Syariah Dalam Sains

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

 

 
CTU211 
(SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM) 
 
KAJIAN KES: 
Analisi Kes 
KUMPULAN : 
J4EM1103L
 
DISEDIAKAN OLEH: 
 NUR IQMAL HASIF BIN MOHAMAD ZAIDI
 
 
DISEDIAKAN UNTUK: 
NORIZAN BINTI HASSAN 
 

Pengenalan  Huraian   Kesimpulan&Cadangan  Rujukan  Etika  JUMLAH 


4  12  4  5  5  30% 
           

SEMESTER OKT/FEB 2021 
 
 
 

 
PENGAKUAN KEASLIAN KERJA 
 
 
Saya NUR IQMAL HASIF BIN MOHAMAD ZAIDI, No Pelajar 2019270926
Mengakui bahawa segala hasil kerja di Analisa kes yang bertajuk Pengharaman penggunaan
rokok elektronik dan
vape adalah milik saya sepenuhnya. Saya tidak mengambil daripada hasil kerja orang
lain kecuali apa yang telah dinyatakan di dalam rujukan beserta pemberitahuan. Saya juga menga
kui bahawa segala hasil kerja ini adalah sepenuhnya tulisan saya bukan hasil penulisan orang
lain. 
 
Pengakuan ini dibuat pada: 14/1/2021
 
Tandatangan:  

 
 
