Pakaian Tradisional Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

PAKAIAN TRADISIONAL DAN

PERHIASAN DIRI KAUM MELAYU


DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMAD ZIYAD RAFIUDDIN
BIN MUHAMAD ZAILANI
KELAS: 3 ZAID

* JENIS-JENIS PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


(LELAKI)

1.Baju Sikap
Baju Sikap berleher cekak musang dengan pemakaian satu butang. Anak baju
di bahagian dalam dipadankan dengan baju sikap permotongan lurus dengan
belahan di hadapan
2.Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang dengan pemakaian lima butang sejajar.
Pemakaian samping diikat ke tepi dengan keris hiasan disisip di hadapan.

3.Baju Melayu Teluk Belanga


Baju Melayu Teluk Belanga dengan pemakaian satu butang sebagai
pelengkap gaya. Pemakaian kain atau samping di bahagian luar turut dikenali
sebagai kain dagang luar.
*Perhiasan Diri
(LELAKI)

1.Capal
Lazimnya capal disarung sebagai alas kaki bagi melengkapkan
cara berpakaian.

2.Tengkolok
Tengkolak digubah daripada sebidang kain
persegi yang dilipat, disususn, dibentuk, dan
diolah dengan pelbagai gaya.
3.Butang
Butang dipakai untuk mencantumkan bahagian belahan leher baju. Hanya
satu butang digunakan bagi Baju Sikap dan Baju Melayu Teluk Belanga. Bagi
Baju Melayu Cekak Musang pula, tiga atau lima butang digunakan.

4.Samping
Samping yang dipakai di bahagian luar baju dipanggil dagang luar manakala
yang dipakai di dalambaju dipanggil dagang dalam.
JENIS-JENIS PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
(PEREMPUAN)

1.Baju Kurung Teluk Belanga


Baju Kurung Teluk Belanga dengan pemakaian satu butang atau
kerongsang di leher baju. Baju ini mempunyai kekek dan pesak dengan
padanan kain bersusun tepi dikenali sebagai ombak mengalun. Tiga cucuk
sanggul tersemat kemas di kepala.

2.Baju Kurung Kedah


Baju Kurung Kedah dengan leher teluk belanga diperindahkan dengan
perhiasan kalung papan di dada. Baju dipadankan dengan kain lipatan
bertangkup atau berselisih di hadapan.
3.Baju Kebaya
Baju Kebaya di bahagian hadapan dikemaskan dengan pemakaian
kerongsang ibu dan anak tiga sejajar. Wanita tampil anggun diserikan
dengan perhiasan cucuk sanggul di kepala.

4.Baju Riau Pahang


Baju Riau Pahang berleher cekak musang dengan potongan pesak gantung.
Pemakaianya diperindahkan dengan perhiasan dokoh. Sanggul lintang dan
gendik sebagai penyeri wajah pemakaiannya.
5.Baju Kurung Cekak Musang
Baju Kurung Cekak Musang dengan pemakaian tiga butang di dada.
Pemakaian diperindahkan dengan sanggul lintang sebagai perhiasan di
kepala.

Perhiasan Diri Kaum Melayu


(PEREMPUAN)

1.Gendik
Perhiasan yang dipakai pada bahagian dahi yang turut dikenali sebagai
pemanis dahi.
2.Sanggul Lintang
Sanggul Lintang berbunga getar yang diubah suai lebih ringkas.

3.Pending
Pending merupakan kepala tali pinggang bagi golongan lelaki atau wanita
yang digayakan dengan sarung atau samping.
4.Dokoh & Kalung Papan
Dokoh dan Kalung Papan merupakan perhiasan diri yang dikalungkan di
dada sebagai pelengkap gaya.

5.Cucuk Sanggul
Cucuk Sanggul dipakai satu atau satu set lengkap yang terdiri daripada tiga,
lima atau tujuh sebagai perhiasan di kepala.
6.Kerongsang Berantai
Kerongsang tiga sejajar dengan ikatan rantai.

7.Cincin
Sebentuk cincin diikat dengan batu permata atau cincin belah rotan yang
begitu halus rotannya.
8.Gelang Kaki
Gelang Kaki mempunyai bentuk hamper sama dengan gelang tangan dan
dipakai di kedua-dua belah kaki.

9.Subang
Subang dipakai di cuping telinga dengan penahan berupa skru, berpalang
sengka atau hanya dicangkuk di belakang telinga.
10.Anting-anting
Subang berjurai yang tergantung di telinga.

11.Gelang Tangan
Terdapat pelbagai jenis gelang tangan antaranya gelang belah
rotan, gelang pintal dan rantai tangan.
12.Kerongsang Ibu Dan Anak
Ibu Kerongsang berbentuk hati dengan Dua Anak berbentuk bulat.

13.Tali Pinggang
Tali Pinggang berfungsi sebagai pengikat bagi kemasan kain sarung.
* Maklumat Tambahan *

You might also like