Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i”

1. Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i” (“Kempen”) adalah dianjurkan oleh CIMB
ISLAMIC BANK BERHAD [No. Pendaftaran: 200401032872 (671380-H)] (“CIMB”).

Tempoh Kempen

2. Kempen akan berlangsung dari 20 September 2022 hingga 31 Disember 2022, termasuk kedua-
dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

3. Kempen ini boleh didapati di semua cawangan CIMB dan CIMB Bank Berhad [No. Pendaftaran
197201001799 (13491-P)] (“CIMB Bank”) di Malaysia (“Cawangan”). Cawangan CIMB terletak
setempat dengan Cawangan CIMB Bank di seluruh negara.

4. CIMB merizabkan hak untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau
penamatan Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi selama tujuh
(7) hari kalendar.

Kelayakan

5. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang akaun CIMB baharu dan sedia ada dengan mana-
mana Akaun Semasa-i dan/atau Akaun Simpanan-i CIMB, melainkan akaun-akaun yang berikut:-

a. Akaun Junior Savers-i;


b. Akaun Youth Savers-i;
c. Akaun Special Mudharabah Investment-i;
d. Akaun Semasa Mata Wang Asing-i;
e. Akaun Semasa Private Banking-i; dan/atau
f. Akaun Semasa High Yield-i.

Pemegang akaun yang disebutkan di atas hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

i. pelanggan yang bukan pemastautin; dan/atau


ii. kakitangan atau pekerja tetap, sambilan dan/atau kontrak CIMB dan/atau CIMB Bank dan/atau
CIMB Investment Bank Berhad (termasuk subsidiari dan syarikat berkaitannya) yang menyertai
dalam Kempen ini melalui Akaun Semasa-i dan/atau Akaun Simpanan-i bukan gaji CIMB mereka.

Pemegang akaun yang disebutkan di atas hendaklah selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai
“Pelanggan Layak” dan akaun yang layak untuk menyertai Kempen ini hendaklah selepas ini secara
kolektif dirujuk sebagai “CASA-i”.

6. Untuk mengelakkan keraguan kepada peruntukan Klausa 5 di atas, orang/entiti berikut TIDAK akan
layak untuk menyertai Kempen ini:-

a. Pemilikan Tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Syarikat Awam,


Syarikat Sendirian Berhad, Kelab, Persatuan dan Pelanggan Korporat dan Komersial; dan/atau
b. Individu di bawah umur lapan belas (18) tahun; dan/atau

Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i” Muka Surat 1 daripada 8
c. Pelanggan terpilih yang telah ditawarkan untuk menyertai kempen CIMB dan/atau CIMB Bank
lain.

Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak merepresentasi dan mengesahkan bahawa beliau
tidak termasuk dalam kategori orang/entiti yang dikecualikan di atas.

7. Untuk pemegang akaun bersama CASA-i baharu dan sedia ada yang dikekalkan dengan CIMB,
hanya pemegang akaun yang pertama dinamakan, iaitu pemegang akaun utama akan layak untuk
menyertai Kempen ini (“Pemegang Akaun Utama”).

Mekanik Kempen

8. Peserta Layak (ditakrifkan di Klausa 12 di bawah) akan layak untuk menikmati kadar keuntungan
yang lebih tinggi (“Kadar Istimewa”) ke atas pulangan matang akaun pendapatan pulangan tetap-
i mereka (“FRIA-i”) setelah pemenuhan mereka ke atas kriteria yang dinyatakan dalam Klausa 9 di
bawah, tertakluk kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat yang terkandung di sini.

