
4. Seseorang Pegawai Yang Baru Dilantik Ke Dalam Perkhidmatan Awam Akan Dikenakan
Tempoh Percubaan Sebelum Disahkan Dalam Perkhidmatannya.

A) Berapa Lamakah Tempoh Percubaan Yang Dikenakan?


B) Tempoh Percubaan Seseorang Pegawai Boleh Dilanjutkan
“Dengan Denda” Atau “Dengan Tiada Berdenda”.Jelaskan Maksud Keduanya
C) Ketua Jabatan Perlu Memperakukan Tempoh Perlanjutan 3 Bulan Sebelum Tamat
Tempoh. Sila Nyatakan Perkara-Perkara Yang Perlu Terkandung Dalam Perakuan Itu.

Jawapan:
A) 3 Tahun
B) Dengan Denda

• Penangguhan Pergerakan Gajinya


• Hilang Kekananannya

Dengan Tiada Berdenda


• Pegawai Itu Dibenarkan Menerima Pergerakan Gajinya Semasa Dalam
Tempoh Percubaan Lanjutannya Itu
• Tidak Hilang Kekanannya

C) Perakuan Itu Mengandungi

• Sebab-Sebab Pegawai Itu Tidak Dapat Disahkan


• Sokongan Ketua Jabatan Mengapa Perlanjutan Perlu Diberi
• Kenyataan Perkhidmatan Yang Lengkap
• Senarai Peperiksaan Yang Pegawai Telah Lulus Atau Tidak Beserta Tarikh-
Tarikhnya Sekali.

5. a) Nyatakan tanggungjawab Ketua Jabatan apabila seseorang anggota dituduh


melakukan kesalahan jenayah di mahkamah

b)Nyatakan bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Lembaga Tatatertib terhadap
anggota telah ditangkap dan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah
terhadap anggota berkenaan.

Jawapan :
a) Tanggungjawab Ketua Jabatan (peraturan 28(3)

Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan daripada mahkamah


seksyen yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:

i. pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap pegawa


ii. jika ditangkaap,tarikh dan waktu pegawai ditangkap
iii. sama ada pegawai itu dijamin; dan
iv. apa-apa maklumat lain yang relevan
Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Lembaga tatatertib untuk
tindakan selanjutnya.Mengesyorkan kepada Lembaga TT jenis tindakan tt
yang boleh diambil.

b) Tindakan selepas beliau ditangkap


i. beliau boleh dikenakan sama ada perintah tahan kerja atau tidak
dibayar emolument antara 50% hingga 100 %
ii. Tindakan selepas dijatuhkan hukuman

45
Pegawai hendaklah digantung kerja dan dalam tempoh itu
pegawai tidak berhak menerima emolument.

6. Sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam Anda Layak Menduduki Rumah Kerajaan Yang
Disediakan Demi Kepentingan Tugas.
A) Nyatakan Larangan-Larangan Yang Perlu Dipatuhi Semasa Mendiami Rumah
Kerajaan

B)Huraikan Tanggungjawab Anda Sebagai Penghuni Rumah Berkenaan

Jawapan :

A) Larangan-Larangan Yang Perlu Dipatuhi


• Menjadikannya Permis Perniagaan
• Meminda Rumah Tanpa Kebenaran Pengarah Jkr Negeri
• Meyewa Mana-Mana Bahagian Rumah
• Memelihara Binatang-Binatang Ternakan

B) Tanggungjawab Sebagai Penghuni Rumah

• Laporkan Kerosakan
• Laporkan Bila Memasuki Rumah
• Menjelaskan Semua Bil Air Dan Elektrik
• Laporkan Ketika Rumah Dikosongkan
• Membersih Kawasan,Potong Rumput Dan Sebagainya
• Menyerahkan Kunci Rumah Bila Keluar Rumah Serta Sijil Keluar
• Membayar Atas Kerosakan Yang Disengajakan

7. En Sony Seorang Pegawai Kerajaan Berkelayakan Mendapat Cuti Rehat Sebanyak 30 Hari
Setahun. Atas Kepentingan Perkhidmatan Dia Tidak Dapat Menghabiskan Cuti Rehatnya Itu
Bagi Tahun 1994 Sebanyak 20 Hari. Baki Cuti Tersebut Dibawa Ke Tahun 1995 Menjadikan
Jumlah Cuti Rehatnya Bagi Tahun Tersebut Sebanyak 50 Hari. Bagaimanapun Pada Tahun
1995 Beliau Telah Mengambil Cuti Rehat Selama 15 Hari. Pada Tahun 1996 Beliau Langsung
Tidak Mengambil Sebarang Cuti Rehat.

