Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 36

951001-12-5838

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 PENGENALAN 4-5

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 6

4.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN 7-10

4.1 DAERAH TAWAU

4.2` SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK, TAWAU

5.0 KAEDAH KAJIAN 11-12

5.1 PEMERHATIAN

5.2 TEMUBUAL

5.3 RUJUKAN

6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 13-25

6.1 ANALISIS MENGENAI BENTUK-BENTUK CERUN YANG


TERDAPAT DI SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK,
TAWAU.

6.2 ANALISIS MENGENAI PROSES KEGAGALAN CERUN YANG


BERLAKU DI SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK,
TAWAU.

6.3 ANALISIS MENGENAI FAKTOR BERLAKUNYA


KEGAGALAN CERUN DI SEKOLAH MENENGAH ST.
PATRICK, TAWAU.

6.3.1 Faktor Fizikal

6.3.2 Faktor Manusia

1
951001-12-5838

6.4 ANALISIS MENGENAI KESAN KEGAGALAN CERUN


TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL DAN
PERSEKITARAN MANUSIA DI SEKOLAH MENENGAH ST.
PATRICK, TAWAU.

6.4.1 Kesan Kegagalan Cerun Terhadap Persekitaran Fizikal

6.4.2 Kesan Kegagalan Cerun Terhadap Persekitaran Manusia

6.5 LANGKAH-LANGKAH YANG SESUAI UNTUK


MENSTABILKAN CERUN

6.5.1 Kestrukturan

6.5.2 Pemulihan Cerun

7.0 KESIMPULAN 26-27

8.0 SENARAI RUJUKAN 28

9.0 LAMPIRAN 29-36

2
951001-12-5838

1.0 PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana atas limpah
kurnianya saya dapat menyelesaikan kajian ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau, Encik
Tung Yow Choi kerana memberikan kebenaran kepada kumpulan saya untuk
menjalankan kajian lapangan di kawasan sekolah.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Edwin Sauragal
selaku penyelia saya dia atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk
ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Segala teguran serta
tunjuk ajar beliau amatlah dihargai.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


semua guru-guru di Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau yang telah banyak
memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Basri bin
Nusu dan Puan Saloma Gindara serta keluarga kerana banyak memberi sokongan
moral dan kewangan serta semangat yang kukuh kepada saya.

Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi terutamanya ahli-ahli


kumpulan saya Nabilah Amalina, Nursadimah, Azlin Shahirah, dan Mohd Qusyairi
serta rakan seperjuangan di Tingkatan Enam Atas Integriti, terima kasih kerana sudi
membantu. Jasa anda semua amat dihargai.

3
951001-12-5838

2.0 PENGENALAN

Kegagalan cerun merupakan salah satu fenomena yang kerap berlaku di


Malaysia. Ia merupakan satu fenomena di mana cerun turun secara tiba-tiba dan
seterusnya meninggalkan kesan buruk terhadap keselamatan nyawa, harta benda dan
juga kesan jangka panjang terhadap pencemaran alam sekitar. Kebanyakan kegagalan
cerun berlaku di lereng-lereng cerun dan sering kali tercetus oleh air larian
permukaan. Antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan cerun ialah rupa
bentuk muka bumi di Malaysia yang berbukit-bukau di mana terdapatnya cerun-cerun
yang curam dan kritikal. Menurut kajian Program Geologi Fakulti Sains dan
Teknologi(2007), faktor yang berpotensi menyumbang kepada hakisan tanah boleh
dibahagikan kepada faktor alam dan faktor manusia. Faktor-faktor alam adalah
berkait dengan jenis bahan dan ketebalan, geomorfologi, pemendakan, dan
pemototongan cerun. Faktor-faktor manusia termasuk pengubahsuaian cerun, puncak
cerun overloading, pengubahsuaian saliran, dan pemindahan tumbuh-tumbuhan.
Kegagalan cerun berlaku sekiranya daya gangguan yang mendorong kepada
pergerakan di sepanjang mana-mana permukaan cerun melebihi daya rintangan ricih
yang menahan pergerakan cerun. Keadaan persekitaran seperti cuaca, topografi serta
tumbuhan mempunyai hubungkait rapat terhadap punca-punca berlakunya kegagalan
cerun.

Salah satu kegagalan cerun yang pernah berlaku di Malaysia ialah kegagalan
cerun yang berlaku pada 6 Disember 2008 di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.
Kegagalan cerun tersebut telah menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda
yang melibatkan lebih daripada 20 rumah penduduk telah ranap dan lebih daripada
2000 orang pula terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Kejadian itu
ditafsirkan terjadi akibat sifat tanah yang mempengaruhi kestabilan cerun dimana
struktur tanah berpasir akan meningkatkan tahap keporosan tanah dan kemudiannya
meningkatkan kadar penyusupan semasa hujan lebat dan akhirnya mencetuskan
berlakunya kegagalan cerun. Kekuatan cerun tidak dapat mengawal dan menyokong
kekuatan tapak bagi perumahan di Bukit Antarabanga tersebut akibat hujan yang
berterusan dan menyebabkan sejumlah bahan bumi dan beberapa rumah penduduk

4
951001-12-5838

yang terlibat runtuh di sepanjang cerun dan dilonggokkkan ke beberapa ratus meter
daripada tempat asalnya. (Muhammad Barzani Gasim et al, 2011)

Oleh itu, fenomena kegagalan cerun ini seharusnya dielakkan dan usaha-usaha
untuk mengatasi masalah dan langkah-langkah keselamatan harus dilakukan. Hal ini
kerana fenomena kegagalan cerun ini menyebabkan kerugian, kehilangan nyawa dan
kerosakan harta benda.

