Psa BM SK THN 4 2022 by Cikgu Gorgeous

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

SULIT

Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

BAHASA MELAYU
TAHUN 4
PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR 2022/2023
TAHUN 4
BAHASA MELAYU
(BM)

DIS/JAN
1 jam 15 minit
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian

B, Bahagian C dan Bahagian D.

2. Jawab semua soalan.

3. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.

4. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

5. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada ruangan
jawapan.

BAHAGIAN SOALAN MARKAH

A Soalan 1-10 /10

B Soalan 1 /5

Soalan 2 /5

C Soalan 4 /10

D Soalan 5 /20

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

Halaman 1 [ lihat halaman sebelah…]

Bahagian A
Tatabahasa
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 5 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan iaitu A, B, dan C. Pilih jawapan yang paling tepat bagi setiap
soalan.

1. “Mengapakah _______________ bermuram durja?” tanya dayang

kepada permaisuri.
A. patik
B. tuanku
C. hamba
D. baginda

2. Nenek ________________ sedikit kapur pada daun sirih lalu melipatnya.

A mencuit
B meletak
C mencalit
D memalit

3. Bentuk bola ragbi itu tidak betul-betul __________________ tetapi

____________ sedikit.
A bulat…lonjong
B lembut…keras
C leper…gempal
D kecil…panjang

Halaman 2 [ lihat halaman sebelah…]

4. Terdapat tujuh ________________ sate dan beberapa ____________ nasi
himpit di atas meja.
A bilah … ulas
B cucuk … potong
C tangkai … keping
D batang … longgok

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

5. Fathiyyah merajuk kerana tidak dipedulikan oleh kawan-kwannya.

A Oleh sebab Fathiyyah merajuk, dia tidak dipedulikan oleh kawan-

kawannya.
B Oleh sebab tidak dipedulikan kawan-kawannya, Fathiyyah
merajuk.
C Oleh sebab kawan-kawan Fathiyyah merajuk, mereka tidak
dipedulikannya.
D Oleh sebab tidak dipedulikan Fathiyyah, kawan-kawannya
merajuk.

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Rambut Faqeeha __________________ kerana baru bangun tidur.

A. corak - carik
B. comot - momot
C. kusut - masai
D. tunggang – langgang

Halaman 3 [ lihat halaman sebelah…]

Soalan 7 hingga 10.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Perkataan hidroponik berasal dari bahasa Yunani, iatu hydro yang bermaksud
air dan ponos yang bermaksud kerja. Tanaman secara hidroponik merupakan
satu kaedah teknologi cucuk tanam yang menggunakan air, nutrien dan
oksigen.
Terdapat beberapa kelebihan dalam sistem hidroponik kepada setiap
individu. Antara kelebihannya ialah tanaman ini boleh dilakukan secara kecil-
kecilan di rumah sebagai suatu hobi ataupun secara besar-besaran dengan
tujuan komersial. Selain itu, tanaman hidroponik juga dapat menjimatkan air
kerana kaedah tanaman ini hanya menggunakan 1/20 jumlah air berbanding
tanaman biasa.
Selain itu, tanaman hidroponik juga mengurangkan gas karbon dioksida
kerana tanaman ini tidak memerlukan penggunaan kenderaan atau mesin.
Seterusnya, tanaman ini tidak merosakkan tanah kerana tidak menggunakan
tanah dan juga tidak memerlukan tempat yang luas.
Di samping itu, tenaga juga dapat dijimatkan kerana kita tidak perlu
menyiram air pada setiap hari. Pertumbuhan tanaman juga akan berlangsung
lebih cepat dan kualiti hasil tanaman dapat dijaga dengan baik. Tanaman
hidroponik dapat ditanam di mana-mana sahaja di tempat yang sesuai dan
tanpa mengira musim.

7. Apakah maksud tanaman hidroponik?

A. Teknologi cucuk tanam baharu yang menggunakan air sahaja.
B. Teknologi cucuk tanam baharu yang menggunakan tanah dan
air.
C. Teknologi cucuk tanam baharu yang menggunakan air, nutrien
dan oksigen.
D. Teknologi cucuk tanam baharu yang menggunakan nutrien dan
oksigen sahaja.

Halaman 4 [ lihat halaman sebelah…]

8. Mengapakah tanaman hidroponik juga dikatakan tanaman yang
jimat air?

A Tanaman hidroponik tidak memerlukan air untuk hidup.

