Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

2018--2019

Dekolonisasi dan
Pengambilan
Kedaulatan India
2018--2019

Faktor-faktor Kebangkitan Nasionalisme


2018--2019

Pendidikan Barat
1. Pendidikan Barat memberi kesedaran kebangsaan
dalam rakyat India.
2. British memperkenalkan pendidikan barat untuk
memupuk kesetiaan rakyat India kepada British.
3. British melantik Sir Charles Wood untuk mengubal
sistem pendidikan India pada tahun 1854.
4. Tokoh-tokoh nasionalis berpendidikan barat adalah
seperti Raja Ram Mohan Roy, Surendranath Banerjee
dan G. K. Gokhale.
2018--2019

Bahasa Inggeris
1. Bahasa Inggeris melahirkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat.
2.Terdapat lebih kurang 600 bahasa daerah yang dituturkan
oleh penduduk di seluruh India. Ia menjadi batu
penghalang untuk memupuk persefahaman dan
menyatukan rakyat India.
3.Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan
bertindak sebagai alat perpaduan orang india yang
terbelah bahagi dari segi agama,bangsa dan wilayah.
2018--2019

Peranan Akhbar
1. Akhbar memainkan peranan dalam membangkitkan
kesederan nasionalisme dalam rakyat.
2. Contoh akhbar seperti Madras Courier (1785), Bengal
Gazette (1780) dan Bombay Gazette (1789).
3. Akhbar ini berada bawah kawalan kerajaan , namun
memainkan peranan sebagai medium untuk menyuarakan
pandangan rakyat.
4. Akhbar tempatan ini melahirkan kesederaan politik dalam
rakyat.
2018--2019

Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan


1. Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moder
turut melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan
rakyat.
2.Pembinaan jalan raya, landasan kereta api dan sistem pos
meningkatkan mobiliti serta merapatkan hubungan raktyat.
3.Peningkatab dalam sistem pengangkutan membolehkan
idea nasionalisme tersebar dengan pantas.
2018--2019

Dasar ekonomi British


1. British mengamalkan dasar ekonomi untuk memenuhi
kepentingan sektor perindustrian di England.
2.Dasar ini telah menindas industri tekstil dan perkilangan
tempatan.
3.British juga mengawal perusahaan tempatan untuk
menjaga kepentingan perusahaan yang dihendalikan oleh
orang Inggeris.
4.Hal ini menjejaskan sumber pendapatan masyarakat
tempatan dan membangkitkan perasaan benci terhadap
British.
2018--2019

Perkembangan Kongres Kebangsaan India


(1885-1919)
2018--2019
Penubuhan Kongres Kebangsaan India
1. Kebangkitan akibat perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat India terhadap
pemerintahan British melahirkan kebimbangan dalam kalangan orang Eropah.
Perkembangan ini menyebabkan timbul keperluan untuk menubuhkan sebuah
organisasi bagi membolehkan rakyat menyalurkan pandangan mereka kepada
pemerintah.
2. Allan Octavian Hume, seorang kakitangan kerajaan menyeru kepada siswazah
Universiti Culcutta agar menubuhkan sebuah organisasi bagi kemajuan
moral,material dan politik tanah air mereka.
3. Beliau juga mendapat sokongan daripada Wizurai Lord Dufferin bagi organisasi yang
bakal ditubuh.
4. 72 orang pemimpin India mengadakan pertemuan di Bombay pada 25 hingga 31
Disember 1885 ekoran itu.
5. Pertemuan ini menjadi asas kepada Kongres Kebangsaan India bawah pimpinan W.C.
Banerjee pada tahun 1885.
2018--2019

