Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

PEREMPUAN LIKAS

2022

PROJEK BASED LEARNING (PBL)


PENGENALAN ILMU SEJARAH

NAMA : Aiza Suhana Binti Halimuddin


KELAS : 1 Zamrud
GURU MATA PELAJARAN: Pn. Rafidah bt. Abdul Razak
ISI KANDUNGAN LAPORAN

1. Penyataan Masalah
2. Jadual Kerja
3. Objektif Kajian
4. Kaedah Kajian
5. Penghargaan
6. Pengenalan
7. Hasil Dapatan
8. Kesimpulan
9. Rujukan
10. Lampiran
PENYATAAN MASALAH

Apakah peristiwa bersejarah yang pernah berlaku dalam hidup saya?

Persoalan yang akan saya kaji dalam kerja khusus ini ialah seperti berikut:
1. Apakan dimaksudkan dengan Sejarah?
2. Siapakah sejarahwan yang memberi pengertian tentang Sejarah?
3. Mengapakah generasi muda perlu mempelajari Sejarah?
JADUAL KERJA
OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif bagi kerja khusus ini.

(a) Menjelaskan pengertian Sejarah dalam Bahasa Melayu, Kamus Dewan dan
Bahasa Inggeris.

(b) Menghuraikan pengertian Sejarah mengikut pandangan sejarahwan.

(c) Menceritakan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku dalam kehidupan saya.

(d) Memberi pendapat tentang faktor generasi muda masa kini perlu mempelajari
Sejarah.
KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya gunakan adalah penyelidikan perpustakaan.


Saya merujuk buku-buku yang dapat memberi maklumat berkaitan.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah melayari internet. Saya


melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat dan gambar
yang diletak dalam lampiran.

Seterusnya, saya menggunakan kaedah audio visual dengan menonton


video yang berkaitan Pengenalan Ilmu Sejarah. Visual dan audio yang
diperoleh turut membantu saya dalam melaksanakan kajian ini dengan
jayanya.
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada pengetua


sekolah, Puan Rafidah bt Karaman kerana telah memberikan kebenaran kepada
saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru Sejarah saya, Pn. Rafidah bt. Abdul Razak kerana telah
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan kajian. Ribuan
terima kasih lagi saya ucapkan kepada ibu bapa saya, Maznah Mersin dan
Halimuddin Chongge kerana memberi bantuan kewangan dan sokongan moral.
Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan rakan yang
telah berkongsi maklumat dan idea yang berkaitan dengan Pengenalan Ilmu
Sejarah.
PENGENALAN

Sejarah merupakan disiplin ilmu tentang peristiwa masa lampau. Sejarah


amat penting dalam memupuk semangat cinta akan negara demi meneruskan
ketamadunan negara kita. Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa
lampau. Peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan sesebuah
masyarakat atau negara akan dikaji oleh sejarawan. Sejarawan merupakan ahli
sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian
mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau majalah. Terdapat beberapa
pengertian Sejarah dari aspek Bahasa seperti Bahasa Melayu, Kamus Dewan
dan Bahasa Inggeris.
HASIL DAPATAN

(a) Menjelaskan pengertian Sejarah dalam Bahasa Melayu, Kamus Dewan dan Bahasa
Inggeris.

Merujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, pengertian Sejarah dalam


Bahasa Melayu ialah istilah Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu
“Syajaratun” yang bererti pokok. Sejaraha juga dikaitkan dengan
salasilah, Riwayat, keturunan dan asal usul.

Seterusnya, pengertian Sejarah dalam Kamus Ddewan ialah peristiwa


yang benar-benar berlaku pada masa lampau. Kamus Dewan juga
mendefinasikan tentang kajian atau pengetahuan tentang peristiwa yang
telah lalu. Sejarah juga bermaksud asal usul dan salasilah

Akhir sekali, dalam Bahasa Inggeris, Sejarah ialah history yang


bermaksud cerita tentang seseorang yang berasal daripada Bahasa Yunani
iaitu historia. Historia bererti penyelidikan.
HASIL DAPATAN

(b) Menghuraikan pengertian Sejarah mengikut pandangan sejarawan.

Menurut Buku teks Sejarah Tingkatan 1, Herodotus berpendapat


bahawa Sejarah ialah “penceritaan tentang Tindakan manusia yang
penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya peristiwa”. Karyanya
juga ditulis berdasarkan kajian terhadap peristiwa yang benar-benar
berlaku.

