Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SULIT

Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

SEJARAH
TAHUN 4
PERTAKSIRAN FORMATIF AKHIR 2022/2023
TAHUN 4
SEJARAH
(SEJ)

DIS/JAN
1 jam
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C


dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.

5. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

6. Soalan Bahagian B perlu dijawab pada kertas soalan di ruangan jawapan


yang disediakan.

7. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada ruangan
jawapan.

BAHAGIAN MARKAH

BAHAGIAN A 20

BAHAGIAN B 30

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

Halaman1 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian A
Soalan Objektif
[ 20 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 20 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh


empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat
bagi setiap soalan.

1. _______________ menyatakan bahawa sejarah ialah tindakan manusia dan


sebab-sebab yang dilakukan oleh mereka.

A. Bertulis
B. Primer
C. Herodotus
D. Penulisan

2. Salasilah keluarga penting untuk kita mengetahui _________________


keluarga kita.

A. asal-usul
B. kelahiran
C. ayah
D. Saudara-mara

3. Nama sekolah biasanya diambil sempena nama

I. tokoh
II. tempat
III. kerajaan
IV. peristiwa

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4. Setiap sekolah mempunyai ______________ tersendiri yang


membezakannya daripada sekolah lain.

A. latar belakang
B. identiti
C. lirik lagu
D. berilmu

Halaman2 [ lihat halaman sebelah…]


5. Keistimewaan yang terdapat pada tempat tinggal kita akan melahirkan
perasaan

I bangga
II sombong
III bahagia
IV bersyukur
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan keluarga Brooke. Pilih


jawapan yang betul?

A. Kuching
B. Sandakan
C. Ranau
D. Miri

7. Apakah ciri-ciri epok Pleistosen?

I. Suhu bumi rendah


II. Air batu mula mencair
III. Paras air laut meningkat
IV. Manusia tahu membuat api
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8. Zaman Air Batu Akhir berlaku pada ________________ yang dibahagikan


kepada Epok Pleistosen dan Epok Holosen.

A. Air Batu
B. Air laut
C. Kala Kuatener
D. Pengglasieran

9. Apakah maksud Zaman Prasejarah?

A. Zaman manusia tinggal di dalam hutan


B. Zaman bumi dilitupi air batu yang tebal
C. Zaman manusia sering berperang
D. Zaman sebelum manusia mengenal tulisan

Halaman3 [ lihat halaman sebelah…]


10. Jadual berikut merujuk kepada Zaman Prasejarah.

Zaman Jangka masa


X Berlaku 14,000 SM

Apakah Zaman X?
A. Logam
B. Paleolitik
C. Mesolitik
D. Neolitik

11. Bukti yang manakah menyokong kewujudan kerajaan Melayu Awal?

A. Penemuan monument
B. Penemuan tokoh
C. Penemuan atifak
D. Penceritaan masyarakat

12. Kerajaan yang manakah pusat pentadbirannya di Jawa Timur?

A. Kerajaan Mataram
B. Kerajaan Majapahit
C. Kerajaan Santubong
D. Kerajaan Srivijaya

13. Siapakah yang mewakili golongan pemerintah dalam pentadbiran


Kesultanan Melayu Melaka?

A. Pedagang
B. Petani
C. Nelayan
D. Syahbandar

14. Antara berikut, yang manakah mewakili sifat seorang tokoh yang
terbilang?

I. Keperkasaan
II. Dihormati
III. Disanjungi
IV. Ditakuti

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Halaman4 [ lihat halaman sebelah…]


15. Apakah maklumat yang boleh diperoleh daripada dua karya di bawah?

• Sulalatus Salatin – A. samad Ahmad


• Suma Oriental – Tom Pires

A. Kisah pengasas Melaka


B. Kisah pembukaan Melaka
C. Kisah serangan Potugis
D. Kisah asal usul Melaka

16. Sumber yang manakah menjelaskan pokok Melaka merupakan asal usul
nama Melaka?

A. Sumber India
B. Sulalatus Salatin
C. Sumber Arab
D. Suma Oriental

17. Apakah kejayaan utama Tun Perak sebagai Panglima Tentera Melaka?

A. Berbaik dengan Siam


B. Menewaskan China
C. Meluaskan empayar
D. Membantu Sultan Riau

18. Antara berikut, wilayah yang manakah bukan berada dalam empayar
Melaka?

I. Majapahit
II. Palembang
III. Inderagiri
IV. Kampar

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Halaman5 [ lihat halaman sebelah…]


19. Maklumat di bawah menerangkan peranan Hang Tuah.

Menjamin keselamatan pendagang


asing daripada ancaman lanun.

