Sumbangan Tokoh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH TAMADUN JEPUN PENDAHULUAN Negara Jepun adalah sebuah negara yang pesat membangun pada masa

kini di rantau Asia.Meskipun kita digemparkan dengan tragedi tsunami yang menimpa Negara itu baru-baru ini.Ini membolehkan kita melihat sejarah Negara Jepun dalam peperangan dunia kedua yang memberi kesan yang besar kepada

seluruh Negara di dunia.Salah satu zaman yang membawa kepada kemajuan Negara jepun melalui sumbangan 2 tokoh iaitu Tokugawa Ieyasu dan Maharaja Meiji. TOKUGAWA IEYASU Tokugawa Ieyasu lahir di desa Nakamura sebagai anak tengah dalam keluarga petani bernama Yaemon di perkampungan Owari Aichi-gun yang merupakan wilayah Nobunaga.Beliau telah menyertai perang Okehazama antara Oda Nobunaga dan Imagawa. Kesyogunan Tokugawa telah di asaskan oleh Tokugawa Ieyasu(1603-03) .Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang dipercayai.Ini dapat dibuktikan apabila Oda Nobunaga mengahwinkan anak peerempuannya dengan anak sulung Ieyasu iaitu Nobuyasu.

Pada tahun 1567 beliau menjadi pemerintah Mikawa dan diiktiraf oleh kerajaan imperial kuasanya dan memakai nama keluarga Tokugawa. Beliau telah di lantik sebagai salah seorang majlis pemangku raja yang diwujudkan oleh Toyotomi Hideyosi.Pada tahun 1603 beliau telah dilantik menjadi Shogun dan meletak jawatan dan diganti oleh anaknya Hidetada.beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun. Sumbangan kesyogunan Tokugawa Ieyasu ialah: DARI SEGI PENTADBIRAN

Pentadbiran digerakkan oleh tiga badan terpenting di peringkat tertinggi iaitu Tairo(Majlis penasihat-penasihat agung). Roju( Majlis tertua) dan Hyojoho (majlis Kehakiman) y Tairo berperanan dan bertanggungjawab untuk member nasihat kepada syogun mengenai dasar-dasar penting Negara menjadi pemangku raja jika syogun yang dilantik belum dewasa. y Roju (majlis tertua) membentuk majlis Negara dengan keanggotaan nya berubah mengikut keperluan pentadbiran feudalisme. Roju berperanan dan bertanggungjawab untuk menguerus dan mengendali hal ehwal istana ,kuge(golongan bangsawan) dan golongan daimyo, menyelia dhal ehwal dalam negeri selain mengawasi tempat-tempat suci(biara) y Hyojoho(majlis Kehakiman) sebuah mejlis yang dianggotai oleh roju dan sebilangan kecil pesuruhjaya(bugyo) yang mengetahui beberapa jabatan penting dalam pentadbiran feudalism bakufu. Peranan dan

tanggungjawab hyojoho tertakluk dalam bidang kehakiman kerana tidak wujud pemisah bidang kuasa yang jelas antara kuasa

eksekutif(pelaksana) dan kuasa kehakiman) Pentadbiran Kesyogunan Tokugawa juga terdapat beberapa jabatan penting kerajaan yang berpengaruh.Antaranya ialah penasihat-penasihat

rendah(waka doshiyori), setiausaha-setiausaha sulit syogun(sobayonin),penyelia upacara(sobajon), gabenor-gabenor raja istana di Kyoto dan Oaka(jodai) dan wakil peribadi syogon di Kyoto(Kyoto Shoshida).Dalam bidang pentadbiran, kekuasaan dan keunggulan kesyogunan tokugawa ditentukan dalam bentuk pentadbiran Bakufu. Bakufu pertama Kesyogunan Tokugawa iaitu Syogun Tokugawa Ieyasu telah memperkenalkan beberapa dasar untuk mengukuhkan kesyogunan ini dan bermatlamat melemahkan kuasa-kuasa tuan daimyo atau tuan-tuan feudal.Dasar-dasar ini diperkenalkan berikutan kebimbangan tentang konsep

kesetiaan daripada kuasa-kuasa daimyo yang berpotensi dan berkeupayaan menggugat Kesyogunan Tokugawa. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kesyogunan tokugawa ialah : y Membentuk satu sistem untuk membolehkan kawalan dan perhatian ketat diberikan ke atas kuasa-kuasa daimyo dan kegiatan tuan-tuan tanah feudal yang dianggap mencurigakan y Menguatkan beberapa sekatan ke atas daimyo dengan memberi tugasan yang dianggap membebankan sumber kewangan antaranya membaiki kerosakan istana y Mengelakkan komplot dan subahat dengan memperkenalkan peraturan menghadkan keluasan istana-istana daimyo dan perkahwinan di kalangan daimyo dikawal. y Memperkenalkan suatu kod panduan tatatertib dan kelakuan dikenali sebagai bukeso-hotto(peraturan bagi rumah-rumah tentera) y Mengukkuhkan kekuatan melalui pengumpulan harta kekayaan dan membendung kegiatan kelas tentera dan daimyo-daimyo tozama.

