PPG2 At13 D20201095403 Nurul Alia Najwa BT Zulaiman

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 46

LAPORAN

PROGRAM PERANTIS GURU 2


FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

NAMA PELATIH NURUL ALIA NAJWA BINTI ZULAIMAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KIMIA
NAMA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LONG YUNUS
TEMPOH PPG 07-08-2022 HINGGA 25-08-2022
NAMA GURU PEMBIMBING PN. RASIDAH BINTI HASSAN
NAMA PENSYARAH DR. NOORSHIDA BINTI MOHD ALI
PEMBIMBING

AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN


LAPORAN PPG2 - FSM

SENARAI KANDUNGAN

Markah %
TUGASAN 1 (25%) - Telah dijalankan dalam PPG1 25

TUGASAN 2 (15%) 15
1.1 Pemerhatian PdPc GP 5
1.2.1 Menemu bual GP 5
1.2.2 Membuat laporan dan refleksi tentang pengajaran 5
bersama PdPc yang dilakukan

TUGASAN 3 (30%) 30
2.1 Membantu Guru Pembimbing menghasilkan RPH 5
2.2 Melaksanakan pengajaran bersama dengan Guru 5
Pembimbing
2.3 Membuat laporan dan refleksi tentang pengajaran 20
bersama PdPc yang dilakukan

TUGASAN 4 (30%) 30
3.1 Membuat laporan mengenai penglibatan bersama 15
dengan guru dalam melaksanakan aktiviti pengurusan
sekolah
3.2 Membuat laporan mengenai penglibatan bersama 15
dengan guru dalam melaksanakan aktiviti pengurusan
kokurikulum sekolah
100

2
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

1.1 Pemerhatian Kemahiran dan Amalan PdPc Guru Pembimbing

Nama Guru Pembimbing : Puan Rasidah Binti Hassan


Kelas : 4 Alfa
Tarikh : 14/08/2022
Topik : Ulangkaji (Bab 5 – Ikatan Kimia)

i. Tajuk
Semasa berada di kelas, guru memberitahu murid berkenaan tajuk yang akan diulang
kaji bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Tajuk yang diulang kaji pada hari
itu ialah tajuk bab 5 iaitu Ikatan Kimia. Guru memberi arahan kepada murid untuk
mengeluarkan set soalan kimia untuk diulang kaji bersama guru dalam kelas.

ii. Objektif pengajaran


Sebelum memulakan kelas, guru menyatakan objektif pembelajaran yang perlu dicapai
oleh murid. Berdasarkan pengajaran Harian yang dihasilkan oleh guru pembimbing
iaitu murid dapat mengulangkaji pelajaran semua tajuk yang berkaitan dengan
peperiksaan pertengahan tahun.

iii. Kaedah mengajar


Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru pembimbing adalah kaedah
berpusatkan kepada pelajar. Kaedah ini merupakan satu pendekatan dalam kurikulum
yang melibatkan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang berfokuskan
kepada murid sahaja. Kaedah pembelajaran seperti ini memerlukan murid memainkan
peranan penting yang dapat meningkat komunikasi dua hala. Kaedah ini juga guru
akan lebih banyak menyoal serta membimbing para pelajar serta objektif pencapaian
murid diutamakan. Hal ini mewujudkan peluang interaktif di antara murid adalah
positif. Kaedah berpusatkan pelajar digunakan oleh guru bertujuan untuk menjadikan
pelajar lebih aktif dalam memperolehi pengetahuan dan kemahiran.

iv. Penggunaan alat bantu mengajar


Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala
atau suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian yang

3
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

dijalankan, guru menggunakan pelbagai jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan modul soalan sebagai
bahan ulangkaji untuk murid menghadapi peperiksaan. Modul tersebut mengandungi
beberapa set soalan kimia dari negeri yang berlainan dan juga mempunyai set soalan
yang memfokuskan topik-topik yang berlainan mengikut bab dari buku teks. Guru
menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar dalam melaksanakan proses
ulangkaji tersebut.

v. Pengurusan bilik darjah


Pengurusan bilik darjah melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik
dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap
tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri. Pengurusan
bilik darjah bermaksud bagaimana bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana
mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Saya dapati bahawa guru pembimbing sangat mementingkan pengurusan bilik darjah
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran beliau. Beliau akan
memastikan suasana kelas bersifat kondusif dan sesuai untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik perhatian pelajar. Selain itu,
beliau akan memastikan rutin didalam bilik darjah berjalan dengan lancar dan
tersusun serta kebersihan dan keselesaan bilik darjah juga diberi perhatian. Guru
mengawal bilik darjah dengan aktiviti perbincangan soalan bersama murid.

vi. Pengurusan masa pengajaran


Pembelajaran pelajar dapat berlaku dengan berkesan sekiranya guru berjaya
mengendalikan aktiviti pengajaran dengan teratur di samping memberi arahan dan
agihan tugas dengan jelas. Kejayaan pengendalian pengajaran dan pembelajaran boleh
dicapai sekiranya guru dapat mengurus masa dengan cekap. Saya perhatikan guru
pembimbing memasuki kelas tepat pada masanya. Sebelum memulakan ulangkaji,
guru mengambil masa selama 5-10 minit untuk bertanyakan kepada murid berkenaan
modul soalan yang disediakan kepada mereka. Guru berbincang soalan bersama
murid mengikut masa yang diperuntukkan supaya objektif pembelajaran pada hari itu
tercapai.

4
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

vii. Kaedah penilaian


Aspek dari sudut kaedah penilaian yang digunakan oleh guru pembimbing saya
adalah dengan cara sesi soal jawab. Penilaian sebegini dapat kita sejauh mana para
pelajar memahami topik yang dipelajari di dalam bilik darjah. Kaedah yang kedua
adalah dengan menghafal dan mengulang semula sesuatu yang telah dihafal. Kaedah
ini juga dapat mengukuhkan lagi ingatan dan minda pelajar dan kaedah yang terakhir
ialah dengan meminta beberapa orang pelajar untuk berkongsi jawapan yang mereka
dapat dari set soalan yang disediakan untuk ulangkaji. Hal ini bertujuan untuk
memastikan mereka menjawab soalan yang diberikan sebagai persediaan untuk
menghadapi peperiksaan.

viii. Penutup
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru melakukan kesimpulan secara
keseluruhan mengenai topik yang diulangkaji pada ketika itu. Guru meminta murid
untuk mengulang semula hasil pengajaran hari itu dan topic-topik lain sebagai
persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Guru juga menerapkan nilai-nilai murni
dengan baik kepada murid secara tidak langsung pada penutup pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid membaca doa selepas kelas dan bersurai.

ix. Hasilan pembelajaran


Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, semua murid dalam kelas ini dapat
menyelesaikan soalan ulangkaji yang diberikan oleh guru dengan baik. Walau
bagaimanapun, ada beberapa orang murid tidak dapat menjawab pertanyaan guru
dengan lancar pada percubaan pertama, namun guru memberi masa kepada murid
tersebut untuk mencari jawapan yang tepat dan murid itu dapat menjawab soalan
dengan lancar pada percubaan kedua.