A) Berapakah Jumlah Cuti Rehat En. Sony Yang Boleh Dibenarkan Untuk Dibawa Ke Tahun
1997? Berikan Alasan
B) Sekiranya Pada Tahun 1996 Genap 10 Tahun En. Somy Dalam Perkhidmatan Kerajaan
Berapakah Jumlah Cuti Rehat Beliau Yang Boleh Dibawa Ke Tahun 1997.

Jawapan:

A) 60 Hari

Alasan- Menurut Perintah Am Bab C,Ii, Seorang Pegawai Yang Tidak Dapat Mengambil
Cuti Kerana Kepentingan Perkhidmatan Boleh Dibenarkan Mengumpul Baki Cuti
Rehatnya Dalam Tempoh Dua Tahun Perkhidmatan Ke Tahun Ke Tiga. Oleh Kerana En.
Sony Hanya Mengambil Cuti Sebanyak 15 Hari Tahun 1995 Bermakna Baki Cutinya Yang
Dibawa Dari Tahun 1994 Sebnayak 5 Hari Lagi Terlupus Di Akhir 1996. Cuti Rehat En.Sony
Bagi Tahun 1997 Hanyalah Cuti Rehat Yang Tidak Diambil Pada Tahun 1995 Sebanyak 30
Hari Dan Cuti Rehat Tahun 1996 Sebanyak 30 Hari.

B) 65 Hari. Apabila En. Sony Genap 10 Tahun Berkhidmat Pada Tahun 1996 Kelayakan Cuti
Rehatnya Berjumlah 35 Hari Seperti Di Dalam Perintah Am Bab C, 8(A)

46
8. Terdapat 7 Jenis Hukuman Tatatertib Yang Boleh Dikenakan Terhadap Seseorang
Penjawat Awam. Huraikan Tiga Persamaan Dan Tiga Perbezaan Antara Hukuman
“Tangguh Pergerakan Gaji” Dengan Hukuman “Turun Gaji”

Jawapan :

Persamaan Kedua-Dua Hukuman Ini Ialah:


1. Kedua-Dua Hukuman Ini Boleh Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Yang
Berkenaan
2. Kedua-Dua Hukuman Ini Mengubah Tarikh Pergerakan Gaji
3. Dalam Tempoh Hukuman Ini Berkuatkuasa,Pegawai Berkenaan Tidak Berhak
Menerima Pergerakan Gaji

Perbezaan Kedua-Dua Hukuman Ini Ialah:


Tangguhnpergerakan Gaji Turun Gaji
Tarikh Kuatkuasa Pada Tarikh Ulang Tahun Tarikh Lembaga Tt Bersidang Atau Satu Tarikh
Kenaikan Gaji Selepas Tarikh Lembaga Tt Ke Hadapan Yang Ditetapkan Oleh Lembaga
Membuat Keputusan Tt
Tempoh Kuatkuasa Ialah 3 Bulan,6 Bulan,9 Tempoh Antara 12 Bulan Hingga 36 Bulan
Bulan Atau 12 Bulan
Tidak Sesuai Dikenakan Kpd Mereka Yang Tidak Sesuai Dikenakan Kepada Mereka Yang
Telah Berada Di Matagaji Maksimum Matagaji Berada Pada P1t1,P2t1 Dan P3t1

9. “Encik Amran Tompel Ialah Penguasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna Yang Bertugas Di
Ipoh. Gaji Beliau Sekarang Ialah Rm 2,340.00 Sebulan. Encik Amran Memiliki Sebuah Kereta
Proton Waja (Sukatan Selinder 16oo Cc) Dan Beliau Selalu Menggunakan Keretanya Untuk
Menjalankan Tugas-Tugas Rasmi Jabatan.”

A) Nyatakan Kelas Tuntutan Hitungan Kilometer Yang Beliau Layak Tuntut


B) Ketika Mengejar Sebuah Kereta Yang Disyaki Membawa Cd Tiruan, Kereta Encik
Amran Terbalik Dan Rosak Teruk. Adakah Encik Amran Boleh Membuat Tuntutan
Bayaran Membaiki Keretanya ? Berikan Alasan Anda.
Jawapan :

A) Kelas A

B) Tidak Boleh

Alasan- Perintah Am (B) 7, Seseorang


Pegawai Yang Menggunakan
Kenderaaannya Sendiri Untuk
Menjalankan Tugas Lain Boleh Berbuat
Demikian Atas Tanggungannya Sendiri.
Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Bagi
Sebarang Kecederaan,
Kerosakan,Kehilangan Atau Susut Nilai
Kenderaan Akibat Kegunaan Untuk
Urusan Kerajaan.

