Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 53

UQU10103

KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN


MUTAKHIR MALAYSIA (SEKSYEN7)
NAMA PENSYARAH: DR. FAUZIAH BINTI ANI
TUGASAN BERKUMPULAN
TEMA: ISU SEMASA DAN CABARAN DALAM KENEGARAAN
TAJUK: IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG TERHADAP KUALITI HIDUP
MASYARAKAT DI MALAYSIA

Disediakan oleh:

BIL. NAMA NO. MATRIK

1. AHMAD DANIAL BIN AKMAL HAKIM CB210054

2. ANDERSON TING KAI AD210148

3. TUAN NOR SYAZA HANNAN BINTI TUAN MUSA AB210015

4. MUHAMMAD FADLIE BIN SHAHADAN CD210056

5. MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN MAT ZAID AB210021

6. MUHAMMAD AZRI HAFIZAN BIN AZIZAN DE210002

7. NITTHIYA ARISA A/P VI RAT CD210313

8. MOHAMAD ADAM FIRDAUS BIN ABIDIN CD190283

MARKAH
TUGASAN
BIODATA KUMPULAN

NAMA AHMAD DANIAL BIN AKMAL HAKIM


NO MATRIK CB210054
NO K/P 000602080563
ALAMAT RUMAH NO 33, JALAN METRO 7, TAMAN METRO
PENGKALAN, 31550 PUSING, PERAK.
EMEL CB210054@siswa.uthm.edu.my
NO TELEFON 012-2282749
HOBI BERJOGING, MENDENGAR LAGU
IDOLA IBU BAPA
NAMA TUAN NOR SYAZA HANNAN BINTI TUAN MUSA
NO MATRIK AB210015
NO K/P 010204030412
ALAMAT RUMAH PT 1245, TAMAN BUNGA 17500, TANAH MERAH,
KELANTAN
EMEL ab210015@siswa.uthm.edu.my
NO TELEFON 014-5040636
HOBI MEMBACA KOMIK DAN MENDENGAR LAGU
IDOLA AMAL CLOONEY
NAMA MUHAMMAD AZRI HAFIZAN BIN AZIZAN
NO MATRIK DE210002
NO K/P 000109-01-0887
ALAMAT RUMAH NO. 8, JALAN CIKU 38, TAMAN KOTA MASAI,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
EMEL de210002@siswa.uthm.edu.my
NO TELEFON 011-39680935
HOBI BERSUKAN DAN AKTIVITI LASAK
IDOLA IBU BAPA
NAMA MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN MAT ZAID
NO MATRIK AB210021
NO K/P 010305030243
ALAMAT RUMAH KAMPUNG GONG TINGGI 16800 PASIR PUTEH
KELANTAN
EMEL AB210021@siswa.uthm.edu.my
NO TELEFON 014-9254919
HOBI BERMAIN BADMINTON
IDOLA IBU BAPA
NAMA ANDERSON TING KAI
NO MATRIK AD210148
NO K/P 000317-13-1173
ALAMAT RUMAH NO. 19B, JALAN SAWI, SIBU , SARAWAK
EMEL AD210148@siswa.uthm.edu.my
NO TELEFON 011118810317
HOBI BERSUKAN DAN MENDENGAR LAGU
IDOLA IBU BAPA
NAMA MOHAMAD ADAM FIRDAUS BIN ABIDIN
NO MATRIK CD190283
NO K/P 980718-02-6151
ALAMAT RUMAH NO 38, TAMAN HIDAYAH , JALAN HUTAN
KAMPONG, 05350, ALOR SETAR ,KEDAH DARUL
AMAN.
EMEL cd190283@siswa.uthm.edu.my
NO TELEFON 011-19746208
HOBI MENONTON MOTOGP, FORMULA 1
IDOLA IBU BAPA
NAMA MOHAMMAD FADLIE BIN SHAHADAN
NO MATRIK CD210056
NO K/P 000421-14-0053
ALAMAT RUMAH E-3-15 APARTMENT SERI PERINDU, JALAN 7/154D,
ALAM DAMAI, CHERAS, 56000, KUALA LUMPUR
EMEL cd210056@siswa.uthm.edu.my
NO TELEFON 013-2392061
HOBI MENONTON MOVIE, MENDENGAR LAGU
IDOLA IBU BAPA
NAMA NITTHIYA ARISA A/P VI RAT
NO MATRIK CD210313
NO K/P 001030-02-0518
ALAMAT RUMAH NO 278, KAMPUNG BEGIA, SIK, 08200, KEDAH.
EMEL Cd210313@siswa.uthm.edu.my
NO TELEFON 013-4305926
HOBI BERMAIN BADMINTON, BUAT AKTIVITI LASAK
IDOLA IBU
GAMBAR BERKUMPULAN

Ahli Kumpulan Dari Kiri Ke Kanan:


Barisan Pertama : Nitthiya Arisa A/P Vi Rat, Mohamad Adam Firdaus Bin Abidin, Tuan
Nor Syaza Hannan Binti Tuan Musa, Mohammad Fadlie Bin Shahadan
Barisan Kedua : Muhammad Azri Hafizan Bin Azizan, Muhammad Amirul Amin Bin Mat
Zaid, Anderson Ting Kai, Ahmad Danial Bin Akmal Hakim

*Semua ahli hadir sewaktu perbincangan pengagihan kerja di Google Meet.


ISI KANDUNGAN HALAMAN
BIODATA
ABSTRAK i
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Penyataan Masalah 2-3
1.3 Objektif Kajian 3
1.4 Persoalan Kajian 3
1.5 Kepentingan Kajian 3-4
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Konsep Kajian 5-6
2.2 Kajian Lepas 6-7
BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 8
3.2 Reka Bentuk Kajian 8
3.3 Kaedah Kajian 8-9
3.4 Sampel Kajian 9
3.5 Instrumen Kajian 9
3.5.1 Temu Bual 9-10
3.6 Kaedah Analisis Data 10
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 11
4.2 Kajian Kualitatif 11
4.3 Temu Bual
4.3.1 Senarai Soalan Temubual Kajian
( Informer Pertama ) 12-13
4.3.2 Analisis Maklum Balas/ Jawapan
Temubual Informer Pertama 13-20
4.3.3 Senarai Soalan Temubual Kajian
( Informer Kedua ) 21
4.3.4 Analisis Maklum Balas/ Jawapan
Tembual Informer Kedua 22-28
BAB 5 PERBINCANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 29
5.2 Ringkasan Kajian 29
5.3 Perbincangan Kajian 30-33
5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian 33
5.5 Masalah Semasa Menjalankan Kajian 34
5.6 Cadangan Kajian Pada Masa Akan Datang 35
5.7 Rumusan 36
LAMPIRAN ii
RUJUKAN iii-iv
RAJAH HALAMAN
5.1 Saluran Pemasaran Pengguna 31
ABSTRAK

Isu kenaikan harga barang di Malaysia semakin parah sejak kebelakangan ini
menyebabkan penduduk di bandar dan luar bandar mengeluh kerana kadar kenaikan harga yang
sangat tinggi. Kenaikan harga barang secara mendadak sejak kebelakangan ini telah
menyebabkan indeks harga pengguna dan kadar inflasi meningkat dengan ketara di Malaysia.
Situasi ini telah memberikan impak yang besar kepada kehidupan rakyat terutama golongan
yang mempunyai punca pendapatan yang rendah yang perlu menampung kos hidup yang tinggi
untuk teruskan hidup. Peningkatan kadar harga barang juga turut meningkatkan perbelanjaan
pengguna atau pembeli serta menjejaskan simpanan mereka. Tuntasnya, kajian ini bertujuan
untuk mengkaji impak kenaikan harga barang terhadap kualiti hidup masyarakat di Malaysia,
mengenalpasti faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang secara drastik dan
mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga barang
supaya rakyat dapat berbelanja dengan meminimumkan kos mereka untuk meneruskan
kelangsungan hidup. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif melalui kaedah
temubual kepada seseorang yang pakar dalam bidang ekonomi dan beberapa orang peniaga
yang berniaga di sekitar kawasan UTHM untuk mengetahui cara perbelanjaan mereka ketika
negara sedang mengalami inflasi. Hasil kajian telah didapati bahawa kenaikan harga barang ini
telah menjejaskan nilai pendapatan sebenar golongan yang berpendapatan rendah akibat
peningkatan kos sara hidup serta perubahan kuasa beli dan kualiti hidup mereka. Kajian ini
juga didapati bahawa tahap kualiti hidup golongan ini turut terjejas dan pengguna terpaksa
beradaptasikan diri mereka dengan bekerja lebih masa atau melakukan lebih dari satu kerja
untuk meneruskan kelangsungan hidup seiring dengan kos hidup semasa. Oleh itu, bagi
menangani isu ini, pengguna dinasihatkan supaya bertindak untuk berjimat-cermat dengan
membeli barangan keperluan harian penting yang berkualiti rendah untuk sementara waktu
sehingga kadar inflasi di negara stabil semula.

i
BAB 1
PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kenaikan harga barang secara berterusan sejak kebelakangan ini telah menyebabkan
indeks harga pengguna dan kadar inflasi meningkat dengan ketara. Situasi ini memberi kesan
yang besar kepada kehidupan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah akibat
ketidakcukupan pendapatan untuk menampung kos hidup yang tinggi. Peningkatan harga
barang turut meningkatkan perbelanjaan pengguna serta menjejaskan tabungan mereka.