5
951001-12-5838

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat lima objektif kajian dalam menjalankan kajian dan kajian yang
dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun :

i. Mengkaji bentuk-bentuk cerun yang terdapat di Sekolah Menengah St.


Patrick, Tawau.
ii. Mengenalpasti proses kegagalan cerun yang berlaku di Sekolah Menengah St.
Patrick, Tawau.
iii. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya kegagalan cerun di Sekolah
Menengah St. Patrick, Tawau.
iv. Menghuraikan kesan-kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan
manusia di Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau.
v. Menghuraikan langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di
Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau.

6
951001-12-5838

4.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian yang saya pilih ialah di Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau,
Sabah. Tujuan saya memilih lokasi ini adalah kerana tempat tersebut berdekatan dan
merupakan tempat persekolahan saya. Selain itu, usaha untuk mendapatkan maklumat
dan data dapat dilakukan dengan mudah.

4.1 DAERAH TAWAU

Tawau merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah.
Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan
Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh
500km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Tawau dan laut melalui Pelabuhan
Tawau. Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506
hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta
dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan. Peta 1 menunjukkan peta
daerah Tawau.

Petunjuk :

Daerah Tawau

20m
100ft

Peta 1 : Peta Sabah


Sumber: Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Tawau

7
951001-12-5838

4.2 SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK, TAWAU

Kawasan kajian yang dipilih ialah di Sekolah Menengah St. Patrick Tawau.
Jarak Sekolah Menengah St. Patrick daripada pusat bandar Tawau ialah kira-kira 4
km. Masa perjalanan dari bandar Tawau ke kawasan kajian ialah antara 15 hingga 20
minit dengan menggunakan kenderaan darat.

Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau merupakan sebuah sekolah cemerlang


yang telah ditubuhkan sejak tahun 1917, dan telah diasaskan oleh Rev W. Newmarch
pada tahun 1954. Sekolah ini telah memainkan dan memberi sumbangan yang besar
dalam bidang pendidikan dalam melahirkan anak didik dan masyarakat berjaya
selaras dengan visinya, ‘Menjadi sekolah pilihan untuk kecemerlangan dalam semua
bidang.’ (n.n, n.d, History Of The Origin And Growth Of St. Patrick’s Secondary
School, Tawau.)

Salah satu ciri fizikal yang terdapat di kawasan kajian ialah berbukit-bukau.
Bentuk muka buminya juga beralun dan mempunyai jenis tanah laterit. Bentuk muka
bumi di Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau berbukit-bukau dan beralun
disebabkan kawasan tersebut dahulunya merupakan ladang getah. Di samping itu,
hutan sekunder turut termasuk dalam ciri fizikal yang terdapat di Sekolah Menengah
St. Patrick, Tawau. Kawasan hutan tersebut sering digunakan bagi menjalankan
projek kerja kursus pertanian seperti pembuatan kompos dan tapak penanaman sayur-
sayuran.

Antara ciri budaya yang terdapat di sekitar kawasan kajian pula ialah jalan
raya, tandas, dewan sekolah, padang, bangunan sekolah, tempat letak kereta, kolam
buatan manusia, taman herba, pondok, dan beberapa pondok telefon. Sekolah ini
mempunyai tiga blok bangunan iaitu Blok Bayu, Blok Mega dan Blok Suria. Terdapat
juga kawasan perumahan di sekitar kawasan sekolah. Selain itu, kawasan kajian iaitu
Sekolah Menengah St Patrick terletak di antara Sekolah Menengah Kebangsaan
Kuhara, Tawau dan Sekolah Kebangsaan St Patrick. Tawau.

8
951001-12-5838

Petunjuk :

Sekolah
Menengah
St. Patrick
Tawau

Peta 2 : Peta Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau


Sumber : Laman Web Google Maps. (https://www.maps.google.com.my)

Foto 1 : Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau


Sumber : Laman web rasmi Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau.

9
951001-12-5838

Foto 2 : Kawasan cerun yang dikaji.


Sumber : Kajian Lapangan 2013

10
951001-12-5838

5.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat empat kaedah kajian yang digunakan dalam usaha menjalankan


kajian ini. Antaranya ialah kaedah pemerhatian, temu bual, rujukan perpustakaan dan
laporan sedia ada. Kesemua kaedah kajian ini digunakan adalah untuk mendapatkan
maklumat dan data-data mengenai kajian yang dijalankan.

5.1 PEMERHATIAN

Kaedah kajian yang digunakan dalam usaha menjalankan kajian ilmiah ini
ialah kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian adalah satu cara yang menfokus
dalam sesuatu maklumat atau masalah untuk mengetahui atau menyelesaikan masalah
tersebut dalam keadaan kefahaman. Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang
merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data
selain temubual.

Saya telah menjalankan kaedah pemerhatian untuk melihat situasi dan keadaan
sebenar lokasi tanah runtuh di kawasan kajian. Kaedah ini saya gunakan untuk
melihat perubahan-perubahan yang berlaku akibat tanah runtuh yang pernah berlaku
dan langkah-langkah yang diusahakan untuk membaik pulih cerun tersebut.

