Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PENDIDIKAN ISLAM

FORM 1
—---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BIDANG AL-QURAN

PELAJARAN 1 : MUKMIN YANG BERTAKWA

_SURAH AL-BAQARAH, 2 : AYAT 1-5 _

INTISARI AYAT
1) Tidak ada sebarang syak padanya.
2) Panduan bagi orang yang bertakwa.

CIRI ORANG BERTAKWA


1) Beriman kepada perkara ghaib.
2) Mendirikan solat.
3) Menginfakkan harta.
4) Beriman kepada kitab.
5) Beriman kepada hari akhirat.

PELAJARAN 2 : MEMOHON KEBAHAGIAAN HAKIKI

_SURAH AL-BAQARAH, 2 : AYAT 201 _

INTISARI AYAT
1) Allah menyeru hambanya agar berdoa memohon kebahagiaan dalam urusan dunia dan
akhirat.
2) Kebahagiaan dunia ialah keluarga bahagia, kesihatan baik, rumah selesa dan rezeki
berkat.
3) Kebahagiaan akhirat ialah mendapat keampunan dan keredhaan Allah, terhindar
daripada seksa api neraka dan mendapat ganjaran syurga.

PELAJARAN 3 : MAHA SUCI ALLAH

oSURAH AL-BAQARAH, 2 : AYAT 255-257 k

INTISARI AYAT
1) Allah mentadbir dan menguasai alam mengikut kehendak dan kebijaksanaannya.
2) Maha suci Allah daripada sifat kekurangan seperti mengantuk dan tidur.
3) Ilmu Allah meliputi segala makhluk ciptaannya.
4) Allah Maha Berkuasa dan Maha Agung, tidak memerlukan bantuan sesiapa untuk
menguasai alam yang luas.
5) Islam agama yang mementingkan kefahaman dan keyakinan, bukan agama paksaan.
6) Allah memimpin orang yang beriman daripada kekafuran dan kejahilan kepada keimanan
dan keilmuan.
7) Syaitan memimpin orang kafir kepada kekafuran dan kejahilan.
PELAJARAN 4 : ALLAH PENGUASA MUTLAK

kSURAH AL-BAQARAH, 2 : AYAT 284-286 k

INTISARI AYAT
AYAT 284 :
1) Segala yang ada di langit dan di bumi milik Allah.
2) Allah mengetahui segala amalan zahir dan batin.
3) Amalan zahir ialah amalan yang dilakukan oleh anggota badan seperti solat dan puasa.
4) Amalan batin ialah amalan hati seperti ikhlas.
AYAT 285 :
1) Semua rasul memiliki akidah tawhid yang sama.
2) Rasulullah dan orang beriman yakin dengan risalah tawhid yang diturunkan oleh Allah.
AYAT 286 :
1) Allah tidak membebankan hambanya dengan amalan yang tidak mampu dilakukan.
2) Setiap perbuatan manusia akan dihasab.
3) Kebaikan yang dilaksanakan akan diberi pahala.
4) Kejahatan akan dibalas dengan dosa.

PELAJARAN 5 : INDAHNYA TAJWID

MAKHRAJ HURUF
MAKSUD: Tempat keluar huruf hijaiyah antara 1 huruf dengan huruf yang lain.

5 MAKHRAJ HURUF
1) Al-Khaisyum (pangkal hidung) - Keluar bunyi dengung ngunnah.
- Nun syaddah dan mim syaddah.
2 Asy-Syafatain (2 bibir)- wa : Membulatkan 2 bibir.
-mim : Merapatkan 2 bibir (ringan).
-ba: Merapatkan 2 bibir (kuat).
-fa: Menekan bibir bawah gigi kacip atas.

3) Al-Lisan (lidah)- pangkal dalam : ko.


- pangkal : ka.
-tengah : ja,sha,ya.
-tepi lidah : dho.
-hujung : la,nun,ro,ta,to,da,so,zain,sin,za,tsa,zho.
4) Al-Jauf (rongga)- suara memanjangkan bunyi huruf mad iaitu alif,wa dan ya.
5) Al-Halq (kerongkong)- ghen dan ho menekan suara di permulaan halkum.
- ain dan ha menekan suara hingga di tengah halkum.
-ha bulat dan hamzah menekan suara hingga pangkal halkum
(peti suara).

ISTI’AZAH DAN BASMALAH


1) Ungkapan isti’azah ialah aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang
direjam.Hukum ialah sunat.
2) Ungkapan basmalah ialah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani. Hukum ialah sunat dibaca setiap awal surah kecuali surah At-Taubah. Kita
tidak seharus membaca basmalah pada surah At-Taubah kerana basmalah mencermin
keamanan dan kedamaian, At-Taubah pula bercerita tentang peperangan yang diturunkan
selepas rasulullah kembali dari perang tabuk. Baginda menyeru agar kaum muslimin
memerangi kaum musyrikin dan membatalkan perjanjian kedamaian dengan mereka.

FAWATIHUS SUWAR
1) Fawatihu ialah kata jamak yang diambil daripada kalimah Fatihun yang bermaksud
pembuka.
2) As-Suwar ialah kata jamak yang berasal daripada kalimah Surah yang bermaksud
himpunan ayat al-quran dengan nama2 yang tertentu.
3) Fawatihus Suwar bermaksud huruf2 hijaiyah yang terletak di permulaan sebahagian
surah2 al-quran. Juga dikenali Al Huruful Muqatha’ah. Terdapat di 29 suruh yang guna 14
huruf.

PELAJARAN 6 : SEGALA PUJI BAGI ALLAH

kSURAH AL-FATIHAH,1 : AYAT 1-7 d


PENGAJARAN AYAT
1) Kita hendaklah memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca basmalah untuk
mendapat berkat.
2) Kita hendaklah memuji Allah dengan lafaz alhamdulillah untuk mensyukuri nikmat
kurniaannya.
3) Kita hendaklah meyakini ganjaran dan balasan Allah pada hari kiamat sebagai motivasi
untuk beramal soleh dan menghindari kejahatan.
4) Kita dituntut agar berdoa hanya kepada Allah bagi menghindari perbuatan syirik.
5) Setiap muslim hendaklah memohon hidayah Allah agar istiqamah beramal dengan ajaran
Islam.

PELAJARAN 7 : IBLIS DAN SYAITAN YANG DURJANA

wSURAH AL-BAQARAH,2: AYAT 34-37 n

CARA MENGHINDARI GODAAN SYAITAN YANG DIGAMBARKAN SEBATANG POKOK


1) Buah menghias diri dengan akhlak mahmudah.
2) Batang menunaikan ibadah wajib.
3) Akar memperkuatkan akidah kepada Allah.
4) Dahan memperbanyak ibadah sunat.

PENGAJARAN AYAT
1) Kita perlu mencontohi malaikat yang memberikan sepenuh ketaatan kepada Allah tanpa
bantahan.
2) Kita hendaklah menjauhi sifat sombong dan takbur kerana sifat ini merugikan diri.
3) Kita seharusnya tidak mudah terpedaya dengan godaan syaitan agar selamat di dunia
dan di akhirat.
4) Kita mestilah segera bertaubat kepada Allah apabila melakukan dosa kerana pintu taubat
sentiasa terbuka.

PELAJARAN 8 : SABAR MENGHADAPI DUGAAN KEHIDUPAN

kSURAH AL-BAQARAH,2 : AYAT 155-156 s

You might also like