Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LEFTENAN ADNAN

LATAR BELAKANG LEFTENAN ADNAN

Adnan bin Saidi (lahir 1915 – meninggal 14 Februari 1942) atau lebih dikenali


sebagai Leftenan Adnan merupakan seorang anggota tentera dan askar Tanah Melayu dari
Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Beliau
dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya
dalam Pertempuran Bukit Candu untuk Pasir Panjang. Nama beliau juga diabadikan pada
Kenderaan Perisai Tempur. Leftenan Adnan mempunyai 3 orang adik beradik iaitu Adnan ,
Ahmad dan Amarullah.

Biodata
Nama : Adnan bin Saidi
Lebih dikenali : Leftenan Adnan
Tarikh Lahir : Tahun 1915
Tempat Kelahiran : Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor
Tarikh Meninggal : Tahun 1942

SUMBANGAN LEFTENAN ADNAN

Leftenan Adnan bin Saidi adalah antara orang pertama menyertai Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD) ketika penubuhan RAMD pada tahun 1933. Beliau ketika itu baru berumur
18 tahun. 

Pada tahun 1936 beliau dinaikan pangkat sebagai Sarjan dan merupakan pegawai tentera
Melayu pertama memegang jawatan itu. Pada tahun 1937 beliau terpilih untuk mewakili
platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja
George VI dan pada tahun 1937 juga dinaikan pangkat sebagai Kompeni Sarjan Mejar.

Kompeni C RAMD di bawah pimpinan Leftenen Adnan di arahkan untuk bertahan di Bukit
Candu. Pertempuran di Bukit Candu ini menjulang nama Rejimen Askar Melayu
menjadikannya satu pasukan tentera yang disegani di kalangan pasukan tentera Komanwel. 

Pertempuran ini juga menampilkan keberanian askar Melayu, khususnya Leftenan Adnan
yang sanggup berkorban semasa memberikan tentangan habis-habisan kepada Jepun.
Leftenen Adnan berjaya mematahkan serangan berhelah Jepun yang menyamar sebagai
tentera Sikh. Dua (2) jam selepas Jepun berundur, Jepun hadir semula dengan membawa
pasukan tentera yang lebih ramai untuk serangan penghabisan.

Kompeni C RAMD di bawah pimpinan Leftenen Adnan kehabisan peluru dan semakin
ditekan oleh tentera Jepun, namun tidak dapat berundur kerana tali air yang dicemari minyak
terbakar memisahkan mereka dengan barisan belakang. Leftenen Adnan mengarahkan
pasukannya untuk melawan Jepun dan mempertahankan tanah air hingga ke hujung nyawa.
Pertempuran di Bukit Candu antara Askar Melayu dan Askar Jepun semakin merunsingkan
apabila Askar Melayu kehabisan peluru. Tentera Jepun mara dan menumpaskan semua Askar
Melayu manakala Leftenan Adnan yang cedera parah telah ditawan.

Akhirnya Leftenen Adnan yang telah ditangkap Jepun, diseksa dan digantung pada sebatang
pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun sehingga hancur
mayatnya Ketika itu beliau berusia 27 tahun. Jepun berjaya menakluki Singapura pada esok
harinya (15 Februari 1942).

Keberanian dan semangat juang Leftenen Adnan diakui oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita
yang mengatakan “ Jika ada 10 orang lagi seperti Leftenen Adnan, Jepun memerlukan
10 batalion lagi untuk menakluk Tanah Melayu.”

Setelah berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun, penjajahan mereka tamat
apabila menyerah kalah untuk menamatkan Perang Dunia Kedua.

You might also like