Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

EPPA4513 PERCUKAIAN LANJUTAN

CUKAI TAK LANGSUNG DI


MALAYSIA
Add Subtitle
DR ROSIATI RAMLI
rosie@ukm.edu.my
CUKAI TAK LANGSUNG

❖ Adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


❖ Terdiri daripada beberapa jenis cukai termasuk duti kastam, duti eksais, cukai jualan,
dan cukai perkhidmatan.
❖ Di bawah Akta Kastam 1967, duti kastam meliputi duti eksport dan duti import ke
atas barangan yang diimport dan dieksport.
❖ Bagi kawasan bebas cukai seperti Labuan, Langkawi, dan Pulau Tioman, barangan
yang dibawa masuk adalah dianggap barangan eksport dan dikenakan duti eksport,
namun barangan tersebut layak untuk diberi pemulangan duti export berkenaan.
❖ Kadar bagi duti import adalah antara 2% - 60%, bergantung kepada jenis barangan
yang diimport.

2
CUKAI TAK LANGSUNG

❖ Kadar bagi duti eksport pula bergantung kepada senarai kategori barangan di bawah
arahan Duti Kastam 1996.
❖ Di bawah Akta Eksais 1976, duti eksais dikenakan ke atas barangan terpilih, sama ada
dibuat di Malaysia, atau diimport ke Malaysia. Barangan terpilih ini seperti arak,
rokok, dan kenderaan bermotor.
❖ Cukai Jualan adalah di bawah Akta Cukai Jualan 1972 dan Cukai Perkhidmatan pula
di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Bermula 1 April 2015, Cukai Jualan dan
Cukai Perkhidmatan telah dimansuhkan dan diganti oleh Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) yang tertakluk di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
2014.

3
CUKAI TAK LANGSUNG

❖ Namun bermula 1 Jun 2018, GST pula dimansuhkan dan diganti semula oleh Cukai
Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJCP) bermula 1 September 2018.
❖ Sehingga hujung tahun 2018, Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan
2018 masih belum selesai digubal, namun pengenaan cukai jualan dan cukai
perkhidmatan telah dilaksanakan berdasarkan Peraturan Kastam dan Rang Undang-
undang yang ada. Peraturan semasa yang berkuat kuasa meliputi Peraturan Cukai
Jualan 2018 dan Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018.

4
CUKAI JUALAN
❖ Dikenakan ke atas barang yang dikilangkan oleh pengilang
berdaftar di Malaysia atau barang yang diimport ke dalam
Malaysia yang ditetapkan di bawah Akta Cukai Jualan 2018 serta
peraturan semasa yang berkuat kuasa.
❖ Dikenakan sekali pada setiap peringkat pengeluaran (output level).
Biasanya di ‘point of sale’ atau ‘import stage’.
❖ Pengeluar dan peniaga yang tertakluk pada cukai jualan perlu
tetapkan amaun cukai jualan kenabayar, memulangkan
borangnyata cukai jualan, membayar cukai jualan, dan menyimpan
semua rekod.
❖ Cukai jualan juga tidak tertakluk di kawasan bebas cukai.
❖ Bagi barangan pengeluaran yang disub-kontrak, kesemua
pengilang yang terlibat dalam sub-kontrak berkenaan perlu
mengutip cukai jualan.

5
KITARAN CUKAI JUALAN

PENGILANG/PENGIMPORT PEMBORONG PERUNCIT PEMBELI

Namun Pemborong,
Peruncit, dan Pembeli
Jabatan Kastam Diraja Cukai jualan hanya pada membayar harga
Malaysia hanya Pemborong, Peruncit, barangan yang telah
mengutip cukai jualan satu peringkat sahaja, dan Pembeli tidak perlu
iaitu sewaktu keluar dicampur dengan amaun
daripada Pengilang atau membayar cukai jualan. cukai jualan yang
Pengimport. daripada kilang.
dikutip oleh Pengilang
atau Pengimport.