x. Refleksi (Kekuatan, Kelemahan, Cadangan Penambahbaikan PdP)


Melalui pemerhatian terhadap proses PdPc guru pembimbing, dapat menjadi panduan
kepada guru pelatih untuk mengawal keadaan kelas dan memahami tingkah laku
pelajar. Selain itu, pengisian yang dipenuhi dengan aktiviti soal jawab bersama murid
memberi idea kepada guru pelatih untuk menguruskan masa pengajaran dengan baik.
Selain itu, guru pembimbing juga bersedia untuk diperhati oleh guru pelatih walaupun
baru sahaja dimaklumkan kepadanya tentang tugasan ini. Kelebihan kaedah yang
5
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

digunakan oleh guru pembimbing dalam mengurus aktiviti ulangkaji bersama murid
ini dilihat dapat memudahkan murid untuk menghafal konsep dengan lebih efektif.
Kelemahan pula dilihat dimana beberapa orang murid tidak dapat mengikuti
pengajaran tersebut disebabkan oleh guru lebih fokus untuk menyelesaikan aktiviti
ulangkaji untuk semua topik dalam masa yang singkat. Cadangan saya ialah guru
perlu menyediakan satu kuiz ringkas di akhir kelas supaya murid lebih bersedia dan
sentiasa ingat tentang topik yang dipelajari sebelum ini.

6
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

1.2.1 Melaksanakan Temu Bual terhadap Guru Pembimbing

i. Sebelum pengajaran
Cikgu Rasidah menyatakan bahawa antara persediaan penting sebelum membuat RPH
dan sebelum jalankan sesi PdPr adalah guru-guru perlu mengkaji dan mentafsir
sukatan pelajaran, memilih isi pelajaran yang sesuai dengan pelajar serta merancang
pengajaran dengan baik. Di samping itu, guru-guru juga seharusnya menentukan
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran, menyediakan alat bantu mengajar
(ABM) yang menarik dan menyediakan penilaian. Untuk membuat RPH, Cikgu
Rasidah menyatakan bahawa antara komponen penting yang perlu ada dalam RPH
ialah persediaan, penyampaian dan penutup.

ii. Semasa pengajaran


Cikgu Rasidah menyatakan bahawa antara kaedah yang digunakan oleh beliau dan
guru-guru yang lain semasa sesi pengajaran ialah kaedah pengajaran berpusatkan guru
dimana guru lah yang mengawal keseluruhan kelas tersebut. Selain itu, kaedah lain
yang digunakan ialah kaedah pengajaran berpusatkan murid dimana sepenuh tumpuan
diberikan kepada perkembangan pembelajaran murid. Di samping itu, beliau dan
guru-guru yang lain juga menggunakan kaedah pengajaran berasaskan bahan bagi
merangsang pemikiran kritikal murid dan kaedah pengajaran berasaskan tugasan
dimana memberi peluang kepada murid mengaplikasikan apa yang dipelajari.

iii. Selepas pengajaran


Cikgu Rasidah menyatakan bahawa antara perkara yang perlu dibuat selepas kelas
berakhir ialah meringkaskan apa yang telah dipelajari dan memberitahu murid-murid
mengenai isi pelajaran untuk kelas yang akan datang. Cikgu Rasidah menyatakan
bahawa antara kepentingan membuat refleksi ialah membolehkan guru membuat
penilaian kendiri. Selain itu, dengan membuat refleksi, guru dapat menganalisis
perkara-perkara penting semasa proses pengajaran dan hasilannya. Cikgu Rasidah
menyatakan bahawa antara kepentingan mengenal pasti murid yang mempunyai
masalah ialah bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan lancar dan
berkesan. Selain itu, guru dapat merancang tindakan susulan untuk menyelesaikan
masalah tingkah laku yang berlaku. Akhir sekali, dapat menolong guru mengawal
sebarang tingkah laku bermasalah yang berlaku di dalam kelas.

AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN


LAPORAN PPG2 - FSM

1.2.2 Refleksi Kendiri terhadap Proses PdPc Guru Pembimbing

i. Menyatakan rumusan hasil pembelajaran

Secara keseluruhannya, proses PdPC ulangkaji guru pembimbing yang berlangsung


pada 14 Ogos 2022 adalah sangat menarik dan bersistematik. Guru pembimbing
menunjukkan kekemasan dan sistem yang teratur dalam proses pengajarannya dengan
menggunakan modul soalan, buku teks sebagai rujukan, serta pengurusan bilik darjah
dan masa yang sungguh efektif. Guru menunjukkan kebolehan dalam mengawal kelas
supaya keadaan menjadi terkawal dan tidak bising semasa proses ulangkaji
berlangsung. Penggunaan suara yang lantang ketika mengajar membuat pelajar lebih
bersemangat semasa proses ulangkaji berlangsung. Beliau menggunakan komunikasi
dua hala ketika ulangkaji iaitu dengan bertanyakan soalan kepada pelajar dan meminta
pelajar menunjukkan jalan pengiraan di depan. Beliau menegur secara lembut ketika
ada pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang ditanya dan memberi pembetulan
secara lembut ketika pelajar menjawab soalan secara tidak tepat. Beliau tidaklah
menengking pelajar atau menghukum membuta tuli apabila ada pelajar yang membuat
kesalahan dalam tugasan yang diberikan.
Disini, guru pembimbing telah menunjukkan betapa pentingnya mengawal
emosi semasa berada di dalam kelas. Peneguran secara berhemah atau lemah lembut
ini mampu memberikan pelajar berasa disayangi dan juga tidak takut kepada guru
mereka. Oleh itu, mereka akan lebih selesa bertanya lagi apabila merasakan tugasan
yang dijawab tidak betul. Mereka akan suka masuk ke dalam kelas guru yang
mempunyai sikap ini dan mereka tidak akan sekali-kali ponteng atau tidak mahu
belajar dengan guru tersebut.

ii. Kenal pasti permasalahan PdPc (guru dan murid)

Permasalahan yang wujud ketika proses ulangkaji guru pembimbing bersama murid
ialah dari segi kekangan masa. Guru mempunyai masa yang terlalu singkat untuk
mengulangkaji semua topik bersama pelajar sebelum pelajar menghadapi peperiksaan.
Permasalahan pelajar pula ialah beberapa oraang dari mereka tidak membuat tugasan
set soalan dari modul yang disediakan oleh guru dan mengalami masalah untuk

2
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

menjawab ketika disoal oleh guru. Hal ini dapat melambatkan proses ulangkaji kerana
guru terpaksa memberi masa kepada pelajar tersebut untuk mencari jawapan dahulu
sebelum bergerak ke soalan yang seterusnya. Namun begitu, aktiviti ulangkaji guru
pembimbing bersama pelajar berjalan dengan lancar kerana guru mampu untuk
mengawal pengurusan masa ketika dalam bilik darjah.