9. Untuk menyertai Kempen ini dan layak kepada Kadar Istimewa (kadar yang ditentukan dalam
Klausa Clause 14 di bawah), Pelanggan Layak mesti memenuhi kriteria yang berikut sepanjang
Tempoh Kempen:

a. Deposit jumlah dana minimum menurut Klausa 14 di bawah secara serentak ke dalam CASA-i
(untuk tujuan peruntukan) dan FRIA-i beliau di Cawangan, iaitu lawatan di kaunter; DAN
b. Kekal penempatan FRIA-i minimum sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00)
dengan penempatan peruntukan minimum sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ribu Tiga Ratus
Tiga Puluh Tiga (RM3,333.00) dalam CASA-i untuk tempoh enam (6) bulan bermula dari tarikh
deposit penempatan tersebut; DAN
c. Penempatan dana dalam CASA-i dan FRIA-i hendaklah terdiri semata-mata Dana Baharu
(ditakrifkan di Klausa-Klausa 10 dan 11 di bawah) yang didepositkan dengan CIMB; DAN
d. Penempatan dana maksimum dalam CASA-i dan FRIA-i hendaklah tidak melebihi jumlah had
berikut:-
i. Bagi Pelanggan Bukan CIMB Preferred, penempatan FRIA-i maksimum adalah Ringgit
Malaysia Satu Juta (RM1,000,000.00) dan penempatan peruntukan maksimum adalah
Ringgit Malaysia Tiga Ratus Tiga Puluh Tiga Ribu Tiga Ratus Tiga Puluh Tiga
(RM333,333.00) dalam CASA-i; dan
ii. Bagi Pelanggan CIMB Preferred, penempatan FRIA-i maksimum adalah Ringgit
Malaysia Tiga Juta (RM3,000,000.00) dan penempatan peruntukan maksimum adalah
Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1,000,000.00) dalam CASA-i.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Pelanggan CIMB Preferred merujuk kepada pelanggan
yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Untuk butiran lanjut, sila rujuk kepada
Terma-Terma dan Syarat-Syarat CIMB Preferred yang boleh diakses di
www.cimbpreferred.com.my.

10. Penempatan dana yang dirujuk dalam Klausa 9 di atas hendaklah terdiri semata-mata dana baharu.
“Dana Baharu” untuk tujuan Kempen ini hendaklah bererti wang atau dana yang bukan berasal
dari CIMB, tetapi wang atau dana yang telah dipindahkan, dikreditkan atau dibayar ke dalam CASA-
i dan FRIA-i Peserta Layak dari bank dan/atau institusi kewangan lain melalui cara apa pun
termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i” Muka Surat 2 daripada 8
a. Penempatan Tunai; dan/atau
b. Interbank Giro Transfers (IBG) / Instant Funds Transfer (IBFT); dan/atau
c. Pemindahan Telegraf / Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS);
dan/atau
d. Cek tempatan / cek jurubank.

Untuk tujuan Kempen ini, wang atau dana yang berasal dari CASA-i Pelanggan Layak yang
dipindahkan, dikreditkan atau dibayar ke dalam CASA-i dan/atau FRIA-i Pelanggan Layak hendaklah
juga dianggap sebagai Dana Baharu untuk tujuan Kempen ini menurut Terma-Terma dan Syarat-
Syarat di sini dengan syarat bahawa wang atau dana tersebut telah dipindahkan, dikreditkan atau
dibayar ke CASA-i Pelanggan Layak secara langsung atau tidak langsung dari bank dan/atau institusi
kewangan lain dalam tujuh (7) hari perniagaan.

11. Berikut TIDAK akan diklasifikasikan sebagai “Dana Baharu”:

a. Wang atau dana dari mana-mana Deposit Tetap (“FD”)/FRIA-i matang atau pengeluaran awal
mana-mana FD/FRIA-i sedia ada dalam CIMB dan/atau CIMB Bank; dan/atau
b. Pemindahan dana intra bank, iaitu pemindahan dana dari akaun lain yang dikekalkan dengan
CIMB; dan/atau
c. Pemindahan antara cawangan dalam dan di antara CIMB dan/atau CIMB Bank termasuk
pemindahan pihak ketiga,

melainkan dan kecuali untuk dana yang berasal dari CASA-i Pelanggan Layak yang didepositkan,
dipindahkan, dikreditkan atau dibayar ke CASA-i dan/atau FRIA-i Pelanggan Layak menurut Klausa
10 di atas.

