Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Bincangkan asas-asas

pelaksanaan dasar luar


yang dilaksanakan oleh
kerajaan Malaysia

Nurfaizatul Anessa 6A3


Pengenalan
Dasar luar bermaksud dasar sesebuah negara
dalam mengadakan hubungan dengan negara-negara
luar sama ada negara jiran atau negara yang lebih jauh
darinya. Tujuan utama dasar luar digubal adalah untuk
menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara
lain bagi mempertahankan kemerdekaan, membentuk
keamanan dan kemakmuran dalam negara.
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh
pelbagai faktor seperti faktor sejarah, ekonomi, politik,
geografi dan demografi.
Elegant Lines Pitch Deck // 2021
Faktor Sejarah
Antara asas pelaksanaan dasar luar dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
adalah kerana faktor sejarah. Sejak dulu lagi, Malaysia telah menjalinkan hubungan
diplomatic dengan negara-negara Islam. Tambahan pula, majoriti rakyat Malaysia
adalah orang Melayu yang beragama islam. Selain itu, terdapat juga hubungan
berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura dan Indonesia. Setelah
merdeka, Malaysia menyertai Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatic
dengan Britain, Australia dan New Zealand. Apabila negara diancam oleh Parti
Komunis Malaya pula, Malaysia telah mengamalkan dasar Pro-Barat dan
antikomunis. Malaysia terpaksa bergantung kepada kuasa kuasa Barat kerana belum
mempunyai keupayaan pertahanan. Dasar Pro-Barat telah diamalkan sepanjang
tempoh merdeka pada tahun 1957 sehingga 1969 iaitu semasa Tunku Abdul
Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri. Hubungan dengan negara-negara Islam
misalnya dapat dibuktikan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha
Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang pertama.

Elegant Lines Pitch Deck // 2021


Faktor Ekonomi
Selain itu, faktor ekonomi juga menjadi asas penggubalan dasar luar
dalam negara. Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas dan menjalinkan
hubungan baik dengan negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonomi
negara. Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman
penjajahan British dan Amerika Syarikat. Kebergantungan kepada Barat
menyebabkan Malaysia memerlukan bantuan terutama dari Britain dan Amerika
Syarikat untuk memasarkan getah dan bijih timah. Hubungan baik juga terjalin
dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran
Malaysia dan memgadakan pelaburan di negara-negara berkenaan. Justeru itu,
jelaslah bahawa dasar luar Malaysia juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Hal ini
telah dapat memantapkan Malaysia untuk menjadi lebih berdikari.

Elegant Lines Pitch Deck // 2021


Faktor Politik
Di samping itu, faktor politik turut menjadi asas kerajaan Malaysia
melaksanakan dasar luar. Dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh faktor politik
negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Malaysia mementingkan
hubungan yang mengutamakan keamanan sejagat serta menekankan prinsip-
prinsip kebebasan manusia dan menentang segala bentuk penjajahan,
penindasan ekonomi, sosial dan politik dalam kalangan masyarakat
antarabangsa. Oleh itu, Malaysia berpegangan teguh kepada prinsip dan
piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan
dunia. Sebagai contoh, Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan
keamanan di Asia Barat. Malaysia juga pernah menghantar misi pengaman ke
Congo pada tahun 1961. Tuntasnya, dasar ini jelas membuktikan bahawa
Malaysia mengutamakan kemanan dan kebebasan.

Elegant Lines Pitch Deck // 2021


Faktor Demografi
Akhir sekali, faktor demogragi juga mempengaruhi penggubalan dasar
luar Malaysia. Malaysia mempunyai masyarakat majmuk serta berbilang bangsa
telah mengamalkan prinsip perpaduan untuk semua kaum. Dasar menghormati
hak asasi manusia juga diamalkan. Atas prinsip tersebut, Malaysia telah
menentang dasar perbezaan warna kulit iaitu dasar Apartheid yang pernah
diamalkan oleh Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan hubungan
diplomatic dengan Israel kerana negara berkenaan mengamalkan dasar
menceroboh dan membunuh rakyat Palestin. Penggubalan dasar tersebut
menunjukkan bahawa Malaysia menghormati hak asasi setiap orang tanpa
mengira agama dan bangsa.

Elegant Lines Pitch Deck // 2021


Kesimpulan
Kesimpulannya, penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi
oleh pelbagai faktor seperti sejarah, ekonomi politik, geografi dan
demografi. Dasar luar Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan hubungan
serantau dan kedudukan politik serta ekonomi. Dasar luar Malaysia juga
digubal mengikut perkembangan zaman demi kebaikan hubungan dua
hala sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

Elegant Lines Pitch Deck // 2021

You might also like