Selain itu, kebergantungan negara kepada bekalan makanan dari luar menyebabkan
sebarang perubahan harga import memberi kesan kepada harga bahan makanan di dalam
negara. Antara barang mentah yang mengalami kenaikan baru baru ini adalah seperti ayam
mentah dan sayur sayuran seperti cili, timun, sawi, bayam dan lain-lain.

Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak kenaikan harga barangan
terhadap pendapatan, mengenalpasti tahap kelangsungan hidup mereka jika indeks harga
meningkat secara berterusan.

1
1.2 PENYATAAN MASALAH

Kenaikan harga barang menyebabkan berlakunya masalah dari segi pendapatan


masyarakat terutamanya kuasa membeli mereka menurun, taraf hidup terjejas dan pendapatan
masyarakat menurun disebabkan perbelanjaan yang semakin meningkat. Menurut Jabatan
Perangkaan, secara purata, isi rumah membelanjakan 31.2 peratus daripada keseluruhan
perbelanjaan bagi tujuan membeli barang mentah yang bertujuan untuk mengisi perut.
Manakala, Kelompok isi rumah B40 pula memperuntukkan 36.8 peratus pendapatan mereka
untuk tujuan tersebut. Di Malaysia, sumber protein utama rakyat di negara ini adalah ayam dan
daging. Rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyatakan penggunaan ayam di Malaysia
sebanyak 1.5 juta tan pada tahun 2020. Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan ‘Putra
Business School’, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menyatakan bahawa,
gangguan rantaian bekalan seperti penutupan sektor tertentu menjadi antara punca kenaikan
harga barang terutamanya harga makanan.

Isu peningkatan harga barangan juga telah menyebabkan amalan berhutang di kalangan
masyarakat B40 meningkat. Menurut Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak Prof Dr Barjoyai
Bardai, rakyat Malaysia kini terpaksa berhutang untuk membeli keperluan hidup yang tidak
boleh dielakkan seperti kenderaan, rumah dan barangan mentah bagi meneruskan kehidupan.
Beliau juga menyatakan bahawa, walaupun hutang akan meningkatkan kuasa beli rakyat
seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara, namun dalam jangka masa panjang ia
memberi kesan negatif kepada rakyat. Selain itu, Prof Barjoyai mendedahkan dengan keadaan
ekonomi kini, isi rumah negara ini perlu berpendapatan minimum RM6,000 hingga RM7,000
sebulan untuk hidup selesa dan boleh mengharungi peningkatan kos hidup yang sedang berlaku
serta kurang berhutang. Ini menunjukkan dengan keadaan rakyat Malaysia yang 80 peratus
masih berpendapatan di bawah jumlah berkenaan, adalah mustahil untuk tidak terjebak ke
dalam kancah hutang dan agak sukar untuk membuat simpanan.

Kenaikan harga barangan ini dilakukan kerana mengambil kira bebanan yang ditanggung
oleh pengeluar seperti penternak yang terbeban oleh pelbagai kos operasi dan juga kos import.
Hal ini dikatakan demikian kerana bebanan yg ditanggung oleh pengeluar tersebut akan
menjejaskan hasil keuntungan mereka, di mana mereka tidak dapat menampung kos modal yg
dikeluarkan oleh mereka, justeru pengeluar terpaksa menaikkan harga barangan untuk
menampung kos yang dikeluarkan oleh mereka. Oleh sebab itu, sesetengah pengguna atau

2
pelanggan terutamanya golongan pndapatan rendah tidak mampu utk membeli barangan
keperluan harian seperti minyak masak disebabkan kenaikan harga barangan yang melampau.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:

1. Mengenalpasti faktor kenaikan harga barang secara mendadak.


2. Mengkaji kesan terhadap kualiti hidup masyarakat di Malaysia.
3. Mengenalpasti usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga
barang.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Antara persoalan yang dapat disimpulkan berdasarkan latar belakang kajian serta objektif
kajian:

1. Apakah faktor kenaikan harga barang secara mendadak ?


2. Apakah kesan kenaikan harga barang terhadap kualiti hidup masyarakat di Malaysia ?
3. Apakah inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga barang ?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan Kajian ini adalah bagi melihat sejauh mana penerimaan dan kesedaran pelajar
UTHM terhadap isu dan cabaran semasa yang berbangkit di negara ini. Isu yang
diketengahkan oleh pengkaji adalah ‘Impak Kenaikan Harga Barang Terhadap Kualiti Hidup
Masyarakat di Malaysia’ sebagai tajuk kajian. Dapatan kajian ini adalah penting bagi
merungkai segala permasalahan yang dinyatakan,mengenal pasti punca permasalahan serta
menemukan solusi yang relevan hasil daripada kajian yang dijalankan. Kajian yang dilakukan
diyakini akan mendatangkan kepentingan terhadap beberapa pihak antaranya:

1.Kepentingan kajian terhadap pelajar UTHM - Melihat samada pelajar cakna dengan isu
kenaikan harga barang dan menilai pendapat mereka terhadap isu ini daripada perspektif

3
pelajar.

2.Kepentingan kajian terhadap universiti - Membantu pihak universiti bagi merangka


solusi terhadap isu kenaikan harga barang yang membebankan kehidupan pelajar.

3.Kepentingan kajian terhadap masyarakat - Menyampaikan suara masyarakat setempat


yang terkesan dengan isu kenaikan harga barang ini kepada pihak berwajib.

4
BAB 2
SOROTAN KAJIAN

Kebiasaannya, tinjauan literatur atau sorotan kajian ialah kajian hasil karya yang pernah
dilakukan oleh orang lain (penyelidikan pendidikan: tinjauan literatur / sorotan kajian,)
Tinjauan literatur sentiasa dibuat berdasarkan kepada bahan-bahan bercetak dan bahan-bahan
atas talian seperti jurnal, buku, laman web, majalah dan lain-lain. Sorotan kajian ini amat
penting untuk membawa idea dan memainkan peranan penting sebagai hala tuju mengenai
sesuatu penyelidikan kajian.

2.1 KONSEP KAJIAN

Menurut Nor Sharmainie (2019), kenaikan harga barangan turut mengakibatkan kesan
negatif secara langsung mahupun tidak langsung kepada pengguna terutamanya kepada
anggota masyarakat yang sentiasa memerlukan barangan tersebut. Masyarakat pada era ini
terpaksa mengamalkan langkah berjimat cermat bagi memastikan barang keperluan harian
dipenuhi. Ini akan menjadi masalah yang lebih merumitkan apabila ianya perlu ditempuhi oleh
golongan yang mempunyai keluarga yang besar dan dalam masa yang sama berpendapatan
rendah.

Kenaikan harga barang-barang tersebut mempengaruhi pengeluaran masyarakat.


Peningkatan ini telah membuat kehidupan kelompok berpenghasilan rendah lebih sulit. Oleh
itu, bahagian ini akan mempertimbangkan dampak kenaikan harga komoditas terhadap
penduduk berpenghasilan rendah. Kos hidup meningkat, dan daya beli masyarakat menurun.
Ini hanyalah beberapa dari banyak perubahan yang telah diamati. Masing-masing dampak
berikut akan dirinci menjadi sejumlah pernyataan dukungan responden terhadap dampak
kenaikan harga barang.

Kenaikan harga barang menyebabkan perbelanjaan dan kos sara hidup rakyat
meningkat.Kenaikan ini menyebabkan kehidupan golongan berpendapatan rendah semakin
sempit. Oleh itu, bahagian ini membincangkan kesan kenaikan harga komoditi terhadap
penduduk berpendapatan rendah seramai orang. Antara impak yang diteliti ialah peningkatan

5
kos sara hidup, kejatuhan kuasa beli dan perubahan dalam taraf hidup. Setiap impak ini
dipecahkan kepada beberapa kenyataan untuk mengumpulkan sokongan daripada responden
terhadap kesan kenaikan harga komoditi.

Kesimpulannya, kenaikan harga barangan telah menyebabkan kemerosotan dalam


pendapatan masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun, kenaikan harga barangan dapat
menjamin ekonomi negara tetapi telah menyebabkan taraf hidup masyarkat meningkat.

