Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

1. Rajah di bawah menunjukkan alat pengukuran yang digunakan di makmal.


a) Namakan alat pengukuran di bawah.

Neraca tiga alur Neraca spring Angkup dalam

NERACA SPRING ANGKUP DALAM NERACA TIGA ALUR

( 3 Markah )

b) Padankan kegunaan dengan alat pengukuran yang sesuai.

Kegunaan Alat pengukur

Mengukur ketebalan
kertas

Mengukur diameter luar


sebuah bikar

( 2 Markah )

2 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55
c) Gariskan jawapan yang betul.
i) Unit S.I. bagi panjang ialah ( meter / kilometer )
ii) Berat sesuatu objek ialah daya ( geseran / graviti ) yang bertindak ke atas objek itu.

( 2 Markah )

2. Rajah di bawah menunjukkan sel-sel dalam badan manusia.


a) Namakan sel-sel berikut.

SPERMA

SEL DARAH PUTIH

( 2 Markah )

b) Nyatakan struktur sel yang mempunyai fungsi berikut.

Fungsi Struktur sel


Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel MEMBRAN SEL

Menyerap tenaga cahaya untuk proses fotosintesis KLOROPLAS

( 2 Markah )

c) Lengkapkan organisasi sel mengikut turutan yang betul.

SEL TISU ORGAN SISTEM ORGANISMA

( 2 Markah )

3. Rajah berikut menunjukkan seorang kanak-kanak sedang kesejukan.

3 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

a) Berdasarkan rajah di atas, tentukan pernyataan yang berikut adalah Benar atau Palsu.

Pernyataan Benar / Palsu


Suhu badan kurang kurang daripada 37°C. BENAR

Salur darah mengembang. PALSU

Bulu roma condong ke kulit. PALSU

Melibatkan sistem endokrin. BENAR

( 4 Markah )

b) Gariskan jawapan yang betul tentang homeostasis.


i) Homeostasis ialah pengekalan keadaan persekitaran ( luar / dalam ) badan supaya sentiasa
berada dalam keadaan seimbang dan stabil.
ii) ( Jantung / Otak ) bertindak sebagai pusat kawalan yang menghasilkan mekanisme pembetulan
dalam homeostasis.

( 2 Markah )

4. Rajah di bawah menunjukkan sistem pembiakan lelaki.

4 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

R
P

S
Q

a) Labelkan P, Q, R dan S dengan menggunakan perkataan yang diberikan di bawah.

TESTIS URETRA KELENJAR PROSTAT DUKTUS SPERMA

P : DUKTUS SPERMA
Q : TESTIS
R : KELENJAR PROSTAT
S : URETRA

( 4 Markah )

b) Padankan bahagian pada sistem pembiakan lelaki dengan fungsi yang betul.

Struktur Fungsi

Testis Melindungi testis

Skrotum Menghasilkan sperma

( 2 Markah )

5. Rajah di bawah menunjukkan kitar karbon dan kitar oksigen.

5 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

a) Apakah kesan peningkatan gas karbon dioksida di udara?

- PEMANASAN GLOBAL BERLAKU / KENAIKAN ARAS LAUT / PERUBAHAN IKLIM


( 1 Markah )

b) Nyatakan aktiviti manusia yang menyebabkan peningkatan gas karbon dioksida di udara.

- PENEBANGAN HUTAN YANG TIDAK TERKAWAL / PEMBAKARAN BAHAN API FOSIL


( 1 Markah )

c) Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai seperti yang telah diberikan.

karbon dioksida oksigen respirasi fotosintesis

i) Proses tumbuhan hijau membuat makanan ialah proses FOTOSINTESIS.

ii) Semasa membuat makanan, tumbuhan-tumbuhan menggunakan gas KARBON DIOKSIDA.

iii) Gas OKSIGEN yang dibebaskan oleh tumbuhan semasa membuat makanan digunakan oleh haiwan
dan manusia untuk bernafas.

iv) Proses pernafasan oleh semua benda hidup dikenali sebagai proses RESPIRASI.

( 4 Markah )

6. Rajah di bawah menunjukkan beberapa organ yang terlibat dengan pencernaan.

6 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

a) Organ Q seorang pesakit telah dibuang disebabkan suatu penyakit. Namakan organ Q.