iii. Memberi 2 atau lebih cadangan penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan terhadap sesi pengajaran yang dilaksanakan ialah saya


berharap setiap guru mampu menguasai teknik-teknik pembelajaran alaf ke-21 agar
pelajar lebih berminat untuk belajar. Selain itu, guru juga perlu menguasai kesemua
sukatan matapelajaran untuk memudahkan guru tersebut mengajar pelajar mengikut
kepakaran dan kelemahan mereka. Demikian, mampu memfokuskan pembelajaran
yang sukar difahami pelajar dengan lebih mendalam lagi. Seterusnya, guru perlu
memastikan keadaan kelas yang tdak suram dan tegang, dimana pelajar mampu
memberi pendapat, pandangan secara bebas. Keadaaan kelas menjadi tempat
perkongsian idea di antara pelajar dan juga guru. Maksudnya, pelajar tidak takut
untuk berinteraksi dengan guru dan sesama pelajar yang lain

iv. Mengaitkan teori / model pendidikan


Teori pendidikan yang boleh dikaitankan dalam proses PdPc guru pembimbing ini
ialah teori pembelajaran humanis. Pendekatan ini dipelopori oleh Abraham Maslow.
Menurut beliau manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai
dorongan sejati untuk berkembang ke arah kesempurnaan diri. Pendekatan Abraham
Maslow ini digunakan untuk melihat keperluan manusia untuk mencapai
kesempurnaan kendiri. Seperti mana yang ditunjukkan oleh guru pembimbing ketika
proses PdPc, beliau membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan
menjalankan aktiviti ulangkaji dengan komunikasi dua hala agar mereka merasa
seronok, gembira dan harmonis serta selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
yang dijalankan tersebut. Seterusnya, guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan
kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang
sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat dibuktikan ketika dalam kelas dimana
Cikgu Rasidah memberi kata-kata semangat kepada pelajar untuk menghadapi
peperiksaan dan beliau juga menerangkan semula topik yang tidak difahami oleh

3
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

pelajar dengan lembut untuk memastikan murid tersebut dapat menerima dengan baik.
Cikgu Rasidah juga sering menanyakan pelajar berkenaan dengan proses ulangkaji
sendirian pelajar di rumah. Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk
memanusiakan manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami
lingkungannya dan dirinya sendiri. Pelajar dalam proses belajarnya harus berusaha
agar lambat laun ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori
belajar ini berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan
dari sudut pandang pengamatnya.

4
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

2.1 Merancang dan Menghasilkan RPH bersama Guru Pembimbing (Mengikut


Format Sekolah)
Guru pembimbing, Cikgu Rasidah memberi contoh RPH yang dihasilkan oleh beliau dan
memberi tunjuk ajar berkenaan dengan penghasilan RPH.

Rajah : Contoh RPH yang dihasilkan oleh Cikgu Rasidah mengikut format yang telah
ditetapkan oleh sekolah.

5
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

TARIKH 18/08/2022 HARI KHAMIS


MINGGU 20 NAMA KELAS BETA
MASA MULA 1.10 PTG SUBJEK KIMIA
MASA TAMAT 2.10 PTG TAHUN 4
TEMA/BIDANG/TERAS ASAS KIMIA
TEMA ASAS KIMIA
TAJUK/KEMAHIRAN/NILAI 5.0 IKATAN KIMIA
TERAS
TAJUK
STANDARD KANDUNGAN 5.1 ASAS PEMBENTUKAN SEBATIAN
5.2 IKATAN ION
5.3 IKATAN KOVALEN
STANDARD 5.1.1 Menerangkan asas pembentukan sebatian.
PEMBELAJARAN 5.2.1 Menjelaskan dengan contoh pembentukan ikatan
ion.
5.3.1 Menjelaskan dengan contoh pembentukan ikatan
kovalen.
5.3.2 Membandingkan ikatan ion dan ikatan kovalen.
OBJEKTIF 1. Murid dapat menjelaskan pembentukan sebatian
dan syarat pembentukan sebatian.
2. Murid dapat menerangkan ikatan ion dan ikatan
kovalen.
3. Murid dapat membezakan ikatan ion dan ikatan
kovalen.
KRITERIA KEJAYAAN 1. Murid dapat memberitahu syarat bagi
pembentukan ikatan kimia
2. Murid dapat membuat persamaan setengah
untuk ikatan ion.
3. Murid dapat menunjukkan pembentukan ikatan
kovalen dengan gambar rajah susunan elektron
dan struktur Lewis.
RINGKASAN AKTIVITI Membuat simulasi tentang pembentukan sebatian
melalui pemindahan elektron atau perkongsian elektron
untuk mencapai susunan elektron oktet atau duplet yang
stabil.
REFLEKSI Semua murid dapat menerima pengajaran dengan baik.
DISAHKAN OLEH CATATAN
PENTADBIR
TANDATANGAN
PENTADBIR

*RPH yang dihasilkan dengan bantuan guru pembimbing untuk video simulasi pengajaran.

6
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

2.2 Melaksanakan pengajaran bersama dengan Guru Pembimbing

Pada 18 Ogos 2022, saya telah merakamkan satu video pengajaran secara simulasi tanpa
pelajar mengikut RPH yang dihasilkan.

Pautan video pengajaran : https://drive.google.com/drive/folders/1-


ApqDwziuUdZQGSAhf2KZRhon1D8xxK8

7
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

2.3 Refleksi Kendiri terhadap Proses PdPc

i. Menyatakan rumusan hasil pembelajaran


Hasil pembelajaran yang dirakamkan selama 20 minit secara simulasi tanpa pelajar itu
menerangkan secara ringkas berkenaan 3 subtopik bagi bab Ikatan Kimia. Hasil
pembelajaran dari video itu berkenaan dengan penerangan tentang asas pembentukan
sebatian, ikatan ion dan ikatan kovalen. Untuk asas pembentukan sebatian, saya
menerangkan secara ringkas syarat untuk membentuk sebatian dan berkaitan dengan
unsur kumpulan 18 yang tidak terlibat dalam ikatan kimia. Seterusnya, saya
menerangkan secara ringkas berkenaan ikatan ion dan pembentukkan ikatan ion
beserta contoh yang mudah. Persamaan setengah bagi ikatan ion juga diterangkan
dalam video. Selain itu, saya juga menerangkan secara ringkas tentang ikatan kovalen
dan menunjukkan cara untuk menulis struktur Lewis. Di akhir pembelajaran ini,
murid dapat membandingkan perbezaan di antara ikatan ion dengan ikatan kovalen
dan boleh menjelaskan persamaan bagi kedua-dua ikatan ini. Isi pengajaran dalam
video ini adalah secara ringkas dan hanya menggunakan satu contoh yang mudah.

ii. Kenal pasti permasalahan PdPc (guru dan murid)


Permasalahan yang dihadapi ketika melakukan video rakaman ialah tiada penglibatan
pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sukar untuk mengetahui
bahagian mana yang tidak difahami dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya, tidak dapat
untuk menggunakan bahan bantu mengajar seperti paparan slide disebabkan oleh
keadaan skrin projector dalam makmal yang tidak mengizinkan.