Dasar Kongres Kebangsaan India


1. Kongres Kebangsaan India tidak menggunakan pendekatan yang agresif dan radikal.
2. Hal ini kerana, kongres menumpukan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada
pemerintahan British.
3. Pemimpin-pemimpin kongres ini percaya terhadap sistem keadilan dan Liberalisme.
4. Mereka mengamalkan dasar sederhana dan melancarkan perjuangan mengikut
perlembangaan.
5. Semasa persidangan kongres kedua yang diadakan di Culcutta pada tahun 1886, Lord
Dufferin meraikan beberapa orang pemimpin pertubuhan tersebut.
6. Walaupun pemimpin kongres ini sering mengkritik dasar pemerintahan British, mereka
menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan.
2018--2019
Sikap Kerajaan Terhadap Kongres
1. Pada peringkat awal, wujud hubungan baik antara kerajaan British dengan Kerajaan
Kebangsaan India. Namun, persahabatan yang wujud antara kedua-dua pihak ini
tidak kekal lama.
2. Hubungan menjadi renggan apabila Lord Dufferin menyatakan bahawa kongres
adalah ‘Microscopic Minority’. Kenyataan ini melahirkan perasaan tidak puas hati
terhadap pucuk pemimpin Kongres.
3. Golongan intelektual menganggap kritikan itu tidak adil. Walaupun mereka adalah
golongan minoriti, tetapi mereka memainkan peranan sebagai jurucakap kepada
majoriti penduduk India yang tidak berpendidikan.
4. Golongan intelektual memainkan peranan dalam melindungi kepentingan rakyat.
5. Pada tahun 1888, Kongres menubuhkan sebuah pejabat di London untuk
menyampaikan maklumat tentang tindakan kerajaan British di India kepada rakyat
Britain.
2018--2019

Akta Majlis, 1892


1. Lord Dufferin meluluskan Akta Majlis India, 1892 bagi menambahkan bilangan orang
India dalam pentadbiran.
2. Antara perubahan bagi meningkatkan penyertaan orang India dalam pentadbiran
adalah seperti berikut :
 Bilangan anggota Majlis Wizurai ditambah kepada 16 orang
 Anggota Majlis Wizurai terdiri daripada 6 anggota rasmi dan 10 anggota tidak rasmi
 Pelantikan anggota tidak rasmi dilakukan oleh wizurai, Majlis Perundangan Presidensi dan
Dewan Perniagaan Culcatta.
3. Sebahagian daripada anggota Majlis ini dipilih oleh badan-badan seperti Majlis Daerah,
Universiti, dan Dewan Perniagaan.
4. Anggota tidak rasmi dalam Majlis Perundangan diberi kuasa untuk menyuarakan hak
dan kepentingan penduduk tempatan.
2018--2019

Kemunculan Golongan Ekstremis


1. Akta Piagam India yang diluluskan oleh Parlimen British menimbulkan perasaan tidak
puas hati golongan nasionalis India.
2. Tindakan Lord Elgin merperkenalkan cukai bagi pakaian buatan tempatan
menambahkan kemarahan golongan nasionalis.
3. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan ekstremis dalam Kongres yang
terdiri daripada golongan muda.
4. Golongan ekstremis telah mengambil pendirian yang tegas termasuk keganasan
sekiranya perlu terhadap kerajaan.
5. Mereka tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh golongan liberal
ketika berurusan dengan kerajaan.
6. Golongan ekstremis di bawah pimpinan Bal Gangadhar Tilak, Lajpat Rai, dan Bipin
Chandra Pal yang merangka program untuk menentang kerajaan.
2018--2019

Gerakan Pemerintahan Sendiri


(Home Rule League)
2018--2019
Pakatan Lucknow
1. Pakatan Lucknow ditandatangani oleh kongres dam liga Islam pada
tahun 1916.
2. Faktor penubuhan pakatan Lucknow adalah kerana British tidak
memberikan bantuan kepada Turki semasa perang dunia pertama.
3. Empayar Turki berada di ambang perpecahan semasa Perang Dunia
Pertama.
4. Kongres bersetuju untuk menerima pilihan raya berasingan bagi orang
Islam.
5. Matlamat utama mereka adalah untuk mencapai taraf dominion.
Ekoran daripada Pakatan Lucknow, gerakan kebangsaan menjadi
amat popular.
6. Perkembangan ini menyebabkan kerajaan British memberikan lebih
banyak konsesi kepada India pada tahun 1917.
2018--2019