12. Pelanggan Layak yang memenuhi kriteria penyertaan yang dinyatakan dalam Klausa-Klausa 9
hingga 11 di atas akan menjadi layak sebagai “Peserta Layak”.

13. Peserta Layak dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB untuk menahan dan/atau
menangguhkan pembayaran sebarang wang dari baki kredit CASA-i beliau dan mencegah sebarang
pengeluaran dilakukan dari dana yang diperuntukkan dalam CASA-i beliau untuk tempoh enam (6)
bulan bermula dari tarikh deposit.

Tawaran Kadar Istimewa FRIA-i

14. Untuk menikmati Kadar Istimewa yang ditawarkan (seperti yang digambarkan dalam Jadual di
bawah) menurut Kempen ini, Peserta Layak mesti mematuhi syarat yang dinyatakan dalam Jadual
di bawah:

FRIA-i @ 4.08% setahun FRIA-i @ 4.50% setahun Peruntukan CASA-i


untuk Enam (6) Bulan untuk Enam (6) Bulan untuk Enam (6)
(sebelum 14 November 2022) (berkuatkuasa 14 November Bulan
2022)
Penempatan % 75% 75% 25%

Nisbah Penempatan 3 3 1

Penempatan Minimum
RM10,000.00 RM10,000.00 RM3,333.00
setiap Peserta Layak

Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i” Muka Surat 3 daripada 8
Penempatan
Maksimum setiap
Peserta Layak RM1,000,000.00 RM1,000,000.00 RM333,333.00
(Pelanggan Bukan CIMB
Preferred)
Penempatan
Maksimum setiap
Peserta Layak RM3,000,000.00 RM3,000,000.00 RM1,000,000.00
(Pelanggan CIMB
Preferred)
Kadar keuntungan
Piawai semasa
Kadar Istimewa 4.08% setahun* 4.50% setahun*
produk CASA-i
masing masing**
3.06% setahun – 3.43% setahun (sebelum 14 November 2022)
Kadar Efektif***
3.38% setahun – 3.74% setahun (berkuatkuasa 14 November 2022)

* Sekiranya ada perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR), Kadar Istimewa akan tertakluk kepada
semakan semula.
**Kadar Keuntungan Piawai semasa produk CASA-i masing-masing semasa Tempoh Kempen boleh
didapati di laman web CIMB di www.cimb.com.my.
**Kadar Efektif yang merupakan purata keuntungan sebenar yang diperolehi oleh Peserta Layak
pada kedua-dua penempatan FRIA-i dan peruntukan CASA-i beliau hendaklah berjulat antara 3.06%
setahun hingga 3.43% setahun (sebelum 14 November 2022) & berjulat antara 3.38% setahun
hingga 3.74 setahun (berkuatkuasa 14 November 2022) atas andaian bahawa baki CASA-i sedia ada
adalah RM0. Kadar Efektif sedia ada untuk Peserta Layak akan berbeza mengikut jumlah
penempatan FRIA-i, jumlah penempatan peruntukan CASA-i dan jenis CASA-i. Sekiranya terdapat
perubahan pada Kadar Keuntungan Piawai semasa CASA-i semasa tempoh enam (6) bulan di mana
dana Peserta Layak telah diperuntukkan, Kadar Efektif mungkin juga berubah dengan sewajarnya.

Contoh-contoh berikut dikira berdasarkan Kadar Istimewa (berkuatkuasa 14 November 2022).

Contoh 1:
Pelanggan A memperuntukkan sejumlah Dana Baharu sebanyak RM3,333.00 ke dalam Akaun
Simpanan EcoSave-i beliau (kadar keuntungan pada 0.15% setahun) selama enam (6) bulan.
Pelanggan A boleh menempatkan Dana Baharu maksimum sebanyak RM10,000.00 ke dalam FRIA-
i beliau pada Kadar Istimewa sebanyak 4.50% setahun selama enam (6) bulan. Kadar Efektif yang
dinikmati oleh Pelanggan A dalam penempatan peruntukan Akaun Simpanan EcoSave-i dan
penempatan FRIA-i beliau adalah 3.41% setahun.