10. En. Samy Seorang Pegawai Farmasi Di Hospital Teluk Intan Telah Menghadiri Satu Mesyuarat
Di Kementerian Kesihatan Kuala Lumpur Selama 3 Hari. Dalam Tempoh Tersebut Beliau

47
Menginap Di Hotel. Semasa Perjalanan Balik, Kereta Beliau Telah Mengalami Kerosakan Dan
Beliau Terpaksa Membelanjakan Rm 200.00 Untuk Membaiki Keretanya Itu.

A) Nyatakan Jenis-Jenis Elaun Yang Boleh Dituntut Oleh En. Samy Semasa Menjalankan
Tugas Tersebut
B) Nyatakan Syarat-Syarat Yang Membolehkan Beliau Menuntut Elaun Harian Serta
Kadarnya
C) Jelaskan Samada Beliau Boleh Menuntut Perbelanjaan Membaiki Keretanya
Daripada Kerajaan.

Jawapan :

A) Elaun Yang Layak Dituntut:

• Elaun Perjalanan
• Elaun Sewa Hotel
• Elaun Makan
• Bayaran Pelbagai

B) Syarat Tuntutan Elaun Harian Serta


Kadarnya
• Jika Mesyuarat Hari Ketiga Tamat Awal Tengahari. Beliau Tak Layak Mendapat
Elaun Makan Penuhnya Sebaliknya Boleh Menuntut Elaun Harian Kerana
Jangkamasa Melebihi 8 Jam Tetapi Kurang 24 Jam
• Kadar Tuntutan Separuh Elaun Makan

C) Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Ke Atas Kerosakan Kenderaan Yang Dialami


Semasa Menjalankan Tugas
• Pegawai Boleh Menggunakan Kenderaan Sendiri Dengan Menuntut Mengikut
Kelayakannya Apabila Mendapat Kebenaran Ketua Jabatan.
• En. Samy Tidak Layak Membuat Tuntutan Membaiki Kerosakan Kereta

11. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, 4(2)f


menyatakan bahawa seseorang penjawat awam tidak boleh tidak jujur. Jelaskan
lima (5) contoh perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh pegawai kerajaan yang
boleh dianggap sebagai melanggar tatakelakuanh ini.

Jawapan:

i. tidak melaporkan harta atau pelaburan yang dipunyai oleh isteri atau
anaknya.
ii. Membuat tuntutan palsu
iii. Mengesahkan tuntutan bekerja lebihmasa yang tidak betul daripada
seorang pekerja dengan tujuan untuk mendapat habuan daripada pekerja
itu.
iv. Tidak melaporkan hutang piutangnya dengan tujuan untuk menipu Ketua
Jabatan atau Lembaga Tatatertib berkenaan bagi menggambarkan betapa
berat beban kerana hutang.
v. Berdalih atau bercakap bohong dalam penyiasatan yang dijalankan
terhadapnya/memberi kenyataan palsu/maklumat palsu
vi. Pura-pura sakit atau uzur/mc palsu/sijil sakit palsu
vii. Penyelewengan – penyalahgunaan harta kerajaan/kuasa

12. En. Raju adalah seorang pegawai Pendidikan bergaji sebanyak RM1,428.00 sebulan.
Baru-baru ini beliau telah membeli sebuah kereta terpakai berharga

48
RM20,000.00(secara ansuran bulanan sebanyak RM280.00 sebulan). Setahun yang
lalu beliau telah membeli sebuah rumah berharga RM90,000.00 melalui skim
pinjaman kerajaan. Potongan bulanan bagi pinjaman ini ialah sebanyak RM500.00
sebulan (selama 25 tahun). Selain dari itu beliau ada juga membuat pinjaman dari
syarikat kerjasama sebanyak RM3,000.00. Jumlah potongan semua hutangnya pada
tiap-tiap bulan ialah RM800.00.

a) Adakah pegawai ini dianggap sebagai berada dalam keadaan


‘keterhutangan kewangan yang serius’? Beri huraian
b) Bagaimanakah seseorang penjawat awam itu boleh disifatkan sebagai
berada dalam keadaan ‘keterhutangan kewangan yang serius’?

Jawapan:

a) Tidak

• Semua hutang-hutan ini adalah hutang bercagar


• Hanya hutang-hutang dan liability yang tidak bercagar yang
daripada 6 bulan emolument diambilkira
• Dia bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman

b) Jika jumlah semua hutang dan tanggungannya yang tidak bercagar


lebih daripada jumlah sepuluh kali ganda emolument bulanannya pada
satu-satu masa tertentu.

