Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1.

0 PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

          Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.

          Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, En. Khalid Bin Mohd Shah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

          Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kajian dokumen ini. Mereka
telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

          Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

          Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembuatan kajian dokumen ini.Terima kasih.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang perlu dicapai iaitu untuk mengetahu sejarah
penggubalan Hukum Kanun Melaka dan tujuan digubal.

Selain daripada itu, kajian ini juga untuk mengetahui kandungan perlembagaan 44 Fasal
Hukum Kanun Melaka.

Objektif seterusnya ialah, untuk mengetahui kesan perlembagaan kepada negeri Melaka
dari aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial.

Objektif terakhir ialah untuk mengetahui kepentingan perlembagaan dan undang-undang


kepada rakyat dan negara.
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

3.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG 5-6

- Sejarah penggubalan Hukum Kanun Melaka dan tujuan digubal


4.0 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN 7-10

- 44 Fasal Hukum Kanun Melaka

5.0 KESAN PERLEMBAGAAN KEPADA NEGERI MELAKA DALAM BIDANG 11-13


PENTADBIRAN
6.0 PENUTUP 14-16

- Kepentingan perlembagaan atau undang-undang kepada rakyat untuk


kesejahteraan bangsa dan negara
7.0 LAMPIRAN 17-18

8.0 RUJUKAN 19
3.0 PENGENALAN

LATAR BELAKANG / SEJARAH


Undang-undang Melaka yang lebih dikenali dengan Hukum Kanun Melaka. Dalam Bahasa
Arab ia dipanggil Risalat Hukum Kanun. Undang-undang ini merupakan undang-undang
tradisional yang tertua di negara ini.

Hukum Kanun Melaka merupakan peraturan yang tidak bertulis. Menurut pandangan Dr
Mohd Yusoff Hashim, Hukum Kanun Melaka pada mulanya dijalankan pada masa
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah pada tahun (1446M -1456M) tetapi ia baru ditulis dan
disusun secara teratur pada pemerintahan Sultan Mahmud Syah pada tahun (1489M –
1511M).

Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal yang menyentuh tentang

 bidang kuasa raja dan pembesar,


 pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat,
 hukuman terhadap kesalahn jenayah awam dan undang-undang Melaka

Dalam Hukum Kanun Melaka juga, sedikit sebanyak menyentuh tentang hukum hukum
Islam seperti Hukum Hudud.

TUJUAN PENGGUBALAN HUKUM KANUN MELAKA

Hukum Kanun Melaka digubal untuk perkara-perkara berikut:

 Menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu


Melaka.
 Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin
keselamatan rakyat. Setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal contoh
Nya kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh.
 Menjadi sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu.
Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut undang-
undang negara. Tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan
masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan
yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi
hukuman awam atau undang-undang awam yang menyentuh perkara-perkara
seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan hamba. Selain itu, terdapat juga
hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh dan menikam
orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja
dan menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap dalam
hukum kanun melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna
dalam menjalankan pemerintahan kerajaan.
 Berperanan sebagai menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur
Pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar
Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan
pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan
larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan
syahbandar dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran,
memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah
pastinyameningkatkan mutu dan produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka
dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka.
 Mempertahankan sistem sosial dengan membezakan keistimewaan golongan raja
dengan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh
jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa
terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri,
maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu
tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan
rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi
memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka
diadakan pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud
jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan raja.
Misalnya, raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian
nipis, keris berhulu emas.Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut
kecuali dianugerahkan oleh Raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba
terpelihara. Buktinya, sebahagian Daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum
Kanun Melaka menjelaskan tentang Undang-undang perhambaan. Undang-undang
ini memperakukan kedudukan hamba Abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti
barang, tetapi mempunyai hak yang tertentu.
 Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan institusi beraja di Melaka,
Mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan yang telah termaktub ini
Sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik melibatkan
Golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba.
4.0 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

 Tanggungjawab raja dan pembesar


 Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
 Undang – undang keluarga
 Hukuman kesalahan awam dan jenayah
 Permasalahan ibadat dan muamalat
 Hukum perhumaan

Jadual di bawah menunjukkan 44 Fasal yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.
5.0 KESAN PERLEMBAGAAN KEPADA NEGERI MELAKA DALAM BIDANG
PENTADBIRAN