A. Ketua diplomatik
B. Ketua utusan diraja
C. Pengawal sultan
D. Ketua Angkatan laut

20. Apakah nilai patriotik utama yang diperoleh daripada tajuk Hang Tuah
Laksamana Terbilang?

A. Ketaatan kepada pemerintah membawa kepada keharmonian


negara
B. Perpaduan penting dalam sesebuah negara
C. Keberanian memastikan kemajuan negara dicapai
D. Pemerintah menjadi tulang belakang sesebuah negara

Halaman6 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian B
Soalan Subjektif
[ 30 markah ]

Arahan : Jawab semua soalan.

1. jawab soalan berikut dengan tepat dan ringkas

a. Senaraikan dua sejarawan tempatan yang memberikan pengertian


sejarah.

(i) __________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________

b. Jelaskan maksud konsep masa berikut.

(i) Masihi (M)


__________________________________________________________________

(ii) Sebelum Masihi (SM)


__________________________________________________________________

c. Nyatakan kelebihan menguasai kemahiran ilmu sejarah.


____________________________________________________________________

[ 5 markah ]

Halaman7 [ lihat halaman sebelah…]


2. Tuliskan BENAR pada pernyataan yang benar dan SALAH pada
pernyataan yang tidak benar.

a. Pencairan air batu menyebabkan Pentas Sunda ditenggelami air


sehingga terbentuknya Kepulauan Melayu.
b. Penurunan suhu muka bumi mulai 10 000 tahun dahulu telah
menyebabkan pencairan air batu.
c. Pentas Sunda terbentuk akibat pencairan air batu.

d. Antara yang termasuk dalam Kepulauan Melayu ialah Tanah


Melayu, Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Borneo dan Sulawesi.
e. Selat Melaka memisahkan Tanah Melayu dengan Pulau Jawa.

[ 5 markah ]

3. Lengkapkan ayat dengan memilih jawapan berikut.

perubahan Mesolitik Neolitik Paleolitik Bercucuk tanam

a. Zaman Prasejarah mempunyai empat tahap, iaitu Paleolitik,Mesolitik


_______________ dan logam.

b. Zaman Prasejarah menyedarkan kita bahawa manusia sentiasa


mengalami __________________ dalam kehidupan.

c. Manusia Zaman Neolitik tahu ________________, menangkap ikan dan


menternak haiwan.

d. Manusia Zaman _______________ tinggal di dalam gua dan hidup


secara nomad dalam kelompok kecil.

e. Gua Cha dan Gua Bewah merupakan lokasi Zaman ______________ di


Malaysia.

[ 5 markah ]

Halaman8 [ lihat halaman sebelah…]


4. Jelaskan peranan tokoh terbilang dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Tokoh Terbilang Peranan

Sultan

Bendahara

Penghulu Bendahari

temenggung

Laksamana

[ 5 markah ]

5. Padankan pernyataan berikut dengan sifat kepimpinan yang


dimaksudkan.

1. Parameswara bermuafakat dengan para


pembesar dalam membuat sesuatu
keputusan Gigih

2. Parameswara berusaha bersungguh-


sungguh membangun sebuah
petempatan yang kecil menjadi sebuah Bijak
Pelabuhan terkenal dunia
3. Parameswara berusaha gigih
membangunkan Melaka melalui aktiviti
perdagangan Bermuafakat

4. Parameswara bijak memilih tempat untuk


didirikan negeri Bercita-cita
tinggi

5. Parameswara menjalinkan hubungan


diplomatik dengan China dan Siam untuk Berpandangan
menjamin kedaulatan negara jauh

[ 5 markah ]

Halaman9 [ lihat halaman sebelah…]


6. Nyatakan peranan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka.

Peranan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka

1.

2.

3.

4.

5.

[ 5 markah ]

------------------------------------ KERTAS SOALAN TAMAT -----------------------------------


~ SELAMAT MENJAWAB ~

Halaman10 [ lihat halaman sebelah…]

You might also like