• Jika pegawai itu seorang siberhutang hukuman selagi hutang itu


masih belum dijelaskan
• Jika pegawai itu seorang bangkrap atau pemakan gaji tidak
berkemampuan

13. Seorang Pegawai Kerajaan Adalah Dilarang Membuat Pekerjaan Luar Kecuali Mendapat
Kebenaran Ketua Jabatannya.

A) Nyatakan Jenis Pekerjaan Luar Yang Dimaksudkan


B)Jelaskan Perkara-Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Oleh Seseorang Ketua Jabatan
Semasa Menimbangkan Sesuatu Permohonan Patut Diberi Atau Tidak.

Jawapan :

Seseorang Pegawai Tidak Boleh;


• Mengambil Bahagian Secara Langsung Atau Tak Langsung Dalam Pengurusan Atau
Perjalanan Apa-Apa Perusahaan Komersial,Pertanian Atau Perindustrian
• Mengusahakan Bagi Mendapatkan Upah Apa-Apa Kerja Bagi Mana-Mana
Institusi,Syarikat,Firma Atau Individu Persendirian
• Sebagai Pakar,Memberi Apa-Apa Laporan Atau Keterangan Pakar,Samada Dengan
Percuma Atau Dengan Mendapat Upah
• Bertugas Sebagai Seorang Wasi,Pentadbir Atau Penerima

Ketua Jabatan Hendaklah Memastikan Kerja Luar Itu ;


• Tidak Dilaksanakan Semasa Waktu Pejabat Dan Semasa Pegawai Itu Dikehendaki
Menjalankan Tugas Rasminya
• Tidak Akan Menjejaskan Reputasi Pegawai Itu Sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam
• Tidak Bercanggah Dengan Kepentingan Jabatan Atau Tak Konsisten Dengan
Kedudukan Pegawai Sebagai Penjawat Awam

49
14. Bersesuaian Dengan Perintah Am Bab C, Lembaga Perubatan Boleh Dipanggil Bagi
Membuat Pemantauan Dan Laporan Terhadap Tahap Kesihatan Pegawai Awam. Jelaskan
Kenapa Perlunya Lembaga Tersebut Demi Keutamaan Kebajikan Penjawat Awam

Jawapan :

Lembaga Perubatan Boleh Dipanggila Apabila:


• Seseorang Pegawai Didapati Masih Tidak Sihat Setelah Menghabiskan Semua Cuti-Cuti
Sakitnya
• Seorang Pegawai Perubatan Berpendapat Bahawa Tiada Harapan Untuk Pegawai
Menjadi Sihat Untuk Bertugas
• Tiap-Tiap Tahun Dalam Masa 3 Tahun Yang Berturut-Turut Pegawai Itu Telah Bercuti Sakit
Sebanyak 45 Hari Atau Lebih
• Kesiuman Otak Atau Kesihatan Badan Pegawai Diragukan
• Pegawai Telah Tercedera Semasa Bertugas
• Pegawai Disahkan Mengidap Penyakit Tibi,Kusta Atau Barah
• Pegawai Atau Keluarganya Perlu Diperiksa Untuk Mendapatkan Rawatan Di Luar Negeri
Kerana Tiada Rawatan Sedemikian Di Negeri Ini.

15. Pegawai kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit mendapat rawatan yang
disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

a) nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai.
b) Jelaskan tafsiran ”keluarga pegawai” yang layak menerima kemudahan rawatan
pecuma selepas kematian pegawai.

Jawapan

a) i) keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam wad yang


sama seperti pegawai sendiri

ii) kadar bayaran wad sama dengan kadar bayaran wad untuk pegawai
iii) sekiranya anak pegawai murid sekolah tidak melebehi tk 5, dikecualikan bayaran
wad apb dimasukkan ke dalam kelas 2.

