Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN.

JANGAN BACA SAJA, AMBIK PEN ATAU HIGHLIGHTER.

2. Soalan cikgu aidaleena


a) Terangkan tiga komponen asas perniagaan ( 6 markah)

Jawapan:
Komponen asas perniagaan yang pertama ialah barang dan perkhidmatan (F1). Barang ialah
sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal atau boleh dilihat manakala perkhidmatan pula ialah
aktiviti yang memberikan feadah kepada pengguna dan peniaga(H1). Seterusnya, kompenen
asas pernigaan yang kedua ialah penjual dan pembeli(F2). Penjual ialah individu yang
menawarkan barang atau perkhidmatan manakala pembeli pula ialah pihak yg memelukan atau
menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut(H2). Akhir sekali ialah keuntungan
perniagaan(F3). Keuntungan ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang
terlibat(H3).
 Ingat, setiap perniagaan yg kita buat wajib ada tiga benda ni, kalau dak boleh
beroperasi dak perniagaan tu? Fakta no 3 tu bonus akaun pon beljar

b) Nyatakan empat kepentingan keuntungan kepada sesebuah syarikat berhad. ( 4 markah)

Jawapan:

Kepentingan keuntungan yang pertama kepada sesebuah syarikat berhad ialah sebagai
petunjuk perniagaan sama ada perniagaan itu berjaya dan mampu bersaiang di pasaran( H1).
Seterusnya, kepentingan keuntungan juga adalah untuk melambangkan imej atau
kecemerlangan perniagaan( H2). Selain itu, keuntungan juga penting untuk memstikan
perniagaan dapat diteruskan (H3).Akhir sekali, kepentingan keuntungan adalah agar
perniagaan dapat menjalankan tanggungjawab sosial apabila keuntungan memenuhi jumlah
keuntungan yang telah ditetapkan( H4).

 Kepentingan keuntungan adalah sama untuk semua bentuk perniagaan, syarikat


berhad tu saja tuu sebagai pengganggu, nak tengok iman kuat ka dak.

OKAY SAMBUNG SOALAN SETERUSNYA


3. Soalan cikgu aida
a) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan aktiviti perniagaan.

Pusat Tuisyen Aifa Kilang Kasut Warrior Sendirian Berhad

Peniaga X Peniaga Y

Terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh:


i) Peniaga X ( 2 markah)
Aktiviti perniagaan X menjalankan akitiviti perkhidmatan (F1). Aktiviti ini
melibatkan penawaran barang tidak nyata yang dapat memberikan keselesaan dan
kepuasan kepada pengguna(H1). Contohnya, perkhidmtan pendidikan merupakan
aktiviti perhidmatan yang mewarkan pembangunan modal insan.( H3)
ii) Peniaga Y (2M)

Aktiviti perniagaan Y menjalankan aktiviti berasaskan barang. Aktiviti ini


melibatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang
fizikal(H2). Contohnya, kilang kasut menghasilkan kasutsebagai produk utama
untuk dijual(H3)

 Bila soalan tanya aktiviti perniagaan tengok dia barang atau perkhidmatan. Tulis yang
tu saja pon dapat markah. Jangan tinggal kosong. Kutip markah mana yang
boleh. Kalau x leh bagi h2 bagi contoh pon boleh nampak mcm bukan markah
tapi tu markah.

b) Nyatakan tiga ciri perbezaan antara barang fizikal dengan barang perkhidmatan. (6 m)
Jawapan:
Ciri perbezaan pertama ialah ketaraan barang niaga tersebut. Barang fizikal adalah produk
fizikal yang boleh dilhat atau disentuh(H1) manakala barang perkhidmatan pula tidak boleh
disentuh atau dilhat tetapi boleh dirasai apabila menggunakannya(H2). Seterusnya, ciri
perbezaan kedua bagi barang fizikal dan barang perkhidmatan ialah tujuan barang niaga
tersebut dihasilkan. Barang fizikal dihasilkan bertujuan untuk dijual kepada pelanggan bagi
memenuhi keperluan dan kehendak serta citarasa mansia(h3) manakala perkhidmatan
menawarkan faedah atau memberikan manfaat kepada pelanggan(H4). Ciri perbezaan ketiga
ialah kepelbagaian. Barang fizikal kebiasaannya adalah barang seragam atau serupa( h5)
manakala barang perkhirdmatan bebas mengikut cita rasa pengguna seperti tukang gunting
rambut mengikut fesyen pilihan pelanggan.(h6)
Btw, cg aida bagi buat perbezaan dalam bentuk jadual tak? Kalau bagi buat dalam jadual baru
nampak perbezaan tu tau

Contoh:

ciri barang fizikal barang perkhidmatan


ketaraan h1 h2
tujuan baran dihasiilkan h3 h4
kepelbagaian h5 h6

 Sorry ciri ketiga cg x tau nak bagi apa, cg dah rujuk buku teks tapi still gak dapat jadi
kalau cg aida ada bagi jawapan ikut cg aida. Cg aida lebih ariff.

 untuk soalan kedua ni boleh jadi dia tanya tujuan perniagaan/OBU/OBBU. Tengok
latihan lama untuk obu dan obbu group4 buat.