5.2 TEMU BUAL

Kaedah temubual pula digunakan untuk memperoleh maklumat berkaitan


pendapat atau pandangan seseorang. Temubual adalah salah satu kaedah kajian yang
amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat
kajian secara mendalam. Kaedah temubual ini saya gunakan untuk menebual
pengetua Sekolah Menengah St. Patrick iaitu En. Tung Yow Choi mengenai kejadian

11
951001-12-5838

tanah runtuh yang pernah berlaku di kawasan cerun di Sekolah Menengah St Patrick,
Tawau.

Di samping itu, temu bual ringkas turut saya lakukan bersama 7 orang
responden yang telah berkhidmat di Sekolah Menengah St. Patrick lebih daripada 8
tahun.

5.3 RUJUKAN

Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat melalui sumber rujukan


seperti kamus, buku-buku, jurnal, dan majalah serta melalui data sedia ada.

5.3.1 Rujukan Perpustakaan

Rujukan perpustakaan yang saya gunakan ialah meliputi sumber rujukan


seperti kamus, buku-buku rujukan, dan buku ilmiah. Kaedah rujukan perpustakaan
meliputi usaha-usaha pengumpulan sumber-sumber bertulis untuk mendapatkan
maklumat tentang kajian ini.

5.3.2 Data Sedia Ada

Data sedia ada telah saya dapati daripada Laporan Kepimpinan melalui
Perkhidmatan, Sejarah Pertumbuhan Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau. Saya
telah menggunakan maklumat ini bagi mendapatkan lebih banyak maklumat
mengenai kajian saya. Di samping itu, data sedia ada yang berbentuk peta dan gambar
rajah diperolehi daripada laman web rasmi Majlis Perbandaran Tawau dan laman
sesawang Google.

12
951001-12-5838

6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.1 ANALISIS MENGENAI BENTUK-BENTUK CERUN YANG


TERDAPAT DI SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK, TAWAU.

Cerun yang dikaji terletak di belakang Blok Mega Sekolah Menengah St.
Patrick, Tawau, iaitu bersebelahan dengan bilik Pengetua Sekolah Menengah St
Patrick, Tawau. Sebelum berlakunya fenomena kegagalan cerun di kawasan kajian,
jenis cerun tersebut merupakan cerun cekung. Kemudian, perubahan pada cerun
berlaku setelah kejadian tanah runtuh dan menyebabkan cerun tersebut berubah
menjadi cerun komposit.

6.1.1 CERUN CEKUNG

Lukisan 1(A) menunjukkan lukisan pembentukan cerun cekung sebelum


berlakunya tanah runtuh.

Cerun cekung memperlihatkan bentuk cekung di bahagian atasnya, dan bagi


sesetengah tempat, kecekungan tersebut mungkin disebabkan oleh proses-proses
perlonggokan. Sudut bahagian bawah cerun cekung mungkin juga diperkecilkan
apabila bahan-bahan halus terhakis (Jamaluddin Md. Jahi, 1985). Cerun cekung
memperlihatkan bentuk cekung di bahagian bawahnya. Cerun cekung mempunyai
ciri-ciri seperti mempunyai bahagian tengah yang sedikit termasuk kedalam.

6.1.2 CERUN KOMPOSIT

Lukisan 1(C) menunjukkan lukisan pembentukan cerun komposit setelah


berlakunya kejadian tanah runtuh.

13
951001-12-5838

Cerun komposit merupakan gabungan dari dua jenis profil cerun ataupun lebih
dan adalah jenis yang paling banyak didapati. Jenis-jenis yang biasa terdapat adalah
seperti berikut. Cerun cembung-luruslinear-cekung terdiri daripada cerun cekung di
bahgian bawah sekali. Bagaimanapun, profil seluruh cerun itu adalah agak licin.
Cerun jenis ini sering terdapat di kawasan batu lemah seperti pasir dan lempung. Ada
pula cerun yang terdiri daripada beberapa permukaan bebas dan cerun luruslinerar. Di
kawasan gersang yang terdiri daripada batu hablur keras, cerun komposit mungkin
terjadi. Biasanya, bahagian atas cerun ini merupakan permukaan bebas (melebihi 40°
kecerunannya), bahagian tengah cerun yang dikawal bulder (lebih 25° kecerunannya),
dan bahagian bawah sekali yang merupakan cerun cekung. Bahagian bawah ini
disebut juga pedimen. (Jamaluddin Md Jahi, 1985)

Lukisan-lukisan dibawah menunjukkan bentuk cerun yang terbentuk di lokasi


kajian, Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau.

Lukisan 1(A) - Cerun Cekung.


Sebelum Berlakunya Tanah Runtuh.

Lukisan 1(A) menggambarkan bentuk cerun cekung di lokasi kajian sebelum


berlakunya tanah runtuh. Namun begitu, apabila berlakunya proses tanah runtuh,
struktur tanah di bahagian atas cerun cekung (a) tersebut terjatuh dan tergelongsor ke
bawah (b). Kejadian ini boleh dilihat pada lukisan 1(B), yang menggambarkan proses
berkenaan.

Lukisan 1(B)
Proses Pembentukan Cerun Komposit.

14
951001-12-5838

Setelah berlakunya proses demikian, struktur tanah di bahagian atas cerun (a)
kekal berbentuk cerun cekung. Walau bagaimanapun, akibat kejadian tanah runtuh
yang menyebabkan gelongsoran tanah berlaku maka terbentuknya cerun cembung di
bahagian bawah cerun (b) seperti yang di ilustrasi kan di lukisan 1 (B).

Lukisan 1(C) - Cerun Komposit.