Syariah dalam Sains & Teknologi

Penggunaan rokok elektrik dan vape

1. Kini penggunaan rokok elektrik sudah menjadi amat terkenal di dalam masyarakat kita tidak kira
umur dari remaja sehinggalah kepada orang dewasa.Sewaktu di era permulaan alat rokok elektrik
ini dikatakan adalah bagi menggantikan rokok yang sedia ada kerana rokok yang sedia ada ini
amatlah berbahaya tetapi saintis telah mengatakan bahawa rokok elektrik ini juga amatlah
berbahaya bahkan lebih dasyat.Rokok elektrik dapat kita takrifkan sebagai alat yang
menggunakan pengewap cecair berkuasa yang menghasilkan satu aerosol daripada cecair
berperisa khas yang diisi didalam alat tersebut.Rokok elektrik ini disedut bagi mendapatkan rasa
seakan akan menghisap rokok tetapi tanpa membakar tembakau ataupun bahan didalam rokok
itu.Jika dilihat sememangnya rokok elektonik ini adalah sama sahaja seperti rokok konvensional
tetapi berlainan ciri.Bagi generasi sekarang rokok elektrik ini diistilahkan sebagai
‘vape’.Perkataan ini berasal daripada Bahasa inggeris iaitu ‘vaporizer’. Muzakarah Khas
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Bil. 3/2015 yang
bersidang pada 21 Disember 2015 di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan
telah berkumpul dengan mengadakan perbincangan bagi menentukan hukum-hakam penggunaan
rokok elektrik ini.Di dalam mesyuarat tersebut Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
telah memberitahu bahawa cecair atau bahan-bahan yang terkandung didalam rokok elektrik dan
vape ini mengandungi bahan- bahan yang hamper sama seperti rokok biasa cumanya ianya
mengandungi cecair-cecair bahan pewarna atau perasa seperti Nikotin, Propylene Glycol,
Vegetable Glycerin.Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyifatkan bahawa bahan –
bahan yang terkandung di dalam rokok elektrik dan vape ini boleh mendatangkan kesan yang
berpanjangan atau kesan jangka masa panjang seperti ketagihan,kematian mengejut, iritasi pada
mata, tekak dan kulit ianya juga boleh menggalakan pembekuan darah serta mampu membunuh
sel-sel paru-paru manusia. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh American Lung
Association (ALA).Pihaknya telah menyatakan bahawa terdapat kegusaran tehadap penggunaan
rokok elektrik ini.Hal ini demikian kerana data-data dari maklumat hasil kajian mendapati rokok
elektrik ini bukan sahaja mengandungi nikotin tetapi ianya juga mengandungi bahan-bahan kimia
yang berbahaya seperti karsinogen.Bahan kimia karsinogen ini adalah agen-agen yang boleh
mencetuskan sel-sel barah.Oleh itu tidak disangkal lagi bahawa sememangnya bahan kimia ini
amatlah bahaya.Berdasakan kajian yang merujuk dari sudut kesihatan dan saintifik kini masih
lagi tidak menunjukkan bahawa rokok elektrik dan vape ini adalah alat alternatif sebagai rawatan
pemberhentian ketagihan diddalam rokok tembakau malahan ianya boleh menyebabkan ramai
anak-anak muda menceburi di dalam mencuba menjadi penghisap rokok.Dari sudut Islam
penggunaan rokok elektrik dan vape ini amatlah ditegah sama sekali kerana ianya seakan sama
seperti menghisap rokok tembakau yang boleh memudharatkan kesihatan manusia.Dalam pada
itu juga menurut Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser Persatuan Kanser
Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin mengatakan bahawa cecair di dalam
proses pengewapan yang dihasilkan ketika perokok menhisap rokok elektrik tersebut wap-wap
niktoin itu mengandungi serta mempunyai sifat yang sama seperti asid nitrik.Dimana asid nitrik
ini adalah cecair-cecair bahan kimia yang menjadi pemangkin kepada tercetus sel-sel kanser di
dalam bahan perokok tegar tersebut walaupun hanya sedikit sahaja cecair ini tetapi ianya
dikhuatiri juga resapannya ke dalam salur darah itu akan mengubah kandungan bahan efisien di
dalam badan.Di sudut islam antara kriteria yang diambil berdasarkan kriteria kemudharatan
adalah pengambilan secara berterusan itu boleh menyebakan kemudharatan kepada kesihatan
tubuh badan.Selain itu, bahan yang memudharatkan tersebut tidak mempunyai sebarang sifat
manfaat yang muktabar.Dari sudut qiyas pula,membuktikan bahawa ianya tidak ada sama beza
dengan rokok elektrik dengan rokok konvensional dimana kedua-duanya mendatangkan
kemudharatan kepada kesihatan tubuh perokok itu.Pengunaan rokok elektrik dan vape adalah satu
bentuk pembaziran yang telah diklasifikasi di dalam agama islam kerana perbelanjaan di dalam
menggunakan serta membeli rokok elektronik dan vape ini hanyalah mendatangkan perkara sia-
sia malahan hanya memuaskan nafsu serta perkara yang tidak berfaedah.Hasil daripada penelitian
saya,kita dapat lihat bahawa ulama-ulama terkenal seperti Ulama Syafi’iyah iaitu Ibnu ‘Alaan di
dalam kitabnya iaitu kitab Syarh Riyadhis Sholihin dan Al Adzkar telah dijelaskan olehnya
secara terperinci bahawa sememangnya rokok ini tidak boleh membawa kepada kebinasaan dan
sebab itu ianya dihukumkan sebagai haram.Di Malaysia fenomena penggunaan rokok elektrik
dan vape ini telah menjadi suatu perkara yang dikatakan popular dikalangan masyarakat
kita.Hal ini secara tidak langsung telah bercanggah dengan polisi yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimana negara kita ini ingin dijadikan sebagai negara
yang bebas daripada bentuk amalan merokok tidak kira sama ada rokok elektronik dan vape
mahupun rokok konvensional iaitu rokok jenis tembakau seperti dunhill,Marlboro,gudang
garam dan jenama-jenama lain yang mengeluarkan rokok jenis tembakau ini.Tidakkah kita
ingin mencontohi negara-negara luar yang sememangnya telah melaksanakan polisi
pengharaman amalan merokok ini.Hal ini dapat kita lihat sendiri negara jiran kita sepert
singapura dan brunei yang mereka sendiri telah menegakkan polisi akan pengharaman
penjualan rokok jenis rokok elektronik dan vape ini.Berdasarkan hasil pencarian saya juga kita
dapat melihat beberapa negara yang telah manyahut akan polisi yang dilancarkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) anataranya ialah Australia, Belgium, Canada, Finland,
HongKong, Japan, New Zealand,Norway dan Afrika Selatan.Negara-negara ini telah seratus
peratusnya mengharamkan akan penjualan peranti rokok elektronik dan vape yang mengandungi
cecair nikotin.Hal ini demikian kerana mereka telah merujuk pendapat akan pakar-pakar di
dalam bidang ini yang melakukan kajian akan keburukan penggunaan rokok elektronik dan
vape ini.Umum kita mengetahui bahawa jumlah nikotin di dalam rokok elektronik dan vape ini
mempunyai berbeza-beza jumlahnya bergantung kepada label yang ditunjukkan oleh syarikat
pengeluar cecair bahan kimia berperisa bagi rokok elektronik dan vape ini tetapi harus kita
mengetahui sekiranya sesorang itu mengambil rokok elektronik dan vape dan secara tidak
langsung sekiranya sebanyak 60 mg bahan nikotin yang disedut oleh darah ianya boleh
membahayakan nyawa orang itu.

DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

Di dalam Al Quran banyak dalil-dalil yang menggambarkan atau yang membawa maksud mengikut
situasi pada masa ini kepada penggunaan rokok elektrik ini adalah perkara yang seharusnya dijauhi.Para
Ahli jawatankuasa majlis fatwa Malaysia juga telah menggariskan bebrapa dalil yang terdapat di dalam al
quran yang dapat dijadikan sebagai rujukan serta sokongan bagi menyokong keputusan sesuatu penentuan
hukum tersebut.Antara salah satu dalil umum yang menunjukkan bahawa rokok elektrik dan vape ini
adalah suatu yang memudharatkan kesihatan yang berpandukan syariat islam yang melarang perbuatan
dan tindakan yang mebawa kepada kebinasan diri dan kemudharatan tubuh badan adalah di dalam  Surah
Al-Baqarah, ayat 195: Allah telah berfirman:

                                                      

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

Berdasarkan ayat potongan Al Quran tersebut kita dapat mentakrifkan bahawa Allah SWT melarang umat
islam supaya tidak sesama sekali mencampakkan diri mereka atau terjebakkan diri di dalam perkara-
perkara yang boleh mendatangkan bahaya atau membawa kepada kebinasaan diri.Hal ini demikian adalah
kerana mengapa kita seharusnya menterjebakkan diri kepada perkara yang boleh membawa kepada
kebinasaan sedangkan Allah SWT telah menciptakan akal dan tubuh badan kita sebaik-baik ciptaannya
supaya dapat kita gunakan dengan penuh berehemat serta beramal kepadanya.Walaupun ayat ini
diturunkan berkenaan denag perbelanjaan infāq fī sabīlillāh tetapi umumnya ayat ini dapat kita
rangkumkan bahawa segala bentuk yang membawa kepada kebinasaan serta memudharatkan adalah sama
sekali dilarang.Keduanya pula dalil yang dapat menggambarkan atau menujukkan sememangnya agama
islam menyuruh untuk menjauhkan diri daripada rokok elektrik dan vape ini adalah pada surah An-Nisa
ayat 29:Firman Allah SWT

‫َواَل ت َۡقتُلُ ٓو ْا َأنفُ َس ُكمۡۚ ِإ َّن ٱهَّلل َ َكانَ ِب ُكمۡ َر ِح ٗيما‬

Maksudnya: Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.