2.2 KAJIAN LEPAS

Isu kenaikan harga barang adalah suatu isu global yang dihadapi oleh kebanyakan
negara. Antaranya, Amerika Syarikat dan Jepun juga telah mengalami masalah kenaikan sara
hidup. Ini menunjukkan masalah ini adalah amat berat dan perlu ditangani dengan segera .
Masalah kenaikan sara hidup ini juga tidak mengira sama ada ianya negara maju atau tidak.
(Mohd Aqmin et al., 2018). Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos
sara hidup menghimpit masyarakat pada hari ini. Kerajaan Malaysia juga memfokuskan isu
kos sara hidup sebagai salah satu bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di dalam
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11). Kajian tentang kos sara hidup juga menjadi topik
hangat pada penghujung abad ke-20. Nelson (1991) membawa cadangannya untuk
mewujudkan indeks kos sara hidup mengikut negeri di Amerika Syarikat. Menurut beliau, kos
sara hidup adalah berbeza-beza mengikut negeri di Amerika Syarikat disebabkan perbezaan
gaji, harga barangan, taraf hidup dan corak perbelanjaan isi rumah yang berubah mengikut
lokasi tempat tinggal. Kajian ini turut menyatakan bahawa perubahan pada gaji memberi impak
langsung kepada perbelanjaan isi rumah.

Menurut sebuah artikel iaitu Faeza et al. (2016), ekoran dari perubahan ekonomi dunia
secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan kadar inflasi serta mengakibatkan
perbelanjaan untuk kelangsungan hidup semakin meningkat. Inflasi atau lebih dikenali sebagai
kenaikan harga barang secara berterusan adalah salah satu punca yang mengakibatkan kenaikan
kos sara hidup. Peningkatan harga barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta barangan
harian lain turut memberi impak kepada kualiti hidup masyarakat di Malaysia. Pernyataan ini
jelas dibuktikan dalam laporan Unit Perancangan Ekonomi (2016) iaitu sebelas daripada dua
belas kumpulan utama barangan dan perkhidmatan seperti makanan dan minuman bukan

6
alkohol telah mencatatkan peningkatan di mana ia telah memberikan kesan negatif terhadap
pendapatan isi rumah.

Dalam usaha kerajaan dalam menangani kenaikan harga barang keperluan ini adalah,
kerajaan telah mengumumkan Program Rasionalisasi Subsidi sebagai langkah untuk
menangani kenaikan harga barang seperti petrol, diesel, gas cecair asli (LPG) dan gula pada
Julai 2010. Subsidi merupakan bantuan kewangan yang diberi kepada sektor ekonomi dan
perniagaan. Bayaran subsidi diberi oleh kerajaan terus kepada pengeluar atau pengedar
perkhidmatan ataupun barangan itu sendiri. Subsidi ini bertujuan untuk mengurangkan
kenaikan harga barang oleh pasaran terbuka yang mampu membebankan rakyat Malaysia
sebagai pengguna.

7
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian memainkan peranan yang sangat penting dalam menjalankan


sesuatu kajian. Metodologi kajian adalah cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian yang menjadikan kajian yang
dijalankan akan lebih sistematik dan perjalanan kajian lebih terarah. Metodologi yang betul
akan membawa kepada hasil yang berkesan kepada kajian tersebut. Metodologi juga
menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah serta teknik tertentu
digunakan. Di dalam bab ini akan membincangkan metodologi yang telah digunakan oleh
pengkaji di dalam untuk melaksanakan kajian ini. Ia bertujuan bagi memberikan perjelasan
bagaimanakajian ini dijalankan, data-data yang telah diperolehi dan dianalisis untuk
mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Perkara yang telah disentuh di dalam bab ini
antaranya adalah reka bentuk kajian, tempat dan lokasi kajian, instrumen kajian.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan
perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukkan rangkaian hubungan antara
pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat di dalam sesuatu kajian. Reka bentuk kajian adalah
penting untuk membuat sesuatu kajian sebagai panduan bagi memastikan objektif kajian
tercapai dan juga menjawab persoalan kajian. Kajian yang telah di jalankan ini bagi bertujuan
untuk melihat sejauhmana kesan kenaikan harga barang terhadap kualiti hidup masyarakat di
Malaysia juga pengkaji telah mendapati beberapa faktor yang mana menyebabkan harga barang
naik dengan mendadak

3.3 KAEDAH KAJIAN

Pengumpulan data di buat dengan menggunakan kaedah adalah kualitatif iaitu secara
temu ramah. Beberapa orang pakar ekonomi di sekitar Malaysia akan ditemu ramah secara atas
talian dengan menggunakan platform “Google Meet” ataupun platform perjumpaan atas talian

8
yang lain seperti “WhatsApp Video Call”, “Zoom” dan sebagainya bagi memudahkan urusan
dan menjimatkan masa informan. Soalan berstruktur akan digunakan untuk mengumpul data
yang diperlukan. Ia akan menjadi data primer bagi menjawab segala persoalan dalam kajian
berserta objektif yang merujuk kepada kesan kenaikan harga.

3.4 SAMPEL KAJIAN

Persampelan kajian merupakan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu


populasi untuk dijadikan sebagai informan kajian. Bagi kajian yang dijalankan ini, pengkaji
memilih dua orang untuk dijadikan sebagai informan yang terdiri daripada pensyarah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan peniaga.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif, di mana kaedah temu bual dijalankan.


Terdapat beberapa soalan yang telah disediakan untuk temu bual tersebut dan temu bual
tersebut dilakukan secara atas talian. Temu bual yang dilakukan ini juga melibatkan beberapa
ahli kumpulan sebagai penemu bual bagi mendapatkan maklumat daripada dua orang informan.

3.5.1 TEMU BUAL

Temu bual merupakan proses interaksi dan komunikasi dari dua orang atau lebih.
Kaedah ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat dengan bertanya langsung kepada
informan. Temu bual merupakan satu situasi di mana penemu bual akan bertanyakan soalan
pada seseorang atau lebih informan tersebut secara bersemuka.

Temu bual yang pengkaji jalankan dalam kajian ini ialah temu bual berstruktur dan
tidak berstruktur, di mana pengkaji menjalankan temu bual secara atas talian dengan
menggunakan platform “Google Meet”. Pengkaji memilih salah seorang pensyarah daripada
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk menjadi sampel yang mewakili pakar ekonomi di
Malaysia kerana sesuai dengan tajuk kajian iaitu impak kenaikan harga barang terhadap kualiti
hidup masyarakat di Malaysia.

Selain itu, pengkaji mengunjungi tempat kajian iaitu peniaga restoran yang berada
di sekitar Parit Raja Batu Pahat, Johor dan seorang peniaga yang akan menjadi informan dalam
kajian ini untuk menjawab objektif kajian ini. Pengkaji mengambil sampel daripada peniaga

9
restoran adalah kerana peniaga restoran dianggap dapat menguatkan data dapatan temu bual
daripada pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

3.6 KAEDAH ANALISIS DATA

Data-data yang telah dikumpul melalui temu bual tersebut diproses dan ditafsirkan
supaya lebih senang untuk mendapatkankan rumusan dan menjawab objektif dan pernyataan
masalah kajian ini. Kaedah analisis data ini juga turut diproses dengan maklumat tambahan
daripada artikel, jurnal dan laman sesawang yang berilmiah bagi memudahkan pengkaji
memahami hasil kajian ini. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap jawapan yang diberikan
oleh informan adalah ringkas. Oleh itu, setiap jawapan yang diberikan oleh informan akan
dikumpulkan dan dirujuk semula dengan maklumat tambahan daripada internet bagi membantu
proses analisis data.

10
BAB 4
DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Kajian pengkaji ini adalah tentang isu kenaikkan harga barang di Malaysia.Setiap
dapatan kajian akan dilihat dan dianalisiskan untuk mendapatkan hasil bagi setiap dapatan.
Analisis ini merangkumi kajian kualitatif iaitu temubual yang dijalankan terhadap informer
yang dipilih dan dinilai bersesuaian dengan tema kajian laporan ini.Proses temu bual yang
dijalankan ini telah meliputi kaedah temu bual secara atas talian dan juga temu bual secara
bersemuka.Bagi memperoleh data kajian yang lengkap dan tepat selari dengan objektif kajian,
soalan- soalan temu bual telah direka dan diolah sebelum di kemukakan kepada informer.Hasil
temu bual yang dijalankan telah direkod dan dicatit sebagai bukti rujukan untuk menghasilkan
analisis dan interpretasi data kajian.