Selepas Berlakunya Tanah Runtuh.

Hasil daripada kejadian tanah runtuh, gabungan antara cerun cekung pada
bahagian atas cerun (a), dan cerun cembung di bahagian bawah (b) merumuskan
bahawa bentuk cerun yang terbentuk setelah berlakunya fenomena tanah runtuh
adalah cerun komposit.

6.2 ANALISIS MENGENAI PROSES KEGAGALAN CERUN YANG


BERLAKU DI SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK, TAWAU.

Gerakan jisim atau tanah runtuh telah berlaku di salah salah sebuah cerun di
Sekolah Menengah St Patrick. Kejadian tersebut terjadi pada bulan Februari pada
tahun 2006. Kegagalan cerun ini berpunca daripada hujan lebat yang turun ketika itu
disebabkan oleh musim tengkujuh.

Titisan dan jatuhan air hujan sama ada secara langsung atau tidak langsung
akan bertindak terhadap permukaan bumi yang terdedah melalui proses tindakan
hidraulik air hujan sendiri. Setiap titisan air hujan ini mempunyai tenaga kinetik dan
tenaga potensi yang tinggi untuk melonggarkan struktur tanih dan mencungkil
partikel-partikel tanih. Air hujan memasuki lapisan tanah atau struktur batuan yang
kemudiannya menghasilkan tekanan hidrostatik. Proses tersebut meningkatkan
tekanan air liang pori dan seterusnya menyebabkan gangguan atau perubahan kepada
kestabilan tanah yang terdapat pada permukaan cerun di samping melemahkan ikatan
butiran tanah. (Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah, 2012)

Seterusnya, air hujan akan menyusup ke ruang rongga pori tanih. Kemasukan
air ke dalam tanih akan meningkatkan capaian luluhawa kimia terhadap batuan di
dalam tanih. Hal ini akan mempercepatkan lagi gerakan jisim. Ini disebabkan oleh
lapisan tanih yang mengalami proses susupan air yang banyak akan melonggar dan

15
951001-12-5838

memberatkan lapisan tanih atas cerun yang menyebabkan cerun menjadi tidak
seimbang. (Marhana Abdul Latif, 2006)

Kemudian, kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan
hilang sifat kohesifnya. Tanah menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke
tempat lain. Pergerakan regolit seterusnya berlaku dari atas cerun ke bahagian bawah
akibat daripada daya tarikan graviti. Kejadian ini dinamakan tanah runtuh atau
runtuhan tanih.

6.3 ANALISIS MENGENAI FAKTOR BERLAKUNYA KEGAGALAN


CERUN DI SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK, TAWAU.

Tanah runtuh ialah pergerakan regolith yang berlaku di cerun yang sangat
curam dan tegak seperti di tebing tinggi, bahu bukit yang telah ditarah atau dipotong,
dan lereng bukit yang telah diteres. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan
kejadian tanah runtuh sama ada dari segi perbuatan manusia atau pun semula jadi.

6.5.1 Faktor Fizikal

(a) Unsur Iklim

Salah satu faktor fizikal berlakunya kegagalan cerun di Sekolah Menengah St.
Patrick ialah faktor hujan. Sebelum kejadian tanah runtuh terjadi di kawasan kajian,
hujan lebat kerap turun pada waktu itu. Air hujan lazimnya memasuki lapisan tanah
atau struktur batuan yang menghasilkan tekanan hidrostatik. Dalam hal ini, ia telah
meningkatkan tekanan air liang pori dan kemudian menyebabkan gangguan kepada
kestabilan tanah pada permukaan cerun dan kekuatan tanah akan berkurangan. Akibat
daripada curahan hujan yang lebat, berat jisim sesuatu cerun bertambah kesan proses
susupan dan larut resap. Akhirnya cerun menjadi tidak seimbang dan menyebabkan
fenomena tanah runtuh berlaku.

16
951001-12-5838

(b) Kecerunan/relief

Seterusnya, faktor lain yang menyebabkan kegagalan cerun berlaku di


kawasan kajian ialah faktor kecerunan/relief. Keadaan cerun yang curam lebih
cenderung untuk mengalami kegagalan cerun. Cerun yang dikaji di kawasan kajian
merupakan cerun cekung dimana bahagian atas cerun adalah curam. Kecerunan amat
penting dalam menentukan kadar hakisan larian air permukaan. Ini kerana geologi
tersebut akan mempengaruhi kadar susupan atau infiltrasi air hujan. Keadaan cerun
yang curam lebih cenderung untuk mengalami hakisan larian air permukaan
berbanding cerun landai yang menggalakkan kadar susupan dan simpanan air bawah
tanah. Selain itu, kadar luluhawa dalaman juga menjadi tinggi di kawasan cerun
curam apabila hakisan larian air permukaan akan mendedahkan batuan di bawahnya
kepada agen-agen luluhawa kimia.

(c) Litupan Tumbuhan

Selain itu, kekurangan litupan tumbuhan selain daripada tanaman tutup bumi
seperti rumput di kawasan kajian telah menyebabkan kadar cegatan silara rendah dan
kadar susupan yang tinggi. Hal ini demikian tumbuh-tumbuhan merupakan pelindung
semulajadi untuk menstabilkan cerun. Daun, batang, dahan dan ranting pokok
berfungsi dalam proses cegatan silara thadap titisan air hujan di mana akar tumbuh-
tumbuhan berperanan untuk menentukan kadar kejeleketan ketara tanah manakala
akar dapat menguatkan sesebuah cerun. Sistem akar yang kompleks akan
mencengkam dan mengikat butir-butir tanah sesebuah cerun daripada dihakis-angkut
daripada diruntuhkan oleh gerakan jisim. Oleh itu, disebabkan kekurangan litupan
tumbuhan telah menyebabkan kejadian tanah runtuh di Sekolah Menengah St. Patrick.