Menurut pandangan seorang ulama terkenal Al Jassas beliau berpendapat ayat ini menerangkan bahawa
Islam melarang umatnya daripada melakukan pembunuhan antara satu sama lain ataupun terhadap diri
sendiri.Rujuk Al Akham (3/127).Berdasarkan potongan ayat dapat kita lihat juga sememangnya rokok
elektrik dan vape yang merujuk kepada kesan-kesan,fakta serta maklumat yang telah dikaji oleh para
saintis terkemuka menunjukkan alat ini boleh membinasakan diri sehingga boleh membawa maut.Oleh itu
seharusnya kita menjauhkan daripda terjebak dengan perkara ini kerana Allaah SWT tidak menyukai
umatnya mendekatkan diri dengan perkara yang dilarangnya.Ketiga Rasulullah SAW juga telah
memberitahu kepada kita dengan sabdanya yang dapat dilihat pada Riwayat Ahmad (22778) dan Ibn
Majah (2340) yang membawa maksud bahawa perkara ini adalah dilarang dan ini menunjukkan
pengharaman kepada melakukan kemudharatan umum sehingga nas hadis ini telah dijadikan sebagai
rujukan kaedah ilmu fiqh.Seterusnya di dalam Surah Al Maidah juga telah menyebut dimana Allah SWT
telah berfirman “Jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”.Di sini dapat kita
takrifkan bahawa kita seharusnya tidak menolong seseorang itu dalam melakukan segala pelanggaran
yang dilarang di dalam agama islam.Hal ini amatlah dititikberatkan kerana kita juga tidaklah mahu
terjerumus dalam melakukan perkara yang dosa kerana ianya boleh membawa kepada penghukuman
kepadan kita di akhirat kelak nanti.Allah SWT juga tidak suka akan umat islam melakukan perkara
yang dilarang olehnya,begitu juga dengan rasul kita Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengajak
umatnya agar sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang telah dilarang di dalam
agama islam seperti rokok elektronik dan vape ini.Oleh itu seharusnya kita merujuk kepada dalil-dalil
ini kerana Rasulullah telah mengajarkan kepada kita agar sentiasa berpegang teguh kepada Al quran
dan As Sunnah.
MAQASID SYARIAH & QAWAID FIQHIYYAH