Selain itu beliau telah mewujudkan struktur politik yang telah mengekalkan kuasanya ke atas semua lapisan masyarakat feudal Jepun termasuk maharaja dan golongan bangsawan istana(kuge) selain golongan daimyo, samurai atau pahlawan, petani, golongan pertukangan dan pedagangpedagang.beliau juga telah memperkenalkan satu peraturan untuk menyekat kuasa maharaja dan golongan bangsawan. DARI SEGI PENDIDIKAN Pada awal pemerintahan Syogun Tokugawa, orang-orang jepun telah digalakkan mempelajari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sastera dan sejarah jepun kuno.Dalam sejarah jepun kuno terdapat kepercayaan Shinto yang menyatakan raja adalah keturunan Dewi Matahari(Amiterasu ). Akhirnya beberapa buah buku sejarahtelah dapat dihasilkan seperti kojiki dan nihon shoki yang mengandungi unsur-unsur dongeng dan lagenda.
3

DARI SEGI PERDAGANGAN Perdangan dan pengaruh golongan saudagar terus berkembang pada zaman Syogun Tokugawa .,bandar-bandar Osaka dan Yedo telah menjadi pusatperdagangan Jepun manakala saudagar-saudagar di Bandar Osaka telah membantu golongan anti Tokugawa menyebabkan perkembangan perdagangan ,kedudukan dan pengaruh golongan saudagar semakin meningkat dalam masyarakat . Golongan ini menjadi kaya raya dan kekuasaan mereka

bertambah besar sehingga jauh lebih besar daripada golongan daimyo dan samurai.Ramai daimyo dan samurai telah membuat pinjaman dengan golongan saudagar sehingga mereka terikat dengan golongan tersebut.

CABARAN Dalam menjalankan pemerintahan Syogun Tokugawa menjalankan pentadbiran yang tegas dan menindas. Walaupun beliau member jaminan akan menjaga dan mempertahankan kedudukan maharaja namun pengawasan yang ketat dikenakan terhadap maharaja dan juga rakyat.Maharaja dinasihatkan jangan turut aktif dalam soal pentadbiran kecuali mendapat kebenaran daripada Syogun Tokugawa. Rakyat hanya dibenarkan melihat maharaja setahun sekali sahaja dan ,rakyat dikehendaki melakukan pekerjaan yang telah ditetapkan oleh beliau dan golongan daimyo hendaklah mengabdikan diri kepada Syogun Tokugawa di istana dalam masa tertentu selama empat bulan.

Zaman diperingkat

Syogun tokugawa menempa kejayaan dan kegemilangan pemerintahan.Kemajuan telah di capai pada zaman

awal

Ieyasu,hidetada dan lematsu.Di zaman ini juga Kesyogunan Tokugawa telah melaksanakan pemencilan Jepun dengan mengamalkan dasar pintu tertutup. Walaupun begitu, keamanan dan kestabilan berlangsung hampir 200 tahun di bawah pemerintahan beliau.

Namun segalanya berakhir apabila kekangan ekonomi dan inflasi yang teruk melanda Jepun di sebabkan kegagalan sistem pertanian..Ketika itu juga kewibawaan para samurai jepun jatuh disebabkan berhutang dengan golongan saudagar. .Di samping juga, berlaku suatu peristiwa kapal Amerika Syarikat yang di naungi oleh Komander Matthew Calbraith Perry yang berlabuh di teluk Tokyo pada 1853 dan 1854 telah berjaya mendesak Jepun membuka pintu sempadannya kepada orang asing dengan termaktubnya perjanjian Kanagawa. Ini menyebabkan ramai orang asing membanjiri tanah Jepun atas keinginan tertentu menyebabkan keadaan negara tidak terkawal. Terdapat

beberapa pihak yang menentang Kesyogunan Tokugawa kerana merasakan adat dan kebudayaan asli mereka terancam dengan kehadiran ramai orang asing.Maka bermulalah kejatuhan Kesyogunan Tokugawa dan bermulalah pemerintahan Meiji yang juga digelar Zaman Pemulihan Meiji. MAHARAJA MEIJI Maharaja Meiji merupakan Maharaja Jepun yang ke-122 menurut

susunan pewarisan takhta tradisional. Baginda telah mula memerintah pada 3 Februari 1867 sehingga baginda mangkat pada 30 Julai 1912. Nama sebenar baginda ialah Mutsuhito.Oleh sebab kesedaran), baginda baginda memerintah telah dikenali

ketika zamanMeiji (Pemerintahan sebagai Maharaja Meiji.

Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan berciri feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan Daimyo yang pada ketika itu telah memerintah lebih 250 kawasan di seluruh negara. Apabila baginda mangkat pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan perindustrian dalam negara dan telah timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas dunia. ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 ) Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada Keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan
5

membangunkan Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasapemerintahan.Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar

modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial .Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun.

KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. i. Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi

Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi ii. Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan mencari,

Prinsip ini mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat kepada seluruh anak-anak Jepun. iii.

mengamalkan dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi

Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat.

Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia. iv. Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa. Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. 1. ASPEK SOSIAL Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Dasar pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan budaya barat yang bersifat selektif. Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah :i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem

pendidikan Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah pemikiran yang kritis. ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun) ,sistem Kokutai (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan hubungan sosial). iii. ilmu . Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran

iv.

Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam

bidang pendidikan.Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Jepun diambil 2. ASPEK EKONOMI Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada tahun 1868- 1912, telah mengambil daya usaha yang gigih memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun.Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya.Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869,pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo,Osaka,Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar.Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905.Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat. Melalui perdagangan import dan eksportnya, Pemerintah Meiji juga turutmemajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan

telgraf.Perkembangan ini

adalah penting bagi membantu Negara Jepun seperti penubuhan kilang-kilang simen,

melaksanakan revolusi industri berat

besi,pembinaan pelabuhan-pelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu.
8

.Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal.Selepas tahun 1870 kerajaan telah mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesin-mesin dan menjual mesinmesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil,simen, dan kertas ditubuhkan. Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi ,teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk

mendalami bidang pertanian, khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden,baja kimia ,cara mengawal penyakit,pemasaran dan sebagainya. Kemunculan Mitsubishi Zaibatsu dan (keluarga Yasuda perdagangan) telah seperti Mitsui, proses

,Sumitomo

mempercepatkan

perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji.. Kumpulan ini menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya,landsan

keretapi,penubuhan bank-bank dan sebagainya. Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara.Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ryo kepada yen.Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi
9

mengurus

ekonomi

Jepun.Pada

tahun

1876,

Pemerintah

Meiji

telah

menubuhkan Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji

masalah-masalah perdagangan di dalam dan di luar negeri.Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara.Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900. 3. POLITIK Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar.Ia bertujuan untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :i. ii. iii. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran. Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan. iv. Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam. v. Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu dihapuskan. Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai.Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan.Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersamasama dengan satu sistem wang yang baru.Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi.Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan

kerajaan Meiji.Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya


10

ke atas negara dan rakyat.Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. Pemerintah Meiji juga telah menamatkan system class. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan

keistemewaan-keistemewaan

sebagai raakyat Jepun khususnya dalam

lapangan ketenteraan dan pendidikan. Pada 11hb. Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji( Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan.Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar pemencilan kepada dasar berbaik-baik dengan negara barat.Pada tahun 1877 Menteri Luar negeri Terajima Munenori, telah membuka jalan perundingan dengan Amerika Syarikat. Pemerintah Meiji juga menumpukan kekuatan tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan menubuhkan Angkatan Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah PerkasaBerani Mati (Harakiri dan Kamekaze). KESIMPULAN Walaupun negara Jepun telah mencapai zaman kemodenan yang bermula semasa pemerintahan Meiji pada tahun 1868- 1912, namun unsur-unsur

tradisional yang melambangkan identitinya masih terus terpelihara sehingga ke hari ini. Tamadun Jepun banyak menerima pengaruh Barat hasil

pertembungannya dengan peradaban barat. Tamadun Jepun banyak meminjam dan meniru teknologi barat dan seterusnya mengasimilasi teknologi tersebut

supaya bersesuaian dengan budaya Jepun sendiri. Keberanian serta kepandaian pemimpin Jepun mengadakan pembaharuan-pembaharuan yang drastik dalam segala aspek mendatangkan kebaikan untuk rakyat Jepun sehingga negara Jepun dapat mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini.

11

You might also like