 Islam dan revolusi budayanya telah membawa perubahan ideologikah yang cukup
mendasar dalam ketatanegaraan Melayu.
 Konsep Raja telah mengalami transformasi makna atau perubahan konseptual
apabila istilah raja itu dirujuk dan dipadankan dengan peristilahan politik Islam seperti
Khalifah,Sultan dan Imam. Raja boleh diertikan sebagai khalifah yang membawa
makna pengganti dan pelanjut pemerintahan nabawi yang berlandaskan Al-Quran,
Al- Hadis dan Al-Ijmak.
 Raja juga diertikan sebagai Sultan yang membawa makna penguatkuasa keadilan
Hukum yang bersumberkan ajaran Allah dan RasulNya. Seterusnya, Raja boleh
Diertikan sebagai imam yang membawa maksud kepemimpinan dan keteladanan.
 Al-Quran dan Al-Sunnah juga merupakan sumber etika kesultanan Melayu zaman
Tradisi. Sumber ini memerlukan nilai-nilai dasar yang memerlukan pemerincian
dalam konteks ruang dan waktu atau realiti zaman dan suasana setempat
 Kerana itulah wujudnya amalan dalam kalangan khalifah-khalifah Islam meminta
para ilmuwan zaman mereka merumuskan kod etika kekhalifahan dalam bentuk
sejumlah nasihat yang perlu dipatuhi oleh para khalifah.
 Tidak dapat dinafikan adanya Raja-Raja dalam sejarah Kesultanan kita
Yang membelakangkan etika, tetapi kejadian tersebut adalah merupakan suatu
penyimpangan dan bukannya arus besar tradisi politik Melayu-Islam.
 Keilmuan adalah kriteria kepemimpinan yang sangat ditekankan oleh Islam.
Keilmuan islam dan kepemimpinan tidak pernah terpisah.
 Para khalifah adalah tokoh-tokoh yang menepati kriteria pemimpin-ilmuwan
Raja juga perlu ada sifat penyayang yang menjadi penambat kasih sayang rakyat
Terhadap raja. Sekiranya raja bersifat kasar, rakyat ketakutan mendorong mereka
Bersikap pura-pura, bermuka-muka dan hipokrit.
 Antara raja dan rakyat perlu wujud hubungan saling sayang-menyayangi. Untuk
Mewujudkan hubungan saling kasih-mengasihi, Nabi Muhammad s.a.w.
Mengingatkan pula tentang tanggungjawab Raja terhadap rakyatnya. Dalam tradisi
Pra-Islam, rakyatlah yang harus mengabdi kepada Raja. Kerja raja dijunjung, kerja
Sendiri dikelek. Tetapi Agama Islam telah mengubah tradisi tersebut dengan
meletakkan tugas melayani rakyat di bahu raja. Kesedaran tentang tanggungjawab
memberi khidmat kepada rakyat itu memang wujud dalam kalangan sebilangan raja
zaman tradisi kesultanan Melayu.
EKONOMI

 Kedatangan Islam hanya memberi suatu kelanjutan terhadap kegiatan ekonomi yang
sedia wujud atau sekurang-kurangnya memberi wajah baru atau konsep serta
matlamat baru dalam aspek perdagangan dan ekonomi masyarakat Nusantara.

 Konsep ekonomi Islam bukanlah semata-mata kebendaan tetapi keredaan Allah.


Oleh itu segala kegiatan ekonomi sentiasa dipengaruhi oleh hukum yang ditetapkan
oleh syarak, sama ada halal atau haram.

 Mereka dilarang melakukan riba, merampas, penipuan dalam jual beli, monopoli
perdagangan dan lain-lain.

 Kekayaan yang didapati hendaklah dikeluarkan zakat dan amal jariah. Itulah Konsep
dan matlamat akhir kebendaan dan kekayaan dalam Islam yang mempengaruhi
masyarakat Nusantara.

SOSIAL

 Beransur-ansur unsur-unsur sosial Islam menyerap ke Nusantara dan dapat


mempengaruhi masyarakat.

 Komunikasi dan interaksi berjalan dengan sempurna, ianya dapat dijalin menerusi
sifat hormat-menghormati, bergotong-royong dan bantu membantu. Dalam Islam
unsur-unsur tersebut amat ditekankan kerana ianya merupakan sebahagian daripada
amal saleh.

 Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan
oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara. Semua ajaran Islam mengandungi
unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep sama taraf
antara manusia di sisi Allah. Semua manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan
Adam a.s.dijadikan dari tanah. Oleh itu yang maha berkuasa ialah Allah, Dialah yang
menjadikan segala makhluk, kemudian mematikan dan akhirnya dihidupkan semula,
kepada-Nya sahaja yang wajib disembah.

