Esei Teori Sosiologi (Kumpulan) Vaish

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Menurut Banks (2008), terdapat lima dimensi dalam Pendidikan Pelbagai Budaya. Lima
dimensi yang dimaksudkannya adalah content integration, the knowledge construction
process, an equity pedagogy, prejudice reduction dan an empowering school culture and
social structure. Lima dimensi ini membolehkan Pendidikan Pelbagai Budaya diterapkan
secara aktif sesebuah organisasi pendidikan.

Dimensi pertama, iaitu content intergration merupakan elemen yang penting untuk
mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep
mendasar, generalisasi dan teori dalam sesebuah mata pelajaran. Content ataupun
kandungan harus dititikberatkan di sini, seseorang guru harus menghasilkan kandungan
pembelajaran yang mempunyai unsur-unsur pelbagai budaya yang berkaitan dengan murid.
Seseorang guru harus mengambil tahu tentang latar belakang murid dari segi budaya, kelas
sosial keluarga, cara pembelajaran dan sebagainya. Hal ini penting untuk guru tersebut
mewujudkan kandungan yang berkaitan dengan pelbagai budaya yang wujud dalam
kalangan murid. Penggunaan kandungan yang bersifat autentik adalah sangat penting
dalam pengamalan content intergration. Maklumat yang diambil dan diintergrasikan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran harus betul dan tepat. Content integration penting untuk
mewujudkan kesedaran terhadap pelbagai budaya yang berbeza antara murid supaya
mereka dapat dididik untuk menghormati semua budaya.

Antara contoh pelaksanaan content integration dalam sesebuah sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah mungkin dalam matapelajaran Bahasa Melayu misalnya, guru boleh
memilih tema makanan tradisional. Guru boleh memperkenalkan pelbagai makanan
tradisional yang wujud di Malaysia. Ataupun guru boleh meminta murid-murid daripada
pelbagai bangsa dan budaya untuk menceritakan mengenai makanan mereka kepada
rakan-rakan. Seterusnya, misalnya bagi matapelajaran Pendidikan Muzik, guru boleh
menggunakan lagu-lagu pelbagai bahasa untuk diajarkan dan dinyanyikan bersama murid di
dalam kelas. Guru juga boleh meminta murid-murid untuk memilih lagu-lagu dalam bahasa
ibunda mereka untuk dipelajari dan dinyanyikan bersama rakan-rakan mereka di dalam
kelas. Selain itu, contohnya dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. guru
matapelajaran boleh mengajar permainan pelbagai etnik kepada murid-murid, atau boleh
juga murid-murid yang berpengetahuan dalam permainan-permainan tradisional etnik
mereka untuk berkongsi pengetahuan itu dengan rakan-rakan sekelas mereka.

Dimensi seterusnya adalah the knowledge construction process. Dimensi ini berfokus
untuk membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sesebuah mata
pelajaran. Guru mempunyai peranan untuk membantu murid untuk memahami, meneliti dan
mengenal pasti bagaimana andaian mengenai sesebuah budaya secara tersirat, persepsi,
bias, konsep rujukan dalam seebuah disiplin membentuk pengetahuan seseorang murid.
Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya di Malaysia, pelaksanaan knowledge
construction process boleh dilakukan dengan didikan sejarah negara, peristiwa-peristiwa
penting yang membawa kepada pembentukan budaya Malaysia sekarang, kepentingan
perpaduan untuk kemajuan negara dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh menerapkan
elemen ini melalui pendedahan kepada bagaimana masyarakat dari pelbagai budaya
mengikuti amalan-amalan mereka serta signifikan amalan-amalan tersebut kepada
masyarakat budaya tersebut. Guru juga boleh mewujudkan kesedaran tentang pentingnya
menghormati perbezaan budaya yang berlainan serta meraikan persamaan yang ada antara
pelbagai budaya.

