Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SUKAN DAN PERMAINAN TENIS

SEKOLAH KEBANGSAAN SEROM 4


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
84400 SUNGAI MATI TANGKAK
JOHOR DARUL TA’ZIM

KERTAS KERJA

KLINIK PEMBANGUNAN KELAB TENIS


SEKOLAH KEBANGSAAN SEROM 4
TAHUN 2022
1. PENGENALAN

Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang sudah lama dipertandingkan di negara
ini, sama ada kejohanan anjuran persatuan – persatuan atau kejohanan anjuran
Majlis Sukan Sekolah Daerah ( MSSD ), Majlis Sukan Sekolah Johor ( MSSJ ) dan
Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Sukan ini juga telah mula mendapat
perhatian daripada semua peringkat umur dalam negeri Johor. Sehingga hari ini,
boleh dikatakan, ramai orang awam mula bermain tenis, namun masalah yang
timbul ialah, penglibatan dari kalangan kanak – kanak dan remaja agak berkurangan.
Satu inisiatif perlu dilakukan bagi memastikan kelestarian penglibatan semua
peringkat umur dalam sukan tenis ini berlaku.

2. OBJEKTIF

2.1 ) Memberi pengenalan permainan sukan tenis kepada murid


2.2 ) Meningkatkan kemahiran yang telah dipelajari semasa latihan di sekolah
2.3 ) Mencari pelapis - pelapis baharu dalam pasukan tenis sekolah

3. MATLAMAT

3.1 ) Melaksanakan Program Latihan Sukan Tenis untuk Pasukan Sekolah sepanjang
tahun
3.2 ) Menghasilkan pemain – pemain tenis yang dapat mewakili peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 ) Kumpulan sasaran pertama murid tahap 1 ( umur 7, 8, dan 9 tahun )


4.2 ) Kumpulan sasaran kedua murid tahap 2 ( umur 10,11, dan 12 tahun )

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 1 APRIL 2022


Masa : 8:00 am hingga 10:30 am
Tempat : Gelanggang Tenis Sungai Mati, Tangkak Johor

6. TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN


1/4/2022 8:00 am Pendaftaran peserta
8:15 am Taklimat program En. Mohamad bin
Sawal
8:30 am - Sesi 1 En. Luqman Nul
9:30 am ( Tahap 1 ) Hakeem bin Abd
Rahim
9:30 am -
9:45 am Rehat
9:45 am - Sesi 2 En. Luqman Nul
10:45 am ( Tahap 2 ) Hakeem bin Abd
Rahim
7. ANGGARAN KOS

BIL PERKARA HARGA UNIT JUMLAH


1 Elaun Tutor RM180.00 1 RM180.00
2 Sijil RM 4.00 22 RM 88.00
3 Penyelenggaraan RM100.00 1 RM100.00
4 Runcit RM100.00 1 RM100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM468.00

8. SENARAI NAMA JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA KLINIK TENIS KELAB TENIS SEKOLAH KEBANGSAAN


SEROM 4 SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2022

PENASIHAT
En. Sulaiman bin Wakiman ( Guru Besar )

PENOLONG PENASIHAT
En. Mohamad bin Sawal ( PTPS Tenis Daerah Tangkak )

PENGERUSI
( GPK Ko-kurikulum )

PENYELARAS
(Guru penasihat kelab Tenis )

AJK MAKANAN AJK KAWALAN MURID & KESELAMATAN

AJK SIARAYA & BUKU PROGRAM PENGACARA MAJLIS

AJK AKTIVITI AJK PERALATAN

AJK PERSIAPAN TEMPAT AJK KEBERSIHAN


9. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan baharu kepada
murid untuk dipraktikkan dalam permainan kelak. Diharap juga bakat - bakat yang
dicungkil akan berterusan menyerlah pada tahun mendatang bagi mengharumkan
nama sekolah di peringkat tertinggi.

Disediakan oleh,

Penyelaras Program

Disemak oleh,

GPK Kokurikulum Sekolah kebangsaan Serom 4

Disahkan oleh

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serom 4

You might also like