Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari
ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung
Suhaili suka makan nasi dan (a)      Suhaili  suka makan
lemak dan mi sup. nasi lemak.
(b)      Suhaili suka makan
mi sup.
Rumah yang besar itu Yang (a)      Rumah itu besar.
rumah Fazli. (b)      Rumah itu rumah
Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa (a)      Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan (b)      Kakaknya akan
pelajaran ke luar negara. melanjutkan pelajaran
ke luar negara.
Dia akan balik ke kampung Apabila (a)      Dia akan balik ke
apabila ada masa lapang. kampung.
(b)      Dia ada masa lapang.

(A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________

2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________

3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________

4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan

itu.  _____________

5. Encik Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________

6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________

7.Cikgu Anita memakai baju batik hari ini. ______________

8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________


9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________

10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)          Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi
supaya menjadi ayat majmuk.

1.     Ayah membaca surat khabar.


Ayah menonton televisyen.                                   sambil
________________________________________

2.    Hanita tinggal di Taman Aman.


Suresh tinggal di Taman Aman                             dan
_________________________________________

3.    Amran melayari internet.


Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk
_________________________________________

4.    Kasut itu berwarna biru.


Kasut itu sangat mahal.                                       yang
_________________________________________

5.    Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila
_________________________________________

6.    Halim kaya.
Halim kedekut.                                                  tetapi
_________________________________________

7.   Murid itu mengetuk pintu.


Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  sebelum
__________________________________________

8.   Ibu memarahi adik.


Adik bermain di tepi longkang.                              kerana
__________________________________________

9.   Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.


Asward tidak sihat.                                             walaupun
__________________________________________

LATIHAN PENGUKUHAN MENCERKIN AYAT (Memisahkan ayat  )


Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah
maksud asalnya.

Tips:
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat
pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal
Contoh 1.

Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.

(i)   Tauke Lim menternak ayam daging


(ii)  Tauke Lim menternak ayam telur

Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.

(i)  Ibu bapa Alia telah bercerai.


(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.

1. Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang


di dapur.

Ayat 1:
Ayat 2:

2. Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia
di Hospital Sungai Buloh petang semalam.

Ayat 1:
Ayat 2:

3.    Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini


kerana mereka sanggup menerima upah lebih rendah.

Ayat 1:
Ayat 2:

4.Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?

Ayat 1: Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara?


Ayat 2:Adakah Encik Amran hendak ke Putrajaya?

5.Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.

Ayat 1:
Ayat 2:

6.  Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji


sahaja.
Ayat 1:
Ayat 2:
9.    Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar
kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1:
Ayat 2:

10. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat


meluangkan masanya untuk bertemu  dengan penduduk setempat.
Ayat 1:
Ayat 2:

11. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan faedah


yang banyak kepada murid-murid.

Ayat 1:
Ayat 2:

12. Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia


tidak dapat disangkal lagi malah perlu diberikan  fokus utama dari semasa
ke semasa.

Ayat 1:
Ayat 2:

13. Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih
mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.

Ayat 1:
Ayat 2:

14. Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke


peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.

Ayat 1:
Ayat 2:

15. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk


memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.

Ayat 1:
Ayat 2:

16. Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana
melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ayat 1:
Ayat 2:

17. Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat


semasa berbelanja dan mengamalkan budaya menabung wang.

Ayat 1:
Ayat 2:

You might also like