Sebagai contoh, dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual guru boleh mengajar murid
untuk menghasilkan kad ucapan sempena perayaan-perayaan yang wujud di Malaysia.
Dalam sesi itu juga guru boleh berkongsi maklumat tentang sejarah, kumpulan etnik yang
meraikan, amalan perayaan kepada murid. Selain itu, guru Sejarah misalnya boleh
memberikan aktiviti projek kepada murid seperti menghasilkan sebuah lakonan sketsa
mengenai peristiwa-peristiwa yang membawa negara kita untuk mencapai kemerdekaan di
mana unsur perpaduan ditekankan. Sebagai contoh yang lain, pihak sekolah boleh
mewujudkan sudut ataupun gallery walk mengenai pelbagai budaya dan etnik yang wujud di
Malaysia, keistimewaan setiap golongan tersebut dan bagaimana kepelbagaian itu
membentuk identiti negara kita.

Seterusnya ialah, dimensi mengenai an equity pedagogy. Dimensi ini berkaitan dengan
bagaimana guru menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam
rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi kaum, budaya
ataupun sosial. Guru harus sensitif akan cara pembelajaran setiap murid yang berada di
dalam kelas. Pelbagai perkara seperti latar belakang keluarga, penempatan, tahap ekonomi
keluarga dan sebagainya boleh mempengaruhi cara pembelajaran seseorang murid. Oleh
itu, guru harus peka mengenai pelbagai cara pembelajaran murid dan cuba sebaik mungkin
untuk menampung keperluan murid dari segi cara pembelajaran supaya murid akan
cemerlang dalam akademik. Oleh itu, sangat penting bagi seseorang guru untuk
berkemahiran dalam pelbagai kaedah pengajaran dan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Antara contoh pelaksanaan dimensi an equity pedagogy ialah, melakukan aktiviti mentor
mentee dalam kalangan murid, di mana seorang murid yang lebih memahami topik
pelajaran menjadi mentor kepada seorang murid yang kurang memahami topik pelajaran,
untuk membantu rakan mereka memahami topik yang dipelajari dengan lebih baik, Aktiviti
seperti ini berkesan untuk murid yang bersifat pendiam dan berasa takut untuk bertanya
soalan kepada guru. Selain itu, guru juga boleh memberikan aktiviti berkumpulan kepada
murid. Aktiviti berkumpulan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama
sendiri dengan lebih efektif. Bagi murid yang selesa dengan rakan-rakan dan lebih suka
untuk bekerja bersama dengan rakan, car ini berkesan dan akan membantu murid untuk
memahami topik pelajaran. Seterusnya, bagi murid yang cenderung untuk belajar secara
hands-on, guru misalnya boleh memberikan aktiviti projek seperti membina model bangunan
menggunakan bahan terbuang untuk mempelajari bentuk, menanam denih kacang taugeh
dalam bekas untuk mempelajari proses penumbuhan benih, mempelajari anyaman tikar
mudah menggunakan kertas lukisan dan kertas warna, dan sebagainya.

Dimensi keempat pula ialah, prejudice reduction. Dimensi ini menekankan bahawa guru
harus mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah
pengajaran yang sesuai untuk mereka. Perkara ini adalah untuk mengurangkan prejudis
terhadap budaya kaum lain. Seperti yang telah dibincangkan di atas, guru harus sensitif
terhadap budaya murid yang berasal dari pelbagai kaum. Perasaan prejudis antara budaya
satu kaum dengan budaya kaum yang lain sememangnya wujud dalam masyarakat
Malaysia. Perkara tersebut jika tidak diatasi akan memudaratkan keharmonian negara.
Namun, isu tersebut hanya boleh diatasi secara perlahan-lahan bermula dengan
pembentukan minda generasi muda. Guru memainkan peranan yang penting dan harus
memikirkan cara dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai supaya perasaan
prejudis antara murid-murid yang berbilang kaum dapat dikurangkan.