iii. Memberi 2 atau lebih cadangan penambahbaikan


Cadangan penambahbaikan dalam pengajaran saya ialah dengan menggunakan alat
bantu mengajar supaya lebih mudah untuk menerangkan tentang proses pemindahan
elektron yang berlaku dalam ikatan kimia. Sebagai contoh dengan menggunakan
pinggan polisterin untuk menggambarkan susunan elektron. Hal ini dapat
memudahkan pelajar menggambarkan proses pemindahan yang berlaku dalam ikatan
kimia. Seterusnya ialah dengan menyediakan soalan yang berkaitan dengan tajuk
pembelajaran untuk mengesan kelemahan seseorang pelajar. Hal ini kerana
kebanyakkan pelajar yang tidak faham dalam kelas takut untuk bertanya. Sebagai

8
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

guru, memberi soalan tambahan kepada pelajar merupakan satu inisiatif yang baik
untuk membantu pelajar memahami sesuatu topik pembelajaran.

iv. Mengaitkan teori / model pendidikan


Teori yang berkaitan dengan pengajaran ini ialah Teori Pembelajaran Sosial. Teori
Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan
tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan dan
pemerhatian, cara memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu
maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi
persekitaran dan menghasilkan peneguhan dan peluang untuk diperhatikan oleh orang
lain. erdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura,
pemerhati akan meniru setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model
tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun
populariti yang diminati oleh pemerhati. Sudah tentu, sebagai seorang guru, kita
sewajarnya turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di
atas. Ia secara tidak langsung amat berkait rapat terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru, amat
penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan
mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.

Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh
menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak
murid berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-
norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasi dan
sebagainya. Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan
persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti
memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada murid-
murid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam
kalangan murid-murid pada masa kini.
Selain itu, persembahan pengajaran seseorang guru seharusnya tersusun dan
dapat menarik minat dan perhatian murid-murid serta seharusnya dapat dijadikan
model untuk diikuti oleh mereka. Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa bersedia
dengan kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di
9
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

dalam kelas jelas,dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan
tepat. Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru
mestilah menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid
secara mudah.

10
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

3.1 Membuat laporan mengenai penglibatan bersama dengan guru dalam


melaksanakan aktiviti pengurusan sekolah

AKTIVITI 1

SEK. MEN. KEB. LONG YUNUS,


16350 BERIS KUBOR BESAR,
BACHOK, KELANTAN

LAPORAN

PROGRAM PROJEK MURAL


TAHUN 2022

ANJURAN : GURU PELATIH PPG2 DENGAN KERJASAMA PANITIA


PENDIDIKAN SENI VISUAL

11
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

PENDAHULUAN

Tanggungjawab untuk menceriakan persekitaran sekolah perlu digembleng dalam kalangan


seluruh warga sekolah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan efektif.
Lukisan mural yang dibina selain daripada berfungsi untuk mencantikkan suasana persekitaran,
ia juga berperanan sebagai ejen penyebaran maklumat dan informasi yang berguna untuk
seluruh warga sekolah. Justeru itu, kami sebagai guru pelatih bersama Panitia Pendidikan Seni
Visual telah bersetuju untuk mengadakan satu program bagi melaksanakan Projek Mural bagi
menaik taraf dan mengindahkan kawasan taman sekolah sebagai daya tarikan warga sekolah.

LATAR BELAKANG PROGRAM


Menyerikan semula kolam mini di SMK Long Yunus agar suasana dan persekitaran sekolah
mnejadi lebih ceria dan indah. Persekitaran sekolah yang ceria adalah sangat penting untuk
memastikan para guru dan pelajar sentiasa rasa bersemangat untuk hadir ke sekolah.
Persekitaraan sekolah yang ceria juga dapat memberikan rasa positif dan selesa kepada para
guru, kakitangan sekolah dan para pelajar. Selain itu, melatih guru PPG 2 untuk menjalankan
aktiviti di luar bilik darjah dan terlibat dengan aktiviti pengurusan sekolah bagi memastikan
guru PPG 2 mengetahui tanggujawab mereka selain mendidik.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan dalam kalangan guru pelatih PPG2 untuk
melaksanakan sesuatu program.
2. Merapatkan hubungan silaturahim antara sesama guru pelatih PPG2 dan warga pendidik.
3. Merealisasikan bakat dan kreativiti guru pelatih PPG2 dalam menghasilkan rekaan seni yang
bermutu dan berguna.

PELAKSANAAN
Tarikh : 21/08/2022 – 24/08/2022
Tempat : Kolam mini SMK Long Yunus
Sasaran : 14 Guru Pelatih PPG2 bersama Guru PSV

12
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

AJK PELAKSANA

Penasihat : TN. HJ. CHE ALEK B CHE ISMAIL


(Pengetua)

Pengerusi : EN. WAN MOHD ZAHIDI B WAN YUSOFF


(PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : EN. CHE SAHARUDIN B CHE KOB


(PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : PN. NORAINI BT AWANG MAT


(PK Kokurikulum)

Penyelaras : EN. ABDUL AZIZ B AHMAD


(GK Sains Sosial)

Pen. Penyelaras : EN. MUHAMMAD SUKRI B DERAHMAN

Setiausaha : EN. NORASMIZAM B ASIN @ ZAKARIA

Bendahari : PN. NOR MAZIAH BT MOHAMAD NOR

AJK : Semua Guru Pelatih PPG2

SENARAI NAMA GURU PELATIH PPG 2 YANG TERLIBAT DENGAN PROJEK


MURAL 2022

21/08/2022 – 24/08/2022 iaitu pada hari Ahad sehingga Rabu

BIL NAMA KOS


1 SITI HUMAIRAH BINTI ZULKIFLI PENDIDIKAN ISLAM
2 NURUL IZZAH AQILAH BINTI ISMAIL BAHASA ARAB
3 NURIN AMALIN BINTI KHALIDI PENDIDIKAN ISLAM
4 NOR HAZWANI BT ISMAIL BAHASA ARAB
5 NUR FARHAH ILYANA BT NOOR AIDI PERAKAUNAN
6 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN KIMIA
7 NUR ALIA ATHIRAH BINTI AHMAD NORAKMAL MULTIMEDIA
8 AINI HAYATI BINTI GHAZALI SAINS
9 NUR AINA ATHIRAH BINTI RUZLAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
10 MOHAMAD SYAHIR BIN BAHARUDDIN SEJARAH

13
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

11 MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN SAMSUDIN RBT KOMPUTER


12 MUHAMAD FARIS AIMAN BIN NODZARI REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI
13 WAN IDHAM DANIAL BIN WAN MOHD ZAILANI EKONOMI
14 MUHAMAD ISKANDAR BIN ZULKIFLI PENDIDIKAN JASMANI