PUNDI HEMPEDU
( 1 Markah )

b) Apakah kelas makanan yang perlu dielakkan? Berikan alasan.

KELAS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN IALAH LEMAK.


LEMAK TIDAK DAPAT DIEMULSIKAN KEPADA TITISAN KECIL KERANA KETIADAAN
HEMPEDU. PUNDI HEMPEDU BERFUNGSI UNTUK MENYIMPAN HEMPEDU.
( 2 Markah )

c) Jadual di bawah menunjukkan tiga menu berbeza. Tandakan diet yang paling sesuai bagi pesakit
tersebut.

MENU 1 MENU 2 MENU 3

 Kentang goreng  Cucur udang  Ikan kukus


 Ayam goreng  Nasi goreng  Salad sayuran
 Mee  Minuman berkarbonat  Susu segar

( 1 Markah )

d) Rajah di bawah menunjukkan maklumat nutrisi pada satu bungkusan makanan ringan.

7 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

Jumlah per hidangan

Lemak 52
Karbohidrat 12
Protein 4

Diberi nilai tenaga bagi lemak, karbohidrat dan protein masing-masing ialah 38 kJ/g, 17 kJ/g dan
17kJ/g. Hitung jumlah kuantiti tenaga bagi satu hidangan dalam bungkusan makanan ringan itu.

KUANTITI TENAGA = ( 52g X 38kJ/g ) + ( 12g X 17kJ/g ) + ( 4g X 17kJ/g )


= 1976 + 204 + 68
= 2248 kJ

( 2 Markah )

7. a) Padankan istilah-istilah dengan takrifan yang betul pada rajah di bawah.

Takrifan

Terdiri daripada beberapa komuniti yang


( 3 Markah ) saling berinteraksi antara satu dengan yang
lain dan dengan alam persekitaran
b) Rajah di bawah menunjukkan interaksi antara dua
organisma. Tulis mutualisme, komensalisme atau Organisma-organisma yang sama dari segi
parasitisme dalam petak yang disediakan. rupa dan struktur serta dapat saling membiak
Sekumpulan organisma yang sama jenis yang
hidup bersama-sama dalam suatu habitat

(i) PARASITISME (ii) MUTUALISME (iii) KOMENSALISME

( 3 Markah )
8. Nyamuk aedes merupakan salah satu vektor yang boleh menyebarkan penyakit.

8 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

a) Apakah nama penyakit yang disebabkan oleh nyamuk Aedes?

DEMAM DENGGI
( 1 Markah )

b) Huraikan proses penyebaran penyakit oleh nyamuk Aedes kepada orang lain.

- NYAMUK YANG TELAH MEMPUNYAI PATOGEN DI DALAM KELENJAR AIR LIURNYA


MENGHISAP DARAH ORANG YANG BELUM DIJANGKITI.
- NYAMUK LAIN MENGGIGIT MANGSA YANG TELAH DIJANGKITI DAN
MENYEBARKAN JANGKITAN KE MANGSA LAIN PULA.
( 2 Markah )

c) Kawasan perumahan anda disahkan mempunyai kes jangkitan penyakit yang disebarkan oleh nyamuk
Aedes. Nyatakan dua tindakan yang boleh diambil untuk mencegah penularan penyakit tersebut?

- MEMUSNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN DAN PERLINDUNGAN NYAMUK AEDES


- MELAKUKAN SEMBURAN UNTUK MEMBUNUH NYAMUK AEDES
- MEMUTUSKAN TRANSMISI JANGKITAN DENGAN MENGASINGKAN PESAKIT DAN
MEMBERI RAWATAN AWAL
( 2 Markah )

9. Rajah di bawah menunjukkan sumber makanan bagi satu kelas makanan.

9 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

a) Namakan kelas makanan tersebut.

PROTEIN
( 1 Markah )

b) Nyatakan satu kepentingan kelas makanan tersebut.

- MEMBAIKI TISU BADAN YANG ROSAK


- MENGGANTIKAN SEL BADAN YANG TELAH MATI
- MENSINTESIS ENZIM, HORMON DAN ANTIBODI
( 1 Markah )

c) Namakan penyakit yang diakibatkan oleh kesan kekurangan kelas makanan tersebut.