4.2 KAJIAN KUALITATIF

4.2.1 PENGENALAN KAJIAN KUALITATIF

● Kajian kualitatif ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna untuk
memahami fenomena sosial dengan mengambil kira perkara-perkara yang tidak
disentuh oleh kajian kuantitatif, seperti pandangan dan keanehan seseorang, akibat yang
dirancang dan yang tidak dirancang.
● Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan
kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk
menjana teori.
● Rekabentuk kajian ditentukan pada peringkat peringkat awal kajian dijalankan, yang
menggantikan kajian rintis dalam kajian kuantitatif.
● Menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara terfokus dan mendalam serta
membuat analisis secara penghuraian dan interpretasi naratif

11
4.3 TEMUBUAL

● Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen temubual untuk mendapatkan


sendiri maklumbalas dari informer-informer yang telah dikenal pasti dan ditemu bual..
Temubual ini dijalan terhadap dua informer yang meliputi seorang pensyarah
universiti dan seorang peniaga kedai makan untuk mengidentifikasi faktor-faktor dan
juga kesan-kesan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia berkait dengan isu
kenaikkan harga barang ketika ini.

4.3.1 Senarai Soalan Temubual Kajian- Informer Pertama

Objektif 1 : mengenalpasti faktor kenaikan harga barang secara mendadak ?

1. Adakah disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan semasa


pandemik menyebabkan harga barang naik secara mendadak ?
2. Adakah peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikkan harga
baja dan racun yang disebabkan oleh pandemik merupakan punca yang menyumbang
kepada kenaikkan harga barang?
3. Adakah peralihan fasa dalam pasca pandemik menyebabkan punca kadar kenaikan
harga barang ?

Objektif 2 : mengkaji kesan terhadap kualiti masyarakat di Malaysia

1. Apakah tahap penerimaan oleh golongan yang berpendapatan rendah terhadap


kenaikan harga barang yang berlaku di Malaysia ?
2. Apa yang akan berlaku kepada masyarakat sekiranya kadar kenaikan harga barang
terus melonjak naik ? Adakah mereka akan mengikat perut kerana tidak mampu untuk
membeli barang keperluan ?
3. Adakah kesan daripada kenaikan harga barang ini akan menyebabkan masyarakat
perlu melakukan kerja sampingan yang lain untuk menampung kehidupan harian ?

12
Objektif 3 : mengenalpasti usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal
harga barang.

1. Apakah jenis pengawalseliaan barangan yang dilakukan oleh kerajaan untuk


menangani masalah kenaikan harga barang di dalam negara ?

2. Apakah kaedah yang lain yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
mengimbangi kenaikan harga barang bagi mengelakkan inflasi yang tinggi ?

4.3.2 Analisis Maklum Balas/ Jawapan Temubual Informer Pertama

Objektif 1 : Mengenalpasti faktor kenaikan harga barang secara mendadak ?

1. Adakah disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan


semasa pandemik menyebabkan harga barang naik secara mendadak ?

Soalan ini bertujuan untuk mengetahui adakah informer setuju menyatakan bahawa PKP
menjadi punca kenaikan harga barang yang mendadak ketika ini

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Pertama Ya, harga beberapa barangan terutama


bahan mentah di negara kita naik
dipercayai berpunca daripada tindakkan
pengguna yang membeli barangan
keperluan harian secara berlebihan
kerana perintah kawalan pergerakan. Hal
ini akan menyebabkan terjadinya
gangguan dalam rantaian pembekalan.

13
Berdasarkan jawapan yang diberi oleh informer ini membuktikan bahawa Perintah
Kawalan Pergerakkan merupakan salah satu punca harga barang naik secara
mendadak.Oleh itu, pengguna haruslah membeli apa yang diperlukan seperti biasa sahaja
kerana sekiranya melakukan pembelian secara berlebihan maka akan berlaku kekurangan
bekalan di pasaran dan seterusnya menyebabkan kenaikan harga. Tambahan pula,
mengikut analisis yang dijalankan, harga purata barangan utama di negara ini didapati
mengalami kenaikan sejak PKP dilaksanakan.

2. Adakah peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikkan


harga baja dan racun yang disebabkan oleh pandemik merupakan punca yang
menyumbang kepada kenaikkan harga barang?

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Pertama Setuju, kenaikkan harga bahan mentah di


peringkat global seperti besi turut
mempengaruhi kos pengeluaran. Nilai
ringgit malaysia (RM) yang lemah turut
memberikan kesan berganda kepada
barang yang diimport dari luar negara,
terutama bahan makanan seperti beras,
bawang dan cili. Kenaikan harga ini juga
dipengaruhi oleh bekalan import
termasuk bawang yang harganya
melonjak kerana India telah
menghentikan eksport bahan mentah itu
ke negara kita.

Dengan meneliti jawapan yang dikemukakan oleh informer pertama ini


membuktikan bahawa kelemahan mata wang dan kebergantungan negara terhadap

14
barangan import sama ada barang mentah dan makanan menambahkan lagi kesan inflasi
dan kenaikan harga barang ini

4. Adakah peralihan fasa dalam pasca pandemik menyebabkan punca kadar


kenaikan harga barang ?

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Pertama Sejak sektor ekonomi mula dibuka, harga


barangan keperluan terutama ayam
dikesan naik berikutan kesan sementara
permintaan bekalan yang masih belum
stabil atau pulih. Sebagai contoh,
peningkatan kos dedak dan permintaan
tinggi dikenal pasti sebagai faktor
kenaikkan harga ayam. Penternak ayam
tidak boleh menjangkakan pembukaan
fasa-fasa ini menyebabkan mereka
memerlukan masa untuk menyediakan
bekalan ayam yang mencukupi.

Merujuk jawapan informer pertama ini jelaslah bahawa peralihan fasa dalam pasca
pandemik telah menjejaskan golongan-golongan yang memerlukan di negara ini. Oleh itu,
pengguna hendaklah dinasihatkan memuat turun aplikasi perbandingan harga bagi
mengenalpasti lokasi barangan keperluan yang dijual pada harga yang lebih rendah supaya
pilihan terbaik dapat dilakukan.

Objektif 2 : Mengkaji kesan terhadap kualiti masyarakat di Malaysia

1. Apakah tahap penerimaan oleh golongan yang berpendapatan rendah terhadap


kenaikan harga barang yang berlaku di Malaysia ?

15
Soalan ini menumpukan kepada objektif kajian yang kedua dengan menyentuh isu
reaksi masyarakat negara ini dan tahap penerimaan mereka terhadap krisis kenaikan
harga barang ini.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Pertama Saya percaya setiap golongan pasti terasa


akan kenaikkan harga barang ini,
terutamanya golongan B40 dan M40.
Macam saya katakan bila kenaikan gaji
minima dan kos sara hidup juga naik,
seolah-olah tiada maksud. Bukan sahaja
pengguna, peniaga juga terpaksa tutup
kedai awal kerana kekurangan bahan
mentah. Hal ini secara tidak langsung
telah menjejaskan kedua-dua pihak
kerana jika pengguna terkesan, maka
peniaga juga terkesan kerana sumber
asasnya kurang.

Disini dapat dilihat setiap golongan juga akan terjejas terutamanya yang
berpendapatan rendah. Jelaslah bahwa tekanan kos sara hidup disebabkan kenaikan
harga barang, makanan dan perkhidmatan asas adalah antara perkara yang menjadi
masalah utama membelenggu kebanyakan rakyat Malaysia.

2. Apa yang akan berlaku kepada masyarakat sekiranya kadar kenaikan harga
barang terus melonjak naik ? Adakah mereka akan mengikat perut kerana
tidak mampu untuk membeli barang keperluan ?

Soalan kedua adalah untuk mengkaji sejauh mana kesan yang akan dibawa oleh isu
kenaikan harga barang ini daripada perspektif informer.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Pertama Pengguna perlulah inisiatif sendiri

16
dengan mengenal pasti keperluan dan
kehendak. Sebagai contoh, pengguna
disarankan supaya bercucuk tanam
sendiri untuk keperluan sendiri seperti
padi, ubi iaitu karbohidrat untuk
menggantikan beras atau sayur-sayuran
yang boleh dimakan dan juga menternak
ayam mahupun ikan sendiri.

Meneliti jawapan yang diberi oleh informer pertama ini, kesan kenaikan harga
barang yang tidak dikawal dilihat akan terus menjejaskan kehidupan masyarakat di
negara ini.Dan jika masyarakat tidak mencari inisiatif sendiri untuk membendung
kenaikan harga di negara ini, informer percaya bahawa masyarakat negara ini pasti
akan lebih tertekan untuk menjalani kehidupan seharian dikala kos sara hidup
semakin meningkat.

3. Adakah kesan daripada kenaikan harga barang ini akan menyebabkan


masyarakat perlu melakukan kerja sampingan yang lain untuk menampung
kehidupan harian ?