Deklarasi Ogos 1917


1. Pada 20 Ogos 1917, Edwin Montagu, iaitu Setiausaha Negara India
mengumumkan deklarasi yang amat bersejarah. Antara perkara yang
dijanjikan dalam deklarasi tersebut adalah menambahkan penyertaan
orang India dalam perkhidmatan awam dan membangunkan institusi
pemerintahan sendiri secara berperingkat.
2. Edwin Montagu mengadakan lawatan ke India. Hasil lawatannya,
beliau mengeluarkan laporan tentang reformasi perlembangan India.
3. Laporan tersebut meletakkan asas bagi pengenalan Akta Kerajaan
India,1919 yang juga dikenali sebagai Reformasi Montagu-Chelmsford.
2018--2019

Perkembangan Gerakan Kebangsaan


(1919-1935)
2018--2019

Penglibatan Gandhi
1. Penglibatan Gandhi dalam pergerakan kemerdekaan India bermula pada tahun
1919.
2. Gandhi dilahirkan dalam kalangan keluarga ortodoks Hindu pada 2 Oktober 1869.
3. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Britian ketika
berusia 19 tahun.
4. Beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat dalam bidang gauman di Bombay.
5. Beliau melancarkan penentangan terhadap dasar aparteid dan undang-undang
diskriminasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Afrika Selatan terhadap orang India
dan penduduk berkulit hitam.
6. Selepas kembali ke India, beliau memulakan perjuangan untuk membela nasib
golongan petani yang hidup dalam kesengsaraan.
7. Beliau melancarkan perjuangan untuk membela petani-petani di Champaran,
Bihar, Kheda dan Gujerat.
2018--2019

Akta Rowlatt,1919
1. Gandhi menyertai kongres kebangsaan India selepas kerajaan
meluluskan Akta Rowlatt pada Mac 1919.
2. Akta ini memberi kerajaan kuasa untuk menahan individu dalam
kegiatan subversif, menubuhkan tribunal khas, mengawal akhbar-
akhbar, dan menggunakan kekesaran untuk mengawal rakyat.
3. Gandhi mengemukakan rayuan kepada Lord Chelmford menolak
rayuan yang dikemukan oleh Gandhi.
2018--2019

Gerakan Satyagraha
1. Gandhi melancarkan bantahan penentangan pasif kerana sikap
kerajaan British.
2. Beliau menyeru rakyat India agar tidak mematuhi undang-undang
baharu sehingga kerajaan menarik balik undang-undang tersebut.
3. Rakyat India juga diminta supaya mengadakan bantahan dan tidak
bekerja pada 30 Mac 1919 (kemudian ditunda ke 6 April ) yang
diisytiharkan sebagai Hari Bantahan.
4. Pergerakkan Satyagraha mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada rakyat India.
2018--2019

Tragedi Jalian Wala Bagh


1. Bantahan telah diadakan di Jallian Wala Bagh, Amristar.
2. Jeneral Dyer mengarah pasukan tentera bawah pimpinannya untuk
menembak orang ramai ketika mesyuarat tersebut.
3. Kejadian ini menyebabkan 379 orang terbunuh, manakala 1200 orang
telah tercedera.
4. British mengisytiharkan undang-undang darurat dan menahan orang
ramai yang tidak mematuhi undang-undang.
5. Keganasan dan penindasan kerajaan British menyebabkan rakyat
hilang kepercayaan.
2018--2019

Penubuhan Parti Swaraj


1. Tindakan Gandhi membatalkan kempen tidak kerjasama
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
kongres kebangsaan India.
2. Kongres juga tidak puas hati dengan keupayaan Gandhi untuk
memboikot pilihan raya yang diadakan pada tahun 1920.
3. Pemimpin-pemimpin Kongres tidak puas hati bawah pimpinan
Mothal Nehru dan C.R Das menubuhkan parti Swaraj.
4. Parti Swaraj bertandingan dan menguasai 45 kerusi dalam majlis
perhimpunan.

You might also like