Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TEKS UCAPAN VVIP

Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN


HALIMI
ADUN KOTA ANGGERIK
sempena

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN


KONVOKESYEN MINI
KALI KE-19
TARIKH: 27 APRIL 2019 (SABTU)
TEMPAT: DEWAN TITIWANGSA

‘Kasih disemai, budi dijulang,


SEMASHUR gemilang’
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Dihormati,
Encik Ahmad Nasir Bin Mohd Salleh,
Ketua Unit Pengurusan Akademik,
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor

Yang Dihormati,
ASP Lai Siaw Khien,
Ketua Bahagian Pencegahan
Jenayah & keselamatan
Komuniti
Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor
Yang Berusaha,
En. Wan Zulkifli Bin Wan Idris
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Menengah Sains hulu Selangor

Yang Berusaha,
En. Suhaime Bin Mohd.
Penolong Kanan
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Yang Berusaha,
En. Mohd Zulkefli Bin Salleh
Penolong Kanan HEM
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Yang Berusaha,
Pn. Masita Bt. Salamat
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Yang Dihormati,
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, jawatankuasa
pelaksana, guru-guru, pelajar-pelajar
seterusnya para hadirin yang dimuliakan
sekalian.

Seawal bicara saya ingin merakamkan


ucapan terima kasih kerana telah menjemput
saya untuk merasmikan Hari Anugerah
Cemerlang dan Konvokesyen Mini kali ke-19
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor ini
bagi tahun 2019.
Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana
pada pagi yang penuh bermakna ini kita
dapat berkumpul bersama-sama bagi
memberikan pengiktirafan kepada para
pelajar  yang telah memperoleh tahap
pencapaian yang cemerlang khusus dalam
bidang kurikulum sepanjang tahun 2018. 
Sesungguhnya majlis indah yang telah
disusun atur oleh pihak pengurusan sekolah bertujuan untuk menghargai kejayaan-
ini merupakan satu agenda pendidikan yang kejayaan yang telah diperoleh para pelajar
kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa Pengelola Majlis yang tentunya
telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini
akan berjalan dengan lancar dan teratur
seterusnya mencapai matlamatnya.  Kita
sedar bahawa majlis seumpama ini amat
perlu dilaksanakan untuk memberi makna
dan penghargaan kepada kehidupan anak-
anak generasi  pewaris  masa depan negara. 
Saya juga mengambil kesempatan untuk
mengalu-alukan kehadiran tuan puan.  Saya
percaya kerjasama yang padu serta sokongan
yang berterusan daripada ibu bapa akan
meningkatkan lagi semangat warga sekolah
untuk terus mencatat kejayaan yang
membanggakan.

Para hadirin sekalian,


Hari ini ialah hari yang cukup
bersejarah bagi warga SEMASHUR kerana
berpeluang menyaksikan majlis yang cukup
bermakna bagi memberi penghargaan kepada
pelajar-pelajar yang telah berjaya
mengharumkan nama baik sekolah dalam
peperiksaan SPM dan juga PT3. Majlis ini
sangat penting bagi membentuk pelajar yang
mampu bersaing di semua peringkat dan
memberi dorongan dan motivasi bagi pelajar
yang akan menduduki peperiksaan pada
tahun ini. Oleh itu, majlis ini merupakan
wahana dalam menghargai sumbangan dan
potensi diri pelajar seiring dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan bakal pemimpin pada masa akan
datang juga yang seimbang dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani ke arah negara kita
Malaysia yang gemilang.

Para hadirin sekalian,


Kecemerlangan merupakan satu perkara
yang dituntut dalam menghadapi arus
globalisasi kehidupan kita pada zaman ini.
Sesiapa yang tidak cemerlang akan tersisih
dan terkebelakang dalam apa-apa jua bidang
yang mencakupi aspek kehidupan kini yang
semakin kompleks. Oleh itu, kecemerlangan
perlu dicapai sama ada dalam aspek fizikal,
jasmani mahupun emosi.
Dalam bidang pelajaran, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dibentuk telah
menggariskan agar pelajar seimbang dan
mencapai kecemerlangan dalam segala aspek
selaras dengan tuntutan semasa. Maka
kecemerlangan yang perlu dicapai oleh para
pelajar kini sebenarnya menyediakan
platform untuk mereka berdaya saing dan
meneruskan survival dalam dunia yang
semakin mencabar ini.

