Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman

(Jawi: ‫ )قدح دار األمان‬merupakan salah satu daripada 14


negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara
Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,447
km2.
Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata,
yang digunakan untuk menanam padi.
Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan
negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan
Wilayah Satun Songkhla dan Yala di Thailand. Ia juga
bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau
Pinang ke arah barat daya.
 
Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang. Bukti
arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang
mendedahkan bahawa sebuah kerajaan hindu-Budha
memerintah Kedah purba seawal 110 Masihi Penemuan
jeti terus, besi peleburan tapak, dan tugu-tugu batu bata
tanah liat sejak hingga 110 Masihi menunjukkan
bahawa laluan perdagangan maritim yang sudah
ditubuhkan sejak masa itu. Penemuan di Lembah
Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba
yang munkin tertua di Asia Tenggara. 
 
Dalam kesusasteraan timur tengah, Kedah purba telah
dirujuk sebagai Qilah oleh Ibn Khordadbeh dalam Kitab
al Masālik w'al Mamālik, Kalah-bar oleh Soleiman
Siraf & Abu Zaid al Hassan di Silsilat al-Tawarikh
(bergerak di Asia) , dan Kalah oleh Abu-Dulaf Misa'r
Ibnu Muhalhil di Al-Risalah al-thaniyah.  Tang terkenal
Dinasti sami Buddha, Yi Jing 義淨 yang melawat
kepulauan Melayu antara 688-695, juga menyebut
tentang kerajaan yang dikenali sebagai Ka- Cha di
bahagian utara Semenanjung Melayu, yang menurut
beliau telah belayar 30 hari dari Bogha (Palembang),
ibu kota Sribogha (Srivijaya).
 
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa atau
Parameswara Kedah, Kedah telah diasaskan oleh
seorang Hindu raja bernama Merong Mahawangsa
(Melayu). Menurut teks lanjut, Kesultanan Kedah
bermula pada tahun 1136 apabila Raja Phra Ong
Mahawangsa memeluk Islam dan menerima pakai nama
Sultan Mudzafar Shah. Dalam abad ke-7 dan 8, Kedah
di bawah kawalan longgar Srivijaya, kemudian di
bawah Siam, sehingga ia telah ditawan oleh kesultanan
Melayu Melaka dalam abad ke-15. Dalam abad ke-17,
Kedah diserang oleh Portugis selepas penaklukan
mereka Melaka, dan dengan Aceh. Dengan harapan
bahawa Britain akan melindungi apa yang kekal Kedah
dari Siam, Sultan menyerahkan Pulau Pinang dan
kemudian Seberang Perai kepada Inggeris pada akhir
abad ke-18. Siam namun telah menawan Kedah pada
tahun 1811, dan ia kekal di bawah kawalan Siam
sehingga dipindahkan kepada British oleh Perjanjian
Anglo-Siam 1909.
 
Dalam Perang Dunia II, Kedah (bersama-sama dengan
Kelantan) merupakan bahagian pertama Malaya yang
diserang oleh Jepun. Jepun menyerahkan Kedah untuk
berada di bawah naungan Thailand yang telah
dinamakan sebagai Syburi, tetapi Kedah telah
dikembalikan kepada pemerintahan British selepas
berakhirnya perang. Kedah merupakan sebahagian
daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Sejarah bendera:
Bendera Kedah yang pertama dipanggil "Bendera
Merah Harimau Melompat" dan pernah digunakan
ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan
Ahmad Tajuddin Halim Shah II (? - 1845) yang
pernah memerintah Kedah sebanyak dua kali iaitu,
dari tahun 1803 hingga 1821, dan dari tahun 1842
hingga tahun 1845.
Pada tahun 1845, Kesultanan Kedah
menggunakan bendera yang berwarna merah
sahaja tanpa apa-apa simbol atau warna lain.
Pada tahun 1912, Kesultanan Kedah telah
meletakkan jata negeri pada penjuru kiri bendera
tersebut. Versi bendera ini kekal digunakan hingga
hari ini.
Makna bendera:
 Merah merupakan warna tradisional negeri

Kedah yang melambangkan kemewahan


 Bulan sabit hijau melambangkan agama Islam

 Perisai melambangkan kedaulatan kerajaan,

dan sultan sebagai pelindung dan penjaga


rakyatnya. Perisai turut melambangkan
kekuatan dan kekuasaan
 Pada perisai tersebut, "Negeri Kedah" ditulis
dalam tulisan Jawi
 Jambangan padi melambangkan Kedah
sebagai negeri Jelapang Padi selain
menunjukkam bahawa padi merupakan
tanaman utama negeri Kedah