PENYAKIT KWASYIORKOR
( 1 Markah )

d) Seorang ibu telah disarankan oleh doktor supaya meningkatkan pemberian susu kepada anaknya yang
berumur dua tahun. Jelaskan mengapa.

SUSU MENGANDUNGI PROTEIN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK UNTUK


PERTUMBUHAN.
( 1 Markah )

e) Terangkan mengapa keperluan kalori seseorang individu yang tinggal di London semasa musim
sejuk berbeza dengan seseorang individu yang tinggal di Malaysia.

INDIVIDU YANG TINGGAL DI NEGARA BERIKLIM SEJUK AKAN LEBIH CEPAT


KEHILANGAN HABA KE PERSEKITARAN BERBANDING DENGAN INDIVIDU YANG
TINGGAL DI MALAYSIA. OLEH ITU, MEREKA MEMERLUKAN KUANTITI KALORI YANG
LEBIH BANYAK UNTUK MENGEKALKAN SUHU BADAN SEMASA MUSIM SEJUK.
( 2 Markah )

10. Tumbuhan boleh dikelaskan kepada tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Rajah
menunjukkan tiga jenis tumbuhan, P, Q dan R.

10 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

Pengelasan tumbuhan berbunga dibahagikan kepada monokotiledon dan dikotiledon.

a) Berdasarkan rajah di atas, tumbuhan yang manakah adalah monokotiledon dan dikotiledon?

Monokotiledon Dikotiledon

Q P, R

( 2 Markah )

b) Nyatakan dua ciri tumbuhan monokotiledon.

i) DAUN BERURAT SELARI / BATANG MEMPUNYAI BERKAS VASKULAR


BERSELERAK
ii) MEMPUNYAI AKAR SERABUT / RANGGI BUNGA DALAM GANDAAN TIGA /
MEMPUNYAI SATU KOTILEDON
( 2 Markah )

c) Terangkan kepentingan tumbuhan kepada organisma hidup.

- MEMBANTU MENGEKALKAN KESEIMBANGAN GAS DALAM UDARA


- MEMBEKALKAN HABITAT SEMULA JADI KEPADA ORGANISMA
- MEMBEKALKAN SUMBER MAKANAN KEPADA ORGANISMA
( 1 Markah )

d) Tumbuhan tidak berbunga terdiri daripada lumut, konifer dan paku-pakis. Nyatakan cara pembiakan
bagi lumut.

PEMBENTUKAN SPORA
( 1 Markah )

11. Rajah di bawah menunjukkan sistem pencernaan manusia. Pencernaan makanan berlaku di sepanjang
salur pencernaan serta terbahagi kepada pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.

11 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

Alisya mengambil sekeping roti disapu mentega, sebiji telur rebus dan segelas susu sebagai sarapan
pagi.

a) Pencernaan makanan bermula di dalam mulut. Nyatakan apakah yang berlaku kepada makanan
tersebut di dalam mulut.

MAKANAN DIKUNYAH MENJADI CEBISAN YANG LEBIH KECIL DAN DICAMPURKAN


DENGAN AIR LIUR
( 1 Markah )

b) Enzim ialah bahan yang dihasilkan di dalam badan untuk menggalakkan tindak balas kimia dalam
sisitem pencernaan. Apakah fungsi enzim yang terdapat di mulut?

ENZIM DI DALAM MULUT MENCERNAKAN KANJI MENJADI MALTOSA


( 1 Markah )

c) Nyatakan perbezaan jenis pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.

PENCERNAAN FIZIKAL MELIBATKAN TINDAKAN MENGUNYAH MAKANAN OLEH


GIGI MENJADI CEBISAN YANG LEBIH KECIL MANAKALA PENCERNAAN KIMIA
MELIBATKAN TINDAKAN ENZIM-ENZIM TERHADAP MAKANAN SUPAYA BOLEH
DISERAP KE DALAM SISTEM PEREDARAN DARAH.
( 1 Markah )

d) Mentega mengandungi lemak. Di bahagian manakah pencernaan mentega berlaku?