6
TEMPOH BAYARAN DAN KADAR CUKAI JUALAN
❖ Cukai jualan dikenakan apabila invoice barangan yang dijual atau diimport
dikeluarkan.
❖ Amaun cukai jualan kenabayar ini perlu diserahkan kepada Kastam dalam tempoh
28 hari selepas akhir tempoh kenabayar (i.e dua bulan kalendar).
❖ Sesetengah barangan adalah dikecualikan dari cukai jualan, bergantung kepada
peraturan semasa yang berkuat kuasa.
❖ Kadar cukai jualan adalah tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Menteri
Kewangan melalui pihak berkuasa cukai menggunakan senarai kadar yang
disediakan. Semak senarai ini di JKDM.
❖ Namun kebanyakan barangan dicukai pada kadar 5% hingga 10%.

7
NILAI BARANGAN YANG TERTAKLUK PADA CUKAI JUALAN

❖ Nilai barangan adalah penentu kepada amaun cukai jualan yang dikenakan.
❖ Bagi barangan perkilangan, ‘transaction price’ antara pengilang dan pembeli
dikira sebagai nilai barangan yang tertakluk pada cukai jualan.
❖ Bagi barangan yang diimport, nilai barangan adalah nilai terkumpul antara:
1. Nilai barangan bagi tujuan ‘custom duty’, dan
2. Amaun ‘custom duty’ atas barangan berkenaan.

Contoh:

Barangan bercukai (invoice value) RM150,000


Campur: Import duti (20%) 30,000
Nilai barangan tertakluk kepada cukai jualan 180,000

8
CUKAI PERKHIDMATAN
❖ Dikenakan ke atas perolehan dari mana-mana perkhidmatan yang
ditetapkan oleh Kerajaan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan
peraturan semasa yang berkuat kuasa.
❖ Kadar yang dikuat kuasa ialah 6%.

9
CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

❖ GST juga dikenali juga sebagai Value Added Tax


(VAT).
❖ Dikenakan ke atas penggunaan barangan dan
perkhidmatan di setiap peringkat pengedaran.
❖ Bertujuan menjadikan sistem cukai lebih berkesan,
cekap, telus, dan mesra perniagaan.
❖ Konsep pengenaan GST telah diperkenalkan oleh
pegawai cukai Perancis dalam tahun 1950an.
❖ Sehingga kini, hampir 90% dari penduduk dunia
berada di negara yang telah melaksanakan GST,
termasuk China, Indonesia, dan India.

10
160 NEGARA DI DUNIA YANG LAKSANAKAN GST/VAT

EUROPE
53 countries
Highest rate = 27%
CARIBBEAN, Lowest rate = 5% ASIA
CENTRAL & NORTH 19 countries
AMERICA Highest rate = 20%
19 countries Lowest rate = 5%
Highest rate = 17.5%
Lowest rate = 5% ASEAN
7 countries
Highest rate = 12%
AFRICA Lowest rate = 7%
44 countries
SOUTH AMERICA Highest rate = 20% OCEANIA
11 countries Lowest rate = 5% 7 countries
Highest rate = 22% Highest rate = 15%
Lowest rate = 10% Lowest rate = 5%

11
PELAKSANAAN GST/VAT DI BEBERAPA NEGARA

TAHUN KADAR KADAR


NEGARA
DILAKSANAKAN PERMULAAN SEMASA
UK 1973 1973 20
Australia 2000 2000 10
New Zealand 1986 1986 15
Norway 1970 1970 25
Turkey 1984 1984 18
Morocco 1986 1986 20
Nigeria 1994 1994 19

12
PELAKSANAAN GST/VAT DI NEGARA ASEAN
TAHUN KADAR KADAR
NEGARA
DILAKSANAKAN PERMULAAN SEMASA
Indonesia 1984 10 10
Thailand 1992 7 10
Singapura 1993 3 7
Filipina 1998 10 12
Vietnam 1999 10 10
Cambodia 1999 10 10
Laos 2009 10 10
Malaysia 2015 6 n.a
Brunei n.a n.a n.a
13
CADANGAN PENGENAAN GST DI MALAYSIA

❖ Diperkenalkan pada tahun 2005 untuk dilaksana pada Januari 2007.