Kisahnya bermula pada tahun 1821 di Kesultanan


Kedah. Waktu itu, ada beratus ratus perahu Siam
datang di kuala Sungai Kedah. Bila pembesar
Kedah tanya mereka, depa cakap depa nak
bantuan bekalan beras. Masa tu Siam tengah
pe.rang dengan Burma. Dato Bendahara waktu tu
optimis je la. Dia pun sambut tentera tu ke tanah
Kedah. Kesemua lapisan pertahanan kota Kuala
Kedah macam meriam semua tu direlakskan.
Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin tiada masa
tu sebab baginda tengah sibuk dengan kerja
galian terusan. Masuk sahaja tentera Siam ni
masuk kota, terus panglima Siam dalam tu, Phya
Buri Sakmuton (raja Ligor) arahkan untuk ser.ang
penduduk kota Kuala Kedah. Misi mereka
sebenarnya bukan nak kumpul bekalan, tapi untuk
tangkap Sultan Kedah dan takluk seluruh Kedah.
Benda ni dibuat setelah mendapat perkenan raja
Siam, Raja Rama III. Oleh sebab tentera-tentera
Kedah semua tak sedia, habis tumbang kota tu
dalam masa yang singkat.
Tumbangnya kota tu juga menyebabkan seluruh
Kedah tumbang dengan cepat. Sultan Kedah
dengan saki baki pengikut yang ada berlindung di
Pulau Pinang dan merancang untuk merampas
Kedah kembali. Pulau Pinang tak dise.rang sebab
dah diberi kepada British melalui perjanjian.

Sepanjang tempoh Kedah menjadi wilayah Siam,


habis semua benda dibakar, rakyat dibu.nuh,
dicinc.ang dan dirog.ol. Ada yang dijadikan hamba
dan ada yang diseksa. Kesemua ini berlaku dalam
tempoh 10 tahun Kedah berada di bawah Siam.

Dalam tempoh 10 tahun tersebut, Siam cuba


menekan Perak untuk membayar ufti kepada Siam
tapi di-buat bodoh-kan oleh Sultan Perak, Sultan
Abdul Malik Mansur Shah. Buat apa baginda nak
menurut Siam? Kalau nak ikut prestij, baginda lagi
megah daripada Siam.

“Beta adalah Sultan dari keturunan dahulu kala


(Bukit Siguntang) Betalah yang menyimpan
Pedang Diraja dan Pontoh Diraja dan betalah
Sultan yang tertua dari semua Sultan ini iaitu
diantara raja-raja Siak, Selangor, Riau, Kedah dan
Terengganu.

Beta tidak akan menghantar bunga emas ke Siam.


Walaupun seandainya p.erang datang melanda
beta akan melawan kerana adat bunga emas ini
tidak pernah diamalkan oleh mana-mana Sultan
sebelum Beta.” – Sultan Abdul Malik Mansur Shah
( 1806M-1825M )

Buat apa cucu cicit maharaja Srivijaya dan Melaka


nak sembah Siam? Siam cuba se.rang Perak
berkali kali tapi gagal. Tentera Perak sikit pun tak
takut dengan tentera Siam. Sama keras kepala
dan degil macam sultan deme.

Pada tahun 1827, raja Ligor cuba pujuk sultan


Perak dengan sutera sekiranya baginda berangkat
ke Ligor dan tunduk kepada Siam. Sultan Abdullah
Muadzam Shah, sultan Perak waktu itu
menganjing balik raja Ligor. Baginda ni jenis no
nonsense.

Memang faham benar per.angai orang Siam perut


hijau. Baginda tahu kalau baginda berangkat ke
Ligor, memang jadi tawanan terus. Berbanding
kerajaan Melayu waktu itu, sultan Perak juga
merupakan orang yang ‘crafty’.

Mereka banyak buat perjanjian dan gunakan


British untuk malukan Siam tanpa perlu
berpe.rang.
Pada tahun 1831, Sultan Ahmad buat comeback.
Datanglah hero pertama, Tunku Kudin. Anak
saudara Sultan Ahmad ni telah direkrut untuk
memimpin tentera Kedah melawan Siam.

Kebencian Tunku Kudin terhadap Siam ni jadi lagi


kuat selepas isteri dan anaknya mati akibat
letu.pan di rumah oleh orang Siam.

Beliau kemudiannya memimpin 3000 tentera


Melayu dari Seberang Perai dan berjaya menawan
kota Kuala Kedah.

Tunku Kudin dari awal pe.rang dah tahu ada ahli


kongsi gelap Cina bantu Siam. Jadi, selepas kota
itu ditawan, baginda menitahkan semua orang
Cina yang membantu Siam supaya dijahit hidup-
hidup dalam kulit kerbau mati dan dibiarkan di
tengah tengah panas sampai mati.