DUODENUM DAN USUS KECIL


( 1 Markah )

e) Nyatakan kelas makanan yang terdapat dalam telur rebus. Huraikan pencernaan telur rebus di dalam
sistem pencernaan manusia.

12 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55
KELAS MAKANAN YANG TERDAPAT DALAM TELUR REBUS IALAH PROTEIN.
PENCERNAAN PROTEIN BERMULA DI PERUT APABILA PROTEIN DICERNAKAN OLEH
ENZIM PROTEASE MENJADI POLIPEPTIDA.
DI DUODENUM, PENCERNAAN PROTEIN DITERUSKAN OLEH ENZIM PROTEASE
DARIPADA JUS PANKREAS MENJADI POLIPEPTIDA.
PENCERNAAN PROTEIN BERAKHIR DI USUS KECIL APABILA POLIPEPTIDA
DICERNAKAN OLEH ENZIM PROTEASE MENJADI ASID AMINO.
( 3 Markah )

f) Rajah di bawah menunjukkan struktur vilus.

i) Nyatakan fungsi vilus.

VILUS MENINGKATKAN LUAS PERMUKAAN USUS KECIL UNTUK PENYERAPAN


MAKANAN TERCERNA KE DALAM SISTEM PEREDARAN DARAH
( 1 Markah )

ii) Bagaimanakah vilus beradaptasi untuk membolehkannya menjalankan fungsi dengan lebih
cekap?

- MEMPUNYAI DINDING YANG SANGAT NIPIS IAITU SETEBAL SATU SEL


- MEMPUNYAI SALUR DARAH YANG BANYAK UNTUK MENGANGKUT NUTRIEN
KE SELURUH BADAN
- PERMUKAAN BERLIPAT UNTUK MENAMBAHKAN LUAS PERMUKAAN BAGI
PENYERAPAN HASIL PENCERNAAN
( 1 Markah )

iii) Tandakan pada bahan yang boleh meresap ke dalam salur darah melalui dinding vilus.

13 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55
Protein dan karbohidrat

Lemak dan air

Asid amino dan glukosa

( 1 Markah )

12. Organisma dalam suatu ekosistem adalah saling bersandaran antara satu sama lain bagi memastikan
kemandirian spesies. Saling bersandaran yang wujud antara organisma dan komponen bukan hidup
dengan persekitaran semula jadi tanpa gangguan luar akan menghasilkan ekosistem seimbang.
a) Berikan satu contoh komponen bukan hidup yang diperlukan untuk mewujudkan keseimbangan
ekosistem.

AIR / CAHAYA / UDARA / TANAH


( 1 Markah )

b) Nyatakan dua aktiviti manusia yang boleh mengganggu ekosistem yang seimbang.

i) AKTIVITI PENEBANGAN HUTAN YANG TIDAK TERKAWAL / KEGIATAN


PERTANIAN SEPERTI PENGGUNAAN PESTISID DAN BAJA YANG BERLEBIHAN
ii) AKTIVITI PERINDUSTRIAN YANG TIDAK TERANCANG / PEMBUANGAN SAMPAH
SARAP
( 2 Markah )

c) Cadangkan dua langkah yang boleh dilakukan bagi mengekalkan keseimbangan alam.

i) JABATAN PERHUTANAN MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG UNTUK


MENGAWAL AKTIVITI PEMBALAKAN / MENGAMALKAN KITAR SEMULA DAN
MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN YANG TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA
ii) MENINGKATKAN KESEDARAN ORANG RAMAI MELALUI PENERAPAN NILAI
MURNI UNTUK MENGHARGAI KESEIMBANGAN ALAM DI SEKOLAH DAN MEDIA
MASSA / MENGGUNAKAN KAEDAH KAWALAN BIOLOGI DALAM PERTANIAN
BAGI MENGAWAL POPULASI PEROSAK
( 2 Markah )

d) Ekosistem buatan manusia seperti akuarium juga perlu berada dalam keseimbangan. Rajah di bawah
menunjukkan sebuah akuarium kecil yang mengandungi ikan.

14 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

i) Pada pendapat anda, adakah ekosistem tersebut dalam keadaan seimbang? Terangkan jawapan
anda.