6.5.2 Faktor Manusia

17
951001-12-5838

(a) Sistem saliran dan perparitan yang tidak sistematik

Antara faktor manusia yang menyebabkan kejadian tanah runtuh di Sekolah


Menengah St Patrick ialah sistem perparitan serta sistem pancuran sebagai sistem
saliran dan laluan air yang tidak sistematik.

Pembinaan sistem saliran merupakan salah satu perkara yang paling penting
dalam aspek kestabilan cerun. Sistem saliran yang baik akan dapat menyalurkan air
larian permukaan dan subpermukaan tanah dengan baik. Oleh itu, peranan sistem
saliran bagi permukaan cerun adalah amat penting khususnya pada waktu musim
hujan. Ini kerana kesan daripada aliran air permukaan boleh mewujudkan hakisan
pada cerun dengan membawa tanah menuruni permukaan cerun. Walaupun hujan
lebat, tidak semua air tersebut akan menuruni cerun. Ini kerana sebahagian daripada
air larian permukaan akan diserap oleh tanah dan ini seterusnya akan menambahkan
lagi jumlah kandungan air dalam tanah tersebut. Namun begitu, resapan air tadi akan
menyebabkan pertambahan tekanan air liang dan seterusnya menambahkan tegasan
ricih dalam tanah. Hal ini boleh melemahkan ikatan daya terhadap partikel tanah di
lereng-lereng bukit. Oleh yang demikian, kesan daripada sistem saliran yang tidak
sistematik akan menyumbang kepada masalah kegagalan cerun terhadap sesebuah
kawasan bukit-bukau.

Sistem saliran dan laluan air tidak sistematik di mana curahan air berlaku dan
curahan air tersebut menimpa permukaan cerun di kawasan kajian. Dengan kehadiran
air, kekuatan tanah akan berkurangan. Air curahan tersebut memasuki lapisan tanah
yang menghasilkan tekanan hidrostatik. Kehadiran tekanan ini akan menyebabkan
kegagalan cerun. Kehadiran tekanan ini adalah disebabkan perbezaaan sifat fizikal
dan sifat kimia antara dua lapisan tanah yang berdekatan. Aras air bumi dalam tanah
juga mempengaruhi kestabilan cerun. Lebih tinggi aras air bumi dalam tanah
menyebabkan tanah lebih lembut. Keadaan ini akan mengakibatkan cerun lebih
mudah untuk mengalami kegagalan.

18
951001-12-5838

(b) Berat dan muatan cerun

Seterusnya, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Sekolah Menengah St.


Patrick, Tawau juga dipercayai demikian berat dan isi struktur muatan yang
ditanggung oleh cerun. Dimana, secara umumnya memang telah diketahui bahawa
aktiviti pembinaan di kawasan bukit adalah tidak digalakkan kerana tanah hakisan
mudah berlaku dan boleh menyebabkan berlakunya risiko gerakan jisim. Oleh itu,
disebabkan pembinaan yang dijalankan di Sekolah Menengah St. Patrick adalah di
kawsan berbukit bukau, muatan jisim yang semakin bertambah disebabkan tanah
cerun tidak dapat menampung berat muatan. Tambahan pula, dengan musim hujan
lebat, menyebabkan tanah cerun menjadi tepu dan longgar dan kemudian ditarik oleh
tarikan graviti dan akhirnya menyebabkan fenomena tanah runtuh.

6.4 ANALISIS MENGENAI KESAN KEGAGALAN CERUN TERHADAP


PERSEKITARAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN MANUSIA DI
SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK, TAWAU.

Kegagalan cerun yang telah berlaku di cerun yang dikaji di Sekolah Menengah
St. Patrick, Tawau telah memberikan kesan dan impak negatif terhadap persekitaran
fizikal dan persekitaran manusia.

6.4.1 Kesan Kegagalan Cerun Terhadap Persekitaran Fizikal

(a) Kerosakan ekosistem geomorfologi

Salah satu kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal ialah kerosakan
ekosistem geomorfologi di kawasan kajian. Akibat daripada kejadian tanah runtuh,
tanaman tutup bumi yang telah ditanam di cerun Sekolah Menengah St. Patrick telah
menggelongsor jatuh ke bawah sebanyak 2 kali. Kejadian ini telah mndedahkan

19
951001-12-5838

permukaan cerun Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau kepada pelbagai proses
geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, larian air permukaan yang meningkat dan
deras serta pelbagai jenis gerakan jisim berisiko berlaku. Permukaan cerun telah
kehilangan pelindung, daya pengikat, dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok yg
menyebabkan tanah menjadi tidak stabil.

(b) Ketidakstabilan Kitaran Hidrologi.

Selain itu, tanah runtuh di kawasan kajian telah mengakibatkan kitaran


hidrologi mnjadi tidak stabil. Kadar susupan ke dalam tanah akan berkurang dan ini
akan menurunkan paras air di dalam tanah. Hal ini menyebabkan kawasan tadahan air
dan bekalan air kepada storan air bawah tanah terjejas. Kegagalan cerun juga telah
menyebabkan kadar larian air permukaan yang membawa kelodak dan lumpur
kedalam sistem perparitan di Sekolah Menengah St. Patrick yang seterusnya
mnggalakkan kejadian banjir disebabkan sistem perparitan yang tersumbat.