KEMAJUAN/MASALAH PROGRAM
Program ini dilihat dapat menceriakan kolam mini di SMK Long Yunus yang telah lama
terbiar. Hal ini kerana keceriaan sekolah boleh mempengaruhi kehadiran pelajar ke sekolah
untuk menimba ilmu dengan lebih semangat. Program ini juga mampu memupuk semangat
bekerjasama dalam diri guru pelatih untuk menyiapkan projek mural ini dalam masa yang
telah ditetapkan. Guru pelatih juga boleh mempelajari ilmu dalam bidang seni semasa
menjayakan projek ini. Ketika projek ini berjalan, guru pelatih dapat melatih diri mereka
dalam mengurus sesuatu projek dengan pihak sekolah di bawah seliaan kokurikulum. Selain
itu, guru pelatih juga mampu mempraktikkan sifat kepimpinan dalam mengurus sesuatu
projek yang melibatkan penglibatan pihak pentadbir. Projek mural ini dapat disiapkan dalam
masa yang ditetapkan dengan bantuan guru PSV dan kerjasama dari semua pihak guru
pelatih.
Namun begitu, beberapa masalah turut kami hadapi ketika menjalankan projek ini. Antaranya
ialah dari segi masa kerana ada di antara kami yang harus masuk ke kelas untuk
menggantikan guru yang bercuti. Hal ini telah menyebabkan proses menyiapkan projek mural
agak memenatkan kerana terpaksa mengejar masa yang telah ditetapkan. Seterusnya, pada
permulaan projek ini berjalan, terdapat masalah dalam ketidakcukupan bahan dan alatan
untuk melukis dan mengecat mural.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM


Cadangan penambahbaikan projek ini pada masa akan datang ialah dengan memastikan
segala alatan dan keperluan untuk projek mural disediakan awal sebelum projek bermula. Hal
ini adalah untuk mengelakkan pembaziran masa dan boleh menyebabkan projek tergendala.
Seterusnya, saya mencadangkan supaya pihak sekolah boleh menyediakan khemah untuk
mengelakkan cat mural tertanggal apabila hari hujan.

14
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

PENUTUP
Adalah diharapkan agar aktiviti mengecat mural yang dijalankan ini dapat memberi menfaat
dalam menceriakan kawasan SMK Long Yunus supaya lebih menarik dan kondusif. Kami
juga berharap agar sumbangan ikhlas yang ditinggalkan oleh guru pelatih PPG 2 ini dapat
dijaga dan dapat menarik semangat para pelajar untuk hadir ke sekolah. Projek mural ini tak
akan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa bantuan dan bimbingan dari guru PSV dan pihak
sekolah yang juga banyak membantu dalam peruntukkan yang diperlukan untuk projek ini.
Projek ini juga telah berjaya dijalankan dengan semangat kerjasama dan komitmen yang
diberikan sepenuhnya oleh guru-guru pelatih PPG 2.

15
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

GAMBAR AKTIVITI (LAMPIRAN)

Rajah : Sebelum projek mural Rajah : Selepas aktiviti projek mural

Proses melukis dan mengecat mural


Proses mencuci kawasan kolam

Penglibatan semua guru pelatih PPG2

16
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

AKTIVITI 2

SEK. MEN. KEB. LONG YUNUS,


16350 BERIS KUBOR BESAR,
BACHOK, KELANTAN

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN MASJID


TAHUN 2022

ANJURAN : GURU PELATIH PPG2 DENGAN KERJASAMA PANITIA


PENDIDIKAN ISLAM

17
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

PENDAHULUAN
Program keceriaan masjid di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus (SMKLY)
melibatkan 14 orang guru pelatih dari Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama guru
Pendidikan Islam sebagai pembimbing. Masjid di sekolah boleh didefinisikan sebagai tempat
untuk melaksanakan ibadat sembahyang dan menjalankan kegiatan amali pendidikan Islam
untuk menanamkan semangat mencintai agama dan menghayati ajaran Islam.

OBJEKTIF
i. Menceriakan masjid SMKLY.
ii. Menambah bahan maklumat yang bersesuaian.
iii. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk guru dan murid semasa menggunakan
masjid.

TARIKH PELAKSANAAN
24/08/2022 – 25/08/2022

KUMPULAN SASARAN
14 Guru Pelatih PPG2

ANJURAN
14 Guru Pelatih PPG2 Dan Panitia Pendidikan Islam

LOKASI
Masjid SMK Long Yunus

AJK PELAKSANA

Penasihat : TN. HJ. CHE ALEK B CHE ISMAIL


(Pengetua)

Pengerusi : EN. WAN MOHD ZAHIDI B WAN YUSOFF


(PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : EN. CHE SAHARUDIN B CHE KOB

18
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

(PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : PN. NORAINI BT AWANG MAT


(PK Kokurikulum)

Penyelaras : EN. ABDUL AZIZ B AHMAD


(GK Sains Sosial)

Pen. Penyelaras : PN. ADONI BT SALLEH

Setiausaha : EN. MAT ZAHA B JUSOH

Bendahari : EN. MOHD NASIR B MAHMOOD

AJK : Semua Guru Pelatih PPG2

TENTATIF PROGRAM
TARIKH HARI AKTIVITI
24/08/2022 RABU - Melihat keadaan masjid dan
mencatat keperluan masjid.
- Meyapu dan membersihkan
kawasan masjid.
- Menyediakan bahan-bahan
tambahan dalam masjid.
- Membeli keperluan untuk menghias
masjid.
25/08/2022 KHAMIS - Menghias masjid dengan bahan-
bahan yang disediakan.
- Menampal dan menggantungkan
doa-doa yang diperlukan.
- Meletakkan penunjuk arah kiblat di
dalam masjid.
- Menceriakan kawasan masjid.

19
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


1 KEPERLUAN BAHAN
- Kertas A4 berwarna RM10.00 x 1 RM123.50
- Kertas A4 RM8.00 x 2
- Laminate RM30.00
- Pita pelekat RM2.50 x 2
- Pinggan kertas bercorak RM2.80 x 10
- Gam acrylic RM1.50 x 3
- Ink printer RM10.00 x 3
2 PERSEGARAN AJK

- Rabu - Khamis
14 x RM5 x 2 hari RM140.00 RM140.00

JUMLAH BESAR RM263.50

PENUTUP
Kami berharap cadangan menceriakan masjid di SMK Long Yunus mendapat kelulusan dari
pihak atasan demi untuk mencapai objektif program kea rah menyediakan masjid yang
kondusif. Semoga usaha kita mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah SWT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Hj. Che Alek B Che Ismail)


Pengetua,
SMK Long Yunus
( EN. MAT ZAHA B JUSOH )
Setiausaha Pendidikan Islam,
SMK Long Yunus.

20
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

AKTIVITI 3

PENGURUSAN SEKOLAH SMKLY

TAKLIMAT PENGISIAN MYPORTFOLIO HRMIS 2.0

Tarikh : 9 Ogos 2022


Hari : Selasa
Masa : 1.50 - 2.30 Petang
Tempat : Bilik Sarana SMKLY

Kumpulan Sasaran :
Semua guru SMK Long Yunus

Pengerusi :
Tn. Wan Mohd Zahidi bin Wan Yusoff
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Long Yunus

Pembentangan Taklimat :
Pn. Sarimah binti Sa'ibor
Guru ICT SMK Long Yunus

Objektif
Memberi penerangan kepada guru-guru berkenaan dengan cara dan kaedah melengkapkan
serta mengemaskini data-data penjawatan semua guru SMK Long Yunus melalui sistem
HRMIS 2.0.