CONTOH SOALAN KALAU DIA TANYA tujuan perniagaan :

2(a) Nasuha merancang untuk menjalankan sebuah perniagaan pada tahun 2023. Huraikan
tujuan Nasuha ingin menjalankan perniagaan. (3markah)

Jawapan:
Tujuan nasuha menjalankan perniagaan ialah untuk menawarkan barang atau perkhidmatan(F1)
bagi memehuhi keperluan atau kehendak masyarakat/pelanggan ( H2). Contohnya nasuha
menjalankan perniagaan jualan roti kepada pelajar sekolah untuk mendapatkan
keuntungan .(C1).

HAIH PENAT BACA ,Takpa kalau penat p rehat lima minit ingat
lima minit jaa jgn lebih2.
Soalan 4 cikgu aidaleena
a) Terangkan tiga ciri jenis rakan ongsi dalam seseuatu perniagaan perkongsian. (6 markah)
Jawapan:
Jenis rakan kongsi yang pertama ialah rakan kongsi berhad( F1) . Liabiliti rakan kongsi ini
terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan tiaada kuasa pengurusan (H1). Rakan
kongsi seterusnya ialah rakan kongsi lelap( F2) . Rakan kongsi ini menanggung
liabilitintidakterhad dan tidak aktif dalam pengurusan( H2). Akhir sekali,jenis rakan kongsi
dalam sesuatu perniagaan perkongsian ialah rakan kongsi biasa( F3). Rakan kongsi ini
menanggung liabiliti tidak terhad dan berhak menguruskan perniagaan.( h3).

Soalan 5
b) Terangkan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). (4 markah)
PLT merupakan satu bentuk perniagaan yang menggabungkan ciri-ciri perkongsian dengan
syarikat sendirian berhad(f1). Bilangan rakan kongsi bagi PLT ialah 2 hingga iada terhad (h1).
Seterusnya, ditubuhkan di bawah akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012(H2) Akhir sekalii,
antara ciri PLT ialah liabiliti terhad( h3).

Cg x buat semua soalan 4, 5,6 sebb yang tu rasanya ada dalam


buku teks tetapi incase kalau hampa x tau hampa boleh roger
cg okayh???

SABAQ SATT ADA LAGI SIKIT G TU KAT BAWAH TUU…


Soalan 8

a) Apakah maksud francais? 6 markah

-Francais merupakan perjanjian urus niaga antara francaisor dan francaisi.

Nyatakan empat ciri umum francais mengikut Aktar Francais 1998.

Jawapan:

Ciri umum pertaa francais ialah perniagaan mesti mengikut sistem yang telah ditetapkan. Setersunya,
ciri umum kedua ialah perniagaan dijalankanmengikut tempoh yang ditetapkan dalam
perjanjian.Selain itu, ciri umum rancais ketiaga ialah francaisi berhak menggunakan cap atau rahsia
dagangan milik francaisor. Akhir sekali, francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi.

 Ingat jgn kelitu antara francaisor dgn francaisi. Ambiksatu contoh KFC lepastu aply ciri2 tu kat
kfc supaya lebih mudha ingat. Tak dapat ingat semua ingt dua pon jadi.

b) Makluat di bawah ini menunjukkan dua bentuk perniagaan.

Syarikat De Mart Sendirian Berhad Syarikat De Mart Berhad

Nyatakan dua perbezaan antara syarikat De Mart Sendirian Berhad dengan Syarikat De Mart Berhad.

4markah

Syarikat De Mart Sendirian Berhad Syarikat De Mart Berhad

Bilangan Ahli dua hingga 50 orang dua orang hingga tiada had
maksimum
Saham tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia boleh diurusniagakan di Bursa
Syarikat Malaysia.

 IKUT CIKGU AIDA TAU NI SAYA BUAT KOTAK SBB NGANTOK UDAHHH
TAHNIAH SEMUA SEBAB BACA SAMPAI. SAYA DOAKAN SUPAYA KAMU DIPERMUDAH
URUSAN MENJAWAB DIBERI KETENANGAN (tpi jngn tenang sangat, kihkih) DAN SEMOGA
USAMA KAMU MEMBUAHKAN HASIL. AAMIIN.

ALL THE BEST 4 IK!!

 Sorry kalau x dapat tolong banyak. Saya harap jawapan yg saya buat dpt tolong kamu
lihat mcm mna teknik cikgu aida nak dgn pemarkahan yg betul. Jgn malu tanya kalau
pening apa2 Faham x faham?? Angguk geleng cepat!

You might also like