(c) Peningkatan suhu di kawasan setempat.

Seterusnya, fenomena tanah runtuh yang telah membawa segala tanaman tutup
bumi di permukaan cerun Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau menyebabkan
ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari. Hal ini mengakibatkan
pemanasan setempat atau pemanasan mikro demikian lebihan gas karbon dioksida di
atmosfera yang tidak ditukarkan kepada gas oksigen. Tumbuhan hijau yang telah
tertimbus akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan kajian tidak dapat
memainkan peranan untuk menstabilkan kelembapan udara dan menstabilkan suhu
melalui proses transpirasi. Seterusnya, ini akan menyebabkan kurangnya hujan
dikawasan kajian atau mengubah corak hujan kerana kurangnya tumbuhan hijau di
kawasan smsp yg lazimnya berlaku shingga mewujudkan risiko fenomena kemarau.

20
951001-12-5838

(e) Perubahan landskap

Kesan tanah runtuh lain yang berlaku di kawasan kajian terhadap persekitaran
fizikal ialah perubahan landskap. Bencana tanah runtuh akan mengakibatkan
perubahan landskap yang amat ketara kepada permukaan bumi. Keadaan cerun
cekung di kawasan kajian dengan serta merta berubah akibat daripada kegagalan
cerun yang dialami. Permukaan cerun menjadi lebih landai dan telah mengubah
struktur cerun. Di samping itu, aliran lumpur akibat tanah runtuh telah
menenggelamkan tanaman yang telah ditanam di kawasan tersebut.

6.4.2 Kesan Kegagalan Cerun Terhadap Persekitaran Manusia

Kejadian tanah runtuh juga turut memberikan kesan dan impak negatif kepada
persekitaran manusia. Salah satu kesan tanah runtuh kepada alam sekitar manusia
ialah mengakibatkan kerosakan terhadap infrastruktur di sekililing kawasan tanah
runtuh. Contohnya, timbunan tanah hasil daripada aliran lumpur yang berlaku akibat
kejadian tanah runtuh tersebut telah mengakibatkan sedikit kerosakan terhadap
infrastruktur gelanggang bola keranjang sekolah. Gelanggang bola keranjang tersebut
terletak berhampiran dengan cerun yang dikaji iaitu terletak berdekatan dengan tapak
cerun. Selain itu, sistem perparitan yang berdekatan dengan cerun juga turut
mengalami kerosakan yang besar. Dinding sistem perparitan tersebut telah musnah
akibat runtuhan tersebut dan kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan. Foto 1
menunjukkan kerosakan infrastruktur yang berlaku.

21
951001-12-5838

Foto 3 : Kerosakan infrastruktur


Sumber : Kajian Lapangan 2013

Akibatnya, pihak sekolah terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang


banyak untuk membina semula sistem perparitan dan membaiki kerosakan di
gelanggang bola keranjang sekolah. Kegagalan cerun yang berlaku telah
mendatangkan kos yang banyak untuk membiayai segala langkah untuk mengawal
keruntuhan tanah tersebut. Ianya telah memakan belanja sebanyak RM 160,00. Wang
pembiayaan ini telah dikumpulkan melalui wang Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG), dermaan daripada guru-guru dan ibu bapa serta orang ramai. Selain itu,
banyak aktiviti telah dijalankan bagi mengumpulkan dana untuk membiayai langkah
penambahbaikan seperti Pesta Ria.

6.5 LANGKAH-LANGKAH YANG SESUAI UNTUK MENSTABILKAN


CERUN

Disebabkan kejadian tanah runtuh yang terjadi telah menyebabkan kesan dan
impak negatif kepada persekitaran fizikal dan manusia, langkah-langkah untuk
menstabilkan cerun telah dilakukan. Menurut hasil temubual pengetua Sekolah
Menengah St. Patrick, beliau telah menghubungi konsultan bangunan sekolah En.
Chris Chew untuk berbincang mengenai langkah untuk mengatasi krisis pada hari

22
951001-12-5838

kejadian tanah runtuh tersebut. Hal ini disebabkan, tindakan mengawal kestabilan
cerun perlu diambil dengan kadar yang segera.

6.5.1 Kestrukturan

Antara langkah kestrukturan awal yang dijalankan ialah permukaan cerun


yang mengalami kegagalan cerun tersebut telah ditutup menggunakan sungkupan
plastik dan kanvas. Langkah ini hanya bersifat sementara dan bertujuan untuk
mengelakkan runtuhan tanah menjadi semakin teruk. Air hujan tidak akan jatuh ke
atas tanah sebaliknya akan jatuh terlebih dahulu ke atas sungkupan plastik tersebut
dan seterusnya mengalir ke bawah. Keadaan ini akan menjadikan struktur tanah lebih
stabil. Langkah ini telah menelan belanja sebanyak RM 10 000.

Langkah yang seterusnya ialah pembinaan benteng. Benteng penahan dibina di


kaki cerun yang tidak stabil dan mempunyai risiko untuk runtuh atau mendap. Kaki
cerun yang dipotong dan ditarah distabilkan dan diperkuatkan dengan sokongan
buatan manusia bagi mengelakkan runtuhan secara besar-besaran. Benteng tersebut
diperbuat daripada sangkar dawai yang diisi batu konkrit atau dikenali sebagai gabion.
Pembinaan gabion tersebut memakan belanja sebanyak RM 40 000.