 Islam juga menonjolkan unsur-unsur metal fizikal yang berkaitan dengan rukun iman
dan perkara-perkara yang berhubung dengan Sam’iyyat di samping unsur-unsur
Hukum Syarak yang terdiri dari perkara-perkara wajib, sunat, makruh dan harus.

 Unsur-unsur tersebut amat mempengaruhi pemikiran mereka, oleh itu segala


kerjaya dan tindak-tanduk mereka bukan semata-mata didorong oleh kesenangan
duniawi tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah dan pembalasan di akhirat.

 Dalam melakukan sesuatu pekerjaan mereka lakukan secara ikhlas dan


bersungguh- sungguh di samping mengambil kira soal halal atau haram.
Kesimpulannya semua kegiatan yang dilakukan sama ada dari aspek sosial,
ekonomi, politik dan lain-lain adalah berdasarkan pemikiran dan tuntutan agama
Islam.
6.0 PENUTUP
Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang telah dibentuk
dan digubal melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan. Undang-undang bertulis ini diperkenalkan sebagai Perlembagaan
Malaysia pada 16 September1963 iaitu pada Hari Malaysia. Bukan hanya di Malaysia, di
negara lain juga seperti Jerman, Australia, Kanada turut mempunyai perlembagaan
persekutuan, yang membentuk undang-undang tertinggi di negara mereka. Selain
itu, perlembagaan bertulis pertama di dunia telah dirangka dan digubal yang Dikenali
sebagai Piagam Madinah. Ini merupakan rangka kerja penetapan hubungan
antara rakyat dan entiti pemerintah kerajaan negeri yang dipersetujui bersama.
Undang-undang juga menetapkan batas antara kuasa persekutuan dengan badan
eksekutif dan perundangan. Oleh itu, adalah wajar untuk kita mengetahui tentang
kepentingan perlembagaan Malaysia terhadap setiap masyarakat.

Kepentingan Perlembagaan Malaysia yang pertama adalah untuk


mengukuhkan perpaduan antara kaum yang berbilang. Seperti yang kita semua ketahui,
rakyat yang tinggal dinegara kita terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan
agama. Setiap dari diri kita yang berbilang kaum ini mempunyai perbezaan
dari generasi sebelumnya dalam semua aspek seperti kepercayaan,
kebudayaan dan pantang larang. Akan tetapi, datuk dan nenek kita terdahulu
telah berjaya menunjukkan sifat toleransi walaupun hidup dalam masyarakat yang
berbilang pandangan dan pendapat serta hidup dalam kesusahan pada masa itu.
Perkara ini telah mewujudkan masyarakat yang harmoni di negara kita. Dengan adanya
Perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan warganegara terjamin kerana
warganegara Malaysia yang mempunyai bangsa Melayu, Cina dan India mempunyai
hak masing-masing untuk mendapat perlindungan yang setaraf dari pihak
berkuasa seperti polis dan tentera, seterusnya dapat menjamin keselamatan diri
dan negara dari rasisme yang mengancam keselamatan negara. Oleh itu, undang-
undang bertulis ini adalah penting bagi negara untuk memastikan bahawa setiap
Masyarakat menjaga tingkah laku dan bertata tertib serta menghormati hak
masing-masing supaya dapat menjalani kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Aspek penting lain dalam Perlembagaan Malaysia adalah memastikan pentadbiran


dan pemerintahan yang adil dan telus dapat dilaksanakan. Pembentukan Malaysia
melalui kerajaan pusat adalah berdasarkan demokrasi berparlimen. Ini dapat dilakukan
melalui proses pemilihan yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih wakil mereka.
Seterusnya, parti politik yang mempunyai majoriti di parlimen akan membentuk
kerajaan persekutuan dan melaksanakan tugasnya sebagai eksekutif negara.
Menurut Perlembagaan Malaysia, kita juga mempunyai sistem raja
berperlembagaan di mana Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih oleh dewan
pemerintah iaitu Majlis Raja-raja sebagai ketua negara dan mempunyai bidang kuasa
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sistem lima tahun sepenggal
adalah adil dari segi memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berhak untuk
memerintah dan mentadbir negara ke arah menuju kemajuan yang lebih baik dari
sebelumnya. Hasilnya, pertindihan atau perebutan pemerintahan negara oleh
beberapa kelab politik dan kuasa pentadbiran boleh dielakkan dan rakyat juga
dapat menentukan hala tuju politik negara.

