Surat Pemakluman Ibu Bapa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEBUYAU


94850 Sebuyau Tel : 083-467146
Sarawak Faks : 083- 467671
E-mel : sekolah-9698@moe-dl.edu.my

Ruj. Kami : SMKSBY.700-8/2/1 ( )


Tarikh : 5 Januari 2023

Semua Ibu bapa / Penjaga


Murid Tingkatan 5 Tahun 2022
SMK Sebuyau
94850 Sebuyau

Tuan / Puan,

MAJLIS RESTU ILMU/ BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis restu ilmu
bersama ibu bapa atau wakil (seorang sahaja) dan murid tingkatan 5 secara bersemuka
untuk semua calon SPM 2022. Di samping itu, pihak sekolah turut mengadakan untuk
pengagihan bantuan awal persekolahan. Majlis ini akan dilaksanakan seperti berikut:
Tarikh : 6 Februari 2023
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Sri Ruai SMK Sebuyau
Masa : 7.00 pagi – 1.30 petang

3. Kehadiran pihak tuan / puan adalah WAJIB dan amatlah kami harapkan dalam
membantu prestasi serta meningkatkan semangat anak tuan / puan dalam menduduki
SPM Tahun 2022 yang kian dekat. Kehadiran murid ke sekolah adalah seperti waktu
persekolahan biasa.

Kerjasama tuan / puan akan membantu anak tuan / puan menghadapi peperiksaan SPM
dengan mudah dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang. Minum pagi juga
disediakan oleh pihak sekolah. Guru yang bertanggungjawab dan boleh dihubungi ialah
Cik Nurul Arifah binti Mohd Zaki di talian 011-26537984.

Sekian, terima kasih.

" WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 "

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menjalankan amanah,

(SELAMAT BIN MARKOSEN)


Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau
Sebuyau

Ubk/smks/program_2023 (Sila catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung)

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”

You might also like