Mereka terus berper.ang hingga ke kota Alor


Ganu, tempat pemerintahan Siam. Habis sampai
ke sempadan Siam mereka ni berpe.rang. Walau
bagaimanapun, Siam ada buat perjanjian dengan
British pada tahun 1826. British perlu melarang
Sultan Kedah dan pengikutnya dari menye.rang
Siam.
Kedah ni dah jadi wilayah Siam. Oleh itu, British
memilih untuk bantu Siam atas dasar hormat
perjanjian. British mengisytiharkan orang Kedah
yang berper.ang waktu tu sebagai lanun dan
perompak. Uish sempat lagi tu main kad character
assasination.

Tentera Kedah kemudiannya diasak kembali


hingga ke kota Kuala Kedah. British menye.rang
melalui kapal laut dan membataskan stok bantuan
ke tentera Kedah. Orang Siam pula meny.erang
dari darat.

Disebabkan benteng kota tu kebal, orang Siam


terpaksa membina menara tinggi semata mata
untuk tembak meriam ke dalam kota. Selepas 3
bulan, kota itu berjaya ditembus dan dirampas
oleh 7500 askar dan 3000 askar gajah Siam.
Tunku Kudin syahid selepas sera.ngan ini.

Namun, ada versi lain yang mengatakan Tunku


Kudin menyuruh seorang tentera untuk menikam
beliau dan beliau akan tikam tentera tu. Bagi
mereka, mereka lebih rela mati daripada ditangkap
tentera Siam.

Tentera Siam yang bengang dengan Tunku Kudin


pun penggal lah kepalanya dan dibawa kepada
raja Ligor sebagai hadiah. Terkejut raja Ligor
waktu tu bila dia tengok wajah Tunku Kudin tu
masih bengis, padahal kepala je.

Kira kira 1255 tentera Kedah syahid. 655 adalah


lelaki dan 600 lagi perempuan. Mana mana yang
selamat melarikan diri dan kembali mengumpul
kekuatan. Pada tahun 1838, tentera Kedah sekali
lagi buat comeback, tapi kali ni lagi dahsyat.

Kira-kira 10,000 askar dari Acheh, Serdang


(Sumatra), Deli, Berdage, Siak , Pahang,
Terengganu dan Kelantan meny.erang Siam
dengan serentak. Masuk pulak hero kedua, Tunku
Muhammad Saad.

Kesemua tentera itu dipimpin oleh Tunku


Muhammad Saad, panglima Mohammad Taib, Tok
Moris dan Wan Mali dan masing masing
memimpin skuad sendiri di tempat berlainan. Pada
waktu itu, maharaja Siam tengah meratapi
kemangkatan maharaninya.

Divisyen Soldadu:
Pasukan Pertama – Singgora (Songkhla)
Pasukan Kedua – Terang (Trang), Krabi, dan
pulau Panjang. Pasukan ini mengandungi tentera
yang digelar “puak tulang besi”.
Selepas semboyan dibunyikan, habis tunggang
langgang tentera Siam dihambat tentera Melayu.
Selepas kota Kuala Kedah dirampas kembali,
Tunku pacakkan panji bendera Kedah sebagai
isyarat. British dengan sialnya bising balik suruh
serahkan kota Kuala Kedah kepada Siam. Tunku
Muhammad Saad pun maki balik dengan
mengatakan:

“Beritahu syarikat (SHTI) tersebut, kami telah


menawan semula Kedah yang merupakan hak
miliki kami yang sebenarnya. Tiada undang-
undang yang boleh memansuhkannya selagi kami
dapat menghunus pedang atau memegang
lembing, kami akan mengekalkan warisan yang
diperturunkan daripada nenek moyang kami.”

Selepas itu, tentera Melayu asak lagi sampai ke


wilayah Pattani dan kemudiannya ke Singgora.
Sepanjang pertempuran pada ketika ini, dikatakan
lanun dari Mindanao dan orang Sulu meny.erang
sekali. Sekalipun kapal mereka ni tak kuat macam
British, mereka lagi rela mati daripada melarikan
diri sekalipun kapal mereka habis dibedil.

Namun, itu tak bermakna tentera Kedah tak ada


kapal kuat. Mereka juga mempunyai ‘galley’ yang
lebih besar daripada British. Kejayaan Tunku
membebaskan wilayah wilayah ini sempat
dikarang dalam puisi oleh Sheikh Abdul Samad:

Putera bukan sebarang putera


Putera raja sultan pilihan
Negeri Kedah telah berjaya
Mengecapi nikmat anugerah Tuhan
Agama Islam bergerak semula
Begitu lama dalam tekanan.