B Tanaman hidroponik ditanam di dalam tempat yang bertakung.
C Tanaman hidroponik memerlukan hanya 5/20 air daripada
tanaman biasa.
D Tanaman hidroponik memerlukan hanya 1/20 air daripada
tanaman biasa.

9. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang tanaman hidroponik dalam

petikan di atas.
A Tanaman hidroponik mengurangkan gas karbon dioksida kerana
tidak perlu menggunakan kenderaan atau mesin.
B Tanaman hidroponik ditanam secara bermusim.
C Tanaman hidroponik tidak memerlukan tempat yang luas.
D Pertumbuhan tanaman lebih cepat dan kualiti hasil tanaman
dapat dijaga dengan baik.

10. Perkataan yang seerti bagi perkataan komersial dalam petikan di atas
ialah

A kemajuan
B perniagaan
C penternakan
D pembanggunan

Halaman 5 [ lihat halaman sebelah…]

Bahagian B
Pemahaman Petikan
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian B terbahagi kepada 2 soalan. Jawab semua soalan di

ruangan yang disediakan.

Soalan 1 soalan
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Lobak merah merupakan sejenis sayur-sayuran jenis buah yang mempunyai

pelbagai khasiat. Dengan lobak merah, anda boleh mendapat vitamin A dan
pelbagai faedah kesihatan yang lain termasuklah kulit yang cantik, mencegah
kanser dan anti-penuaan.
Lobak merah kaya dengan beta-karotena yang bertukar menjadi vitamin
A di dalam hati. Vitamin A dalam retina berfungsi untuk menghasilkan rhodopsin
pigmen ungu untuk menjadikan penglihatan mata menjadi lebih terang. Selain
itu, kajian menunjukkan bahawa lobak merah mengurangkan kanser paru-paru,
kanser payudara dan kanser kolon.
Lobak merah yang mengandungi beta - karotena yang tinggi juga
bertindak sebagai antioksidan untuk sel rosak dalam badan. Hal ini mampu
melambatkan penuaan sel badan dan kulit. Selain itu, vitamin A dan antioksidan
juga melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari.
Pakar herba juga mendapati bahawa lobak merah boleh dijadikan
sebagai antiseptik untuk mencegah jangkitan. Lobak merah perlu dicencang,
dilenyek mentah dan kemudiannya disapu pada bahagian luka untuk mencegah
jangkitan.
1. Perkataan berfungsi dalam petikan boleh digantikan dengan
________________________ .
[ 1 markah ]
2. Apakah kandungan dalam lobak merah yang bertindak sebagai antioksidan
untuk sel rosak kepada badan?
________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

3. Mengapakah jangkitan kuman pada bahagian luka boleh dicegah dengan

menggunakan lobak merah ?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

Halaman 6 [ lihat halaman sebelah…]

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah
perkataan.

Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun ini

mengatasi rekod ketika pendemik Covid-19 dengan statistik menunjukkan
peningkatan 52 peratus berbanding tahun lalu.

Utusan Malaysia, 24 November 2022

Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, tetapi kadar kemalangan di jalan

raya terus meningkat. Pada pendapat anda, apakah punca-punca
berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita ?

Pada pendapat saya, punca -punca berlakunya kemalangan jalan raya di

negara kita ________________________________________________________
___________________________________________________________________

[ 5 markah ]

Halaman 7 [ lihat halaman sebelah…]

Bahagian C
Penulisan Perenggan
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian C merupakan soalan penulisan perenggan. Jawapan

hendaklah ditulis di ruangan yang disediakan.

Grafik di bawah menunjukkan suasana semasa murid sedang berehat di

kantin sekolah. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga
keselamatan diri semasa berada di kantin sekolah.
Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Halaman 8 [ lihat halaman sebelah…]
Bahagian D
Penulisan Karangan
[ 20 markah ]

Arahan : Bahagian D merupakan soalan penulisan karangan. Jawapan

hendaklah ditulis di ruangan yang disediakan.

Gambar menunjukkan situasi kebakaran di sebuah kawasan perumahan.

Kamu dan keluarga kamu baru pulang daripada kampung. Setibanya di
rumah, kamu melihat rumah jiran kamu terbakar. Tulis sebuah cerita tentang
tindakan kamu dan keluarga kamu Ketika itu. Panjang karangan kamu
hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Halaman 9 [ lihat halaman sebelah…]

Halaman 10 [ lihat halaman sebelah…]

------------------------------------ KERTAS SOALAN TAMAT -----------------------------------

~ SELAMAT MENJAWAB ~

Halaman 11 [ lihat halaman sebelah…]

You might also like