Dapat kita simpulkan bahawa penentuan bagi sesuatu hukum itu amatlah penting serta keputusan
hukum hendaklah diambil berdasarkan al quran dan As Sunnah dan perkara-perkasa asas bagi
menentukan sesuatu hukum itu.Dari segi makna maqasid syariah ini ada dua pecahan di mana maqasid
sendiri itu membawa maksud kepada objektif,tujuan dan matlamat.Syariah pula berasal dari syara’a
yakni jalan yang lurus.Tujuan sesuatu hukum itu disyariatkan kepada manusia adalah bagi
menyelesaikan maslahah(kebaikan) supaya umat islam mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat serta
dapat memberi manfaat dan menggalakkan mereka untuk menggelakkan daripada melakukan perkara-
perkara memudharatkan.Bagi Qawaid fiqhiyyah ini pula ianya adalah bagi mengembangkan hukum
syarak mengikut perkembangan keperluan manusia.Hal ini adalah amat penting agar sesuatu hukum itu
tidak sempit skop penerangannya atau penggunaanya.Di dalam penggunaan rokok elektrik dan vape ini
setelah meneliti segala aspek serta merujuk kepada kenyataan yang diberi dan nas bahawa ianya adalah
haram di sisi agama islam.Perkara ini telah ditetapkan oleh para ulama-ulama serta ahli jawatankuasa
islam Malaysia.Hal ini juga telah diambil berdasarkan 5 elemen maqasid syariah yang telah ditetapkan
iaitu Agama,Nyawa,Keturunan,Akal dan Harta.Seperti yang dapat kita rujuk bahwa ini juga adalah
salah satu langkah dalam pemeliharaan agama yang disebut sebagai Hifz al-Din dimana ianya
merupakan satu nilai yang amat penting dalam memelihara setiap muslim.Selain itu juga, berdasarkan
maqasid syariah ini hukum ini juga merujuk kepada pemeliharaan terhadap nyawa iaitu Hifz al-
Nafis.Kehidupan yang sihat adalah perkara yang paling berharga dan kita sebagai umat islam tidaklah
seharusnya sewenang-wenangnya mempersiakan nikmat kehidupan yang sihat ini yang telah diberikan
daripada Allah SWT.Islam juga mewajibkan umatnya untuk sentiasa menjauhi perkara yang dapat
membinasakan diri serta mewajibkan untuk umatnya sentiasa menjaga kesihatan diri.Hal ini dapat kita
lihat bahawasanya hukuman haram kepada rokok elektronik dan vape ini adalah sememangnya tepat
kerana seperti yang kita tahu rokok elektonik dan vape ini boleh membahayakan kesihatan tubuh badan
si perokok.Merujuk kepada pendapat Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Ashok
Zachariah Philip,beliau telah berpendapat bahawa sememangnya rokok elektronik ini boleh membawa
kemudharatan kepada penggunanya.Tambahan beliau lagi bahan kimia yang terdapat pada rokok
tembakau itu juga ada di dalam bahan kimia iaitu cecair yang digunakan sebagai perisa untuk rokok
elektronik dan vape ini walaupun pada kadar yang rendah.Walaupun ianya dalam kuantiti yang kecil
tetapi ianya juga tetap berbahaya kepada pengguna seperti peribahasa melayu mengatakan’sediakan
payung sebelum hujan’ dimana kita seharusnya terlebih dahulu menjauhkan diri jangan ditunggu
apabila sudah tekena baru kita nak menyesal.Antara faktor-faktor lain yang menentukan hukuman ini
haram adalah dari segi pembaziran.Di dalam kategori ini kita dapat lihat dimana sememangnya
pengunaan rokok elektronik dan vape ini merupakan suatu pembaziran kerana ianya tidak membawa
manfaaat langsung bahkan lebih membawa kepada keburukan.Dikatakan nilai harga rokok elektronik
dan vape ini ada yang mencecah seratus ringgit,tidak kurangnya juga cecair bahan kimia yang
digunakan sebagai perasa di dalam rokok elektronik dan vape ini juga boleh mencecah berpuluh-puluh
ringgit.Agama Islam sememangnya melarang daripada melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan
kepada pembaziran kerana perkara ini juga tidak disukai oleh Allah SWT serta rasul kita Nabi
Muhammad Alaihissalam.Seterusnya adalah berlandaskan pemeliharaan terhadap akal dan intelek iaitu
Hifz al-‘Aql. Hifz al-‘Aql ini merupakan suatu kurniaan yang agung diberikan kepada manusia kerana