Para hadirin sekalian,


Hari Anugerah Cemerlang dan
Konvokesyen Mini seperti yang diadakan
pada hari ini diyakini mampu menjadi salah
satu wadah dalam menjana semangat dan
motivasi kepada para pelajar untuk bersaing
bagi mencapai kecemerlangan. Saya percaya,
kejayaan yang dicapai oleh para pelajar ini
bukan satu perkara yang diibaratkan seperti
“yang bulat datang bergolek, yang pipih
datang melayang”. Sebaliknya, sesuatu
kejayaan memerlukan komitmen dan usaha
yang bukan calang-calang hebatnya. Maka,
kecemerlangan ini perlu diberi pengiktirafan
dan penghargaan oleh pihak sekolah dan ibu
bapa. Oleh itu, majlis sebegini amat
bertepatan dengan hasil yang ditunjukkan
oleh para pelajar untuk mengharumkan nama
sekolah khususnya dan ibu bapa amnya.

Para hadirin sekalian,


Sekalung tahniah juga untuk semua guru
yang telah bekerja keras demi menyediakan
dan menyampaikan pembelajaran yang
berkualiti supaya pada akhirnya pelajar yang
menerima pembelajaran di sekolah ini dapat
menyumbang terhadap jati diri dan daya
saing negara seterusnya mampu menjadi
insan yang cemerlang dan dapat
membangunkan negara sejajar dengan
kehendak semasa pada masa akan datang.
Syabas diucapkan kepada semua guru yang
sememangnya tidak pernah jemu dan sentiasa
bekerja keras untuk melaksanakan perubahan
dan pendekatan baharu dalam sistem
penyampaian pengajaran dan pembelajaran
untuk menggembleng bakat dan potensi
pelajar secara optimum.  Syabas juga kepada
ibu bapa kerana turut memainkan peranan
penting untuk mencorakkan masa depan
anak-anak mereka.  Namun demikian , pada
hemat saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri
agar sentiasa mempunyai komitmen dan
motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin
mengecapi kecemerlangan.

Para hadirin sekalin,


Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
ini merupakan salah sebuah sekolah
berasrama penuh yang dibina oleh kerajaan
atas matlamat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai sahsiah yang baik,
berketerampilan, mempunyai semangat
patriotik yang tinggi dan seterusnya
menjadikan kecemerlangan akademik sebagai
sasaran. Maka, sekolah ini perlulah
menghasilkan ‘produk’ yang berkualiti agar
dapat menerajui pentadbiran dan mengemudi
negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu, para pelajar sekolah ini


perlulah menjadikan matlamat kerajaan ini
sebagai pendorong dalam mencapai cita-cita
dan usaha bagi menggapai kegemilangan
dalam semua aspek kehidupan.
Sebagaimana yang telah saya nyatakan
di awal tadi bahawa majlis ini merupakan
satu pengiktirafan kepada para pelajar yang
berjaya .  Oleh itu, saya mengucapkan
tahniah dan syabas kepada semua penerima
anugerah pada hari ini.  Saya berharap agar
kejayaan para pelajar ini akan berterusan dan
akan menjadi pembakar semangat kepada
para pelajar yang lain untuk sentiasa
mempunyai sikap daya saing untuk
mempertingkatkan mutu pemcapaian mereka
dalam bidang akademik bahkan dalam bidang
kokurikulum juga.  Bagi pihak sekolah, saya
mendoakan agar pelajar-pelajar akan terus
melakar kejayaan yang bakal membanggakan
diri sendiri, keluarga , sekolah, masyarakat,
bangsa dan negara.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin


mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah
yang telah menjayakan majlis yang
bertemakan ‘Kasih disemai, budi dijulang,
SEMASHUR gemilang’ yang begitu meriah
ini. Semoga Sekolah Menengah Sains Hulu
Selangor ini akan terus cemerlang dan
gemilang pada masa-masa akan datang.
Sebelum saya mengundur diri, maka dengan
lafaz Bismillahirrahmanirahim, saya
merasmikan Hari Anugerah Cemerlang dan
Konvokesyen Mini kali ke-19 Sekolah
Menengah Sains Hulu Selangor bagi tahun
2019.

Sekian, Wabillahitaufikwalhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarokatuh.

You might also like