EKOSISTEM TERSEBUT ADALAH DALAM KEADAAN TIDAK SEIMBANG.


INI KERANA DALAM EKOSISTEM TERSEBUT TIADA BEKALAN OKSIGEN.
( 2 Markah )

ii) Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai akuarium tersebut untuk mewujudkan kesimbangan
ekosistem? Lakarkan pengubahsuaian anda. Jelaskan.

IKAN
TUMBUHAN

IKAN
PASIR

- MELETAKKAN TUMBUHAN HIJAU ATAU RUMPAI AIR DI DALAM AKUARIUM


- DAPAT MEMBEKALKAN OKSIGEN KEPADA IKAN UNTUK RESPIRASI DAN
MENYERAP KARBON DIOKSIDA UNTUK FOTOSINTESIS
- DAPAT DIJADIKAN MAKANAN KEPADA IKAN
( 3 Markah )

13. Rajah di bawah menunjukkan satu siratan makanan dalam sebuah sawah padi.

15
Padi Tikus Ular © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

Helang
Belalang Katak

a) Namakan pengeluar yang terdapat dalam siratan makanan tersebut.

PADI
( 1 Markah )

b) Mengapakan organisma tersebut dinamakan sebagai pengeluar?

PADI IALAH PENGELUAR KERANA BERUPAYA MENGHASILKAN MAKANAN SENDIRI


MELALUI FOTOSINTESIS
( 1 Markah )

c) Namakan semua pengguna ketiga di dalam rantai makanan di atas.

HELANG DAN ULAR


( 1 Markah )

d) Tuliskan dua rantai makanan yang dapat diperolehi daripadan siratan makanan di atas.

i) PADI TIKUS ULAR HELANG


ii) PADI BELALANG KATAK ULAR HELANG
PADI BELALANG TIKUS ULAR HELANG
( 2 Markah )

e) Populasi apakah yang akan berkurang dengan cepat jika lebih banyak belalang masuk ke dalam
ekosistem ini?

POPULASI PADI
( 1 Markah )

f) Sekiranya semua tanaman padi telah musnah semasa kemarau, ramalkan apakah yang akan berlaku
dalam ekosistem itu. Terangkan jawapan anda.

JIKA SEMUA TANAMAN PADI MUSNAH, POPULASI TIKUS DAN BELALANG AKAN
BERKURANG.
INI KERANA POPULASI TIKUS DAN BELALANG TIADA MAKANAN. SEMUA
ORGANISMA LAIN TURUT TERJEJAS.
( 2 Markah )
g) Kaedah biologi boleh digunakan untuk mengawal populasi tikus yang menjadi perosak di kawasan
sawah padi. Cadangkan cara untuk mengatasi masalah tikus di kawasan sawah padi tanpa
menggunakan sebarang racun perosak. Berikan kebaikan cara tersebut.

16 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

KAWALAN BIOLOGI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI MASALAH TIKUS


DENGAN MEMELIHARA BURUNG HANTU DI KAWASAN SAWAH PADI.
BURUNG HANTU IAITU PEMANGSA AKAN MEMAKAN TIKUS IAITU MANGSA.
( 2 Markah )

h) Kawalan biologi mendatangkan kebaikan kepada Encik Dennis dan alam sekitar. Akan tetapi,
kawalan biologi juga mempunyai kelemahan. Nyatakan dua kelemahan kawalan biologi.

i) KAWALAN BIOLOGI MENGAMBIL MASA YANG LEBIH LAMA UNTUK


MENUNJUKKAN KESAN
ii) KESEIMBANGAN EKOSISTEM MUNGKIN TERGANGGU KERANA SPESIES BAHARU
DIPERKENALKAN KE DALAM EKOSISTEM TERSEBUT
( 2 Markah )

14. Imunisasi merupakan suatu usaha untuk memberikan daya tahan secara aktif terhadap penyakit tertentu
dengan melakukan pemvaksinan. Vaksin mengandungi antigen yang diperoleh daripada struktur virus
atau bakteria yang telah dilemahkan atau dimatikan. Rajah di bawah menunjukkan jadual imunisasi
secara berkala yang diterima oleh kanak-kanak di Malaysia. Beberapa jenis imunisasi perlu diambil
secara berulang.

a) Nyatakan maksud antigen.

