Skrip

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pendahuluan

Dalam meniti arus globalisasi ini, kita tahu bahawa kebanyakkan bidang mengalami
kemajuan tanpa kita sedari salah satunya kemajuan dunia perubatan dimana dunia
perubatan ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Antara kemajuan
dunia perubatan yang terkenal ialah pembedahan plastic. Maka, apa yang dimaksudkan
dengan pembedahan plastic? Pembedahan plastic berasal daripada Bahasa Yunani iaitu
plastikos yang membawa maksud membentuk atau mengubah semula bentuk. Pembedahan
plastik adalah prosedur perubatan yang menawarkan pembentukan semula struktur badan
individu kepada bentuk baru samada daripada tidak normal atau kurang cantik kepada lebih
cantik.
Mengubah ciptaan Allah SWT bermaksud mengubah fitrah yang telah Allah SWT kurniakan
pada makhluknya sama ada daripada sudut agama atau penciptaan-Nya. Berkata Imam al-
Baidhawi Rahimahullah bagi ayat tersebut: [Dan aku akan menyuruh mereka mengubah
ciptaan Allah] dari (asal) muka, rupa dan sifatnya. Lalu termasuk sekali dalam kategori
ialah apa yang disebut seperti perbuatan menyucuk mata Hami (unta jantan yang pernah
sepuluh kali membuntingkan), mengkasi hamba sahaya, bertatu, menjarangkan gigi,
meliwat, perbuatan sihaq (lesbian), dan seumpama dengannya. Begitu juga menyembah
matahari, bulan dan mengubah fitrah milik Allah Taala iaitu Islam dan menggunakan
anggota dan kekuatan untuk membuat benda yang tidak mampu diterima oleh jiwa pada
kesempurnaannya dan tidak layak dijadikan perantaraan kepada Allah (yakni penyembah
berhala yang membina sendiri berhalanya). Umum lafaz ayat ini menegah secara mutlak
perbuatan mengkasikan tetapi para fuqaha menyatakan rukhsah pada mengkasikan haiwan
ternakan kerana keperluan.”

Namun, pada pandangan islam terhadap orang yang melakukan pembedahan plastic ataupun
tidak melakukannya itu adalah sama darjat dan tiada yang istimewa di hadapan Allah SWT
yang berbeza hanyalah bekalan amalan di dunia. Oleh itu, Al-quran merupakan sumber utama
bagi manusia mengetahui hukum-hukum Islam yanga telah dijelaskan secara terperinci dalam
ibadah.

Tujuan

Kebiasaannya, orang yang melakukannya ialah orang yang mempunyai cacat dari segi fizikal
samada cacat sejak lahir ataupun cacat akibat sebab-sebab tertentu. Terdapat dua bahagian
perlaksanaan pembedahan plastic ini iaitu pembedahan plastic pada cacat bawaan seperti
bibir sumbing atau mata buta. Selin itu, pembedahan plastic pada luka terbakar contohnya,
wajah yang terkena air bateri atau organ tubuh yang tersiram air panas ataupun akibat
kemalangan. Manakala bagi tujuan untuk mencantikkan bentuk tubuh kerana mempunyai
tahap keinginan yang tinggi untuk mencantikkan diri agar bentuk badan kelihatan lebih
menarik dan menawan. Akhir sekali, melakukan pembedahan plastic bagi tujuan untuk
menggantikan anggota organ tubuh yang rosak akibat daripada penyakit. Pembedahan ini
jarang didengar dan jarang dilakukan oleh orang. Hal ini kerana, pembedahan ini dilakukan
atas sebab tertentu dan tak boleh sesuka hati tanpa melakukan sebarang kajian.

You might also like