Sebagai contoh, apabila melaksanakan aktiviti kumpulan untuk murid di dalam kelas, guru
boleh membentuk kumpulan-kumpulan murid di mana dalam sesebuah kumpulan ada murid
yang berbilang kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan mewujudkan hubungan
persahabatan yang baik yang secara langsungnya dapat mengurangkan perasaan prejudis
antara kaum yang berlainan. Seterusnya, pihak sekolah boleh menganjurkan program inter-
budaya yang mempunyai aktiviti tarian, nyanyian supaya dapat membuka peluang untuk
murid mempelajari dan menyertai aktiviti tarian atau nyanyian yang berbilang kaum. Perkara
ini dapat mencetuskan perasaan apresiasi terhadap budaya yang berlainan. Selain itu,
contohnya dalam matapelajaran bahasa seperti Bahasa Inggeris guru boleh menerapkan
pelaksanaan dimensi ini dengan memberi tugasan pembentangan atau penulisan mengenai
budaya kaum yang berbeza, dengan cara ini murid akan membuat pencarian sendiri untuk
mempelajari tentang pelbagai budaya kaum dan mengurangkan perasaan prejudis terhadap
budaya kaum lain.
Dimensi yang terakhir ialah, an empowering school culture and social structure. Dimensi
ini memberi penekanan untuk melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan sukan,
berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan kaum dalam
membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat. Tidak boleh
dinafikan bahawa sekolah merupakan organisasi bagi pembentukan asas minda generasi
muda selepas institusi keluarga. Maka, budaya di sekolah secara langsung akan
membentuk cara pemikiran dan perlakuan murid. Interaksi antara semua warga sekolah
adalah amat penting. Interaksi yang aktif dan efektif perlu digalakkan dalam sebuah
organisasi sekolah. Bukan hanya interaksi antara murid dengan murid dan murid dengan
guru, malah interaksi antara guru dengan guru, guru dengan staf sekolah, murid dengan staf
sekolah harus dititik beratkan. Penglibatan murid dalam kegiatan sukan ditekankan kerana
kegiatan sukan mampu mengeratkan silaturahim antara murid tanpa mengira kaum, etnik
dan budaya melalui semangat kesukanan.

Di sekolah, pihak sekolah boleh menganjurkan pelbagai aktiviti atau pertandingan


olahraga untuk murid dan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan penglibatan
dan pencapaian yang baik. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan program
sukaneka untuk guru dan staf sekolah supaya wujud interaksi yang berkesan dan positif
antara warga sekolah. Seterusnya, program silaturahim antara warga sekolah dan ibu bapa
juga boleh dianjurkan oleh PIBG sekolah, supaya wujud kefahaman antara kedua-dua pihak
serta memberi peluang untuk kemajuan organisasi sesebuah sekolah.

Kesimpulannya, lima dimensi dalam pendidikan pelbagai budaya yang telah dibincangkan
di sini amat penting untuk dilaksanakan dalam sesebuah institusi pendidikan. Hal ini adalah
kerana, tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk membentuk suatu cara hidup yang
berlandasakan nilai saling hormat-menghormati dan bertoleransi terhadap kepelbagaian
budaya yang wujud sesama masyarakat yang berbilang kaum. Institusi pendidikan sudah
tentu menjadi agen untuk membentuk minda dan budaya yang lebih menerima akan
kepelbagaian budaya dan secara langsungnya menyumbang kepada perpaduan dan
kemajuan negara kita.

PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Sembilan pendekatan telah dinyatakan oleh Penny et al. (2000) untuk dilaksanakan oleh
guru dalam menerapkan pendidikan pelbagai budaya di sekolah. Pendekatan yang pertama
ialah guru harus menolong murid untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua
bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif
dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Seperti yan g telah dinyatakan di atas guru harus
mengambil tahu latar belakang murid supaya boleh menghasilkan sebuah sesi pengajaran
dan pembelajaran yang relevan dengan murid. Perkara ini penting supaya murid dapat
mengaitkan pengalaman sebenar hidupnya dengan perkara yang dipelajari dan
membolehkan murid memahami perkara tersebut dengan lebih baik. Seterusnya ialah, guru
perlu memberi perhatian kepada suara hati murid. Guru harus memberi peluang kepada
murid untuk menyuarakan sebarang pendapat, soalan atau kekhuatiran yang dihadapi.
Dengan pendekatan tersebut, murid akan rasa lebih selesa untuk berinteraksi dengan guru
serta guru juga akan lebih memahami cara pembelajaran muridnya. Selain itu, komunikasi
secara verbal dan bukan verbal antara guru dan murid hendaklah dianalisa untuk
meningkatkan penyertaan murid semasa proses pembelajaran. Pendekatan ini berkait rapat
dengan pendekatan yang kedua, guru harus memahami komunikasi murid melalui
percakapan mereka, bahasa badan, ekspresi mereka dan sebagainya. Pemahaman
komunikasi murid oleh guru penting supaya guru dapat memberikan responsa atau
melaksanakan pendekatan yang sesuai untuk suasana pada masa itu.

Pendekatan yang seterusnya ialah, cara belajar murid dan cara guru mengajar hendaklah
difahami bagi membina dan mengembangkankaedah pengajaran yang lebih berkesan.
Seorang guru harus sedar akan cara pengajarannya dan melihat jika cara tersebut sesuai
untuk digunakan dengan murid. Ada kalanya cara guru megajar kurang efektif untuk
sekelompok murid itu, oleh itu guru tersebut harus mencuba cara pengajaran yang lain yang
lebih sesuai denga murid tersebut. Seorang guru harus berkemahiran untuk menggunakan
pelbagai kaedah mengajar murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Penerapan
pendidikan pelbagai budaya dalam kurikulum secara formal juga merupakan salah satu
pendekatan. Pendekatan ini harus dipertimbangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan pelbagai budaya akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan jika ia
diterapkan secara formal dalam kurikulum. Pendidikan pelbagai budaya juga mesti memberi
kesan kepada kurikulum di setiap peringkat. Pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya
haruslah dijalankan dengan cara yang efektif sehingga dapat melihat keberkesanannya
dalam kurikulum.

Seterusnya ialah, pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar untuk berfikir secara
kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya. Guru perlu mewujudkan suasana yang
selamat di mana murid berasa selesa dan mempunyai kebebasan untuk bertanya tanpa
berasa takut atau malu. Dengan ini, komunikasi berkesan akan terjadi dan membolehkan
guru untuk memahami murid serta murid juga akan lebih memahami perkara yang dipelajari
dengan lebih mendalam. Selain itu, guru memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum
lain. Perkara ini amat penting supaya guru dapat merancang dan melaksana pengajaran
dan pembelajaran yang inklusif akan pelbagai budaya serta memberi pendedahan tentang
budaya lain antara murid yang berbeza kaum dan budaya. Pendekatan yang terakhir ialah,
pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber. Dalam
konteks pendidikan di sekolah, guru boleh menggunakan pengalaman murid sendiri sebagai
bahan pengajaran supaya perkara yang diajar relevan dengan murid dan konteks
masyarakat Malaysia.

Kesimpulannya, sembilan pendekatan yang dinyatakan adalah penting untuk dilaksanakan


oleh warga pendidik di sekolah supaya dapat melahirkan sebuah generasi yang saling
hormat menghormati dan bertoleransi akan kewujudan pelbagai budaya. Guru sendiri harus
mempelajari dan memahami amalan pelbagai budaya yang ada di sini terlebih dahulu
supaya dapat diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Institusi pendidikan
terutamanya sekolah mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar untuk
membentuk minda dan personaliti murid yang baik dan harus sentiasa memastikan
pendidikan yang disampaikan bersifat inklusif.

You might also like