Soalan ini diutarakan bagi mengetahui sama ada informer bersetuju akan kesan
kenaikan harga yang berlaku juga menyebabkan masyarakat perlu melakukan
kerja sampingan untuk meneruskan kehidupan.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Pertama Menurut saya, golongan yang


berpendapatan rendah ini sebenarnya
sebelum PKP pun lagi telah melakukan
kerja-kerja sampingan. Sebagai contoh,
ada pelajar UTHM pergi memancing,
dapat ikan lalu jual di pasar atau kedai.
Jadi ini merupakan salah satu inisiatif
untuk hidup sebab dia tahu kurang duit

17
dan memerlukan duit untuk hidup.
Apatah lagi dalam konteks ini yang
sebenarnya saya yang berkerja pun
tersangat sangat rasa betapa kenaikkan
harga barang itu meningkat. Berbalik
juga kepada invidu sendiri, jika kamu
rasa hari ini pun sudah susah untuk
mendapatkan makan dan sebagainya apa
lagi akan datang seperti 5 atau 10 tahun
nanti.

Dapat disimpulkan bahawa pendapatan kerja sampingan boleh dilihat sebagai satu
alternatif untuk meneruskan kehidupan dalam mengatasi masalah kenaikan harga
barang ini.

Objektif 3 : Mengenalpasti usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk


mengawal harga barang.

1. Apakah jenis pengawalseliaan barangan yang dilakukan oleh kerajaan untuk


menangani masalah kenaikan harga barang di dalam negara ?

Soalan ini bertujuan untuk mencungkil idea daripada informer sebagai langkah
menyuarakan pendapat di pihak pengguna dan pembeli untuk menangani isu kenaikan
harga barang ketika ini.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Pertama Dalam pengawalseliaan ini, kerajaan


sudah ada satu polisi untuk mengawal
harga barang, jika kamu lihat semasa
PKP macam mana mereka pergi ke satu
farmasi ke satu farmasi untuk melihat
harga barang, cuma kekangan dari segi

18
kakitangan penguatkuasa yang tidak
mencukupi untuk memantau semua
premis yang ada.

Kenyataan informer diatas menjelaskan bahawa penguatkuasa haruslah


menambahkan lagi kakitangan mereka supaya dapat memantau harga barang ke
semua premis yang ada. Hal ini secara tidak langsung dapat mengawal lagi kenaikan
harga barang di negara ini. Terbuktilah bahawa pengawalseliaan diperlukan supaya
kenaikan harga barangan tidak begitu mendadak dan tinggi sehingga negara tidak
mampu mengimbangi kadar inflasi tersebut.

2. Apakah kaedah yang lain yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
mengimbangi kenaikan harga barang bagi mengelakkan inflasi yang tinggi ?

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Pertama Hendaklah mengetahui punca kenaikkan


harga barang iaitu permintaan tinggi
daripada pengeluaran. Oleh itu
hendaklah melakukan kawalan dan
penguatkuasaan, isunya pegawai
penguatkuasa tidak begitu mencukupi
untuk mengawal semua pengeluar-
pengeluar dan pemborong. Berbalik
semua bagi saya dengan mudah untuk
kita mengambil inisiatif sendiri dengan
cuba buat apa yang boleh kita buat.

Berdasarkan jawapan soalan temubual yang terakhir ini, informer menyatakan


bahawa dalam mengimbangi kenaikan harga barang bagi mengelakkan inflasi yang
tinggi ini, kerajaan haruslah menambahkan lagi pegawai penguatkuasa agar dapat
memantau proses dari pengeluar kepada pengguna akhir dapat terkawal dengan
menggunakan kos yang rendah. Selain itu, kita sebagai pengguna atau masyarakat

19
di negara ini juga hendaklah memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah
inflasi dalam negara ini.

4.3.3. Senarai Soalan Temubual Kajian- Informer Kedua

Objektif 1 : Mengenalpasti faktor kenaikan harga barang secara mendadak ?

1. Adakah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan


semasa pandemik menyebabkan harga barang naik secara medadak ?

2. Adakah disebabkan stok barangan runcit yang terhad di kedai-kedai turut menjadi
punca kenaikan harga barang?

3. Sebagai seorang masyarakat di negara ini yang juga seorang peniaga kedai makan,
apakah barang yang paling sukar puan didapati dan paling tinggi kadar kenaikan
nya?

Objektif 2 : Mengkaji kesan terhadap kualiti masyarakat di Malaysia

1. Apakah tahap penerimaan oleh golongan yang berpendapatan rendah dan pihak
peniaga kedai makanan sendiri terhadap kenaikan harga barang yang berlaku di
Malaysia ?

2. Apa yang akan berlaku kepada masyarakat sekiranya kadar kenaikan harga barang
terus melonjak naik khasnya kepada peniaga makanan?

3. Adakah kesan daripada kenaikan harga barang ini mempengaruhi strategi


perniagaan?

Objektif 3 : Mengenalpasti usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal
harga barang.

20
1. Apakah jenis tindakan atau pelan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
menangani masalah kenaikan harga barang di dalam negara ?

2. Pada pendapat puan, apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
melindungi golongan berpendapatan rendah di dalam isu ini?

4.3.4 Analisis Maklum Balas/ Jawapan Temubual Informer Kedua

Objektif 1 : Mengenalpasti faktor kenaikan harga barang secara mendadak ?

1. Adakah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang


dilaksanakan semasa pandemik menyebabkan harga barang naik secara
mendadak ?

Soalan ini adalah untuk mengetahui adakah informer setuju menyatakan bahawa
PKP menjadi punca kenaikan harga barang yang mendadak ketika ini.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Kedua Ya setuju, PKP yang dilaksanakan


ternyata menjadi salah satu sebab
kenaikan harga barang.Semasa PKP
banyak urusan tertangguh atau menjadi
sukar seperti pengangkutan logistik yang
kita tahu pengangkutan logistik sangat
penting untuk kilang-kilang pembuatan
makanan atau bahan runcit menjalankan
operasi perkilangan mereka.Tetapi
disebabkan PKP, operasi mereka terjejas
dan mereka terpaksa menanggung kos
kerugian dan untuk mengatasi kerugian
itu, mereka menaikkan harga barang.

Berdasarkan jawapan temubual yang dinyatakan, informer ternyata mengakui PKP


yang dilaksanakan selama dua tahun banyak mengubah landskap operasi
perkilangan dan sektor penghasilan bahan mentah dan barang runcit yang terkesan

21
terutamanya daripada ketidak tentuan pengangkutan logistik yang cekap kerana isu
sekatan jalan raya dan perintah berkurung secara menyeluruh membuatkan bahan-
bahan mentah untuk memproses barangan runcit atau makanan turut terjejas.

2. Adakah disebabkan stok barangan runcit yang terhad di kedai-kedai turut


menjadi punca kenaikan harga barang?

Soalan ini diutarakan bagi mengetahui sama ada informer bersetuju akan faktor
kenaikan harga yang berlaku juga disebabkan oleh limitasi stok barangan runcit
yang boleh didapati di kedai-kedai sehingga harga barang yang terhad menjadi naik.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Kedua Sesetengah peniaga kedai runcit dengan


sengaja mengambil kesempatan untuk
menyembunyikan stok barang runcit atau
barang mentah sedia ada di pasaran untuk
mewujudkan situasi kekurangan stok
barangan.Maka bila ini berlaku, barang
akan mendapat permintaan tinggi dan
pembeli terpaksa membeli dengan harga
yang mahal setelah dinaikkan oleh
peruncit kerana keperluan mendapatkan
barang tersebut.Kadang-kadang barang
juga terhad di pasaran kerana bahan
import untuk membuat barang runcit
tersebut berkurang juga.Contohnya
sekarang tepung.Sebab kita kekurangan
gandum untuk buat tepung.

Melihat kepada jawapan yang diberi informer, tidak menafikan permasalahan stok
barangan yang terhad di pasaran menyebabkan barangan tersebut mendapat

22
permintaan tinggi sehingga peruncit mengambil kesempatan untuk menaikkan
harga sewenang wenangnya dan pembeli juga terpaksa membeli kerana barangan
tersebut sukar didapati.Walau bagaimana pun, informer turut berpendapat bahawa
faktor bahan mentah yang di import dari negara luar turut memainkan peranan
dalam menentukan kuantiti stok barangan di negara ini.

3. Sebagai seorang masyarakat di negara ini yang juga seorang peniaga kedai
makan, apakah barang yang paling sukar puan didapati dan paling tinggi
kadar kenaikan nya?

Soalan ini dinyatakan sebagai penanda ukur sejauh mana kebenaran akan isu stok
barangan yang terhad serta kadar kenaikan harga yang dihadapi.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Kedua Untuk masa sekarang, gula masih okay


walaupun masih dicatu, tetapi paling
terkesan minyak masak.Harga minyak
masa paling tinggi kadar kenaikan dia
dan memang barangan paling penting
untuk peniaga macam saya yang banyak
gunakan minyak.Selain itu untuk bahan
mentah, ayam antara yang sukar untuk
mendapatkan stok yang banyak lagi-lagi
untuk peniaga.