Isi-isi Mesyuarat :

- Mengisi dan melengkapkan Data Penjawatan guru-guru (MyPortfolio)


- Mengisi penglibatan guru dalam aktiviti sekolah
- Mengisi penglibatan guru dalam aktiviti Kokurikulum
- Penerangan senarai undang-undang guru akademik
- Memilih senarai borang bagi penglibatan guru
- Memilih senarai Jawatankuasa bagi penglibatan guru

21
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

GAMBAR AKTIVITI

Mesyuarat bersama guru-guru yang terlibat

Demostrasi pengisian Myfortpolio

22
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

3.2 Membuat laporan mengenai penglibatan bersama dengan guru dalam


melaksanakan aktiviti pengurusan kokurikulum sekolah

AKTIVITI 1

SEK. MEN. KEB. LONG YUNUS,


16350 BERIS KUBOR BESAR,
BACHOK, KELANTAN

LAPORAN

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN

KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

14 Ogos 2022

ANJURAN : BIDANG SAINS SOSIAL (PANITIA SEJARAH)

SMKLY

23
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

PENDAHULUAN

Sambutan program Bulan Keluarga Malaysia Teguh Bersama sebagai tema Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga
Malaysia peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus (SMKLY) pada tahun ini
telah diadakan pada 14 Ogos 2022. Ianya bagi mengisi takwim Bidang Kemanusiaan yang
dianjurkan dan dikendalikan oleh Bidang Sains Sosial terutamanya Panitia Sejarah. Tujuan
program ini dilaksanakan adalah untuk memberi manfaat dan pendedahan kepada warga
guru khusus dan pelajar SMKLY amnya, yang akan menjadi pemangkin kepada negara
dan melahirkan masyarakat yang prihatin dan cintakan Negara dan seterusnya menjadi
manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.

LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini diadakan pada 14 Ogos 2022 di medan
perhimpunan SMKLY yang melibatkan penglibatan dari semua guru dan pelajar
tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Program ini dapat memupuk semangat patriotisme dalam
diri pelajar-pelajar di SMKLY. Sepanjang program ini berlangsung, banyak aktiviti yang
dijalankan iaitu persembahan syair dari pelajar tingkatan 4 dan 5, bicara tokoh oleh guru
Sejarah, persembahan mendeklamasikan sajak, gimik perasmian program dan akhir
sekali nyanyian lagu patriotik oleh semua warga pendidik dan pelajar-pelajar SMKLY.

OBJEKTIF

Memberikan pendedahan dan memantapkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan
Vokasional melalui aktiviti-aktiviti terancang bagi membentuk generasi berilmu dalam
pelbagai kemahiran. Mencetuskan kreativiti dan daya cipta murid melalui pertandingan
yang diadakan.

PELAKSANAAN

Tarikh : 14 Ogos 2022


Masa : 8.00 pagi – 9.30 pagi
Tempat : Medan Perhimpunan SMK Long Yunus
Sasaran : Semua guru dan pelajar SMKLY

24
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Hj Che Alek b. Ismail ( Pengetua )


Timbalan Pengerusi : En. Wan Mohd Zahidi b. Wan Yusoff (PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 1 : En. Che Saharudin b. Che Kob(PK Hal Ehwal Murid)
: Pn. Noraini bt. Awang Mat( PK KO- Kurikulum)
: En. Mohd Asri b. Ibrahim ( PK Tingkatan Enam)
Penyelaras : En. Abdul Aziz b. Ahmad ( GK Sains Sosial)
Penyelaras Bersama : Pn. Juliana bt. Baharudin ( GK Sains & Matematik)
: En. Mohd Nawawi b. Che Mat (GK Bahasa)
: Pn. Nor Zaharani bt.Awang Ahmad (KP Sejarah)

Setiausaha : En. Tuan Iskandar b. Tuan Ismail


Pen. Setiausaha 1 : Pn. Norazimah bt. Muhammad.

Bendahari : Pn. Azlina bt. Mustafa

Ahli Jawatankuaa Kerja : Pn. Zuriani bt. Ismail (GBK)


: Pn. Nik Roslinda bt. Mohd Ghazali (GBK)
: Pn. Suzaimah Suria bt. Ab Hamid (GBK)
: En. Mat Zin b. Mamat
: En. Mohamed Kamil b. Che Soh
: En. Wan Mohd Nasir b. Wan Hassan
: En. Mohammad b. Yahya
: En. Amin Fauzi b. Abdul Kadir
: En. Rojani b. Yusoff
: En. Mat Zaha b. Jusoh
: En. Muhammad Sukri b. Derahman
: En. Mohd Nasir b. Mahmood
: En. Hussin b. Ali
: En. Tan Boon Khing
: En. Norasmizam b. Asin @ Zakaria.
: En. Mohd Nazmie b. Che Mohd Ashaari
: Pn. Hilmun bt. Mat Ayub

25
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

: Pn. Rohani bt. Zakaria


: Pn. Zaini bt. Mohd Zahari
: Pn. Alyana bt. Awang Noh
: Pn. Adoni bt. Salleh
: Pn. Siti Zubaidah bt. Awang
: Noraini bt. Mustaffar
: Pn. Norhasliza bt. Aziz
: Pn. Hilmun bt. Aziz
: Pn. Masliza bt. Mamat

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengacara Majlis. Pemurnian
Pn. Normaziah bt. Mohd Nor Nur Alia Athirah bt. Ahmad Norakmal
Fotografi dan Rakaman
Muhamad Faris Aiman b. Nodzari Buku Program
Pn. Suzaimah Suria bt. Ab Hamid
Backdrop Pn. Zuraini bt. ismail
Nur Aina Athirah bt. Ruzlan Pn. Nik Roslinda bt. Mohd Ghazali

Persediaan tempat Bacaan Doa.