Contoh 2:
Pelanggan B memperuntukkan sejumlah Dana Baharu sebanyak RM10,000.00 ke dalam Akaun
Simpanan Asas-i beliau (kadar keuntungan pada 0.25% setahun) selama enam (6) bulan. Pelanggan
B boleh menempatkan Dana Baharu maksimum sebanyak RM30,000.00 ke dalam FRIA-i beliau
pada Kadar Istimewa sebanyak 4.50% setahun selama enam (6) bulan. Kadar Efektif yang dinikmati
oleh Pelanggan B dalam penempatan peruntukan Akaun Simpanan Asas-i dan penempatan FRIA-i
beliau adalah 3.44% setahun.

Contoh 3:
Pelanggan C yang merupakan pelanggan CIMB Preferred mempunyai baki sedia ada sebanyak
RM1,500,000.00 dalam Akaun Semasa Preferred-i beliau. Pelanggan C memperuntukkan sejumlah

Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i” Muka Surat 4 daripada 8
Dana Baharu sebanyak RM250,000.00 ke dalam Akaun Semasa Preferred-i beliau (kadar
keuntungan pada 1.75% setahun) selama enam (6) bulan. Pelanggan C hanya boleh menempatkan
Dana Baharu maksimum sebanyak RM750,000.00 ke dalam FRIA-i beliau pada Kadar Istimewa
sebanyak 4.50% setahun selama enam (6) bulan memandangkan nisbah penempatan di bawah
Kempen ini ditetapkan pada 1:3 seperti yang dinyatakan dalam Klausa 14 ini. Kadar Efektif yang
dinikmati oleh Pelanggan C dalam penempatan peruntukan Akaun Semasa Preferred-i dan
penempatan FRIA-i beliau adalah 3.81% setahun.

Contoh 4:
Pelanggan D yang merupakan pelanggan bukan CIMB Preferred memperuntukkan sejumlah Dana
Baharu sebanyak RM333,333.00 dalam CASA-i beliau selama enam (6) bulan. Pelanggan D ingin
membuat penempatan sebanyak RM1,500,000.00 ke dalam FRIA-i beliau selama enam (6) bulan.
Ia tidak dibenarkan kerana penempatan FRIA-i maksimum Pelanggan D sebagai pelanggan bukan
Preferred hanyalah RM1,000,000.00 di bawah Kempen ini. Nisbah penempatan di bawah Kempen
ini ditetapkan pada 1:3 seperti yang dinyatakan dalam Klausa 14 ini.

15. Walau apa pun yang terkandung di sini, sekiranya berlaku perubahan Kadar Dasar Semalaman
(OPR), CIMB merizabkan hak untuk menyemak semula Kadar Istimewa dengan kesan serta-merta
selepas pengeluaran notis oleh CIMB.

16. Sekiranya Peserta Layak pada bila-bila masa selepas penempatan FRIA-i awal beliau dan
penempatan peruntukan CASA-i beliau gagal memenuhi dan/atau mengekalkan syarat yang
dinyatakan di Klausa 9 di atas, Peserta Layak tidak akan layak kepada Kadar Istimewa dan CIMB
akan dianggap telah diberi kuasa oleh Peserta Layak untuk menarik balik penempatan FRIA-i
dengan atau tanpa notis kepada Peserta Layak, dan Peserta Layak tidak akan layak untuk
memperolehi apa-apa keuntungan sekalipun.

17. Kadar Istimewa hendaklah terpakai untuk penempatan FRIA-i satu (1) kitaran (“Tempoh FRIA-i”)
sahaja.

18. Pembaharuan: Selepas kematangan Tempoh FRIA-i, Kadar Istimewa akan berhenti terpakai dan
Peserta Layak dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB untuk memperbaharui atau
meletakkan semula (“roll over”) secara automatik jumlah FRIA-i prinsipal dan keuntungan yang
diperolehi berdasarkan Kadar Istimewa (sekiranya dipilih sedemikian oleh Peserta Layak pada masa
penempatan FRIA-i) semasa peluputan tempoh masing-masing, dan kadar niaga atau kadar
kakitangan CIMB semasa yang terpakai untuk FRIA-i beliau akan terpakai terhadap jumlah yang
diperbaharui atau diletakkan semula tersebut.