Jawapan yang diberi informer membuktikan bahawa krisis kekurangan beberapa


barangan runcit dan mentah di negara ini sememangnya berlaku.Bukan sahaja
pembelian akan dicatu dalam kuantiti yang kecil untuk dibeli, malah harga barangan
tersebut juga melambung beli seperti yang dinyatakan informer iaitu minyak masak
contohnya.

Objektif 2 : Mengkaji kesan terhadap kualiti masyarakat di Malaysia

23
1. Apakah tahap penerimaan oleh golongan yang berpendapatan rendah dan
pihak peniaga kedai makanan sendiri terhadap kenaikan harga barang yang
berlaku di Malaysia ?

Soalan ini menumpukan kepada objektif kajian yang kedua dengan menyentuh isu
reaksi masyarakat negara ini dan tahap penerimaan mereka terhadap krisis kenaikan
harga barang ini.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Kedua Sangat terkesan.Saya sebagai peniaga


yang banyak membelanjakan modal
untuk berniaga lauk makanan tengahari
lagi banyak membeli barangan runcit dan
mentah untuk memasak dan berniaga
makanan.Di Pihak saya sendiri pun saya
agak terkesan , inikan pelanggan saya
yang terdiri daripada pelajar -pelajar
universiti yang setengahnya berlatar
belakangkan keluarga berpendapatan
rendah.Kami sangat bergelut untuk
menyara kehidupan keluarga dalam masa
sama memikirkan nasib pelajar yang
majoritinya pelanggan disini.

Dengan meneliti jawapan yang dikemukakan oleh informer kedua, ternyata tahap
penerimaan terhadap isu kenaikan harga barang ini sememangnya memberi kesan
yang mendalam lagi-lagi bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Di
dalam konteks temu bual ini, informer turut menyatakan bahawa golongan peniaga
yang perlu mengeluarkan modal perniagaan kedai makanan yang semakin
meningkat saban hari turut perlu menanggung kos kehidupan mereka juga.Dalam
masa yang sama, golongan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan
rendah turut menerima tempias atas kenaikan harga barang ketika ini.

24
2. Apa yang akan berlaku kepada masyarakat sekiranya kadar kenaikan harga
barang terus melonjak naik khasnya kepada peniaga makanan?

Soalan kedua adalah untuk mengkaji sejauh mana kesan yang akan dibawa oleh isu
kenaikan harga barang ini daripada perspektif peniaga makanan yang mempunyai
kadar pendapatan sederhana.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Kedua Daripada segi keuntungan, mungkin akan


menurun jika kami sebagai peniaga kedai
makan cuba mengekalkan harga yang
sama dan murah bagi meringankan beban
masyarakat yang berpendapatan rendah
macam pelajar -pelajar disini yang
majoriti nya pelanggan disini.Tetapi
kami tidak mampu menanggung kerugian
yang semakin meningkat jika masih
mengekalkan harga makanan yang sama,
jadi kami terpaksa menaikan harga
makanan dan yang pastinya terkesan juga
adalah masyarakat disini.

Berdasarkan jawapan yang diberi, kesan kenaikan harga barang yang tidak dikawal
dilihat akan terus menghimpit kehidupan masyarakat di negara ini.Dan jika kadar
kenaikan harga barang di negara ini masih gagal dibendung, informer percaya
bahawa masyarakat negara ini pasti akan lebih tertekan untuk menjalani kehidupan
seharian dikala kos sara hidup semakin meningkat.

25
3. Adakah kesan daripada kenaikan harga barang ini mempengaruhi strategi
perniagaan?

Soalan ketiga lebih menumpukan kepada efek kenaikan harga barang kepada
perniagaan informer khususnya.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Kedua Bila harga barang naik, saya terpaksa


menaikan juga harga makanan
saya.Akibatnya, pelanggan berkurangan
dan pendapatan saya terjejas untuk
menyara keluarga. Namun untuk
menurunkan harga makanan agak
mustahil, jadi strategi perniagaan saya
adalah dengan mempelbagaikan lauk di
kedai saya,meningkatkan kualiti
masakan dan makanan saya dan akhir
sekali saya juga berikan air minuman
percuma kepada pelanggan saya untuk
mengurangkan beban perbelanjaan
mereka yang kebanyakan adalah pelajar.

Dapat disimpulkan bahawa jawapan di atas menjawab persoalan kajian yang mana
kadar kenaikan harga barang turut mempengaruhi perniagaan informer yang ditemu
bual.

26
Objektif 3 : Mengenalpasti usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal
harga barang.

1. Apakah jenis tindakan atau pelan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
menangani masalah kenaikan harga barang di dalam negara ?

Soalan ini bertujuan untuk mencungkil idea daripada informer sebagai langkah
menyuarakan pendapat di pihak pengguna dan pembeli untuk menangani isu kenaikan
harga barang ketika ini.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Kedua Kerajaan mempunyai kuasa dan


kemampuan untuk mengawal harga
barang yang meningkat daripada terus
berlaku.Penguatkuasaan yang tegas
untuk peruncit atau pembekal barangan
yang sengaja menaikkan harga atau
menyimpan stok adalah salah satu contoh
untuk mengawal harga barangan ketika
ini.Selain itu, subsidi juga perlu
diuruskan dengan betul dan telus supaya
harga barang mampu dikawal.

Jawapan temu bual mengutarakan akan kuasa dan kemampuan yang dimiliki
kerajaan untuk diguna pakai secara menyeluruh dan efektif supaya isu peruncit atau
pemborong yang sengaja menyimpan stok barangan mampu diselesaikan sehingga
tiada lagi krisis kekurangan barangan runcit di pasaran dan harga barangan tidak
naik sewenang wenangnya.Kedua, informer turut berpendapat bahawa subsidi
kerajaan wajar diberikan dan diguna pakai dengan telus agar harga barang masih
mampu dikawal di tahap yang munasabah.

27
2. Pada pendapat puan, apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
melindungi golongan berpendapatan rendah di dalam isu ini?

Soalan terakhir memfokuskan usaha kerajaan yang tertumpu kepada hak rakyat
khususnya masyarakat berpendapatan rendah untuk mengarungi kesan kenaikan harga
barang yang tidak terkawal ketika ini.

Sampel Temubual Jawapan Temubual

Informer Kedua Selain mengawal harga barang, kerajaan


wajar memberi skim bantuan kepada
golongan berpendapatan rendah bagi
meringankan beban kos sara hidup ketika
ini.

Kenyataan daripada jawapan di atas merujuk kepada pelan bantuan kerajaan yang
menyasarkan kepada golongan berpendapatan rendah untuk meringankan beban
yang ditanggung selain berusaha mengawal harga barang yang meningkat bagi
menjamin kehidupan masyarakat negara ini.

28
BAB 5

PERBINCANGAN KAJIAN

5.1 PENGENALAN

Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada enam bahagian iaitu ringkasan kajian,
perbincangan dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian, cabaran semasa menjalankan kajian,
cadangan kajian lanjutan dan rumusan.

5.2 RINGKASAN KAJIAN

Isu kenaikan harga barang di Malaysia semakin parah sejak kebelakangan ini
menyebabkan penduduk di bandar dan luar bandar mengeluh kerana kadar kenaikan harga yang
sangat tinggi. Kenaikan harga barang secara mendadak sejak kebelakangan ini telah
menyebabkan indeks harga pengguna dan kadar inflasi meningkat dengan ketara di Malaysia.
Situasi ini telah memberikan impak yang besar kepada kehidupan rakyat terutama golongan
yang mempunyai punca pendapatan yang rendah yang perlu menampung kos hidup yang tinggi
untuk teruskan hidup. Peningkatan kadar harga barang juga turut meningkatkan perbelanjaan
pengguna atau pembeli serta menjejaskan simpanan mereka. Tuntasnya, kajian ini bertujuan
untuk mengkaji impak kenaikan harga barang terhadap kualiti hidup masyarakat di Malaysia,
mengenalpasti faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang secara drastik dan
mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga barang
supaya rakyat dapat berbelanja dengan meminimumkan kos mereka untuk meneruskan
kelangsungan hidup. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif melalui kaedah
temubual kepada seseorang yang pakar dalam bidang ekonomi dan beberapa orang peniaga
yang berniaga di sekitar kawasan UTHM untuk mengetahui cara perbelanjaan mereka ketika
negara sedang mengalami inflasi. Hasil kajian telah didapati bahawa kenaikan harga barang ini
telah menjejaskan nilai pendapatan sebenar golongan yang berpendapatan rendah akibat
peningkatan kos sara hidup serta perubahan kuasa beli dan kualiti hidup mereka. Kajian ini
juga didapati bahawa tahap kualiti hidup golongan ini turut terjejas dan pengguna terpaksa
beradaptasikan diri mereka dengan bekerja lebih masa atau melakukan lebih dari satu kerja
untuk meneruskan kelangsungan hidup seiring dengan kos hidup semasa.