dengan adanya ini kita dapat dibezakan diantara manusia dan haiwan.Menurut Irsyad Fatwa ke-63
penggunaan rokok elektronik/vapor ini adalah haram kerana ianya boleh mengkhayalkan serta boleh
membawa kepada ketagihan kerana antara isi kandungan bahan kimia bagi cecair perisa itu
mengandungi cecair seperti nikoten cecair tulen,alkohol dan lain-lain lagi.Ketagihan hasil daripada
menghisap rokok elektronik dan vape ini boleh merosakkan akal dan ini boleh menjerumuskan
sesorang itu daripada hilang kawalan seterusnya boleh menjadikan punca berlakunya kegiatan jenayah
serta masalah moral di dalam kalangan masyrakat.Antaranya adalah kegiatan jenayah di dalam
merompak,peras ugut dan penipuan bagi mendapatkan wang.Dari segi Qawaid fiqh pula kaedah yang
dipilih adalah kemudharatan seharusnya dihilangkan iaitu Ad-Dharah Yuzal.Kaedah ini merujuk
kepada sesuatu yang boleh mendatangkan kepada bahaya itu seharusnya dihilangkan atau
dihapuskan.Justeru itu,kita sama sekali dilarang melakukan kerosakan dan kemudharatan terhadap diri
sendiri.Hal ini sama sekali selari dengan ajaran agama islam dimana kita seharusnya tidak menjebakkan
dir di dalam perkara yang sia-sia.Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai perkara yang sia-
sia.Kemudharatan ini dirujuk dari segi keburukan yang dibawa sekiranya kita menjadi penhisap kepada
rokok elektronik dan vape ini kerana sudah tidak dinafikan lagi bahawa kesan yang dibawa oleh rokok
elektronik dan vape ini sememangya dapat memburukkan tubuh badan kita.Bayangkan sekiranya kita
disyaki telah terkena kanser akibat kesan daripada menhisap rokok elektronik dan vape sudahkan itu
tidak akan membuatkan diri kita resah.Hal ini demikian kerana umumnya kita mengetahui bahawa
penyakit kanser ini sememangnya berbahaya dan apabila ianya mencapai pada satu tahap yang parah ia
boleh membawa kepada maut.Oleh sebab itulah Islam telah menetapkan fatwa supaya umatnya
meninggalkan perkara yang boleh membawa kepada kemudharatan terhadap diri sendiri malah
seeloknya kita menjaga kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT ini sebaik-baiknya agar kita tergolong
di dalam kalangan orang-orang yang beriman.Seterusnya di dalam keadah ini ianya terdapat juga
pecahan-pecahan bagi meslifikasikan lagi sesuatu penentuan hukum untuk penerangannya.Dalam
konteks rokok elektronik dan vape ini ianya adalah kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan
kemudharatan yang bermaksud sesuatu perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan atau
keburukan terhadap sesuatu perkara itu seharusnya kita tidak boleh digantikan sama sekali dengan
perkara yang seerti denganya iaitu yang membawa kepada keburukan atau kemudharatan juga.Hal ini
demikian adalah kerana jika difikirkan secara logik akal adalah sama sekali tidak bersesuaian sekiranya
kita ingin berubah dengan menggantikan perkara perubahan itu yang mebawa kepada makna yang sama
juga sepertinya ianya tidak membawa kepada perubahan langsung.Oleh sebab itu lah fatwa telah
menentukan bahawa sememangnya hukum haram itu betul kerana jika kita lihat kewujudan penciptaan
peranti rokok elektronik dsn vape ini ada yang mengatakan bahawa ianya adalah bertujuan bagi
menggantikan rokok konvensional iaitu rokok jenis tembakau.Dalam penerangan ini Islam mengajar
kita agar sesuatu perkara yang membawa kemudharatan itu haruslah dijauhkan atau dihapuskan tetapi
niat tidak menghalalkan cara dimana kita tidak lah seharusnya menggantkan ianya dengan cara iaitu
sesuatu yang boleh menambahkan lagi kemudharatan tersebut seperti rokok elektronik dan vape
ini.Fatwa ulama dan para ilmuwan islam juga berpendapat bahawa penentuan hukum haram ini adalah
sahih dan telah dirujuk dengan panduan-panduan asas dalam islam dalam mentukan hukum ini.

