Mesin

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

CikguAzila

SAINS
TAHUN 4 SEKOLAH KEBANGSAAN

UNIT 10
MESIN
CikguAzila

MESIN

Mesin ialah alat yang direka


cipta oleh manusia untuk
memudahkan kerja seharian.

Apakah contoh mesin yang


boleh memudahkan kerja
manusia?
CikguAzila

TUAS

Tuas digunakan untuk mengangkat


atau mengumpil sesuatu objek. Tuas
terdiri daripada 3 bahagian iaitu
beban, fulkrum dan daya.

Daya

Beban
Fulkrum

Pemutar skru di atas digunakan untuk


membuka tin cat. Tahukah kamu,
pemutar skru itu berfungsi sebagai tuas?
Penutup tin bertindak sebagai beban,
hujung pemutar skru ialah fulkrum dan
tangan yang menolak pemutar skru ke
bawah bertindak sebagai daya.
CikguAzila

TUAS

Beban ialah berat sesuatu jasad

Fulkrum ialah suatu titik pada palang atau


objek yang berfungsi sebagai pengimbang
atau penyokong.

Daya ialah tolakan dan tarikan ke atas


sesuatu objek yang memberikan kesan.
CikguAzila

TUAS

Bolehkah kamu kenalpasti


kedudukan beban, fulkrum
dan daya dalam aktiviti di
atas?
CikguAzila
HUBUNG KAIT BEBAN, FULKRUM DAN
DAYA
Daya
Aktiviti 1

Fulkrum
Beban
1. Apakah perbezaan pada aktiviti1 dan aktiviti 2?
2. Adakah daya yang diperlukan untuk mengangkat
beban sama pada aktiviti 1 dan aktiviti 2?
3. Nyatakan hipotesis dalam aktiviti ini.

Daya
Aktiviti 2

Fulkrum
Beban
CikguAzila

MESIN RINGKAS

Mesin ringkas ialah alat yang membantu


kita melakukan kerja dengan lebih
mudah dan cepat.

Terdapat pelbagai jenis


mesin ringkas di sekeliling
kita. Ia mempunyai
kegunaannya yang khusus.

Roda dan gandar

Tuas Skru Gear

Baji Takal

Satah condong
CikguAzila

MESIN RINGKAS
Roda dan gandar
Alat yang terdiri daripada roda yang
dipasang pada sebatang rod yang
dinamakan gandar. Contohnya, pada tombol
pintu.

gandar
Roda

Tuas
Alat yang terdiri daripada sebatang rod
yang diletakkan di atas fulkrum untuk
mengangkat atau mengumpil sesuatu beban
objek. Contohnya, pada penyapu.
Fulkrum
Daya

Beban
CikguAzila

MESIN RINGKAS
Skru
Alat yang berbentuk silinder beralur yang
dapat dimasukkan ke dalam sesuatu ruang
dengan memutarkannya untuk menyatukan
atau mengetatkan dua bahagian objek.
Contohnya, pada botol dan penutupnya.

Gear

Alat yang terdiri daripada bahagian roda


yang bergerigi. Contohnya, pada jam.
CikguAzila

MESIN RINGKAS
Takal
Alat yang terdiri daripada satu rod beralur
yang membolehkan tali melaluinya untuk
mengangkat atau menurunkan sesuatu
beban. Contohnya, pada bidai.

Satah condong
Satu permukaan rata yang disendengkan
dengan satu bahagian yang hujungnya
diletakkan pada ketinggian yang berbeza.
Contohnya, pada tangga.
CikguAzila

MESIN RINGKAS
Baji

Alat yang runcing pada satu hujungnya dan


digunakan untuk memotong serta
memegang dan memberhentikan sesuatu
objek. Contohnya, pada pisau dan
penyendal pintu.
CikguAzila
MESIN RINGKAS MENYELESAIKAN
MASALAH

Mesin ringkas dapat menyelesaikan


masalah harian manusia. Lebih
banyak mesin ringkas digunakan,
lebih mudah dan cepat kerja dapat
dilakukan.

Boleh murid-murid cadangkan,


apakah alat yang sesuai untuk
memotong rumput yang panjang?

Apakah alat yang sesuai untuk


memindahkan batu bata yang
banyak ke tempat lain?

Apakah alat yang sesuai untuk


mengumpulkan daun kering yang
bertaburan?
CikguAzila

MESIN KOMPLEKS

Mesin kompleks ialah alat yang terdiri


daripada gabungan lebih daripada satu
mesin ringkas.

Mari kita kenalpasti mesin


ringkas yang terdapat
pada objek di bawah.

Baji
Skru
CikguAzila

MESIN KOMPLEKS

Mari kita kenalpasti mesin


ringkas yang terdapat
pada objek ini pula.

Tuas

Roda dan gandar

Skru
CikguAzila

MESIN KOMPLEKS

Mesin kompleks yang lebih baik ialah mesin


yang mempunyai ciri lestari. Apakah ciri-ciri
mesin lestari?

Tahan lama Tidak mudah rosak

Menguntungkan Mudah dan selamat

Tidak beri kesan buruk pada alam sekitar

Boleh murid-murid beri


contoh mesin kompleks
berciri lestari?
CikguAzila

MESIN LESTARI

Basikal ialah contoh mesin lestari kerana


basikal mudah digunakan dan tidak
memerlukan bahan api fosil untuk
menggerakkannya. Oleh itu basikal tidak
akan mencemarkan alam sekitar.

Skru
Roda dan gandar

Gear
Nama : _____________ Kelas :__________
Jawab semua soalan.
1. Tuas ialah satu contoh mesin ringkas yang
terdiri daripada _________, ___________
dan ___________.

2. Labelkan kedudukan beban, fulkrum


dan daya pada mesin ringkas di bawah.

3. Senaraikan 7 jenis mesin ringkas.


________________ _______________
________________ _______________
________________ _______________
________________

4. Apakah mesin ringkas yang sesuai digunakan


untuk mengangkat atau menurunkan beban?
____________________________________
CikguAzila
Nama : _____________ Kelas :__________
Jawab semua soalan.

1. Namakan mesin ringkas berikut.

a) Alat yang terdiri daripada roda yang


dipasang pada sebatang rod yang dinamakan
gandar.
_________________________
b) Alat yang terdiri daripada bahagian roda
yang bergerigi.
_________________________
c) Alat yang runcing pada satu hujung dan
digunakan untuk memotong serta memegang
dan memberhentikan sesuatu objek.
__________________________

2. Namakan mesin ringkas yang terdapat pada


objek di bawah.

a) ____________ b) ___________

CikguAzila
Nama : _____________ Kelas :__________
Jawab semua soalan.
1. Apakah maksud mesin kompleks?
____________________________________
____________________________________

2. Senaraikan mesin ringkas yang terdapat pada


objek di bawah.
______________
______________
______________

3. Label mesin ringkas yang terdapat pada mesin


lestari di bawah.

4. Basikal ialah satu contoh mesin lestari?


Mengapa?
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________

CikguAzila

You might also like