29
5.3 PERBINCANGAN KAJIAN

Isu kenaikan harga barang ini boleh diatasi sekiranya semua pihak dapat memainkan
peranan tersendiri dalam membendung masalah ini daripada terus membelenggu hidup
masyarakat. Ini kerana., kenaikan harga barang yang tidak terkawal mampu mengakibatkan
kecelaruan di sektor sosial, politik dan ekonomi yang akan menggugat keharmonian negara.

i) Peranan Kerajaan

Selain daripada penetapan harga barangan yang dikawal sepanjang masa oleh kerajaan
untuk barangan seperti minyak masak, gula, tepung gandum dan sebagainya, kerajaan juga
perlu memfokuskan kepada pelan pertanian yang tertumpu kepada pengeluaran makanan asas
seperti padi, sayuran, buah-buahan. Ini kerana, sektor ini mampu untuk menjana ekonomi
dengan baik sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan bagi mengimport sayur-sayuran dari
negara jiran.

Seterusnya, Kerajaan juga hendaklah memformulasikan satu cadangan yang


mencerminkan keperluan dan kehendak rakyat. Ini kerana, ianya adalah penting bagi kerajaan
Malaysia memastikan jaminan sekuriti makanan yang merujuk kepada kewujudan bekalan
makanan dan kemampuan untuk memperolehnya adalah antara syarat penting untuk
melayakkan negara ini mencapai status negara maju pada masa akan datang.

Dengan meningkatkan kecekapan pasaran produk, kerajaan juga dapat mengurangkan kos
kenaikan barang terutamanya produk makanan dengan mengurangkan penglibatan dan peranan
orang tengah dalam pengedaran makanan. Ini dapat dilihat melalui konsep ‘pasar tani’ yang
telah menjadi satu contoh yang berjaya direalisasikan dalam negara ini. Konsep ini Adalat amat
baik kerana ia menghapuskan penglibatan orang tengah dan ianya haruslah diperluaskan lagi
ke seluruh Malaysia. Ini dapat memudahkan pengeluar menjual produk mereka secara terus
kepada pengguna sekaligus masyarakat dapat menikmati produk lokal yang bermutu pada
harga yang berpatutan.

30
ii) Peranan Pengeluar, Peniaga dan Organisasi Bukan Kerajaan

Bukan sahaja pihak kerajaan malah, adalah penting untuk setiap organisasi mahupun
peniaga yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan supaya lebih
jujur dan amanah dalam mengendalikan perniagaan mereka. Sesetengah peniaga mempunyai
sikap ingin mengaut keuntungan lebih dan terkadang hingga melampaui batas dan ini
merupakan satu masalah besar ketika ini. Amatlah penting bagi pengeluar untuk memilih
saluran pemasaran pengguna yang dapat mengurangkan kos sekaligus akan menguntungkan
serta memberi harga yang berpatutan kepada pengguna. Saluran pemasaran adalah pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan produk yang ditawarkan sentiasa
tersedia dan mudah didapati oleh pengguna. Tuntasnya, saluran pemasaran amat penting bagi
memastikan produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan,
dengan kuantiti yang diharapkan.

Rajah 5.1 Saluran Pemasaran Pengguna

Rajah 5.1 mengambarkan empat jenis saluran pemasaran yang sering digunakan oleh
pengeluar. Sekiranya sesuatu produk perlu melalui saluran yang banyak, maka kos barangan
tersebut akan menjadi semakin tinggi dan ianya akan menyebabkan harga sesuatu barang
meningkat. Jika kebanyakan barang atau perkhidmatan dibeli terus daripada pengeluar seperti
yang ditunjukkan dalam Saluran 1, pengguna atau pembeli dapat menikmati kos yang jauh
lebih rendah berbanding dengan barangan yang melalui pelbagai peringkat seperti di Saluran
4.

31
iii) Peranan Rakyat sebagai Pengguna

Pada hari ini, pengguna perlu menilai kembali perbelanjaan mereka dan harus
menfokuskan perbelanjaan mengikut keperluan sahaja. Perkara yang tidak perlu seperti,
berjudi, meminum arak dan merokok hendaklah dikurangkan kerana ianya akan menggunakan
kos yang banyak sekaligus merisikokan kesihatan sendiri. Menurut kajian oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia, ia menyatakan bahawa lebih daripada jumlah 10,000 rakyat Malaysia
meninggal dunia dalam setahun, kesan daripada aktiviti merokok atau meminum arak dan
terdapat ramai lagi yang menderita akibat penyakit berkaitan arak seperti, keganasan domestik,
kerosakan hati dan kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk.

Di samping itu, terdapat juga perbelanjaan yang boleh dikurangkan seperti perbelanjaan
telefon pintar. Berdasarkan statistik suku tahun ke-4 (2014) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKM), pengguna di Malaysia menghantar hampir 49.5 juta SMS dalam tempoh
sepanjang tahun 2014. Ini adalah contoh perbelanjaan yang boleh dikurangkan oleh masyarakat
Malaysiaa agar perbelanjaan mereka terkawal. Bukan itu sahaja, pengurangan dalam sektor ini
membolehkan masyarakat Malaysia melakukan penjimatan setiap bulan dan wang tersebut
dapat digunakan untuk membayar keperluan asas harian seperti makanan dan sebagainya.
Untuk menjimatkan perbelanjaan harian pengguna juga boleh melakukan penjimatan dengan
bercucuk tanam sayur-sayuran. Cadangan ini telah diusulkan pada tahun 1970-an melalui
rancangan Buku Hijau.

iv) Peranan Koperasi dalam Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Setiap pihak hendaklah berganding bahu dalam mengawal paras kenaikan harga barang
dalam negara, ini termasuklah koperasi. Pengguna digalakkan untuk membentuk koperasi
pengguna dengan objektifnya yang lebih memfokuskan kepada memberi barangan dan
perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada ahli dan bukan hanya bagi mengaut keuntungan
sahaja. Koperasi pengguna adalah digalakkan untuk menyediakan perkhidmatan dan barangan
yang berkualiti dan mampu untuk bersaing dengan jenama jenama yang sedia ada di pasaran
pada masa yang sama meletakkan harga yang lebih murah dan berpatutan bagi meningkatkan
lagi ekonomi negara.

Sekiranya kita lihat dengan lebih teliti, negara luar juga telah menggunakan idea ini dan
antaranya adalah, JA Zenchu di Jepun, Koperasi Mondragon di Sepanyol dan The UK

32
Cooperative di United Kingdom. ianya bertujuan untuk membantu sektor pertanian dengan
membekalkan barangan segar dan keperluan asas dari pembekal tanpa perlu melalui saluran
pasaran. Sekiranya ini berjaya dipraktikkan di Malaysia, ianya akan memudahkan para
pengguna dan pembeli kerana koperasi akan berurusan terus dengan pengeluar tanpa
menggunakan orang tengah, yang mana dapat mengurangkan kos kenaikan sesuatu barang.

5.4 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Tuntasnya, peningkatan harga barang adalah sebuah realiti yang perlu diharungi
masyarakat negara, lebih lebih lagi penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Kebanyakan masyarakat di Malaysia hari ini menjalankan kerja sampingan demi untuk
menampung perbelanjaan harian mereka. Ini terjadi dek kerana meningkatnya harga barang
dan dalam masa yang sama ianya tidak selari dengan kenaikan gaji kerana kebanyakan
hasil daripada gaji dibelanjakan kepada barangan harian seperti menjelaskan bil sewa
rumah, pinjaman perumahan dan kenderaan persendirian.

Ahli keluarga yang mempunyai seorang sahaja pencari rezeki akan mengalami
kesusahan sekiranya gaji minimum yang ditawarkan hanya RM 1500. Ini akan
mengakibatkan kesan negatif berlaku kerana ibu bapa akan menjadi terlalu sibuk untuk
mencari nafkah keluarga hingga mampu mengabaikan tanggungjawab kepada anak anak.
Bagaimanapun juga, pengguna hendaklah mengikut kemampuan dan kesesuaian mereka
dalam berbelanja.

Di samping itu, menubuhkan koperasi sebagai entiti perniagaan juga merupakan


sebuah idea yang baik bagi pengguna. Ini kerana koperasi dapat mengurangkan kos sesuatu
produk atau perkhidmatan dengan melaksanakan tanggungjawab sosial dan bertindak
sebagai agen pemasaran serta pengedaran terus kepada pengguna.