Akhir sekali, Perlembagaan Malaysia ini penting kerana dapat menjamin pertumbuhan
dan perkembangan ekonomi negara sekali gus dapat memberi manfaat kepada
masyarakat. Berdasarkan persetujuan yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia, setiap warganegara yang berbilang kaum telah mendapat
peruntukan sama rata dan adil dari segi hak mereka sebagai warganegara dalam aspek
peluang pendidikan, bantuan kerajaan mahupun pekerjaan. Hal ini telah menunjukkan
bahawa undang-undang ini juga telah mengambil kira tentang kebajikan masyarakat
berbilang kaum dari segi hak sosial juga yang berhak dan wajar diperoleh. Polisi dan
dasar-dasar kerajaan yang digubal selaras dengan Perlembagaan Malaysia
haruslah dengan bertujuan untuk menguntungkan rakyat dan mereka dapat mencapai
kesejahteraan dalam hidup. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa negara kita
mempunyai reputasi dan imej yang baik yang dapat menarik perhatian pelabur
dari luar negara untuk melabur di negara kita. Secara tidak langsung, perkara ini
dapat membuka peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan seterusnya dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik. Dapat disimpulkan bahawa jika
negara mempunyai undang-undang yang terbaik dan adil, pemerintah dan rakyat
dapat merangka kemajuan dalam diri, organisasi dan juga negara serta mendapat
manfaat atas hasil usaha bersama yang dilaksanakan.

Perlembagaan Malaysia terhadap negara yang terakhir adalah berperanan dalam


menjaga hak Keistimewaan Orang Asli Sabah Sarawak. Menurut Artikel 153
Perlembagaan Malaysia, hak istimewa ini termasuk jawatan penjawat awam,
biasiswa, kemudahan khas seperti pendidikan dan perdagangan. Sebagai contoh,
bahasa Melayu iaitu bahasa Malaysia telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan
agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan persekutuan. Walaupun sedemikian,
kaum lain bebas mengamalkan agama masing-masing dan harus saling
menghormati antara agama satu sama lain. Sebagaitambahan,kita mempunyai
tonggak negara, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan etika adalah perkara
yang mesti dipatuhi oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, bumiputera mestilah bersyukur dan
memanfaatkan hak istimewa yang diperoleh.
7.0 LAMPIRAN

Gambar 1.0: menunjukkan manuskrip asal Hukum Kanun Melaka

Gambar 2.0: menunjukkan Hukum Kanun Melaka

Gambar 3.0: menunjukkan hukuman yang dikenakan kepada pesalah

Gambar 4.0: menunjukkan hukuman yang dikenakan kepada pesalah


Gambar 5.0: menunjukkan hudud zaman Kesultanan Melayu Melaka
8.0 RUJUKAN

SUMBER INTERNET

https://en.wikipedia.org/wiki/Undang-Undang_Melaka

http://journalarticle.ukm.my/13010/1/29235-89707-1-PB.pdf

https://www.academia.edu/22465351/KERJA_KURSUS_SJHK3013

http://bicaramentari.blogspot.com/2017/01/hud_20.html

https://www.facebook.com/PageEmpatEmpatEnam/posts/kepentingan-hukum-kanun-
melaka-semasa-pemerintahan-kerajaan-kesultanan-melayu-me/2145947325470197/

SUMBER BUKU

Mohd Shariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin dan Ahmad Sohaimi Lazim
(2009).Kenegaraan dan Ketamadunan. Diterbitkan oleh Oxford Fajar Sdn. Bhd. Faridah
Jaafar (2007). Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2995. Diterbitkan oleh
Universiti malaya. Wu Min Aun (1981). Pengenalan kepada Sistem Perundangan Malaysia.
Diterbitkan oleh Heinemann Educational Book (Asia) Ltd. Singapura. Hong Kong.
KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
KUALA LUMPUR

SEJARAH A051001
SEM 1 / 2022

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN 1


KAJIAN DOKUMEN

TAJUK : HUKUM KANUN MELAKA

NAMA NUR ZULAIKHA ZAFIRAH BINTI


EDDY ERWAN
NO KAD 060831-10-0446
PENGENALAN
TAHUN/PROGRAM TAHUN 1 SVM ELEKTRONIK
NAMA PENSYARAH ENCIK KHALID BIN MOHD SHAH

TARIKH HANTAR 13/06/2022

You might also like