Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PEMBANGUNAN TENIS

KELAB TENIS SK BUKIT RAHMAT

84700 GERISEK

TANGKAK JOHOR DARUL TA’ZIM

1. PENGENALAN
Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang sudah lama dipertandingkan di negara ini,
sama ada kejohanan anjuran persatuan – persatuan atau kejohanan anjuran Majlis Sukan
Sekolah Malaysia (MSSM). Sukan ini juga telah mula mendapat perhatian daripada semua
peringkat umur dalam negeri Johor. Sehingga hari ini, boleh dikatakan, ramai orang awam
mula bermain tenis, namun masalah yang timbul ialah, penglibatan dari kalangan kanak –
kanak dan remaja agak berkurangan. Satu inisiatif perlu dilakukan bagi memastikan
kelestarian penglibatan semua peringkat umur dalam sukan tenis ini berlaku.

2. OBJEKTIF

2.1 ) Mempromosikan sukan tenis ke seluruh negeri Johor amnya dan khususnya daerah
Tangkak.
2.2 ) Mewujudkan Pusat Latihan Daerah (PLD) yang khusus di Tangkak.

3. MATLAMAT

3.1 ) Melaksanakan Program Pengenalan Sukan Tenis di daerah Tangkak pada setiap tahun.
3.2 ) Menghasilkan pemain – pemain tenis muda yang berkualiti tinggi dan mencabar di
peringkat negeri dan kebangsaan.

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 ) Kumpulan sasaran pertama ialah kanak – kanak berumur 7 dan 8 tahun.
4.2 ) Kumpulan sasaran kedua ialah remaja berumur 13 dan 14 tahun.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Program ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pembangunan Tenis lantikan
Persatuan Tenis Johor dan akan bekerjasama dengan Pengerusi Teknik Tenis lantikan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta lantikan Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak
5.2 Kenal pasti sekolah – sekolah yang berdekatan dengan gelanggang tenis bagi sesebuah
daerah.
5.3 Maklumkan kepada sekolah tersebut tentang program yang akan dijalankan sekurang –
kurangnya 2 minggu lebih awal.
5.4 Menyampaikan surat makluman kepada ibu bapa atau penjaga kepada kumpulan yang
disasarkan.
5.5 Mendapatkan senarai nama peserta yang berminat untuk menyertai program.
5.6 Menjalankan Program Pengenalan Sukan Tenis.
5.7 Setelah selesai program, jurulatih bagi daerah tersebut akan diperkenalkan kepada
peserta dan penjaga yang hadir.
5.8 Segala urusan berkenaan jadual latihan dan yuran latihan akan dibincangkan antara
jurulatih daerah tersebut dengan ibu bapa atau penjaga peserta.

5.9 Program Pengenalan Sukan Tenis ini perlu dilaksanakan pada hari cuti seperti hujung
minggu. Rasionalnya ialah, ibu bapa perlu ada ketika program ini dijalankan.
5.10 Jurulatih bagi sesebuah daerah perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum program
dijalankan kerana jurulatih tersebut yang akan mengetuai Pusat Latihan Daerah dan
menjalankan latihan bagi daerahnya sendiri.
5.11 Bagi memastikan kelicinan perjalanan program, nisbah 1 : 10 akan digunakan. 1
jurulatih akan mengawal 10 orang peserta.
5.12 Jumlah peserta yang hadir pada 1 sesi program bergantung kepada jumlah gelanggang
dan jumlah jurulatih yang untuk sesi promosi pada hari tersebut.

6. JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA PELAKSANA KLINIK TENIS KELAB TENIS SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK


RIMBA TAHUN 2022

PENASIHAT
Pn. Mastura bt Ismail ( Guru Besar )

PENGERUSI
En. Mohamad bin Sawal ( Gpk Ko-ku / PTPS Tenis Daerah Tangkak )

PENYELARAS
Pn. Khatijah bt Sa’an ( Penyelaras 1M1S )

SETIAUSAHA
En. Azid bin Hj Ismail ( Setiausaha Ko-ku )

AJK MAKANAN AJK KAWALAN MURID & KESELAMATAN


1) Pn. Faridah bt Yaakub 1) Cik Deve bt Muhamud
2) Pn. Nurul Huda bt Md Top

AJK SIARAYA & BUKU PROGRAM PENGACARA MAJLIS


1) En. Sulaiman bin Mat Yasan 1) Pn. Noor Azlin bt Lasimin

AJK AKTIVITI AJK PERALATAN


1) Pn. Salamiah bt Mohamad 1) En. Azim Faidz bin Aziz Zaman

AJK PERSIAPAN TEMPAT AJK KEBERSIHAN


1) Pn. Norbahyah bt Abdul Mutalip 1) Pn. Sahruliza bt Abd Samat

6.1 TENTATIF PROGRAM


TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN

5/8/202 8:00 am Pendaftaran peserta Pn. Khatijah bt Sa’an


2

8:15 am Taklimat program En. Mohamad bin


Sawal

8:30 am - Sesi 1 En. Luqman Nul


9:30 am ( Tahap 1 ) Hakeem bin Abd
Rahim
Teori ( kemahiran asas permainan
tenis dan peraturan serta undang -
undang )

9:30 am -
10:00 am Rehat

10:00 am - Sesi 2 En. Luqman Nul


12:00 pm ( Tahap 1 ) Hakeem bin Abd
Amali ( kemahiran asas permainan Rahim
tenis dan peraturan serta undang-
undang )

6/8/2022 8:00 am Pendaftaran peserta Pn. Khatijah bt Sa’an

8:15 am Taklimat program En. Mohamad bin


Sawal

8:30 am - Sesi 1 En. Luqman Nul


9:30 am ( Tahap 2 ) Hakeem bin Abd
Rahim
Teori ( kemahiran asas permainan
tenis dan peraturan serta undang -
undang )

9:30 am -
10:00 am Rehat

10:00 am - Sesi 2 En. Luqman Nul


12:00 pm ( Tahap 2 ) Hakeem bin Abd
Amali ( kemahiran asas permainan Rahim
tenis dan peraturan serta undang-
undang )

7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 SUMBER KEWANGAN

Program Pembangunan Sukan - RM910.00

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN


7.2.1 Makan dan minum murid ( sarapan pagi ) Tahap 1

- 56 orang x RM3.00 = RM168.00

Makan dan minum murid ( makan tengah hari ) Tahap 1

- 56 orang x RM5.00 = RM280.00

7.2.2 Makan dan minum murid ( sarapan pagi ) Tahap 2

- 64 orang x RM3.00 = RM192.00

Makan dan minum murid ( makan tengah hari ) Tahap 2

- 64 orang x RM4.00 = RM256.00

7.2.3 Air mineral


- 14 botol x RM1.00 = RM14.00

Jumlah keseluruhan = RM910.00

8. PENUTUP
Program Pengenalan Sukan Tenis adalah satu inisiatif yang akan dilaksanakan bagi
memastikan negeri Johor tidak akan tandus dengan pemain – pemain tenis pada peringkat
umur kanak – kanak dan remaja. Kerjasama antara Persatuan Tenis Johor dan Jabatan
Pendidikan Negeri Johor amat penting bagi memastikan keberkesanan program ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….………………………………. ……………………………………
( En. Azid bin Hj Ismail ) ( En. Mohamad . Sawal )
Setiausaha Koku GPK Ko-ku
SK Telok Rimba SK Telok Rimba

Disahkan oleh,

……………………………………
( Pn. Mastura bt Ismail )
Guru Besar
SK Telok Rimba

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH


Meluluskan Kertas Cadangan Program Pembangunan Tenis Kelab Tenis SK Telok
Rimba

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Pembangunan Tenis Kelab Tenis SK Telok
Rimba

Ulasan :

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

PN. MASTURA BT ISMAIL


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Telok Rimba
84400 Sungai Mati, Tangkak
Johor Darul Ta’zim

Tarikh : ___________________

You might also like