Perlaksanaannya telah ditangguh sehingga 1 April 2015.
❖ GST dilaksanakan bagi mengatasi tiga kelemahan utama CJP iaitu
cukai bertindih, cukai berganda, dan cukai bertingkat.
❖ GST juga mesra perniagaan dan menggunakan kaedah perakaunan
sendiri yang dapat tingkatkan pematuhan cukai dan kurangkan
birokrasi.
❖ GST juga dapat menjana hasil negara yang lebih stabil.

14
BAGAIMANAKAH GST BEROPERASI DI MALAYSIA

Pembekal
Bayar GST

Kutip GST atas Pengilang Setiap orang di kitaran ini bayar GST
bahagian nilai bagi barangan dan perkhidmatan yang
tambah
dibeli atau diperolehi dan mengutip
Pemborong GST atas barangan dan perkhidmatan
yang dijual atau diberi.
Peruncit

Pengguna

15
BAGAIMANAKAH GST BEROPERASI DI MALAYSIA
INPUT OUTPUT

Bahan mentah Barangan

Sewa Pembekal
Perkhidmatan
Utiliti

GST atas Input GST atas Output


= Cukai Input = Cukai Output

Tuntut Cukai
Input
16
BAGAIMANAKAH GST
BEROPERASI

Pada hujung setiap period cukai ❖ Jika cukai output lebih besar dari cukai input,
kenabayar, peniaga perlu menolak lebihan akan dibayar kepada Kastam.
GST yang mereka terlibat (input ❖ Jika cukai input lebih besar dari cukai output,
tax) dari GST yang dikenakan peniaga perlu menuntut pemulangan cukai
(output tax). dari Kastam.

17
MEKANISME GST/VAT PADA KADAR STANDARD 6%

JUALAN/ CUKAI CUKAI KENA


ENTITI CUKAI INPUT
BELIAN OUTPUT DIBAYAR
(RM) (RM) (RM) (RM)
Pembekal 10.00 0.60 0.00 0.60
Pengilang 50.00 3.00 0.60 2.40
Pemborong 70.00 4.20 3.00 1.20
Peruncit 100.00 6.00 4.20 1.80
Pengguna 106.00
GST/VAT dikutip 6.00

18
MEKANISME GST/VAT PADA KADAR STANDARD 0%

KOS BARANG CUKAI CUKAI CUKAI KENA


ENTITI
DIJUAL OUTPUT INPUT DIBAYAR
(RM) (RM) (RM) (RM)
Pembekal 10.00 0.60 0 0.60
Pengilang 50.00 3.00 0.60 2.40
Pemborong 70.00 4.20 3.00 1.20
Peruncit 100.00 0 4.20 -4.20

19
MEKANISME GST/VAT BAGI BEKALAN YANG DIKECUALIKAN

KOS BARANG CUKAI CUKAI KENA


ENTITI CUKAI INPUT
DIJUAL OUTPUT DIBAYAR
(RM) (RM) (RM) (RM)
Pembekal 10.00 0.60 0 0.60
Pengilang 50.00 3.00 0.60 2.40
Pemborong 70.00 0 3.00 -3.00
Hospital 100.00 0 0

20
MASALAH GST DI MALAYSIA

❖ Bebanan dari segi kos tambahan, masa dan kepakaran.


❖ Anggaran kos melibatkan peningkatan RM15,000 kepada syarikat kecil dan
sederhana.
❖ Akauntan syarikat kurang mahir dalam mengubahsuai sistem yang ada bagi
memenuhi keperluan GST.
❖ Melibatkan proses yang rumit dan memerlukan khidmat pakar dalam bidang IT.
❖ GST tidak dapat dituntut balik khususnya yang tidak berdaftar.
❖ Syarikat juga terpaksa membayar GST kepada pembekal tetapi tidak boleh
mengenakan GST kepada pelanggan.
❖ Kelewatan pihak kastam memulangkan cukai input yang dituntut.
❖ Proses tuntutan yang panjang dan tidak selaras.
❖ Rakyat hidup menderita atas kenaikan harga barangan.
KEPENTINGAN CUKAI
TAK LANGSUNG

https://www2.deloitte.com/ng/en/pages/tax/solutions/indirect-
tax-vat-gst-sut.html

https://www.bdo.global/en-gb/services/tax

You might also like