19. Pengeluaran Awal dan/atau Separa CASA-i dan/atau FRIA-i:

a. Sekiranya Peserta Layak ingin mengeluarkan penempatan FRIA-i dan/atau penempatan


peruntukan CASA-i sebelum kematangan Tempoh FRIA-i, pengeluaran penuh bagi baki dalam
penempatan FRIA-i dan/atau penempatan peruntukan CASA-i mesti dilakukan. Pengeluaran
separa penempatan FRIA-i dan/atau penempatan peruntukan CASA-i sebelum kematangan
Tempoh FRIA-i tidak dibenarkan.
b. Sekiranya Peserta Layak mengeluarkan atau menarik balik penempatan FRIA-i dan/atau
penempatan peruntukan CASA-i sebelum kematangan Tempoh FRIA-i, Peserta Layak tidak
akan layak memperolehi sebarang keuntungan sekalipun.

Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i” Muka Surat 5 daripada 8
20. Keuntungan akan dibayar oleh CIMB kepada Peserta Layak selepas penyempurnaan Tempoh FRIA-
i dengan mengkreditkan keuntungan ke dalam akaun Peserta Layak atau secara alternatif,
menyebabkan keuntungan ditambahkan pada jumlah prinsipal FRIA-i beliau.

21. Kadar Istimewa ini tidak sah dengan apa-apa tawaran, promosi dan/atau keistimewaan lain
(contohnya kadar kakitangan), dan tiada kadar khas, tambahan atau kadar keutamaan lain akan
diberikan di bawah Promosi ini, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh CIMB.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am

22. Peserta Layak bersetuju bahawa dengan menyertai Kempen, mereka:

a. telah mengakses, membaca dan mengesahkan persetujuan mereka kepada Terma-Terma dan
Syarat-Syarat ini;
b. memberi kebenaran kepada CIMB untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka
menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB di www.cimb.com.my;
c. bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB
berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Kadar Istimewa yang diberikan kepada
Peserta Layak hendaklah muktamad, terikat dan konklusif; dan
d. bersetuju bahawa CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada
Peserta Layak sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan sepenuhnya atau sebahagian
daripada mana-mana kewajipannya dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini yang
disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh:

i. kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data atau
talian penghantaran;
ii. kegagalan elektrik;
iii. pertikaian industri, perang, mogok atau rusuhan;
iv. apa-apa bencana alam (“act of God”) di luar kawalan CIMB; atau
v. apa-apa faktor dalam sifat force majeure yang berada di luar kawalan munasabah CIMB.

23. Peserta Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai Kempen dan/atau layak kepada
Kadar Istimewa, semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum pengkreditan keuntungan
berdasarkan Kadar Istimewa sekiranya:

a. Peserta Layak memungkiri terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal CASA-i terpilih
dan/atau FRIA-i;
b. CASA-i terpilih dan/atau FRIA-i telah ditamatkan atau ditutup atau dijadikan tertakluk kepada
apa-apa penahanan, perintah bertentangan (“adverse orders”) yang dikeluarkan oleh
Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang; atau
c. CASA-i terpilih dan/atau FRIA-i adalah berdelinkuen, tidak sah atau dibatalkan oleh Peserta
Layak atau CIMB.

24. CIMB hendaklah mempunyai hak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta Layak yang ia
tentukan telah:

a. mengganggu proses permohonan; dan/atau


b. bertindak memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.

Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i” Muka Surat 6 daripada 8
25. CIMB hendaklah mempunyai hak untuk:

a. menggantikan keuntungan berdasarkan Kadar Istimewa dengan item lain yang mempunyai kos
setara; dan/atau
b. melanjutkan, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau
menggantungkan Kempen ini,

dengan memberikan notis terdahulu tujuh (7) hari kalendar kepada Peserta Layak melalui:

i. pengumuman di laman web CIMB; dan/atau


ii. notis di Cawangan CIMB; dan/atau
iii. notis di kaunter Penukaran Mata Wang CIMB; dan/atau
iv. mana-mana cara pemberitahuan lain yang mungkin dipilih oleh CIMB.