Selepas pembinaan gabion, pihak kontrator telah memasang piling yang


menggunakan kayu bakau sebelum pembinaan teres dijalankan. Pemasangan piling
tersebut telah memakan kos sebanyak RM 35 000. Kemudian, pihak sekolah telah
membina tembok yang mengambil masa selama 6 bulan untuk siap dibina dan ianya
telah memakan kos sebanyak RM 100 000. Pembinaan tembok di kawasan kaki cerun
adalah bertujuan untuk menahan pergerakan tanah. Tembok tersebut dibina daripada
bahan yang kukuh seperti simen dan konkrit.

Langkah kestrukturan yang lain ialah pembinaan sistem perparitan dan


pancuran yang sistematik. Pembinaan sistem perparitan dan pancuran yang baik akan
dapat menyalurkan air larian permukaan dan subpermukaan tanah dengan baik.

23
951001-12-5838

Foto 4 : Pemasangan Sungkupan plastic dan kanvas


Sumber : Kajian Lapangan 2013

6.5.2 Pemulihan Cerun

Bagi langkah pemulihan cerun pula, pihak sekolah telah menjalankan langkah-
langkah seperti penanaman rumput atau tanaman tutup bumi di kawasan cerun yang
mengalami kegagalan cerun. Penanaman rumput atau tanaman tutup bumi merupakan
kaedah yang paling mudah dilaksanakan di cerun-cerun. Selain menstabilkan cerun,
rumput yang ditanam juga mampu menghalang hakisan tanah di samping
mengurangkan kelajuan air larian permukaan.

Pihak sekolah juga telah menanam pokok-pokok pelindung di kawasan cerun


tersebut. Pokok pelindung ditanam secara kekal di atas permukaan cerun bukit agar
proses kestabilan cerun semula jadi dapat terpelihara. Antara tumbuhan dan tanaman
yang ditanam ialah rumput, pokok-pokok bunga, dan pokok-pokok renek. Tumbuhan-
tumbuhan tersebut berperanan untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun
sekaligus mengurangkan pergerakan jisim.

24
951001-12-5838

Foto 5 : Tanaman yang ditanam di permukaan cerun


Sumber : Kajian Lapangan 2013

25
951001-12-5838

7.0 KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kegagalan cerun yang berlaku di kawasan
kajian iaitu Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau. Berdasarkan hasil dapatan kajian,
bentuk cerun yang dikaji di kawasan kajian sebelum kejadian tanah runtuh ialah cerun
cekung. Cerun tersebut kemudiannya berubah menjadi cerun komposit setelah
fenomena kegagalan cerun berlaku.

Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti proses kegagalan
cerun yang berlaku di kawasan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan proses
kegagalan cerun mempunyai unsur-unsur yang berkait seperti air hujan, susupan,
ketepuan tanih dan tarikan graviti. Unsur-unsur tersebut merupakan urutan proses
kegagalan cerun atau tanah runtuh berlaku.

Di samping itu, kajian ini juga mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan


berlakunya kegagalan cerun di kawasan kajian. Berdasarkan hasil dapatan yang
diperoleh terdapat beberapa faktor fizikal dan faktor manusia yang boleh
menyebabkan berlakunya tanah runtuh di kawasan kajian. Faktor fizikal adalah
seperti unsur iklim, kecerunan dan litupan tumbuhan. Manakala faktor manusia pula
meliputi faktor seperti sistem saliran dan perparitan yang tidak sistematik dan faktor
berat dan muatan cerun.

Dapatan kajian juga mendapati terdapat kesan kegagalan cerun terhadap


persekitaran fizikal dan persekitaran manusia di kawasan kajian. Antara kesan
kegagalan cerun tersebut ialah kerosakan ekonomi geomorfologi, ketidakstabilan
kitaran hidrologi, peningkatan suhu setempat, perubahan landskap, kerosakan
infrastruktur dan masalah ekonomi. Impak daripada kejadian tanah runtuh tersebut
telah memberikan kesedaran kepada pihak sekolah untuk lebih peka terhadap keadaan
fizikal bentuk muka bumi yang berkemungkinan akan mengalami pergerakan jisim.

Tidak dinafikan kejadian tanah runtuh berlaku secara semula jadi dan
demikian langkah-langkah untuk menstabilkan cerun telah pun diusahakan. Melalui
hasil dapatan kajian, pihak sekolah telah menjalankan langkah-langkah untuk
menstabilkan cerun di kawasan kajian. Langkah-langkah tersebut meliputi langkah
kestrukturan dan pemulihan cerun. Hal ini demikian untuk mengelakkan berlakunya

26
951001-12-5838

semula kegagalan cerun. Semua pihak haruslah mengambil peranan masing-masing


dalam mengatasi segala masalah kejadian kegagalan cerun ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah mengamalkan amalan ‘sediakan


payung sebelum hujan’ bagi mengelakkan kejadian-kejadian tanah runtuh. Selain itu,
ilmu juga amat penting bagi memupuk kesedaran dalam kalangan setiap individu
tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

27
951001-12-5838

8.0 SENARAI RUJUKAN

8.1 BUKU

1. Jamaluddin Md Jahi, 1985, Pengantar Gemorfologi Fizikal, Bangi : Universiti


Kebangsaan Malaysia.
2. Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah. 2012, Teks PRA-U STPM
Geografi Penggal 1, Selangor : Pearson Malaysia