Mohamad Syahir b. Baharuddin Ustaz Mohd Nasir b. Mahmood
Nurin Amalin bt. Khalidi

Siaraya Peralatan/Bendera
Muhammad Fathurrahman b. Samsudin En. Rojani b. Yusoff
En. Wan Mohd Nasir b. Wan Hassan
En. Amin Fauzi b. Abdul Kadir
Hadiah dan Cenderahati
Nor Hazwani bt. Ismail Kawalan Pelajar
Wan Idham Danial b. Wan Mohd Zailani
Nurul Alia Najwa bt. Zulaiman
Muhamad Iskandar b. Zulkifli
Persiapan Pentas
Aini Hayati bt. Ghazali
Nur Farhah Ilyana bt. Noor Aidi

Penyediaan Sijil
Siti Humairah bt. Zulkifli
Nurul Izzah Aqilah bt. Ismail

26
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

KEMAJUAN/MASALAH PROGRAM
Program ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari semua warga
SMKLY. Semua pihak memberi kerjasama yang utuh semasa program berjalan demi
memastikan kelancaran program. Aktiviti program ini dapat memberi semangat
patriotisme dan menyemai semangat cinta akan negara dalam diri pelajar dan juga warga
SMKLY. Program ini juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
bakat mereka dalam persembahan yang dipamerkan oleh beberapa orang wakil pelajar.
Sempena sambutan program ini sebagai tema di sepanjang bulan kemerdekaan, banyak
aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti keceriaan kelas, pertandingan kelas patriotik
dan banyak lagi.
Masalah yang dihadapi sepanjang program ini berlangsung ialah semua pelajar terpaksa
berdiri terlalu lama sebelum majlis bermula kerana ada masalah teknikal sebelum majlis
bermula. Hal ini menyebabkan beberapa orang pelajar pitam akibat berdiri dan ada yang
disebabkan tidak mengambil sarapan. Di awal program ini terdapat banyak kesilapan
teknikal seperti masalah speaker dan mikrofon yang tidak berapa jelas. Hal ini kerana
tiada raptai yang dilakukan sebelum program ini berlangsung.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM


Cadangan untuk penambahbaikan program ini adalah pihak sekolah haruslah memastikan
segala persiapan untuk sesuatu majlis disediakan. Pihak sekolah juga perlu melakukan
raptai sebelum majlis sebenar berlangsung untuk memastikan majlis berjalan dengan
lancar dan tidak berlaku apa-apa masalah teknikal yang tidak diingini. Hal ini boleh
mengakibatkan majlis tergendala dan boleh mengambil masa PdP.

PENUTUP
Program ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari semua warga SMK
Long Yunus. Semua pihak memberi kerjasama yang sepatutnya untuk menjayakan
program ini. Diharap program sebegini dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri
semua warga sekolah dan mampu menyemat perasaan cinta akan negara dan tanah air.

27
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

GAMBAR AKTIVITI (LAMPIRAN)

Gimik perasmian program

Persembahan pelajar

Nyanyian lagu patriotik

28
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

AKTIVITI 2

SEK. MEN. KEB. LONG YUNUS,


16350 BERIS KUBOR BESAR,
BACHOK, KELANTAN

LAPORAN

PROGRAM MENGENANG JASA TOKOH (KUIZ)


TAHUN 2022

ANJURAN : GURU PELATIH PPG2 DENGAN KERJASAMA

PANITIA SEJARAH

29
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

PENDAHULUAN
Pengetahuan sejarah amatlah penting untuk diserapkan ke dalam jiwa pelajar-pelajar bermula
daripada peringkat sekolah rendah lebih-lebih lagi pada peringkat sekolah menengah. Bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Berdasarkan program pengetahuan
sejarah ini, pelajar-pelajar akan dapat menimba ilmu pengetahuan tentang sejarah di negara
kita. Selain itu, kesedaran tentang pengorbanan tokoh-tokoh pahlawan kemerdekaan tanah air
juga perlu dititikberatkan agar pelajar dapat mengenal sebuah erti kebebasan. Program ini
secara tidak langsung akan mengukuhkan jati diri para pelajar agar sentiasa mempertahankan
maruah bangsa Malaysia.

LATAR BELAKANG PROGRAM


Program kuiz ini dijalan untuk menyemai minat terhadap mata pelajaran Sejarah dalam diri
pelajar. Seterusnya, program ini juga dapat memberi asas pengetahuan dan kemahiran dalam
pemikiran sejarah dan seterusnya menjadi landasan untuk mengaplikasikan nilai-nilai sejarah
dalam kehidupan harian ke arah pembentukan masyarakat yang mempunyai semangat
patriotisme dan jati diri yang utuh untuk bangsa dan Negara.

OBJEKTIF
1. Memupuk rasa cinta kepada negara.
2. Mewujudkan kesedaran terhadap tokoh sejarah.
3. Memperkukuhkan pengetahuan pelajar terhadap sejarah kemerdekaan negara.
4. Melahirkan pelajar yang mempunyai sifat patriotik.

PELAKSANAAN
Tarikh : 17 Ogos 2022
Masa : 7.30 pagi – 9.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang SMK Long Yunus
Sasaran : 450 Orang Pelajar (TINGKATAN 1,2,3)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


1) JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Mohamad Syahir Bin Baharuddin

30
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

Timbalan Pengerusi : Siti Humairah Binti Zulkifli

Setiusaha : Nor Hazwani Bt Ismail

Bendahari : Nurin Amalin Binti Khalidi

Penyelaras Aktiviti : Nur Farhah Ilyana Bt Noor Aidi


: Muhammad Fathurrahman Bin Samsudin

2) JAWATANKUASA KERJA

Persiapan Dewan : Wan Idham Danial Bin Wan Mohd Zailani

Unit Disiplin : Muhamad Faris Aiman Bin Nodzari


Nurul Alia Najwa Bt Zulaiman

Unit Tugas-Tugas Khas : Nur Aina Athirah Binti Ruzlan

Unit Siaraya : Nur Alia Athirah Binti Ahmad Norakmal

Unit Pengisian : Muhamad Iskandar Bin Zulkifli


: Nurul Izzah Aqilah Binti Ismail

Unit Perhubungan : Aini Hayati Binti Ghazali

KEMAJUAN/MASALAH PROGRAM
Kerjasama yang baik daripada warga SMK Long Yunus telah melancarkan lagi program kuiz
yang dilaksanakan. Program ini memberi pengetahuan dan pengalaman baharu kepada kami
sebagai persediaan untuk menghadapi dunia yang sebenar di arena pendidikan apabila berkerja
nanti. Penglibatan yang aktif dalam diri murid dapat dipupuk sepanjang pelaksanaan kuiz ini.
Program ini telah berjaya memotivasikan murid-murid yang terlibat untuk mencapai kejayaan
bagi seseorang murid khususnya dalam mata pelajaran Sejarah. Program ini dilihat dapat
menarik minat pelajar untuk menyertai kuiz ringkas dan menjawab soalan kbat berkaitan

31
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

dengan sejarah dan secara tak langsung dapat menghilangkan rasa bosan dalam mempelajari
sejarah.
Namun begitu, terdapat segelintir murid yang pasif dan tidak menonjolkan diri semasa program
kuiz ini dijalankan. Hal ini kerana program kuiz dijalankan secara terbuka dan bukan mengikut
kategori tingkatan. Mata pelajaran Sejarah sering dianggap sebagai mata pelajaran yang bosan
dan kurang dititikberatkan dalam kalangan murid kerana bagi mereka ianya merupakan subjek
yang tidak menarik dengan dipenuhi oleh fakta.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM


Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang ialah guru-guru
sejarah boleh melakukan kuiz sejarah mengikut kategori tingkatan supaya lebih ramai yang
berani untuk menonjolkan diri mereka. Seterusnya, program kuiz ini boleh dijadikan program
sekolah seperti slot “Hari Ini Dalam Sejarah” dalam perhimpunan dan sambutan kemerdekaan
supaya semua murid dapat melibatkan diri dalam program sekolah.