26. Bagi mengelakkan keraguan, CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Layak untuk
sebarang kerugian, ganti rugi, kos atau perbelanjaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh
Peserta Layak akibat langsung atau tidak langsung sebarang keuntungan berdasarkan Kadar
Istimewa dan/atau sebarang pembatalan, penggantungan. pemendekan, pemberhentian atau
lanjutan Kempen.

27. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang Peserta Layak atau mana-mana pihak untuk
sebarang kerugian atau ganti rugi (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan,
keuntungan atau nama baik, ganti rugi secara langsung atau tidak langsung, sampingan,
berbangkit, teladan, punitif atau khas) akibat daripada penyertaan atau bukan penyertaan Peserta
Layak dalam Kempen melainkan kerugian atau ganti rugi sedemikian timbul daripada dan/atau
disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB.

28. a. CIMB hendaklah mempunyai hak untuk mengubah, menambah, memadam atau meminda
mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (“Pindaan”) dengan memberikan notis terdahulu
dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta Layak melalui:

i. pengumuman di laman web CIMB; dan/atau


ii. notis di Cawangan CIMB; dan/atau
iii. notis di kaunter Pertukaran Mata Wang CIMB; dan/atau
iv. iklan di suatu surat khabar pilihan CIMB; dan/atau
v. mana-mana cara pemberitahuan lain yang mungkin dipilih oleh CIMB.

b. Pindaan akan dianggap terikat ke atas Peserta Layak dari tarikh sebagaimana yang ditentukan
oleh CIMB dalam notis.

c. Peserta Layak bersetuju untuk mengakses laman web CIMB pada selang masa yang tetap untuk
menyemak Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini dan untuk memastikan bahawa mereka sentiasa
mengikuti apa-apa variasi terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.

29. CIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap Peserta Layak untuk sebarang kerugian atau ganti
rugi yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung
Pindaan.

30. Peserta Layak hendaklah menanggung rugi sepenuhnya dan memastikan bahawa CIMB ditanggung
rugi berkenaan sebarang fi, kos, caj, perbelanjaan, kerugian, ganti rugi atau liabiliti yang mungkin
ditanggung oleh CIMB akibat daripada:

Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i” Muka Surat 7 daripada 8
a. penyertaan Peserta Layak dalam Kempen; dan/atau
b. penerimaan Peserta Layak Kadar Istimewa.

31. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini:

a. hendaklah mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam


mana-mana bahan lain yang mengiklankan Kempen; dan
b. dibaca bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa CASA-i terpilih dan terma-
terma dan syarat-syarat semasa FRIA-i yang akan digunapakai sebagai tambahan kepada
Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.

32. Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini hendaklah tertakluk kepada pemakaian mana-mana
undang-undang, garis panduan, arahan, notis, peraturan semasa yang digubal dan/atau mana-
mana undang-undang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-
mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB dari semasa ke semasa.

33. Peserta Layak boleh hubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB untuk sebarang maklum balas dan/atau
aduan berkenaan dengan Kempen ini melalui surat, panggilan telefon, faks dan/atau e-mel:

Alamat: Unit Resolusi Pelanggan, Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur,
50710 Wilayah Persekutuan
No. Telefon: +603 6204 7788
No. Faksimile: +603 2691 3248
Alamat E-mel: cru@cimb.com

CIMB boleh menukar butiran perhubungan di atas dengan memaklumkan kepada Peserta Layak
melalui pengumuman di laman web CIMB atau melalui apa-apa cara pemberitahuan lain yang
boleh dipilih oleh CIMB.
[Tamat]

Kempen “CIMB 4.08% FRIA-i Bundle with CASA-i” Muka Surat 8 daripada 8

You might also like