8.2 ATLAS

1. Atlas, Negeri Sabah, dimuat turun daripada Laman Web Rasmi Majlis
Perbandaran Tawau. (https://www.mpt.sabah.gov.my)
2. Atlas, Peta Sekolah Menengah St. Patrick, Tawau, dimuat turun daripada
Laman Web Google Maps. (https://www.maps.google.com.my)

8.3 LAPORAN

1. n.n, n.d, History Of The Origin And Growth Of St. Patrick’s Secondary
School, Tawau.
2. Marhana Abdul Latif, 2006. Penentuan kestabilan cerun disebabkan oleh
penyusupan hujan. Laporan Projek Sarjana Muda, Johor Bahru : Universiti
Teknologi Malaysia.
3. Muhammad Barzani Gasim, Sabihin Abd. Rahim, Mohd. Ekhwan Toriman
dan Diyana Ishnin, 2011. Kegagalan Cerun Di Bukit Antarabangsa, Ampang,
Selangor Dan Hubungannya Dengan Sifat Fizik Tanah, Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.

28
951001-12-5838

29
951001-12-5838

30
951001-12-5838

LAMPIRAN 2 – TEMU BUAL BERSAMA PENGETUA

Q: Bilakah berlakunya gerakan jisim di cerun Sm. St. Patrick?

A: Kalau tak silap saya, ianya berlaku pada bulan Febuari 2006.

Q: Pada pendapat Tuan, apakah sebab yang menyebabkan keberlakuan gerakan jisim
tersebut?

A: Faktor utamanya adalah disebabkan air hujan. Di mana, bulan Febuari 2006
merupakan musim hujan yang sangat lebat. Selain itu, sistem perparitan sekolah
yang tidak sistematik, serta sistem pancuran sebagai sistem saliran dan laluan
air turut merupakan antara faktor yang menyebabkan keberlakuan gerakan
jisim tersebut.

Q : Adakah langkah penambahbaikan untuk mengawal gerakan jisim demikian


dilakukan dengan segera?

A : Tentu sekali. Saya telah menghubungi Consultan bangunan sekolah, En.


Chris Chew, untuk berbincang mengenai langkah untuk mengatasi krisis ini
pada hari tersebut juga.

Q : Oleh itu, apakah langkah penambahbaikan, kos, serta tempoh diperlukan bagi
mengawal gerakan jisim?

A : Langkah pertama yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah


menggunakan sungkupan plastik yang berwarna putih, dan seterusnya yang
berwarna biru. Ianya mengambil kos sebanyak Rm 10,000.

Kami juga telah menggunakan gabion sementara menunggu pembinaan tembok


yang memakan belanja sebanyak RM 40,000.

Selepas itu, sebelum pembinaan teres, pihak kontrakter telah memasang piling
yang menggunakan kayu bakau yang mengambil kos sebanyak RM 35,000.

Di samping itu, sekolah telah membina tembok yang mengambil masa selama 6
bulan untuk siap dibina. Ianya memakan kos sebanyak RM 100,000.

Pembinaan sistem perparitan dan pancuran yang sistematik turut dibina. Akhir
sekali, langkah pemeliharaan landskap seperti menanam tanaman tutup bumi
turut dilaksanakan sebagai langkah untuk mengawal gerakan jisim.

Q : Apakah masalah yang dihadapi dalam tempoh pembinaan langkah-langkah


pengawalan gerakan jisim?

A : Masalah yang sering timbul pada tempoh demikian adalah isu wang. Di
mana, kami mengalami masalah ketidakcukupan wang bagi segala pembinaan
yang telah dirancangkan oleh Consultan dan kontrakter sekolah.

31
951001-12-5838

Selain itu, pada langkah permulaan, iaitu, penggunaan sungkupan atau


kanvas, iainya tidak tahan lama kerana mengalami proses pereputan akibat
cahaya matahari.

Q : Apakah kesan gerakan jisim yang dialami kepada pihak sekolah?

A : Tentunya, gerakan jisim ini telah mendatangkan kos yang banyak untuk
membiayai segala langkah untuk mengawal gerakan jisim, di mana ianya
memakan belanja sebanyak RM 160,000.

Selain itu, landskap sekolah juga turut berubah. Hal ini kerana, aliran
lumpur ini telah meneggelamkan tanaman yang telah ditanam di kawasan
kejadian. Contohnya, timbunan tanah daripada aliran lumpur ini telah sedikit
merosakkan infrastruktur gelanggang bola keranjang sekolah.

Namun demikian, kesan psikologi seperti fobia dan kehilangan nyawa


langsung tidak dialami oleh pihak sekolah.

Q : Bagaimanakah wang bagi pembiayaan langkah pengawalan gerakan jisim ini


dikumpulkan?

A : Wang pembiayaan ini telah dikumpulkan melalui wang PIBG, dermaan


daripada guru-guru dan ibu bapa serta orang ramai. Banyak aktiviti telah
diasaskan seperti Pesta Ria bagi mengumpulkan dana bagi membiayai langkah
penambahbaikan.

32
951001-12-5838

LAMPIRAN 3 – FOTO DAPATAN KAJIAN

Foto 6 : Kejadian tanah runtuh pada peringkat awal.

33
951001-12-5838

34
951001-12-5838

Foto 7 : Tindakan segera yang di ambil untuk menstabilkan kejadian tanah runtuh

35
951001-12-5838

36

You might also like