Justeru itu, peniaga, pihak pengeluar dan organisasi bukan kerajaan juga hendaklah
berganding bahu dalam membantu golongan pengguna dan pihak kerajaan bagi mengatasi
masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini

33
5.5 MASALAH SEMASA MENJALANKAN KAJIAN

Antara cabaran pengkaji semasa menjalankan kajian ini ialah cabaran fizikal yang
merangkumi masa, dan sumber maklumat. Dari segi masa, setiap ahli kumpulan sentiasa
menghadapi cabaran untuk melakukan tugasan-tugasan yang diberi mengikut masa yang
ditetapkan. Selain itu, dari masa ke masa kita juga sentiasa membuat perbincangan secara
dalam talian online. Perkara ini menyebabkan ahli kumpulan pengkaji sukar untuk
memahami tugasan- tugasan yang diberi dengan jelas dan memaksa pengkaji untuk
mengadakan perbincangan di luar waktu kelas. Seterusnya, ketua kumpulan juga sentiasa
perlu memastikan bahawa ahli kumpulan menghantar tugasan mengikut masa yang diberi
dan dia juga perlu menjalankan refleksi dan membuat pemerhatian sepanjang masa. Selain
itu, cabaran membuat atau mencari kajian atas talian online. Susulan dari penularan wabak
Covid-19 pada masa kini, kesemua sistem pembelajaran kita perlu dijalankan atas talian
online, perkara ini menyebabkan ahli-ahli kumpulan pengkaji sukar untuk mencari
maklumat dan juga sukar untuk membuat kajian responden untuk laporan yang diberi.
Seterusnya, kita juga perlu menganalisis maklumat yang dicari dan perlu dibincangkan
bersama dalam kumpulan untuk memberi cadangan bagi tujuan penambahbaikan.
Kesimpulannya, kesemua perkara yang telah dinyatakan merupakan antara cabaran atau
masalah yang kita hadapi semasa menjalankan kajian, dengan ini pengkaji mengambil
iktibar untuk menguruskan masa dan membuat perbincangan dengan lebih jelas supaya
tidak menghadapi sebarang masalah pemahaman semasa melakukan kajian.

Selain itu, terdapat juga beberapa cabaran dalam mengumpul data mentah bagi kajian
ini. Dalam menjalankan kajian ini kami sekumpulan telah mengalami kesukaran dalam
mencari seseorang yang pakar untuk diselidiki, akan tetapi berjaya untuk menemuramah
seorang pensyarah dan peniaga yang berpengalaman untuk mengumpul data atau
maklumat yang lebih lengkap, komprehensif, terperinci danmendalam serta menepati
konteks persekitaran kajian.

34
5.6 CADANGAN KAJIAN PADA MASA AKAN DATANG

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berdasarkan kepada batasan-
batasan ini, pengkaji mencadangkan beberapa cadangan untuk kajian lanjut. Kajian perlu
melibatkan responden yang lebih banyak dan meliputi lebih dari satu institusi (UTHM).
Kajian ini merupakan kajian yang hanya melibatkan 2 orang pengajar dan 2 orang peniaga di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sebaiknya kajian ini memerlukan responden yang
lebih dari satu tempat untuk mendapat statistik yang ideal serta gambaran yang jelas tentang
tajuk kajian pengkaji.

Selain itu, para pengkaji wajarlah bersikap cekap dan proaktif untuk mengetahui
bagaimana cara untuk mencari bahan dalam internet sebagai rujukan kajian oleh pengkaji
dengan lebih baik . Hal ini kerana pengkaji tidak dapat untuk mencari buku, jurnal mahupun
artikel di perpustakaan universiti pengkaji sendiri terutamanya pada pelajaran yang belum
pulang ke kampus. Oleh itu, dengan merujuk sumber di internet adalah salah satu cara yang
boleh pengkaji dapatkan maklumat dengan cepat. Para pengkaji boleh mengakses E-
Perpustakaan yang terdapat di UTHM untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat.
Pihak universiti awam juga perlulah memberi akses E-Perpustakaan secara keseluruhan.
Contohnya, semasa menjalankan kajian, para pengkaji perlu merujuk kepada jurnal serta
artikel yang sahih untuk mendapatkan fakta. Secara hakikatnya, sebenarnya terdapat banyak
jurnal yang diterbitkan oleh universiti awam yang lain seperti Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mempunyai kaitan dengan tajuk
kajian pengkaji tetapi malangnya hanya mahasiswa dan mahasiswi dari universiti tertentu
sahaja boleh mengakses jurnal tersebut. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan pengkaji untuk
mengakses sumber artikel dan jurnal sebagai rujukan tambahan.

Akhirnya, jangka masa yang diberikan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini
dilihat tidak mencukupi. Hal ini disebabkan oleh kesukaran dalam mencari sumber rujukan
tambahan bagi mengukuhkan lagi kajian pengkaji tentang kajiannya. Hal ini demikian
sekiranya pensyarah memberi tempoh masa tambahan, sudah tentu pengkaji dapat
menyiapkan kajian ini dengan lebih efisien dan berkualiti.

35
5.7 RUMUSAN

Kesimpulannya, langkah yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti hidup


masyarakat ialah dengan hanya mengutamakan barang keperluan sahaja apabila melakukan
perbelanjaan. Ini kerana, tindakan sedemikian akan memberi impak yang besar dalam
kehidupan masyarakat terutamanya dapat membantu masyarakat untuk meningkatkan
simpanan mereka bagi menjadi persediaan untuk hari tua. Selain itu, sikap berjimat cermat
juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada melakukan perbelanjaan yang tidak perlu.
Manakala dari segi polisi dan dasar pula, penetapan dan juga penguatkuasaan terhadap
barangan keperluan terutama bagi barangan terkawal perlulah dijalankan secara berkala bagi
memastikan harga barangan masih berada dalam julat harga pembelian masyarakat tempatan.
Masyarakat tempatan terutama golongan B40 bukan hanya tidak mampu membuat tabungan,
bahkan harga barangan yang sentiasa naik dari masa ke semasa menyebabkan wujud pelbagai
tekanan kepada mereka. Kesanggupan masyarakat untuk beradaptasi dalam senario kehidupan
semasa haruslah seiring dengan rasa tanggungjawab pihak berkuasa dalam memastikan
kelangsungan hidup rakyat adalah sejahtera.

36
LAMPIRAN

Lampiran 1: Temu Bual – Informan 1

Lampiran 2: Temubual – Informan 2

ii
Rujukan

• Muhammad Amnan Hibrahim (2022). Rakyat Malaysia dihantui kenaikan harga


barang. Satu analisis yang didapati di sinar harian.

• Muhammad Zharif Luqman Hashim dan Nur Azreen Mokhyi (2022). Rungkai isu
kenaikan Harga barang cara berhemah. Penulis adalah Ahli Ekonomi Pusat Kajian
Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKERSO). Dari
indor BH online.

• Rosniza Aznie Che Rose dan Rajeswary Mutsamy (2020). Harga barang dan
impaknya Terhadap penduduk B40 di Muar, Johor. Dari program Geografi, Pusat
Pengajian Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,
Malaysia. Penerbit.

• Julizah Sabstu (2014). Kenaikan kos sara hidup, Kesan kepada rakyat. Maktab
Koperasi Malaysia Cawangan Selatan.

• Nilai gaji di Malaysia dengan 72 negara lain di dunia. (2012, April 2).Berita Semasa.
Dicapai dari

• Andiani, J. (2017). Dampak Kenaikan Harga Akibat Adanya Pengenaan PPN atas
Penyerahan Barang yang Tak Kena Pajak. Jurnal Hukum & Pembangunan, 22(6),
606.

• Ismail, H. (2022, March 8). [Parlimen] Situasi semasa punca kenaikan harga barang.
Utusan Digital

• https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/situasi-semasa-punca-kenaikan-harga-
barang/

iii
• https://doi.org/10.21143/jhp.vol22.no6.1026

• http://www.beritasemasa. com.my/gaji-di-malaysia.

• Maklumat Informer Pertama

NAMA Prof. Madya Dr. Khairunesa Binti Isa

PEKERJAAN Pensyarah

NAMA INSTITUSI Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


(UTHM)

ALAMAT INSTITUSI Persiaran Tun Dr. Ismail Jalan Kluang


Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor

NO.TELEFON 013-7283839

• Maklumat Informer Kedua

NAMA Robiah Binti Sabri

PEKERJAAN Berniaga

NAMA PERNIAGAAN Warung Ustaz

JENIS PERNIAGAAN Perniagaan Makanan dan Minuman

ALAMAT PERNIAGAAN Jalan Desasiswa, Parit Sempadan Laut,


86400 Parit Raja, Johor

NO.TELEFON 016-8468403

iv

You might also like