PENUTUP
Kesimpulannya, program kuiz ini merupakan satu cabang pengalaman yang baharu kepada
kami sebagai bakal guru untuk menjadikan isi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
Program ini juga menjadi panduan dalam mempersiapkan diri kami sebagai seorang guru yang
berkebolehan dari pelbagai aspek yang bukan hanya dapat mengajar di dalam kelas sahaja
malah berkebolehan untuk mengurus sesuatu program kuiz di sesebuah sekolah. Oleh itu, kami
akan mengaplikasikan dan menggunakan pengalaman serta pengetahuan yang diperolehi ini
pada masa yang akan datang.

32
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

GAMBAR AKTIVITI (LAMPIRAN)

Ucapan perasmian pengerusi program

Aktiviti menjawab soalan kuiz sejarah

Guru pelatih memantau keadaan dewan

33
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

AKTIVITI 3

SEK. MEN. KEB. LONG YUNUS,


16350 BERIS KUBOR BESAR,
BACHOK, KELANTAN

KERTAS KERJA

MAJLIS PEMBAHAGIAN HADIAH, SIJIL DAN SUMBANGAN UNIFORM


KEPADA PELAJAR (KOKURIKULUM) TAHUN 2022

ANJURAN : BADAN KO-KURIKULUM DENGAN KERJASAMA

GURU PELATIH PPG 2

34
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

PENDAHULUAN
Majlis ini merupakan majlis tahunan yang akan dijalankan oleh pihak SMKLY bertujuan untuk
memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah mengikuti kejohanan sukan dan telah
membanggakan nama sekolah. Tambahan lagi, majlis ini juga dijalankan untuk memberi
sumbangan pakaian unit beruniform kepada para pelajar yang memerlukan.

OBJEKTIF
1. Menaikkan semangat pelajar untuk terus bersukan dan mengharumkan nama sekolah.
2. Merapatkan hubungan silaturahim antara sesama pelajar dan warga pendidik.
3. Melahirkan pelajar yang aktif dari segi fizikal dan mental
4. Melestarikan pelajar yang berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran pada masa
hadapan.

TARIKH, HARI DAN MASA


Tarikh : 17 Ogos 2022
Hari : Rabu
Masa : 7.40 pagi

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SMKLY

ANJURAN
Badan Ko Kurikulum Dengan Kerjasama Guru Pelatih PPG 2

LOKASI
Dewan Gemilang SMK Long Yunus

35
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

Hj Che Alek Bin Che Ismail (Pengetua)

Timbalan Pengerusi

Pn Noraini Binti Awang Mat (PK KO)

Naib Pengerusi Bersama

En Wan Mohd Zahidi Bin Wan Yusoff (PKP)

En Che Saharudin Bin Che Kob (PK HEM)

En Mohd Asri Bin Ibrahim (PK Ting 6)

Setiausaha

Pn Zaharah Binti Abdul Sukor

Penolong Setiausaha

En Wan Mohd Nasir Bin Wan Hassan

Penyelaras

En Abdul Aziz Bin Ahmad (GKSS)

Pn Juliana Binti Baharuddin (GKSM)

En Mohd Nawawi Bin Che Mat (GKB)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Persiapan Tempat Pemurnian Tempat


En Norasmizan Bin Asin @ Zakaria En Rojani Bin Yusoff
Mohamad Ridzuan Bin Mazeh Muhamad Faris Aiman Bin Nodzari
Wan Idham Danial Bin Wan Mohd Zailani Mohamad Syahir Bin Baharuddin
Mohd Tarmi Bin Hussin Muhamad Iskandar Bin Zulkifli

36
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

Persiapan Pentas Pengacara Majlis


Cik Nurul Huda Binti Abdullah Pn Masliza Binti Mamat
Aini Hayati Binti Ghazali Siti Humairah Binti Zulkifli
Nor Hazwani Binti Ismail
Nurin Amalin Binti Khalidi
Nur Farhah Ilyana Binti Noor Aidi
Nurul Izzah Aqilah Binti Ismail
Nurul Alia Najwa Binti Zulaiman
Nur Alia Athirah Binti Ahmad Norakmal
Nur Aina Athirah Binti Ruzlan

Penyediaan Sijil Kawalan Pelajar


En Mohd Zakir Bin Sahib Guru Bertugas Mingguan
Hj Mohd Kamil Bin Che Soh En Aziz Bin Yusof
Pn Rosliza Binti Zainuddin Pn Hasmah Binti Muhammad
En Azmi Bin Mahmood Pn Zuriani Binti Ismail
En Mohd Zul Bin Mohd Zain Muhd Faturrahman Bin Samsudin
En Mohd Roslan Bin Che Ali Aisyah Hafizah Binti Ibrahim
Pn Suziaiza Binti Sidek

Persembahan Pelajar Siaraya


Pn Nor Azimah Binti Mohamad En Nasron Bin Mustaffa

Bacaan Doa Buku Program


En Mohd Nasir Bin Mahmood Pn Suzaimah Suria Binti Abdul Hamid

Backdrop Dokumentasi
Pn Rohani Binti Zakaria Pn Zaharah Binti Abdul Sukor

37
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

ATURCARA MAJLIS

7.40 pagi : Pelajar dan guru berkumpul di dataran perhimpunan


Nyanyian 3 buah lagu
Bacaan doa
Ucapan PK Ko
Ucapan Pengetua
Penyampaian sijil dan medal
Penyampaian bantuan pakaian seragam
Persembahan nyanyian pelajar
Bersurai

PENUTUP
Program ini adalah salah satu projek bagi tahun 2022 yang mana dalam memberikan
penghargaan kepada pelajar yang berjaya dalam aktiviti Ko Kurikulum serta memberikan
sedikit sumbangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam membeli baju
beruniform. Semoga ia dapat dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak
sama ada pelajar, guru-guru dan semua warga SMK Long Yunus. Diharapkan juga dengan
adanya aktiviti ini dapat menaikkan lagi semangat pelajar dalam bergiat aktif menaikkan nama
sekolah melalui aktiviti Ko Kurikulum.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………
(Hj. Che Alek B Che
(Pn Zaharah Binti Abdul Sukor) Ismail)
Setiausaha,
SMK Long Yunus Pengetua,
SMK Long Yunus

LAPORAN TAMAT
38
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

LAMPIRAN

Pemerhatian PdPc Guru Pembimbing

Temubual bersama guru pembimbing berkenaan dengan RPH

Proses rakaman video pengajaran simulasi

39
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN
LAPORAN PPG2 - FSM

Jamuan bersama guru pentadbir dan guru pembimbing

Bergambar dengan Pengetua dan PK Ko Cenderahati kepada sekolah


SMK Long Yunus

14 orang guru pelatih PPG 2 2021/2022

40
AT13 D20201095403 NURUL ALIA NAJWA BT ZULAIMAN

You might also like