Sampainya di situ mereka berhenti sekejap sebab


monsoon. Memetik kata kata Prof Muati yang
pernah mengulas mengenainya, Tunku
Muhammad Saad, Wan Mali, Tok Moris dan
sebagainya kata:

“Kali ini kita mengamuk sampai ke Bangkok. Kita


tunggu tentera bantuan daripada Terengganu dan
Pahang. Sampai sahaja mereka, memang
Bangkok jatuh sekali.”

Walau bagaimanapun, British kemudiannya


campur tangan dengan memberi bantuan kepada
Siam. Segala macam pemuras, meriam kapal
pe.rang diberi kepada Siam. Angkatan tentera
Tunku terpaksa berundur kembali akibat dise.rang.
Tak lama selepas itu, sebuah per.ang yang sengit
telah berlaku di Haad Yai (Hat Yai). Semasa
mereka berp.erang, seorang ulama besar
bernama Sheikh Samad Al- Falimbani telah
syahid. Kepalanya dipisahkan dan dibawa ke
Bangkok sebagai hadiah kepada maharaja Siam.

Angkatan Kedah ditekan dan ditekan hingga ke


kota Kuala Kedah dan kembali ke posisi defensif.
Setelah bantuan dari Bangkok sampai, tentera
Siam perut hijau menyerbu kota Kuala Kedah.
15,000 tentera siam dengan senjata moden
seperti senapang dan meriam, dan gajah gajah
pe.rang menggempur kota tersebut. Di laut, British
membedil kota itu dari jauh dengan kapal laut.
Mereka tak berani datang dekat kerana takut
dibedil meriam kota Kuala Kedah. Memang
dikepung habis kota tu.

Pada tarikh 19 Mac 1839, kota itu mula ditawan


oleh Siam. Apabila sedar kota Kuala Kedah akan
jatuh pada bila bila masa, saki baki tentera Melayu
dan askar Sepoi India Muslim bertindak
melakukan ser.angan berani mati untuk memberi
masa Tunku dan panglima-panglimanya melarikan
diri. Angkatan tentera Tunku Muhammad Saad
yang sekitar 200 orang tetap melawan walaupun
bekalan peluru dah tak cukup. Tepat 23 Mac 1839,
Kuala Kedah ditawan sepenuhnya buat berkali kali
oleh Siam.

Kesemua tentera dan rakyat yang berada di dalam


kota tersebut dibu.nuh dengan kejam, kecuali bagi
mereka yang terjun ke Alor Melaka. Sebab kalah
lagi, datang pulak hero ketiga. Tunku Anum.
Sebelum ni, beliau merupakan diplomat bunga
emas bagi Kedah ke Siam.

Sebab per.angai sial Siam perut hijau dengan


Inggeris, beliau pilih untuk berpe.rang melalui
diplomasi macam Sultan Perak. Benda pertama
beliau buat ialah ambil hati anak raja Ligor. Pada
masa yang sama, beliau melatih tentera tentera
Kedah dalam diam.

Beliau kemudiannya berkhidmat di istana Ligor


sebagai pegawai diplomat. Padahal beliau ni
perisik. Dalam diam beliau kaji struktur dan
maklumat tentera Siam. Selepas cukup waktu,
tentera Kedah mula memberontak. Anak raja Ligor
yang memerintah Kedah waktu tu minta bantuan
kepada Istana Ligor.

Raja Ligor bagi bantuan dan baginda tawarkan


Tunku Anum jadi wakil Kedah kalau tolong. Tunku
Anum buat bodoh. Siam mintak tolong lagi, Tunku
Anum buat bodoh. Akhirnya, anak raja Ligor
mengalah dan merdekakan Kedah mengikut
syarat-syarat Tunku Anum.

Sepanjang aku baca dokumen sejarah waktu


zaman kolonial, orang Siam selalu dabik depa
bangsa yang tak terjajah. Padahal sorok belakang
bontot kuasa besar je. Dalam dokumen British
acap kali disebut pasal per.angai Siam dan orang
Kedah:

Yang ni pulak pandangan Sherard Osborn tentang


tentera pakatan Kedah dan sekutu:

“Seperti anjing, pribumi di sepanjang persisir


pantai semenanjung India menjilat tangan orang
yang menyiksa mereka; tetapi tidak bagi Orang
Melayu; dan kita Orang Inggeris seharusnya
menjadi yang pertama menghormati bangsa yang
tidak tunduk dengan penuh kehinaan kepada
penderaan atau penindasan”.
SEJARAH
NEGERI
KEDAH

You might also like