Kesimpulan

Apa yang dapat kita simpulkan daripada penelitian dan pengkajian bagi pengharaman rokok elektronik
ini adalah ianya sememangnya membahayakan kesihatan manusia dan sebab itulah keputusan
mesyuarat jawatankuasa perundingan hukum syarak telah menetapkan bahawa penggunaan rokok
elektronik dan vape ini adalah haram hukumnya.Sesuatu hukum itu dibuat bukanlah berdasarkan hanya
pendapat masing-masing malah ianya telah dirujuk berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan
oleh agama islam dalam menentukan sesuatu hukum itu.Oleh sebab itu lah wujudnya panduan syariah
dimana ianya merupakan suatu panduan yang terbaik bagi menyelesaikan segala tanda Tanya tentang
sesuatu permasalahaan yang timbul dizaman yang penuh dengan carca merba ini.Di mana ianya
diselarikan dengan mengikut peredaran zaman walau bagaimanapun ianya tetap berpandukan kepada
asas pegangan Islam iaitu Al quran dan As Sunnah.Di dalam konteks ini ketentuan sesuatu hukum itu
juga mestilah merangkumi lima elemen yang terdapat di dalam maqasid syariah iaitu
agama,nyawa,akal,keturunan,dan akhir sekali harta.Hal ini diambil kerana maqasid syariah itu sendiri
dirujuk sebagai objektif atau tujuan matlamat terebut itu iaitu di dalam menyelesaikan permasalahaan
dalam sesuatu perkara itu bagi memberikan kebaikan kepada kehidupan manusia.Hal ini telah
menunjukkan bahawa agama islam ini adalah agama yang amat menitikberatkan sesuatu perkara bagi
membawa kepada kebaikan penganutnya.Disamping itu juga agama islam ini adalah agama yang
menjaga kesemua aspek bagi meastikan kesempurnaan kehidupan manusia sejagat dengan berpandukan
kepada lima perkara asas di dalam maqasid syariah iaitu agama,nyawa, akal,keturunan,harta agar tidak
terpesong dari ajaran yang sebenarnya.Jika kita tidak berpegang kepadanya dengan tidak membendung
daripada berlakunya perkara yang lebih teruk maka hal ini sememangnya boleh meruntuhkan lima
prinsip asas syarak ini.Kita seharusnya tidak memandang remeh kepada syariah ini kerana syariah itu
sendiri membawa pengertian kepada undang-undang,peraturan serta ketetapan Allah yang diturunkan
untuk manusia supaya kita dapat menjaga hubungan dengannya.Hal ini adalah kerana ianya adalah
panduan yang dapat menjamin kesejahteraan diantara manusia serta bagi menjamin kebahagiaan di
dunia dan di akhirat.Manakala prinsip atau panduan yang kita rujuk di dalam penggunaan qawaid
Fiqhiyyah ini adalah sebagai peranan penting dalam menjadikan ianya sebagai
penyaring,penyemak,penelitian,penguat hujah dan penyempurnaan mengenai sesuatu ketetapan hukum
itu setelah ianya dirujuk dengan dua asas agama Islam iaitu Al quran dan As Sunnah.Hal ini dapat kita
rujuk berdasarkan fatwa-fatwa ataupun hukum sebelum ini dimana kedua-dua kaedah ini sememangnya
menjadi panduan kepada para ulama dan mufti-mufti dalam menetapkan sesuatu hukum itu.Hal ini
tidak dapat lagi kita nafikan bahwa dua prinsip ini iaitu Maqasid syariah dan Qawaid fighiyyah ini yang
terdapat di dalam agama islam adalah sememangnya telah membuktikan bahawa ianya adalah sesuatu
perkara yang sangat relevan selepas Al quran dan As Sunnah bagi kategori di dalam menetukan
sesuatu hukum hakam itu.Hal ini juga telah menyebabkan banyak isu kontempori dan permasalahaan
yang dihadapi oleh umat islam dapat ditanganinya.Akhir kata,penggunaan rokok elektronik dan vape
ini telah ditentukan hukumnya tetapi adakah perkara ini akan diikuti oleh masyarakat islam ataupun
ianya hanyalah sekadar perkara yang dipandang remeh.Jika kita lihat daripada kita melakukan
pembaziran dengan menggunakan wang ringgit untuk membeli peranti rokok elektronik dan vape ini
ataupun membeli cecair yang digunakan sebagai bahan perasa di dalam peranti ini atau lebih dikenali
dengan namanya sebagai ‘flavour’ tidakkah lebih baik kita menggunakan manfaat ini dengan
melakukan kebaikan yang dapat kita jadikan sebagai amalam kebaikan ataupun saham akhirat untuk
kita gunakan di kelak hari sewaktu proses penentuan syurga ataupun neraka.Sememangnya banyak
yang kita boleh lakukan daripada melakukan pembaziran dengan menyumbangkan atau menyalurkan
wang nilai ringgit kepada tabung-tabung masjid atau surau.Bahkan tidakkah ianya lebih baik sekiranya
kita menggunakanya untuk membeli makanan ataupun menyimpan wang tersebut bagi kegunaan masa
hadapan daripada disalurkan untuk membeli barang-barang yang berkaitan dengan rokok elektronik dan
vape ini.
RUJUKAN

 Wan Hassan, W.Z., Abdullah, N., Muslim, N. and Alias, J., 2018. Aplikasi Maqasid Syariah
Dalam Fatwa Berkaitan Penggunaan Rokok Elektronik Dan Shisha Di Malaysia. Jurnal Sains
Insani.

 Mustafa, Z., 2020. PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK (VAPE) DI KOTA MAKASSAR


PERSPEKTIF HUKUM ISLAM. Shautuna: Jurnal Ilmiyah Mahasiswa Perbandingan Mazhab
dan Hukum, 1(2).

 Daud, M. and Abdullah, A.N., 2017. Garis Panduan Pendalilan Berasaskan Ayat al-Ahkam dalam
Penghujahan Hukum Islam Semasa di Malaysia. albasirahjournal, 7(1), pp.55-70.

 Firman Arifandi, L., 2018. Qawaid Fiqhiyyah Sebagai Formulasi Hukum (Vol. 21). Lentera
Islam.

 Kamrullah, K., 2019. Ushul Fiqh Dan Qawaid Al-Fiqhiyyah Sebagai Metode Istinbath
Pengembangan Produk Lembaga Keuangan Syariah. TAFAQQUH: Jurnal Hukum Ekonomi
Syariah Dan Ahwal Syahsiyah, 4(1), pp.21-35.

You might also like