Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Bunyi boleh dipantul

1. Apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras, bunyi akan
dipantulkan semula.
2. Contoh pantulan bunyi di sekeliling kita:
1. Bercakap di dalam bilik yang kosong
2. Menjerit di dalam gua
3. Menjerit di dalam dewan yang kosong

6.4 Fenomena Pantulan Bunyi


1. Pantulan bunyi berlaku di sekeliling kita. Pantulan bunyi digunakan
oleh manusia dan haiwan dengan pelbagai cara.
2. Contoh fenomena pantulan bunyi:
1. Gema: Gema ialah bunyi yang terhasil apabila bunyi
dipantulkan pada permukaan yang keras.
2. Ultrasonik: Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat didengar
oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti kelawar,
ikan lumba-lumba dan paus untuk memandu arah dan mengesan
lokasi mangsa masing-masing. Dalam bidang perubatan,
pantulan bunyi ultrasonik digunakan untuk mengesan organ di
dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan.
3. Sonar: Sonar ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang
digunakan untuk mengesan objek di dalam air.

You might also like