Atau

Kelayakan dan bayaran wad keluarga pegawai

Kelas Wad Bayaran sehari


Kelas 1 : bilik seorang RM 10.00
Kelas 1 : bilik berdua RM 8.00
Kelas 1 : bilik bertiga atau lebih RM 6.00
Kelas 2 RM 3.00
Kelas 3 percuma

b) keluarga pegawai yang layak menerima rawatan percuma selepas kematian pegawai
adalah :
i. bagi pegawai lelaki, isteri/balu dan anak-anaknya. Bagi pegawai perempuan,
suami/duda dan anak-anaknya
ii. anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung
sepenuhnya oleh pegawai iaitu yang berumur di bwh 18 tahun atau
sekiranya masih bersekolah di bawah 21 tahun
iii. anak-anak daif (kelemahan otak atau jasmani) tiada had umur
iv. anak tiri
50
v. anak angkat yang diambil mengikut undang-undang

16. Seorang pegawai awam tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya
berada dalam Keterhutangan Kewanagn yang serius.
a. Nyatakan apakah yang dimaksudkan ”Keterhutangan Kewangan yang serius”
b. Jelaskan 3 keadaan seorang pegawai dikatakan berada dalam keterhutangan
yang serius,

Jawapan
a) Bagi maksud peraturan ini
1. keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang setelah
diambilkira amaun hutang yang ditanggung olehnya telah
sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius
kepada nya.
b) Seseorang pegawai disifatkan berada dalam keterhutangan yang
serius jika
1. agreget hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada
bila-bila masa tertentu melebehi 10 kali emolumen bulanannya
2. dial iaah seorang penghutang kehakiman dan hutang
penghakiman itu tidak dijelaskan dalam tempoh 1 bulan dari
penerimaan perintah bermeteri penghakiman itu
3. dia ialah seorang bangkrap atau pemakan gaji tak solven.
Mengikut mana-mana yang berkenaan, selain apa-apa
penghakiman terhadapnya yang memihak kepada pegawai
pemegang harta masih belum dijelaskan atau selagi tidak ada
pembatalan penghukuman kebangkrapannya.
13. Anda bertugas di Ibupejabat di Putrajaya telah diarahkan utk menghadiri kursus di
Hotel JB selama 2 minggu. Pengangkutan telah disediakan tetapi anda tidak
menaikinya atas kesibukan tugas. Sebaliknya pergi dengan kereta sendiri. Huraikan
perkara2 penting yg perlu anda beri perhatian ketika menyediakan tuntutan
perjalanan dan kemudahan yg berkaitan
i. Perlu mendapat kelulusan KJ dan tidak layak menuntut elaun perjalanan
kerana JB boleh dihubungi terus melalui k/terbang atau k/api (lebih 240 km)
ii. Layak tuntut tambang gantian mengikut kadar tambang k/terbang atau
k/api
iii. Kelulusan kj haruslah dilampirkan dgn baucer tuntutan dan dokumen
sokongan yg berkenaan
iv. Tidak layak menuntut apa2 tambang atau bayaran tambahan yg bersabit
dgn perjalanan k/t spt tambang dari rumah ke lapangan terbang dan lain2
lagi
v. Tuntutan hendaklah dikemukakan tidak lewat drp 10 hb, bulan berikutnya
vi. Elaun perjalanan kenderaan hanya boleh dibenarkan dlm keadaan bkt :-
a) Jarak kurang 240 km
b) Dikehendaki menjalankan tugas rasmi di beberapa tempat di
sepanjang perjalanan
c) Mustahak serta terpaksa membawa kenderaan sendiri atau terpaksa
membawa pegawai lain dan juga peralatan kursus
14. A) Seorang pegawai awam yg berhasrat utk meletak jawatan hendaklah
mengemukakan notis bertulis dalam tempoh tertentu. Nyatakan tempoh tertentu
bagi pegawai-pegawai berikut

i. Seorang pegawai yg dilantik selain pelantikan tetap.

Jika tempoh itu tidak diperuntukan dlm syarat perlantikkannya notisnya 30


hari sebelum peletakkan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sbg
ganti notis

51
ii. Seorag pegawai dlm tempoh percubaan.

Notisnya ialah 30 hari sebelum peletekkan jawatan itu berkuatkuasa atau


sebulan gaji sbg ganti notis

iii. Seorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatannya

Notisnya ialah 90 hari sebelum peletakkan jawatan itu berkuatkuasa atau


sebulan gaji sbg ganti notis

c) KJ boleh memendekkan notis peletakkan jawatan mana2 pegawai atas sebab2


tertentu. Nyatakan sebeb-sebab tersebut:

a. Pegawai itu menyandang mana2 jawatan sesuatu pihak berkuasa berkanun ,


pihak berkuasa tempatan atau agensi lain yg diluluskan oleh KPPA
b. Pegawai atau pasangan, anak atau ibu,bapa pegawai itu menghadapi
masalah kesihatan
c. Pegawai itu menghadiri kursus atau latihan yg diluluskan oleh pihak berkuasa yg
berkenaan
d. Apa2 sebab lain yg diluluskan oleh KPPA

52

You might also like