17 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55
ANTIGEN IALAH JASAD ASING ATAU BAHAN YANG BUKAN DARIPADA BADAN
SENDIRI YANG MERANGSANG PENGHASILAN ANTIBODI
( 1 Markah )

b) Nyatakan mengapa terdapat beberapa jenis imunisasi perlu diambil secara berulang iaitu melebihi
satu dos.

BEBERAPA JENIS IMUNISASI PERLU DIAMBIL SECARA BERULANG KERANA SEMASA


SUNTIKAN VAKSIN KALI PERTAMA, KEPEKATAN ANTIBODI DALAM DARAH BELUM
MENCAPAI ARAS KEIMUNAN
( 1 Markah )

c) Terdapat sebilangan kecil masyarakat tidak memberikan pemvaksinan ke atas kanak-kanak di


Malaysia. Keadaan ini telah mengakibatkan berlaku penularan kes Difteria dalam kalangan kanak-
kanak yang tidak divaksinkan. Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mencadangkan
agar suntikan vaksin wajib diambil oleh semua kanak-kanak. Wajarkan tindakan tersebut.

TINDAKAN UNTUK MEWAJIBKAN SUNTIKAN VAKSIN KEPADA SEMUA KANAK-


KANAK ADALAH WAJAR.
INI KERANA PEMVAKSINAN DAPAT MENGELAKKAN PENULARAN PENYAKIT
BERJANGKIT DAN MENINGKATKAN SISTEM KEIMUNAN DENGAN MENGHASILKAN
ANTIBODI YANG BOLEH MELAWAN PENYAKIT.
KANAK-KANAK YANG MENGAMBIL SUNTIKAN VAKSIN MEMPUNYAI KURANG
RISIKO DIJANGKITI PENYAKIT BERJANGKIT KERANA SISTEM KEIMUNAN KANAK-
KANAK MASIH LMAH DAN BELUM BERKEMBANG SEPENUHNYA.
( 2 Markah )

d) Nyatakan dua amalan yang boleh menguatkan sistem keimunan.

i) MENDAPAT REHAT DAN TIDUR YANG MENCUKUPI / BERIADAH DAN MENGHIRUP


UDARA SEGAR
ii) TIDAK MEROKOK DAN TIDAK TERDEDAH KEPADA ASAP ROKOK / MELAKUKAN
PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA BERKALA
( 2 Markah )

e) Rajah di bawah menunjukkan aras antibodi dalam darah selepas mendapat dua kali suntikan vaksin.
Kuantiti antibodi
18 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 55

Aras keimunan

Hari

Pemvaksinan Pemvaksinan
pertama kedua

Nyatakan perbezaan antara kepekatan antibodi dalam darah pada suntikan vaksin yang pertama
dengan yang kedua. Terangkan.

KEPEKATAN ANTIBODI DALAM DARAH PADA SUNTIKAN VAKSIN YANG PERTAMA


ADALAH LEBIH RENDAH DARIPADA SUNTIKAN VAKSIN YANG KEDUA.
INI KERANA VAKSIN YANG MENGANDUNGI ANTIGEN SEDANG MERANGSANG
PENGHASILAN ANTIBODI SECARA PERLAHAN BAGI MELAWAN PENYAKIT DAN
BELUM MENCAPAI ARAS KEIMUNAN.
SELEPAS SUNTIKAN KEDUA, KEPEKATAN ANTIBODI MENINGKAT MELEBIHI ARAS
KEIMUNAN KERANA VAKSIN MERANGSANG SEL DARAH PUTIH MENGHASILKAN
LEBIH BANYAK ANTIBODI.
( 2 Markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

Puan Faridah Binti Osman Puan Nor Sanizai Binti Muhammad Rosli Puan Kosnah Binti Karnadi
Guru Mata Pelajaran Sains Ketua Panitia Sains Ketua Bidang Sains dan Matematik
SMK Taman Megah Ria SMK Taman Megah Ria SMK Taman Megah Ria

19 © 2018 Hak Cipta Panitia Sains SMKTMR

You might also like