Seterusnya, Ibn Khaldun berpandangan bahawa “Sejarah


membicarakan tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan
perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu”.

Selain itu, menurut pandangan Khoo Kay Kim, “Sejarah merujuk


kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita
lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping
menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah juga ialah ibu
kepada semua bidang”.

Akhir Sekali, merujuk Muhd Yusof Ibrahim, “Sejarah ialah masa lalu
itu sendiri. Sejarah juga merupakan satatan ataupun rekod tentang sesuatu
peristiwa yang berlaku pada masa lalu”. Beliau juga merupakan
sejarawan tempatan yang mengkaji tentang ilmu dan disiplin Sejarah.
Antara karya beliau yang terkenal termasuklah Sejarawan dan
Prasejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi.
HASIL DAPATAN

(c) Menceritakan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku dalam kehidupan saya

Menurut ibu saya, gambar ini diambil semasa kami melawat pesta bunga
floria di Putrajaya pada tahun 2013. Kami melihat banyak pokok bunga yang
pelbagaiwarna dan bentuk yang sangat cantik dan menarik. Saya juga pergi ke
sana bersama ahli keluarga saya.
Menurut abang saya, kami akan balik ke kampung di Tawau setiap 2 tahun.
Gambar ini juga diambil pada 6/8/2013 sewaktu kami ingin menyambut Hari
Raya Aidilfitri. Kami menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Kuala
Lumpur ke Tawau.
Menurut ibu saya, gambar ini menunjukkan hari pertama persekolahan
semasa saya berumur 5 tahun pada tahun 2014. Saya sangat gembira kerana
dapat pergi ke sekolah baharu. Di samping itu, saya juga berasa gementar
kerana sebelum ini saya hanya belajar dari rumah dari rumah.
Menurut kakak saya, gambar ini diambil sewaktu kami berada di Lapangan
Terbang Kota Kinabalu untuk menghantar ibu, abang dan adik saya pulang ke
Putrajaya pada 23/6/2018 untuk bekerja sementara kami akan berpindah ke
kampung Tudan Baru, Keningau yang merupakan kampung ibu saya.
HASIL DAPATAN

(d) Memberi pendapat tentang sebab generasi muda masa kini perlu mempelajari Sejarah

Menurut carian atas talian, antara sebab generasi muda masa kini
perlu mempelajari Sejarah ialah untuk mengenal asal usul. Ini kerana
generasi muda boleh mengenal asal usul keluarga dan negara. Kita juga
boleh memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa.

Seterusnya, ialah mengambil iktibar kerana melalui Sejarah kita dapat


mengambil iktibar terhadap peristiwa lalu.

Selain itu, dengan mempelajari Sejarah kita dapat memupuk semangat


patriotik dengan membangkitkan perasaan untuk menghargai warisan
negara. Seterusnya, sifat menghargai warisan negara dapat menyemai
rasa cinta akan negara serta menaikkan semangat patriotik.

Akhir sekali, kita dapat mengukuhkan perpaduan. Hal ini kerana


pemahaman mengenai peristiwa Sejarah amat penting untuk memupuk
keharmonian kaum. Selain itu, Sejarah bukan sahaja dapat mengukuhkan
perpaduan, malahan membentuk masyarakat yang mempunyai kesedaran
untuk menjaga dan meneruskan adat resam serta tradisi.
KESIMPULAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah


dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini,
banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang saya telah pelajari. Selepas
menjalankan Kerja Kursus Sejarah Pengenalan Ilmu Sejarah, saya rasa amat
bersyukur dapat mempelajari ilmu Sejarah. Selepas melakukan kerja kursus ini,
banyak nilai dan pelajaran yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga dapat
memahapi maksud Sejarah. Selepas melakukan kerja kursus ini,saya jugha
dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul
serta dapat meningkatkan kemehiran berkomunikasi. Di samping itu, saya juga
dapat belajar tentang nilai mengenal asal usul, mengambil iktibar terhadap
peristiwa yang lalu, memupuk semangat patriotisme, mengukuhkan perpaduan
dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja
kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya Bersama
rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
RUJUKAN

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

2. http://semahsukasejarah.blogspot.com/2019/08/mengapa-perlu-belajar-
sejarah.html

You might also like